nota ringkas taklimat awal jms 528/4: kajian tempatan · format kajian tempatan hasil kajian perlu...

12
Nota Ringkas Taklimat Awal BAHAGIAN SEJARAH PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA JMS 528/4: KAJIAN TEMPATAN Sidang Akademik 2020/2021

Upload: others

Post on 16-Feb-2020

48 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Nota Ringkas Taklimat Awal

BAHAGIAN SEJARAHPUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

JMS 528/4:KAJIAN TEMPATAN

Sidang Akademik 2020/2021

Nota Ringkas Taklimat Awal

JMS 528/4:KAJIAN TEMPATAN

Sidang Akademik 2020/2021

BAHAGIAN SEJARAHPUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PENGENALAN

SINOPSIS KURSUS

OBJEKTIF KURSUS

Sejarah Kajian Tempatan merupakan kursus pelengkap dan kursus yang perlu didaftar

oleh pelajar-pelajar Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh yang mengkhusus (major)

dalam bidang sejarah. Kursus ini bernilai 4 unit dan tidak ada peperiksaan akhir.

Berlainan daripada kursus-kursus sejarah yang telah atau sedang saudara saudari ikuti,

kursus Sejarah Kajian Tempatan ini merupakan satu kursus yang dikendalikan sepenuhnya

oleh para pelajar sendiri dengan bimbingan pensyarah sebagai penyelia. Kertas panduan

ini mengandungi beberapa aspek penting yang perlu pelajar ketahui dan patuhi sepanjang

mengikuti kursus ini.

Sesuai dengan tajuknya, kursus ini adalah merupakan satu kursus yang bertunjangkan

kajian bersifat tempatan. Melalui kursus ini, pelajar boleh memahami dan seterusnya

membuat penyelidikan, dengan pendedahan kepada kaedah-kaedah untuk taksiran dan

kritikan sumber pada dokumen-dokumen sejarah. Ia juga mendedahkan kepada para

pelajar tentang isu-isu asas dalam penyelidikan sejarah dengan tujuan agar di akhir

kursus para pelajar dapat memanfaatkan kemahiran yang diperolehi sepanjang pengajian

dengan menyediakan satu kajian bersifat ilmiah. Kajian pelajar akan ditumpukan kepada

topik atau isu tempatan dengan pemilihan tajuk atas nasihat dan bimbingan para

pensyarah.

Kursus ini mempunyai beberapa objektif yang perlu dicapai oleh pelajar ketika dan

selepas mengikuti keseluruhan kursus. Objektif-objektif tersebut ialah:

Pelajar berkeupayaan membina rangka penyelidikan sejarah dan

mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang perlu.

Pelajar dapat mentafsir dan menganalisis sumber sejarah dalam kajian

mereka.

Pelajar menghasilkan penulisan sejarah dengan menggunakan teknik dan

kaedah penulisan sejarah yang betul.

2JMS 528/4: KAJIAN TEMPATANNota Ringkas Taklimat Awal

E-MODUL

Pelajar-pelajar boleh mengakses e-Modul JMS 528 melalui portal e-Learning PPPJJ

apabila berada di tahun akhir. e-Modul tersebut merangkumi pelbagai aspek yang

berkaitan dengan penyelidikan dalam bidang sejarah termasuk tentang pemilihan topik,

sumber dan tafsirannya, kaedah penyelidikan yang digunakan dan teori-teori yang

berkaitan dengan penyelidikan. Terdapat tiga bab dalam modul berkenaan iaitu:

Bab Satu : Pendekatan Penyelidikan Sejarah : Pemilihan Tajuk Kajian dan Objektif

Bab Dua : Sumber, Pengesahan Fakta dan Pentafsiran Sejarah

Bab Tiga : Kaedah Kuantifikasi: Satu Penularan Baru

RAKAMAN WEBEX DAN E-KULIAH

TEMA/TAJUK KAJIAN

Di samping itu, pelajar-pelajar juga akan diberi penerangan secara rasmi melalui kuliah e-

rakaman yang akan disampaikan oleh penyelaras kursus dari masa ke semasa mengikut

keperluan. Manakala para pensyarah lain yang merupakan penyelia pelajar masing-

masing juga akan menyampaikan penerangan-penerangan lanjut tentang menjalankan

kajian dan penyelidikan dalam kertas cadangan melalui rakaman e-kuliah. Rakaman e-

kuliah tersebut akan dimuatnaik dan hanya boleh diakses melalui portal e-Learning

