nota sejarah kertas 2 tema 1 masyarakat tempatan

Upload: kkwei93

Post on 14-Apr-2018

254 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Nota Sejarah Kertas 2 Tema 1 Masyarakat Tempatan

    1/14

    Sejarah Kertas 2 (940/2) Bahagian A: Sejarah Malaysia 1

    NOTA SEJARAH STPM KERTAS 2 (BAHAGIAN A: SEJARAH MALAYSIA)

    TEMA 1: MASYARAKAT TEMPATAN

    Institusi Pemerintah

    1. Masyarakat Melayu tradisional sudah pun mempunyai sistem pemerintahan

    dan pentadbiran yang sistematik sebelum campur tangan British. Bincangkan.

    Pengenalan

    Sistem politik masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British dapat

    dibahagikan kepada tiga unit politik utama iaitu negeri, daerah atau jajahan dan

    kampung.

    Isiisi Penting

    A Peringkat Negeri

    1. Merupakan unit pentadbiran tertinggi dan terbesar

    2. Kuasa tertinggi dipegang oleh sultan/ raja/ yang di Pertuan Besar

    3. Sultan/ raja menjalankan pemerintahan dengan dibantu oleh pembesar-

    pembesar. Pembesar menjadi tulang belakang dalam menjalankan

    pentadbiran peringkat negeri. Pembesar diberi gelaran tertentu.Contohnya di

    Perak dibantu oleh Pembesar Berempat dan di Negeri Sembilan Yang Di

    Pertuan Besar dibantu oleh 4 orang Undang.

    4. Sultan/raja dibantu oleh Raja Muda/Putera Mahkota5. Perlantikan sultan/raja sistem perwarisan takhta di kebanyakan negeri-

    negeri Melayu

    a. Sistem penggantian bergilir di Perak

    b. dilantik oleh Undang Berempat di N.S

    6. Sultan/raja mempunyai daulat dan tulah.

    a. Rakyat yang menderhaka akan terkena tulah.

    b. Diperkukuh dengan penggunaan bahasa dalam,warna, alat-alat kebesaran,

    alat muzik dan cop mohor.

    B Peringkat Daerah

    1. Unit pentadbiran yang kedua terbesar. Sesebuah negeri dibahagikan kepada

    beberapa buah daerah untuk memudahkan urusan pentadbiran

    2. Daerah ditadbir oleh pembesar.Pembesar terbahagi kepada 2 golongan

    a) Pembesar yang bekerja dalam istana tetapi ada kawasan pegangan

    b) Pembesar yang bekerja atau mentadbir daerah di luar istana. Mereka diberi

    surat tauliah oleh sultan dan merupakan individu yang paling taat setia kepada

    sultan/ raja - contohLong Jaafar (Larut), Dato Maharaja Lela (Pasir Salak)

    3. Tugas-tugas pembesar daerah

    a) Memungut cukai dan menyerahkan sebahagian daripada cukai kepada

    pusat sebagai taat setia pembesar.

    b) Menyediakan tentera

    c) Menyediakan kerahan tenaga

    d) Menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat dalam daerahnya.

    e) Mengadili dan menjatuhkan hukuman kecuali hukuman bunuh kepada yang

    melakukann jenayah.

    f) Menjunjung duli atau mengadap raja pada Hari Raya.

    4. pembesar mempunyai pengikut atau anak buah dari kalangan masyarakat

    yang tinggal di kawasannya. Jumlah pengikut menentukan kedudukan dan

    pengaruh seseorang pembesar.

    C Peringkat Kampung

    1. Unit pentadbiran paling kecil

    2. Ditadbir oleh pembesar yang dilantik oleh sultan daripada kalangan keluarga

    baik-baik iaitu Penghulu atau Tok Kweng. Dianugerahkan surat tauliah oleh

    sultan.

    3. Tugas-tugas penghulua) Memungut cukai

    b) Menjaga keamanan kampung

    c) Mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang timbul

    d) Membekalkan tenaga tentera semasa peperangan

    e) Mendapatkan tenaga buruh.

    f) Memastikan rakyat di kampungnya taat setia kepada Sultan.

    Kesimpulan

    Sistem pentadbiran Melayu tradisional sebelum campur tangan British membuktikan

    satu sistem pentadbiran yang sistematik Sistem pentadbiran masyarakat melayu

    mengalami perubahan drastik selepas campurtangan British 1874 yang telah

    menghakis kuasa raja dan pembesar-pembesar Melayu.

  • 7/30/2019 Nota Sejarah Kertas 2 Tema 1 Masyarakat Tempatan

    2/14

    Sejarah Kertas 2 (940/2) Bahagian A: Sejarah Malaysia 2

    Raja

    2. Huraikan peranan raja di negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British

    pada tahun 1874.

    Pendahuluan (3/2 markah)

    Sebelum campurtangan British di Perak pada tahun 1874, Negeri-negeri Melayu

    diperintah oleh Raja-raja Melayu. Sultan dan raja menduduki heirarki tertinggi dalam

    sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing. Selepas Islam bertapak

    gelaran raja bertukar menjadi sultan dan dianggap sebagai Amirul Mukminin atau

    pemimpin bagi orang mukmin. Kerajaan-kerajaan yang menerima warisan kesultanan

    Melaka seperti Johor, Pahang, Perak dan Kedah mengekalkan gelaran sultan sehingga

    abad ke-19. Begitu juga Kelantan dan Terengganu. Negeri Sembilan menggunakan

    gelaran Yamtuan Besar manakala Perlis yang mengekalkan gelaran Raja. Namun

    demikian, semua Raja-raja Melayu ini mempunyai peranan luas dalam politik, ekonomi

    dan sosial sehingga campur tangan Inggeris pada tahun 1874.

    Isi-isi Penting (20 markah)

    i. Politik

    a. Ketua kerajaan

    Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan

    pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyaikuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah

    perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan

    menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun

    bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa

    menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh

    serta berhak mengampunkan pesalah.

    b. Melantik pembesar

    Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan

    pembesar negeri. Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang

    jawatan Bendahara dan pembesar-pembesar yang lain. Baginda juga berhak

    melantik penggantinya sendiri, iaitu dalam kalangan putera-putera baginda. Sehingga tahun 1874 di Perak, jawatan Bendahara dipegang oleh keluarga diraja.

    Jawatan Temenggong dijawat oleh pembesar daerah Kota Lama, Kuala Kangsar.

    Tiada ketetapan dibuat mengenai jawatan Orang Kaya Besar dan Jawatan Menteri

    dipegang pembesar Larut. Pembesar Berlapan yang dilantik sultan ialah Maharaja

    Lela iaitu pembesar Pasir Salak, Laksmana pembesar Durian Sebatang, Sri

    Andika Raja, pembesar Ulu Perak, Shahbandar, pembesar Daerah Bandar di Hilir

    Perak, Panglima Kinta iaitu pembesar daerah Kinta, Panglima Bukit Gantang, Sri

    Agar diraja ,pembesar Kampong Gajah dan Imam Paduka Tuan, iaitu satu jawatan

    agama Islam. Sementara di Selangor pula beberapa jawatan pembesar yang

    dilantik oleh sultan ialah Penggawa Permatang, Penggawa Tua, Penghulu Aru dan

    Orang Kaya Kechil.

