nota - ragam bahasa

5
1 – Pragmatik – Ragam Bahasa Bahasa Melayu STPM Kertas 3 (910/3) 1. KONSEP RAGAM BAHASA Ragam bahasa ialah bahasa yang bukan daripada jenis peribahasa dan bahasa kiasan, yang digunakan dalam karangan atau percakapan untuk menguatkan hujah dan kefasihan (Za’ba: 1951) Dalam kata lain, ragam bahasa ialah bahasa yang digunakan dalam pelbagai cara untuk menguatkan sesuatu maksud, yang dituturkan secara tersirat. 2. JENIS RAGAM BAHASA 2.1 Bahasa Sindiran = Ragam bahasa yang maksudnya tidak dinyatakan dengan tepat atau terus terang, tetapi dikiaskan kepada perkara lain. Makna dan kesannya mendalam sekiranya orang yang ditujukan sindiran itu mengerti maksudnya. Tujuan penggunaan untuk membetulkan keadaan atau diri seseorang. 2.2 Bahasa Menggiat = Ragam bahasa yang tujuannya mengusik untuk bergurau senda Dituturkan untuk melihat reaksi daripada orang yang ditujukan Kadang-kadang usikan boleh juga menjadi serius sehingga dapat memalukan orang yang kena giat. 2.3 Bahasa Mengejek = Ragam bahasa yang menggunakan perkataan yang terus terang untuk mempermain- mainkan, mengajukan keburukan dan menampakkan kebodohan seseorang sehingga ditertawakan orang lain. Ragam bahasa ini boleh menimbulkan kemarahan orang yang diejek. Pragmatik: RAGAM BAHASA Nota PENGGAL 3 Orang perempuan kalau belajar tinggi-tinggi pun ke dapur juga sudahnya. Buah langsat kuning mencelah. Senduduk tidak berbunga lagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. Amboi, ada hati kawan kita ini hendak berkahwin dengan anak Tan Sri! Amboi, merah sangatlah, mak ngah! Orang barulah katakan, takkan nak tinggalkan bilik awal-awal!

Upload: latonya-briggs

Post on 07-Dec-2015

435 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

ragam bahasa

TRANSCRIPT

Page 1: Nota - Ragam Bahasa

1 –

Pra

gmat

ik –

Rag

am B

ahas

a

Bahasa Melayu STPM Kertas 3 (910/3)

1. KONSEP RAGAM BAHASA

Ragam bahasa ialah bahasa yang bukan daripada jenis peribahasa dan bahasa kiasan, yang digunakan dalam karangan atau percakapan untuk menguatkan hujah dan kefasihan (Za’ba: 1951)

Dalam kata lain, ragam bahasa ialah bahasa yang digunakan dalam pelbagai cara untuk menguatkan sesuatu maksud, yang dituturkan secara tersirat.

2. JENIS RAGAM BAHASA

2.1 Bahasa Sindiran

= Ragam bahasa yang maksudnya tidak dinyatakan dengan tepat atau terus terang, tetapi

dikiaskan kepada perkara lain.

Makna dan kesannya mendalam sekiranya orang yang ditujukan sindiran itu mengerti

maksudnya.

Tujuan penggunaan untuk membetulkan keadaan atau diri seseorang.

2.2 Bahasa Menggiat

= Ragam bahasa yang tujuannya mengusik untuk bergurau senda

Dituturkan untuk melihat reaksi daripada orang yang ditujukan

Kadang-kadang usikan boleh juga menjadi serius sehingga dapat memalukan orang

yang kena giat.

2.3 Bahasa Mengejek

= Ragam bahasa yang menggunakan perkataan yang terus terang untuk mempermain-

mainkan, mengajukan keburukan dan menampakkan kebodohan seseorang sehingga

ditertawakan orang lain.

Ragam bahasa ini boleh menimbulkan kemarahan orang yang diejek.

Pragmatik: RAGAM BAHASA

Nota PENGGAL

3

Orang perempuan kalau belajar tinggi-tinggi pun ke dapur juga sudahnya.

