[novel] bukan lagi pelakon tambahan

21
file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt Bukan Lagi Pelakon Tambahan BY JINAKJI Bukan Lagi Pelakon Tambahan Bab 1 “Woi Black!” Alamak nampak jugak dia. Punyalah susah payah aku menyeronot dibalik orang ramai, di dalam kegelapan malam dengan dibantu kegelapan kulitku, dia perasan juga. Dan seperti diduga diberikan sekeping sampul berwarna putih untukku. Ops, maaf, bukan untukku. Nama yang tertera diatas sampul itu Nurhayati. Yang pastinya aku bukanlah insan yang bernama Nurhayati. Lagipun nama Nurhayati memang bukan sahaja sedikit hatta sebesar kuman pun tidak sesuai dengan aku, seorang lelaki yang hanya sesuai dengan panggilan Black. “O.. nak lari ye?” soalan yang membuatkan aku hanya mampu terenyeh kalau dalam bahasa utaranya. “Black, kau tolong la adjust lebih kurang. Kau tolong la pujuk dia sampai dia nak jumpa aku one by one. Inilah pertolongan yang amat aku harap-harapkan tidak akan diminta oleh mamat seorang ni. Menyuruh aku menjadi posmen hantarkan kad sudahlah satu hal, ini nak minta pertolongan aku mengayat awek untuk dia pula. Seumur hidup aku tak pernah dalam sejarah dunia atau sejarah Malaysia sekali pun aku cuba untuk mengorat untuk diri sendiri apatah lagi untuk diri orang lain. Bukannya aku tak pernah terberkenan dengan mana-mana awek, kalau dikira dah beribu-ribu kali aku terberkenan dengan anak dara orang, tapi yang paling aku tak berkenan untuk terima ialah kenyataan bahawa beribu-ribu kali itulah anak- anak dara itu tak terberkenan dengan aku. Sebelum aku ditolak setelah mengorat lebih baik aku menolak untuk mengorat. Juga amat menghairankan aku sekarang ialah, pertolongan untuk mengorat diminta oleh mamat nan seorang ni, Fitri namanya. Kalau nak dibandingkan kulit aku dan dia, mesti lah aku yang menang dari segi siapa yang lebih hitam dan kalau dari segi rupa masih aku yang menang jika dikira dari aspek negatifnya. Yang aku pasti menang secara positifnya ialah kenyataan aku lebih manis dipandang. Itupun mak aku yang kata semasa aku buat kali pertama dan terakhir memakai baju melayu lengkap bersampin untuk bersembahyang hari raya sepuluh tahun yang lalu. Lebih menghairankan lagi pertolongan ini diminta oleh seorang yang boleh dianggap pakar dalam bidang urat-mengurat dan mempunyai rekod kerjaya yang cemerlang sebelum ini. Sebelum dia kenal Nurhayati. “Oklah aku cuba cakap, tapi hasilnya aku tak tau, yang aku tau malam esok aku makan free”. file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANG...20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt (1 of 21)4/11/2007 7:27:13 PM

Upload: api-3744307

Post on 07-Jun-2015

416 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

cinta mat rock pada awek..

TRANSCRIPT

Page 1: [NOVEL] Bukan Lagi Pelakon Tambahan

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt

Bukan Lagi Pelakon Tambahan BY JINAKJI

Bukan Lagi Pelakon Tambahan

Bab 1

“Woi Black!”

Alamak nampak jugak dia. Punyalah susah payah aku menyeronot dibalik orang ramai, di dalam kegelapan malam dengan dibantu kegelapan kulitku, dia perasan juga. Dan seperti diduga diberikan sekeping sampul berwarna putih untukku. Ops, maaf, bukan untukku. Nama yang tertera diatas sampul itu Nurhayati. Yang pastinya aku bukanlah insan yang bernama Nurhayati. Lagipun nama Nurhayati memang bukan sahaja sedikit hatta sebesar kuman pun tidak sesuai dengan aku, seorang lelaki yang hanya sesuai dengan panggilan Black.

“O.. nak lari ye?” soalan yang membuatkan aku hanya mampu terenyeh kalau dalam bahasa utaranya.

“Black, kau tolong la adjust lebih kurang. Kau tolong la pujuk dia sampai dia nak jumpa aku one by one. “

Inilah pertolongan yang amat aku harap-harapkan tidak akan diminta oleh mamat seorang ni. Menyuruh aku menjadi posmen hantarkan kad sudahlah satu hal, ini nak minta pertolongan aku mengayat awek untuk dia pula.

Seumur hidup aku tak pernah dalam sejarah dunia atau sejarah Malaysia sekali pun aku cuba untuk mengorat untuk diri sendiri apatah lagi untuk diri orang lain. Bukannya aku tak pernah terberkenan dengan mana-mana awek, kalau dikira dah beribu-ribu kali aku terberkenan dengan anak dara orang, tapi yang paling aku tak berkenan untuk terima ialah kenyataan bahawa beribu-ribu kali itulah anak-anak dara itu tak terberkenan dengan aku. Sebelum aku ditolak setelah mengorat lebih baik aku menolak untuk mengorat.

Juga amat menghairankan aku sekarang ialah, pertolongan untuk mengorat diminta oleh mamat nan seorang ni, Fitri namanya. Kalau nak dibandingkan kulit aku dan dia, mesti lah aku yang menang dari segi siapa yang lebih hitam dan kalau dari segi rupa masih aku yang menang jika dikira dari aspek negatifnya. Yang aku pasti menang secara positifnya ialah kenyataan aku lebih manis dipandang. Itupun mak aku yang kata semasa aku buat kali pertama dan terakhir memakai baju melayu lengkap bersampin untuk bersembahyang hari raya sepuluh tahun yang lalu. Lebih menghairankan lagi pertolongan ini diminta oleh seorang yang boleh dianggap pakar dalam bidang urat-mengurat dan mempunyai rekod kerjaya yang cemerlang sebelum ini. Sebelum dia kenal Nurhayati.

“Oklah aku cuba cakap, tapi hasilnya aku tak tau, yang aku tau malam esok aku makan free”.

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANG...20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt (1 of 21)4/11/2007 7:27:13 PM

Page 2: [NOVEL] Bukan Lagi Pelakon Tambahan

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt

Jawapan yang aku berikan untuk memuaskan hati kedua-dua pihak, aku dan Fitri. Jawapan yang membuatkan Fitri tersenyum lebar, lebih lebar dari senyuman Demang Lebar Daun. Aku pun tumpang tersenyum mengenangkan makan malam free esok. Tapi tidaklah lebar sangat, sekadar menampakkan barisan gigi yang putih umpama maskot Darkie sebelum ditukar namanya kepada Darlie.

Kalau bukan Fitri itu kawan teramat rapat aku, tak hendaknya aku nak buat kerja-kerja tak berfaedah seperti ini. Kalau setakat kawan rapat sahaja tanpa teramat yang meminta tolong aku untuk benda-benda macam ini, mahunya sampul di tangan aku ini terlepas masuk ke dalam mulutnya yang tersenyum lebar. Nak tahu betapa teramat rapatnya? Fitri yang aku kenal sejak dari sekolah menengah lagi sering berkongsi susah senang dengan aku. Sama-sama dirotan kerana keluar asrama untuk menonton gigs underground dan sama-sama digantung sekolah kerana membelasah budak junior juga sama-sama berkongsi habuan memecah masuk kantin sekolah. Tapi itu dulu. Sekarang ini kami sekadar sama-sama berkongsi universiti tanpa aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Dan kami juga masih berkongsi band dimana dia menjadi vokalis dan aku sekadar dibelakangnya sebagai bassist.

Sambil berjalan menuju ke bilik akumasih berfikir. Macam manalah aku nak buat besok. Dalam banyak-banyak makhluk di alam semesta ini dengan Nurhayatilah, atau nama pendeknya Yati untuk lebih senang aku tulis, aku paling tidak selesa untuk berbual. Suruhlah aku bercakap dengan sesiapa sahaja atau binatang atau benda apapun pun aku senang sahaja berbual. Tetapi dengan Yati, isk susahlah. Nak tahu sebab apa susah, itu nanti aku bagitau. Nak tahu sebab apa orang sehensem Fitri pun terpaksa menggunakan taktik lama dan posmen untuk mengorat, itupun nantilah aku beritahu. Buat masa sekarang aku nak tidur. Semoga esok hari yang bertuah untuk aku. Semoga malam ini aku bermimpi indah. Mimpi dapat berkonsert bersama-sama Sepultura dan Morbid Angel, antara kumpulan idolaku yang kini telah lebur dimamah usia.

Bab 2

Pagi ini aku bangun awal. Sebenarnya aku tak berapa lena tidur semalam. Ini semua angkara Fitri dan kadnya. Nasib baiklah semua ini tidak disedari oleh rakan sebilikku. Kalau tidak mesti mampus aku digelakkannya. Ayat yang aku pasti keluar dari mulut laser rakan sebilikku semestinya begini : “Harap baju saja yang brutal, penuh tengkorak, nak cakap dengan perempuan pun dah kecut.” Memang selalu dia gelakkan aku dengan baju t-shirt kegemaranku, baju yang penuh lukisan dan tulisan yang tidak menyenangkan mata yang melihat.

