novel julia tingkatan 5

34
MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUBANG PASU NOVEL JULIA NAMA : MOHAMAD RIZWAN B ABD RASID KELAS : 408 NO. MAKTAB : 09708 NAMA GURU : EN. SHAH RIDZUAN 1

Upload: spetfarahin4383

Post on 14-Jun-2015

9.781 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

novel Julia..

TRANSCRIPT

Page 1: Novel Julia Tingkatan 5

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

KUBANG PASU

NOVEL JULIA

NAMA : MOHAMAD RIZWAN B ABD RASID

KELAS : 408

NO. MAKTAB : 09708

NAMA GURU : EN. SHAH RIDZUAN

1

Page 2: Novel Julia Tingkatan 5

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKASURATBIODATA PENGARANG

SINOPSISTEMA

PERSOALANWATAK DAN

PERWATAKANGAYA BAHASA

LATARPLOT DAN TEKNIK

PLOTNILAI

PENGAJARAN

2

Page 3: Novel Julia Tingkatan 5

BIODATA PENGARANG

Abu Hassan Morad dilahirkan pada 10 Mei 1957 di Chenok, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Jitra hingga Tingkatan

Tiga sebelum meneruskan pelajarannya di Sekolah Tuanku Abdul Rahman dan Kolej Sultan Abd. Hamid, Alor Setar.

Beliau yang pernah mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang pernah menjadi guru sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.

Abu Hassan yang aktif dalam bidang penulisan sejak 1979 telah menghasilkan 18 buah novel kanak-kanak dan remaja serta 42 buah cerpen.

Selain novel dan cerpen, beliau turut menghasilkan skrip drama, kritikan sastera, dan rencana.

Beliau banyak menyertai sayembara sastera dan memenangi beberapa hadiah.Antaranya termasuklah:-

o hadiah penghargaan Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak Dewan

Bahasa dan Pustaka, 1987(Sabarlah Sayang)o hadiah ketiga Sayembara Cerpen ESSO-GAPENA,1918(Tuk Din Tidak

Gila)o hadiah ketiga Peraduan Menulis Buku Kanak-kanak, Jabatan Perdana

Menteri, 1990(Si Alang Budiman)o hadiah kedua Pertandingan Menulis Novel Remaja, Hadiah Sastera

Utusan Melayu-Public Bank, 1996 dan 1997(Titian Rindu dan Natasya). Novel Julia yang dihasilkannya pula memenangi hadiah kedua Pertandingan

Menulis Novel Remaja, Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank, 1998. Abu Hassan yang menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Galeri Ilmu sejak 1995

banyak menjelajah ke luar negara seperti ke Bosnia-Herzegovina, Jordan, Kemboja, Thailand, Vietnam, Arab Saudi, dan Australia.

3

Page 4: Novel Julia Tingkatan 5

KUPASAN BAB DEMI BAB

BAB 1

Ayah dan ibu mengambil keputusan untuk menghantar Julia belajar di Hidayah Islamic College, Perth, Australia. Julia terperanjat dengan keputusan itu namun dia tetap akur dengan keputusan tersebut. Ibu bersama dengan Julia berangkat ke Perth dengan menaiki pesawat Boeing 777. Ayah tidak dapat pergi bersama kerana sibuk. Kesibukan ayah bertambah kerana ayah sudah beristeri muda. Semasa penerbangan selama lima jam, Julia teringat akan adik-adiknya serta kawan-kawannya. Julia terlanggar Jun, seorang pemuda Cina semasa hendak ke bilik air.

BAB 2

Di Perth, Julia dan ibunya menumpang di rumah sewa Pak Cik Khairil dan Mak Cik Nadia. Julia bimbang akan gagal dalam pelajaran kerana Julia tidak mahir berbahasa Inggeris. Julia tertarik oleh keindahan bandar Perth dan pembangunannya yang dirancang rapi. Warga tuanya pula berbeza daripada warga tua di Malaysia. Warga tua di Perth dibantu oleh pertubuhan sukarela dan kehidupan mereka terpelihara. Julia teringat akan Rashid yang berniat jahat terhadapnya. Jiwa Julia bergelora kerana terpaksa berubah daripada seorang gadis yang bergaul bebas kepada gadis yang pendiam, bersopan-santun, dan berakhlak mulia. Ketika Julia berada di kedai buku Collin Booksellers, sekali lagi Julia terserempak dengan Jun.

BAB 3

Julia mulai sedar akan hikmah berpisah dengan rakan-rakan jalanannya, iaitu Rashid, Muna, Jef, Han, dan Wei. Julia telah mendaftarkan diri di Hidayah Islamic College. Julia berasa gembira pada hari pertama persekolahannya. Julia teringat akan Jun dan kenangan baru di bandar Perth. Kenangan baru yang indah dapat menenggelamkan kenangan lamanya yang pahit di Kuala Lumpur.

4

Page 5: Novel Julia Tingkatan 5

BAB 4

Julia gembira kerana dapat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan di dalam kelas. Kawan-kawannya menerima kehadiran Julia dan melayannya dengan mesra dan sopan. Julia dapat merasakan betapa besar erti persaudaraan dalam Islam. Julia terharu terhadap layanan Safiyya, Sadia, dan kawan-kawannya yang lain terhadapnya. Mereka tidak tahu bahawa Julia yang dihormati itu telah hampir terjerumus ke lembah maksiat. Julia dapat juga merasakan kemuliaan hati ibunya yang menerima perkahwinan ayahnya dengan Ummi Sarah dengan hati yang terbuka.

