obesiti murid

7
OBESITI MURID, PERLU PEMANTAUAN SERIUS September 17, 2012 NASI LEMAK = OBESITI?? ISU obesiti di kalangan pelajar semakin hangat diperkatakan hingga menu tradisi di kantin sekolah iaitu nasi lemak turut menerima tempiasnya. Maka timbul persoalan, di manakah silapnya dan apakah yang akan terjadi jika masalah obesiti atau kegemukan ini dibiarkan berlarutan? Berdasarkan statistik, sebanyak 73.8 peratus pelajar mempunyai pengetahuan mengenai pemakanan seimbang namun hanya 11.2 peratus yang mengamalkannya. Maka banyak pihak menuding jari ke pihak sekolah kerana tidak memantau makanan yang dijual di kantin sekolah. Ada pihak menyatakan kantin sekolah menjual nasi lemak serta makanan yang tidak berkhasiat lain sebagai pelajar menghadapi masalah obesiti. Isu murid-murid obesiti ini tidak harus mempersalahkan penjual nasi lemak, penjual jajan dan kantin sekolah semata-mata. Banyak lagi faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah obesiti ini. Namun yang demikian masalah obesity dikalangan murid-murid sekolah sering dikaitkan dengan nasi lemak sehingga penjual nasi lemak ditarik lesen penjualan. Namun ada banyak pihak yang membangkang pendapat mengatakan nasi lemak punca kepada masalah obesiti. Sekarang kementerian telah menetapkan 15 makanan yang dilarang di kantin sekolah. Dan yang pasti bahawa nasi lemak tidak tergolong daripada menu yang dilarang tersebut. Budaya pemakanan yang tidak sihat sememangnya pendorong kepada masalah obesiti. Berdasarkan 15 jenis makanan termasuk minuman yang dilarang dikantin sekolah Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) menjangkakan sebanyak 30 peratus rakyat akan mengalami obesiti pada tahun ini. Ketua Pegawai LPKM, Dr. Yahya Saba menyatakan bahawa angka itu menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding tahuntahun sebelum ini, dan jika tahap kesedaran mengenainya tidak diberi perhatian secara serius, peratusannya mungkin bertambah. Statistik menunjukkan obesiti dalam kalangan orang dewasa negara ini meningkat mend adak dalam tempoh 10 tahun dari 1996 hingga 2006 dan senario ini membimbangkan pelbagai pihak.(Fokus SPM ,2011) Masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah tidak seharusnya dikaitkan dengan pengambilan nasi lemak di kantin sekolah semata- mata. Obesiti disebabkan oleh pelbagai punca dan amat tidak wajar

Upload: sal-aleevia

Post on 18-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PENDIDIKAN KESIHATAN