Ops! Terlupa aku kenalkan. Rakan sebilikku, nama glamernya, Mat Pearl, budak nogori. Nama glamernya tu aku yang berikan, sebab minat betul dia dengan lagu satu kumpulan rock jiwang karat, Pearl nama kumpulan tu. Aku dan Mat Pearl selalu tak setuju angin kata orang tua-tua. Sebabnya, genre muzik yang kami minati amat berlainan sekali. Aku dengan tape Disharmonic Orchestra dan Blastpherionku manakala dia dengan tape Scan dan Ukay’s nya. Tapi kami tetap rapat. Sudahlah sikit-sikit cerita tentang mamat nogori ni. Bukannya aku nak cerita pasal dia. Aku nak cerita tentang aku, Yati dan Fitri. Tapi selingan tu ada lah jugak terselit nama mamat nogori nan sebatang ini.

Pagi ini aku rasakan hari paling susah aku nak ke kelas. Selalunya senang saja aku nak pilih baju yang

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANG...20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt (2 of 21)4/11/2007 7:27:13 PM

Page 3: [NOVEL] Bukan Lagi Pelakon Tambahan

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt

hendak dipakai, tapi hari ini berlainan. Pakaianku serba tak kena. Seluar dan baju siap digosok sejak dari semalam, waktu tengah malam, waktu aku tak boleh lena. Aku pilih tie dari koleksi Mat Pearl. Cuma dia sahaja aku rasakan di universiti ini mempunyai koleksi tie yang melebihi daripada koleksi The Tie Shop. Kerana falsafah yang dia pegang, “biar tak hensem, janji tie matching dengan baju.” Hari ini pakaianku paling matching dalam kriteria Mat Pearl aku rasakan. Baju kemeja tangan pendek belang-belang yang baru aku beli dari kedai bundle, seluar slack hitam dan tie hitam polka dot. Kasut, bak kata Mat Pearl, tak dapek den nak nolong, kasut kanvas hitam. Satu-satunya kasut yang aku ada.

Memang awal hari ini aku ke kelas. Nasib baiklah Mat Pearl belum bangun dari tidurnya yang panjang. Kalau tidak mesti dia dah bermaaf-maafan dengan aku, sebab sikapku hari ini tak ubah seperti orang dah buang tabiat. Ya, buang tabiat. Kerana aku terlalu awal ke kelas hari ini. Sepanjang sejarahku di universiti ini, sehinggalah sekarang, inilah hari yang paling awal aku ke kelas. Semuanya kerana Fitri dan Yati. Sebab utamanya adalah kerana aku nak berikan kad ini kepada Yati sebelum mula kelas. Sebelum orang lain ada di kelas. Sebelum orang lain nampak aku memberi sesuatu kepada Yati dan demi menjaga kebrutalanku supaya tidak berganti kejiwangan di mata kawan-kawanku. Kerana Yati memang antara orang terawal yang datang dalam setiap kelas.

Tapi bak kata orang tua-tua, langit tak selalunya cerah. Walaupun pagi ini langit begitu cerah, tapi bagi aku hari ini mendung, bukan setakat mendung tetapi hujan lebat. Yati tidak seawal seperti selalunya. Hari ini Yati adalah orang yang terakhir masuk ke kelas. Masuk selepas pensyarah memulakan kuliah. Rancangan aku tak berjaya. Penat sahaja aku bangun awal hari ini. Tak sempat lagi bersarapan dah tercongok di depan kelas.

Pelan A musnah. Kini aku terpaksa berjumpa Yati selepas kelas. Di depan orang ramai. Di depan kawan-kawan Yati. Oh, tidak. Kalau diikutkan hati kecilku yang mulai bertanduk dan berekor sambil memegang serampang tiga mata, aku buang sahaja kad dari Fitri ini. Nasib Fitri hari ini memang baik. Di atas kepalaku masih ada lingkaran cahaya kebaikan. Demi seorang kawan, aku sanggup merenangi lautan kawan-kawan Yati, juga lautan kawan-kawanku yang sentiasa mencari peluang untuk gelakkan aku.

Selepas kelas aku menunggu Yati di satu sudut yang tidak mempunyai ramai orang. Hati aku terus berdebar-debar laju. Aku pun hairan. Padahal aku cuma menjalankan amanah untuk memberi kad ini kepada Yati. Bukannya aku nak merenung mata Yati dan mengucapkan “Yati, aku cinta padamu”. Perasaan tidak selesa aku setiap kali bercakap dengan perempuan kini makin kronik bila aku melihat Yati bersama segerombolan kawannya menuju ke arahku yang keseorangan dan aku rasakan diri aku ini semakin mengecil.

“Yati!” panggilku sekuat hati. Tapi hanya di dalam hati. Tak terluah dari mulut aku ini walau hanya empat abjad yang perlu aku ucapkan. Aku mampu menjerit sekuat Derrick Green atau Steve Tucker, tapi sekarang aku tidak mampu memanggil nama Yati.

Kini Yati telah beberapa tapak meninggalkan aku yang masih berdiri kaku, sejuk seperti patung lilin di muzium Madame Tussaud di London.

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANG...20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt (3 of 21)4/11/2007 7:27:13 PM

Page 4: [NOVEL] Bukan Lagi Pelakon Tambahan

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt

Mengenangkan tidak banyak peluang aku untuk bertemu Yati lagi kerana petang ini dan esok aku tidak ada lagi kelas bersama Yati, aku tekad. Aku kumpulkan segala tenaga qiqongku di satu titik organ bernama mulut. Dan tiba-tiba seperti ada semangat besi kersani mengalir dalam tubuh kurus kering aku dan kini aku berjaya mengucapkan satu perkataan yang sukar. Yati!

Yati menoleh. Mata Yati yang ayu itu merenung aku. Memang teramat ayu. Lebih ayu daripada sepasang mata gadis bernama Ayu. Dan mata Yati yang ayu itulah perkara terakhir yang aku ingat sebelum dunia aku berpinar dan persekitaran aku gelap. Aku pitam!

Bab 3

Mata nurse yang langsung tidak ayu itulah yang mula-mula ditangkap setelah otakku kembali berfungsi. Aku lihat persekitaran. Sah aku di wad pusat kesihatan universiti. Melihatkan ramainya kawan-kawanku di dalam wad tersenyum aku hanya mampu tersengih kelat. Muka pertama yang mata aku dapat tangkap ialah Fitri yang senyumannya masih selebar Demang Lebar Daun. Dalam hati aku menyumpah-nyumpah. Ini semua sebab dia. Sebab dialah aku terlantar di katil wad pusat kesihatan universiti dan yang tidak dapat diterima oleh akal aku yang waras ini, sebab dialah aku pitam di depan sekumpulan perempuan dan yang paling tak dapat diterima ialah aku pitam di depan Yati!

Dari raut wajah Fitri dan senyumannya yang penuh unsur kejahatan, aku pasti tentang satu benda. Aku pasti dia nak gelakkan aku. Bak kata novelis jiwang, aku pasrah!. Dah aku yang gatal terpitam di depan perempuan, terima sajalah.

“Harap muka saja brutal, cakap dengan perempuan pun boleh pengsan.” Dah agak dah itulah ayat yang akan keluar dari mulut Fitri. Kalau boleh nak saja aku sumbat bantal bercop Hak Kerajaan ini ke dalam mulutnya.

“Habis tu aku punya kad kau dah bagi ke belum?” Ceh, apa punya kawan. Bukannya nak tanya aku dah sihat ke belum, dah makan ke tidak, ini tanya tentang kad. Apa nak buat, macam inilah perangai kawan “teramat” rapat aku.

Sudah tiga hari aku terlantar di wad. Kawan-kawanku yang datang melawat silih berganti semuanya tanpa wajah simpati. Semuanya datang dan gelakkan aku beramai-ramai. Apa nak buat dah nasib badan. Dari merekalah aku tahu tentang satu topik hangat dikalangan rakan-rakanku. Apa lagi kalau bukan bab aku pitam depan perempuan. Sekelip mata aku popular. Macam baru menang Akademi Fantasialah pulak. Black, yang dulunya tidak ada orang kenal sekarang dah popular. Mungkin lepas aku keluar dari wad aku boleh demand sikit dengan promoter band aku. Almaklumlah orang dah glamour. Tapi glamour ni langsung tak berfaedah. Muka ini aku rasakan seperti tembok yang memisahkan Semenanjung Gaza dan Israel. Tembok yang tidak dapat ditembusi pejuang-pejuang berani mati.

Cuma satu ayat dari Mat Pearl sahaja yang meredakan sedikit ketebalan tembok yang berada di muka aku. Ayat yang menyebabkan hidung aku kembang tiba-tiba. Kembang menjadi lebih besar dari kepala

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANG...20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt (4 of 21)4/11/2007 7:27:13 PM

Page 5: [NOVEL] Bukan Lagi Pelakon Tambahan

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt

Mat Pearl sendiri. Ayat yang berbunyi : “Syoklah kau, pitam dalam pangkuan Yati.” Kalau aku tahu yang aku pitam dalam pangkuan Yati, hendaknya aku pitam hari-hari. Asal jumpa Yati saja aku pitam. Tapi sayang, aku tak terasa pun jari-jemari lembut Yati memangku kepalaku. Kalau aku tahu, mandi tak basuh kepalalah jawabnya.

Hari terakhir aku di wad pusat kesihatan aku mendapat tahu satu kebenaran. Aku pengsan bukan disebabkan perempuan. Bukan sebab bebanan yang tidak tertanggung akibat membawa kad Fitri seperti yang dialami oleh Frodo Baggins dengan cincin di jarinya. Bukan juga disebabkan lirikan mata Yati yang ayu. Kata-kata doktor berulang kali bermain di fikiranku.

