nota tawassul

4
8/8/2019 nota tawassul http://slidepdf.com/reader/full/nota-tawassul 1/4 Scribd K ami, kami pernah bertawassul (meminta hujan) dengan (perantaraan) Nabimu, maka Engkau menurunkan hujan, kini, kami bertawassul dengan bapa saudara Nabimu (Al- Abbas), maka turunkanlah hujan kepada kami". Hadis ini jelas menunjukkan bahawa, keharusan berdoa dengan orang-orang soleh selain daripada bertawassul dengan Rasulullah s.a.w.. Adapun Ibn Taimiyah menggunakan hadis ini untuk membela pendapat beliau bahawa, tawassul kepada Rasulullah s.a.w. tidak dibolehkan selepas kewafatan Baginda s.a.w. kerana Saidina Umar tidak bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. lagi setelah ketiadaan Baginda s.a.w. dalam hadis tersebut. Kefahaman Ibn Taimiyah mengenai hadis tersebut disanggah oleh ramai para ulama yang muktabar. Hal ini kerana, telah terbukti di dalam hadis yang lain, di mana para sahabat masih lagi bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. setelah kewafatan Baginda s.a.w., seperti yang dinukilkan oleh Shiekh Syed Muhammad Alawi Al-Maliki. Menurut Sheikh Syed Muhammad Alawi Al-Maliki lagi, Saidina Umar r.a. tidak bertawassul kepada Allah dengan Rasulullah s.a.w. untuk meminta hujan dalam hadis tersebut untuk menjelaskan bahawa, kita boleh bertawassul dengan selain daripada Rasulullah s.a.w. Saidina Umar tida bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. dalam perkara meminta hujan kerana hujan merupakan rahmat dan keperluan bagi yang masih hidup, bukan bagi yang telah tiada. Maka, Saidina Umar bertawassul dengan Al-Abbas kerana Al-Abbas masih lagi hidup, dan beliau (Al-Abbas) berhajat juga kepada air pada musim kemarau tersebut. Jadi kefahaman Saidina Umar r.a. dalam situasi tersebut, menyebabkan beliau bertawassul kepada Allah s.w.t. dengan kedudukan Al-Abbas di sisi Allah s.w.t. kerana pada ketika itu, Saidina Al-Abbaslah memerlukan air dari hujan, berbanding dengan Rasulullah s.a.w. yang telah wafat pada ketika itu, yang tidak berhajat kepada hujan. Maka, beliau meminta belas kasihan Allah s.w.t. dengan kedudukan Al-Abbas yang juga masih hidup dan memerlukan hujan pada ketika itu. Maka, Saidina Umar r.a. bertawassul dengan Saidina Al-Abbas di hadapan Allah s.w.t. untuk menagih simpati Allah s.w.t. supaya menurunkan hujan, dan memberi minum umat Islam yang masih hidup termasuklah kekasih Allah dan Rasulullah s.a.w., Al-Abbas, bukan kerana tidak boleh bertawassul kepada Rasulullah s.a.w. setelah kewafatan Baginda s.a.w. Dalil yang lain tentang keharusan bertawassul dengan orang-orang soleh, seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Majah r.a., tentang doa sewaktu keluar dari rumah menuju solat, iaitu "Wahai Tuhanku, aku meminta kepada-Mu, dengan hak orang-orang yang berjalan (di atas jalan) menujumu, dengan hak orang yang berjalan ini… maka jauhilah kami dari azab neraka…" (Hadis riwayat Ibn Majah) Al-Hafiz Abu Hasan mengatakan, hadis ini, hadis hasan. Berdasarkan hadis-hadis tersebut, jelaslah bahawa, berdoa kepada Allah dengan perantaraan Rasulullah s.a.w., para solihin dan sebagainya, dibenarkan di dalam Islam. Ini kerana, tawassul tidak ada kaitan dengan aqidah, kerana, setiap orang yang bertawassul, hanya menyakini, hanya Allah s.w.t. lah yang mampu memberi manfaat dan kemudaratan

Upload: sioux1722

Post on 09-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: nota tawassul

8/8/2019 nota tawassul

http://slidepdf.com/reader/full/nota-tawassul 1/4

Scribd

K ami, kami pernah bertawassul (meminta hujan) dengan (perantaraan) Nabimu, makaEngkau menurunkan hujan, kini, kami bertawassul dengan bapa saudara Nabimu (Al-Abbas), maka turunkanlah hujan kepada kami".

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa, keharusan berdoa dengan orang-orang soleh

selain daripada bertawassul dengan Rasulullah s.a.w.. Adapun Ibn Taimiyah menggunakanhadis ini untuk membela pendapat beliau bahawa, tawassul kepada Rasulullah s.a.w. tidakdibolehkan selepas kewafatan Baginda s.a.w. kerana Saidina Umar tidak bertawassuldengan Rasulullah s.a.w. lagi setelah ketiadaan Baginda s.a.w. dalam hadis tersebut.

