nyanyian, perkusi & pergerakan

14
MENYANYI Menyanyi merupakan cara mudah untuk melahirkan perasaan. Secara tidak langsung, aktiviti menyanyi memenuhi keperluan untuk menyalurkan perasaan dan fikiran. Sejak zaman dahulu lagi, menyanyi menjadi medium untuk melahirkan perasaan dan berkongsi pengalaman seseorang. Lagu adalah komunikator yang hebat terutama bagi kanak-kanak (Phillips, 1990). Proses menyanyi melibatkan tiga bentuk major pembelajaran: kognitif (pengetahuan), psikomotor (kemahiran), dan afektif (perasaan dan sikap).Bagi kanak-kanak, menyanyi adalah satu aktiviti semulajadi yang boleh dilakukan secara spontan seperti bertutur. Menyanyi adalah kemahiran yang kompleks kerana ia memerlukan masa untuk membentuk respon kedua-dua koordinasi psikologikal dan motor dalam menghasilkan vokal yang baik. ALAT VOKAL

Upload: zue

Post on 09-Jun-2015

11.969 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: NYANYIAN, PERKUSI & PERGERAKAN

MENYANYI

Menyanyi merupakan cara mudah untuk melahirkan perasaan. Secara tidak

langsung, aktiviti menyanyi memenuhi keperluan untuk menyalurkan perasaan

dan fikiran. Sejak zaman dahulu lagi, menyanyi menjadi medium untuk

melahirkan perasaan dan berkongsi pengalaman seseorang. Lagu adalah

komunikator yang hebat terutama bagi kanak-kanak (Phillips, 1990).

Proses menyanyi melibatkan tiga bentuk major pembelajaran: kognitif

(pengetahuan), psikomotor (kemahiran), dan afektif (perasaan dan sikap).Bagi

kanak-kanak, menyanyi adalah satu aktiviti semulajadi yang boleh dilakukan

secara spontan seperti bertutur. Menyanyi adalah kemahiran yang kompleks

kerana ia memerlukan masa untuk membentuk respon kedua-dua koordinasi

psikologikal dan motor dalam menghasilkan vokal yang baik.

ALAT VOKAL

Rajah 1: Alat-alat vokal

Page 2: NYANYIAN, PERKUSI & PERGERAKAN

POSTUR SEMASA MENYANYI

1. Postur yang betul membolehkan seseorang itu menyanyi dengan baik.

2. Postur yang betul membolehkan suara dikeluarkan dengan baik.

3. Menarik nafas semasa menyanyi memberi sokongan yang berterusan

dalam penghasilan ton, dan

4. Untuk membuat perangkaian dan ekspresi yang bermakna melalui

penghasilan ton

POSTUR BERDIRI YANG BETUL

1. Kaki: terbuka sedikit, sebelah kaki ke depan sedikit, berat badan ke

depan sedikit dan tidak di atas tumit kaki.

2. Lutut: fleksibel, longgar dan tidak terkunci.

3. Punggong: ke depan sedikit.

4. Abdomen: rata, tetap, kedalam dengan selesa bukan kaku.

5. Dada: tinggi tetapi tidak tegang. Tidak bergerak ke atas dan ke

bawah ketika menarik nafas.

6. Lengan: jatuh dalam keadaan yang selesa. Jika memegang skor

muzik, pegang ke hadapan agar dapat dilihat dengan jelas tanpa

menundukkan kepala tetapi tangan tidak diangkat terlalu tinggi seperti

berkepak.

7. Tangan: Tidak menghalang. Lupakan kalau boleh tetapi jangan

menyeluk saku atau letak dibelakang.

8. Kepala: Dagu lebih kurang sama aras dengan lantai, jangan

menjenguk atau mendongak. Bayangkan anda seperti boneka yang bertali.

Belakang kepala anda tersangkut pada tali tersebut segarisan dengan tulang

belakang anda dan tali itu tergantung dari siling.