“Shahril, awak ada masalah sikit dengan buah pinggang. Saya nak awak datang balik minggu depan untuk pemeriksaan lanjut”

Kata-kata itu memang memeranjatkan. Aku hanya mampu menelan air liur. Aku tergamam seketika.

Bab 4

Hari ini hari pertama aku ke kelas selepas kejadian pitam tempoh hari. Perjalanan aku dari kolej kediaman ke dewan kuliah aku rasakan lebih panjang dari jarak Marathon ke Athenia. Perjalananku lebih sukar dari larian yang dilakukan oleh askar Greek untuk menyampaikan berita kemenangan dalam Perang Trojan.

Mungkin kerana aku perasan banyak mata yang memerhatikan aku. Mata-mata yang penuh dengan umpatan. “Mamat nilah yang pengsan depan perempuan ni”. “Mamat nilah yang konon-kononnya brutal, tapi depan perempuan kecut”. Ayat-ayat ini yang terfikir dalam kepala aku bila bertentang dengan mata-mata yang melihat ke arah aku. Kalau aku mempunyai garfu mahu aku cucuk mata-mata yangmelihat ke arah aku. Biar sampai mereka berteriak “Ala Kasim! Ampunkan mak Kasim!”, seburuk Mak Dara dalam Ibu Mertuaku.

Untuk menyedapkan hati aku, dalam hati aku terfikir, mungkin ayat ini yang ada dalam kepala mereka : “Eh bertuahlah mamat ni, pitam dalam pangkuan gadis paling popular di universiti”. Sekadar untuk menyedapkan hati sendiri.

Memang kawan-kawan aku tak boleh dipakai langsung waktu susah. Sewaktu aku melangkah masuk ke dalam dewan kuliah, aku menerima satu tepukan gemuruh. Tidak pernah aku menerima tepukan sehebat ini. Sudah banyak kali aku dan band aku membuat persembahan, selalunya tak lebih sepuluh orang sahaja yang tepuk. Tapi hari ini berlainan. Tanpa perlu memetik gitar dan tidak perlu mengeluarkan suara parau, aku mendapat tepukan percuma. Aku seorang pulak tu. Dan muka ini. Ya, muka ini tak dapat dibayangkan betapa tebalnya aku rasakan. Dalam hatiku sekadar menyumpah, “Celaka punya kawan!”.

Hari ini juga aku ingin menjadi orang yang terakhir keluar dari kelas. Tidak sanggup aku hendak berdepan dengan Yati dan kawan-kawannya hari ini. Kalau nak berjumpa pun, biarlah selepas beberapa

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANG...20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt (5 of 21)4/11/2007 7:27:13 PM

Page 6: [NOVEL] Bukan Lagi Pelakon Tambahan

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt

ketika, selepas kisah aku pitam mula dilupakan. Lagipun lama mana sangat mereka akan ingat perkara ini. Melayukan mudah lupa. Sedangkan kisah mantan TPM kita yang menggegarkan dunia pun orang senang lupa, inikan kisah makhluk yang bernama Black, yang langsung tidak penting kepada negara ataupun parti UMNO.

Semua pelajar lain telah meninggalkan kelas kecuali aku. Aku masih berfikir sama ada mahu keluar atau tidak. Nak tahu mengapa? Sebab Yati masih berada di depan pintu. Seakan menunggu aku keluar. Oh Yati! kenapalah kau menyeksa aku begini? Tak bolehkah kau biarkan aku hidup dengan aman damai? Nak kata aku takutkan Yati memanglah tidak. Dengan wajahnya yang ayu dan lembut, Yati langsung tidak mempunyai ciri-ciri yang menakutkan. Maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam pun aku tak takut, inikan pula Yati. Cuma aku merasa tidak selesa. Tidak selesa seperti keluar dari tandas dengan seluar yang basah di celah kangkang. Begitulah rasa tidak selesa yang aku alami sekarang.

Habis takkan nak tunggu dalam kelas ni seorang diri kut. Nanti tak pasal-pasal timbul cerita baru, kisah Black yang biol selepas pengsan di depan perempuan. Selepas pengsan, Black kini mengidap skizoprenia dan duduk seorang diri di dalam kelas. Tak mahu aku ayat ini menjadi headline khabar angin di universiti ini.

“Shahril!” Tepat sekali sangkaan aku. Memang Yati menunggu aku keluar.

Geli geleman betul aku mendengar orang memanggil nama rasmi aku. Selain dari urusan seri paduka baginda, tidak ada orang lain yang pernah memanggil aku demikian rupa. Dengan suara yang lemah gemalai, mahunya aku pitam sekali lagi.

“Ya saya, err ada apa?” itu sahaja jawapan yang aku mampu fikir setakat ini.

Sebenarnya aku lebih memikirkan postur aku berdiri. Benci betul aku bila dalam keadaan begini. Nak berdiri pun rasa seperti serba tak kena. Tangan aku ini, di mana aku hendak letakkan aku pun tak tahu. Dalam poket tak kena, berpeluk tubuh pun tak kena, meletakkan tangan di belakang lagilah janggal, rasanya macam Y.B. sedang dengar taklimat pilihanraya saja. Aku sekadar menggaru kepala yang tidak gatal.

“Sebenarnya apa yang awak hendak cakap kat saya haritu?”

Fuh, bagus betul ingatan Yati. Tapi tak bagus untuk aku. Aku sebenarnya berharap Yati lupa tentang hari itu. Aku juga berharap ada Men In Black yang memadamkan memori Yati tentang apa yang berlaku hari itu. Tapi Yati masih ingat dan kad yang sepatutnya aku berikan kepada Yati hari itu juga masih ada bersamaku.

“Tak ada apa. Cuma saya nak bagi kad ini. Dari Fitri. Dia nak jumpa awak personally.” Dalam sekali nafas aku menyudah semua persoalan yang di tanya atau akan ditanya Yati. Nanti tidak perlulah Yati bersusah-payah bertanya mengapa, kenapa, bagaimana, bila dan macam-macam lagi.

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANG...20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt (6 of 21)4/11/2007 7:27:13 PM

Page 7: [NOVEL] Bukan Lagi Pelakon Tambahan

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt

“Ok saya terima. Sebab awak dah bersusah payah nak berikan pada saya.” Ini perlilah ni. Tak puas hati betul aku. Sempat juga dia mengenakan aku.

Belum lagi sempat aku senyum. “Saya boleh jumpa Fitri malam ini, tapi dengan satu syarat.”

Benda bersyarat inilah yang paling tidak gemar aku dengar. Sebabnya aku dah tahu syaratnya. Syarat yang berjaya aku tolak dahulu.

“Syaratnya, awak mesti datang sama malam ni. Saya bawa kawan saya juga”

Ya, itulah syarat yang aku paling tak mahu dengar. Walau semerdu mana suara yang menuturkannya, walaupun suaranya kata Fitri, lemak berkrim disukai ramai. Aku tetap tak suka.

Aku tak terkata apa sewaktu melihat Yati berlalu pergi. Tidak kata Ya dan tidak juga berkata Tidak. Aku sekadar berfikir, “Yati ni tak reti bahasa orang putih ke? Tak tahukah yang aku ada menyebut perkataan personally. Walaupun keputusan peperiksaan bahasa Inggeris aku cukup-cukup makan tapi aku masih tahu makna perkataan yang aku tuturkan. Personally bermaksud seorang diri. Seorang diri bermaksud hanya Yati dan Fitri. Aku dan kawan Yati tak termasuk dalam definasi personally yang aku maksudkan.

Aku memang sengaja menyebut perkataan personally. Kenapa? Kerana aku tahu dia mesti akan datang secara berkumpulan jika hendak bertemu dengan lelaki. Fitri pernah mengalaminya. Sebab itulah dia terpaksa menggunakan taktik lama untuk mengurat. Setelah dahulu Fitri terpaksa menebalkan muka untuk meluahkan harapannya di depan Yati dan segerombolan kawan-kawannya. Kalau aku melalui pengalaman Fitri dah lama aku meminta untuk tukar unversiti.

Tapi Fitri bukan aku. Fitri ialah seorang yang tak pernah ditolak oleh mana-mana gadis yang dia ingin dekati. Dengan wajahnya, dengan bakatnya di dalam bidang seni dan sukan, serta kekuatan utamanya, ayat yang power, aku pun hairan mengapa Yati begitu liat unutk dijerat. Lagipun sekarang ni Fitri tengah single. Aweknya yang kelima dah sebulan ditinggalkan. Ditinggalkan demi Yati. Bagi Fitri lagi sukar seseorang gadis itu untuk di dekati makin ada cabarannya. Baru ada thrill katanya.

Malam ini aku terpaksa pula menjadi pengapit. Peranan aku sejak di sekolah lagi. Peranan yang aku mahu lari bila berada di peringkat universiti. Tapi malam ini aku tak mampu mengelak. Demi Fitri dan Yati.