BAB 5

Harga saham di Bursa Saham Kuala Lumpur ditutup rendah. Keadaan jerebu semakin serius dan perniagaan BMPRO Holding Sdn. Bhd. yang berasaskan pelancongan tentu menghadapi masalah. Ibu akan pulang dan menasihati Julia supaya mengikuti perkembangan BMPRO kerana suatu hari nanti Julialah yang akan mengambil alih perniagaan BMPRO Holding. Melalui ayahnya, Julia mendapat tahu bahawa perniagaan ayahnya semakin merosot. Kematian Tan Sri Yahaya menyebabkan ayahnya kehilangan tempat mendapatkan nasihat. Kemudian, Julia mendapat hadiah daripada Jun yang dibawa pulang oleh Mak Cik Nadia.

BAB 6

Sudah dua tahun Julia belajar di Hidayah Islamic college. Julia sangat aktif di dalam kelas. Pada waktu itulah,Julia menerima berita kemalangan ayah dan ibunya yang berlaku di Karak. Di lapangan terbang, Julia berdoa agar ayah dan ibunya selamat. Jun muncul di hadapan Julia. Kebetulan Jun juga akan pulang ke Kuala Lumpur. Akhirnya, Julia menerima takdir kematian ayah dan ibunya dengan linangan air mata.

5

Page 6: Novel Julia Tingkatan 5

BAB 7

Kematian Datuk Bakar dianggap suatu kehilangan besar kepada negara, sama kesannya dengan kematian Tan Sri Yahaya. Julia harus memahami hakikat tersebut. Keadaan di rumah Julia masih muram. Nenek Maryam masih tinggal di rumah Julia. Julia teringat akan pesanan ayah dan ibunya ketika membuat keputusan hendak menghantar Julia belajar di Perth. Julia diminta oleh ayah dan ibunya supaya bersedia menjadi ketua keluarga sekiranya sesuatu berlaku kepada mereka. Jun menelefon Julia lalu menawarkan pertolongan kepadanya. Julia teringat akan ugutan Rashid supaya Julia terus berkawan kepadanya.

BAB 8

Pada hari kesembilan belas kematian ayah dan ibunya, Julia sudah dapat membina kekuatan diri. Julia teringat akan kedatangan Rashid ke rumah dan gaya samsengnya menyebabkan nenek membuat laporan polis. Julia terpaksa meninggalkan pelajarannya kerana hendak mengambil alih perniagaan ayahnya. Julia membaca e-mel yang dihantar oleh Jun dan Saffiya. Ummi Sarah, isteri muda ayahnya datang ke rumah untuk menjelaskan kedudukannya dalam Butik BMPRO Sdn. Bhd. Ummi Sarah hanya menjalankan perniagaan. Butik itu memang milik Julia dan adik-adiknya.

BAB 9

Julia hadir buat kali pertama di pejabat BMPRO Holding Sdn. Bhd. sebagai pengerusi syarikat. Julia berasa berdebar-debar tetapi terpaksa membina keyakinan diri. Julia disambut dengan senyuman dan ucapan selamat datang oleh staf BMPRO Holding. Ucapan pertama Julia mendapat tepukan gemuruh daripada seluruh staf. Julia diperkenalkan kepada setiausahanya dan pengurus syarikat kecuali Syed Mustaffa yang tidak dapat hadir. Pada hari itu juga, Julia terpaksa berjumpa dengan tiga orang wartawan Utusan yang ingin menemuramahnya.

6

Page 7: Novel Julia Tingkatan 5

BAB 10

Julia teringat akan temuramah dengan wartawan semalam. Berita yang keluar pada hari ini sangat positif yang dapat membina keyakinan orang ramai dan usahawan terhadap BMPRO Holding. Jun menghubungi Julia dan mengucapkan tahniah tentang berita yang keluar dalam akhbar hari ini. Syed Mustaffa menuntut supaya Butik BMPRO Sdn. Bhd. diserahkan kepadanya. Julia tidak membuat keputusan tetapi menyerahkan masalah itu kepada peguam syarikat. Sebenarnya, BMPRO Holding menghadapi masalah aliran wang tunai dan Julia terpaksa mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarah.

BAB 11

Julia teringat akan lawatan ke Katanning untuk menziarahi keluarga Sadia. Lawatan itu memberikan kesedaran kepada Julia tentang perjalanan hidup yang belum pasti pada masa hadapan. Melalui e-mel, Julia mendapat tahu bahawa Sadia mendapat adik kembar. Brother Haroun menasihati Julia supaya bertawakal dan Rashid pula memohon maaf atas kekasarannya dahulu. Julia menghubungi Ummi Sarah kerana tidak dapat melawat Butik BMPRO. Julia menyerahkan pengurusan butik tersebut sepenuhnya kepada Ummi Sarah.

BAB 12

Julia menumpukan perhatian kepada masalah BMPRO Transport yang merosot perniagaannya. Julia bimbang kerana kutipan tidak dapat menampung kos operasi. Julia teringat akan nasihat Jun supaya banyak membaca dan mengurus syarikat dengan menggunakan ilmu. Pertemuan dengan Pengarah Urusan Cinta Sejati Travel & Tours milik kelarga Jun, diharapkan dapat mewujudkan kerjasama yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Julia akan menghadiri kursus ‘homestay’ di Seri Malaysia anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Julia pergi dengan menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting.

