nota ringkas temuduga spp

7
1 MOHD AMMAR RASYID BIN ABDUL MANAP NOTA RINGKAS TEMUDUGA SPP FALSAFAH PENDIDIKAN Falsafah Pendidikan Negara yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:- "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri : Percaya dan patuh kepada tuhan. Berilmu pengetahuan Berakhlak mulia Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Menabur bakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu. FALSAFAH PENDIDIKAN GURU Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia mejunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. SISTEM PENDIDKAN DAN SEJARAH PENDIDIKAN Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada: Pendidikan Prasekolah - Program Pendidikan bagi murid yang berumur dari 4-6 tahun. Pendidikan Rendah - Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi bleh tamat diikuti dalam tempoh antara 5-7tahun yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Pendidikan Menengah - Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas, Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada:- a) Sekolah akademik b) Sekolah Teknik dan Vokasional c) Sekolah Kebangsaan Agama Pendidikan Lepas Menengah - Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tidak termasuk pendidikan tinggi.

Upload: ammar-rasyid-halukashiziki

Post on 07-Dec-2015

257 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

Panduan Untuk Bakal Guru

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Ringkas Temuduga Spp

1MOHD AMMAR RASYID BIN ABDUL MANAP

NOTA RINGKAS TEMUDUGA SPP

FALSAFAH PENDIDIKAN

Falsafah Pendidikan Negara yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:-

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri :

Percaya dan patuh kepada tuhan. Berilmu pengetahuan Berakhlak mulia Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Menabur bakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia mejunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

SISTEM PENDIDKAN DAN SEJARAH PENDIDIKAN

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:

Pendidikan Prasekolah - Program Pendidikan bagi murid yang berumur dari 4-6 tahun. Pendidikan Rendah - Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam

tahun tetapi bleh tamat diikuti dalam tempoh antara 5-7tahun yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.

Pendidikan Menengah - Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas, Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada:-

a) Sekolah akademik

b) Sekolah Teknik dan Vokasional

c) Sekolah Kebangsaan Agama

Pendidikan Lepas Menengah - Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tidak termasuk pendidikan tinggi.

Page 2: Nota Ringkas Temuduga Spp

2MOHD AMMAR RASYID BIN ABDUL MANAP

Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang dipertanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.

Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah:-

a) Sekolah Pendidikan Khas yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.

b) Sekolah SUkan yang dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.

IMBASAN SEJARAH PENDIDIKAN

a) Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957

Zaman Pengukuhan

- Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan.

- Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia.

- Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia.

- Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.

b) Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961

Zaman Kemaskini

- Penegasan kepada pendidikan asas 3M : Membaca, Menulis, Mengira.

- Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini.

- Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia.

- Penegasan menengah atas melalui dua Jurusan iaitu Akademik dan Vokasional.

- Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun.

- Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran dalam meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan.

c) Rang Undang-Undang Pendidikan 1995

- Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.

- Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan.

- Tempoh pendidikan rendah antara 5 - 7 tahun.

- Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.

- Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan.

- Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta.

Page 3: Nota Ringkas Temuduga Spp

3MOHD AMMAR RASYID BIN ABDUL MANAP

Visi KPM

SEKOLAH UNGGUL GENERASI TERBILANG

Misi KPM

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

Slogan KPM

"SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG"

MATLAMAT KPM

1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.

2. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan, dan sejahtera.

3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.

4. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

ETIKA KERJA

TAKRIF ETIKA KERJA Etika kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga Kementerian Pelajaran

Malaysia berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia.

OBJEKTIF ETIKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Menanamkan sikap positif dan menghapus sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang

diamanahkan bagi mempertimbangkan kualiti kerja. Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan

organisasi. Memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara.

PRINSIP ETIKA KERJAEtika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

Niat yang betul.Perlakuan yang baikPenggerak ke arah kebaikan.Mengotakan apa yang dikatakan.Berdisiplin dan beradab.

Niat yang betulMelaksanakan pekerjaan dengan niat yang betul adalah penting dan dituntut oleh agama, selari dengan landasan berikut :

Memenuhi kehendak Falsafah Pelajaran Kebangsaan, misi, matlamat dan objektif Kementerian Pendidikan Malaysia.Ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama dan negara.

Page 4: Nota Ringkas Temuduga Spp

4MOHD AMMAR RASYID BIN ABDUL MANAP

Memberikan sumbangan bermutu.Sentiasa memperbaharui niat untuk kebaikan.

Perlakuan yang baikMelakukan tugas dengan sempurna merupakan tanggungjawab warga pelajaran ke arah mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Oleh itu, warga Kementerian Pendidikan Malaysia perlu:

Menunjukkan penampilan diri, peraturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa.Menghasilkan kerja berkualiti secara berterusan disamping memberikan kepuasan kepada pelanggan.Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.