    Sultan juga melantik pembesar-pembesar daerah menerusi sepucuk surat dan

    hadiah sebilah pedang sebagai lambang jawatannya. Di dalam surat tauliah itu

    dinyatakan nama daerah yang dikurniakan tetapi tidak ditentukan butir-butir

    sempadannya. Biasanya pembesar dipilih secara turun temurun dalam kalangan

    keluarga pembesar berkenaan. Sultan hanya akan campur tangan memilih

    pembesar yang baru dari keturunan lain sekiranya keturunan pembesar tadi

    ketiadaan waris.

    c. Sultan menentukan hubungan diplomatik

    Sultan lebih aktif dalam menjalin hubungan hal ehwal luar berbanding bertindak

    sebagai ketua perang. Perjanjian dengan kuasa-kuasa asing tidak sah jika tidak

    ditandatangani oleh sultan. Selain itu, ia juga memerlukan tanda tangan 12 orang

    pembesar. Kebimbangan campur tangan Inggeris di Tanah Melayu menjadikan

    hubungan sultan dengan para pembesar kian rapat. Kehadiran British di Perak

    pada tahun 1875 membawa kepada perjumpaan-perjumpaan antara sultan dengan

    pada pembesar. Namun demikian, ada juga pembesar yang menentang sultan secara halus tidak

    hadir dalam pertemuan seumpama ini. Misalnya pada tahun 1875 pentadbir British

    telah bersusah payah untuk mendapatkan tanda tangan pembesar-pembesar

    Perak yang tidak hadir di Pangkor dalam tahun 1874 untuk menandatangani

    persetiaan Melayu-Inggeris itu.

    d. Sultan berperanan sebagai ketua pertahanan

    Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku

    peperangan, sultan akan mengetuai angkatan tentera bagi mempertahankan

    negara daripada serangan musuh atau menakluk negara lain. Baginda

    bertanggungjawab menjaga keamanan negara daripada ancaman luar. Pada tahun

    1830 an-1870an di Negeri-negeri Melayu tidak terdapat peperangan luar yang

    serius atau ancaman perang. Kedatangan British juga tidak menggunakan tentera

    yang besar, hanya menggunakan tentera Negeri-Negeri Selat sahaja.

    Oleh yang demikian, peranan sultan sebagai ketua tentera tidak menonjol pada

    masa ini. Malah perang saudara yang berlaku antara tahun 1865-1875 banyak

    melibatkan perang saudara antara pembesar-pembesar. Hanya di Pahang berlaku

    pemberontakan seorang pembesar tetapi sultan telah mengarahkan pembesar lain

    untuk menamatkan pemberontakan tersebut.

  • 7/30/2019 Nota Sejarah Kertas 2 Tema 1 Masyarakat Tempatan

    3/14

    Sejarah Kertas 2 (940/2) Bahagian A: Sejarah Malaysia 3

    ii. Ekonomi

    Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi. Sultan mengambil bahagian

    dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa

    dalam soal perburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan

    berperanan menyelaras sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai

    hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya. Contohnya, Sultan Abdul Samad

    menerima hasil cukai (bijih timah) daerah Kelang daripada Raja Mahadi. Sultan

    Pahang memperoleh cukai import yang dikenakan di muara Sungai Pahang

    berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertanian sultan berhak mengerahkan rakyat

    bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri.

    Sultan juga berkuasa melaksanakan sistem kerah. Melalui sistem ini rakyat dikerah

    melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh

    masa yang tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi

    tentera,membina jalan, membina jambatan, membina benteng pertahanan,

    membersih sungai dan sebagainya. Golongan bangsawan dikecualikan daripada

    sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan dari sistem ini.

    Contohnya di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan syed

    (keturunan nabi), golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan

    masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial

    dalam kalangan rakyat.

    iii. Sosial

    a. Lambang dan memelihara perpaduan negeri. Di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19 terdapat beberapa faktor yang membawa

    kepada perselisihan dan perpecahan. Di dalam sesebuah negeri, selain Negeri

    Sembilan terdapat pelbagai kebudayaan yang diamalkan oleh rakyatnya.

    Pembesar-pembesar daerah merupakan pusat-pusat kuasa tempatan. Tentangan

    sering berlaku dalam kalangan mereka dan mengganggu pentadbiran pusat. Malah

    mereka sering juga menentang sultan dan ada kalanya menentang pelaksanaan

    perintah raja di daerah mereka.

    Namun demikian, untuk menjaga kepentingan perdagangan, pertahanan negeri

    dan ketenteraman dalam satu kawasan yang lebih luas dari sebuah daerah

    memaksa mereka tunduk kepada sultan . Mereka tidak bersedia untuk

    memusnahkan kesultanan itu sendiri, walaupun pertentangan dan perebutan

    takhta sering berlaku dalam kalangan pembesar. Mereka melihat tidak ada satu

    sistem lain sebaik sistem beraja yang diamalkan.

    Kedudukan sultan sebagai lambang perpaduan diperkukuhkan dengan baginda

    diberi kekeramatan dan kuasa-kuasa sakti. Antaranya, baginda dikatakan berdarah

    putih, menggunakan lambang-lambang kebesaran seperti pakaian dan peralatan

    berwarna kuning, memiliki alat-alat muzik sendiri seperti nobat, nafiri, seruling dan

    terumpet. Alatan lain seperti kayu gamit, puan naga, taru, kemala, surat chiri, cop

    halilintar, ubor-ubor dan lain-lain.

    Selain itu, terdapat juga senjata-senjata seperti pedang, tombak dan keris panjang

    serta penggunaan bahasa dalam atau bahasa istana yang dikhaskan untuk sultan

    dan kerabatnya. Semua hak-hak keistimewaan ini bertujuan untuk mengagung-

    agungkan seseorang sultan supaya rakyat taat setia kepada baginda. Sesiapa

    yang melanggar perintah sultan pula dikatakan akan mendapat tulah, seperti

    kemalangan dan kesengsaraan.

    b. Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu

    Sultan juga bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan

    dianggap sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat

    Melayu. Sultan juga memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam

    di dalam negeri dan seluruh tanah jajahannya. Lantaran itulah istana memainkan

    peranan penting sebagai tempat penyebaran agama Islam di Tanah Melayu.

    Hanya sedikit sahaja istiadat yang dihadiri oleh sultan sebagai pemimpin rakyat .

    Peranannya tidak begitu aktif. Upacara-upacara besar dalam masa pemerintahan

    baginda ialah hari pertabalan dan pemakaman. Pada masa ini pembesar dan

    rakyat jelata akan berhimpun. Pada masa perayaan besar tahun Islam seperti Hari

    Raya Puasa, sultan akan mengadakan majlis jamuan.

    Kesimpulan (2/3 markah)

    Kesimpulannya, sultan memainkan peranan yang cukup besar sama ada dalam bidang

    politik, ekonomi mahupun sosial. Pengenalan sistem Residen pada tahun 1874 di Perak,seterusnya Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah menjejaskan kedudukan

    kuasa sultan dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Sultan kini hanya berkuasa dalam

    bidang agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja , semua kuasanya yang lain

    dibolot oleh Residen Inggeris.