7

Page 8: Novel Julia Tingkatan 5

BAB 13

Cabaran yang terpaksa diharungi oleh Julia semakin hebat. Encik Hashim, Pengurus besar BMPRO Holding meletakkan jawatan. Hati Julia risau tetapi dengan membaca buku Membujur Lalu…Suatu Pengalaman Orang Melayu dalam Pengurusan yang dihadiahkan oleh Jun, Julia mendapat sedikit kekuatan untuk menghadapi situasi yang rumit. Encik Baharom marah kepada Julia kerana melantik Datuk Jailani bagi membantu memulihkan BMPRO Transport Sdn. Bhd. Sebenarnya, masalah BMPRO Transport Sdn. Bhd. Disebabkan Encik Baharom sendiri yang tidak cekap dan menyeleweng dan Julia telah membuktikan wujudnya penyelewengan itu semasa menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting. Encik Baharom insaf dan Julia memaafkannya.

BAB 14

Julia dan Jun akan melaksanakan program ‘homestay’ di daerah Kubang Pasu, iaitu kawasan parlimen Perdana Menteri. Program ini menggunakan keindahan alam semula jadi, kemajuan, dan kemudahan yang sedia ada untuk menarik pelancong. Perdana Menteri sendiri akan melancarkan program ‘homestay’ di Felda Guar Napai. Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kedah sedia membantu. Penduduk-penduduk kampong juga akan mengambil bahagian sebagai keluarga angkat pelancong. Julia senang hati terhadap Jun yang berada di sisinya.

BAB 15

Julia mendapat tahu bahawa Rashid ditangkap oleh polis kerana disyaki mengedar dadah. Julia teringat akan perbualannya dengan Rashid, Mona dan Han yang senantiasa mengganggu perasaannya. Julia amat tertarik akan watak Jun yang tampan dan senantiasa berterus terang. Sayangnya, perbezaan agama membataskan hubungan mereka. Julia ke pejabat Encik Ibrahim di kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan Malaysia. Pegawai kementerian tersebut mencadangkan supaya mereka menyediakan sepasang pengantin dan mengadakan kenduri-kendara mengikut adat orang Melayu untuk menarik pelancong.

BAB 16

8

Page 9: Novel Julia Tingkatan 5

Pagi itu, Julia bersembahyang subuh berjemaah dengan Adi. Julia berharap agar Adi akan mengambil alih perniagaan apabila dewasa kelak. Mereka mendengar kuliah Subuh yang disampaikan oleh nenek. Pagi itu juga, mereka akan menziarahi kubur ayah dan ibu mereka. Julia teringat akan pertemuannya semalam dengan keluarga Jun di Restoran Fui Gui, Hotel Istana. Semasa berada di tanah perkuburan, Jun dating menemui Julia dengan memakai baju Melayu. Jun berterus terang kepada Julia bahawa dia telah lama memeluk agama Islam. Julia amat gembira.

BAB 17

Lima puluh orang pelancong dari Jepun, Korea Selatan, dan Australia mengambil bahagian. Pelancong akan menyambut ketibaan Perdana Menteri, menyertai sukaneka, dan menyaksikan majlis perkahwinan yang bersejarah. Jun dan Julia sudah dinikahkan dua hari yang lalu. Julia tidak dapat menyambut ketibaan Perdana Menteri kerana berada di atas pelamin bersama dengan suaminya, Jun.

TEMA9

Page 10: Novel Julia Tingkatan 5

Novel Julia karya Abu Hassan Moradmemaparkan tema kegigihan kaum wanita apabila menghadapi cabaran dalam pengurusan perniagaan.

Julia gadis remaja yang berusia dua puluh satu tahun, telah mengambil alih perniagaan ayahnya yang sedang mengalami kemerosotan.

Kemerosotan perniagaan BMPRO Holding Sdn. Bhd. Dan anak syarikatnya berpunca daripada masalah kegawatan ekonomi dan jerebu yang melanda negara. Di samping itu, faktor kematian Tan Sri Yahaya, penyelewengan, dan kurangnya kecekapan telah memburukkan keadaan.

Julia berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan perniagaan ayahnya melalui pembacaan buku, membina keyakinan diri, menghadiri kursus ‘homestay’, menghapuskan penyelewengan yang berlaku dalam syarikat, dan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan.

Julia bekerjasama dengan syarikat perniagaan keluarga Jun, iaitu Cinta Sejati Travel & Tours untuk menarik pelancong yang lebih banyak ke Malaysia.Julia bijak bertindak dengan mempelbagaikan kaedah perniagaan, mengenal pasti masalah syarikat, melaksanakan wawasan syarikat,, dan setiap kakitangan pula berhak memberikan pandangan serta mengetahui perkembangan syarikat.

Berkat kegigihannya, keberaniannya menghadapi cabaran, kesanggupannya mengetepikan segala masalah peribadi, serta sokongan yang padu daripada Jun, Julia Berjaya mengadakan program ‘homestay’ di daerah Kubang Pasu. Kejayaan tersebut menandakan bahawa masalah kegawatan dalam perniagaan yang berasaskan pelancongan sudah berakhir kerana program tersebut Berjaya menarik kedatangan pelancong ke negara ini.

PERSOALAN

10

Page 11: Novel Julia Tingkatan 5

Terdapat beberapa persoalan yang berkait rapat denga tema berkenaan, iaitu:-

Remaja yang runtuh akhlak kerana pergaulan yang bebas.

o Rashid, Julia, Muna, Han, Wei, dan Jef bergaul bebas. Mereka melepak,

meronda, dan membuang masa tanpa melakukan kerja yang berfaedah.o Rashid senantiasa mengajak Julia yang telah insaf supaya berfoya-foya

dengannya. Rashid tidak mahu perhubungan antara lelaki dengan wanita dibatasi oleh agama. Akhirnya, Rashid ditangkap oleh polis kerana disyaki mengedar dadah.

