nota taranum 6

11
PENGENALAN Secara umum, di antara tujuh seni tarannum yang kita pelajari dalam kursus ini, Tarannum Rast merupakan lagu yang paling popular di kalangan para QurraÊ. Dalam kebanyakan bacaan para QurraÊ dunia, khususnya para QurraÊ dari seluruh negara Arab, biasanya mereka tidak ketinggalan untuk menyelitkan tarannum Rast sebagai salah satu irama dalam bacaan mereka. Ini kerana sifatnya yang bertindak sebagai pemanas bacaan, boleh menarik perhatian para pendengar untuk memberi tumpuan kepada Qari atau Qariah yang memperdengarkan bacaan al-Quran. Menariknya, tarannum ini bukan hanya sekadar digunakan dalam bacaan bertarannum, akan tetapi ia juga digunakan oleh kebanyakan para imam dalam bacaan solat dan juga para muazzin ketika melaungkan azan. Oleh itu, ia adalah sebuah tarannum yang tidak asing lagi dipraktikkan secara langsung dan tidak langsung di kalangan masyarakat umum. HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan tentang sejarah tarannum Rast, sifat-sifat dan peranannya di dalam bacaan al-Quran; 2. Menerapkan tarannum Rast di dalam surah-surah yang mengandungi Mad ÂAridh Lissukun, Mad ÂIwad dan yang tidak mengandungi mad di kepala ayat; dan 3. Mengaplikasikan tarannum-tarannum yang sesuai diwaslahkan dengan Rast. T T o o p p i i k k 6 6 Tarannum Rast

Upload: fadil

Post on 05-Jul-2015

863 views

Category:

Documents


29 download

TRANSCRIPT

Page 1: nota taranum 6

PENGENALAN

Secara umum, di antara tujuh seni tarannum yang kita pelajari dalam kursus ini, Tarannum Rast merupakan lagu yang paling popular di kalangan para QurraÊ. Dalam kebanyakan bacaan para QurraÊ dunia, khususnya para QurraÊ dari seluruh negara Arab, biasanya mereka tidak ketinggalan untuk menyelitkan tarannum Rast sebagai salah satu irama dalam bacaan mereka. Ini kerana sifatnya yang bertindak sebagai pemanas bacaan, boleh menarik perhatian para pendengar untuk memberi tumpuan kepada Qari atau Qariah yang memperdengarkan bacaan al-Quran. Menariknya, tarannum ini bukan hanya sekadar digunakan dalam bacaan bertarannum, akan tetapi ia juga digunakan oleh kebanyakan para imam dalam bacaan solat dan juga para muazzin ketika melaungkan azan. Oleh itu, ia adalah sebuah tarannum yang tidak asing lagi dipraktikkan secara langsung dan tidak langsung di kalangan masyarakat umum.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan tentang sejarah tarannum Rast, sifat-sifat dan

peranannya di dalam bacaan al-Quran; 2. Menerapkan tarannum Rast di dalam surah-surah yang

mengandungi Mad ÂAridh Lissukun, Mad ÂIwad dan yang tidak mengandungi mad di kepala ayat; dan

3. Mengaplikasikan tarannum-tarannum yang sesuai diwaslahkan dengan Rast.

TTooppiikk 66 Tarannum Rast

Page 2: nota taranum 6

TOPIK 6 TARANNUM RAST 83

Justeru, fokus utama dalam topik perbincangan ini adalah memberi tumpuan kepada perbincangan berhubung dengan definisi, peranan, sifat-sifat alunan maqam Rast dan sejarah perkembangannya. Di samping itu, kaedah praktikal akan dijelaskan bersandarkan beberapa contoh potongan ayat al-Quran yang dilagukan dengan tarannum Rast.

