notis pemberitahuan penting - sistem … inbois dipermudahkan (simplified tax invoice) inbois cukai...

4
NOTIS PEMBERITAHUAN PENTING Kepada Para Kontraktor/Pembekal/Syarikat (yang telah berdaftar GST sahaja): Adalah dimaklumkan bahawa semua tuntutan ke atas bekalan/perkhidmatan/kerja menerusi Arahan Kerja atau Sebutharga atau Tender KEJORA yang telah dilaksanakan dan disempurnakan selepas 01 APRIL 2015 hendaklah dituntut menerusi Inbois Cukai (Tax Invoice). Ianya adalah sebagaimana ketetapan yang dikeluarkan oleh pihak KASTAM bagi tujuan sokongan ke atas tuntutan Input Kredit Cukai. Keterangan lanjut ke atas Inbois Cukai (Tax Invoice) adalah sebagaimana LAMPIRAN A. Kerjasama pihak tuan/puan untuk mengambil maklum perkara ini amatlah diharapkan. Sekian, terima kasih. Rujukan : Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 1/2013 Pindaan pada April 2015; Para (xiv) (l) m/s 39/44 Pengeluaran Tax Invoice

Upload: trantruc

Post on 08-Mar-2018

324 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: NOTIS PEMBERITAHUAN PENTING - Sistem … Inbois Dipermudahkan (Simplified Tax Invoice) Inbois Cukai Dipermudahkan adalah inbois cukai yang tidak mempunyai nama dan alamat penerima,

NOTIS PEMBERITAHUAN PENTING

Kepada Para Kontraktor/Pembekal/Syarikat (yang telah berdaftar GST sahaja):

Adalah dimaklumkan bahawa semua tuntutan ke atas

bekalan/perkhidmatan/kerja menerusi Arahan Kerja atau

Sebutharga atau Tender KEJORA yang telah dilaksanakan dan

disempurnakan selepas 01 APRIL 2015 hendaklah dituntut

menerusi Inbois Cukai (Tax Invoice).

Ianya adalah sebagaimana ketetapan yang dikeluarkan oleh

pihak KASTAM bagi tujuan sokongan ke atas tuntutan Input

Kredit Cukai. Keterangan lanjut ke atas Inbois Cukai (Tax

Invoice) adalah sebagaimana LAMPIRAN A.

Kerjasama pihak tuan/puan untuk mengambil maklum perkara

ini amatlah diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Rujukan : Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 1/2013 Pindaan pada April 2015; Para (xiv) (l) m/s 39/44 – Pengeluaran Tax Invoice

Page 2: NOTIS PEMBERITAHUAN PENTING - Sistem … Inbois Dipermudahkan (Simplified Tax Invoice) Inbois Cukai Dipermudahkan adalah inbois cukai yang tidak mempunyai nama dan alamat penerima,

LAMPIRAN A FORMAT INBOIS CUKAI GST

Inbois cukai adalah inbois format standard yang dikehendaki di bawah Sistem GST yang perlu dikeluarkan oleh Syarikat Berdaftar GST. Kegagalan untuk mengeluarkan Invois Cukai boleh mengakibatkan denda dan penalti yang tidak melebihi RM300,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam usaha untuk menuntut kembali GST, sebuah syarikat yang berdaftar GST memerlukan invois cukai mengikut format standard yang ditetapkan. Invois cukai merupakan bukti primer bagi menyokong tuntutan Input Kredit Cukai.

Jenis invois apabila membuat pembekalan/perkhidmatan/kerja bercukai : 1. Inbois Cukai Penuh / Full Tax Invoice 2. Inbois Cukai Dipermudahkan / Simplified Tax Invoice Bilakah Inbois Cukai perlu disediakan? Apabila pihak tuan/puan mengenakan Caj GST, maka tuan/puan dikehendaki untuk mengeluarkan/menyediakan suatu inbois cukai yang menunjukkan amaun GST dan harga bekalan/perkhidmatan/kerja secara berasingan. Inbois cukai perlu dikeluarkan dalam tempoh 21 hari selepas selesai melaksanakan perbekalan/perkhidmatan/kerja.

