nurul shafinaz

Upload: nurul-shafinaz

Post on 18-Jul-2015

80 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL SEMESTER 1 SESI 2011/2012 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN APLIKASI MULTIMEDIA MBC 10104

DISEDIAKAN OLEH: NAME NO. IC NO. MATRIK KURSUS : NURUL SHAFINAZ BT HALIM : 880509-09-5064 : GB110299 : MBV Seksyen 3

PREPARED FOR: PUAN MARLINA BT MOHAMAD

Penggunaan Perisian Multimedia dalam Pengajaran Guru-guru TeknikalOleh Nurul Shafinaz Bt Halim Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional [email protected]

Abstrak:

Artikel ini membincangkan mengenai isu penggunaan perisian multimedia dalam

kalangan guru-guru teknikal dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Guru-guru bertindak sebagai medium penyampaian maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. P&P yang berkesan adalah objektif utama dalam satu proses pengajaran. Jadi, guru perlulah mengaplikasikan teknologi multimedia dalam P&P. Pelbagai pendekatan yang boleh digunakan oleh guru dalam proses pengajaran. Pembelajaran berasaskan komputer merupakan salah satu pendekatan yang sangat efektif. Melalui kajian ini beberapa tindakan boleh diambil untuk meningkatkan kemahiran berkomputer kepada mereka. Kata kunci: Perisian multimedia, guru-guru teknikal

LATAR BELAKANG Seperti yang kita tahu bahawa sistem pendidikan di negara kita mengalami transformasi yang pesat dalam pelbagai aspek. Sebagai contoh, pendidikan Teknik dan Vokasional telah berkembang maju seiring dengan perkembangan teknologi di Malaysia. Kepesatan perkembangan teknologi ini dapat dilihat daripada pengaplikasian teknologi maklumat. Web merupakan satu bentuk multimedia. Tambahan pula, perkembangan dalam teknologi multimedia menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar , memperoleh maklumat dan sebagainya. Kehadiran teknologi multimedia menerusi internet menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat di mana setiap maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan mudah dan pantas.

Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad 21 dan perubahan ke arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam P&P adalah perlu. Cabaran ini membawa kepada implikasi yang besar kepada P&P dalam bilik darjah dan juga penyelidikan. Menurut Holmes (1999), beliau memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Menurut pandangan daripada Holmes (1999) beliau berpendapat bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan matapelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P.

SOROTAN LITERATUR

Menurut Elissavet dan Economidas (2003) perisian multimedia (koswer) adalah istilah yang terkini bagi pembelajaran berasaskan komputer, dimana ia merujuk kepada penggunaan komputer dalam penyampaian pengajaran dalam mod interaktif. Manakala Ismail Zain (2002) dalam penerangannya mengenai multimedia menyatakan bahawa multimedia berasal daripada dua perkataan iaitu multi dan media yang bermaksud pelbagai media. Manakala istilah multimedia bagi generasi 2 pula membawa maksud kepelbagaian media seperti teks, audio, video, dan animasi berbentuk digital. Menurut Jamalluddin Harun dan Zaidatun Tasir (2000) pula, multimedia merupakan suatu peralatan komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks, grafik, audio, video, dan animasi. Menurut Mohd Arif Hj.Ismail et.al., (2005), guru merupakan golongan pelaksana yang menentukan kejayaan penggunaan P&P berbantukan komputer dalam semua subjek. Koswer multimedia hanya bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam proses P&P. Norizan Abdul Razak dan Sallehudin Abdul Razak (1997) pula menyatakan bahawa peranan guru adalah lebih