  • 7/30/2019 Nota Sejarah Kertas 2 Tema 1 Masyarakat Tempatan

    4/14

    Sejarah Kertas 2 (940/2) Bahagian A: Sejarah Malaysia 4

    3. Terangkan bagaimana kuasa raja-raja Melayu diperkukuhkan sebagai kuasa

    yang tertinggi dalam sistem politik Melayu sebelum kedatangan kuasa Barat.

    Pengenalan

    Sistem politik Melayu tradisional sebelum kedatangan Barat dibahagikan kepada dua

    iaitu golongan pemerintah yang terdiri daripada sultan dan pembesar serta golongan

    yang diperintah terdiri daripada rakyat dan hamba.

    Golongan pemerintah terutamanya sultan mempunyai kuasa mutlak dalam

    menentukan aspek politik, ekonomi dan sosial di dalam pemerintahan.

    Isi-isi Penting

    1. Bidang politik

    Ketua pentadbir sesebuah negara yang berkuasa mutlak seperti membuat

    undang-undang, ketua tentera, memegang jawatan penting, berkuasa

    menjatuhkan hukuman bunuh dan boleh melantik pembesar dalam membantu

    urusan pentadbiran negeri.

    Ketua diplomatik dalam hubungan luar.

    Kuasa raja diperkukuhkan dengan adanya konsep daulat dan rakyat yang derhaka

    akan ditimpa tulah.

    Pemusatan kuasa berada di tangan sultan, pembesar hanya berkuasa di wilayah

    pegangannya.

    Pembesar dan rakyat perlu taat setia kepada raja atau sultan. Segala arahan raja

    atau sultan haruslah dilakukan tanpa bantahan.

    2. Bidang ekonomi

    Berkuasa dalam kegiatan ekonomi seperti perlombongan, pungutan cukai,

    perdagangan.

    Pungutan cukai dikutip oleh pembesar yang dilantik dan raja hanya memantau

    tugas pembesar tersebut.

    3. Bidang Sosial

    Raja atau sultan dilambang sebagai khalifah atau wakil Allah di muka bumi.

    Sultan dibantu oleh ulama yang bertindak sebagai penasihat dalam hal ehwal

    agama Islam. Memastikan peraturan Islam dilaksanakan.

    Raja wajib mengekalkan keamanan dan keharmonian di dalam negeri baginda.

    Raja berhak mengerah rakyat untuk khidmat sosial seperti membina istana dan

    sebagai tentera.

    Sebagai pelindung adat resam dan adat istiadat contohnya mengetuai segala

    upacara diraja seperti pertabalan.

    4. Hak Keistimewaan

    Warna kuning dan putih digunakan oleh raja dan kerabat diraja. Contoh payung

    putih- raja, payung kuning kerabat diraja

    Bahasa dalam/istana seperti gering, santap digunakan oleh raja

    Alat kebesaran seperti dokoh, kendi, cop mohor, keris, pending dan lain-lain

    menunjukkan keistimewaan raja.

    Muzik diraja nobat, nafiri digunakan dalam upacara pertabalan diraja.

    Kesimpulan

    Raja mempunyai kedudukan tertinggi dengan adanya sistem beraja dan keistimewaan

    ini jelas menunjukkan perbezaan antara pemerintah dengan rakyat.

    Selepas kedatangan barat, kekuasaan raja semakin berkurangan.

  • 7/30/2019 Nota Sejarah Kertas 2 Tema 1 Masyarakat Tempatan

    5/14

    Sejarah Kertas 2 (940/2) Bahagian A: Sejarah Malaysia 5

    4. Huraikan pengertian konsep daulat dan dehaka dalam sistem beraja

    masyarakat Melayu tradisional.

    Pendahuluan

    - Konsep raja bermula daripada 2 nilai utama iaitu daulat dan derhaka.

    - Konsep ini bermula apabila wujudnya perjanjian antara Demang Lebar Daun

    (mewakili rakyat ) dengan Sang Sapurba ( mewakili raja)

    - Rakyat tidak akan menderhaka dan berjanji taat setia kepada raja

    - Raja menjaga kebajikan , tidak menzalimi dan mencela rakyat

    Isi-isi Penting

    A. Erti daulat

    1. Merupakan suatu sifat kekuasaan atau hak tertinggi yang dikhaskan kepada

    golongan raja sahaja.

    2. Daulat dalam institusi kesultangan dan sosial politik masyarakat Melayu

    mempunyai maksud yang lebih luas

    3. Daulat yang berasal daripada perkataan Arab iaitu daulah tidak hanya

    bermaksud negeri atau kerajaan tetapi berkait dengan kesempurnaan, kuasa

    politik tertinggi, kebolehan dan keistimewaan serta kebahagiaan kepeda

    seseorang raja yang memerintah.

    4. Raja berdaulat yang mempunyai kuasa dan wibawa untuk memerintah dengan

    berkesan5. Tujuan daulat adalah untuk memberi kuasa tertinggi kepada raja serta untuk

    mengawal para pembesar dan rakyat

    6. Daulat meliputi tanggapan undang-undang, budaya dan agama.

    7. Tanggapan ini ada hubung kait dengan diri raja itu sendiri.

    8. Memberi banyak hak dan kemudahan serta meletakkan diri raja di tempat yang

    mulia.

    9. Daulat menyebabkan raja didak boleh ditegur atau dicela

    10. Wujudnya kesetiaan mutlak daripada rakyat kepada raja dan seterusnya

    membawa anggapan bahawa raja mempunyai kuara luar biasa secara turun-

    temurun

    B. Erti derhaka

    1. Dianggap sebagai melanggar atau ingkar perintah atau suruhan raja

    2. Seorang yang mengingkari perintah raja akan ditimpa tulah rajadan akan

    dikenakan hukuman bunuh.

    3. Seorang yang melakukan kesalahan seperti tidak bertutur menggunakan

    bahasa diraja semasa menghadap raja akan mendapat tulah akibat

    kekuasaan yang dimilik raja.

    C. Kekuasaan raja

    1. Kekuasaan raja dalam pemerintahan Melayu tradisional merupakan satu

    bentuk kuasa yang unggul yang terpelihara melalui unsur-unsur kebendaan

    dan kerohanian .

    2. Unsur kebendaan adat istiadat, peruntukan hak keistimewaan raja,

    penggunaan warna, perhiasan diri termasuk pakaian dan senjata dan lambing

    kebesaran serta penggunaan nobat diraja.

    3. Unsur kerohanian system nilai dan tanggapan masyarakat terhadap raja

    seperti menganggap raja sebagai wakil Allah serta konsep daulat dan derhaka.

    4. Kedua-dua unsur ini saling berkaitan serta bergabung bagi mengekal dan

    mempertahankan kedudukan institusi raja.

    5. Konsep ini menjadi asas penting dalam kehidupan masyarakat Melayu di mana

    mereka percaya dengan pengaruh peribadi atau tulah raja boleh

    mendatangkan mala petaka/ bencana dan menjejaskan hasil pengeluaran

    6. Pepatah Melayu Adat orang Melayu tidak boleh menderhaka kepada raja

    menjelaskan perbuatan menderhaka satu perkara yang dilarang dan dianggap

    sebesar-besarnya jenayah yang dilakukan .

    7. Konsep ini adalah peraturan yang memastikan raja bukan sahaja sebagai

    pemerintah tetapi juga pelindung dan penaung kepada rakyat.

    8. Rakyat pula harus tunduk dan taat setia tanpa berbelah bahagi kepada raja.9. Seorang raja itu akan dihormati dan ditakuti oleh rakyat.

