nota ptk isu-isu semasa dalam bidang perubatan dan kesihatan

Upload: kiedd04

Post on 31-May-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Nota PTK Isu-Isu Semasa Dalam Bidang Perubatan dan Kesihatan

    1/10

    8. ISU-ISU SEMASA DALAM BIDANG PERUBATAN DAN KESIHATAN

    a. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman dalam bidang:

    i. Kempen Cara Hidup Sihat.

    ii.PROSTAR.

    iii.Pendermaan Organ.

    iv.Penswastaan perkhidmatan sokongan hospital.v.Peranan NGO dalam bidang kesihatan.

    RANGKA NOTA :

    KEMPEN CARA HIDUP SIHAT

    Kempen Cara Hidup Sihat 1991 2002

    1 | P a g e

  • 8/14/2019 Nota PTK Isu-Isu Semasa Dalam Bidang Perubatan dan Kesihatan

    2/10

    Kempen Cara Hidup Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia telah dimulakan pada

    tahun 1991 atas kesedaran bahawa cara hidup memainkan peranan penting dalam

    kesihatan dan penyakit. Kempen ini telah dilancarkan pada 25 Mei 1991 dengan tema

    pertamanya penyakit-penyakit kardiovaskular.

    Objektif jangka pendek dan sederhana kempen ini adalah:-

    Untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat Malaysia tentang

    penyakit-penyakit yang berkaitan dengan cara hidup yang tidak sihat dan

    Untuk menggalakkan mereka mengamalkan amalan-amalan dan cara hidup

    yang mempromosikan kesihatan.

    Manakala objektif jangka panjang adalah hasil daripada perubahan-perubahan di atas

    dapat mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti penyakit yang berkaitan dengan cara

    hidup.

    Kempen Cara Hidup Sihat telah dilaksanakan dalam 2 fasa yang mana setiap satunya

    berjalan dalam tempoh 6 tahun dengan satu tema setiap tahun. Fasa 1 (1991 1996)

    lebih fokus kepada tema-tema yang berasaskan penyakit seperti :-

    Tema Tahun

    Penyakit Kardivoskular 1991

    Pencegahan dan Kawalan AIDS/STD 1992

    Kebersihan Makanan 1993

    Promosi Kesihatan Kanak-Kanak 1994

    Kanser 1995

    Diabetes 1996

    Bagi setiap tema, faktor-faktor risiko berkaitan cara hidup seperti pemakanan yang tidak

    sihat, kurang aktiviti fizikal, merokok dan stres menjadi mesej utama yang disampaikan

    kepada masyarakat umum.

    Fasa ke 2 kempen ini pula lebih memberi penekanan terhadap tingkahlaku tertentu

    yang mana dapat memberi kesan jangka panjang terhadap cara hidup. Pendekatan ini

    adalah untuk memberi pengetahuan dan untuk menambahkan kemahiran rakyat dalam

    mengamalkan tingkahlaku-tingkahlaku yang sihat. Tema-tema untuk fasa ini adalah :-

    Tema Tahun Promosi Pemakanan Sihat 1997

    Promosi Senaman dan Kecergasan Fizikal 1998

    Promosi Keselamatan dan Pencegahan Kecederaan 1999

    Promosi Kesihatan Mental 2000

    Promosi Keluarga Sihat 2001

    2 | P a g e

  • 8/14/2019 Nota PTK Isu-Isu Semasa Dalam Bidang Perubatan dan Kesihatan

    3/10

    Promosi Persekitaran Sihat 2002

    Kempen Cara Hidup Sihat 2003

    Kempen Cara Hidup Sihat yang berjalan sekarang akan berakhir pada penghujung

    tahun 2002 dengan tema Promosi Persekitaran Sihat akan diteruskan dengan tujuan

    mempromosi tingkahlaku yang sihat agar rakyat Malaysia dapat mencapai tahapkesihatan yang lebih baik.

    Di bawah tema umum Sihat Sepanjang hayat, fokus akan diberikan kepada 4 elemen

    asas yang berkaitan dan penting dengan konsep cara hidup sihat iaitu :-

    Makan secara sihat

    Senaman dan Kecergasan Fizikal

    Tidak Merokok

    Menangani Stres

    Tema Sihat Sepanjang Hayat akan menjadi tema umum untuk kempen di tahun-tahun

    seterusnya. Sihat Sepanjang Hayat menggambarkan penekanan dan fokus kempen

    terhadap amalan-amalan yang boleh dipraktikkan oleh rakyat Malaysia untuk

    mempromosikan kesihatan mereka. Tema ini juga menegaskan konsep yang jelas

    dalam promosi kesihatan bahawa masyarakat boleh diperkasa untuk mengambil

    tindakan terhadap penentu-penentu kesihatan. Setiap tahun, kempen ini akan

    memfokus kepada satu `setting tertentu beserta warganya.

