nota teks pengacara majlis

8

Click here to load reader

Upload: vener-js

Post on 22-Nov-2015

709 views

Category:

Documents


37 download

DESCRIPTION

Bahasa melayu

TRANSCRIPT

Pengacara majlisDefinisi - Pengacara ialah individu yang mengendalikan perjalanan acara-acara sesuatu, persembahan atau pertujukkan. - Pengacara majlis juga disebut sebagai juruacara yang merujuk kepada orang yang meminpim sesuatu majlis. -Majlis ialah perjumpaan yang mengumpulkan orang ramai atau sesuatu keramaian yang diadakan untuk sesuatu tujuan.

Tempat - majlis anugerah cemerlang, hari penyampaian diploma dan sijil , hari guru , majlis makan malam, sambutan ulang tahun perkahwinan majlis persaraan dan sebagainya. Pengacara majlis berperanan untuk memudahkan kelangsungan majlis mengikut atur cara yang ditetapkan oleh pengajur. Pengacara majlis ialah orang pertama yang tampil ke hadapan untuk memberikan pembuka kata dan memperkenalkan satu-satu majlis itu. Pengacara majlis dapat menjalankan tugasnya dengan lancar jika atur cara majlis disusun dengan sempurna. Buku atur cara majlis menjadi panduan penting kepada pengacara majlis.

Majlis rasmi (majlis formal)Jenis majlis :

Mempunyai peraturan tertentu Seperti peraturan undangan tempat yang ditentukan, sistem panggilan , peraturan pakaian, sambutan tetamu, tempat dudk dalam majlis dan sebagainya. sistem protokol yang lebih ketat dan terperinci. Cth : Majlis penganugerahan pingat, majils sambnutan kermedekaan Malaysia, majlis pertunangan atau perkahwinan kerabat diraja, majlis pertabalan dan sebagainya. 2 taraf hadirin iaitu raja-raja yang memerintah dan raja muda atau tengku mahkota manakala hadirin kedua pemimpin-peminpin peringkat menteri, orang-orang kenamaan, ketua-ketua jabat dan sebagainya. pengacara majlis rasmi tugasnya lebih mencabar dan memerlukan orang yang berpengalaman. pengacara majlis mempunyai skrip yang telah disediakan terlebih dahulu serta disemak dan diedit sebaik mungkin. Majlis separuh rasmi (majlis separuh formal) Majlis yang tidak melibatkan barisan orang kenamaan yang ramai Hanya mempunyai satu taraf hadirin sahaja, iaitu tetamu yang hadir dalam majlis ini terdiri daripada peminpin-peminpin yang berpangkat menteri, orang-orang kenamaan, pegawai-pegawai tinggi kerajaan atau swasta. Cth: masjlis perasmian, majlis penyampaian anugerah perkhidmatan, majlis pemyampaian sijil atau diploma, majlis perkahwinan, majlis persaraan dan sebagainya. Pengacara majlis harus mematuhi atur cara majlis sepenuhnya serta menggunakan tatabahasa yang betul dan laras bahasa yang sesuaian.

Majlis tidak rasmi (majlis tidak formal)