sebagai fasilitator dan pengemudi ilmu. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. Satu kajian (Bahrudin, Mohamad Bilal dan Mohammad Kassim 2001) menunjukkan bahawa ICT dapat membantu mengatasi kelemahan pendidikan sains yang diajar secara tradisional serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer secara lebih produktif. Guru harus mengintegrasi kemahiran teknologi dan peluang pembelajaran secara konstruktivis untuk melihat keberkesanan penggunaan teknologi. Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran berlaku apabila seseorang itu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan dan kemudiannya diberi pengukuhan. Implikasi ini menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh dipindahkan kepada murid (Newell, 1990). Penggunaan internet juga dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dan murid dapat memanfaatkan sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu matapelajaran. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan murid dapat mengakses bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui lima tahun sekali (Zalina Yahaya, 2001) Terdapat pelbagai faktor mengapa perlunya teknologi multimedia diintegrasi dengan teknologi web atau internet. Penggunaan multimedia dapat menjadikan proses pencarian maklumat sesuatu yang menyeronokkan dan menghiburkan. Interaktiviti dalam sistem multimedia membolehkan sesuatu proses latihan dan pengajaran dijalankan mengikut kesesuaian, keperluan dan cita rasa pelajar. Penggunaan elemen-elemen multimedia dalam proses P&P didapati mampu menarik minat pelajar supaya mereka tidakberasa bosan dan dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap proses P&P.

PERBINCANGAN

Secara keseluruhannya, artikel ini dapat membincangkan mengenai guru-guru sekolah teknik mempunyai sikap dan fikiran terbuka terhadap penggunaan perisian komputer. Setiap guru perlulah mempunyai pengetahuan asas mengenai perisian komputer. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu itu mudah diakses, disebar dan disimpan oleh pelajar. Selain itu, komputer adalah satu alat yang canggih dan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia. Secara tidak langsung ia dapat menarik minat pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan dan menjadikan suasana P&P lebih menyeronokkan. Pada zaman era globalisasi, profesion perguruan alaf baru memerlukan guru-guru yang mempunyai pengetahuan dan menguasai kemahiran- kemahiran yang berasaskan multimedia. Oleh hal yang demikian, ia akan mewujudkan P&P yang lebih bermakna dan bestari, Pelbagai strategi pengajaran yang boleh digunakan dalam merekabentuk informasi sesuatu pembelajaran berasaskan komputer. Contohnya ialah tutorial, latih tubi dan permainan pendidikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Sekolah Menengah Teknik gemar menggunakan perisian multimedia dalam bentuk tutorial, latih tubi dan demonstrasi. Perkembangan teknologi maklumat pesat hari ini sewajarnya dimanfaatkan oleh semua pendidik sebagai satu medium alat bahan bantu mengajar (ABBM) bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang lebihversatile komputer merupakan satu medium pembelajaran yang mudah dipelajari dan mempunyai pelbagai kegunaan. Terdapat banyak faedah dan kebaikan yang diperolehi jika kita mengaplikasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara kebaikan adalah yang dinyatakan oleh B.Aris (2004) ialah pendekatan ini lebih menarik dan menyeronokkan. Melalui gabungan grafik, animasi, bunyi, video akan memberangsangkan dan tidak menjemukan. Pelajar menerima maklum balas serta merta apabila menanyakan sesuatu atau menanyakan sesuatu. Kedua, ia melibatkan deria yang lebih daripada satu, contohnya pembelajaran berasaskan komputer mengandungi unsure video dan audio yang memerlukan penggunaan deria pendengaran, di samping menggunakan deria penglihatan . Menurut Lee Lay Wah (2007) Multimedia software and multimedia learning environments have been prove to be effective in helping children with disabilities to develop skills and social interaction. Ketiga ialah