TRANSCRIPT

OBESITI MURID, PERLU PEMANTAUANSERIUSSeptember 17, 2012NASI LEMAK = OBESITI??ISU obesiti di kalangan pelajar semakin hangat diperkatakan hingga menu tradisi di kantin sekolah iaitu nasi lemak turut menerima tempiasnya.Maka timbul persoalan, di manakah silapnya dan apakah yang akan terjadi jika masalah obesiti atau kegemukan ini dibiarkan berlarutan? Berdasarkan statistik, sebanyak 73.8 peratus pelajar mempunyai pengetahuan mengenai pemakanan seimbang namun hanya 11.2 peratus yang mengamalkannya. Maka banyak pihak menuding jari ke pihak sekolah kerana tidak memantau makanan yang dijual di kantin sekolah. Ada pihak menyatakan kantin sekolah menjual nasi lemak serta makanan yang tidak berkhasiat lain sebagai pelajar menghadapi masalah obesiti.Isu murid-murid obesiti ini tidak harus mempersalahkan penjual nasi lemak, penjual jajan dan kantin sekolah semata-mata. Banyak lagi faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah obesiti ini. Namun yang demikian masalah obesity dikalangan murid-murid sekolah sering dikaitkan dengan nasi lemak sehingga penjual nasi lemak ditarik lesen penjualan. Namun ada banyak pihak yang membangkang pendapat mengatakan nasi lemak punca kepada masalah obesiti. Sekarang kementerian telah menetapkan 15 makanan yang dilarang di kantin sekolah. Dan yang pasti bahawa nasi lemak tidak tergolong daripada menu yang dilarang tersebut.Budaya pemakanan yang tidak sihat sememangnya pendorong kepada masalah obesiti. Berdasarkan 15 jenis makanan termasuk minuman yang dilarang dikantin sekolahLembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) menjangkakan sebanyak 30 peratus rakyat akan mengalami obesiti pada tahun ini. Ketua Pegawai LPKM, Dr. Yahya Saba menyatakan bahawa angka itu menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding tahuntahun sebelum ini, dan jika tahap kesedaran mengenainya tidak diberi perhatian secara serius, peratusannya mungkin bertambah. Statistik menunjukkan obesiti dalam kalangan orang dewasa negara ini meningkat mend adak dalam tempoh 10 tahun dari 1996 hingga 2006 dan senario ini membimbangkan pelbagai pihak.(Fokus SPM ,2011)Masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah tidak seharusnya dikaitkan dengan pengambilan nasi lemak di kantin sekolah semata-mata. Obesiti disebabkan oleh pelbagai punca dan amat tidak wajar menuding ,jari kepada satu-satu jenis makanan yang menyumbang kepada masalah tersebut. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, pengambilan makanan segera seperti piza, burger dan sebagainya di luar sesi persekolahan dan di rumah turut menjadi punca kegemukan . Selain makanan segera, ada juga kalangan murid yang membeli makanan ringan di luar pagar sekolah yang sememangnya tidak membawa sebarang khasiat. Secara umum, obesiti membabitkan pengambilan makanan berlebihan dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Aspek pemakanan kanak-kanak perlu diberi perhatian sejak mereka dalam kandungan lagi. Kajian mendapati pertambahan berat badan ketika ibu mengandung juga merupakan satu daripada faktor penyebab obesiti kanak-kanak.Perkembangan teknologi pada masa ini turut mempengaruhi kecenderungan kanak-kanak mengisi masa yang ada. Hal ini menyebabkan mereka lebih gemar melakukan aktiviti di dalam rumah yang mengehadkan pergerakan mereka seperti menonton televisyen dan bermain komputer selain permainan elektronik. Perubahan persekitaran sosial termasuk kesibukan ibu bapa bekerja yang tidak memantau pemakanan anak-anak menyebabkan anak-anak mengalami masalah obesiti dan kesihatan. Kita juga harus melihat perspektif yang lebih luas termasuk industri makanan yang menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran pemasaran dengan menampilkan label makanan yang menarik di samping menawarkan pelbagai hadiah iringan. Pengaruh iklan terhadap kanak-kanak sudah banyak dikaji dan banyak negara telah mengharamkan kempen atau pengiklanan makanan yang kurang berkhasiat.Selain itu pemakanan, obesiti turut dikaitkan dengan faktor genetik. Buktinya, ada individu yang mengadu bahawa mereka mengalami masalah kegemukan walaupun mengawal tabiat pemakanan. Secara tuntas, satu pendekatan yang menyeluruh perlulah diambil untuk menangani masalah tersebut. Kita khuatir jika langkah segera tidak diambil, generasi akan datang berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan.Disediakan Oleh:Waheida Muhd Hang Tuah DPLI (2c)Sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Budayapemakananpuncaobesiti/Article/http://berita-harian-online.com/nasi-lemak-bukan-punca-obesiti/http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gempurpenjajajajan/Article/http://www.bharian.com.my/articles/15jenismakanandilarangjualdikantinsekolah/Articlehttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0516&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htmhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/16NGOmahusyaratjualnasilemakditarik/Articlehttp://falsafahpendidikan.wordpress.com/2012/09/17/obesiti-murid-perlu-pemantaun-serius/

Monday, 10 September 201215 JENIS MAKANAN DILARANG JUAL DI KANTIN SEKOLAHOleh Syed Azwan Syed Ali

KUALA LUMPUR: Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan 'tidak sihat' yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan. Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata cadangan itu terkandung dalam draf garis panduan penjualan makanan di kantin sekolah yang diputuskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 April lalu.

Beliau berkata, cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Larangan penjualan makanan tidak sihat sejajar dengan usaha kementerian menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat, terutama kanak-kanak. Ia langkah mencegah peringkat awal, katanya kepada Berita Harian semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengumumkan, peraturan itu adalah langkah proaktif kerajaan bagi menangani peningkatan masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar dengan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002-2008 menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak mengalami obesiti. Kajian universiti sama juga menunjukkan, 88.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman yang disajikan di kantin sekolah, sekali gus meningkatkan lagi hasrat kerajaan untuk memastikan makanan sihat dijual di sekolah.

Turut dicadangkan ialah supaya Indeks Jisim Badan (BMI) wajib direkodkan dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya mengkehendaki guru merekodkan berat dan ketinggian pelajar.