Tidak formal iaitu longgor dari segi peraturan pakaian, ucapan, sistem panggilan, tempat duduk tetamu dan sebagainya. Cth: majlis sukan, majlis perhimpunan, majlis peyampaian hadiah, majlis pertandingan, majlis hari keluarga, majlis hari keluarga, majlis jamuan akhir tahun, majlis hari jadi dan sebagainya. pengacara majlis boleh bercakap secara spontan dan dibenarkan menggunakan ayat-ayat yang biasa. pengacara majlis dibenarkan menyelitkan unsur-unsur kecindan ( jenaka ). Majlis yang terdapat di negara Malaysia:1. Majlis penuh istiadatMajlis yang diadakan seperti istiadat pertadbiran, istiadat penganugerahan darjah kebesaran negeri, pembukaan rasmi sidang penggal perlimen, pakaian bagi menghadiri majlis ini ialah pakaian istiadat atau pakaian rasmi kerajaan.2. Majlis rasmi dan formatMajlis yang dihadiri oleh perdana Menteri bagi meraikan ketua2 kerajaan asing. Majlis ini dianjur oleh kerajaan seperti konvensyen dan seminar.3. Majlis rasmi tetapi tidak formatMajlis yang diadakan oleh kerajaan dan tidak mematuhi protokol sepunuhnya seperti majlis jamuan teh oleh perdana menteri.4. Majlis tidak rasmi tetapi formatMajlis anjuran swarta yang mematuhi protokol dan melibatkan menteri seperti perasmian bangunan, pecah tanah dan pertujukkan.5. Majlis tidak rasmi dan tidak formalMajlis yang diadakan oleh sesuatu organisasi sepert jamuan akhir tahun.Ciri-ciri pengacara majlis ciri-ciri yang patut dipertimbangkan untuk menjadi pengacara majlis, antaranya :1. Pengacara majlis yang berkebolehan ( petah bercakap ), tidak kekok tampil kehadapan dan mampu berkomunikasi dengan yakin ( intonasi yg baik ).2. peka dengan situasi majlis termasuk sebarang perubahan yang bakal berlaku pada saat2 akhir.3. Sentiasa bersedia untuk mengumumkan dari memaklumkan apa2 perubahan mengikut urutan majlis.4. *Mempunyai suara yang jelas, ceria dan dapat menghidupkan suasana.*5. Seorng yang kreatif dan mampu melahirkan ujaran yang spontan sekiranya terdesak.6. Pengacara majlis tidak kaku dan jangan membicarakan hal2 yang keterlaluan.7. Sering yang keterampilan dan boleh membezakan antara majlis rasmi, separuh rasmi dan tidak rasmi.8. Tahu menyusun pengucapan yang bertatasusila mengikut prosedur dan etika sosial.Contoh skrip pengacara majlis :MasaAktiviti ( cue )Teks ( ann )

9.00 pagiPengacara majlis membuat pengumuman utk para hadirin mengambil tempat.Sila ambil perhatian1. Para hadirin dipersilakan mengambil tempat duduk masing2 / kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.2. Hadirin juga diingatkan / agar tidak berdiri / semasa para graduan dan para pensyarah / masuk ke dewan.

9.05 pagiPengacara majlis membuat pengumuman tatasusila majlis kepada hadirinUntuk makluman tuan2 dan puan2 berikut dibaca beberapa pengumuman1. Para hadirin dilarang keluar masuk dewan, khususnya semasa majlis sedang berjalan.2. Saya memohon kerjasama agar tidak membuat bising atau berbual- bual, semasa majlis sedang berlansung.3. Sila matikan telefon bimbit anda atau tukarkan ke mod senyap.

9.10 pagiPengacara majlis mengumumkan perarakan masuk Pengumunkan perarakan konvensyen masuk ke dewan

9.15 pagiPengacara majlis mengumuman ketibaan ke bawah DYPM tunku pemangku raja dan DYMM raja puan muda dan dif-dif terhormatPerarakan Buli Yang Maha Mulia / Tuanku Pemangku Raja Perlis / Dan Duli Yang Teramat Mulia / Raja Puan Muda Perlis / Masuk Ke Dewan.

9.20pagiPengacara majlis memulakan acara

Jika majlis dihadiri raja maka pengacara perlu merafakBismillah..............Assalamualakum arh dan salam satu malaysiaAlmandullilah.......................Ampun tuanku Mengadap ke bawah DYMM / tuanku pemangkin raja perlis / dan duli yang teramat mulia / raja puan muda perlisSeterusnya patik bagi pihak majlis / memohon amppun dan limpah perkenan / ke bawah duli tuanku / untuk meneruskan aturcata majlis / pada pagi ini.

9.25pagiPengacara majlis mangalu-galukan kedatangan tetamu terhormat.Yang amat berhormat / dato seri mat isa bin sabu / menteri besar perlis / dan puan seri :

Yang berhormat / tuan hj che sulaiman bin safie / spearker dewan undangan negeri perlis / :.....................Tan sri tan sri, puan sri puan sri,Datuk-datuk dan datin-datin.......Para pensyarah.....Para Graduan...............Dan seterusnya para hadirin..

Terlebih Dahulu / Marilah Bersama-Sama Kita Panjatkan Rasa Kesyukuran / Ke Hadrat Allah S.W.T / Atas Limpah Kurnia / Dan Keizinan Nya / Dapat Kita Berkumpul

9.35PENGACARA MAJLIS MEMPER-SILAKAN INDIVIDU UNTUK PEMBACAAN DAOhadirin sekalaian. agar majlis pada pagi ini memperoleh barakan dan rahmat dari illahi, majlis dengan sukacitanya mempersilakan al-fadzil ustaz zulkarrain bin mohd untuk mengetuai bacaan doa.Majlis dengan sukacitanya mempersilaakn.