Kefahaman Ibn Taimiyah mengenai hadis tersebut disanggah oleh ramai paraulama yang muktabar. Hal ini kerana, telah terbukti di dalam hadis yang lain, di mana parasahabat masih lagi bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. setelah kewafatan Baginda s.a.w.,seperti yang dinukilkan oleh Shiekh Syed Muhammad Alawi Al-Maliki.

Menurut Sheikh Syed Muhammad Alawi Al-Maliki lagi, Saidina Umar r.a. tidakbertawassul kepada Allah dengan Rasulullah s.a.w. untuk meminta hujan dalam hadis

tersebut untuk menjelaskan bahawa, kita boleh bertawassul dengan selain daripadaRasulullah s.a.w.

Saidina Umar tida bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. dalam perkara memintahujan kerana hujan merupakan rahmat dan keperluan bagi yang masih hidup, bukan bagiyang telah tiada. Maka, Saidina Umar bertawassul dengan Al-Abbas kerana Al-Abbas masihlagi hidup, dan beliau (Al-Abbas) berhajat juga kepada air pada musim kemarau tersebut.Jadi kefahaman Saidina Umar r.a. dalam situasi tersebut, menyebabkan beliau bertawassulkepada Allah s.w.t. dengan kedudukan Al-Abbas di sisi Allah s.w.t. kerana pada ketika itu,Saidina Al-Abbaslah memerlukan air dari hujan, berbanding dengan Rasulullah s.a.w. yangtelah wafat pada ketika itu, yang tidak berhajat kepada hujan. Maka, beliau meminta belas

kasihan Allah s.w.t. dengan kedudukan Al-Abbas yang juga masih hidup dan memerlukanhujan pada ketika itu.

Maka, Saidina Umar r.a. bertawassul dengan Saidina Al-Abbas di hadapan Allahs.w.t. untuk menagih simpati Allah s.w.t. supaya menurunkan hujan, dan memberi minumumat Islam yang masih hidup termasuklah kekasih Allah dan Rasulullah s.a.w., Al-Abbas,bukan kerana tidak boleh bertawassul kepada Rasulullah s.a.w. setelah kewafatan Bagindas.a.w.

Dalil yang lain tentang keharusan bertawassul dengan orang-orang soleh, sepertiyang diriwayatkan oleh Ibn Majah r.a., tentang doa sewaktu keluar dari rumah menuju solat,iaitu "Wahai Tuhanku, aku meminta kepada-Mu, dengan hak orang-orang yang berjalan (di

atas jalan) menujumu, dengan hak orang yang berjalan ini… maka jauhilah kami dari azabneraka…" (Hadis riwayat Ibn Majah) Al-Hafiz Abu Hasan mengatakan, hadis ini, hadishasan.

Berdasarkan hadis-hadis tersebut, jelaslah bahawa, berdoa kepada Allah denganperantaraan Rasulullah s.a.w., para solihin dan sebagainya, dibenarkan di dalam Islam. Inikerana, tawassul tidak ada kaitan dengan aqidah, kerana, setiap orang yang bertawassul,hanya menyakini, hanya Allah s.w.t. lah yang mampu memberi manfaat dan kemudaratan

Page 2: nota tawassul

8/8/2019 nota tawassul

http://slidepdf.com/reader/full/nota-tawassul 2/4

kepada mereka. Tawassul cuma suatua kaedah, diantara pelbagai kaedah-kaedah dalamberdoa kepada Allah s.w.t.

Rahsia kaum sufi dalam persepsi TawassulAda juga di kalangan masyarakat awam yang terkeliru dengan dakwaan Wahhabi,

yang mengatakan bahawa, tawassul kepada Allah dengan para masyaikh seperti yangdilakukan oleh golongan sufi adalah syirik.

Sebenarnya, berdasarkan dalil-dalil yang dijelaskan sebelum ini, menunjukkankepada kita bahawa, tawassul merupakan ajaran Islam. Tawassul bukanlah berertimenyembah selain daripada Allah s.w.t., tetapi tawassul merupakan salah satu kaedahberdoa kepada Allah s.w.t., dan salah satu simbol adab kita di hadapan Allah s.w.t.

Para sufi yang berpegang teguh dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah memahamimakna tawassul dan rahsia disebalik tawasssul. Ia bukanlah bermakna, kita berdoa kepadaselain Allah s.w.t., kerana tawassul dalam Islam hanya sekadar menggunakan kedudukanseseorang di sisi Allah, dalam berdoa kepada Allah s.w.t.