SEJARAH TARANNUM RAST 6.1.1 Definisi Rast dan Sejarah Perkembangannya Tinjauan dari sudut takrif mendapati bahawa perkataan ÂRastÊ adalah bermaksud benar-benar lurus. Ia merupakan satu maqam dalam seni lagu timur dan dianggap sebagai yang paling utama dalam dunia seni lagu timur bahkan ia lebih sinonim sebagai imej kepada seni lagu timur. Tinjauan dari sudut sejarah pula mendapati bahawa tarannum Rast adalah berasal daripada negara Parsi (sekarang, Iran) atau lebih tepat lagi dari kalangan kelompok bangsa Kurdi. Kemudiannya, ia telah diambil dan diubahsuai oleh pakar-pakar tarannum al-Quran dari negara Hijaz. Tarannum ini seterusnya telah tersebar dengan meluas di kalangan Qari dan Qariah seluruh dunia Islam. Selain itu, ia juga telah mengalami sedikit perubahan mengikut zauq yang berasaskan lahjah Arab Hijazi. Kini setelah zaman beredar, tarannum Rast masih lagi popular di kalangan para pembaca al-Quran di seluruh dunia. Para Qurra dari negara Mesir khususnya yang telah banyak mengamalkan tarannum ini, tidak terlepas dari mengolah semula tarannum Rast ini mengikut kesesuaian budaya mereka. Namun begitu, ia tetap tidak lari daripada bentuk identiti asalnya walaupun telah mengalami sedikit sebanyak perubahan dan pengolahan yang dinyatakan sebelum ini.     

Bincangkan dalam kumpulan tentang bentuk azan melalui lagu Rast dan praktikannya.

AKTIVITI 6.1

6.1

Page 3: nota taranum 6

TOPIK 6 TARANNUM RAST

84

     

           6.1.2 Sifat-sifat Tarannum Rast Seperti tarannum-tarannum yang lain, tarannum Rast juga mempunyai sifat-sifat alunannya tersendiri. Secara umumnya, Tarannum Rast mempunyai indentiti yang jelas dan mudah dikenal pasti selain mempunyai kehebatan dan kekuatan yang tersendiri. Bentuk dan pergerakan lagunya juga berbeza daripada tarannum-tarannum lain meskipun ia mungkin berkongsi satu sifat yang sama. Sebagai contoh, tarannum Nahawand dan Rast, kedua-duanya mempunyai sifat lembut. Akan tetapi kelembutan yang terdapat pada lagu Nahawand tidaklah sama dengan bentuk kelembutan yang terdapat pada lagu Rast. Ini kerana kedua-duanya mempunyai bentuk gerakan alunan yang berbeza. Di antara sifat-sifat tarannum Rast dapat kita lihat dalam Rajah 6.1.  

  

Rajah 6.1: Sifat-sifat tarannum rast     

Bincangkan dalam kumpulan tentang bentuk bacaan murattal melalui tarannum Rast dan praktikkannya.

AKTIVITI 6.2

Page 4: nota taranum 6

TOPIK 6 TARANNUM RAST 85

       

 6.1.3 Peranan Tarannum Rast Tarannum Rast mempunyai peranannya tersendiri dalam sesuatu bacaan berlagu. Peranan tersebut adalah mempunyai hubung kait yang begitu rapat dengan ciri-ciri dan sifat-sifat yang terdapat pada tarannum Rast itu sendiri. Di antara peranan tarannum Rast di dalam sesuatu bacaan berlagu ialah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.2 berikut.  

 

Rajah 6.2: Peranan tarannum rast Demikian di antara peranan-peranan yang dibawa oleh tarannum Rast dalam sesuatu bacaan. Namun begitu, ia bergantung juga kepada sejauh mana kemampuan pembacanya melagukan tarannum Rast tersebut. Jika ia tidak dilagukan dengan baik, berkemungkinan besar juga ia boleh mencacatkan sesuatu bacaan itu. Akan tetapi, tarannum Rast ini jika dapat dilakukan dengan baik dan mengikut susunan yang sistematik, maka ia akan mampu membawa kepada kekhusyukan, sama ada di pihak yang mendengarnya mahupun yang membacanya.  

Berpandukan pemerhatian anda bersama ahli kumpulan, bincangkan tentang siapakah imam-imam ataupun qari-qari terkemuka dunia Islam yang sering menggunakan tarannum Rast dalam bacaan mereka.