Penggerak ke arah kebaikanSetiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah menjadi penggerak ke arah kebaikan. Justeru, seluruh warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah :

Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan.Berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada rakat sejawat.Sentiasa berusaha menjadi pekerja yang terbaik.

Mengotakan apa yang dikatakanKita hendaklah sentiasa berusaha melaksanaka apa yang dikatakan. Justeru, setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah :

Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain.Apa yang dibuat mesti sesuai dengan apa yang diucapkan.Sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan.

Berdisiplin dan beradabAktiviti yang berperaturan mulia, berdisiplin dan beradab adalah penting ke arah melahirkan warga Kementerian yang cemerlang. Justeru setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah :

Sentiasa menjaga adab sopan seperti terdapat dalam ajaran agama.Sentiasa mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan.Sentiasa berpandukan prosedur dan kaedah yang sesuai dan betul.

PROGRAM I-THINK - MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Pada 27 Julai 2011, Mesyuarat di antara Agensi Inovasi Malaysia (di bawah Jabatan Perdana Menteri) dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah bersetuju melaksanakan program i-THINK dengan merintis 10 buah sekolah di Malaysia. Program ini akan diperluaskan kepada 1,000 sekolah pada tahun 2013 dan seterusnya semua sekolah akan melaksanakan program ini pada tahun 2014.Program i-THINK merupakan satu program yang bertujuan memperitngkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir di dalam pengajaran dan pembelajaran disamping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi.

Page 5: Nota Ringkas Temuduga Spp

5MOHD AMMAR RASYID BIN ABDUL MANAP

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Apa itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)?

Laporan Awal dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 11 September 2012.PPPM merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melonjakkan sistem pendidikan Negara untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik di duniaUntuk julung kalinya pandangan daripada pihak awam diambil kira dalam penggubalan Pelan Pendidikan melalui 16 Dewan Terbuka di 14 negeri, 20 meja bulat, lebih 200 memorandum - 7000 syor diterima dan ditimbangkan dalam PPPMDapatan kajian daripada 6 IPTA, UNESCO, World Bank, TIMSS dan PISA digunakan dalam pembangunan PPPMMenggariskan 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid untuk dicapai melalui perubahan yang perlu berlaku melalui 11 Anjakan dan dilaksanakan dalam Tiga Gelombang

Apa beza PPPM berbanding Pelan lain yang pernah diperkenalkan dahulu?

Fasa diagnostik untuk menentukan baseline sistem pendidikan NegaraPublic engagement dengan rakyat – input digunakan dalam pembangunan pelanpolicy statement, strategic and operationsMenggariskan 5 aspirasi sistem untuk menyediakan murid dengan kemahiran abad ke 21 – memastikan murid mencapai 6 aspirasi murid dalam PPPM iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, profisiensi dwibahasa (dan galakan untuk menguasai bahasa lain), kemahiran kepimpinan, identiti nasional, etika dan kerohanian

Selepas pelancarannya nanti, apakah inisiatif-inisiatif yang bakal dilakukan oleh kerajaan untuk menjalankan polisi-polisi yang terkandung dalam plan ini?

Membentuk 1Agenda Kementerian – 100 inisiatif dikenal pasti untuk dilaksanakan dalam Tiga Gelombang sehingga 2025.25 inisiatif utama telah dikenal pasti dan 13 inisiatif disasarkan untuk dicapai pada hujung tahun ini.Kementerian Pendidikan sangat beriltizam untuk memastikan usaha atau inisiatif ini dilaksanakan dan menepati sasaran yang ditetapkan.6 inisiatif telah disasarkan untuk dicapai dalam masa 100 hari dan Alhamdulillah telah dapat dilaksanakan dan diumumkan oleh YAB TPM pada 10 April 2013 di SMK Jalan 4 Bangi, Bandar Baru Bangi.Pada hujung tahun ini Kementerian mensasarkan 7 lagi inisiatif yang sedang giat diusahakan termasuk mencapai 100% literasi (BM) dan numerasi bagi Tahun 3; 1,608 sekolah yang memerlukan pembaikan kritikal dibaiki.

Mengapa Kementerian Pendidikan mengumumkan pencapaian 100-hari PPPM?