Persoalannya, mengapakah kita perlu menggunakan kedudukan orang lain antarakita dengan Allah s.w.t, sedangkan Allah s.w.t. menegaskan bahawa, tiada sempadanantara kita dengan Tuhan?

Tawassul bukanlah sempadan antara kita dengan Tuhan. Tawassul bukanlahperantaraan dalam pengabdian kita kepada Tuhan. Tawassul sekadar kaedah berdoa yangdiajarkan oleh Rasulullah s.a.w., kepada Allah s.w.t., dengan menjadikan kedudukanseseorang di sisi Allah s.w.t., supaya Allah s.w.t. menerima hajat kita.

Tetapi, tanpa tawassul juga, tidak menafikan bahawa Allah s.w.t. mampumenunaikan hajat kita. Malah, tawassul juga tidak mewajibkan Tuhan menunaikan hajat kita.Samada kita bertawassul dengan seseorang atau tidak, doa kita tetap sampai kepada Allahs.w.t. selagi kita ikhlas dalam berdoa, dan terserah kepada Allah s.w.t. untuk menunaikanhajat kita atau tidak.

Adapun di sisi para sufi, tawassul merupakan suatu simbol adab kita di hadapanAllah s.w.t.. Kita berdoa, misalnya, "wahai Tuhanku, dengan kedudukan Sheikhku di sisi-Mu,ampunkanlah aku."

Mengapa para sufi menganggap tawassul ialah adab kita di hadapan Allah s.w.t.. Inikerana, para sufi merasakan diri mereka sangat hina dan kerdil di hadapan Allah s.w.t., danmereka teramat malu untuk mengadap Allah s.w.t. dengan dosa mereka yang menggunung,kemudian meminta pula daripada Tuhan untuk menunaikan hajat kita, sedangkan kitaempunya dosa yang menggunung di hadapan Allah s.w.t.

Maka, para sufi merasa tidak layak untuk mengharapkan agar Allah s.w.t.menunaikan hajat mereka, sedangkan mereka juga yakin Allah s.w.t. Maha Pemurah lagiMaha Penyayang. Namun, rasa rendah diri mereka di hadapan Allah s.w.t. membuatkanmereka bertawassul dengan orang-orang yang mempunyai kedudukan di sisi Allah, menurutprasangka mereka.

Seolah-olah, lafaz doa mereka di hadapan Allah s.w.t., Ya Allah, aku begitu hina dihadapan-Mu. Aku tidak layak untuk menghadap-Mu dengan tubuh badan yang diselaputi

Page 3: nota tawassul

8/8/2019 nota tawassul

http://slidepdf.com/reader/full/nota-tawassul 3/4

maksiat dan dosa ini. Namun, Engkau Maha Penyayang dan Maha Pengampun, tetapiEngkau juga Maha Adil. Jika Engkau membenci aku sekalipun dengan kemaksiatanku, maka

ampunilah dosaku dengan hak para guruku yang berkedudukan di sisi-Mu. Ampunilahaku kerana aku juga umat kekasih-Mu Muhammad s.a.w. Aku juga anak murid kepadaSheikh Fulan bin Fulan yang aku rasakan mempunyai kedudukan di sisimu. Maka,ampunilah aku dengan kedudukan mereka di sisi-Mu."

Lihatlah, inilah makna sebenar tawassul dalam berdoa, iaitu beradab kepada Allahs.w.t. Siapalah kita untuk merasa besar dan hebat di sisi Allah s.w.t. Jika seseorang itumerasa kerdil di hadapan seorang raja sekalipun, dia akan mencari seseorang yangmempunyai kedudukan yang dekat di sisi raja tersebut, sebagai perantaraan untuk bertemuraja tersebut melalui orang tersebut. Jadi, bagaimana pula dengan orang yang merasa kerdildi hadapan Allah s.w.t., salahkah dia mengunakan kedudukan seseorang di sisi Allah s.w.t.untuk berhadapan dengan Allah s.w.t.?

Maka, tawasssul hanyalah sekadar adab dalam berdoa kepada Allah s.w.t., keranamerasa diri kita kerdil dan hina di sisi Allah s.w.t. Bukankah Allah s.w.t. memberitahu kepada

kita tentang betapa hinanya kita di hadapan Allah s.w.t. dengan firman-Nya "kamu semuafuqoro' (faqir) di hadapan Allah"?