    Kesimpulan

    - Konsep ini menjadi amalan masyarakat Melayu tradisional sehingga kedatangan

    Barat

    - kehadiran Barat telah mengubah sedikit sebanyak perubahan dalam perlaksanaan

    konsep daulat dan derhaka.

  • 7/30/2019 Nota Sejarah Kertas 2 Tema 1 Masyarakat Tempatan

    6/14

    Sejarah Kertas 2 (940/2) Bahagian A: Sejarah Malaysia 6

    Hukum Adat, Peraturan dan Undang-undang

    5. Bincangkan hukum adat yang diamalkan di Malaysia sebelum campur tangan

    British.

    Pendahuluan (3/2m)

    Sebelum campur tangan British, masyarakat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak

    telahpun mempunyai undang-undang mereka tersendiri. Undang-undang ini dipanggil

    hukum adat. Hukum adat merupakan peraturan dan undang-undang yang diamalkan

    secara turun-temurun. Sesiapa yang melanggarnya boleh dihukum. Hukum adat ini

    dilaksanakan bagi menjamin hak anggota masyarakat dan memastikan masyarakat

    hidup dalam keadaan aman dan selesa. Di Tanah Melayu terdapat dua hukum adat

    yang diamalkan iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Di Sarawak hukum adat

    yang diamalkan ialah Adat Dusun Tunggu manakala di Sabah pula ialah Adat Tenom,

    Adat Dusun dan Adat Temogun.

    Isi-isi Penting (20m)

    1. Adat Perpatih (7m)

    a) Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari

    Pagar Ruyung, Sumatera dan dibawa ke Tanah Melayu oleh orang Minangkabau.

    Adat ini berkembang di Negeri Sembilan dan Naning pada abad ke-17.

    b) Dari segi politik Adat Perpatih bersifat demokrasi, iaitu perlantikan pemerintahdibuat dari bawah, iaitu Anak buah memilih buapak, buapak memilih lembaga ,

    lembaga memilih Undang dan Undang akan melantik Yamtuan Besar (Raja). Ini

    bermakna Yamtuan Besar tidak mempunyai hak dalam soal perlantikan pembesar

    kerana perlantikan itu dibuat oleh para pembesar yang berada di hierarki yang

    lebih ke bawah. Selain itu keputusan yang dibuat oleh Yamtuan Besar juga adalah

    berdasarkan keputusan bersama dengan Undang.

    c) Dari segi kekeluargaan dan perkahwinan, Adat Perpatih mengamalkan hidup

    secara bersuku-suku, iaitu hidup secara berkeluarga dengan ahli-ahlinya terdiri

    daripada satu ikatan sedarah sedaging. Setiap suku mempunyai nama tersendiri

    seperti Biduanda, Batu Hampar, Paya Kumbuh, Mungkal, Tiga Nenek, Seri

    Melenggang, Seri Lemak, Batu Belang, Tanah Datar, Anak Acheh, Anak Melaka,

    Tiga Batu.

    d) Dalam soal perkahwinan Adat Perpatih mengamalkan eksogami iaitu tidak

    membenarkan perkahwinan sesama suku. Selepas berkahwin, si suami akan

    meninggalkan keluarganya kerana si isteri akan membawanya tinggal di rumah

    pusaka (rumah gadang) atau rumah sendiri yang dibina berhampiran rumah

    pusaka ibu si isteri. Jika berlaku penceraian atau si isteri meninggal dunia, maka si

    suami akan kembali semula kepada sukunya yang asal manakala anak-anaknya

    mereka bukan menjadi hak keluarga asas pasangan suami isteri tersebut tetapi

    hak rumpun ibunya.

    e) Adat Perpatih juga bersifat matriarchal/matrilineal, iaitu mengutamakan kedudukan

    wanita. Wanita dianggap sebagai pengasas suku. Harta pusaka turun-temurun

    adalah kepunyaan suku. Pewarisan harta diberatkan di sebelah ibu dan anak

    perempuan menjadi asas wujudnya suku dan ini menjadikan wanita kaya dan

    berkuasa. Si suami tidak berhak ke atas harta pusaka.

    f) Dari segi undang-undang jenayah, hukuman dalam Adat Perpatih bersifat

    pemulihan, berperikemanusiaan dan bertimbangrasa. Orang yang membuat

    kesalahan akan didenda berdasarkan kesalahannya dan mangsa diberi ganti rugi.

    Contohnya jika seseorang dari suku itu dicederakan, dia akan diberi ganti rugi

    dalam bentuk ayam atau kambing sebagai ganti darah yang mengalir, besar atau

    kecil binatang itu bergantung kepada besar atau kecil luka yang dialami. Bagi kes

    kecurian hukumannya ialah memulangkan semula barang yang dicuri atau dibayar

    ganti rugi. Bagi kesalahan membunuh, si pembunuh mesti menanggung hidup

    keluarga si mati. Hukuman bunuh hanya boleh dikenakan ke atas kesalahan serius

    seperti mendurhaka. Adat Perpatih berpegang kepada konsep orang yangmelakukan jenayah boleh mengubah perangai mereka. Pelaksana undang-undang

    biasanya dijalankan oleh Buapak atau Lembaga kecuali hukuman bunuh yang

    hanya boleh dijatuhi oleh Yamtuan Besar

    2. Adat Temenggung (7m)

    a) Adat ini berasal dari Palembang, Sumatera dan diasaskan oleh Datuk

    Ketemenggungan. Adat ini telah diresapi oleh unsur-unsur Islam mengikut mazhab

    Shafie. Adat ini dipercayai dibawa ke Tanah Melayu oleh keturunan Diraja

    Palembang. Disebar luaskan ke seluruh Tanah Melayu kecuali Negeri Sembilan

    dan kawasan Naning di Melaka.

    b) Dari segi politik Adat Temenggung bersifat autokrasi,iaitu kuasa terletak di tangan

    pemerintah atau raja. Raja atau sultan terlalu istimewa dan kuasanya

    diperkukuhkan dengan konsep daulat dan durhaka. Kuasa raja dikaitkan dengan

    kesaktian dan sesiapa yang melanggarnya terkena tulah raja. Raja mempunyai

    keistimewaan tertentu yang dilambangkan dengan penggunaan warna tertentu dan

    bahasa dalam yang hanya dikhaskan untuknya. Raja atau sultan mempunyai

    kuasa mutlak dan berhak melantik pembesar sama di peringkat negeri, jajahan,

    mukim mahupun kampung. Jawatan sultan adalah bersifat warisan iaitu putera

  • 7/30/2019 Nota Sejarah Kertas 2 Tema 1 Masyarakat Tempatan

    7/14

    Sejarah Kertas 2 (940/2) Bahagian A: Sejarah Malaysia 7

    sulungnya akan dilantik menjadi sultan jika berlaku kemangkatan sultan kecuali di

    Perak.

    c) Dari segi pembahagian harta Adat Temenggung mengutamakan kaum lelaki

    (bersifat patriarchal) yang dianggap akan melanjutkan keturunan sesebuah

    keluarga. Sifat ini sejajar dengan prinsip hukum syarak yang mengiktiraf lelaki

    sebagai ketua keluarga. Anak lelaki akan mewarisi harta pusaka dengan kadar 2/3

    berbanding anak perempuan. Ini berdasarkan tanggungjawab anak lelaki yang

    lebih besar dalam keluarga berbanding anak perempuan. Jika berlaku pencerian

    lazimnya cara pembahagian harta suami isteri dibuat mengikut hukum syarak.

