cukai keuntungan harta tanah

26
PENGENALAN CUKAI KEUNTUNGAN PENGENALAN CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH HARTA TANAH & & PRINSIP-PRINSIP ASAS PRINSIP-PRINSIP ASAS Ahli Kumpulan: Goh Jhen Shen AD081070 Kiew Pik Sean AD080258

Upload: darling-tuna

Post on 25-Jun-2015

1.616 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cukai Keuntungan Harta Tanah

PENGENALAN CUKAI PENGENALAN CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAHKEUNTUNGAN HARTA TANAH

&&

PRINSIP-PRINSIP ASASPRINSIP-PRINSIP ASAS

Ahli Kumpulan: Goh Jhen Shen AD081070Kiew Pik Sean AD080258

Page 2: Cukai Keuntungan Harta Tanah

Latar Belakang Sejenis cukai yang dikuatkuasakan melalui Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 atas tujuan mengawal atau mengelakkan pembelian dan penjualan harta tanah yang bersifat spekulasi.

Cukai yang dikenakan atas Keuntungan Pelupusan Harta Tanah termasuk rumah pangsa,rumah,kondominium,pangsapuri,ladang, tanah dan lain-lain yang diperoleh oleh penjual atau pelupus.

Mulai 21 Oktober 1988,cukai ini diperluaskan ke atas keuntungan daripada pelupusan syer dalam syarikat harta tanah.

Page 3: Cukai Keuntungan Harta Tanah

Merupakan cukai yang dikenakan ke atas keuntungan modal kerana pindahmilik melibatkan :

1) Harta Tanah

2) Saham dalam syarikat harta tanah

3) Saham dalam syarikat terkawal. Syarikat harta tanah ialah syarikat terkawal yang memilik harta tanah

atau saham dalam syarikat harta tanah selepas 21 Oktober 1988. Peruntukan di bawah S.2,definisikan syarikat terkawal sebagai sebuah

syarikat yang tidak melebihi lima orang. Contohnya,syarikat keluarga. Perbezaan antara cukai keuntungan harta tanah dengan cukai

pendapatan:

i) Cukai keuntungan harta tanah dikenakan apabila berlakunya pelupusan harta tanah.

ii) Cukai pendapatan atau cukai tahunan dikenakan ke atas semua jenis pendapatan dan keuntungan tahunan.

Page 4: Cukai Keuntungan Harta Tanah

Mengikut peruntukan di bawah seksyen 2,Akta Keuntungan Harta Tanah 1976

i) Memperoleh harta tanah ertinya mendapatkan harta tanah dengan cara pembelian, pemberian, pertukaran, penyelesaian dan lain- lain.

ii) Melupus ertinya menjual, memindah milik, menyerah hak atau

memberi milik sama ada melalui perjanjian atau melalui

penguatkuasaan undang-undang.

Orang yang dicukai adalah mana-mana orang sama ada yang bermastautin atau tidak di Malaysia. Mungkin sebagai seorang individu, sebuah syarikat,perkongsian, kumpulan orang atau perbadanan tunggal.

Page 5: Cukai Keuntungan Harta Tanah

Kiraan Cukai Keuntungan Harta Tanah adalah

berdasarkan dengan

Keuntungan Bercukai

=

Harga Pelupusan – Harga Perolehan

Keuntungan Yang Dikena Cukai

=

Keuntungan Cukai – Pelepasan Yang Dibenarkan

Page 6: Cukai Keuntungan Harta Tanah

Berkuatkuasa bermula daripada tahun 1 Jan 1976 sehingga 31 March 2007.

Pemansuhan sementara bermula pada tahun 1 April 2007 sehingga 31 Disember 2009.

Pindaan budjet 2010 menbenarkan cukai keuntungan harta tanah dikenakan semula bermula pada tahun 1 Jan 2010 atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah.

Page 7: Cukai Keuntungan Harta Tanah

Kadar cukai terpakai kepada pelupusan pada / atau

selepas 27 Oktober 1995 sehingga 31 March 2007 :

I ) Pelupusan dalam tempoh dua tahun selepas tarikh perolehan 30%

II) Pelupusan dalam tahun ketiga selepas tarikh perolehan 20%

III) Pelupusan dalam tahun keempat selepas tarikh perolehan15%

IV) Pelupusan dalam tahun kelima selepas tarikh perolehan aset 5%

V) Pelupusan dalam tahun keenam dan tahun kemudian daripadanya 0%

selepas tarikh perolehan aset Kadar cukai yang dikenakan selepas 1 Jan 2010 daripada pelupusan harta

tanah yang mana tempoh pegangan adalah dalam 5 tahun akan dikenakan CKHT pada kadar 5%.