Bagi para sufi juga, mereka berdoa kepada Allah s.w.t. juga bukanlah keranamereka inginkan sesuatu hajat, atau minta kepada Allah s.w.t. sesuatu hajat, tetapi merekaberdoa kerana Allah s.w.t. yang menyuruh mereka berdoa, dan menjadikan doa itu ialahsalah satu simbol ibadah kepada Allah s.w.t. Jika tidak, nescaya mereka tidak berdoakepada Allah s.w.t. kerana mereka faham dan yakini bahawa, Allah s.w.t. Maha Mengetahuihajat kita walaupun kita tidak memberitahu kepada-Nya dengan doa tersebut. Jadi, doa itusendiri bagi para sufi, ialah untuk menunjukkan rasa rendah diri kita kepada Allah s.w.t.,kerana meminta-minta merupakan suatu sifat yang hina, maka berdoa dan meminta di

hadapan Allah s.w.t. merupakan adab dan simbol rendah diri kita di depan Allah s.w.t.Mereka tidak berdoa kerana menginginkan sesuatu, tetapi mereka berdoa juga untukmerendahkan diri mereka kepada Allah s.w.t., kerana mereka yakin Allah s.w.t. MahaMengetahui tentang hajat kita, tanpa perlu kita memberitahunya.Maka, kefahaman para sufi dalam masalah doa dan tawassul merupakan mutiarayangterang dan jelas tentang aqidah mereka yang utuh dan mantap kepada Allahs.w.t.

Jadi, tawassul kepada Allah s.w.t. dalam pengertian ini, bukanlah suatu perkarayang syirik ataupun boleh membawa kepada syirik. Golongan yang cuba mengharamkantawassul yang merupakan ajaran Islam, semata-mata kerana takut umat Islam akan

menyembah selain daripada Allah s.w.t. dan melakukan syirik dengan menyembah para walidan berdoa kepada selain Allah s.w.t., merupakan suatu usaha yang batil dan melampui. Inikerana, perjuangan mereka berdasarkan su'uk adhon (buruk sangka) terhadap umat Islamyang bertawassul.

Mereka cuba membuang tawassul yang merupakan adab dalam berdoa yangdiajarkan oleh Rasulullah s.a.w., semata-mata kerana takut umat Islam jatuh ke jurang syirik,adalah tidak berasas sama sekali.

Page 4: nota tawassul

8/8/2019 nota tawassul

http://slidepdf.com/reader/full/nota-tawassul 4/4

Rasulullah s.a.w. sediri tidak takut umat Baginda s.a.w. kembali syirik danmenyembah selain daripada Allah s.w.t., kerana perkara tersebut tidak akan berlaku dalamumat Islam.Renungilah hadis ini:

Seorang sahabat bernama Syaddad bin Aus bertanya kepada Rasulullah s.a.w.,

"apa yang menyebabkan aku lihat pada mukamu (iaitu kemuraman)?" Rasulullah s.a.w.menjawab: "aku memikirkan tentang perkara yang paling aku takut, yang akan berlaku padaumatku, setelah ketiadaanku". Syaddad bertanya: " Apakah yang akan berlaku?" Rasulullahs.a.w. menjawab: "Syirik dan syahwat yang tersembunyi". Syaddad bertanya lagi: " WahaiRasulullah, adakah umat kamu akan kembali mempersekutukan Allah setelahketiadaanmu?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Syaddad…mereka tidak akan menyembahmatahari, bukan, berhala dan batu, tetapi (yang aku takut ialah) mereka riya' dalam amalanmereka" Syaddad bertanya lagi, "adakah riya' itu syirik?" Rasulullah s.a.w. menjawab, "ya".Syaddad bertanya lagi: "apa pula syahwat yang tersembunyi itu?" Rasulullah s.a.w.menjawab: "seseorang berpuasa pada waktu paginya, kemudian, apabila timbul keinginan

syahwat kepada dunia, dia aka membuka puasanya". (Hadis riwayat Ahmad dan Al-Hakim,dan hadis ini sahih dari sudut sanadnya).

Oleh itu, tawassul bukanlah pintu kepada syirik jika kita memahami tawassulhanyalah sekadar adab dalam berdoa kepada Allah s.w.t. Ini kerana, syirik tidak akankembali ke dalam jiwa umat Islam, kerana perkara tersebut dinafikan sendiri olehRasulullah .s.a.w. Apa yang ditakuti hanyalah syirik kecil, iaitu penyakit riya' dalamberibadah, di kalangan umat Islam.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita dan membantu kita untuk ikhlas dalampengabdian kita kepada-Nya. Isu tawassul ini merupakan suatu isu yang tidak perlu menjadititik perpecahan umat Islam, kerana ianya masalah khilafiyah, dan tidak ada kaitan dengan

aqidah. Ikutilah pendapat majoriti ulama' Islam yang membenarkan tawassul denganRasulullah s.a.w. dan para solihin kerana hujah mereka amat kuat daripada Sunnah.Semoga Allah membantu kita semua dalam menghirup secebis keredhaan danrahmat-Nya.Al-Faqir ila Allah…Raja Ahmad Mukhlis bin Raja JamaludinAl-Azhar…Mesir…