Pendidikan agama dapat mengubah watak remaja dan membentuk peribadi yang mulia.

o Julia mendapat pendidikan agama di Hidayah Islamic College, Perth,

Australia. Di sini, Julia bergaul dengan pelajar-pelajar perempuan yang memakai tudung, bersopan, dan berakhlak mulia. Julia insaf akan perbuatannya yang terdahulu.

o Melalui pendidikan agama, Julia dapat memahami erti kehidupan

sebenarnya. Julia memahami betapa besarnya erti persaudaraan dalam Islam. Julia dihormati oleh kawan-kawan dan mereka menyambut kedatangan Julia dengan mesra.

o Watak Julia berubah setelah mendapat pendidikan agama. Julia Berjaya

membentuk ketahanan diri dan dapat menolak perbuatan maksiat. Dalam bidang perniagaan, Julia tidak mementingkan keuntungan semata-mata tetapi juga mentitikberatkan keadilan social. Julia sanggup memendamkan cintanya terhadap Jun kerana perbezaan agama. Tetapi, apabila Julia mengetahui Jun telah lama memeluk Islam, Julia amat gembira kerana tiada lagi benteng agama yang memisahkan mereka.

Keindahan bandar Perth dan warganya yang berhati mulia

o Julia tertarik oleh keindahan King’s Park, ketenangan sungai Swan,

pembangunan Bandar yang teratur, rumah, dan berjenis-jenis pokok bunga yang cantik.

11

Page 12: Novel Julia Tingkatan 5

o Warga kota di Perth senantiasa menghormati orang asing yang dating ke

tempat mereka. Seorang perempuan tua memberikan hormat kepada Julia semasa melintas di hadapan Julia.

o Warga tua di Madison Garden, Perth dibantu oleh aktivis sukarela. Jikalau

ada warga tua yang uzur, ada aktivis yang membantu mereka di bawah agensi kebajikan. Warga tua diberi elaun khas juga. Sumbangan yang mulia ini menyebabkan warga tua kelihatan kemas dan terjaga.

Masalah jerebu dan kegawatan ekonomi mengakibatkan kemerosotan dalam industri pelancongan.

o Kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia mengakibatkan nilai ringgit jatuh

merudum. Sepatutnya, banyak pelancong luar negara dating ke Malaysia kerana nilai mata wang asing di Malaysia tinggi. Tetapi, masalah jerebu yang mengancam negara menyebabkan pelancong kurang datang

o Perniagaan BMPRO Holding Sdn. Bhd. Yang berasaskan pelancongan

menerima tamparan yang hebat. BMPRO Travel & Tours dan BMPRO Transport Sdn. Bhd. Menghadapi masalah operasi kerana kekurangan wang tunai. Pengurusan yang tidak cekap dalam menghadapi situasi semasa menyebabkan perniagaan bertambah merosot.

o Sesuatu usaha mesti dilakukan untuk menggalakkan kedatangan pelancong

ke dalam Negara. Bantahan dihantar kepada pihak berkuasa supaya isu jerebu tidak dibesar-besarkan. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menerajui usaha tersebut dengan mengadakan kursus dan menggalakkan agensi-agensi pelancongan mengadakan program ‘homestay’. Program ini bertujuan untuk menarik kedatangan pelancong dengan menggunakan keindahan alam semula jadi serta kemudahan dan kemajuan yang sedia ada di tempat-tempat yang tertentu .

Kerjasama dalam perniagaan dapat mengeratkan hubungan dan memajukan perniagaan.

o Datuk Bakar selalu mendapat khidmat nasihat daripada Tan Sri

Yahaya sekiranya ada apa-apa masalah. Tan Sri Yahaya semasa hayatnya senantiasa memberikan tunjuk ajar, dorongan, dan menjadi rakan perniagaan yan baik dengan Datuk Bakar.Kerjasama diamalkan juga dalam Dewan Perniagaan Melayu untuk memajukan perniagaan orang Melayu.

12

Page 13: Novel Julia Tingkatan 5

o Jun senantiasa menawarkan bantuan kepada Julia.Melalui Jun, Julia

mendapat sebuah buku bertajuk Membujur Lalu…Suatu Pengalaman Orang Melayu dalam Pengurusan. Buku ini dapat memberikan panduan kepada Julia untuk mengurus perniagaan. Kerjasama yang paling berkesan ialah antara BMPRO Travel & Tours dengan Cinta Sejati Travel & Tours hingga dapat melaksanakan program ‘homestay’ .

o Julia mendapat kerjasama daripada wartawan akhbar Utusan dengan

menyiarkan berita yang positif tentang diri Julia. Berita ini dapat mengukuhkan kepercayaan orang ramai dan rakan niaga terhadap BMPRO Holding Sdn. Bhd. Julia juga mendapat kerjasama daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah, dan Persatuan Peneroka Felda Guar Napai. Kerjasama ini dan juga semangat kerjasama dalam kalangan staf akan dapat memajukan perniagaan.