    PROSTAR

    PROSTAR adalah singkatan kepada Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja.

    Program ini diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di

    kalangan remaja. Ide penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil

    perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Pelancaran

    program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24

    November 1996 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ini diikuti dengan penerbitan dan

    penggunaan manual latihan PROSTAR pada tahun yang sama.

    KONSEP PROSTARPROSTAR berkonsepkan Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja. Program ini

    menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai

    Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah Hidup Sihat Tanpa AIDS. Sebagai PRS

    3 | P a g e

    http://www.prostar.gov.my/Pelancaran_BM.htmhttp://www.prostar.gov.my/Pelancaran_BM.htmhttp://www.prostar.gov.my/Pelancaran_BM.htmhttp://www.prostar.gov.my/Pelancaran_BM.htmhttp://www.prostar.gov.my/Pelancaran_BM.htmhttp://www.prostar.gov.my/Pelancaran_BM.htmhttp://www.prostar.gov.my/Pelancaran_BM.htmhttp://www.prostar.gov.my/Pelancaran_BM.htm
  • 8/14/2019 Nota PTK Isu-Isu Semasa Dalam Bidang Perubatan dan Kesihatan

    4/10

    mereka dilatih untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan

    HIV/AIDS kepada remaja yang lain.

    OBJEKTIF PROSTAR

    1. Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan remaja akan bahaya jangkitan HIV,cara pencegahan dan pengawalannya.

    2. Menyemai sikap positif dikalangan remaja agar prihatin akan masalah HIV yang

    dikaitkan dengan gejala social yang melanda remaja masa kini.

    3. Menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup yang sihat, serta menghindari

    tingkahlaku berisiko tinggi kepada jangkitan HIV.

    4. Membentuk segolongan PRS bagi mempengaruhi remaja ke Arah Cara Hidup

    Sihat dan menggerakkan remaja agar turut serta dalam usaha menentang

    ancaman AIDS.

    5. Melahirkan segolongan PRS yang berperanan sebagai sukarelawan khidmat

    social dalam member khidmat sokongan kepada remaja.

    KUMPULAN SASAR

    1. Secara umumnya, program ini ditujukan kepada remaja berumur 13 hingga 25

    tahun yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah, pelajar institusi pengajina

    tinggi, remaja lepasan sekolah dan remaja harapan (Berisiko).

    STRATEGI

    Bagi mencapai objektif program, strategi berikut digunakan:

    1. Pengukuhan jaringan kerjasama pelbagai agensi

    a. Melibatkan secara aktif dan berterusan pelbagai agensi kerajaan dan

    bukan kerajaan termasuk badan korporat, badan professional dan lain-lain

    dalam merancang, melaksanakn dan menilai program PROSTAR secara

    perkongsian pintar.

    b. Jaringan kerjsama meliputi bantuan teknikal, tenaga manusia,

    perkhidmatan dan kewangan.

    2. Pendekatan komunikasi secara intensif

    4 | P a g e

  • 8/14/2019 Nota PTK Isu-Isu Semasa Dalam Bidang Perubatan dan Kesihatan

    5/10

    a. Menggunakan kaedah komunikasi interpersonal dan kaedah-kaedah lain

    termasuk media massa yang bersesuaian secara meluas di setiap

    peringkat.

    3. Promosi

    a. Menggunakan pelbagai jenis media seperti media cetak, media eletronik,

    media luar (Outdoor media) dan teknologi maklumat dalam menyebarkan

    maklumat bagi mempromosi PROSTAR.

    PENDERMAAN ORGAN

    Isu mengenai kematian serta pendermaan organ adalah sesuatu yang sukar

    untuk diperkatakan. Apatah lagi untuk mereka yang kehilangan orang yang tersayang.Ia

    juga merupakan perkara yang rumit bagi kakitangan perubatan yang sentiasaberusaha untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit. Keputusan untuk

    mengizinkan penderma organ dan tisu seseorang yang disayangi apabila beliau

    meninggal dunia, bukan sesuatu yang mudah. Ia membangkitkan beberapa

    kemusykilan bagi keluarga simati. Untuk meringankan beban mental keluarga kita

    semasa kematian, haruslah kita membuat pengakuan persetujuan untuk menderma

    organ dan tisu semasa hayat kita

    Dengan mendaftarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nasional, anda akan

    membenarkan organ dan tisu anda digunakan bagi tujuan transplan, selepas anda

    meninggal dunia. Ini akan mengubahkan kehidupan beberapa orang yang mengalami

    kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat

    menyelamatkan nyawa mereka dari maut.

    Siapakah Yang Layak Menjadi Penderma ?

    Sesiapapun,sama ada tua ataupun muda boleh mendaftar segagai penderma

    organ dan tisu. Walaubagaimanapun mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun

    perlu mendapat kebenaran ibubapa atau penjaga terlebih dahulu.

