novel tingkatan 1 bukan duniaku

9
Novel Tingkatan 1 Bukan Duniaku. PERSOALAN - KETABAHAN MENGHADAPI DUGAAN. Soalan 1: Berdasarkan novel di atas berikan tiga contoh peristiwa yang dapat menggambarkan persoalan di atas? Jawapan: Novel yang saya kaji ialah “Bukan Duniaku”. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan ketabahan menghadapi dugaan dalam novel ini. Peristiwa yang pertama ialah, Halim dan Saleh tabah menghadapi dugaan semasa tinggal bersama Abang Joe yang tidak berperikemanusiaan. Selain itu, peristiwa Saleh sanggup menemani Halim menemui Abang Joe. Dia tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang Joe. Akhir sekali, peristiwa Halim tabah meneruskan kehidupan dengan bekerja sebagai pencuci kereta walaupun Abang Joe tidak membayar sebarang upah kepadanya. Soalan 2: NILAI KEGIGIHAN Berdasarkan novel „Bukan Duniaku”. Jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai kegigihan. Jawapan: Novel yang saya kaji ialah “Bukan Duniaku”. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kegigihan dalam novel ini.

Upload: mohdhafizfaiz-mdali

Post on 05-Dec-2015

91 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

pt3

TRANSCRIPT

Page 1: Novel Tingkatan 1 Bukan Duniaku

Novel Tingkatan 1 – Bukan Duniaku.

PERSOALAN - KETABAHAN MENGHADAPI DUGAAN.

Soalan 1:

Berdasarkan novel di atas berikan tiga contoh peristiwa yang dapat menggambarkan persoalan di atas?

Jawapan:

Novel yang saya kaji ialah “Bukan Duniaku”. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan ketabahan menghadapi dugaan dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah, Halim dan Saleh tabah menghadapi dugaan semasa tinggal bersama Abang Joe yang tidak berperikemanusiaan.

Selain itu, peristiwa Saleh sanggup menemani Halim menemui Abang Joe. Dia tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang Joe.

Akhir sekali, peristiwa Halim tabah meneruskan kehidupan dengan bekerja sebagai pencuci kereta walaupun Abang Joe tidak membayar sebarang upah kepadanya.

Soalan 2:

NILAI – KEGIGIHAN

Berdasarkan novel „Bukan Duniaku”. Jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai kegigihan.

Jawapan:

Novel yang saya kaji ialah “Bukan Duniaku”. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kegigihan dalam novel ini.

Page 2: Novel Tingkatan 1 Bukan Duniaku

Peristiwa yang pertama ialah Saleh gigih menjalani kehidupan dalam keadaan daif dan miskin.

Selain itu, peristiwa Faris gigih menyiasat untuk membongkar kegiatan Abang Joe.

Akhir sekali, peristiwa Halim dan Salleh gigih meneruskan kerja mereka walaupun tidak diberi sebarang upah oleh Abang Joe.

Soalan 3:

NILAI – KEBERANIAN

Berdasarkan novel „Bukan Duniaku”. Jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian.

Jawapan:

Novel yang saya kaji ialah “Bukan Duniaku”. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah Saleh berani pergi ke Kuala Lumpur seorang diri untuk mencari pekerjaan.

Selain itu, peristiwa Halim berani lari dari rumah seorang diri pada waktu malam.

Akhir sekali, peristiwa Saleh berani membela Halim ketika Halim dibelasah oleh konco-konco Abang Joe.

Soalan 4:

NILAI – KASIH SAYANG

Page 3: Novel Tingkatan 1 Bukan Duniaku

Berdasarkan novel „Bukan Duniaku”. Jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang.

Jawapan:

Novel yang saya kaji ialah “Bukan Duniaku”. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah Saleh sanggup membela Halim apabila dibelasah oleh konco-konco Abang Joe.

Selain itu, peristiwa Saleh sayang akan adik-adiknya. Dia sanggup berhenti sekolah demi adik-adiknya menyambung pelajaran.

Akhir sekali, peristiwa Saleh sayang akan keluarganya dengan sanggup pergi ke Kuala Lumpur seorang diri untuk mencari pekerjaan demi membantu keluarganya yang susah.

Soalan 5:

PERWATAKAN WATAK UTAMA – HALIM SEORANG YANG MEMPUNYAI PERASAAN SIMPATI.

Berdasarkan novel “Bukan Duniaku”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan perwatakan watak utama dalam seperti yang ditetapkan di atas?