PPPJJ. Antara topik-topik yang akan dirangkumkan dalam e-Kuliah tersebut.

e-Kuliah 1 : Objektif dan Skop Kajian ( Dr. Ku Boon Dar)

e-Kuliah 2 : Sorotan Kajian ( Dr. Azmah Abdul Manaf)

e-Kuliah 3 : Kaedah Kajian ( Dr. Low Choo Chin)

e-Kuliah 4 : Bibliografi dan Nota Kaki ( Dr. Sah Hadiyatan Ismail)

Untuk sidang akademik 2020/2021, Bahagian sejarah PPPJJ telah menentukan skop dan

pilihan tema yang boleh dikaji oleh para pelajar. Penentuan tema ini adalah sebagai satu

langkah memudahkan para pelajar dalam pemilihan tajuk kajian. Pelajar tidak boleh

memilih tema di luar dari skop yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, perincian

tentang tajuk/tema adalah berasaskan kepada perbincangan dengan pensyarah yang

akan menyelia saudara/i.

3JMS 528/4: KAJIAN TEMPATANNota Ringkas Taklimat Awal

SKOP DAN TEMA KAJIAN UNTUK SIDANG 2019/2020

Aspek yang dipilih untuk kajian bagi sidang ini ialah kajian bersifat tempatan dan

berasaskan pada topik/tema yang telah diptetapkan oleh setiap pensyarah di Bahagian

Sejarah, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh. [Sila lihat Lampiran I untuk perincian

topik/tema kajian. Untuk Sidang Akademik 2020/2021, beberapa tema/topik telah

disenaraikan oleh para pensyarah agar dapat memberi peluang kepada pelajar memilih

berdasarkan minat, kesesuaian dan kemahiran pelajar. Namun, penerimaan muktamad

tajuk yang dicadangkan oleh pelajar tertakluk kepada perbincangan dengan penyelia

apabila kertas cadangan yang dikemukakan oleh pelajar diluluskan dan diperakui oleh

penyelia masing-masing.

KERTAS CADANGAN/PROPOSAL

Pelajar dikehendaki menghantar satu kertas cadangan yang menghuraikan tentang tajuk

kajian. Ia merupakan perincian kepada tajuk dan hal-hal yang berkaitan dengan kajian.

Perkara-perkara yang harus ada dalam kertas cadangan ialah:

1. Tajuk dan skop kajian.2. Objektif kajian3. Justifikasi pemilihan tajuk4. Sorotan kajian5. Kaedah & Sumber kajian6. Pembahagian bab

Pelajar-pelajar perlu mengambil perhatian dalam sesi taklimat Awal Projek JMS 528 yang

akan diadakan pada 9 FEBRUARI 2020 (AHAD) jam 2:00 – 4:00 petang di DKB untuk

mendapat pencerahan kaedah-kaedah dan cara penulisan kertas cadangan. Ingat, kertas

cadangan PERLU dimajukan kepada penyelia masing-masing sebelum tarikh akhir seperti

mana ditetapkan dalam Takwin Jadual Perancangan [Sila lihat di Lampiran II].

KEGAGALAN pelajar menghantar kertas cadangan kepada penyelia akan menyebabkan

seseorang pelajar dihalang atau tidak dibenarkan mendaftar kursus JMS 528 untuk sidang

akademik tersebut. Cara penghantaran tidak ditetapkan secara spesifik, para pelajar

boleh menghantar kertas cadangan masing-masing sama ada melalui pos mahupun emel

kepada penyelia masing-masing. Namun semuanya adalah tertakluk kepada perbincangan

pelajar dan bakal penyelia masing-masing.