AKTIVITI 6.3

Page 5: nota taranum 6

TOPIK 6 TARANNUM RAST

86

      Dengan merujuk pada Surah al-MuÊminun ayat 14, al-Furqan ayat 7 dan al-Qamar 13, sila tatbiqkan tarannum Rast dengan berpandukan contoh dari bacaan guru anda.

  TATBIQ TARANNUM RAST DALAM AL-

QURAN  6.2.1 Tatbiq Tarannum Rast dalam Surah yang

BerMad Aridh Lissukun Surah al-MuÊminun: 14

 

ÉΟ ó¡Î0 «!$# Ç⎯≈ uΗ ÷q §9 $# ÉΟŠ Ïm§9 $# ∩⊇∪

¢Ο èO $uΖø) n=yz sπ x ôÜ ‘Ζ9 $# Zπ s) n=tæ $uΖø) n=y‚sù sπ s) n=yèø9 $# Zπ tóôÒãΒ $uΖø) n=y‚sù sπ tóôÒßϑø9 $# $Vϑ≈ sà Ïã $tΡöθ|¡s3 sù

#$9øèÏàs≈Οz :mtøϑV$ OèΟ¢ &rΣ±t'ùΡt≈μç zy=ù)$̧ ™u#zyt 4 ùsFt7t$‘u8x #$!ª &rmô¡|⎯ß #$:øƒs≈=Î)É⎫⎦t ∪⊆⊇∩ OèΝ§ )ÎΡ¯3ä/ /tè÷‰y Œs≡9Ï7y 9sϑy‹hÍFçθβt ∪∈⊇∩ OèΟ¢ )ÎΡ¯3ä/ö ƒtθöΠt #$9ø)ÉŠu≈ϑyπÏ ?è7öèyWèθχš ∪∉⊇∩ ρu9s)s‰ô zy=n)øΨo$ ùsθö%s3äΟó ™y7öìy Ûst#!←Í,t ρuΒt$ .äΖ$̈ ãt⎯Ç #$:øƒs=ù,È îx≈Ï#Î,⎦t ∪∠⊇∩  

SEMAK KENDIRI 6.1

Dengan merujuk pada Surah al-MuÊminun ayat 14, al-Furqan ayat 7 dan al-Qamar 13, sila tatbiqkan tarannum Rast dengan berpandukan contoh dari bacaan guru anda.

6.4

Page 6: nota taranum 6

TOPIK 6 TARANNUM RAST 87

6.2.2 Tatbiq Tarannum Rast dalam Surah yang BerMad ‘Iwadh

Surah al-Furqan: 7  

Ο ó¡Î0 «!$# Ç⎯≈ uΗ ÷q §9 $# ÉΟŠ Ïm§9 $# ∩⊇∪

(#θä9$s%uρ ÉΑ$tΒ # x‹≈ yδ ÉΑθß™ §9 $# ã≅ à2ù' tƒ uΘ$yè©Ü9 $# ©Å´ôϑtƒ uρ †Îû É−# uθó™ F{ $#   Iωöθs9 tΑ Ì“Ρé& Ïμ ø‹ s9 Î)

Βt=nÒ ùsŠu3äθχš Βtèyμç… Ρt‹Éƒ·# ∪∠∩ &rρ÷ ƒã=ù+s’# )Î9s‹øμÏ 2Ÿ∴”î &rρ÷ ?s3äθβã 9sμç… _yΨ¨π× ƒt'ù2à≅ã ΒÏΨ÷γy$ 4 ρu%s$Αt #$9à©≈=Îϑßθχš )Îβ ?sG−6Îèãθχš )Îω ‘u_ãξW Β¨¡ósßθ‘·# ∪∇∩ #$ΡàÝö 2Ÿ‹ø#y ÑŸu/çθ#( 9sš #${FΒøWs≈≅Ÿ ùsÒŸ=θ#( ùsξŸ „o¡óGtÜÏ‹èãθβt ™y6΋ξW ∪®∩