Buah langsat kuning mencelah. Senduduk tidak berbunga lagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.

Amboi, ada hati kawan kita ini hendak berkahwin dengan anak Tan Sri!

Amboi, merah sangatlah, mak ngah! Orang barulah katakan, takkan nak tinggalkan bilik awal-awal!

Page 2: Nota - Ragam Bahasa

2 –

Pra

gmat

ik –

Rag

am B

ahas

a

2.4 Bahasa Terbalik

= Ragam bahasa yang mempunyai maksud yang sebaliknya atau bertentangan dengan

perkataan yang diucapkan.

Tujuannya untuk menyedarkan seseorang tentang perbuatannya atau kesalahan yang

dilakukannya.

2.5 Bahasa Merajuk

= Ragam bahasa yang menunjukkan rasa kecil hati atau menarik diri daripada sesuatu.

Hal itu sebagai reaksi tentang perbuatan yang dirasakan tidak wajar diterimanya.

2.6 Bahasa Tempelak

= Ragam bahasa yang menunjukkan kesalahan seseorang yang dilakukan suatu ketika

dahulu.

Ragam ini digunakan untuk memulangkan paku buah keras kepada seseorang agar ia

sedar akan kesilapannya.

2.7 Bahasa Herdik

= Ragam bahasa yang digunakan untuk menunjukkan kesalahan seseorang yang

dilakukan pada masa itu.

Bahasanya agak kasar, tetapi tujuannya untuk kebaikan.

Hai, inikah yang dikatakan orang cemerlang, dapat tugas lebih sedikit sudah merungut?

Muka tak tahu malu kamu. Baru lepas sekolah menengah sudah gatal nak berkahwin.

Ha, bisinglah lagi, bisinglah, supaya kita kena denda lagi.

Kenapalah engkau balik awal sangat ni. Baru pukul tiga, tak puas lagi aku tunggu engkau.

Panjat pokok itu tinggi-tinggi lagi, dik, panjat lagi.

Apa nak dikatakan, orang tak sudi. Maklumlah kita tak berpelajaran tinggi.

Buat apa nak berharap lagi. Nanti dikatakan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong pula.

Dulu nak berdikari konon, tak nak dengar nasihat orang tua. Sekarang, baru terhegeh-hegeh nak minta tolong.

Kelmarin engkau kata mudah, sanggup buat, sekarang kautolak dengan berbakul-bakul alasan pula.

Page 3: Nota - Ragam Bahasa

3 –

Pra

gmat

ik –

Rag

am B

ahas

a

2.8 Bahasa Besar / Melampau

= Ragam bahasa yang memperbesar-besar atau melebih-lebihkan pernyataan tentang

sesuatu hal

Ragam ini digunakan menunjukkan sesuatu yang terlalu besar, banyak atau sebagainya,

tetapi secara berlebih-lebihan sehingga tidak dapat diterima akal.

2.9 Bahasa Kecil / Merendah

= Ragam bahasa yang menyatakan sesuatu itu kecil atau kurang untuk tujuan merendah

diri.

Hal yang dikatakan kecil atau kurang itu tidaklah kecil atau kurang sebenarnya.

2.10 Bahasa Naik

= Ragam bahasa yang membawa gambaran pmikiran yang beransur-ansur naik atau

meningkat dari keadaan kendur ke keadaan tegang.

Melalui ragam ini, khalayak dibawa selangkah demi selangkah ke arah hal yang hendak

disampaikan.

Engkau tak ada kerja lain agaknya, selain membuta.

Dasar lelaki buaya, pantang melihat perempuan cantik sikit!

Rupa tak sudah macam engkau ini jangan haraplah dapat dipilih jadi pelakon!

Manis sungguh senyumannya bagai selautan madu di bibirnya.

Suara gergasi itu menggugurkan buah-buah dari pokok di sekitarnya. Darah menganak sungai di bumi Palestin!

Terimalah sedikit pemberian yang tidak sepertinya ini sebagai tanda kenangan.