Bab 5

Aku seperti orang bodoh. Sekadar duduk termenung memerhatikan gelagat orang ramai. Di depanku, segelas teh o ais yang aku hisap sikit demi sedikit. Di depan gelas teh o ais itu, seorang gadis, akupun tak tahu namanya. Cantik? Entahlah. Kerana kecantikan bak kata orang putih, datang dari mata yang melihat. Kalau ikutkan mata aku, cantiklah juga. Kawan Yati itu mungkin senasib denganku. Tepat sekali keadaan kami seperti lagu kegemaran Mat Pearl – Kau dipaksa aku terpaksa. Tak sesuai langsung jiwa aku dengan keadaan ini. Seperti tak sesuainya lagu kegemaran Mat Pearl itu masuk ke dalam

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANG...20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt (7 of 21)4/11/2007 7:27:13 PM

Page 8: [NOVEL] Bukan Lagi Pelakon Tambahan

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt

telingaku.

Selang satu kerusi dari kami, Yati dan Fitri. Entah apa yang dibincangkan akupun tak ambil tahu. Pada pandangan aku, memang sesuai sekali mereka. Sama cantik dan sama popular.

Atas pandangan itulah aku merasakan aku dan kawan Yati yang berada di hadapan aku ini seperti Apek Senario dan Shanie, sekadar watak sampingan dalam kisah cinta Yusri dan Erra dalam filem hampas arahan Prof. Mohideen. Apalah nasib aku. Dari di bangku sekolah hingga sekarang masih menjadi pelakon tambahan dalam kisah cinta orang lain.

Kadang-kadang tu memanglah ada keinginan aku untuk menjadi hero dalam kisah cinta aku sendiri. Ya lah brutal, ya lah death metal, tapi bak kata orang, mat thrash pun kahwin jugak! Mengenangkan kisah cinta aku yang susah hendak mendapat heroinnya, aku simpan dulu skripnya.

Sejam dalam kefeteria menemani Fitri malam ini adalah benda paling bosan pernah aku buat. Malam ini juga telah belajar bagaimana cara untuk menjimatkan duit. Satu gelas teh o ais berjaya aku habiskan dalam masa sejam. Sejam dan sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulut aku. Muka kawan Yati yang berada di depan aku pun cuma dua kali aku tatap. Sekali semasa dia mula duduk dan sekali semasa dia bangun untuk balik. Selepas sejam, penderitaan aku berakhir.

Kelegaan aku yang baru lepas dari penyeksaan yang teruk itu tidak lama. Dari Fitri aku dapat tahu Yati tidak suka berdua-duaan dan hanya mahu berjumpa Fitri jika aku ikut sama. Tapi kenapa Yati pilih aku. Bengang betul aku dengan syarat puteri lindungan gerhana bulan ni. Penyanyi popular melayu yang dianggap puteri lindungan kaabah pun tidak meletakkan syarat sebegini. Sekali lagi kalau Fitri sekadar kawan rapat tanpa perkataan teramat, tak mahu aku ikut syarat-syarat puteri lindungan gerhana bulan ni. Lebih baik aku ikut syarat puteri gunung ledang dengan lagu Asmaradananya. Ada juga faedahnya dari duduk menebalkan muka di kafeteria menemani Fitri dan Yati.

Masuk juga ke dalam fikiran aku, masih ada lagi anak dara Melayu yang tidak suka berpasangan dan berdua-duaan. Alhamdulillah. Kadang-kadang semak perut jugak aku melihat gelagat pelajar-pelajar di universiti ini, terutama sekali bangsa Melayu. Asyik bercintan-cintun. Di mana-mana sahaja berdua-duaan. Siang dan malam. Kesian dekat mak bapak dia orang, mati-mati ingatkan anak belajar, rupa-rupanya..ehem..ehem.

Sudahlah Black, kau pun bukannya baik sangat nak komen tentang cara hidup orang lain. Hidup kau pun belum tentu baik ke buruknya.

Apa yang aku hendak buat malam ni, aku sendiri pun tak tahu. Nak tengok televisyen pun bukannya ada cerita menarik. Harap siaran TV saja yang bertambah. Kualiti makin hari makin buruk. Asyik-asyik kisah cinta terhalang, anak derhaka dan kisah orang kaya Melayu yang lupa daratan. Benci betul aku dengan televisyen Malaysia ni. Tapi kadang-kadang kenalah tengok jugak. Dah tak ada pilihan lain. Macam jugak kereta Proton, kutuk punya kutuk terpaksa beli jugakkan.

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANG...20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt (8 of 21)4/11/2007 7:27:13 PM

Page 9: [NOVEL] Bukan Lagi Pelakon Tambahan

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt

Nak balik bilik pun aku nak buat apa. Takkan nak tidur awal-awal begini. Baru pukul 11. Roommate aku pun bukannya ada di bilik malam-malam buta begini. Seperti dijangka, di bilik, aku seorang diri. Mat Pearl seperti biasa hilang entah ke mana. Mat Pearl saling tak tumpah macam lirik lagu nyayian budak-budak : siang mengantuk malam berjaga. Memang kalau malam susahlah sikit aku nak jumpa dengan roommate aku ni.

Aku mencapai gitar kapokku. Sambil berbaring, memetik lagu slow kegemaranku, Windmill. Sebenarnya jarang aku minat dengan lagu-lagu slow macam ni, tetapi dengan lagu Helloween yang satu ini aku rasa macam terkena batang hidung sendiri pulak. Rasanya macam Micheal Weikath menujukan lagu ini untuk aku saja. Tak sia-sia dulu Fitri bersungguh-sungguh mempromosikan kumpulan Helloween kepada aku. Ada juga lagu yang aku suka.

Aku bayangkan Fitri. Fitri mungkin sedang senyum keseorangan selepas datingnya dengan Yati berjaya. Mungkin. Tapi mungkin juga Fitri tidak senyum kerana sejak dari tadi aku lihat Fitri seperti tidak gembira dengan pertemuan itu. Selepas belanja aku makan tadi terus dia balik ke bilik. Selalunya dia mesti melepak bilik aku dulu sampai larut malam. Ini baru pukul 11.00 dah nak balik tidur. Mungkin terkena penangan puteri lindungan gerhana bulan kut. Entahlah, aku sendiri pun bukannya ada pengalaman dalam benda-benda seperti ni. Tapi malam ni bukannya kali pertama dia berjumpa dengan Yati. Cuma bezanya malam ini dia berjaya mengurangkan jumlah pengikut-pengikut Yati dari segerombolan kepada seorang. Sebelum malam ini juga dia pernah beberapa kali berjumpa Yati, tetapi bukan dengan Yati seorang. Sebab itu dia meminta pertolongan aku. Rasa aku Fitri dah mati akal macam mana nak berjumpa Yati seorang. Tapi pertolongan aku pun tak berjaya jugak.

Aku teringatkan Yati. Terpaksa aku mengaku, semasa di kafeteria tadi, sekali-sekala aku menjeling ke arah Yati. Bukannya ada niat buruk. Cuma sekadar menikmati keindahan makhluk ciptaan Tuhan. Wajah secantik Yati, aku rasa takkan ada lelaki yang tak suka melihat. Tapi bukan hanya tadi. Sebenarnya aku dah lama mencuci mata dengan wajah ayu Yati. Tak payah berhabis duit membeli Eye-Mo. Tengok muka Yati pun dah segar mata. Cuma tadi aku berkesempatan melihat dari jarak dekat. Macam mana aku nak cerita betapa ayunya wajah Yati pun aku sendiri pun tak tahu. Tapi kalau setakat muka berlubang-lubang Puteri Gunung Ledang dan Tun Teja memang jauh Yati tinggalkan. Dengan tudung peach yang Yati pakai tadi, bak kata Kak Engku...wallah. Sukar dibayang. Seperti sukarnya aku hendak membayangkan kalaulah aku yang berada di tempat Fitri. Kalaulah aku sehensem Fitri. Kalaulah ayat aku sepower Fitri.

Nasib baik tak ada sesiapa yang melihat aku dalam keadaan begini. Sedangkan aku sendiri pun geli melihat aku dalam keadaan begini inikan pula orang lain. Keadaan jiwang tahap melampau. Kalau ditakdirkan Mat Pearl atau Fitri yang melihat aku, mampus aku digelakkan.

Bencinya aku rasakan terhadap diri aku sendiri dalam keadaan begini. Benci aku rasa bila mula terasa aku terberkenan dengan mana-mana gadis. Benci bila terasa angin kejiwangan meresap ke dalam kepala aku. Tetapi malam ini berbeza. Malam ini aku teringatkan wajah ayu Yati. Wajah ayu kepunyaan bukan sebarangan gadis.

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANG...20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt (9 of 21)4/11/2007 7:27:13 PM

Page 10: [NOVEL] Bukan Lagi Pelakon Tambahan

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt

Cuma satu cara untuk menghindarkan wajah Yati dari bermain di dalam kepala ini. Aku letakkan kembali gitar ke tempat asalnya. Walkman aku capai. Aku pasang kuat kaset Expositionsprophylaxe yang aku warisi dari abangku. Suara Patrick Klopf menusuk kuat ke gegendang telinga. Aku hayati lagu The Linequalled Visual Response Mechanism. Ha! Ha! tipulah kalau ada yang mengatakan boleh menghayati lagu-lagu Death Metal. Lagu kumpuln Disharmonic Orchestra ini, yang aku sendiri pun tak tahu hujung pangkalnya dan yang sepatah haram pun aku tak faham terus mengalir masuk ke gegendang telinga. Lagu yang berjaya menyingkir wajah ayu Yati dan perasaan jiwang yang mula berputik dari fikiranku, sehinggalah tiba-tiba Mat Pearl terpacul di depan pintu bilik.