Menunjukkan komitmen dan iltizam Kementerian dalam melaksanakan PPPM. Kajian menunjukkan dalam mana-mana usaha reformasi pendidikan, jangkamasa 100 hari merupakan indikator penting sama ada sesuatu perancangan berjaya atau gagal.Transformasi pendidikan ini adalah legasi negara yang bukan sahaja melibatkan 5.5 juta pelajar hari ini tetapi juga seluruh anak bangsa pada masa akan datang. Kita perlu memastikan bahawa segala perencanaan ini tidak akan gagal di pertengahan jalan.Selepas pelibatan awam yang intensif pada peringkat PPPM dibangunkan dan selepas PPPM dilancarkan, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui pencapaian Kementerian, selaras dengan Anjakan ke 11 untuk meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung.

Page 6: Nota Ringkas Temuduga Spp

6MOHD AMMAR RASYID BIN ABDUL MANAP

Apa inisiatif PPPM yang telah dan sedang dijalankan oleh Kementerian sekarang?

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, terdapat 25 inisiatif utama yang telah dikenal pasti untuk digerakkan daripada peringkat awal lagi bagi mencapai outcome yang dihasratkan, terutama dalam bidang-bidang kritikal.Bagi meningkatkan keberhasilan murid, Kementerian percaya bahawa usaha secara bersepadu dari pada semua pihak adalah penting. Sebagai contoh, Kementerian melalui Anjakan 9 iaitu Bekerjasama dengan Ibubapa, Komuniti dan Sektor Swasta secara meluas telah pun melancarkan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah pada 24 Februari 2013 dalam usaha membentuk satu ekosistem pembelajaran di kawasan masing-masing.Inisiatif ini bermula dengan perkara yang mudah, contohnya di SK Presint 14 (1) Putrajaya, PIBG mengorak langkah untuk menjaga trafik di sana. Di sekolah tersebut ibu bapa juga membantu melukis mural dan keceriaan kelas. (MHI TV3 ada video di sekolah tersebut yang boleh ditayangkan)Di bawah Anjakan 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini, Kementerian akan mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin oleh PPD disemua negeri menjelang 2014 dan memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak.

Apakah inisiatif Kerajaan bagi menentukan bahawa Guru dapat fokus dalam menjalankan tugas sebenar mereka iaitu mendidik?

Kementerian sedar bahawa tugas pentadbiran berlebihan mengambil masa urusan teras guru dalam pengajaran dan pembelajaran,serta mengurangkan keberkesanan pengajaran mereka. Oleh itu, Kementerian akan mengambil dua tindakan utama dalam Gelombang 1 bagi mengurangkan beban tugas yang keterlaluan.Pertama, Kementerian telah mula menyeragamkan sistem pengurusan dan pengumpulan data sedia ada bagi menghapuskan pertindanan permintaan data. Tiga pangkalan data telah disasarkan untuk proses penyeragaman awal: Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang digunakan untuk menggabungkan keputusan murid dari pada peperiksaan semester berasaskan sekolah; Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang digunakan untuk memantau keputusan PBS dan Sistem Maklumat Murid (SMM) yang mengandungi data murid. Perubahan ini seharusnya menghapuskan permohonan berulang bagi data yang sama dan memudahkan proses memasukkan data baharu ke dalam sistem. Kementerian juga akan mengkaji semula keperluan menyediakan pendokumentasian dan laporan terkini (sebagai contoh, keperluan untuk pensijilan ISO) bagi mengenal pasti bidang untuk diseragamkan.Kedua, Kementerian akan mengenal pasti kaedah bagi mengatasi isu kesesakan di sekolah yang mempunyai purata saiz kelas melebihi 35 murid. Kaedah yang dicadangkan termasuk pembinaan bilik darjah tambahan, penempatan semula guru tambahan, dan/atau mengetatkan penguatkuasaan kuota enrolmen. Walaubagaimanapun, Kementerian tidak akan mengurangkan bilangan murid bagi setiap kelas daripada 35 orang kerana terdapat bukti kajian antarabangsa yang menunjukkan saiz kelas bukan faktor penyumbang utama kepada pencapaian murid, berbanding kualiti guru. Kementerian sedang membuat penelitian untuk menyediakan setiap sekolah dengan sekurang-kurangnya satu pegawai pentadbiran. Rintis sedang dilaksanakan di Melaka dan jika didapati berjaya, ia akan diperluaskan keseluruh negara.

Apakan anjakan dalam PPPM?

1. Menyediakan kesamarataan akses pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsan2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris3. Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai4. Transformasi keguruan sebagai profesion perguruan

Page 7: Nota Ringkas Temuduga Spp

7MOHD AMMAR RASYID BIN ABDUL MANAP

5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi di tempatkan setiap sekolah6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia8. Mentrasformasikan kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit11. Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara umum