POSTUR DUDUK

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika

menyanyi dalam keadaan duduk adalah seperti berikut:

Bahagian badan hingga kepala - keadaannya sama seperti postur berdiri.

Page 3: NYANYIAN, PERKUSI & PERGERAKAN

Belakang badan - tidak bersandar.

Punggung - terletak di tengah kerusi.

Kaki - diletak di atas lantai dengan satu kaki ke hadapan sedikit.

Tangan - diletak di atas paha.

Postur duduk yang betul hampir sama dengan postur berdiri. Daripada punggong

ke atas, keadaan duduk sama seperti berdiri. Letakkan kaki rata di atas lantai,

tidak bersilang atau memberi tegangan kepada mana-mana bahagiannya (R.

Stanton, 1976)

PENGAWALAN PERNAFASAN

Terdapat empat fasa mengawal pernafasan dalam menyanyi, iaitu: menarik

nafas, menggantungkan nafas (suspension), menghembus nafas (phonation),

dan pulih semula (recovery).

TEKNIK MENYANYI

Penggunaan teknik menyanyi yang betul adalah penting. Penggunaan teknik

suara yang betul merangsang tekanan, ekspresi yang diperlukan,

menghubungkan konsep fikiran kepada perasaan dan mengaitkan pula dengan

tindak balas fizikal.

Menyanyi dengan teknik yang baik dapat menghasilkan:

1. Penghasilan ton yang baik.

2. Penghasilan ton yang licin dan panjang.

3. Sebutan yang jelas, betul dan cantik.

4. Berkebolehan menyanyi dalam nada tertentu.

5. Mempunyai ketahanan menyanyi rangkai lagu yang panjang.

6. Mempunyai ketangkasan membungakan nyanyian dengan petikan skel dan

arpegio.

7. Berkebolehan membaca skor muzik.

8. Dapat menghasilkan variasi warna ton dengan berkesan.

9. Dapat menghasilkan renj dinamik ppp ke fff dengan berkesan.

Page 4: NYANYIAN, PERKUSI & PERGERAKAN

10. Boleh menyanyi dua oktaf dan lebih.

LATIHAN PERNAFASAN

Mutu nyanyian yang baik dapat dihasilkan melalui latihan pernafasan yang betul

Aktiviti Latihan Pernafasan

1. Urut belakang kawan dalam jangka masa 30 saat.

2. Dalam kiraan 8 pada setiap latihan, toleh kepala ke kanan, ke kiri, tunduk

dan mendongak.

3. Angkat tangan ke atas sambil menarik nafas dengan kiraan 4, tahan nafas

dengan kiraan 4 dan turunkan tangan sambil hembuskan nafas dengan

kiraan 8 sambil menyebut ssss…. Ulang dengan aktiviti ke kiri, ke kanan, ke

depan dan ke bawah.

4. Lihat ke atas dan cuba jangkau tangan ke atas, regang ke sisi dan jangkau

ke atas semula. Ia bertujuan untuk menyediakan badan sebelum memulakan

nyanyian.

5. Cekak Pinggang kemudian bengkok ke kanan, ke kiri, bongkok ke depan dan

melentik ke belakang dengan kiraan 8.

6. Tarik nafas sambil naikkan bahu kanan dengan kiraan 8, tahan nafas kiraan

8 dan turunkan bahu sambil menghembus nafas dengan sss…. Kiraan 8.

Ulang dengan bahu kiri kemudian dengan kedua-dua belah bahu.

7. Bunyikan konsonan ‘p, f, k, t, r, dan s’ dengan kiraan 8 setiap konsonan.

8. Dengan posisi tangan diregang, bunyikan siren apabila bergerak dari posisi

tunduk di hadapan ke posisi berdiri tegak.