Tiada apa yang istimewanya pagi ini. Seperti hari-hari biasa, bangun pagi, beratur untuk mandi dan setelah semuanya siap, beratur pula untuk menaiki bas ke kelas. Hari-hari yang sama yang telah aku lalui dan hari-hari yang sama juga yang akan aku lalui.

Menambahkan lagi ketidak istimewaannya hari ini ialah tugasan yang diberikan oleh pensyarah tadi. Tugasan yang tidaklah sebegitu berat sebenarnya tetapi, ranjau yang perlu aku lalui untuk menyiapkan tugasan tersebut. Ranjau yang aku maksudkan ialah ranjau untuk ke perpustakaan bagi mencari bahan untuk tugasan tersebut. Bukanlah maksud aku jalan ke perpustakaan penuh beronak duri, tidaklah sebegitu teruk universiti di negara kita ni, tetapi aku ni yang tak berkenan langsung untuk ke perpustakaan. Salah satu sebab utamanya adalah kerana perlunya berpakaian formal, bertali leher dan sebagainya untuk masuk ke dalam universiti. Entah siapalah yang punya idea menyuruh student di tengah hutan belantara ini memakai pakaian formal. Bosan betul aku. Tapi dah aku ni student, ikut sajalah, lainlah kalau aku ni sudah bertaraf Naib Canselor.

Langkahan aku ke perpustakaan yang mulanya longlai, kini kembali bertenaga. Bagai mendapat satu semangat baru untuk aku ke perpustakaan. Semuanya kerana seorang gadis. Walau sekadar mengekori dari jauh, namun anak mata aku kenal seseorang. Yati! Sah, Yati menuju ke arah yang sama dengan aku. Ke perpustakaan. Bak kata orang, kalau sudah suka, bau pun boleh kenal. Inikan pula pandangan belakang.

Langkah aku semakin cepat. Tapi hati-hati supaya tidak terlalu dekat dengan Yati. Cukup sekadar Yati tidak hilang dari pandangan. Terasa macam bodohlah pulak. Sekadar mengekor dan melihat dari jauh. Tapi nak buat macam manakan? Itu sahaja yang aku mampu lakukan. Dan itu sahajalah yang aku rasa paling patut aku lakukan. Aku bukannya sehebat lelaki lain untuk berdepan dengan seorang awek cun. Bukan sehebat Fitri ataupun Mat Pearl. Aku mengerti siapa diri ini. Cewah, macam lagu XPDC la pulak.

Kelas yang sama dan tugasan yang sama, mestilah tujuan ke perpustakaan pun sama. Aku terus mengekori Yati dan rakannya ke tingkat 3. Kalau dalam cerita Ali Setan bolehlah aku buat-buat terserempak dan terlanggar Yati, lepas tu bolehlah nak tegur. Tapi itu cerita Ali Setan. Cerita aku lain.

“Eh, Shahril, awakpun cari bahan untuk assignment tadi juga ke?” Sapaan dari belakang yang hampir meluruhkan seluruh organ dalaman aku. Sapaan dari Yati. Juga sapaan dari seorang manusia berjantina perempuan yang sukar sekali untuk aku dapat dalam hidup ini

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANG...20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt (10 of 21)4/11/2007 7:27:13 PM

Page 11: [NOVEL] Bukan Lagi Pelakon Tambahan

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt

“Kalau nak boleh join kita orang.” Sambung Yati. Langsung tak beri peluang untuk aku menjawab. Tapi, jika diberi peluang pun belum tentu aku boleh menjawab.

Sepatutnya aku menjawab, “Tak payahlah”, tetapi entah mengapa kaki aku terus mengikut Yati dan punggungku dengan tidak malunya terus duduk di kerusi berdekatan Yati dan rakannya yang aku tak tahu nama. Bersama-sama dua manusia berlainan jantina aku mati kutu. Tak tahu apa yang aku nak buat. Buku rujukan yang aku ambil tadi, aku buka helaian demi helaian tanpa arah. Otak aku jem. Tak tahu apa sebenarnya yang aku nak cari dalam buku rujukan ini. Mulut aku tertutup rapat. Memanglah itu yang sepatutnya sebab aku dalam perpustakaan. Mata aku terus merenung helaian buku dengan tujuan yang aku pun tak pasti. Sehinggalah suara yang keluar dari mulut rakan Yati yang seorang tu, memecah kebuntuan otakku.

“Yati, saya balik dulu. Dapat dah apa yang nak dicari.” Sambil mengemaskan barang-barangnya.

Dalam hati, aku bersorak riang. Buat kali pertama dalam sejarah dunia, aku akan berjaya berdating dengan Yati, seorang gadis yang gemilang, cemerlang, terbilang bagi aku. Walaupun secara tidak rasmi. Walaupun hanya sekadar duduk tanpa memanggungkan kepala dan tanpa mengeluarkan suara. Aku pasti jika ada yang melihat saat ini, saat aku bersama Yati, saat hanya aku dan Yati dan juga buku-buku berselerakan, mesti semuanya cemburu. Baru mereka tahu berapa kembangnya hidungku ketika ini.

Namun, belum sempat pengembangan hidungku mencapai klimaksnya, Yati mula menyusun barang-barangnya. Bangun dari kerusi, memandang ke arahku sambil mengucapkan bait-bait indah dari kuntuman bibirnya.

“Shahril, saya pun kena balik jugak. Jumpa lagi nanti.”

Yang mampu aku jawab. “Emm!” Satu suara romantis yang keluar dari buah halkumku, membalas suara lemak merdu Yati.

Aku hanya sekadar mampu memandang Yati membuka langkah menuruti rakannya yang belum lagi serantai jauhnya. Pengalaman pertamaku duduk bersama gadis yang aku suka cuma sekadar beberapa minit. Memanglah tak cukup. Tapi itulah yang sepatutnya. Siapalah aku dan siapalah Yati. Lagipun sekarang Yati sedang gembira bersama kawan baikku. Silap aku juga kerana jatuh cinta, insan sepertimu, seanggun bidadari. Seharusnya aku cerminkan diriku sebelum tirai kamar aku buka untuk mengintaimu. Eh, macam pernah dengarkan ayat ni? Ah, jiwanglah pulak aku ni. Habis semua Death Metal aku hari ini. Habis ditelan senyuman Yati.

Tapi ada sesuatu yang aku fikirkan tentang Yati. Kenapa dia langsung tak boleh duduk berdua dengan manusia berlainan jantina. Yati terus bergegas untuk balik bila mana rakannya tak ada. Bukan hari ini saja dan bukan dengan aku saja. Sudah banyak kali dan sudah ramai orang, ini termasuklah Fitri. Mungkinkah ini pantang larang dari tok guru silatnya? Atau amaran oleh keluarganya yang garang? Aku terus membiarkan diri aku dibelengu

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANG...20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt (11 of 21)4/11/2007 7:27:13 PM

Page 12: [NOVEL] Bukan Lagi Pelakon Tambahan

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt

Hari demi hari dan minggu berganti minggu. Hidupku masih seperti biasa. Tiada apa yang menarik sebenarnya dalam kehidupan aku sebagai seorang student di tengah rimba raya ini. Sekali-sekala aku rasa rutin kehidupan ini sungguh membosankan. Pergi kelas, balik kelas. Tidur, bangun. Bak kata iklan KFC Zoo Negara, “hidup ini sungguh membosankan, jika setiap hari sama saja”.

Cuma sebagai tambahan terhadap rutin harianku, selepas dari peristiwa pengsan tempoh hari, dua perkara baru berlaku. Satu, sekarang aku sering ke klinik untuk mengambil ubat dan mendapatkan rawatan dan satu lagi, kini Yati mulai tersenyum setiap kali bertembung denganku.

Keadaan kesihatanku belum lagi aku beritahu kepada keluargaku. Cukuplah mereka menderita memikirkan soal kehidupan, tak mahu lagi aku menambah derita mereka untuk berfikir soal kematian. Lagipun bukannya kronik sangat penyakit aku ni. Masih ditahap boleh diubati, sebab itu aku rasa tidak ada apa yang perlu dihebohkan. Dikalangan kawan-kawanku pula, hanya Mat Pearl dan Fitri yang tahu keadaan kesihatan aku. Tak perlulah ramai yang tahu. Aku pun bukannya nak buat kutipan derma pembedahan jantung berlubang.

Perihal Yati, aku dapat merasakan yang kami semakin rapat. Tapi yang kurang menariknya ialah, rapat dalam konteks aku dan Yati bukanlah membawa maksud rapat dalam penggunaan bahasa manusia lain. Rapat tidak bermakna aku dapat berbual mesra dengan Yati. Rapat aku dan Yati sekarang hanya sekadar Yati tidak lagi lokek senyuman kepadaku dan aku juga kian berani untuk menatap wajah ayu Yati dan melemparkan senyuman hitam manisku. Masih tidak ada perkataan yang aku tujukan untuk Yati keluar dari mulut aku setakat ini. Senyuman manis Yati bermakna aku tidak lagi kekeringan sumber senyuman dari seorang manusia berlainan jantina. Bagi seorang yang sukar untuk mendapat perhatian manusia lain seperti aku, senyuman dari Yati sudah cukup besar ertinya.