Jawapan:

Novel yang saya kaji ialah “Bukan Dunia”. Watak utama dalam novel ini ialah Halim. Halim digambarkan seorang yang mempunyai perasaan simpati.

Peristiwa yang pertama Halim bersimpati akan kesusahan hidup Saleh dengan membantu Saleh meneruskan persekolahannya dengan dibantu oleh ayah Halim.

Selain itu, peristiwa Halim bersimpati kepada rakan-rakannya yang terperangkap dengan sindiket Abang Joe.

Page 4: Novel Tingkatan 1 Bukan Duniaku

Akhir sekali, peristiwa Halim bersimpati kepada Saleh yang telah dibelasah oleh konco-konco Abang Joe ketika di gudang simpan dadah.

Soalan 6:

PERWATAKAN WATAK UTAMA – HALIM SEORANG YANG GIGIH

Berdasarkan novel “Bukan Duniaku”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan perwatakan watak utama dalam seperti yang ditetapkan di atas?

Jawapan:

Novel yang saya kaji ialah “Bukan Duniaku”. Watak utama dalam novel ini ialah Halim. Halim digambarkan seorang yang gigih.

Peristiwa pertama yang menggambarkan Halim gigih ialah Halim gigih menjalankan kerjanya sebagai pencuci kereta walaupun tidak diberi sebarang upah oleh Abang Joe.

Selain itu, peristiwa Halim gigih dalam usahanya untuk melepaskan diri dari cengkaman Abang Joe.

Akhir sekali, peristiwa ketika Halim gigih memberi maklumat kepada Fariz bagi menumpaskan sindiket Abang Joe

Soalan 7:

PERBANDINGAN WATAK

WATAK UTAMA WATAK SAMPINGAN HALIM ABANG JOE

Berdasarkan novel di atas nyatakan 3 perbandingan antara watak utama dan watak sampingan?

Page 5: Novel Tingkatan 1 Bukan Duniaku

Jawapan:

Novel yang saya kaji ialah “Bukan Duniaku”. Terdapat banyak perbandingan antara watak utama dan watak sampingan.

Perbandingan yang pertama ialah Halim merupakan murid berusia 15 tahun dan anak sulung manakala Abang Joe merupakan ketua sindiket.

Selain itu, Halim seorang yang terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara manakala Abang Joe licik dalam memperdayakan golongan remaja untuk memperoleh keuntungan.

Akhir sekali, Halim seorang yang prihatin terhadap rakannya iaitu Saleh manakala Abang Joe seorang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan dengan mengarahkan konco-konconya memukul Halim dan rakan-rakannya.

Soalan 8:

Berdasarkan novel “Bukan Duniaku”, jelaskan tiga latar tempat bagi setiap tempat tersebut. Berikan contoh tiga peristiwa yang berlaku?

Jawapan:

Novel yang saya pilih ialah “Bukan Duniaku”. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.

Latar tempat yang pertama ialah tempat cuci kereta. Contohnya peristiwa yang berlaku ialah tempat Halim bekerja mencuci kereta setelah dia diperangkap oleh Abang Joe.

Selain itu, latar tempat yang seterusnya ialah bawah pokok. Di sini berlakunya tempat Halim meletakkan peralatan mencuci kereta dan tempat Halim duduk sementara menunggu pelanggan datang untuk mencuci kereta.

Akhir sekali, latar tempat ialah rumah Halim . Contoh peristiwa yang dapat dilihat di sini ialah di rumah Halim. Halim sering ditemani pengasuhnya, Mak Esah apabila ayah dan ibunya keluar bekerja.

Page 6: Novel Tingkatan 1 Bukan Duniaku

Soalan 9:

Berdasarkan novel “Bukan Duniaku”, jelaskan tiga latar masyarakat. Bagi setiap tempat tersebut berikan contoh tiga peristiwa yang berlaku?

Jawapan:

Novel yang saya pilih ialah “Bukan Duniaku”. Terdapat banyak latar masyarakat dalam novel ini.

Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat remaja yang terlalu mengikut kata hati. Contohnya peristiwa yang berlaku ialah Halim yang baru berusia 15 tahun sanggup lari dari rumah semata-mata kerana berkecil hati apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya.

Selain itu, latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat yang hidup dalam kesusahan kerana kemiskinan. Di sini berlakunya keluarga Saleh hidup dalam kemiskinan. Ayah Saleh tidak mampu menanggung belanja persekolahan Saleh.

Akhir sekali ialah latar masyarakat yang berhati mulia kerana sanggup berkorban demi keluarga. Saleh sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar. Malah, Saleh sanggup pergi ke bandar untuk mencari kerja demi membela nasib mereka sekeluarga.