Page 5: NYANYIAN, PERKUSI & PERGERAKAN

PERKUSI

Mengikut Suk. Pel. Muzik KBSR dan KBSM Pendidikan Muzik dapat diasaskan

pada empat aspek berikut:

Persepsi Estetik (bahasa muzik)

Pengalaman Muzikal

Ekspresi Kreatif

Penghargaan Estetik

Di dalam pengajaran dan pembelajaran permainan alat perkusi kesemua aspek

ini adalah berhubung kait. Pada asasnya murid dilatih teknik konvensional

seperti berikut:

Postur

- berdiri atau duduk dalam keadaan yang selesa

- memegang alat perkusi mengikut kesesuaian

Cara memainkan

- memainkan alat perkusi mengikut cara konvensional

- memainkan alat perkusi mengikut kreaviti seseorang

Berikut adalah beberapa cara yang boleh dijadikan panduan ketika membuat

skor permainan alat perkusi:

a. mengikut detik lagu berdasarkan tempo cepat, lambat, sederhana

b. mengikut corak irama lagu yang diajar. Perlu diberi perhatian juga untuk

memainkan alat perkusi yang agak berat seperti dram untuk menunjukkan

tekanan (accented beat) dalam corak irama lagu tersebut.

c. mengikut suatu corak irama yang ditentukan Ini berdasarkan kreaviti

seseorang (lebih kepada mengimprovisasi corak irama).

d. mengikut rentak lagu seperti rentak masri, waltz, jazzrock, inang, mac dan

lain-lain lagi.

e. Gabungjalin kesemua aktiviti di atas(a-d) untuk permainan alat perkusi

yang lebih banyak (lebih dari 2 jenis alat) dalam satu skor perkusi.

Page 6: NYANYIAN, PERKUSI & PERGERAKAN

MUZIK DENGAN PERGERAKAN

5 jenis Pergerakan mengikut Perkembangan Dari Mudah ke Kompleks:

Gerakan Mengikut Lirik Lagu

Gerakan Asas Dengan Muzik

Interpretasi Muzik Dengan Gerakan

Gerakan Bebas Dengan Muzik

Gerakan Yang Menunjukkan Cerita Atau Tema

KEPENTINGAN PERGERAKAN

Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi keperluan kanak-kanak untuk

penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik. Pergerakan adalah

asas respon kepada muzik. Ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk

melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, berimaginasi dan

menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat

‘nonverbal’. Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada

pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana Dalam dunia

kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semula jadi

kanak-kanak memang suka bergerak.

Pergerakan dan muzik adalah satu seni kinestetik. Kanak-kanak

mengembangkan kebolehan muzikal mereka melalui kombinasi apa yang

mereka alami dengan apa yang mereka dengari, lihat dan rasai.

DEFINISI PERGERAKAN

Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara “melakukan”

( learning by doing : Dalcroze 1950) kerana tubuh badan adalah alat paling

utama dan merupakan asas keseluruhan pembelajaran muzik dan seterusnya

mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan

telinga(pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara

improvisasi kepada muzik.

Page 7: NYANYIAN, PERKUSI & PERGERAKAN

Pergerakan adalah perlakuan/aksi individu yang boleh berlaku secara

- automatis

- spontan

- terurus (melibatkan perancangan yang lebih tersusun) melalui postur, gerak

isyarat, dan pelbagai pergerakan badan.

PENDEKATAN DALCROZE

irama adalah pendekatan asas dalam pendidikan muzik

irama dan pergerakan berkaitan dengan kehidupan murid/kanak-kanak.

elemen irama dan dinamik - berkait rapat dengan pergerakan.

Kesemua degree dalam tempo - allegro, andante, accelerando dan

ritardando dapat dialami, difahami dan diekspresikan dengan badan.

PENGLIBATAN

Eurhythmics memerlukan penglibatan individu secara total/menyeluruh. Ia

melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri secara total di

mana individu perlu :

mendengar

merasai (feel)

berimaginasi kuat (strong imagination)

mengintepretasi bunyi

bertindak/respon/bergerak

JENIS PERGERAKAN ASAS

Page 8: NYANYIAN, PERKUSI & PERGERAKAN

Bukan lokomotor : tepuk, pusing, hayun, membongkok, memintal,

melentik.