Percintaan yang murni antara sepasang kekasih yang berlainan bangsa.

o Julia dan Jun tidak pernah berbincang tentang cinta. Julia terlanggar

Jun, seorang pemuda Cina semasa hendak pergi ke bilik air di dalam pesawatBoeing 777. Itulah pertemuan pertama mereka. Sekali lagi, Julia terserempak dengan Jun di kedai buku Collin Booksellers. Jun tidak lupa mengirimkan hadiah untuk Julia yang dikirim melalui Mak Cik Nadia.

o Bagi Julia, peribadi Jun amat mengagumkan. Ditambah pula dengan

sifat berterus terang dan kemunculan Jun pada saat-saat Julia

13

Page 14: Novel Julia Tingkatan 5

memerlukan seorang rakan menyebabkan Jun mendapat tempat di hati Julia. Cuma batas agama sahaja yang memisahkan mereka.

o Hubungan Julia dengan Jun semakin erat. Jun senantiasa

memberikan nasihat dan dorongan kepada Julia dalam menyelesaikan masalah BMPRO Holding. Jun telah memeranjatkan Julia dengan memberitahunya bahawa dia telah lama memeluk agama Islam. Jun dan Julia dinikahkan dan mereka bersanding pada hari pelancaran program ‘homestay’ di Felda Guar Napai.

WATAK DAN PERWATAKAN

JULIA

Anak sulung kepada pasangan Datuk Bakar dan Datin Maznah yang menetap di Kuala Lumpur.

Semasa remaja, Julia hamper terjerumus ke lembah maksiat kerana bergaul bebas dengan rakan jalanan seperti Rashid, Muna, dan Han.

14

Page 15: Novel Julia Tingkatan 5

Semasa remaja juga, dia bersifat hipokrit. Di rumah, dia seorang yang penyayang terhadap adik-adiknya tetapi di luar rumah adalah remaja yang liar.

Insaf dan bertaubat apabila mendapat pendidikan agama di Hidayah Islamic College. Sejak itu, dia menjadi seorang yang taat kepada agama dan menjadikan agama sebagai panduan hidupnya.

Seorang yang tabah dan cekal. Buktinya, dia kuat semangat menghadapi pelbagai masalah selepas kematian ayah dan ibunya.

Berpendirian tegas. Buktinya, dia tidak terpengaruh dengan rayuan Rashid. Julia menghadapi kerenah Syed Mustaffa dan Encik Baharom tanpa mengubah pendiriannya sebagai seorang pengerusi syarikat.

Wanita yang berani. Buktinya, dalam usia yang muda dan tidak mempunyai pengalaman, Julia berani bertengkar dengan Syed Mustaffa dan Encik Baharom yang berpengalaman dalam pengurusan syarikat.

Bertindak secara bijaksana dalam menyelesaikan masalah syarikat. Buktinya, dia mengenal pasti masalah dalam BMPRO Transport dengan menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting. Dengan cara itu, dia mengetahui bahawa kemerosotan dalam BMPRO Transport disebabkan oleh penyelewengan dan pengurusan yang tidak cekap.

Mempunyai sifat belas kasihan dan pemaaf. Buktinya, dia tidak menghukum Encik Baharom yang merancang hendak menjual BMPRO Transport, sebaliknya memaafkan kesalahan da memberikan peluang yang terakhir kepada Encik Baharom.

Gigih berusaha dan tidak mudah berputus asa. Buktinya, dia berusaha memulihkan dan memajukan BMPRO Sdn. Bhd. Dia bersedia mengikuti kursus ‘homestay’ untuk memajukan syarikatnya.

Kreatif. Buktinya, dia mempelbagaikan kegiatan syarikatnya seperti BMPRO Catering yang cuba mendapatkan kontrak dengan syarikat penerbangan MAS.

Mempunyai prinsip dalam perniagaan. Buktinya, Julia tidak mementingkan keuntungan semata-mata tetapi mementingkan keadilan sosial.

Mencintai Jun dan mereka akhirnya berkahwin semasa pelancaran program ‘homestay’ di Felda Guar Napai.

JUN

Pemuda berketurunan Cina tetapi telah memeluk agama Islam setelah kematian kakaknya yang bernama Julia.

Menemui Julia dalam penerbangan ke Perth, Australia. Julia terlanggar Jun semasa ke bilik air.

Pemuda yang tampan dan periang.

15

Page 16: Novel Julia Tingkatan 5

Mempunyai hati yang mulia, ikhlas, dan berterus terang dalam percakapannya.

Pandai mengambil hati Julia dan senantiasa muncul atau menghubungi Julia pada saat-saat Julia menghadapi masalah.

Bersopan santun dan menghormati orang lain. Suka memberi nasihat kepada Julia supaya senantiasa tabah menghadapi

dugaan hidup.Nasihat Jun dihargai oleh Julia. Seorang yang penyayang dan baik. Buktinya, dia senantiasa mengambil berat

terhadap diri Julia dan adik-adiknya. Senantiasa menawarkan pertolongan dan membantu memulihkan

syarikat Julia dengan mengadakan kerjasama antara BMPRO Travel & Tours dan syarikat milik keluarganya.

Mencintai Julia tetapi tidak pernah menyatakan perasaan cintanya itu. Jun berkahwin dengan Julia setelah Julia tahu bahawa Jun sudah memeluk agama Islam.

RASHID

Rakan jalanan Julia. Seorang pemuda yang tidak jujur dan tidak bermoral. Mengamalkan pergaulan bebas dan tidak mahu perhubungan antara lelaki

dengan wanita dibatasi oleh agama. Buktinya, Rashid senantiasa melakukan maksiat dan bergaul bebas dengan rakan-rakan jalanan seperti Muna, Han, Jef, dan Wei.

Tidak memahami perasaan orang lain. Buktinya, Rashid mengajak Julia keluar berfoya-foya sedangkan Julia baru sahaja kematian ayah dan ibunya.

Percakapan Rashid seperti orang gila, kasar, dan tidak menghormati orang tua. Buktinya, dia berlagak samseng di rumah Julia sehingga menyebabkan nenek Julia membuat laporan polis kerana tidak mahu Rashid dating ke rumah Julia.