Silakanlah masuk ke rumah hamba yang buruk lagi sempit ini. Minta maaflah kalau hidangan ini tak seberapa, lauknya kurang,

masakannya pula tak sesedap diharapkan.

Sudahlah peperiksaan tidak perlu dibayar, buku teks anak-anak diberikan percuma, bantuan persekolahan lagi, kalau masih belum mahu belajar bersungguh-sungguh, memang tak patut.

Orang yang tak bersalah ditangkap, dilarikan ke dalam hutan, diseksa kalau tidak mengikut kata, dibunuh kalau degil. Inilah yang terjadi semasa komunis bermaharajalela di negara kita!

Page 4: Nota - Ragam Bahasa

4 –

Pra

gmat

ik –

Rag

am B

ahas

a

2.11 Bahasa Turun

= Ragam bahasa yang menurun temponya selangkah demi selangkah dari keadaan

tegang ke keadaan yang kendur.

Biasanya terdapat hal yang menggelikan hati.

2.12 Bahasa Pertanyaan Ingkar

= Ragam bahasa yang berbentuk pertanyaan tetapi tidak untuk mendapatkan jawapan,

kerana jawapannya sudah ada pada yang bertanya, boleh dijawabnya sendiri, atau

dibiarkan begitu sahaja.

Pertanyaan dilontarkan semata-mata untuk menguatkan makna hal yang dibincangkan.

2.13 Bahasa Seruan / Keluhan

= Ragam bahasa yang meluahkan perasaan yang keras dengan cara mengeluh.

Perasaan dilahirkan untuk menyatakan rasa kecewa atau sesal.

2.14 Bahasa Berulang

= Ragam bahasa yang mengulang sesuatu perkataan atau frasa untuk menguatkan

maksud hal yang hendak ditekankan.

Tujuannya untuk menarik perhatian pendengar tentang mesej yang hendak disampaikan.

Mula-mula bergaya dia dengan Mercedes, kemudian kelihatan dengan Proton Wira pula, baru-baru ini dengan kereta kecil, tadi dia bermotosikal sahaja ke pejabat. Kasihan pegawai itu.

Setelah ibu bapa berkorban untuk kita, sanggupkah kita menghampakannya dengan kegagalan atau kelulusan yang tidak menggembirakan mereka? Mahukah kita melihat mereke menitiskan air mata kekecewaan?

Oh, kalaulah aku belajar dengan bersungguh-sungguh dulu, dapat kerja baik, taklah aku berpanas jadi buruh kontrak macam ini!

Alahai, kalaulah ayah masih ada, sudah tentu dia kecewa dengan keadaanku ini!

Sekarang ini, semuanya perlukan duit. Nak berbelanja memang perlukan duit, ke sana duit, ke sini nak duit, nak buang air pun kena duit.

Ikut jalan itu sesak, ikut jalan ini pun sesak. Bandar kita ini sudah sesak dengan kenderaan.

Page 5: Nota - Ragam Bahasa

5 –

Pra

gmat

ik –

Rag

am B

ahas

a

2.15 Bahasa Bertimbal

= Ragam bahasa yang menggunakan ungkapan secara berimbangan dengan

mengemukakan dua fikiran yang kelihatan bertentangan.

Ragam ini lazimnya digunakan sebagai peribahasa.

2.16 Bahasa Bukan

= Ragam bahasa yang menggunakan kata nafi “bukan” tetapi tujuannya untuk

mengatakan yang sebaliknya

2.17 Bahasa Jenaka

= Ragam bahasa untuk tujuan bersenda

Selalunya ragam ini berbentuk teka-teki yang mempunyai makna berlapis, tetapi yang

selalu disedari hanya selapis makna sahaja menyebabkan khalayak tersilap tafsir.

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

Jauh berkirim salam dekat berkirim pesan

Alah membeli menang memakai

Bukan dia tidak tahu hari ini cuti umum.

Bukan aku suka sangat ke majlis itu.

Budak itu bukan main lagi seronoknya.

Zirafah yang paling tinggi berapa kaki? Binatang apa yang seluruh tubuhnya di kepala?