    Harta yang didapati semasa perkahwinan dipanggil harta sepencarian. Bagi harta

    sepencarian, ia akan dibahagikan dua sama banyak kepada isteri yang diceraikan

    dan jika isteri yang diceraikan tidak bekerja si isteri hanya berhak mendapat 1/3

    bahagian sahaja.

    d) Dalam soal perkahwinan Adat Temenggung mengamalkan endogami, iaitu

    membenarkan perkahwinan dengan sesiapa sahaja dengan syarat ia tidak

    bertentangan dengan hukum syarak. Seseorang perempuan yang berkahwin

    dikehendaki tinggal bersama-sama dengan keluarga ibu bapa suaminya kerana si

    isteri lazimnya akan menjadi ahli keluarga si suami.

    e) Dari segi Udang-undang Adat Temenggung bersifat menghukum atau pembalasan.

    Oleh itu pelaksanaan sesuatu undang-undang dibuat dengan tegas. Ia bertujuanuntuk memberi ikhtibar kepada orang lain dan pembalasan kepada si pesalah.

    Contoh kesalahan membunuh akan dihukum bunuh. Dalam Adat Temenggung

    sultan atau pembesar yang akan menjadi pelaksana undang-undang. Pembesar

    boleh mengendalikan semua kesalahan kecuali yang melibatkan hukuman bunuh.

    Kesalahan yang melibatkan hukuman bunuh hanya dikendalikan oleh sultan.

    3. Hukum adat masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak (6m)

    a) Masyarakat di Sabah dan Sarawak juga mempunyai adat yang tersendiri seperti di

    Tanah Melayu bagi menjamin keharmonian hidup. Masyarakat bumiputera

    Sarawak mengamalkan Adat Tunggu (denda dan kesalahan) dan Undang-undang

    Mahkamah Melayu. Hukum adat mengawal soal bertanam padi dan tempat

    kediaman orang Iban. Hukum adat menentukan tanah kampung halaman adalah

    kepunyaan bersama sesuatu kumpulan masyarakat. Semua penduduk Rumah

    Panjang dalam kumpulan tersebut berhak bercucuk tanam, memburu, dan

    mengambil hasil hutan di kawasan kampung mereka. Antara kesalahan yang

    dikenakan hukuman denda ialah sesiapa yang gagal melaporkan sebarang

    bencana, kecemasan , tidak bekerjasama dalam sesuatu tindakan yang telah

    dipersetujui, dan pelawat yang memasuki rumah panjang tanpa menanggalkan

    parangnya.

    b) Di peringkat kampung adat dilaksanakan oleh ketua kampung atau Majlis Orang

    Tua-Tua. Dalam mengendalikan sesuatu perbicaraan biasanya Pengeran

    Temenggong atau Datuk Orang Kaya yang mewakili Sultan Brunei dan dua orang

    wakil suku yang akan bertindak sebagai hakim. Masyarakat Sabah mengamalkan

    Adat Dusun, Adat Tenom, dan Adat Timogun. Hukum adat ini dikendalikan oleh

    oleh Orang Tua

    Kesimpulan (2/3m)

    Hukum adat memainkan peranan penting dalam mengekalkan peraturan hidup. Ia

    menjamin keharmonian dalam masyarakat, menentukan hak dan mengawal tingkahlaku individu dalam masyarakat. Namun selepas kedatangan penjajah undang-undang

    adat semakin dipinggirkan kerana British memperkenalkan undang-undang Barat.

    Undang-undang barat mula mengantikan peranan undang-undang adat di Tanah

    Melayu, Sabah dan Sarawak. Hanya bahagian-bahagian tertentu undang-undang adat

    dikekalkan oleh British dengan sedikit penyesuaian bagi mengambil hati penduduk

    tempatan dan mengelakkan penentangan daripada penduduk tempatan.

  • 7/30/2019 Nota Sejarah Kertas 2 Tema 1 Masyarakat Tempatan

    8/14

    Sejarah Kertas 2 (940/2) Bahagian A: Sejarah Malaysia 8

    6. Huraikan pengaruh undang-undang bertulis yang terdapat di negeri-negeri

    Melayu sebelum tahun 1874.

    Pengenalan

    Undang-undang terbahagi kepada dua iaitu undang-undang bertulis dan tidak bertulis.

    Undang-undang bertulis yang diamalkan di negeri-negeri Melayu adalah berasaskan

    kepada Hukum Kanun Melaka tetapi menggunakan nama yang berbeza-beza di

    setiap negeri.

    Contoh undang-undang bertulis ialah Undang-Undang Pahang, Undang-Undang

    Johor dan Undang-Undang Kedah, dan Undang-undang 99 Perak .

    Isi-isi Penting

    1) Undang-undang Melaka.

    a) Hukum Kanun Melaka

    Terbahagi kepada dua iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang

    Darat / Hukum Kanun Melaka yang ditulis pada zaman pemerintah Sultan Muzaffar

    Shah dan dilengkapkan zaman Sultan Mahmud Shah.

    Disusun secara sistematik dan mempunyai 44 bab yang meliputi perkara

    mengenai raja, tugas pembesar dan peraturan rasmi di istana memudahkan

    pentadbiran. Ini termasuklah segala keistimewaan yang dimiliki oleh raja seperti

    penggunaan bahasa istana, pakaian kuning dll.

    Mengandungi pelbagai bentuk hukuman kepada penderhaka dan pencuri, contoh:hukuman mati dikenakan kepada sesiapa yang mengingkari perintah sultan dan

    membunuh tanpa kebenaran sultan untuk menjamin keamanan Melaka.

    Sultan mesti mempunyai pembantu untuk melaksanakan tugas kerajaan sultan

    contohnya Penghulu Bendahari sebagai pengutip cukai di pelabuhan,

    Temenggung menangkap pesalah dan mendirikan penjara.

    Menjadikan hukum syarak sebagai panduan semua bentuk peraturan

    berdasarkan ajaran Islam selari dengan taraf Melaka sebagai pusat penyebaran

    agama Islam yang utama di nusantara.

    Hukuman sivil dan jenayah turut dimuatkan dalam undang-undang, contoh sivil :

    menyentuh perkara-perkara berkaitan hutang, harta, sewa tanah dan hamba.

    Contoh jenayah: merujuk terhadap kesalahan jenayah mencuri, merompak dll.

    Hukuman lebih berat dikenakan jika kesalahan dilakukan ke atas seseorang yangberpangkat tinggi daripada pelakunya.

    Penghakiman dilaksanakan oleh sultan dan pembesar negeri.

    Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan

    laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasa

    nakhoda serta tanggungjawab pegawai kapal.

    Digubal untuk untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang-

    pedagang yang berdagang dengan kapal.

    b) Undang-undang Laut Melaka

    Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan

    laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasa

    nakhoda serta tanggungjawab pegawai kapal.

    Digubal untuk untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang-

    pedagang yang berdagang dengan kapal.

    2) Undang-undang Kedah

    Dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka.

