alat perkusi

19
Alat Perkusi Tahun 3

Upload: nuradibah-kapli

Post on 18-Jul-2015

598 views

Category:

Education


22 download

TRANSCRIPT

Page 1: Alat perkusi

Alat Perkusi

Tahun 3

Page 2: Alat perkusi

Alat perkusi merupakan alatan muzik

Yang menghasilkan bunyi. Alat perkusi

Terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

ALAT PERKUSI BERPIC

ALAT PERKUSI TIDAK BERPIC

Page 3: Alat perkusi

ALAT PERKUSI BERPIC

Alat perkusi berpic ialah alat perkusi

yang boleh memainkan melodi

sesebuah lagu.

GlockenspielXylophone

Page 4: Alat perkusi

ALAT PERKUSI TIDAK BERPIC

Alat perkusi tidak berpic pula ialah alat perkusi

yang menghasilkan bunyi satu ton sahaja.

Page 5: Alat perkusi

LOCENG

Loceng merupakan segugusan loceng

kecil yang dipasang pada bingkai.

Bingkai berbentuk gelung diperbuat

daripada plastik dan loceng-loceng

logam kecil diikatkan pada bingkai

tersebut.

Loceng-loceng ini akan menghasilkan

bunyi yang halus dan nyaring apabila

digoncang.

Page 6: Alat perkusi

CARA MEMAINKAN LOCENGCara memegang dan

memainkan loceng :

Masukkan empat jari ke dalam

gelong loceng dan genggam

bahagian yang tidak

berloceng.

Loceng menghasilkan bunyi

apabila ia digoncang.

Genggam pemegang loceng

dengan tangan kiri @ kanan.

Kemudian ketuk pergelangan

tangan kiri dengan tangan

kanan yang menggenggam

loceng.

Page 7: Alat perkusi

KAYU TIK TOK

Diperbuat daripada kayu. Ia

mempunyai pemegang dan

sebatang pengetuk.

Tik-tok menghasilkan bunyi

yang tidak lanjut.

Bunyi yang dihasilkan daripada

bahagian kanan tik-tok tidak

sama dengan bunyi daripada

bahagian kiri.

Page 8: Alat perkusi

CARA MEMAINKAN KAYU TIK TOK

Cara memegang dan

memainkan tik-tok

Pegang tik-tok dengan

tangan kiri dan pengetuknya

dengan tangan kanan.

Ketuk tik-tok pada bahagian

kiri dan kanannya secara

bergilir-gilir.

Page 9: Alat perkusi

KASTANET

Diperbuat daripada kayu atau plastik.

Alat ini mempunyai dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah.

CARA MAIN :

Lazimnya gelung tali atau getah kastanet disarungkan pada jari

tengah dan biarkan kastanet terletak di atas tapak tangan kiri / kanan. Ketuk kastanet dengan hujung jari tangan kanan / kiri

Page 10: Alat perkusi

KERINCINGDiperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga.

Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada

bucunya.

Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk.

Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.

Page 11: Alat perkusi

CARA MAIN KERINCING

Pegang tali kerincing pada

talinya sebelah tangan dan

pemukulnya di tangan yang

sebelah lagi. Pastikan tangan

yang memegang tali kerincing

tidak menyentuh kerincing.

Kerincing boleh dimainkan

dengan cara mengetuk pada

lingkaran segitiganya dengan

pengetuk kerincing. Ketukan

boleh dilakukan juga di sebelah

luar kerincing atau dalam

kerincing.

Page 12: Alat perkusi

MARAKAS

Page 13: Alat perkusi

TAMBORIN

Sebuah gelung yang lazimnya diperbuat

daripada kayu atau plastik.

Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi

kecil yang menghasilkan bunyi apabila

digoncang.

Terdapat dua jenis tamborin

1. tamborin berkulit

2. tamborin tanpa kulit.

Page 14: Alat perkusi

CARA MEMAINKAN TAMBORIN

Tamborin dimainkan dengan dua

cara iaitu:

Pegang tamborin dengan

tangan kanan dan goyangkan ke

kiri dan ke kanan.

Pegang tamborin dengan

tangan kiri /kanan. Ketuk tepi

tamborin atau kulit tamborin

dengan hujung jari tangan kanan

/kiri.

Page 15: Alat perkusi
Page 16: Alat perkusi
Page 17: Alat perkusi

Mari Kita Cuba

Page 18: Alat perkusi

Mari Kita Cuba

Page 19: Alat perkusi

Kerincing

Loceng

Marakas

Kayu tik

tok

Tamborin

Kastanet