nota smash

2
NOTA BADMINTON -SMASH Smash (Pukulan Smash) Pukulan smash terbahagi kepada 2 jenis pukulan iaitu, pukulan smash biasa (regular smash) dan pukulan smash lompat (jumping smash) atau potong (cut smash). Pukulan smash boleh digunakan ketika bulu tangkis berada tinggi di udara. Kaedah ini digunakan untuk menamatkan rally atau mencipta ruang.Sasarannya ialah ke ruang kosong gelanggang lawan. Antara langkah yang boleh dilakukan untuk menghasilkan pukulan smash yang terbaik ialah pertama, pandang bulu tangkis. Kedua, berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan dan hayun raket ke belakang dengan siku bengkok. Sementara itu, sebelah tangan lagi lurus ke atas dan hayunkan raket ke hadapan dengan lengan lurus. Akhirnya,dengan pantas dan mengikut lajak, pukul bulu tangkis tersebut. Pukulan smash yang paling kuat ialah apabila membuat pukulan curam terus ke tengah-tengah gelanggang pihak lawan. Pada tahun 2009, pemain beregu lelaki Malaysia, Tan Boon Heong telah mencatatkan rekod pukulan smash sehingga mencapai kelajuan 421 km/j di Kejohanan Terbuka Jepun. Dalam permainan perseorangan, smash digunakan untuk menamatkan satu rali atau untuk memaksa pemain lawan melakukan pukul balik yang lemahdan kemudian menamatkan rali.Oleh kerana smash digunakan untuk menamatkan rali, pemain itu mestiberusaha untuk memaksa pemain lawan memberikannya peluang untukmelakukan smash. Pukul tinggi yang berkesan mungkin akan mengakibatkanpukul balik yang lemah dan boleh dimatikan dengan smash. Pukul junam yangbaik dan dilakukan berdekatan jaring mungkin boleh memaksa pemain lawanmenaikkan bulu tangkis untuk satu smash.Pemain tidak digalakkan untuk melakukan smash pada semua pukulantinggi kerana smash akan menggunakan lebih tenaga dan cepat melemahkan jika dibandingkan dengan pukulan-pukulan lain. Pemain itu juga mengambilmasa yang lebih panjang untuk mengatur posisi bagi pukulan yang seterusnyaselepas satu smash dilakukan berbanding dengan pukulan jenis lain. Sebelummelakukan smash hendaklah dipastikan bahawa:(a)Pemain berada dalam keadaan seimbang dan boleh mengubahposisinya dengan cukup pantas untuk bersedia menerima kembalipukulan balik daripada smash tersebut.(b) Pemain telah melakukan satu pukulan smash lepas (clearance) danbukan satu pukul tinggi ke garisan belakang.Pukulan-pukulan smash biasanya diarahkan ke garisan- 1

Upload: zalizan-ismail

Post on 21-Jul-2015

76 views

Category:

Sports


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota smash

NOTA BADMINTON -SMASH

Smash (Pukulan Smash)

Pukulan smash terbahagi kepada 2 jenis pukulan iaitu, pukulan smash biasa

(regular smash) dan pukulan smash lompat (jumping smash) atau potong (cut

smash). Pukulan smash boleh digunakan ketika bulu tangkis berada tinggi di udara.

Kaedah ini digunakan untuk menamatkan rally atau mencipta ruang.Sasarannya

ialah ke ruang kosong gelanggang lawan. Antara langkah yang boleh dilakukan

untuk menghasilkan pukulan smash yang terbaik ialah pertama, pandang bulu

tangkis. Kedua, berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan dan hayun raket ke belakang

dengan siku bengkok. Sementara itu, sebelah tangan lagi lurus ke atas dan

hayunkan raket ke hadapan dengan lengan lurus. Akhirnya,dengan pantas dan

mengikut lajak, pukul bulu tangkis tersebut.