    Undang-undang Kedah yang dipengaruhi Hukum Kanun Melaka seperti Undang-

    undang Seri Paduka Tuan yang berkaitan peraturan pertanian dan ternakan serta

    bidang tugas ketua kampong.

    Hukum Kanun Dato Kota Star berkaitan dengan bidang tugas raja dan pembesar.

    Adat istiadat, alat kebesaran dan ufti.

    3) Undang-undang Pahang

    Undang-undang ini disusun berpandukan Hukum Kanun Melaka dan disesuaikan

    dengan pengaruh Islam.

    Antaranya ialah Adat Lembaga yang merangkumi bidang tugas dan

    tanggungjawab pembesar dan rakyat. Contoh: Hulubalang mempertahankan dan

    melindungi raja dan negeri daripada musuh.

    Undang-undang Jenayah- menetapkan 360 seksaan bagi kesalahan menderhaka.

    Undang-undang awam berkaitan dengan tanah dan perumahan.

    3) Undang-undang Johor

    Undang-undang Johor merupakan warisan daripada Hukum Kanun Melaka dan

    telah disesuaikan dengan adat dari Riau dan Undang-undang Islam.

    Undang-undang ini berkaitan dengan bidang tugas raja, pembesar dan

    tanggungjawab rakyat untuk mentaati pemerintah.

    4) Undang-undang 99 Perak.

    Berasal dari Parsi dan dibawa ke Perak pada abad ke 17. Undang-undang ini unik kerana ditulis dalam bentuk soal jawab.

    Meliputi 99 perkara yang mengandungi tugas-tugas sultan, pembesar dan

    penghulu.

    Cara dan syarat melantik pegawai negeri seorang kadi mesti mempunyai

    pengetahuan yang mendalam tentang agama Islam. Seorang pegawai kerajaan

    berdasarkan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki individu itu.

    Hukuman mengenai dakwaan penduduk dan hukum jenayah.

  • 7/30/2019 Nota Sejarah Kertas 2 Tema 1 Masyarakat Tempatan

    9/14

    Sejarah Kertas 2 (940/2) Bahagian A: Sejarah Malaysia 9

    Mengutamakan perikemanusian dan bertimbang rasa, contoh : perwarisan harta,

    menetapkan hak dan harta warisan anak.

    Menggariskan hubungan antara pemerintah dengan pembesar serta golongan

    pemerintah dengan yang diperintah.

    Kesimpulan

    Masyarakat Melayu tradisional mempunyai undang-undang yang berkesan sebelum

    kedatangan kuasa Barat ke Tanah Melayu

    Kedatangan Barat telah mengubah sistem perundangan di Tanah Melayu.

    Pihak British telah memperkenalkan sistem perundangan Barat bagi menggantikan

    sistem perundangan tradisional.

  • 7/30/2019 Nota Sejarah Kertas 2 Tema 1 Masyarakat Tempatan

    10/14

    Sejarah Kertas 2 (940/2) Bahagian A: Sejarah Malaysia 10

    Sistem Sosial

    7. Masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British adalah

    berbentuk masyarakat feudal. Bincangkan.

    Pengenalan

    Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan pemerintah dan

    golongan diperintah.

    Golongan pemerintah terdiri daripada raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja,

    pembesar, pentadbir serta ulama istana.

    Golongan diperintah ialah orang merdeheka dan hamba.

    Isi-isi Penting

    Golongan pemerintah

    1) Raja/sultan/Yang Dipertuan Besar

    Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri.

    Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran

    negeri.

    Mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat dan para pembesar.

    Menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan dan memajukan negeri.

    Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata

    Melaksanakan kuasa kerajaan pusat. Konsep daulat dan derhaka

    memperkukuhkan kuasa raja

    Menjalinkan hubungan luar.

    Mempunyasi keistimewaan tertentu; warna kuning hanya untuk raja, payung putih

    untuk sultan, payung kuning untuk kerabat, menggunakan bahasa dalam, cop

    mohor diraja, alat kebesaran seperti kendi.

    2) Keluarga dan kerabat diraja

    Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja dan kerabat diraja.

    Anak raja tidak semestinya seorang putera raja yang memerintah.

    Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan.

    Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung/tertua/adinda sultan jika tiada

    putera.

    Putera sultan ada yang dilantik menjadi pembesar daerah atau pemerintah jajahan

    takluk

    Mempunyai keistimewaan sama seperti raja, tetapi tidak melebihi keistimewaan

    raja.

    Menggunakan bahasa dalam dan payung kuning.

    3) Golongan Bangsawan dan pembesar

    a) Golongan bangsawan

    Terdiri daripada golongan pembesar dan kaum kerabat

    Sangat berpengaruh dalam kalangan pemerintah dan pentadbir.

    Membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan.

    Menjadi penasihat/pembesar di daerah-daerah tertentu.

    b) Pembesar daerah

    Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf dan dilantik melalui surat

    tauliah oleh sultan yang bercop mohor.

    Memegang jawatan seumur hidup dan mesti menunjukkan taat setia kepada

    pemerintah.

    Berkuasa penuh dalam kawasan pegangannya.

    Berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan kerajaan dan menjadi

    perantara sultan dengan rakyat.

    Menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pemakanannya serta

    bebas menjalankan kegiatan ekonomi.

    Menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah di daerah mereka.

    Membekalkan tenaga buruh kepada sultan dalam sistem kerah dan serah.

    Contoh membina istana.

    Golongan diperintah

    Terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing yang bebas/merdeheka.

    1) Rakyat biasa

    Petani, nelayan, dagang dan tukang.

    Tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan dal;am pentadbiran.

    Mengamalkan tradisi gotong-royong.

    Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang dan peniaga kecil-kecilan, buruh dan

    pekerja biasa serta petani dan tukang mahir.

    Bebas menjalankan kegiatan ekonomi- pertanian, perikanan, perlombongan dan

    perdagangan.

    2) Rakyat asing

    Penduduk bukan Melayu yang datang ke Tanah Melayu untuk tujuan tertentu dan

    tinggal sementara sahaja.

    Terlibat dalam pelbagai kegiatan sosial seperti tentera upahan kerajaan.

  • 7/30/2019 Nota Sejarah Kertas 2 Tema 1 Masyarakat Tempatan

    11/14

    Sejarah Kertas 2 (940/2) Bahagian A: Sejarah Malaysia 11

    Menjalankan kegiatan ekonomi seperti pelombong dan peniaga runcit.

    Tidak wajib mematuhi dan mengamalkan tradisi kebudayaan tempatan.

    3) Golongan hamba

    Menyediakan tenaga manusia untuk aktiviti masyarakat seperti gotong-royong.

    Menyumbang tenaga untuk menambah harta tuannya.

    Melambangkan ketinggian taraf sosial pemiliknya.

    Terdapat tiga jenis hamba:

    i) Hamba raja

    -

    Merupakan hamba yang tertinggi daripada hamba lain

    - Terdiri daripada bekas tawanan perang/banduaan

    ii) Hamba berhutang

    - Menjadi hamba dalam tempoh yang ditetapkan sehingga berjaya

    melangsaikan hutang dan akhirnya bebas menjadi rakyat biasa

    iii) Hamba biasa

    - Menjadi hamba seumur hidup.

    - Terdapat tiga jenis hamba biasa hamba abdi, hamba dengan dan

    biduanda.