Juga, perasaan gemuruhku bila berdepan dengan perempuan semakin dapat dikawal. “Awexcunofobia”, istilah yang diberi oleh Mat Pearl, atau nama saintifiknya Caligynephobia, makin berkurangan aku rasakan. Kuntuman senyuman yang sentiasa mekar di bibir Yati seakan memberi satu keyakinan untuk aku berdepan dengan dunia. Namun hingga ke hari ini, hanya senyuman yang aku dapat dari Yati. Sejak dari pertemuan di perpustakaan tempoh hari, aku masih belum berpeluang bertegur sapa dengannya.

Menolak ke tepi semua thrash dan death metal, aku terpaksa mengakui aku semakin tangkap cintan dengan Yati. Terjahan-terjahan keras suara Patrick Klopf di dalam kepalaku kian berganti lentukan Anuar Zain. Sehari tidak dapat melihat bayangan Yati, seharian aku rasakan seperti kurang sempurna. Melalui kawasan kolej kediaman, dapat melihat blok kediaman Yati pun sudah cukup untuk membuatkan aku tersenyum puas sendirian. Mendengar kawan-kawan lelaki yang lain bercerita tentang Yati membuatkan aku tidak senang duduk. Adakah itu tanda-tanda awal aku sedang dilanda penyakit angau yang kronik?

Malam-malam yang aku lalui selepas pertemuan aku dan Yati di isi dengan perasaan rindu. Buat pertama kali dalam seumur hidup aku terpaksa mengaku yang aku rindukan seseorang. Rindu, perkataan yang baru pertama kali aku aplikasikan dalam hidup aku yang sudah melebihi dari 20 tahun. Nasib baik jugalah aku hanya mengambil masa selama lebih 20 tahun untuk mengetahui makna perkataan rindu dan

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANG...20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt (12 of 21)4/11/2007 7:27:13 PM

Page 13: [NOVEL] Bukan Lagi Pelakon Tambahan

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt

mengaplikasikannya ke dalam kehidupan. Mahunya jika hanya selepas 40 – 50 tahun baru aku mengenali perkataan rindu, itu sudah desperado tua yang gersang namanya.

Rindu dan angauku kali ini terlalu sukar untuk ditepis keluar. Terjahan-terjahan keras dari Amorphis, Suffocation, Necrophagia juga tidak berupaya mengeluarkan perasaan rindu dan angauku dari padang permainan. Aku juga tidak pasti sama ada aku suka ataupun tidak dengan perasaan ini. Yang aku pasti, aku tidak selesa. Tak tahu bagaimana aku hendak gambarkan perasaan tidak selesa aku ini.

Lebih malang lagi, perasaan aku terhadap Yati tidak dapat diluah dan dikongsi dengan sesiapa. Meluahkan perasaan kepada kawan-kawanku bermakna menempah maut. Tak dapat aku bayangkan tahap gelakan yang akan aku terima bila mengakui aku terberkenan dengan seorang gadis yang sesempurna Yati. Seorang Mat Thrash yang hampir-hampir anti-sosial mengharapkan cinta seorang gadis cantik dan popular, kalau orang lain, memang teruk aku gelakkan. Tapi sekarang terkena batang hidung sendiri. Menambahkan lagi teruk perasaan ini adalah kenyataan yang Yati kini milik kawan baikku sendiri.

Malam ini ada lagi tugasan aku untuk menjadi bodyguard tak rasmi pasangan dua sejoli tu. Lama juga rasanya aku tak buat tugasan sebegini. Fitri dan Yati pun dah jarang-jarang sekali bertemu sejak dua menjak ni. Aku memanglah suka. Pertama sebab aku pun tak payah lagi melangut seperti orang bodoh di kafeteria dan keduanya sebab Yati tak berjumpa dengan lelaki lain. Jealouskah aku? Memanglah jealous kata orang putih. Siapa yang tak jealous kalau asyik meneman gadis yang diminati bertemu lelaki lain? Tapi bak kata orang tua-tua, jealous-jealous ayam jer. Jealous pun tak membawa ke mana. Jealouskan awek orang? Apa kejadahnya.

Seperti biasanya Fitri akan melepak di bilikku dahulu sebelum bertemu Yati. Saja. Sambil menunggu pukul 9.00 malam. Selalunya banyak benda yang keluar dari mulut Fitri yang becok umpama Aznil dalam Melodi, tapi hari ini dia diam sahaja seperti memikirkan sesuatu.

“Betul ker kau dah lama sukakan Yati?” satu soalan membunuh yang diajukan oleh Fitri menyebabkan petikan gitarku terhenti. Terkedu aku. Nasib baik aku sihat hari ini. Kalau aku dalam mana-mana filem melayu, semestinya sekarang aku dah kena heart attack. Biasalah adegan biasa dalam filem melayu, terkejut sikit sakit jantung, kena stroke.

“Mat Pearl bagitau kat aku yang kau dah lama suka kat Yati”. Tak menyempat-nyempat untuk aku bertanya, jawapan sudah diberi.

Aku terfikir. Bila pulak yang aku bagitau Mat Pearl yang aku sukakan Yati. Walaupun memang aku mempunyai masalah memori tapi takkanlah seteruk Dolly dalan filem Nemo. Takkanlah aku dah lupa perkara ni. Lebih-lebih lagi berkenaan Yati. Aku masih ingat saat pertama aku melihat Yati. Aku masih ingat berapa pasang baju yang pernah Yati pakai untuk ke kelas dan aku masih ingat Yati pernah memakai baju yang sama selama dua hari berturut-turut suatu masa dahulu. Jadi takkanlah aku boleh lupa yang aku bagitau aku minatkan Yati pada Mat Pearl.

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANG...20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt (13 of 21)4/11/2007 7:27:13 PM

Page 14: [NOVEL] Bukan Lagi Pelakon Tambahan

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt

“Kalau kau nak pikat Yati pun aku tak kisah. Aku boleh let go jer. Sekarang ni aku dah baik balik dengan Ayu.”

Aku masih tak terkata apa. Tak mampu aku nak berkata apa-apa. Terkejut, hairan semuanya ada. Terkejut dengan apa yang keluar dari mulut Fitri. Hairan mengapa sesetengah orang ditakdirkan terlalu mudah mendapat apa yang dihajati dan mudah pula untuk melepaskannya pergi. Nasib badan masing masing. Tapi kalau badan aku, aku rasa susah untuk aku dapat dan susah untuk aku melepaskan tetapi sayangnya mudah pula untuk terlepas.

“Lagipun malam ni aku ingat malam last aku jumpa Yati. Susah sangat minah sorang ni. Bosan betul aku. Nanti aku bagitau dia, kau dah lama minat kat dia.”

Kali ini Fitri benar-benar mengejutkan aku.

“Hiuh.. gila kau! Tak maulah aku.” Terkejut beruk aku dengan pelawaan Fitri. Beruk pun rasanya tak seterkejut aku.

“Nak mampus. Mana la aku nak sorok muka hensem ni kalau Yati tahu aku minat kat dia. Kalau kau kawan aku, kau jangan bagitau sesapa.”

Aku mengeluarkan satu amaran oleh kerajaan negara Malaysia untuk Fitri. Amaran di mulut sahaja sebenarnya. Kalau Fitri berkeras nak bagitau pun apa yang aku boleh buat. Lagi senangkan. Tak payah bersusah-susah berdepan dengan Yati. Ada orang yang nak menolong.

Tapi takkanlah aku nak mengaku aku sukakan Yati atau menyuruh Fitri memberitahu Yati tentang perasaan aku. My “waterface” kena jaga beb. Karang habis semua Death Metal aku berganti rock kangkang.

“Ok. Kalau kau tak nak aku bagitau, jom cepat teman aku jumpa Yati. Last punya. Gerenti.”

Entah apa yang dibualkan oleh Fitri dan Yati malam itu aku pun tak tahu. Tak pernah pulak terfikir nak bertanya hal rumah tangga orang. Fitri pun semacam dah tak lagi berminat untuk bercakap tentang Yati. Namun satu yang aku pasti ialah, sesi malam itu berjalan dengan cukup profesional. Nak kata malam ini malam perpisahan pun tak berapa sesuai. Selalunya perpisahan diiringi dengan tangisan, kalau mengikut acuan stereotaip filem Melayu ler, tapi malam itu semua seperti biasa. Tidak ada adegan tangkap leleh, tiada adegan tangkap nangis. Rasanya tidak ada sesiapa yang terluka dengan malam perpisahan itu.

Layanan Yati terhadapku tampak berbeza sejak dari malam itu. Aku dapat merasa bibit-bibit persahabatan mulai mekar. Tidak pernah aku mempunyai seorang perempuan yang layak dianggap kawan. Kenalan perempuan banyak. Kenalan yang aku saja kenal mereka, sedangkan entah mereka kenal aku ke tidak aku pun tak tau.

Senyuman Yati sudah berganti kata-kata. Selalu juga Yati menegurku. Aku juga kian berani menegur

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANG...20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt (14 of 21)4/11/2007 7:27:13 PM

Page 15: [NOVEL] Bukan Lagi Pelakon Tambahan

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt

Yati bila terserempak, walaupun hanya bertanyakan soalan-soalan bodoh seperti “baru sampai ker?” bila melihat Yati baru sampai. Nasib baiklah Yati bukan seorang lawyer yang buruk. Mahu dijawabnya “habis tu? Nampak macam nak balik ker?”, tak ke malu aku dibuatnya. Tapi biasa ler kan kita menyoal soalan bodoh macam itu. Semua orang pernah menyoal benda yang dah pasti jawapannya. Soalan yang tak mementingkan jawapan, tapi sekadar mengerat silaturrahim.