Butir-butir yang perlu ditunjukkan dalam inbois cukai(tax invoice):

1. Perkataan 'Cukai inbois'/’Tax Invoice’ di tempat yang menonjol;

2. Nombor Siri Inbois;

3. Tarikh pengeluaran inbois;

4. Nama (atau nama perniagaan), alamat dan nombor pengenalan GST

pembekal/kontraktor/syarikat;

5. Nama dan alamat penerima bekalan/perkhidmatan/kerja;

6. Keterangan ke atas barang-barang dan/atau perkhidmatan yang dibekalkan atau

kerja-kerja yang telah sempurna dilaksanakan;

7. Kuantiti atau jumlah barang-barang dan/atau perkhidmatan yang dibekalkan

(contoh, liter petrol, kilo daging atau jam kerja) atau kerja-kerja yang telah

sempurna dilaksanakan;

8. Apa-apa diskaun yang ditawarkan’

9. Jumlah yang perlu dibayar tidak termasuk cukai. Kadar cukai dan jumlah cukai

yang boleh dikenakan cukai ditunjukkan sebagai jumlah yang berasingan;

10. Jumlah yang perlu dibayar termasuk jumlah cukai yang dikenakan.

Ketua Pengarah Kastam boleh atas permintaan membenarkan invois cukai disediakan berbeza daripada yang dinyatakan di atas samada segi butir-butir dalam inbois cukai atau pengeluaran lain-lain jenis inbois cukai seperti invois cukai dipermudahkan.

Page 3: NOTIS PEMBERITAHUAN PENTING - Sistem … Inbois Dipermudahkan (Simplified Tax Invoice) Inbois Cukai Dipermudahkan adalah inbois cukai yang tidak mempunyai nama dan alamat penerima,

Nota: - pro forma invois tidak dianggap sebagai Inbois Cukai . - Tuan/Puan hanya boleh menuntut cukai input sebagai balasan GST dengan

syarat tuan/puan mempunyai inbois cukai yang betul. - Syarikat pembekal/kontraktor harus menyediakan inbois cukai yang betul

untuk tujuan tuntutan GST.

Page 4: NOTIS PEMBERITAHUAN PENTING - Sistem … Inbois Dipermudahkan (Simplified Tax Invoice) Inbois Cukai Dipermudahkan adalah inbois cukai yang tidak mempunyai nama dan alamat penerima,

Cukai Inbois Dipermudahkan (Simplified Tax Invoice) Inbois Cukai Dipermudahkan adalah inbois cukai yang tidak mempunyai nama dan alamat penerima, maksimum cukai input yang boleh dituntut tidak boleh melebihi RM30.00 ( 6 % GST). Jika penerima mahu menuntut amaun penuh cukai input (lebih daripada RM30.00) , maka penerima mestilah meminta nama dan alamatnya untuk dimasukkan dalam bil Inbois Cukai Dipermudahkan tersebut. Ketua Pengarah Kastam boleh membenarkan Inbois Cukai Dipermudah untuk

dikeluarkan yang mengandungi :

• nama (atau nama perniagaan), alamat dan nombor pengenalan GST pembekal/syarikat/kontraktor;

• Tarikh pengeluaran inbois; • Nombor Siri Inbois; • Keterangan barangan dan/atau perkhidmatan yang dibekalkan atau kerja-kerja yang telah sempurna dilaksanakan;

• Jumlah yang dibayar termasuk jumlah cukai yang boleh dikenakan; • Bagi setiap kadar cukai yang dikenakan, jumlah kasar yang perlu dibayar adalah termasuk jumlah cukai dan kadar faedah yang dikenakan.