Pelupusan harta tanah pada tahun 1 April 2007 sehingga 31 Disember 2009 tidak akan dikenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah.

Page 8: Cukai Keuntungan Harta Tanah

Pindaan Budjet 2010 Mulai 1 Januari 2010,cukai keuntungan harta tanah (CKHT)

ditetapkan pada kadar 5% dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah dalam lima tahun.

Pelepasan yang dibenarkan :

Pengecualian ditingkatkan daripada RM5,000 kepada RM10,000

atau

10% daripada keuntungan bercukai, yang mana lebih tinggi. Walaubagaimanapun, pengecualian kepada individu diberi

seperti berikut:

i) Pemberian hadiah bagi pelupusan hartanah antara ibu bapa dan anak, suami dan isteri, antara datuk, nenek dan cucu dikekalkan.

ii) Pelupusan sebuah rumah kediaman sekali sepanjang hayat.

Page 9: Cukai Keuntungan Harta Tanah

Mengikut peruntukan di bawah Perenggan 15 (1)(a) dan (b), Jadual

Kedua, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, tarikh pelupusan dan

perolehan bolehlah:

i) Pada tarikh perjanjian pelupusan aset itu.

ii) Sekiranya tiada perjanjian, tarikh pelupusan adalah pada tarikh sempurnanya pelupusan aset. Tarikh sempurnanya ialah:

a) Tarikh bila kepunyaan aset yang dilupus itu dipindah milik oleh

pelupus, atau

b) Tarikh bila semua amaun atau nilai balasan bagi pindah milik

itu telah diterima oleh pelupusnya.

Yang mana lebih awal bagi kedua-dua tarikh di atas.

Page 10: Cukai Keuntungan Harta Tanah

Kerugian Yang Boleh Dibenarkan

Menurut seksyen 7(2) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, suatu kerugian yang boleh dibenarkan bermaksud suatu kerugian yang ditanggung atas pelupusan sesuatu aset yang boleh dikenakan cukai yang mana, sekiranya ia adalah suatu keuntungan, tetap boleh dikenakan cukai.

Mengikut seksyen 7(4)(a), jika ada kerugian yang boleh dibenarkan mengenai sesuatu pelupusan, maka relief cukai hendaklah dibenarkan mengenai kerugian yang boleh dibenarkan itu sama amaun dengan jumlah wang yang tercapai dengan mengenakan ke atas tiap-tiap ringgit kerugian yang boleh dibenarkan itu kadar cukai yang berkenaan yang dinyatakan dalam Jadual 5 mengenai kategori pelupusan yang menimbulkan kerugian yang boleh dibenarkan itu sebagai suatu potongan dari jumlah cukai yang ditaksirkan bagi tahun taksiran dalam mana pelupusan itu telah dibuat; dan

Page 11: Cukai Keuntungan Harta Tanah

Mengikut seksyen 7(4)(b), jika, oleh sebab tidak cukupnya atau tidak adanya jumlah cukai yang ditaksirkan bagi tahun taksiran dalam mana kerugian yang boleh dibenarkan itu timbul, kuatkuasa tidak dapat diberikan dengan sepenuhnya kepada perenggan (a), relief cukai yang tidak dibenarkan sedemikian hendaklah dibenarkan bagi tahun pertama taksiran yang berikutnya yang baginya ada jumlah cukai yang ditaksirkan dan demikianlah seterusnya bagi tahun-tahun taksiran yang berikutnya sehingga semua amaun relief cukai yang akan dibenarkan itu dibenarkan.