16

Page 17: Novel Julia Tingkatan 5

Bersikap tamak dan berhasrat untuk berkongsi harta kekayaan Julia selepas kematian Datuk Bakar dan Datin Maznah.

Ditangkap oleh polis kerana disyaki menghisap dadah.

DATUK BAKAR

Ayah Julia dan suami Datin Maznah serta Ummi Sarah. Wajahnya berkerut, berdahi luas, dan cermin matanya tersangkut di hidung. Tokoh korporat yang terkemuka dan merupakan orang penting dalam Dewan

Perniagaan Melayu. Gigih bekerja. Buktinya, beliau berusaha untuk membangunkan BMPRO

Holdings Sdn. Bhd. dan di bawahnya terdapat beberapa buah anak syarikat seperti Butik BMPRO, BMPRO Catering, BMPRO Travel & Tours, dan BMPRO Transport.

Mempunyai prinsip yang baik dalam perniagaan. Buktinya, beliau tidak mementingkan keuntungan semata-mata tetapi keadilan sosial juga.

Suka mendengar nasihat orang lain. Contohnya, nasihat Tan Sri Yahaya. Seorang yang bijak dalam membuat sesuatu tindakan. Buktinya, beliau

memberikan pendidikan agama kepada anaknya, Julia dengan menghantar anaknya ke Hidayah Islamic College. Keputusan itu menyebabkan anaknya menjadi lebih dewasa.

Senantiasa bermuafakat dengan isterinya, Datin Maznah. Buktinya, beliau berbincang tentang soal perniagaan dan pendidikan anaknya, Julia.

Mengalami masalah dalam perniagaan akibat daripada masalah jerebu da kegawatan ekonomi.

Meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Karak.

DATIN MAZNAH

Ibu Julia, isteri Datuk Bakar, dan madu Ummi Sarah. Seorang wanita yang berwajah lembut, berkulit putih, dan bertahi lalat di

pipi kanan. Penyayang. Buktinya, beliau saying akan anak-anaknya,iaitu Julia dan adik-

adiknya serta suaminya, iaitu Datuk Bakar. Bersikap rasional. Buktinya, beliau tidak menentang perkahwinan suaminya

dengan Ummi Sarah. Sering memberi sokongan kepada suaminya dalam perniagaan. Buktinya,

beliau senantiasa berbincang dan membantu suaminya dalam bidang perniagaan.

17

Page 18: Novel Julia Tingkatan 5

Seorang yang bijak dalam membuat sesuatu tindakan terutamanya dalam menentukan pendidikan anaknya. Buktinya, dia sendiri yang menghantar Julia ke Hidayah Islamic College, Perth, Australia.

Sentiasa memberi nasihat kepada anaknya, Julia supaya bersedia mengambil alih perniagaan ayahnya jika berlaku sesuatu kepada mereka berdua.

Meninggal dunia bersama dengan suaminya dalam suatu kemalangan jalan raya di Karak.

GAYA BAHASA

GAYA

Gaya bahasa dialog. Contohnya, dialog antara Julia dengan Jun, Julia dengan Syed Mustaffa, Julia dengan Encik Hashim, Julia dengan Encik Baharom, Julia dengan Rashid, dan lain-lain

Gaya bahasa bercerita.Contohnya:

Antara acara sukaneka yang diperkenalkan itu ialah pertandingan menoreh getah, mengait kelapa, mengetam padi dan menumbuk padi. Pelancong dan

masyarakat setempat dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Gaya bahasa monolog. Contohnya: Apa pun keputusannya, semuanya kerana dirimu. Abah dan mama sudah

beri peluang, tetapi engkau yang salah gunakan peluang itu. Aku akui itu, tetapi mengapa terlalu drastik? Abah dan mama itu tahu apa yang baik untuk anak nya. Tentu mereka

ada alasan berbuat begitu. Yalah, aku akan cuba bertenang dan ikut kemahuan mereka.

18

Page 19: Novel Julia Tingkatan 5

(Monolog dalam diri Julia setelah ayah dan ibunya membuat keputusan menghantar Julia ke Australia.)

KESERAGAMAN BAHASA

o Ayat

Pengarang banyak menggunakan ayat-ayat pendek. Contohnya:

i. Saya selamat.ii. Erat.iii. Aku sibuk.

o Diksi i. Pengarang menggunakan perkataan bahasa Inggeris. Contohnya, enjoy,

homestay, iron lady, off-record, Bussines is a game, brother, dan lain-lain.ii. Pemilihan kata yang indah dan bertenaga. Contohnya:

Langit terus diselubungi jerebu. Tiada awan, tiada langit membiru. Matahari seakan menghilangkan diri. Segala-galanya seperti malapetaka besar menimpa Negara.

o Personifikasii. Pengarang turut menggunakan unsure gaya bahasa personifikasi, iaitu

memberikan sifat manusia pada benda atau perkara.ii. Yang berikut merupakan contoh personifikasi: Kebimbangan sekali lagi bermain dalam fikiranku Tahi lalat di pipi kanan tersenyum penuh kasih dalam benakku.

o Simile. Contohnya:

i. Hidup ini kan seperti roda.ii. Perniagaan seperti permainan bola jaring.

o Metafora. Contohnya:

19

Page 20: Novel Julia Tingkatan 5

segumpal rindu jaring perasaan gelombang kasih

o Peribahasai. Peribahasa berfungsi untuk memberikan gambaran yang lebih jelas di

samping menimbulkan keindahan dalam sesebuah karya.ii. Contoh penggunaan peribahasa dalam novel ini:

dalam pada menyelam dia minum air !

o Simbolik.

i. Unsur simbolik digunakan bertujuan memindahkan sifat-sifat seseorang atau sesuat pada yang lain sebagai lambing.Contohnya:

Sejarah hitam diriku janga berulang lagi.

ii. Dalam contoh di atas, sejarah hitam melambangkan sejarah pahit.

o Inversi

Inversi ialah susunan kata dalam ayat yang tidak mengikut kebiasaan. Contohnya:

Air mata berderai gugur.

o Repitisii. Repitisi bermaksud pengulangan kata atau frasa dalam ayat. Contohnya:

Tetapi aku lupa bahawa aku sebenarnya miskin.