4JMS 528/4: KAJIAN TEMPATANNota Ringkas Taklimat Awal

Muka hadapan (Cover) kertas cadangan kajian yang standard tidak disediakan. Pelajar diberi kebebasan membentuk formatnya sendiri. Namun muka hadapan kertas cadangan tersebut perlu mempunyai butiran-butiran asas seperti berikut:

A) Nama pelajarB) No. matrikC) Cadangan tajuk kajianD) No. telefon E) Alamat emel pelajar F) Nama penyelia.

Para pelajar dikehendaki menyediakan satu sampul surat (tidak dihadkan sebarang saiznya asalkan sampul tersebut dapat memuatkan kertas cadangan saudara-saudari) bersetem dan beralamat lengkap pelajar masing-masing sekiranya para pelajar menghantar kertas cadangan kajian tersebut melalui kiriman pos kepada penyelia. Hal ini penting agar kertas cadangan yang telah disemak oleh penyelia dapat dikembalikan kepada para pelajar untuk sebarang penambahbaikan sekiranya ada.

MUKA HADAPAN KERTAS CADANGAN

KAEDAH PENYELIDIKAN

Dalam setiap disiplin ilmu, ia mempunyai kaedah penyelidikannya yang tersendiri dan

mungkin sama atau berbeza daripada disiplin ilmu yang lain. Dalam konteks sejarah,

kaedahnya agak terbuka. Tidak ada satu kaedah tertentu yang mesti diikuti. Akan tetapi

kaedah yang biasa dilakukan ialah kaedah kepustakaan seperti melakukan penyelidikan di

arkib-arkib, muzium dan perpustakaan untuk mencari dokumen tertulis. Selain itu,

kaedah temu bual untuk memperolehi maklumat lisan juga dijalankan dalam sesuatu

penyelidikan sejarah. Kaedah penyelidikan sejarah juga melibatkan pentafsiran sumber

dalam usaha menguji ketulenan dan kebenaran fakta yang ditemui, dalam ertikata yang

lain sumber-sumber yang ditemui dan dikaji tidak diterima begitu sahaja. Selain itu,

elemen reka bentuk penyelidikannya adalah umum, sama ada ia merupakan kajian

kuantitatif atau kualitatif walaupun setiap kajian mempunyai interpretasi elemen yang

berbeza. Penyelidikan sejarah adalah penyelidikan kualitatif yakni bercirikan etnografi

dengan dapatan kajian dijelaskan dalam perkataan (hujahan, kupasan, huraian) dan

bukan melalui pemaparan angka-angka.

5JMS 528/4: KAJIAN TEMPATANNota Ringkas Taklimat Awal

Kajian sejarah tidak akan dapat dilakukan tanpa bahan atau sumber. Daripada sumber-sumber itulah kita akan memperolehi apa-apa yang dikatakan bukti dan fakta sejarah. Kerana itulah pemilihan tajuk mesti mengambil kira sumber dan bahan. Sumber-sumber sejarah boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu sumber pertama dan sumber kedua. Sumber pertama atau juga dikenali sebagai sumber utama atau sumber primer ialah kumpulan sumber atau bahan yang boleh dirujuk dalam keadaannya yang masih asli dan belum lagi ditafsirkan. Ringkasnya, sumber utama ialah sumber yang mencatat, melapor atau merekod tentang peristiwa yang berlaku dan biasanya ia ditulis atau direkodkan semasa peristiwa itu berlaku. Sumber utama ini boleh terdiri daripada sumber-sumber rasmi kerajaan seperti rekod-rekod, laporan tahunan, gazzette, terbitan kerajaan, surat-surat rasmi, warkah watikah, titah perintah dan suratkhabar. Bahan-bahan persendirian juga boleh dijadikan sumber utama seperti catatan harian/diari dan surat-surat persendirian. Selalunya bahan-bahan ini tersimpan di tempat-tempat tertentu seperti di arkib, muzium, pejabat menyimpan rekod, perpustakaan, istana dan rumah-rumah persendirian juga.