Page 12: Cukai Keuntungan Harta Tanah

Harga Pelupusan Sama Dengan Harga Perolehan

Dalam Jadual 2 Perenggan 3, transaksi-transaksi dalam mana harga lupusan disifatkan sebagai sama dengan harga perolehan adalah seperti berikut:

(a) penurunan aset seseorang yang mati kepada wasi atau penerima

legasinya di bawah suatu wasiat atau apabila si mati itu mati tak berwasiat atau kepada pemegang-pemegang amanah bagi sesuatu amanah yang diwujudkan di bawah wasiatnya;(b) pemindahmilikan aset di antara suami-isteri atau pemindahmilikan aset yang dipunyai oleh seorang perseorangan, oleh isterinya atau oleh seorang perseorangan bersesama dengan isterinya atau dengan seorang yang berkaitan kepada sesuatu syarikat (sama ada bermastautin di Malaysia atau tidak) yang dikawal oleh orang perseorangan itu, oleh isterinya atau oleh orang perseorangan itu bersesama dengan bagi suatu balasan terdiri daripada syer-syer dalam syarikat itu, atau bagi suatu balasan terdiri sebahagian besarnya daripada syer-syer dalam syarikat itu dan bakinya daripada bayaran wang;

Page 13: Cukai Keuntungan Harta Tanah

(c) perolehan-perolehan daripada atau pelupusan-pelupusan kepadaseorang nomini atau pemegang amanah yang bermastautin di Malaysia oleh seorang perseorangan atau isterinya atau oleh kedua-duanya sebagai berhak secara mutlak jika dibandingkan dengan nomini atau pemegang amanah itu;

(d) pemindahhakan atau pemindahmilikan sesuatu aset dengan cara sekuriti, atau pemindahmilikan sesuatu kepentingan atau hak yang masih ada dengan cara sekuriti mengenai atau ke atas sesuatu aset (termasuk pemindahmilikan semula apabila sekuriti itu ditebus);

(e) pemberian-pemberian kepada Kerajaan, satu Kerajaan Negeri, suatu pihak berkuasa tempatan atau suatu badan khairat yang dikecualikan daripada cukai pendapatan di bawah undang-undang cukai pendapatan;

(f) pelupusan aset akibat daripada pengambilan secara paksa di bawah mana-mana undang-undang; atau

(g) pelupusan mana-mana aset yang boleh dikenakan cukai menurut suatu skim kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara atau Suruhanjaya Sekuriti sebagai suatu skim yang mengikut prinsip Syariah, jika pelupusan itu menghendaki secara ketat bagi maksud mematuhi prinsip itu tetapi yang tidak dikehendaki bagi mana-man skim kewangan yang lain.

Page 14: Cukai Keuntungan Harta Tanah

Transaksi Yang Perlu Ditentukan Oleh Nilai Pasaran

Dalam Jadual 2 Perenggan 9, sesetengah-sesetengah transaksi yang perlu disifatkan sebagai mengikut nilai pasaran dan bukannya mengikut harga perolehan dan harga pelupusan adalah:

(a)jika dia memperolehi atau melupuskan aset itu dengan apa-apa cara apa-apa cara yang lain daripada cara tawaran yang dibuat

bebas dari pengaruh dan, khususnya, jika dia memperolehi atau melupuskannya dengan cara pemberian; atau(b)Jika dia memperolehi atau melupuskan aset itu kesemuanya atau sebahagiannya―

(i) bagi suatu balasan yang tidak dapat dinilaikan; atau(ii) berhubung dengan kehilangan jawatannya, pekerjaannya

atau pengurangan emolumennya sendiri atau kehilangan

jawatan, pekerjaan atau pengurangan emolumen orang lain; atau(iii) sebagai balasan bagi atau pengiktirafan tentang

perkhidmatannya atau perkhidmatannya yang lepas, atau perkhidmatan seorang lain atau perkhidmatan yang lepas seorang lain dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan atau tentang apa-apa perkhidmatan lain yang telah diberi atau akan diberi olehnya atau oleh seorang lain; atau

Page 15: Cukai Keuntungan Harta Tanah

(c) jika dia memperolehi sesuatu aset sebagai pemegang amanah bagi

sipiutang-sipiutang seseorang bagi membayar sepenuh atau sebahagian apa-apa hutang yang genap masanya untuk dibayar oleh orang itu atau jika dia memindahmilik sesuatu aset sebagai pemegang amanah bagi sipiutang-sipiutang seseorang kepada sipiutang-sipiutang itu membayar sepenuh atau sebahagian apa-apa hutang yang genap masanya untuk dibayar kepada sipiutang-sipiutang itu; atau

(d) jika dia memperolehi atau melupuskan sesuatu aset dalam suatu transaksi bagi memindahmilik perniagaan bagi suatu balasan wang pukal; atau

(e) jika seksyen 25(2) terpakai.