Pakar pemakanan UKM, Prof Dr Mohd Ismail Mohd Noor, berkata amalan merekodkan BMI diamalkan negara maju seperti Amerika Syarikat seawal kanak-kanak berusia dua tahun bagi membolehkan mereka dibimbing dengan amalan pemakanan dan aktiviti fizikal sihat.

Obesiti sebenarnya disebabkan pelbagai punca makanan, namun peraturan baru itu adalah permulaan baik dalam memastikan pelajar mendapat makanan sihat dan seimbang di sekolah sebelum ibu bapa memainkan peranan di rumah dengan memastikan amalan baik diteruskan, katanya.

Kajian menunjukkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007.

Peningkatan dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif, iaitu 76 peratus kanak-kanak didapati menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.

Sumber : http : //www.bharian.com.my/

PEMAKANAN BERASASKAN DIET SEIMBANG

Corak pemakanan juga dapat membantu kita menghindarkan diri daripada stres. Di samping untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan memastikan agar tahap mental dan badan kita sentiasa sihat, amalkan diet atau pemakanan yang seimbang dan berkesan.

Sumber makanan boleh di dapati daripada enam kumpulan iaitu vitamin, tenaga, karbohidrat, protein, lemak dan zat besi. Kumpulan makanan ini dikenali sebagai piramid makanan seperti roti dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.

KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL MAKANAN SEIMBANG

Makanan yang mengandungi diet seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan badan bagi membantu mengatasi stres.

Tiada satu kumpulan makanan yang boleh memberi semua zat yang diperlukan. Untuk memastikan badan kita mendapat semua zat, kita perlu mempelbagaikan pemilihan makanan dalam setiap kumpulan makanan seperti piramid makanan.

LANGKAH PENJAGAAN DIET

1. Bagi mengelakkan berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan tenaga dan lemak yang banyak.

2. Tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dan gula semulajadi dari 28% kepada 48%.

3. Kurangkan pengambilan gula yang diproses daripada 45% kepada 10% daripada keseluruhan jumlah tenaga.

4. Jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga. Lemak polyunsaturated tidak lebih 10% dan lemak monounsaturated pada kadar 10% - 15%.

5. Kurangkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari 30mg. sehari.

10 LANGKAH PENJAGAAN DIET SEIMBANG UNTUK MENGURANGKAN STRES DAN KEHIDUPAN SIHAT.

1. Berhati-hati dengan tabiat diet atau pemakanan

Makanan utama harus di ambil pada waktu pagi. Kita mesti memastikan yang kita mengambil 3 hidangan dalam sehari.

2. Kekalkan diet seimbang berdasarkan 6 kumpulan makanan.

6 kumpulan makanan tersebut ialah roti dan bijirin, buah-buahan dan sayuran, kurangkan pengambilan daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.

3. Kurangkan kafein

Pengambilan kafein secara berterusan boleh menyebabkan stres. Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein, banyakkan minum air mineral atau air yang telah dimasak.

4. Kurangkan pengambilan garam.

Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kita perlu mengurangkan sebarang makanan yang mengandungi sebarang makanan yang mengandungi garam yang banyak seperti makanan segera.

5. Kurangkan gula

Gula yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan kencing manis dan kegemukan.

6. Berhenti merokok

Nikotin yang terdapat dalam tembakau meninggalkan kesan ketagihan. Bagi mengurangkan ketagihan, sokongan rakan diperlukan, di samping menjadikan aktiviti senaman sebagai amalan dan bertekad untuk berhenti merokok.

7. Berhenti dari pengambilan alkohol

Kurangkan pengambilan alkohol dan minuman beralkohol secara beransur-ansur agar dapat mengekalkan kesimbangan badan dan menghindarkan stres.

8. Keperluan vitamin dan mineral dalam diet pemakanan seimbang.

Pengambilan vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan ketahanan terhadap stres.

9. Penggunaan barang makanan semulajadi Yogurt

Yogurt mengandungi Lactobacillus acidhophitis yang tidak merbahaya dan dapat menghalang pembesaran bakteria pathogens di samping menggalakkan sistem keimunan, menambahkan vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.

10. Kekalkan berat badan melalui kawalan teratur

Kekalkan berat badan yang seimbang dengan melakukan aktiviti senaman sebanyak 3 kali seminggu selama 20 minit. http://ainzainudi.blogspot.com/2012/09/15-jenis-makanan-dilarang-jual-di.html