    Kesimpulan

    Adanya hierarki dalam masyarakat Melayu tradisional adalah untuk membezakan

    kedudukan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah untuk membezakankedudukan dan penghormatan.

    Dapat menentukan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

    Namun begitu, susun lapis ini mengalami perubahan selepas kedatangan campur

    tangan British.

  • 7/30/2019 Nota Sejarah Kertas 2 Tema 1 Masyarakat Tempatan

    12/14

    Sejarah Kertas 2 (940/2) Bahagian A: Sejarah Malaysia 12

    8. Bincangkan peranan golongan pemerintah yang terdapat dalam susun lapis

    masyarakat Melayu tradisional sebelum kedatangan Barat.

    Pengenalan

    Corak pemerintahan dan pentadbiran di negeri-negeri Melayu telah mempengaruhi

    pembentukan susun lapis masyarakat. Setiap lapisan masyarakat mempunyai

    kedudukan dan fungsinya yang tersendiri. Secara umum, masyarakat Melayu tradisional

    dapat dibahagikan kepada dua golongan utama iaitu golongan yang memerintah dan

    golongan yang diperintah. Golongan yang memerintah ini mempunyai kedudukan yang

    lebih tinggi dan istimewa daripada golongan yang diperintah.

    Isi-isi penting

    a) Raja atau sultan

    - Raja atau sultan merupakan asas terpenting dalam susun lapis masyarakat

    Melayu tradisional.

    - Mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam piramid organisasi sosial.

    Mempunyai kuasa dan wibawa yang paling tinggi bagi memerintah seluruh

    negeri dan jajahan taklukannya.

    - Dianggap sebagai dewa raja.

    - Merupakan tonggak menyatupadukan rakyat dan merupakan orang yang

    bertanggungjawab memelihara keamanan dan memajukan negeri.

    -Seseorang raja dilantik melalui pertabalan di atas persetujuan semuapembesar. Biasanya putera sulong atau adik lelaki raja yang akan

    menggantikan raja yang mangkat.

    b) Kerabat raja

    - Raja sebagai seorang pemimpin, maka dirinya serta keluarganya akan

    dihormati oleh masyarakat

    - Dianggap sebagai suci dan amat berbeza dengan golongan rakyat biasa.

    - Mempunyai hak-hak istimewa, namun tidak boleh melebihi hak istimewa

    seseorang sultan yang memerintah.

    - Antara keistimewaan yang dinikmati oleh kerabat raja ialah menggunakan

    payung berwarna kuning dan penggunaan bahasa dalaman.

    c) Bangsawan

    - Turut dikenali sebagai anak baik-baik.

    - Menggunakan bahasa dalaman untuk mengekalkan identiti mereka.

    - Terdiri daripada kerabat diraja dan bukan kerabat raja.

    - Berpengaruh di kalangan pemerintah dan pentadbir.

    - Bertanggungjawab mengendalikan jentera pemerintahan dan pentadbiran

    negeri.

    d) Pembesar

    - Golongan yang mempunyai kedudukan yang hampir sekali dengan sultan.

    - Biasanya terdiri daripada bukan kerabat raja.

    - Dianugerahkan suatu kawasan yang menjadi pegangannya dan sumber

    pendapatannya

    - Pembesar dibenarkan mengutip cukai dan mengawal tenaga manusianya di

    kawasan pegangannya.

    -Biasanya mereka dilantik secara turun-temurun.

    e) Golongan pemimpin agama

    - Termasuk dalam golongan bangsawan.

    - Golongan cerdik pandai yang memegang jawatan mufti dan kadi.

    - Terdapat pemimpin agama yang dianugerahkan gelaran kebesaran seperti

    Maharaja Kadi, Dato Mufti Seri Utama dan Dato Muft i Imam Maharaja.

    - Menjadi penasihat raja dan kerajaan dalam hal-hal tentang hukum syarak dan

    selok-belok agama termasuk mengeluarkan fatwa tentang isu agama.

    - Pakar dalam hal-hal kesusasteraan, kesenian, kebudayaan, adat-istiadat dan

    salasilah raja-raja.

    - Menjadi pakar perujuk kepada raja serta menjadi penulis dan perawi diraja.

    Golongan ini biasanya berketurunan Arab.- Menggunakan panggilan yang berlainan mengikut negeri seperti Tokku di

    Terengganu.

    Kesimpulan

    Perbezaan antara kelas pemerintah dengan kelas diperintah adalah dibezakan dengan

    aturan-aturan tertentu. Perkahwinan antara dua kelas ini adalah dilarang dan hampir

    mustahil dalam masyarakat Melayu. Mustahil bagi seseorang dari rakyat biasa hendak

    mengangkat dirinya sebagai golongan raja yang memerintah. Namun begitu masih

    terdapat rakyat yang dapat mengangkat diri daripada golongan yang diperintah kepada

    golongan pemerintah, melalui jasa kepada pemerintah.

  • 7/30/2019 Nota Sejarah Kertas 2 Tema 1 Masyarakat Tempatan

    13/14

    Sejarah Kertas 2 (940/2) Bahagian A: Sejarah Malaysia 13

    9. Bincangkan golongan yang diperintah dan tanggungjawab mereka terhadap

    pemerintah.

    Pengenalan

    Secara umumnya masyarakat Melayu tradisional merupakan sebuah masyarakat feudal

    dan bercorak hierarki yang dapat dibahagikan kepada 2 golongan iaitu golongan yang

    memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan yang diperintah terdiri daripada

    rakyat biasa yang merdeheka dan hamba. Mereka merupakan kelas bawahan yang

    tetapi bilangannya adalah banyak. Namun rakyat mempunyai kuasa mobiliti yang

    tersendiri yang tidak dapat disekat oleh golongan pemerintah.

    Isi-isi Penting

    1. Rakyat Biasa

    a) Rakyat biasa yang bermastautin tetap dan menjadi pengikut setia kepada

    pembesar yang mentadbir daerah dan jajahan.

    b) Ketaatan kepada sultan ialah mutlak dan tidak berbelah bagi. Mereka rela

    dengan amalan sistem serah seperti bekerja di tanah pembesar tanpa mendapat

    upah dan sistem kerah seperti menjadi bala tentera dan mendirikan istana.

    c) Dalam bidang ekonomi mereka menjalankan kegiatan bertani, berdagang,

    menangkap ikan, melombong dan menjadi tukang mahir. Tiada dorongan

    perubahan diri untuk bekerja keras dalam bidang ini kecuali kerja-kerja demi

    kepentingan raja.d) Rakyat biasa sesebuah kampung sesalu mempunyai pertalian kekeluargaan dan

    mengamalkan tradisi hidup secara bergotong-royong, bekerjasama dan

    bermuafakat. Amalan ini mewujudkan keharmonian dan membantu pembesar

    mentadbir sesebuah daerah atau kampung itu dengan lebih teratur dan berjaya.

    2. Orang Asing

    a) Merupakan orang bukan Melayu dan datang ke Tanah Melayu hanya untuk

    tujuan tertentu. Tinggal sementara sahaja dan akan pulang ke negara asal

    setelah urusan mereka selesai.

    b) Terdiri daripada pedagang, perantau, santeri ( orang merantau kerana menuntut

    ilmu ) dan mubaligh.

    c) Rakyat asing boleh dibahagi kepada 2 kumpulan:

    i. melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan sosial seperti menjadi tentera

    upahan dan kebanyakan mereka berasal daripada Jawa dan Pasai.

    ii. melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti peniaga runcit, pemborong

    dan pelombong.

    d) Masyarakat Tamil Islam merupakan kumpulan yang paling ramai dan mereka

    hidup bebas dan bergaul dengan penduduk peribumi

    e) Rakyat asing ini tidak diwajibkan mengamal dan mematuhi tradisi kebudayaan

    tempatan. Walaupun demikian mereka masih tertakluk kepada undang-undang

    dan peraturan tempatan.