Page 16: Cukai Keuntungan Harta Tanah

Seksyen 25(2)

Ketua Pengarah, jika dia ada sebab bagi mempercayai bahawa sesuatu transaksi ada mempunyai kesan langsung atau tak langsung bagi―(a)mengubah beban cukai yang kena dibayar atau yang ditanggung oleh atau yang sebaliknya tetap telah kena dibayar atau ditanggung oleh seseorang;(b)melepaskan seseorang daripada apa-apa tanggungan yang telah timbul atau yang sebaliknya tetap telah timbul untuk membayar cukai atau membuat suatu penyata;(c)melarikan atau mengelakkan apa-apa duti atau tanggungan yang dikenakan atau yang sebaliknya tetap telah dikenakan ke atas mana-mana orang oleh Akta ini; atau(d)merintangi atau menghalang perjalanan kuatkuasa Akta ini dalam apa-apa hal,boleh tanpa menyentuh sahnya transaksi itu dalam sesuatu hal lain atau bagi sesuatu maksud lain, mengenepikan atau mengubah transaksi itu dan membuat apa-apa taksiran yang difikirkannya adil dan patut dalam halkeadaan itu.

Page 17: Cukai Keuntungan Harta Tanah

Peruntukan di bawah Perenggan 6(1), Jadual Kedua, Akta Keuntungan Harta Tanah 1976, kos sampingan bagi memperoleh atau melupus sesuatu aset hendaklah terdiri daripada perbelanjaan yang kesemuanya dan semata-mata dilakukan oleh pelupus bagi maksud memperoleh atau (mengikut mana yang berkenaan) melupuskan aset itu, ialah:

(i) Bayaran, kamsin atau saraan yang dibayar bagi perkhidmatan profesional seorang juruukur, penilai, akauntan, ejen atau penasihat undang-undang.

(ii) Kos pindah milik (termasuk duti setem)(iii) Mengenai perolehan, kos bagi iklan untuk mendapatkan seorang

penjual dan tertakluk kepada Perenggan Kecil (2), apa-apa bunga yang dibayar bagi modal yang digunakan untuk memperoleh aset itu, dan

(iv) Mengenai pelupusan, kos bagi iklan untuk mendapatkan seorang pembeli dan kos yang dilakukan secara munasabah bagi maksud akta ini bagi membuat apa-apa penilaian atau menentukan nilai pasaran.

Page 18: Cukai Keuntungan Harta Tanah

Mengikut peruntukan di bawah Perenggan 4, Jadual Kedua, Akta

Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, harga perolehan adalah

amaun atau nilai balasan dengan wang atau dengan nilai wang

yang diberi oleh atau bagi pihak pemunya kesemuanya dan

semata-mata bagi memperolehi aset itu (bersama dengan kos

Sampingan kepadanya mengenai perolehan itu).

Walau bagaimanapun, perkara di bawah hendaklah ditolak dalam

menentukan harga perolehan.

(i) Apa-apa jumlah wang yang diterima dengan cara pampasan ke atas apa-apa kerosakan atau bencana pada aset itu atau terhapusnya aset itu atau kerana apa-apa susutan atau risiko susutan aset itu;

(ii) Apa-apa jumlah wang yang diterima di bawah sesuatu polisi insurans bagi apa-apa kerosakan atau bencana pada kehilangan, kebinasaan atau susutan aset;

(iii) Apa-apa jumlah wang yang dilucut hak padanya, iaitu deposit yang diberi berhubung dengan pindah milik yang dicadangkan mengenai aset itu.