Miskin ilmu, miskin iman dan miskin segala-galanya.

ii. Dalam contoh di atas, kata “miskin” diulang empat kali sehingga meninggalkan kesan dalam diri watak Julia.

20

Page 21: Novel Julia Tingkatan 5

o Hiperbolai. Pengarang tidak ketinggalan juga menggunakan unsure gaya bahasa

hiperbola, iaitu menggambarkan sesuatu secara berlebih-lebihan.Contohnya:

Perniagaan ialah peperangan.

ii. Dalam contoh di atas, frasa ‘’perniagaan adalah peperangan’’ dianggap sebagai suatu gambaran yang berlebih-lebihan.

LATAR MASA,TEMPAT, DAN MASYARAKAT

LATAR MASA

Mencakup tempoh antara tahun 1997 hingga 1998. Mengambil latar masa kegawatan ekonomi dan masalah jerebu yang melanda

negara ini. Di samping itu, novel ini mengambil latar masa selepas kematian Tan Sri

Yahaya, Pengerusi Kumpulan DRB-Hicom.

LATAR TEMPAT

o Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, iaitu ketika Julia dan

ibunya hendak berangkat ke Australia.o Pesawat Boeing 777- Julia dan Jun bertemu buat kali pertama.

o Hidayah Islamic College, Perth, Australia- tempat Julia belajar.

o Bandar Perth- rumah Pak Cik Khairil.

o Kedai buku Collin Booksellers- Julia dan Jun bertemu buat kali kedua.

o Lapangan terbang Perth- Julia bertemu dengan Jun semasa Julia hendak

pulang ke Kuala Lumpur.o Katanning- tempat lawatan Julia dan kawan-kawannya semasa menziarahi

keluarga Sadia.o Rumah Julia- kemunculan Rashid untuk menggangu Julia. Selain itu, Ummi

Sarah dating ke rumah Julia untuk menjelaskan kedudukan Butik BMPRO Sdn. Bhd.

21

Page 22: Novel Julia Tingkatan 5

o Pejabat BMPRO Holding Sdn. Bhd.-Julia memulakan tugasnya sebagai

pengerusi syarikat.o Pejabat Cinta Sejati Travel & Tours- tempat Julia bertemu dengan pengarah

urusannya, Encik Ihsan Abdullah.o Restoran Fui Gui, Hotel Istana- tempat Julia dan Geena menemui keluarga

Jun.o Tanah perkuburan Bukit Kiara- Julia menziarahi kubur ayah dan ibunya. Di

sinilah Jun datang memberitahu Julia bahawa dia telah lama memeluk agama Islam serta mencurahkan perasaan hatinya hendak meminang Julia.

o Felda Guar Napai, daerah Kubang Pasu- tempat pelancaran program

‘homestay’ dan majlis persandingan Julia dengan Jun.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat korporat yang sibuk dengan perniagaan. Datuk Bakar dan Datin Maznah pemilik BMPRO Holding Sdn. Bhd. Dan

beberapa buah anak syarikat yang senantiasa sibuk dengan urusan perniagaan.

Masyarakat remaja yang menghadapi masalah keruntuhan akhlak berpunca daripada masalah keluarga.

Julia terlibat dalam pergaulan bebas yang berpunca daripada ibunya yang tidak mempunyai masa untuk memberikan perhatian kepadanya. Begitu juga Rashid yang menghadapi masalah keluarga.

Masyarakat yang mementingkan pendidikan agama. Julia dihantar ke Hidayah Islamic College oleh ibu bapanya untuk mendapat

pelajaran agama.

Masyarakat yang sanggup menghadapi cabaran. Julia yang tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam perniagaan

dilantik sebagai pengerusi syarikat. Selepas kematian ayah dan ibunya, Julia berjaya melaksanakan tugasnya.

22

Page 23: Novel Julia Tingkatan 5

Masyarakat yang mengamalkan sikap bekerjasama. BMPRO Travel & Tours bekerjasama denganCinta Sejati Travel & Tours

untuk melaksanakan program ‘homestay’.

BINAAN DAN TEKNIK PLOT

BINAAN PLOT

Pada bahagian eksposisi, pengarang memperkenalkan watak Julia, yang belajar di Perth, Australia. Julia merupakan remaja yang liar sebelum melanjutkan pelajarannya ke sana. Seterusnya, tentang latar tempat di Perth yang menarik hati Julia dan perkenalannya dengan Jun.

Plot terus berkembang dengan timbulnya masalah jerebu dan kegawatan ekonomi yang mengancam perniagaan BMPRO Holding Sdn. Bhd. Milik keluarga Julia.