Sumber kedua pula ialah kajian-kajian ataupun penulisan yang berdasarkan sumber utama yang telah dibuat oleh seseorang mahupun sekumpulan orang tentang sesuatu peristiwa sejarah, tokoh-tokoh dan lain-lain. Tulisan ini biasanya mengandungi tafsiran, andaian dan kesimpulan oleh pengkaji tentang perkara yang dikaji. Sumber kedua selalunya terdiri daripada buku, tesis, majalah dan juga akhbar. Satu lagi kategori sumber sejarah ialah sumber lisan yang ditemui hasil temubual dengan orang-orang yang ada kaitan dengan peristiwa yang dikaji Biasanya ia dikelaskan kepada sumber utama, terutama apabila ia melibatkan individu yang benar-benar terlibat dengan peristiwa yang dikaji.

Manakala sumber ketiga pula ialah gabungan dan kompilasi sumber uatama dan sumber kedua. Antara lain ialah seperti bibliografi, katalog perpustakaan, ensiklopedia dan daftar bacaan. Ensiklopedia contohnya merupakan hasil karya yang bukan sahaja merangkumi bahan-bahan daripada sumber utama dan sumber kedua tetapi juga menyajikan kepada pembaca dengan penulisan komentar dan analisis oleh sekumpulan penulis mengenai sesuatu isu mahupun peristiwa. Kelazimanya, ia juga menyediakan rangkuman bahan yang tersedia untuk sesuatu topik.

SUMBER/BAHAN

PENYELIAAN

Kursus ini mempunyai seorang penyelaras yang juga merupakan Pengerusi Rancangan Bahagian Sejarah. Namun begitu semua pensyarah Bahagian Sejarah akan terlibat secara langsung dengan kursus ini sebagai penyelia untuk membantu pelajar dalam penyelidikan mereka. Untuk sidang akademik 2020/2021, penyeliaan ke atas para pelajar akan diagihkan berdasarkan tema/topik kajian yang telah ditetapkan oleh pensyarah di Bahagian Sejarah, PPPJJ. Para pelajar dibenarkan memilih penyeliaan masing-masing berdasarkan tema/topik kajian yang disenaraikan. Senarai muktamad nama penyelia pelajar akan dimaklumkan dalam minggu terakhir Kursus Intensif. Pelajar diingatkan agar sentiasa berhubung dengan penyelia masing masing bagi memastikan keberkesanan dan kelancaran kajian yang dijalankan. Pelajar TIDAK DIBENARKAN menukar penyelia/pensyarah masing-masing setelah senarai penyeliaan oleh pensyarah dimuktamad dalam minggu terakhir Kursus Intensif.

6JMS 528/4: KAJIAN TEMPATANNota Ringkas Taklimat Awal

FORMAT KAJIAN TEMPATAN

Hasil kajian perlu disampaikan dalam bentuk tulisan kajian tempatan berdasarkan tema/topik di bawah penyeliaan pensyarah masing-masing. Untuk keseragaman, para pelajar mesti mematuhi format yang telah dirangkakan ini:

1. Panjang kajian ini ialah antara 8,000 hingga 10,000 perkataan (35 hingga 40 muka surat).

2. Gunakan kertas bersaiz A4 sahaja dengan taipan langkau dua (double spacing) untuk teks dan langkau satu (single spacing) untuk petikan yang panjang, jadual, jika ada, dan untuk nota kaki/nota belakang serta bibliografi.

3. Saiz huruf (font) ialah 10/12 poin. Tulisan tangan tidak diterima.

4. Birai (margin) yang ditetapkan ialah tepi sebelah atas 2.5 cm, tepi sebelah kanan 2.5 cm, tepi sebelah kiri 3.5 cm dan tepi sebelah bawah 2.5 cm.

5. Catatan nota kaki/nota belakang dan bibliografi mestilah mengikut gaya Dewan atau mana-mana gaya yang biasa digunakan sama ada MLA, APA mahupun Chicago. Sila layari laman sesawang untuk mendapat panduan penulisan tersebut. Antara lain, contoh-contoh yang boleh saudara/i rujuk:-

<https://goo.gl/vkrRBE>

6. Catatan bibliografi mestilah mengikut pecahan atau jenis-jenis sumber yang digunakan.

7. Sekiranya ada lampiran yang ingin disertakan, letakkan pada muka surat akhir selepas bibliografi. Setiap lampiran mempunyai tajuknya dan pelajar perlu menulis bilangan lampiran yang disertakan seperti Lampiran Satu dan seterusnya.