 6.2.3 Tatbiq Tarannum Rast dalam Surah yang Tidak

BerMad di Kepala Ayat Surah al-Qamar: 13

ÉΟ ó¡Î0 «!$# Ç⎯≈ uΗ ÷q §9 $# ÉΟŠ Ïm§9 $# ∩⊇∪

ρumyϑy=ùΨo≈μç ãt?n’4 Œs#NÏ &r9øθu≡y8 ρuŠß ß9 ∪⊂⊇∩ BrgøÌ“ /Î'rãô‹ã⊥ÏΖu$ _y“t#!™[ 9jÏϑy⎯ .x%βt .äÏt ∪⊆⊇∩ ρu9s)s‰ ?¨t.øΨo≈γy$! ™u#ƒtπZ ùsγy≅ö ΒÏ⎯ Β•‰£.Ï9 ∪∈⊇∩ ùs3s‹ø#y .x%βt ãt‹x#1Î’ ρuΡç‹ä‘Í ∪∉⊇∩ ρu9s)s‰ô „o£œ÷Ρt$ #$9ø)àö™u#βt 9Ï#%eÏ.øÌ ùsγy≅ö ΒÏ⎯ Β•‰£.Ï9 ∪∠⊇∩ .x‹¤/tMô æt%Š× ùs3s‹ø#y .x%βt ãt‹x#1Î’ ρuΡç‹ä‘Í ∪∇⊇∩

Page 7: nota taranum 6

TOPIK 6 TARANNUM RAST

88

  

TARANNUM YANG SESUAI DIWASLAHKAN DENGAN RAST

Bagi tujuan menambah cantik pergerakan tarannum Rast, maka ia bolehlah diwaslahkan kepada beberapa tarannum lain. Namun begitu, waslah al-mumasalah tidaklah boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya kerana ia perlu mengambil kira sejauh manakah kesesuaian lagu yang ingin diwaslahkan itu dengan tarannum Rast. Oleh itu, tarannum lain yang ingin diwaslahkan dengan Rast hendaklah memiliki gerakan lagu ataupun angin yang hampir sama dengan Rast. Jika tidak, maka lagu Rast yang dibawa mungkin akan menjadi sumbang dan cacat. Justeru, waslah al-mumasalah tersebut mestilah dilakukan dengan berhati-hati dan berseni. Di antara tarannum-tarannum lain yang bersesuaian untuk diwaslahkan dengan Rast dinyatakan dalam Rajah 6.3.  

 Rajah 6.3: Tarannum yang bersesuaian untuk diwaslahkan dengan rast

Di antara elemen yang dapat menjadikan tarannum Rast lebih menarik ialah waslah al-mumasalah. Sila lagukan ayat al-Quran tadi dengan tarannum Rast beserta dengan waslah al-Mumasalah.

AKTIVITI 6.4

6.3

Page 8: nota taranum 6

TOPIK 6 TARANNUM RAST 89

Adalah menjadi kebiasaan para QurraÊ mewaslahkan tarannum-tarannum di atas pada lagu Rast. Ia boleh diwaslahkan kepada lagu Rast, sama ada mengikut kaedah waslah di tengah ataupun di hujung lagu Rast. Namun, adalah lebih baik sekiranya waslah al-mumasalah itu dilakukan dengan melihat contoh pengamalan oleh para QurraÊ Mesir kerana ia lebih menepati kaedah berlagu berlahjah Arabiah.

6.3.1 Peranan Waslah al-Mumasalah dalam Tarannum

Rast Terdapat beberapa tujuan sesuatu tarannum itu diwaslahkan dengan tarannum yang lain. Di antara matlamat dan tujuan tarannum Rast diwaslahkan kepada tarannum-tarannum tersebut ialah seperti berikut: (a) Mengelakkan Ketegangan dalam Persembahan Sekiranya berlaku ketegangan dalam bacaan sewaktu membawa lagu Rast,

maka ia bolehlah diwaslahkan dengan tarannum Jiharkah ataupun Sikah. (b) Mengelakkan Kelembapan dalam Bacaan Sekiranya bacaan menjadi agak lemah, maka bolehlah diwaslahkan kepada

Husaini supaya bacaan tersebut menjadi bertenaga kembali. (c) Memberi Gambaran tentang Lagu Seterusnya Jika seseorang Qari mewaslahkan lagu Rast dengan Sikah, Jiharkah

ataupun sebagainya, maka kebiasaannya ia adalah petunjuk bahawa Qari tersebut akan meneruskan bacaannya dengan tarannum yang digunakan semasa waslah tersebut.