Pukulan smash yang paling kuat ialah apabila membuat pukulan curam terus ke

tengah-tengah gelanggang pihak lawan. Pada tahun 2009, pemain beregu lelaki

Malaysia, Tan Boon Heong telah mencatatkan rekod pukulan smash sehingga

mencapai kelajuan 421 km/j di Kejohanan Terbuka Jepun.

Dalam permainan perseorangan, smash digunakan untuk menamatkan satu

rali atau untuk memaksa pemain lawan melakukan pukul balik yang lemahdan

kemudian menamatkan rali.Oleh kerana smash digunakan untuk menamatkan rali,

pemain itu mestiberusaha untuk memaksa pemain lawan memberikannya peluang

untukmelakukan smash. Pukul tinggi yang berkesan mungkin akan

mengakibatkanpukul balik yang lemah dan boleh dimatikan dengan smash. Pukul

junam yangbaik dan dilakukan berdekatan jaring mungkin boleh memaksa pemain

lawanmenaikkan bulu tangkis untuk satu smash.Pemain tidak digalakkan untuk

melakukan smash pada semua pukulantinggi kerana smash akan menggunakan

lebih tenaga dan cepat melemahkan jika dibandingkan dengan pukulan-pukulan lain.

Pemain itu juga mengambilmasa yang lebih panjang untuk mengatur posisi bagi

pukulan yang seterusnyaselepas satu smash dilakukan berbanding dengan pukulan

jenis lain. Sebelummelakukan smash hendaklah dipastikan bahawa:(a)Pemain

berada dalam keadaan seimbang dan boleh mengubahposisinya dengan cukup

pantas untuk bersedia menerima kembalipukulan balik daripada smash tersebut.(b)

Pemain telah melakukan satu pukulan smash lepas (clearance) danbukan satu pukul

tinggi ke garisan belakang.Pukulan-pukulan smash biasanya diarahkan ke garisan-1

Page 2: Nota smash

NOTA BADMINTON -SMASH

garisan tepi dan jauh daripada pemain. Melakukan smash sepanjang garisan tepi

adalah lebih berkesan dibandingkan daripada smash-smash yang melintang

gelanggang.Kadang-kadang smash-smash juga diarahkan ke arah badan pemain

lawan.Smash selalunya diambil pada poin tertinggi untuk memastikan ia melaluisatu

trajektori yang curam. Untuk menambahkan trajektori bulu tangkis, pemain-pemain

antarabangsa kini telah mula menggunakan smash lompatan (leaping smashes).

Pergerakan ini memerlukan kekuatan kaki yang kuat, masa yang baikdan imbangan

yang sempurna semasa mendarat supaya boleh bergerak untukmengambil pukulan

yang seterusnya.

Membalas Smash

Dalam suatu permainan yang terkawal rapi di antara dua pemain yangbaik,

masa atau peluang di mana smash boleh dilakukan adalah daripadakawasan

berhampiran dengan garisan belakang. Jika berlaku keadaansedemikian, tempat

yang terbaik untuk memulangkan smash ialah di jaringkerana pemain yang

membuat smash terpaksa berlari pada jarak yangmaksimum ke arah jaring untuk

mengambil pukul balik tersebut.Untuk menambahkan jarak larian bulu tangkis boleh

dipukul melintanggelanggang (cross-court) ke arah jaring. Jarang terdapat smash

yang dikembalikan dengan tinggi ke garisan bes. Jika smash itu dilakukan

denganbaik, pukulan baliknya tidak akan dilakukan dengan memuaskan ke

garisanbelakang di mana jaraknya tidak memuaskan dan akibatnya satu lagi smash

akan dibuat. Bagaimanapun, terdapat pemain-pemain yang boleh berlari pantas ke

jaring untuk membalas pukulan tersebut. Jika ini berlaku, bulu tangkis

hendaklahdihantar di atas kepala pemain yang sedang bergerak

2