Kadangkala minda separa sedarku seakan mengakui yang Yati pun minatkan aku juga melihat dari reaksinya. Tetapi bila mindaku kembali sedar, aku pun sedar yang semua itu jauh panggang dari api. Tak layak untuk aku bermimpi sebegitu indah.

Namun apa yang berlaku pagi ini menguatkan kembali hujah-hujah di dalam medula oblogata ku yang Yati sukakan aku.

“Yati, awak ada salin nota kelas semalam?” satu sapaan lembutku dari belakang yang berjaya mengejutkan Yati.

“Ada, kenapa?” hanya itu yang Yati balas dengan muka terkesimanya. Walaupun dengan wajah terkesima, tapi Yati tetap cantik. “Paling comel di hatiku” bak kata Acik dan Nana.

“Saya tak ke kelas semalam, boleh saya pinjam nota awak?”

Satu taktik yang sekian lama digunakan oleh kawan-kawan aku untuk memulakan gerakan bercouple, kini aku sendiri gunakan. Semua atas nasihat Mat Pearl. Penasihat jiwang yang baru aku lantik, selepas rahsia aku meminati Yati berjaya dikoreknya.

“Ada. Tapi saya nak ke perpustakaan sekarang. Kalau awak nak, boleh ler temankan saya. Awak salin kat sana.”

Inilah kata-kata yang menjadi prima facie dalam hujah-hujah yang dikeluarkan oleh medula oblogata dan berjaya membuktikan dengan melebihi keraguan yang munasabah bahawa sebenarnya Yati pun ada hati jugak dengan aku.

“OK.”

Hanya itu jawapan ringkas dariku. Walaupun di dalam hati ini memberontak untuk berkata-kata lebih dari itu. Kalau dalam cerita dahulu kala, mungkin jawapanku, kecil tapak tangan nyiru hamba tadahkan. Tapi kini bukan lagi sekadar nyiru, hatta galaksi bima sakti sekalipun sanggup aku guna untuk menadah pelawaan Yati.

“Tak apa ker saya duduk dengan awak ni?” soalan ‘cover line’ yang aku soalankan pada Yati setelah benda lain tak berupaya difikirkan oleh otakku. Otak aku ini masih jem kerana masih tidak percaya apa yang berlaku pada aku sekarang.

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANG...20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt (15 of 21)4/11/2007 7:27:13 PM

Page 16: [NOVEL] Bukan Lagi Pelakon Tambahan

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt

“Kenapa awak tanya macam tu?”

“Entah, saya ingat awak tak boleh duduk derdua-duaan dengan lelaki.”

Hanya ketawa kecil yang keluar dari mulut comel Yati. Ketawa yang paling indah pernah aku tengok seumur hidupku. Suasana paling kiut yang pernah aku rasai sehinggakan aku terasa seperti ingin menjerit, oh dunia..lihatlah betapa comelnya Yati dan lihatlah betapa bertuahnya aku.

Banyak yang Yati ceritakan pada aku tentang dirinya. Seperti dia ingin memperkenalkan dirinya sebanyak mungkin padaku dalam waktu yang singkat. Aku lebih banyak mendengar dari berkata-kata. Tak mahu aku mengganggu merdu suara Yati dengan sampukan-sampukan parau suaraku.

Pagi ini adalah satu pagi yang teramat indah bagi aku. Sejam berlalu aku rasa seperti baru sekejap tadi. Adakah semua pertemuan dengan gadis seindah begini? Kalau beginilah indahnya, patutlah banyak orang berlumba-lumba untuk bercouple ketika di universiti.

Kacau betullah kuliah pukul 11.30 ni. Kalau lah aku punya kuasa, mahunya aku kenselkan semua kelas supaya aku dapat merenung wajah ayu Yati sambil mendengar celoteh merdunya. Tapi itu semua mustahil. Yati mengemaskan barangnya sambil berkata kepadaku, “Saya masuk kelas dulu yer.” Lalu meninggalkan aku yang masih tersenyum keseorangan.

Sepatutnya aku berjumpa Yati malam ini. Tapi jangan salah faham, bukan urusan peribadi. Belum sampai masanya untuk aku berjumpa Yati atas urusan peribadi walaupun Yati sekarang amat rapat denganku. Walau rapat bagaimana sekalipun tak mungkin aku ber“couple”, kalau dalam bahasa budak-budak U, dengan Yati. Tak mungkin aku akan menatap wajah ayu Yati dan mengucapkan “Yati, aku cinta padamu.” Rugi sangat rasanya persahabatan yang baru terjalin dengan Yati disia-siakan dengan empat perkataan tersebut jika jawapan Yati ialah “Cinta? Boleh blah”.

Tetapi malam ini terdapat aral yang melintang ditengah jalan. Jangan ditanya apa maksud perkataan aral sebab aku sendiri pun tidak tahu. Tetapi apa yang aku maksudkan dengan aral ialah seorang manusia bernama Zack. Sepupu aku dari Klang yang entah apa ke mimpinya datang bertandang ke universiti ini.

Tetamu yang datang dari jauh. Takkanlah aku hendak tinggalkan seorang diri. Memanglah kalau diikutkan hati aku yang tengah membuak-buak hendak berjumpa Yati, aku tinggalkan saja mamat ni seorang diri. Tapi kata orang tua-tua, ikut hati mati. Tak mau lah pula aku mati muda-muda. Jangankan kahwin, awek pun belum pernah ada.

Banyak benda yang disembangkan oleh Zack. Dari kisah race motor, death metal sehinggalah kepada tujuan sebenar dia datang ke universiti ini. Untuk berjumpa aweknya. Memang tak sangka betul aku, serempit-rempit Zack, jiwangnya kira tahap melampau juga. Sanggup dia datang dari Klang ke hutan Sintok ini, semata-mata untuk menyambut hari lahir aweknya. Kalau aku entahlah. Tapi kalau demi Yati, jangankan gunung Fujiyama, ke Ethopia ku ikut kamu alah macam lagu Indonesia tu.

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANG...20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt (16 of 21)4/11/2007 7:27:13 PM

Page 17: [NOVEL] Bukan Lagi Pelakon Tambahan

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt

Tak henti-henti Zack bercerita dan pada masa yang sama juga tak henti-henti aku memikirkan tentang Yati. Entah apa yang Zack ceritakan pun aku sendiri dah tak ambil pusing. Di dalam kepala ini hanya ada Yati. Ruginya aku tak berjumpa Yati malam ini. Memang cerempet betullah sepupu ni. Nak datangpun kenapalah pilih hari ini. Hari lain kan banyak lagi. Awek dia pun apasal le sekarang jugak dia nak sambut hari lahir. Tahun-tahun depan kan ada lagi.

Sambil bercerita, Zack membelek-belek album gambarku. Aku langsung tak berikan perhatian sebab perhatianku sekarang hanyalah pada Yati. Aku hanya mengiyakan apa juga yang Zack katakan walau apa yang Zack ceritakan satu patah pun tak berjaya memasuki lubang telingaku.

“Macam aku kenal je awek kat dalam gambar ni. ” Soalan Zack yang berjaya menarik perhatianku.

“Ini Babykan?”. Baby, nama samaran yang tidak pernah aku dengar sepanjang kehidupanku di universiti ini, membuatkan bola mata aku mengikut sahaja arah telunjuk Zack.

Namun, hala jari telunjuk Zack memang benar-benar membuat aku tersentak. Seorang gadis yang aku amat kenal, Yati. Memang aku betul-betul tersentak. Jika ditunjukkan gadis lain dengan nama Baby, Bayi atau Bhai sekalipun aku takkan kisah dan jika Zack kenal dengan mana-mana gadis dalam gambar ini selain Yati aku juga takkan kisah, tetapi Zack tetapi menunjuk ke arah Yati, itu yang membuatkan aku menjadi kisah.

Bermatian-matian Zack mengaku pernah kenal dengan seorang gadis seiras Yati tetapi dengan nama Baby. Mendengar cerita tentang Baby dari Zack membuatkan aku keliru. Walaupun aku yakin Yati dan Baby adalah dua insan yang berbeza namun di dalam hati aku tetap berdoa. Berdoa semoga Yati dan Baby benar-benar adalah dua insan yang berbeza.

Namun bagaimana harus aku mendapatkan kepastian. Aku perlu membulatkan keberanianku untuk bertanyakan kisah yang sebenar dari Yati. Soalan yang pertama yang aku akan tanya ialah sama ada Yati dan Baby adalah orang yang sama? Dan jawapan yang aku harus terima nanti ialah “Tidak”. Jawapan selain daripada “Tidak” sama ada “Ya” atau “Mungkin” atau “Tidak Tahu” tidak terdapat dalam skema jawapan aku.

Sepanjang malam aku tidak dapat melelapkan mata. Semuanya kerana Zack. Pertama sebab Zack berkongsi katil denganku. Memang tak selesa betul aku hendak tidur. Sudahlah tempat tidur yang menjadi sempit, ditambah lagi dengan dengkuran Zack yang berunsurkan Death Metal, langsung aku tak berselera hendak tidur.