Namun, keadaan ini tidaklah semestinya berlaku kerana seseorang qari itu pada asalnya adalah bebas menukar kepada apa jua tarannum selepas Rast, selagi mana ia bersesuaian dengan mahattah akhir tarannum Rast yang dibawanya.          

Page 9: nota taranum 6

TOPIK 6 TARANNUM RAST

90

     

                  SEMAK KENDIRI 6.2 

                 

  

• Tarannum Rast diperkenalkan oleh kelompok bangsa Kurdi di negara Parsi (sekarang Iran). Ia kemudiannya, diambil dan diubah suai oleh pakar-pakar tarannum al-Quran dari negara Hijaz.

• Dengan sedikit perubahan mengikut zauq yang berasaskan lahjah Arab Hijazi, tarannum ini seterusnya tersebar dengan meluas di kalangan Qari dan Qariah di seluruh dunia Islam.

Mari kita buat ulangkaji dengan menjawab soalan-soalan berikut:

1. Dari manakah asalnya tarannum Rast dan bagaimanakah perkembangannya hingga ke hari ini?

2. Nyatakan sifat-sifat tarannum Rast.

3. Berdasarkan sifat-sifat yang ada pada tarannum Rast tersebut, pada pandangan anda apakah bentuk-bentuk ayat al-Quran yang sesuai untuk diaplikasikan dengannya? Berikan contoh bagi setiap bentuk ayat tersebut.

4. Huraikan peranan-peranan yang dimainkan oleh tarannum Rast di dalam sesebuah bacaan.

5. Nyatakan dimanakah terletaknya perbezaan di dalam melagukan tarannum Rast pada Surah yang ber Mad ÂAridh Lissukun, ber Mad ÂIwadh, dan yang tidak ber Mad di kepala ayat (RuÊusul aiy).

6. Nyatakan tarannum-tarannum lain yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum Rast dan huraikan mengenai keperluan waslah al-mumasalah tersebut.

7. Apakah pendapat anda tentang tarannum Rast yang telah dipelajari?

SEMAK KENDIRI 6.2

Page 10: nota taranum 6

TOPIK 6 TARANNUM RAST 91

• Ia sesuai dijadikan sebagai pemanas bacaan kerana kemampuannya menarik perhatian para pendengar untuk memberi tumpuan kepada Qari atau Qariah yang memperdengarkan bacaan al-Quran.

• Jika tidak dilagukan dengan baik, Tarannum Rast berkemungkinan besar boleh mencacatkan sesuatu bacaan itu, sebaliknya jika dapat dilakukan dengan baik, mengikut susunan yang sistematik, ia mampu membawa kekhusyukan kepada pendengar dan pembaca.

• Tarannum Rast sesuai diwaslahkan dengan tarannum Sikah, Jiharkah dan Husaini.

  

 

Mahattah Sifat-sifat alunan Rast Tarannum Rast

Tatbiq Zauq

  

  Mahdi Muhammad al-Hirazi. (2001). Bughyah al-Murid Min Ahkam al-Tajwid.

Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah.

Manna Khalil Qattan. (1998). Mabahis Fi `Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah al-Risalah.

MannaÊ Khalil al-Qattan. (1973). Studi ilmu-ilmu QurÊan (terj. Drs. Mudzakkir AS.). Jakarta: Litera AntarNusa.

Muhammad Abdul Azim al-Zalqani. (2001). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran. Beirut: Al-Maktabah al-Asriyyah.

Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala

Lumpur: Universiti Malaya.

Muhammad Rajab Farjani. (1976). Kaifa NataÊaddabu MaÊa al-Mushaf. Qahirah: Dar al-IÊtisam.

KATA KUNCI

Page 11: nota taranum 6

TOPIK 6 TARANNUM RAST

92

Muhd. Ali bin Abu Bakar. (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Nik Jaafar bin Nik Ismail. (1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Salah `Abd al-Fattah al-Khalidi. (1994). Mafatih Li al-Ta`amul Ma`a al-QurÊan.

Dimashq: Dar al-Qalam.