9.40 pagiPengacara majlis mengucapkan.Majlis mengucapakan jutaan terima kasih / atas bacaan doa / itu tadi.

9.45Pengacaar majlis mempersilakan penganjur untuk memeberikan ucapan alu-alukan.Tuan-tuan, puan-puan dan hadirin yang dihormati sekalian.Majlis diteruskan dengan mempersilakan yang berusaha Encik ariffin Bin Yanya. Pengarah/ institut pendidikan guru kampus perlis / untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.Majlis dengan segala hormatnya/ memepersilakan.

9.50Pengacara majlis mengucapakan terima kasih.Majlis merakamkan terima kasih kepada tuan pengarah atas ucapan itu tadi.

9.55Pengacara majlis menjemput di-kehormat untuk memberikan ucapan perasmian majlis.

(titah akan dibacakan oleh individu yang terpilh)Hadirin yang dihormati sekalian.

Sekarang tibalan masanya/ kita mendengar/ dan menghayati titah/ ke bawah duli yang maha mulia/ tuanku pemangku raja perlis.

Untuk itu, majlis dengan penuh takimnya/ memepersilakan / yang berusaha encik Ariffin Bin yahya. Pengarah/institut pendidikan guru kampus perlis/ untuk menyampaikan titah ucapan dan seterusnya menempurnakan perasmian/ majlis konvokesyen/ yang ke-8.

Majlis mengucapan terima kasih atas titah ucapan/ duli yang mana mulia/ sebentar tadi.

10.05pagiPengacara majlis menjemput hadirin untuk menyaksikan persembahan.Hadirin yang dihormati sekalian majlis diteruskan dengan mempersilakan kumpulan koir institut pendidikan guru. Malaysia kampus perlis untuk memepersembahkan guru tema iaitu hadapi cabaran. Lagu dan lirik ciptaan en. Megat mahd ainuddin bin mohd.Majlis dengan segala hormatnya. Memepersilakan.

10.10 pagiPengacara majlis mengucapakan terima kasih.Majlis mengucapakan terima kasih atas persembahan koir IT tadi.

10.15 pagiPengacara menggunakan acara dimulakan.Hadirin yang dihormati sekalian./

Sebelum majlis penganugerahan dapat disempurnakan./ majlis dengan segala hormatinya/ memepersilakan/ yang berusaha dr. Hamzah bin ehsan./ timbalan pengarah / institut pendidikan guru kampus perlis/ untuk membacakan perisytiharan konvokesyen.

Majlis dengan sukacitanya/ mempersilakan.

10.20 pagiPengacara menjemput dif kehormat untuk mengiringi duli yang Maha Mulia untuk mengurniakan anugerah.Ampun tuanku.Dengan sukacintanya majlis sekali lagi mempersilakan yang berusaha encik ariffin bin yahya. Pengarah institut pendidikan guru kampus perlis/untuk menghadap dan memohon limpah perkenan/ ke bawah duli yang maha mulia tuanku/ untuk menganugerah diploma perguruan/ kepada pada graduan.

Ampun tuanku.Dimulai dengan pengkhususan...........

10.25 pagi Pengacara mengumumkan acara penyampaian cendera-mata.Ampun tuanku(3x)Seterusnya ,/ majlis dengan segala hormatnya/ memepersilakan/ yang berusaha encik ariffin Bin Yahya pengarah institut pendidikan guru kampus perlis/ merafak sembah/ dan seterusnya/ menyembahkan cenderamata / kepada ke bawah duli yang maha mulia/ tuanku pemangku raja perlis.

Majlis memepersilakan.

10.30 pagiPengacara majlis memeper-silakan penganjur untuk menang- guhkan / menamatkan majlis.Seterusnya,/upacara pengisytiharan penangguhan konvokesen/ perlis kali ke-enam.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya/ sekali lagi memepersilakan / yang berusaha/ dr. Hamzah bin ehsan./ timbalan pengarah/ institut pendidikan guru kampus perlis/ untuk membacakan perisytiharan/ penangguhan konvensyen. Majlis persembahan.

10.35 pagiPengacara majlis menjemput dif-dif kehormat ke dalam santapan dan pengacara majlis memepersilakan hadirin ke khemah jamuan.Seterusnya majlis mempersilakan jemputan khas para graduan dan hadirin sekalian ke khemah tahun.

11.00 pagiPengacara majlis menutup majlis dengan memeberikan salam.Sekian wabillahi taufiq walhidayah assalamulaikum wrh wbh-majlis bersurai./Sekian terima kasih- majlis bersurai