nota sivik tingkatan 1
TRANSCRIPT
UNIT 2 PENYELESAIAN KONFLIK
Konflik1. ialah perselisihan atau pertentangan yang berlaku antara individu dengan dirinya sendiri atauantara individu
dengan individu lain, dan sebagainya.2. Konflik berlaku disebabkan perbezaan idea, kepentingan, dan prinsip. Namun apa yang
penting,konflik memerlukan penyelesaian
Penyelesaian konflik1. ialah cara atau usaha yang dilakukan untuk menyelesaikan sesuatu konflikatau masalah.2. Penyelesaian konflik perlu dilakukan dengan pertimbangan yang wajar dan positif supaya
konflik dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik dan membawa kebaikan kepada pihak yangberkonflik.
3. Salah satu teknik penyelesaian konflik ialah teknik awan.Teknik awan ialah teknik berfikir tentang sesuatu situasi yang mempunyai kehendak yang bertentangan dan
diselesaikan dengan cara penyelesaian win-win atau menang-menang.4. Maksud Penyelesaian Win-win ialah satu situasi yang terdapat dua pihak yang
menyelesaikansesuatu konflik secara koperatif.5. Untuk menyelesaikan konflik adalah penting juga kita mengenal pasti punca berlakunya konflik.6. Apabila punca masalah telah diketahui, maka adalah lebih mudah untuk menyelesaikan konfliktersebut.7. Andaikan rakan kamu mempunyai konflik, bantulah rakan menyelesaikan konflik tersebut
Pengaruh Rakan Sebaya1. Rakan sebaya merupakan antara orang yang paling rapat dengan kita selain ahli keluarga sendiri.2. Kebiasaannya, mereka menjadi tempat untuk kita berkongsi pengalaman, pandangan, minat,masalah,
dan harapan.3. Namun, kita perlu bijak memilih rakan sebaya kerana mereka dapat mempengaruhi nilai,
emosi,dan cara pergaulan kita.4. Rakan sebaya yang mempunyai sifat-sifat yang positif akan mendorong kita menjadi orang yangbaik,
berakhlak mulia, dan berjaya.5. Manakala rakan sebaya yang mempunyai sifat-sifat negatif mampu mempengaruhi kita
melakukanaktiviti negatif.6. Contoh sikap yang positif:-
(a) bersopan santun;(b) menghormati rakan, guru, keluarga, dan masyarakat;(c) tidak melepak;(d) tidak bergaul dengan orang yang tidak bermoral;(e) tidak merokok;(f) rajin;(g) saling menasihati(h) taat ajaran agama
7. Contoh kegiatan negatif remaja(a) melepak;(b) buli;(c) peras ugut;(d) ponteng;(e) merokok;(f) melakukan vandalisme.
8. Rakan sebaya yang terlibat dengan kegiatan negatif di atas perlulah dijauhi.9. Kamu perlu bersikap asertif jika kamu mempunyai rakan-rakan yang cuba mempengaruhi kamu
melakukan perkara-perkara negatif.
10. Sikap asertif merupakan perlakuan menolak daripada melakukan sesuatu yang tidak baik atau negatif dengan tidak menyakiti hati orang.
11. Kesimpulannya, kenalilah diri sebenar rakan-rakan sebaya kamu kerana rakan membawa pengaruhyang besar dalam kehidupan kamu dan kamu tidak rugi sekiranya kamu kehilangan rakan-rakanyang tidak baik.
Unit 3Membina Keluarga Bahagia
1. Memiliki keluarga bahagia adalah impian setiap orang.2. Keluarga bahagia ialah keluarga yang hidup dengan sejahtera dan harmoni.3. Tugas mewujudkan keluarga bahagia bukanlah tugas ibu atau ayah sahaja, tetapi menjadi
tanggungjawab seluruh anggota keluarga.
Ciri-ciri orang yang mempunyai sifat asertif
Bersikap tegas
Tidak mudah terpengaruh
Rasional dan matang
Sentiasa menjaga maruah diri
Berani mengatakan terhadap tindakan
negatif
Berupaya Membezakan kesan baik danburuk sesuatu
tindakan
terha
dap diridan orang lain
4. Cara-cara mewujudkan keluarga yang bahagia: -(a) setiap anggota keluarga perlu saling menyayangi;(b) menyempurnakan tanggungjawab masing-masing secara sukarela dan amanah;(c) menjalinkan hubungan yang mesra dan akrab;(d) senantiasa mengamalkan sikap bertolak ansur;(e) tidak menyinggung perasaan ahli keluarga;(f) menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah;(g) mementingkan kesihatan dan keselamatan setiap ahli keluarga;(h) melibatkan diri dalam aktiviti keluarga;(i) mengambil berat akan hal dan masalah setiap ahlikeluarga;(j) mengamalkan sikap hormat-menghormati, beradab, sopan dan sebagainya.
5 . K i ta juga hendak lah mengharga i set iap ah l i ke luarga k i ta .Antara cara-cara menghargai ahli keluarga termasuklah:-
(a) meraikan hari-hari istimewa mereka seperti hari jadi, ulang tahun perkahwinan, dan sebagainya.Cara-cara meraikan hari istimewa mereka:
i. mengingati hari-hari istimewa mereka dengan memberikan ucapan;ii. mengadakan sesuatu majlis untuk meraikan hari tersebut, contohnya
seperti mengadakan majlis hari jadi;i i i . member i had iah atau kad ucapan se lamat .
(b) mendengar pandangan dan pendapat setiap ahli keluarga, meskipun dia hanyalah adik kita;
(c) memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga jika mereka menghadapi masalah atau jika mereka menyertai sebarang pertandingan dan persembahan.6. Kita hendaklah sanggup bersama dengan ahli keluarga ketika waktu susah dan senang.7. Selain itu, kita janganlah lupa akan jasa ibu dan ayah. Jasa mereka tidak ternilai harganya dan tidak boleh dibayar dengan wang ringgit.8. Antara cara-cara membalas jasa ibu bapa:-
(a)menghormati mereka;(b)mentaati ibu bapa;(c)belajar bersungguh-sungguh;