pengaplikasian simulasi berasaskan web dapat memberi pengalaman kepada pelajar belajar dalam keadaan sebenar pekerjaan. Menurut S.Md Salleh & Z. Tasir (2011). Corak laman web interaktif dengan elemen multimedia sebagai sokongan penyampaian dan teori konstruktivisme. Ia berpotensi meningkatkan pengalaman pembelajaran individu terutamanya pada era teknologi maklumat yang semakin pesat dan maju. Kepelbagaian penggunaan media pengajaran yang melibatkan ICT ini dapat menghasilkan perubahan dalam P&P seperti pelajar memperolehi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan oleh tajuk berkenaan. Secara tidak langsung, pelajar memperoleh pengalaman yang bermakna dan menarik minat mereka untuk meneruskan pembelajaran; dan pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam situasi yang perlu. Dengan menggunakan pelbagai media, keboleh capaian terhadap sesuatu isi kandungan dapat dipelbagaikan. Sumber rujukan elektronik seperti ensaiklopedia, tutorial interaktif, buku elektronik dan sebagainya. Guru-guru teknikal boleh mangaplikasikannya dalam P&P untuk meningkatkan kebolehcapaian pelajar. Ini adalah kerana multimedia berupaya menyediakan persekitaran pembelajaran yang berbentuk pelbagai pancaindera dan ia sesuai untuk pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran dan tahap kognitif.

KESIMPULAN

Pada masa kini, guru-guru memberi pandangan yang positif terhadap peranan perisian multimedia dalam pendidikan. Demi mencapai matlamat dalam pendidikan, guru-guru perlu menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru memainkan peranan yang sangat pentingdalam membimbing pelajar dalam mencapai objektif sesuatu pembelajaran. Justeru itu, guru-guru hendaklah bijak memilih pendekatan dalam P&P supaya pelajar dapat memahami pembelajaran yang dilaksanakan. Oleh yang demikian, semua golongan pendidik seharusnya sentiasa peka dan cuba meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan aplikasi multimedia. Selain itu, sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses P&P. Untuk itu, penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses P&P.

RUJUKAN

Elissavet, G. Dan economides , A.A.(2003). An Evaluation Instrument for Hypermedia Courseware.Educational Technology & Society 6 (2) 31-44. Ismail Zain (2002). Aplikasi Multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, (2003). Pendapat Pelajar Terhadap Reka BentukPerisian Multimedia yang Berasaskan Kepada Pendekatan PembelajaranKonstruktivis. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. Ismail Zain (2002). Aplikasi Multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd Norizan Abdul Razak dan Sallehudin Abdul Razak (1997). Dalam Mohd Ariff Hj.Ismail,Mohd Jasmy Abd.Rahman, Dan Kamran Mohamad. Pembelajaran Online-Subjek Geografi Tingkatan 4 Bagi Topik Sistem Suria. Prosiding Seminar Pendidikan JPPG. 28-30 Ogos 2005. Pulau Pinang, Malaysia. Mohd Arif Hj.Ismail, Mohd Jasmy Abd.Rahman, dan Kamran b. Mohamad. Pembelajaran Online-Subjek Geografi Tingkatan 4 Bagi Topik Sistem Suria. Prosiding Seminar Pendidikan JPPG. 28-30 Ogos 2005 Pulau Pinang, Malaysia.

Norizan Abdul Razak dan Sallehudin Abdul Razak (1997). Dalam Mohd Ariff Hj.Ismail,Mohd Jasmy Abd.Rahman, Dan Kamran Mohamad. Pembelajaran Online-Subjek Geografi Tingkatan 4 Bagi Topik Sistem Suria. Prosiding Seminar Pendidikan JPPG. 28-30 Ogos 2005. Pulau Pinang, Malaysia.

Holmes, W.(1999). The transforming power of information technology. Community College J ournal, 70(2), ms.10-15 Bahrudin Aris, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim Basir (2001). Pembelajaran fizik secara kolobratif menggunakan laman web dan internet Virtec Journal, 1-1 Newell, A. (1990). Unified theories of cognition. Cambridge, MA: Harvard University Press. Skinner, B.F (1974). About behaviorism. London: Penguin Books Zalina Yahaya, (2002, 15 Julai). IT dan komputer. Nadi Sekolah Bestari. Utusan Malaysia.