8. Panjang isi kandungan kajian tempatan ini terpulang kepada ketentuan pelajar atas nasihat penyelia. Kebiasaanya LIMA bab termasuk bab pengenalan dan bab kesimpulan. Namun, ia mestilah dimulakan dengan Pengenalan sebagai bab pertama yang merupakan pemantapan daripada kertas cadangan.

9. Jadual dan rajah yang disertakan dalam teks mestilah mempunyai tajuk dan mesti disenaraikan di bahagian permulaan, selepas jadual isi kandungan.

10. Muka surat hadapan (cover), mestilah menggunakan format muka surat yang telah ditentukan oleh pihak PPPJJ yang disertakan bersama panduan ini. Nama setiap penyelia hendak dituliskan dalam muka surat hadapan tersebut.

11. Pelajar dinasihatkan melihat contoh-contoh latihan ilmiah atau tesis sejarah yang ada di perpustakaan sebagai panduan dan permulaan sebelum sesuatu kajian dijalankan. Sila layari laman sesawang di bawah untuk keterangan lanjut:

<https://libreferenceusm.wordpress.com/theses/>

7JMS 528/4: KAJIAN TEMPATANNota Ringkas Taklimat Awal

Ppenilaian atau pemarkahan untuk kursus ini bergantung sepenuhnya kepada hasil kajian yang dijalankan. Untuk Sidang Akademik 2020/2021, kertas cadangan pelajar yang dihantar kepada penyelia masing-masing akan diperuntukan markah sebanyak 10% daripada keseluruhan kajian ini. Selain daripada aspek-aspek bahasa, struktur dan kandungannya, ketepatan fakta, kekuatan penghujahan dan kejituan pentafsiran serta rumusan akan menentukan gred yang akan dicapai oleh setiap pelajar. Perincian tentang wajaran setiap aspek akan dimaklumkan kepada pelajar dalam sesi taklimat awal.

PENILAIAN/PEMARKAHAN

Tanpa memberi rujukan itu para pelajar telah dianggap melakukan plagiat/ciplakan atau 'mencuri' idea atau pendapat orang lain. Kesalahan ini merupakan kesalahan yang paling berat di dalam penulisan akademik. Justeru, para pelajar perlu mengemukakan dari mana sesuatu data diperolehi pada nota di bahagian bawah muka surat (nota kaki) atau di akhir tulisan anda (nota belakang). Tindakan melakukan plagiat atau peniruan dalam penulisan kajian tempatan akan menyebabkan para pelajar boleh digagalkan dengan diberi gred F untuk kursus ini. Sila layari laman sesawang berikut untu keterangan lanjut:

<http://www.ips.usm.my/images/pdf/Polisi.pdf>

PLAGIAT

Pengalaman ketika membuat kajian atau penyelidikan dalam bidang sejarah akan banyak memberi manfaat kepada anda. Para pelajar akan lebih menghargai nilai-nilai dan kepentingan sejarah serta usaha-usaha penyelidikannya untuk paparan generasi masa depan. Penyelidikan seperti ini memerlukan kesungguhan, ketabahan dan daya usaha yang tinggi untuk menghasilkan satu kajian yang bersifat ilmiah. Selamat menjalankan kajian, semoga kajian saudara/i akan berjalan lancar.

Salam hormat,Semua Pensyarah Bahagian SejarahPusat Pengajian Pendidikan Jarak JauhUniversiti Sains Malaysia

PENUTUP

8JMS 528/4: KAJIAN TEMPATANNota Ringkas Taklimat Awal

Penyeliaan: Dr Azmah Abd. Manaf, Tel: 04-6534746

[email protected]

Mengkaji pekerjaan utama di tempat pelajar

Mengkaji masalah-masalah sosial yang wujud dikejiranan pelajar

Perubahan dan perkembangan rawatan penyakit tertentu.