Tapi itu hanya sebab sampingan. Sebab utamanya ialah tentang Yati dan Baby. Tentang apa yang diperkatakan oleh Zack mengenai seorang gadis seiras Yati bergelar Baby. Aku tidak sabar lagi untuk menunggu esok. Kalau aku ada remote control yang dapat mengawal masa, mahunya aku menekan butang forward, biar ditinggalkan episod malam ini. Aku hanya mahu pergi ke hari esok. Kalaulah aku boleh menjerit seperti Rosyam di ladang tebu Chuping, sekuat hatiku untuk menghilangkan segala gundah gulana ini. Aku akan menjerit, “Esok...tunggu.. aku cabar engkau.”

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANG...20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt (17 of 21)4/11/2007 7:27:13 PM

Page 18: [NOVEL] Bukan Lagi Pelakon Tambahan

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt

Pagi ini ibarat satu penentuan bagiku. Aku perlu mendapatkan kepastian segera dari Yati. Segala kekeliruan, keresahan yang terbuku di dalam dada aku perlu dilepas segera. Jika tidak ia mungkin akan meletup.

Tak sabar rasanya menantikan tamatnya kuliah ini. Kalau lah boleh aku percepatkan. Masa terasa berjalan amat perlahan

Hari ini akulah orang yang pertama keluar dari dewan kuliah. Tapi selepas pensyarah keluar ler. Aku setia menunggu Yati yang kelihatan masih mengemaskan barang-barangnya.

“Yati, boleh saya cakap dengan awak sikit?” Sapaanku sejurus Yati melintas di depanku dengan menguntumkan secebis senyuman. Sapaan itu menyebabkan berpasang-pasang mata merenungiku. Kenapa? Tak Percaya?

“Ya?” hanya satu jawapan pendek yang diberikan oleh Yati sambil menoleh ke arahku.

“Err.. saya ada benda sikit nak tanya awak. Awak kenal Zack? Zack WEM 911.”

Tiada jawapan yang aku terima. Cuma raut wajah Yati telah berubah. Yati menoleh ke arah kawan-kawannya yang masih setia menunggu.

“Awak semua baliklah dulu yer.”

Kembali wajah ayu Yati memandangku. “Shahril, kita cakap kat tempat lain, boleh?”

“Emm.” Lalu aku mengikuti langkahan Yati menuju ke kafeteria. Satu kedudukan yang paling terpencil di sudut kafeteria dipilih oleh Yati. Aku hanya mengikut sahaja.

Belumpun sempat aku duduk.

“Awak cakap Zack WEM, Zack Klang ker?” soalan Yati kali ini benar-benar menggusarkan aku. Soalannya menunjukkan yang Yati mengenali Zack. Hatiku seakan lebur kerana apa yang aku harapkan ialah Yati tidak ada kaitan dengan Zack.

“Ya.” Balasku pendek.

“Mana awak kenal dengan Zack.” Yati amat berminat sekali dengan topik Zack ini. Wajah ayu Yati kali ini amat serius sekali. Tidak pernah aku melihat wajah yang seserius itu dari Yati.

“Dia sepupu saya.”

“Kenapa awak tanya tentang dia pada saya.” Serius benar Yati. Tiada lagi senyuman manis di bibirnya.

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANG...20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt (18 of 21)4/11/2007 7:27:13 PM

Page 19: [NOVEL] Bukan Lagi Pelakon Tambahan

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt

“Err... semalam Zack datang, dia nampak gambar awak, katanya awak mirip seorang awek nama Baby.”

“Apa yang Zack dah ceritakan pada awak.”

Aku menuturkan ayat satu persatu. Mengulang kembali apa yang Zack khabarkan kepada aku semalam. Tetapi dengan bahasa yang lebih baik dari yang digunakan Zack semalam. Tidak sanggup aku untuk melihat reaksi Yati kerana apa yang aku ceritakan terlalu hitam sifatnya. Bola mataku sekadar berlegar ke arah menu di atas meja.

“Itu saja yang Zack ceritakan pada saya semalam.” Baru aku berani mengangkat mukaku untuk menatap wajah Yati. Setelah semua cerita yang dibawa oleh Zack aku habiskan.

Tersentak aku. Wajah yang amat cantik hari ini dengan bertudung kuning air dipenuhi deraian airmata yang mengalir di pipi halus Yati. Tidak pernah seumur hidupku berhadapan dengan keadaan sebegini. Seorang gadis menangis di depanku. Yati mengesat-ngesat pipinya.

“Awak janji dengan saya yer, Shahril. Cerita ini hanya antara kita berdua.” Suara merdu Yati tersekat-sekat. Terlalu hiba suasana ini.

“Apa yang diceritakan oleh sepupu awak tu semuanya benar. Baby adalah sejarah hitam yang saya ingin lupakan.” Deraian airmata Yati semakin melaju.

Aku panik. Melihat sekeliling, nasib ku baik kerana tidak ada sesiapa yang memerhatikan kami. Jika tidak, tak tahulah aku betapa hebohnya universiti ini.

“Dahulu memang saya terlalu liar. Memang dunia saya pangkuan lelaki. Tapi itu dulu.” Untaian kata-kata Yati berselang tangisan hiba.

“Dulu saya masih mentah. Saya terlalu ikutkan nafsu. Kalau boleh saya tidak ingin langsung mengingati zaman remaja dahulu.”

“Sebab itu saya memilih universiti ini. Untuk saya pergi jauh dari kenangan silam itu. Untuk saya lupakan sejarah hitam itu. Baby yang dahulu sudah mati.”

“Saya malu Shahril. Saya malu dengan awak, dengan semua orang. Saya malu dengan sejarah hidup saya sendiri.” Yati tertunduk layu.

Ingin aku menuturkan kata-kata peransang buat Yati tapi lidahku kelu. Tak mampu untukku untuk berkata apa-apa. Tak tahu apa sebenarnya yang patut aku lakukan. Aku terlalu terkejut dengan pengakuan Yati. Tidak sangka seorang gadis seindah Yati, sesempurna Yati di mataku, mempunyai sejarah yang sehitam itu. Siapakan menyangka seorang gadis yang sebegitu adab perwatakannya menyimpan kenangan didakapan lelaki, bukan seorang tapi ramai lelaki-lelaki dan salah seorangnya, sepupuku sendiri. Siapakan menyangka tubuh yang berbalut indah ini, rupanya dahulu terlalu mudah

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANG...20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt (19 of 21)4/11/2007 7:27:13 PM

Page 20: [NOVEL] Bukan Lagi Pelakon Tambahan

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt

digadaikan semata-mata untuk kebahagiaan dunia yang sementara.

Air mata menakung di kelopak mataku. Aku tidak tahu untuk apa. Apakah kerana simpatiku kepada Yati yang ingin melupakan dunia lamanya atau kerana lukanya hatiku menerima kenyataan siapa Yati yang sebenarnya.

Yati memegang tanganku. Aku tersentak. Jari-jemari halus Yati menggenggam erat tanganku. Yati berpaling ke menatap wajahku. Masih belum reda deraian airmatanya.

“Awak janji yer Shahril, ini rahsia kita berdua.” Lalu Yati bangun meninggalkan aku yang masih termangu.

Itulah ucapan terakhir yang aku terima dari Yati. Sejak dari hari itu, Yati seolah-olah cuba untuk mengelakkan dirinya dari terserempak denganku. Aku faham. Rahsia yang aku ketahui tentang Yati cukup besar dan cukup memalukan. Mungkin atas alasan itulah dia tidak lagi betah untuk bertemu denganku. Aku terima jika itu dapat menolong Yati melupakan titik hitam kehidupannya dan membuatkan dia bahagia. Akan aku mendoakan kebahagiaannya.

Senyuman Yati yang aku pernah terima hanyalah seketika. Kemesraan Yati yang mula berputik kini layu dan gugur ke bumi. Semuanya kini tinggal kenangan. Walaupun hanya seketika, namun aku reda. Walau cintaku sekadar jauh di sudut hati, walau perasaan cinta ini tidak kesampaian, namun aku rela kerana bagiku cinta tidak semestinya bersatu. Begitupun aku tetap puas kerana kini aku sudah mempunyai episod cinta aku sendiri dan aku bukan lagi sekadar pelakon tambahan dalam episod cinta orang lain. Yati akan tetap aku ingati sebagai gadis pertama di hati ini walau sehitam mana dia sekalipun.

Buat Yati.....

Dinginnya angin malam iniMenyapa tubuhkuNamun tidak dapatDinginkan hatiku yang kau hangatkan

Terasa tercabarnya kelakian ku iniDengan sikapmuMentanglah aku iniInsan kekurangan mudahnya kau mainkan

Siapalah aku ini untukMemintal buih yang memutihMenjadi permaidani seperti manaYang tertulis dalam novel cinta...

Juga mustahil bagiku

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANG...20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt (20 of 21)4/11/2007 7:27:13 PM

Page 21: [NOVEL] Bukan Lagi Pelakon Tambahan

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt

Menggapai bintang di langitMenjadikan hantaranSyarat untuk milikimuSemua itu sungguh aku tak termampu...

Silap aku juga kerna jatuh cintaInsan sepertimu seanggun bidadariSeharusnya aku cerminkan diriKu sebelum tirai kamar aku buka untuk mengintaimu...

TAMAT – Sa-buah cherita cinta siok sendiri persembahan Cathay Kris Production

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANG...20Documents/Bukan%20Lagi%20Pelakon%20Tambahan.txt (21 of 21)4/11/2007 7:27:13 PM