Soalan 10:

LATAR

MASA TEMPAT MASYARAKAT

Latar merupakan unsur penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap latar di atas?

Jawapan:

Novel yang saya kaji ialah “Bukan Duniaku”. Terdapat banyak latar yang digunakan oleh pengarang seperti latar masa, tempat , dan masyarakat.

Page 7: Novel Tingkatan 1 Bukan Duniaku

Latar masa dapat di lihat pada waktu siang. Peristiwa yang berlaku ialah setiap hari Halim bekerja mencuci kereta setelah dia termasuk perangkap Abang Joe.

Latar tempat pula berlaku di tempat cuci kereta. Di sini berlakunya tempat Halim bekerja mencuci kereta setelah dia diperangkap oleh Abang Joe.

Latar masyarakat yang digambarkan ialah masyarakat remaja yang terlalu mengikut kata hati. Contohnya peristiwa yang dinyatakan ialah Halim baru berusia 15 tahun sanggup lari dari rumah semata-mata kerana berkecil hati apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya.

Soalan 11:

KITA HENDAKLAH SENTIASA MENGAMALKAN SIKAP BANTU MEMBANTU DALAM KEHIDUPAN.

Huraikan tiga contoh peristiwa yang berkaitan dengan pernyataan di atas daripada sebuah novel Tingkatan Satu.

Jawapan:

Novel yang saya kaji ialah “Bukan Duniaku”. Terdapat banyak peristiwa yang memperlihatkan sikap saling membantu dalam kehidupan.

Peristiwa yang pertama ialah Saleh membantu Halim ketika Halim dibelasah oleh konco-konco Abang Joe.

Selain itu, peristiwa ketika bapa Halim membantu membiayai perbelanjaan persekolahan Saleh.

Peristiwa yang terakhir yang dapat dilihat ialah Fariz membantu Halim dan kawan-kawannya terlepas dari cengkaman Abang Joe.

Soalan 12:

PENGAJARAN

KITA MESTILAH TABAH MENGHADAPI CABARAN HIDUP

Page 8: Novel Tingkatan 1 Bukan Duniaku

KITA MESTILAH PRIHATIN AKAN KESUSAHAN ORANG LAIN

KITA JANGANLAH MENGAMALKAN SIKAP TERBURU-BURU

Berdasarkan novel Tingkatan satu yang anda pelajari, berikan satu contoh peristiwa yang menggambarkan setiap pengajaran di atas.

Jawapan:

Novel yang saya kaji ialah “Bukan Duniaku”. Terdapat banyak pengajaran yang diutarakan oleh pengarang melalui novel ini.

Antara pengajarannya ialah kita mestilah tabah menghadapi cabaran. Peristiwanya, ialah Halim dan Saleh tabah menghadapi dugaan semasa tinggal dengan Abang Joe yang tidak berperikemanusiaan.

Selain itu, kita mestilah prihatin akan kesusahan orang lain. Contoh peristiwa yang dapat dilihat ialah semasa di dalam pondok. Halim bersimpati akan Saleh yang terpaksa berhenti sekolah kerana ayahnya tidak mampu menanggung perbelanjaan persekolahannya.

Akhir sekali, kita janganlah mengamalkan sikap terburu-buru. Misalnya, Halim yang berusia 15 tahun sanggup melarikan diri dari rumah kerana ibu bapanya terlupa akan hari jadinya.

Soalan 13:

Berdasarkan satu daripada novel yang anda kaji, huraikan tema bagi setiap novel dan berikan tiga peristiwa yang berkaitan dengan tema tersebut.

Page 9: Novel Tingkatan 1 Bukan Duniaku

Jawapan:

Novel yang saya kaji ialah “Bukan Duniaku”. Tema novel ini ialah ketabahan hati seorang remaja lelaki dalam menempuh liku-liku kehidupan.

Peristiwa yang berkaitan dengan tema ini ialah Halim tabah menghadapi dugaan hidup di ibu kota setelah dia termasuk dalam perangkap Abang Joe.

Selain itu, peristiwa Halim cekal meneruskan kehidupan dengan bekerja sebagai pencuci kereta walaupun tidak dibayar sebarang upah.

Akhir sekali, mengenai kes Abang Joe yang telah terbongkar. Inspektor Fariz bijak menyembunyikan identitinya sebagai anggota polis dan bekerja di bahagian narkotik dan jenayah dalam menyiasat kes Abang Joe.