Tokoh tertentu yang memberikan sumbangan yang signifikan dalam perkembangan/pembangunan masyarakat setempat (mukim, daerah dan sebagainya).

Perkembangan aktiviti pertanian dan perikanan.

Kegiatan ekonomi/perusahaan tempatan.

Sejarah perubatan/kesihatan di Tanah Melayu & Borneo sebelum merdeka.

Salasilah keluarga.

Pentadbiran Tanah Zaman Kolonial di Kedah / Pahang.

Pentadbiran / Pendidikan Zaman Jepun 1942-1945

Sejarah Pentadbiran Perubatan dan Kesihatan Pahang sehingga 1970

Pentadbiran dan Keselamatan Daerah / Kampung ketika Darurat 1948-1960.

Sejarah sosioekonomi dan politik di Kedah

Sejarah tokoh/persatuan/kesatuan/gabungan

Sejarah ketenteraan/peristiwa peperangan/pergelutan/peristiwa genting di peringkat daerah atau kampung

Penyeliaan: Dr. Mohamad Muzammil Mohamad Noor, Tel: 046534745

[email protected]

Lampiran ITEMA/TOPIK KAJIAN JMS 528/4

KAJIAN TEMPATAN SA 2020/2021

Sejarah bandar/mukim/maerah/ kampungSejarah perkembagan Lembaga Kemajuan Tanah (Felda)Sejarah perkhidmatan & perubatan selepas merdeka

Sejarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Sejarah Perkembangan Esscom/TUDM

Sejarah Persatuan Anak-anak Negeri Sabah/mana-mana yang berkaitan dengan kebudayaan/ekonomi

Tajuk bebas yang berkaitan dengan pekerjaan/minat/agensi/persatuan pelajar asalkan ada sumber.

Sejarah mana-mana agensi kerajaan, mana-mana persatuan, migrasi pendatang asing tanpa izin, atau tajuk bebas. Contoh tajuk:

Penyeliaan: Dr. Low Choo Chin, Tel: 04-6533609

[email protected]

Penyeliaan: Dr. Ku Boon Dar, Tel: 04-6532288

[email protected]

Penyeliaan: Dr. Norizan Kadir, Tel: 046535956

[email protected]

Penyeliaan: Dr. Sah-Hadiyatan Ismail, Tel: 046532279

[email protected]

Pelajar bebas memilih apa-apa tema/tajuk.

Penyeliaan: Dr. Ahmad Dzulfahmi Muhamad, Tel: 04-6535900

[email protected]

9JMS 528/4: KAJIAN TEMPATANNota Ringkas Taklimat Awal

TARIKH

09 Februari 2020

31 Ogos 2020

30 September 2020

Oktober - Januari 2021

Januari - Februari 2021

Februari-April 2021

31 Mei 2021

AKTIVITI

Taklimat Awal Projek – DKB

Tarikh akhir penerimaan tajuk dan

kertas cadangan para pelajar.

Tarikh akhir maklumbalas diterima daripada penyelia masing-masing. Tentatif tajuk dikemukakan kepada penyelaras kursus.

Pelajar-pelajar meneruskan kajian dan penulisan draf bab.

Pembentangan draf awal semasa Minggu Intensif/ Perbincangan dengan Penyelia.

Pembetulan/pemantapan/penulisan.

Tarikh akhir penghantaran Laporan Kajian Tempatan ke PPPJJ.

TAKWIM PERANCANGAN JMS 528/4 SIDANG AKADEMIK 2020/2021

Para pelajar PERLU selalu berhubung dengan penyelia masing-masing sama ada

melalui emel, telefon, bersemuka atau message dalam portal e-Learning sepanjang

sesi sidang akademik berjalan. Ingat, sebarang pertanyaan dan perbincangan dengan

penyelia bukan terhad semasa minggu kursus intensif sahaja. Penghantaran kertas

cadangan dan laporan kajian tempatan selepas tarikh yang ditetapkan TIDAK akan

dilayan dan akan diberi GRED F.

10JMS 528/4: KAJIAN TEMPATANNota Ringkas Taklimat Awal

Lampiran II