Page 19: Cukai Keuntungan Harta Tanah

Cara Bagi Mendapatkan Harga Perolehan

Harga Pembelian Harta Tanah

+

Kos sampingan bagi memperolehi harta tanah seperti fi peguam, agensi, duti setem dan sebagainya

Page 20: Cukai Keuntungan Harta Tanah

Mengikut peruntukan di bawah Perenggan 5, Jadual Kedua, Akta

Keuntungan Harta Tanah 1976, harga pelupusan ialah amaun atau

nilai balasan dengan wang, atau nilai wang bagi pelupusan sesuatu

aset itu selepas ditolak:

(i) Amaun apa-apa perbelanjaan yang kesemuanya atau semata-mata dilakukan ke atas aset itu pada bila-bila masa selepas ia diperoleh oleh atau bagi pihak pelupus bagi maksud menaikkan atau mengekalkan nilai aset itu, iaitu perbelanjaan yang dicerminkan oleh keadaan atau jenis aset itu pada masa ia dilupuskan.

(ii) Amaun apa-apa perbelanjaan yang kesemuanya atau semata-mata dilakukan ke atas aset itu pada bila-bila masa selepas pelupus memperoleh aset itu dengan memastikan, mengekalkan atau mempertahankan hak milik terhadap aset itu, atau terhadap suatu hak ke atas aset itu.

(iii) Kos sampingan kepada pelupus bagi melakukan pelupusan.

Page 21: Cukai Keuntungan Harta Tanah

Mengikut peruntukan di bawah Seksyen 7(1), Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, jika sesuatu aset yang boleh dikenakan cukai dilupuskan, maka:

(i) Jika harga lupusannya itu lebih daripada harga perolehan, maka terdapatlah suatu keuntungan yang boleh dikenakan cukai;

(ii) Jika harga lupusannya itu kurang daripada harga perolehan, maka terdapatlah suatu kerugian yang boleh dibenarkan; dan

(iii) Jika harga lupusannya itu sama dengan harga perolehan, maka tidaklah terdapat sama ada keuntungan yang boleh dikenakan cukai ataupun kerugian yang boleh dibenarkan.

Page 22: Cukai Keuntungan Harta Tanah

Cara Bagi Mendapatkan Keuntungan Bercukai

Keuntungan Bercukai

=

Harga Pelupusan – Harga Perolehan

Cara Mendapatkan Cukai Keuntungan Yang Perlu Dibayar

Keuntungan Bercukai

X

Kadar Cukai Yang Dikenakan

Page 23: Cukai Keuntungan Harta Tanah

Pelupusan Yang Dibuat Oleh Pemegang Amanah

Peruntukan Perenggan 15B , Jadual Kedua, Akta Cukai

Keuntungan Harta Tanah 1976 menjelaskan apabila sesuatu aset

bagi pemilik aset yang telah meninggal dunia dilupuskan oleh

pemegang amanah, tarikh perolehan aset adalah pada tarikh

pemilik tersebut meninggal dunia.

Harga perolehan aset bagi pemegang amanah adalah dianggap

sama dengan nilai pasaran bagi tujuan duti harta pusaka, iaitu

nilai pasaran pada tarikh kematian.

Page 24: Cukai Keuntungan Harta Tanah

Dalam seksyen 9,Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah telah

mencatatkan pengecualian terhadap cukai tersebut iaitu:

1) Keuntungan yang dinyatakan dalam Jadual 4 hendak dikecualikan.

2) Dewan Rakyat boleh memotong mana-mana butiran dalam Jadual 4 atau menambah apa-apa butiran.

3) Menteri boleh dengan perintah statutpro mengecualikan mana-mana golongan daripada peruntukan akta ini.

4) Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subsekyen 3 hendaklah dibentangkan dalam Dewan Rakyat.

Page 25: Cukai Keuntungan Harta Tanah

1. Keuntungan yang terakru mengenai pelupusan sesuatu aset yang boleh dikenakan sebelum tarikh mula berkuatkuasa akta ini.

2. Sesuatu amaun sebanyak RM10000(selepas pindaan bujet 2010 ) atau 10% daripada keuntungan yang boleh dikenakan cukai, mengikut mana yang lebih besar mengenai sesuatu keuntungan yang boleh dikenakan cukai.

3. Keuntungan yang terakru kepada kerajaan,sesuatu kerajaan negeri atau sesuatu pihak berkuasa tempatan.

4. Sesuatu keuntungan sama banyak dengan amaun duti harta pusaka jika Ketua Pengarah adalah berpuas hari bahwa pelupus terpaksa melupuskan harta itu membayar duti harta pusaka.

Page 26: Cukai Keuntungan Harta Tanah

TERIMA KASIH.TERIMA KASIH.