Lokomotor : berjalan, meloncat, , berlari, merangkak, merayap,

bergolek,bergalop, skip, berputar, melompat.

Kedua-dua jenis pergerakan boleh dikombinasikan dengan kedudukan badan

pada aras tinggi, rendah atau pertengahan untuk menunjukkan pertukaran berat-

ringan dan tinggi-rendah bunyi, dan kontur melodi.

PERGERAKAN KREATIF

Intrepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara

simbolik melalui pergerakan.

UNSUR-UNSUR PERGERAKAN

TUBUH BADAN : pergerakan yang dilahirkan oleh bahagian- bahagian

anggota badan.

RUANG : penggunaan ruang dalam aktiviti pergerakan.

DAYA : kualiti pergerakan.

PERKAITAN : hubungkait bahagian-bahagian anggota badan dengan

orang lain atau objek-objek.

TUJUAN PERGERAKAN KREATIF

1. kebebasan melahirkan idea dan perasaan

2. pengawalan pergerakan

3. kemahiran pergerakan

4. keseronokan dan kepuasan

5. kesedaran imej kendiri

6. kesedaran estetik

7. apresiasi bentuk seni

8. kartasis(melepaskan ketegangan perasaan)

9. pemahaman budaya

10. sosialisasi

Page 9: NYANYIAN, PERKUSI & PERGERAKAN

11. penyelesaian masalah

12. alat pembelajaran akademik

13. teraputik

APLIKASI KONSEP MUZIK DALAM PERGERAKAN

1. Irama

menepuk patah perkataan dan akhirnya dapat menepuk irama lagu

yang mudah sambil menyanyi.

2. Meter dan tekanan

gunakan meter simple duple dan quadruple dahulu kemudian meter

triple. Skip, bergalop dan hayun untuk compound meter ( 6 )

8

3. Melodi

guna pergerakan tangan atau kedudukan badan untuk menunjukkan

bila masanya bunyi(pic) lebih tinggi, lebih rendah atau pada kedudukan

yang sama. Kelak dapat ditunjukkan bunyi tertinggi atau terendah

dalam melodi yang mempunyai renj yang lebih luas, juga dapat

menunjukkan kontur melodi menggunakan tangan atau kedudukan

badan dalam pergerakan kreatif.

4. Bentuk

pergerakan tangan berbentuk arch yang mudah untuk menunjukkan

frasa. Kemudian murid boleh skip dalam bulatan untuk menunjukkan

pertukaran arah pada sesuatu frasa lagu.

5. Harmoni

dua atau lebih pic dibunyikan serentak untuk menjadi lagu pusingan

dapat diilustrasikan dalam bentuk meniru pergerakan yang terdahulu.

6. Ekspresi

Page 10: NYANYIAN, PERKUSI & PERGERAKAN

pergerakan yang menunjukkan dinamik dapat dibuat sebagai berjingkit,

bila muzik lembut (soft) dan hentak kaki bila ia kuat. Bergerak cepat

dan lambat untuk menunjukkan perubahan tempo dan pergerakan

badan atau mimik muka untuk menunjukkan mud.

7. Warna ton

pergerakan dapat dibuat seolah-olah berlagak seperti biola, trumpet

atau oboe.

8. Jalinan

pergerakan seperti susup menyusup dan pembentukan sesuatu bentuk

atau fomasi.

PERANCANGAN P & P

1. ajar lagu dan lirik dahulu sebelum membuat pergerakan atau permainan.

2. berbincang mengenai formasi atau pergerakan yang dikehendaki.

3. buat demonstrasi untuk lebih kefahaman

4. jika murid di luar kawalan, hentikan aktiviti. Beritahu mengapa - terangkan

bahawa pergerakan memerlukan disiplin.

[email protected]/0193678647