Konflik yang dihadapi oleh Julia semakin hebat. Ayah dan ibunya meninggal dunia setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya di Karak. Julia pulang ke tanah air dan mengambil alih perniagaan ayahnya dengan menjawat jawatan Pengerusi BMPRO Holding yang semakin gawat. Julia menghadapi pelbagai konflik dalam usahanya menyelamatkan BMPRO Holding yang semakin gawat. Kemunculan watak Jun dapat meredakan ketegangan jiwa yang dialami Julia kerana Jun sedia menghulurkan bantuan dengan mengadakan usaha sama dengan syarikat perniagaan keluarganya. Masalah baru pula timbul, iaitu Julia yang mencintai Jun tidak dapat memenuhi cintanya kerana batasan agama.

Plot mencapai tahap kemuncak apabila Jun memberitahu Julia bahawa dia telah memeluk agama Islam lebih dua tahun yang lalu. Jun menyampaikan hasrat hatinya untuk memperisteri Julia.

Plot menurun ke tahap peleraian apabila Julia bernikah dengan Jun serta perlaksanaan program ‘homestay’ . Semasa perlaksanaan ‘homestay’.Jun dan Julia mengadakan majlis persandingan mereka.

23

Page 24: Novel Julia Tingkatan 5

TEKNIK PLOT

Dialog. Contohnya, dialog antara Julia dengan Jun, Julia dengan Syed Mustaffa, Julia dengan Encik Hashim, Julia dengan Encik Baharom, Julia dengan Rashid, dan lain-lain

Monolog. Contohnya: Apa pun keputusannya, semuanya kerana dirimu. Abah dan mama sudah

beri peluang, tetapi engkau yang salah gunakan peluang itu. Aku akui itu, tetapi mengapa terlalu drastik? Abah dan mama itu tahu apa yang baik untuk anak nya. Tentu mereka

ada alas an berbuat begitu. Yalah, aku akan cuba bertenang dan ikut kemahuan mereka.

(Monolog dalam diri Julia setelah ayah dan ibunya membuat keputusan menghantar Julia ke Australia.)

Imbas kembali. Contohnya, ingatan Julia tentang dirinya yang hamper terjerumus ke lembah maksiat.

Saspens. Contohnya,peristiwa Rashid mengganggu Julia. Pembaca akan tertanya-tanya sama ada Julia berjaya menjauhkan diri daripada gangguan Rashid atau tidak.

Pemerian. Contohnya, gambaran tentang sambutan orang ramai terhadap program ‘homestay’ yang telah dilancarkan oleh Julia dan Jun.

Kejutan. Contohnya, pembaca terkejut kerana tidak menyangka bahawa Julia berani mematahkan hujah Syed Mustaffa dan Encik Baharom.

24

Page 25: Novel Julia Tingkatan 5

NILAI

Nilai-nilai yang terdapat dalam novel Julia ialah :

Nasihat-menasihati

Datuk Bakar dan Datin Maznah sangat saying akan anaknya, Julia. Mereka menghantar Julia ke Australia untuk menuntut ilmu agama. Tindakan ini ternyata dapat menyelamatkan Julia daripada terus berfoya-foya sebaliknya berubah menjadi seorang gadis yang sopan dan matang.

Berani

Dalam usia dua puluh satu tahun dan tidak mempunyai pengalaman dalam perniagaan, Julia berani berhujah dengan Syed Mustaffa dan Encik Baharom yang lebih berpengalaman. Julia dapat menundukkan Encik Baharom dan menyerahkan masalah tuntutan Syed Mustaffa kepada peguam syarikat.

Pemaaf

Semasa Julia hendak ke bilik air didalam pesawai Boeing 777, Julia terlanggar Jun secara tidak sengaja. Julia memhon maaf dan Jun pula tidak menganggap itu suatu kesalahan. Selain itu, Julia memaafkan kesalahan Encik Baharom dengan syarat Encik Baharom tidak mengulangi perbuatannya itu.

Gigih berusaha

Julia berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan perniagaan BMPRO Holding Sdn. Bhd. Julia mempelbagaikan kegiatan perniagaan BMPRO Catering, memulihkan BMPRO Transport, dan mengadakan kerjasama antara BMPRO Travel & Tours dengan Cinta Sejati Travel & Tours. Julia juga sanggup mengikuti kursus ‘homestay’.

25

Page 26: Novel Julia Tingkatan 5

PENGAJARAN

Antara pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah:

1)Kita janganlah melakukan perbuatan maksiat kerana perbuatan itu dilarang oleh agama.

Muna bergaul bebas dengan lelaki dan ditiduri oleh banyak lelaki.

2)Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan.

Julia gigih brusaha tanpa mengenal putus asa untuk memajukan BMPRO Holding Sdn. Bhd.

3)Kita hendaklah bijaksana dalam melakukan sesuatu tindakan.

Julia menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting untuk mengenal pasti masalah kemerosotan BMPRO Transport Sdn. Bhd.

4)Kita hendaklah sanggup memaafkan kesalahan orang lain.

Julia memaafkan kesalahan Encik Baharom yang berniat untuk menjual BMPRO Transport atas kepentingan peribadinya.

5)Kita hendaklah insaf apabila melakukan sesuatu kesalahan dan kembali ke pangkal jalan.

Julia insaf akan perbuatannya yang suka berfoya-foya dengan Rashid dan Julia bertaubat serta tidak akan berfoya-foya lagi.

6)Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup.

Julia menerima peristiwa kematian ayah dan ibunya dengan hati yang tabah.

7)Kita hendaklah bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Julia dan Jun bekerjasama untuk melaksanakan program ‘homestay’.

26

Page 27: Novel Julia Tingkatan 5

8)Kita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam menempuhu liku-liku kehidupan.

Julia berani menerajui BMPRO Holding walaupun berusia dua puluh satu tahun.

27