    3. Hamba

    a) Terbahagi kepada hierarki yang berbeza taraf kedudukan antara mereka.

    b) Antara jenis hamba:

    Hamba raja ( biduanda ) paling tinggi kedudukannya. Akan dibebaskan

    dengan kerelaan raja.

    Hamba Abdi hamba tawanan, hamba diranggah, hamba habsyi, hamba hulur,

    hamba serah, dan anak hamba.

    Hamba berhutang orang berhutang, anak emas, hamba waris, hamba bayar.

    Hamba abdi dan hamba berhutang akan berkhidmat untuk tuannya sebagai

    pengikutmanakala sebahagiannya akan terlibat dengan pekerjaan dalam

    rumah.

    c) Antara peranannya:

    menyediakan tenaga kerja manusia bagi melakukan pelbagai aktiviti dalam

    masyarakat.

    menyumbang tenaga bagi menambah harta tuan

    menjadi pegawai kepada tuannya menjadi lambing ketinggian taraf sosial golongan yang memiliki hamba.

    Kesimpulan

    Golongan yang diperintah memberikan ketaatsetiaan yang sepenuhnya kepada

    pemerintah sama ada sultan ataupun pembesar.Manakala golongan pemerintah akan

    memberikan kepimpinan dan keselamatan kepada rakyat. Di sinilah wujudnya

    hubungan timbal balik di antara golongan pemerintah dan yang diperintah.

  • 7/30/2019 Nota Sejarah Kertas 2 Tema 1 Masyarakat Tempatan

    14/14

    Sejarah Kertas 2 (940/2) Bahagian A: Sejarah Malaysia 14

    Ekonomi10. Huraikan kegiatan ekonomi masyarakat Melayu sebelum campur tangan

    British.

    PendahuluanSebelum kedatangan British pada abad ke -19, sistem ekonomi Tanah Melayu bersifatsara diri. Ekonomi sara diri merupakan kegiatan ekonomi yang dijalankan untukkegunaan sendiri dan biasanya tiada pengkhusussan kerja. Sektor-sektor ekonomi saradiri seperti pertanian, penternakan, mencari hasil hutan dan perikanan yang dijalankandihampir semua negeri Melayu.

    Isi-isi Penting: Ekonomi Sara Diri1. Pertanian sara diri

    - Tanaman utama ialah padi sawah dan padi huma. Diusaha secara taradisionalyang bergantung kepada air sungai dan hujan.

    - Terdapat taliair dan terusan yang dibina, contoh: Terusan Wan Mat Saman diKedah dan terusan di Kerian, Perak. Negeri utama penanaman padi ialah Kedah,Seberang Prai, Perlis dan Kelantan.

    - Alatan tradisi yang diguna: tajak, cangkul dan tenggala. Guna binatang ternakanseperti kerbau dan lembu untuk bajak tanah.

    - Padi huma di tanam di lereng-lereng bukit tetapi tidak begitu meluas.- Tanaman lain yang ditanam secara sampingan disekitar rumah untuk kegunaan

    sendiri seperti pisang, ubi kayu, buah-buahan dan s irih.

    2. Mengutip hasil hutan

    - Masyarakat di Tanah Melayu mengutip hasil hutan seperti rotan,damar,getahperca,jelutong kayu kayan dan buluh (kegiatan ini dipanggil meramu)

    - Masyarakat Melayu tradisional masuk hutan kerana 3 tujuan:1. Untuk kegunaan rotan, kayu, buluh2. Untuk makanan memburu binatang, buah hutan3. Untuk ubatan akar kayu

    - Hasil-hasil ini ditukar dengan barang keperluan lain seperti beras,garam dan kain.Perkembangan pusat perdagangan di Kedah dan Melaka membolehkan hasil-hasilhutan dijual kepada pedagang-pedagang asing.

    3. Penternakan dan Berburu binatang

    - Masyarakat Melayu juga menternak binatang seperti ayam,itik,lembu dan kerbausebagai sumber makanan,membajak sawah dan menarik kayu.

    - Aktiviti berburu juga dijalankan untuk mendapatkan sumber makanan. Antarabinatang yang diburu ialah kancil, rusa, dan ayam hutan.

    - Kegiatan menjerat gajah juga dijalankan kerana gajah sangat berguna sebagaibinatang pengangkutan.

    4. Perikanan.- Merupakan kegiatan utama penduduk di pinggir laut, sungai dan tasik. Nelayan

    biasanya menukar ikan dengan beras dikampung-kampung yang menanam padi.- Cara penangkapan ikan berbeza dan bergantung kepada kedaan sunagai atau

    laut dan jenis ikan yang ditangkap. Antara alat penangkapan ikan taradisi ialahbubu, lukah, serkap jala dan kelong.

    - Penangkapan ikan laut biasanya dijalankan di negeri-negeri pantai timur

    semenanjung terutamanya bulan Mac dan Oktober. Pada musim tengkujuhnelayan tidak ke laut dan penangkapan ikan tertumpu di kawasan sungai, sawahpadi dan tasik.

    - Lebihan hasil tangkapan laut biasanya dibuat ikan kering, keropok, belacan danbudu. Hasil laut yang turut diperdagangkan seperti ikan kering, mutiara dan agar-agar yang mendapat permintaan tinggi dikalangan orang-orang Cina.

    5. Pertukangan.- Melibatkan pertukangan kayu seperti membuat rumah dan sampan serta

    pertukangan logam untuk membuat senjata dan barang hiasan.- Terdapat aktiviti membuat periuk belanga dari tanah- Menghasilkan kraftangan daripada kayu dan logam.- Penduduk di pantai Timur menjalankan kegiatan menenun kain songket dan batik

    serta alat penangkapan ikan seperti jala dan bubu.

    6. Perlombongan Bijih Timah- Diusahakan oleh pembesar melayu Perak dan Selangor dengan menggunakan

    buruh dari China.- Kawasan yang kaya dengan bijih timah menjadi rebutan para pembesar,

    contohnya seperti Kelang- Terdapat juga pengkongsian antara pembesar Melayu dengan tauke Cina untuk

    memajukan sector perlombongan, contohnya Raja Jumaat-Chee Yam Chuan diLkut dan Ngah Ibrahim-Kongsi Gelap Cina.

    7. Perdagangan

    - Dilakukan secara kecil-kecilan oleh golongan rakyat- Golongan pembesar dan bangsawan berperanan sebagai pengeluar modal sahaja.- Antara barang dagangan ialah garam, ikan kering, minyak dan bahan tekstil- Hasil hutan diperdagangkan untuk mendapatkan kain, tembakau dan perkakas

    besi.

    KesimpulanTerdapat pelbagai kegiatan ekonomi di Tanah Melayu tetapi lebih kepada ekonomikeperluan sendiri. Kedatangan Barat kembangkan ekonomi moden.