    Apakah Itu Pendermaan Organ?

    Ia adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk

    transplan selepas ianya meninggal dunia. Transplantasi (Permindahan Organ) adalah

    suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami

    5 | P a g e

  • 8/14/2019 Nota PTK Isu-Isu Semasa Dalam Bidang Perubatan dan Kesihatan

    6/10

    kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan

    daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia.

    Dengan cara ini, maka kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi

    lebih selesa dan sempurna serta nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ dan

    tisu adalah satu amalan kemanusian yang mulia.

    Apakah Organ dan Tisu Yang Boleh Didermakan?

    Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggan,

    jantung, hati(heper), paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleh didermakan adalah

    mata, tulang, kulit dan injap jantung. Ini bermakna, seseorang penderma akan dapat

    mengubah kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit.

    Bilakah Organ dan Tisu Sipenderma itu Diperolehi?

    Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya

    akan dilakukan apabila kematian telah disahkan oleh dua orang doktor dengan

    pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan

    pemindahan organ dan tisu.

    Apakah Perbezaan Rawatan Jika Diketahui Anda adalah seseorang Penderma?

    Tidak! Doktor -Doktor yang merawat anda akan berusaha sedaya mungkin

    dengan mengambil semua tindakan serta langkah yang diperlukan untuk

    menyelamatkan nyawa anda. Persoalan mengenai pendermaan organ dan tisu akan

    dibincangkan dengan waris anda hanya selapas kematian telah disahkan.

    Adakah terdapat Bantahan Dari Sudut Agama?

    Tiada! Kebayakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan

    Sikh mengiktiraf pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia.

    Bagaimana Jika Anda Berubah Fikiran Menderma?

    organ adalah suatu niat yang tulus ikhlas dan anda berhak untuk membatalkan hasrat

    ini pada bila-bila masa. Tiada sesiapapun yang dipaksa untuk menderma organ dan

    menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu. Anda hanya perlu memberitahu

    keluarga anda mengenainya dan memulangkan kad penderma organ anda kepada

    kami.

    Adakah proses pendermaan Organ akan melambatkan urusan pengkebumian

    Jenazah?

    Tidak! Urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa. Selepas organ dan tisu

    diperolehi dari tubuh penderma maka jenazah akan dibersihkan, dikhafankan dan

    dipulangkan kapada waris penderma secapat mungkin. Proses perolehan organ dan

    6 | P a g e

  • 8/14/2019 Nota PTK Isu-Isu Semasa Dalam Bidang Perubatan dan Kesihatan

    7/10

    tisu tidak akan menjejaskan adat pengkebumian seperti upacara penghormatan kepada

    jenazah.

    Bagaimanakah Anda Berhajat Untuk Manjadi Seorang Penderma Organ?

    Anda perlu mengisi borang akaun penderma dan kad penderma. Borang yang telah

    dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional, sementara kadpenderma anda hendaklah disimpan dalam dompet dan dibawa bersama anda pada

    setiap masa.

    Anda Dinasihatkan untuk memaklumkan hasrat anda untuk menjadi seorang

    penderma organ dan tisu Kepada Keluarga Anda?

    Ini akan memudahkan serta melicinkan proses mendapatkan keizinan perolehan organ

    dan tisu selepas kematian anda kelak.

    Mati Otak dan Pendermaan Organ

    Pemindahan organ hanya akan dilakukan setelah pesakit disahkan mati otak. Bagi

    melaksanakan pemindahan ini anggota perubatan perlu mendapatkan kebenaran

    terlebih dahulu daripada ahli keluarga terdekat penderma. Pembedahan pemindahan

    organ hanya akan dilakukan setalah mendapat kebenaran ahli keluarga pesekit yang

    mengalami mati otak tersebut.

    Apakah yang dikatakan MATI OTAK?

    Mati otak ialah keadaan tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang

    menyababkan keseluruhan otak (termasuk batang otak iaitu penghidupan seperti

    pernafasan dan denyutan janting) tidak lagi berfungsi. Kehilangan fungsi otak ini tidak

    boleh dipulihkan.

    PERANAN NGO DALAM BIDANG KESIHATAN

    Senarai NGOs Kesihatan

    No Nama Persatuan Alamat No: Tel/ Faks/Emel

    1 Heart Foundation Of Malaysia -Yayasan Jantung Malaysiahttp://www.yjm.org.my/

    Tingkat 2,Block B,Anjung Felda,Jalan Maktab,Off JalanSemarak, 54000Kuala Lumpur

    Tel: 03-2693 4709Faks:03-2693 3267

    7 | P a g e

    http://www.yjm.org.my/http://www.yjm.org.my/http://www.yjm.org.my/http://www.yjm.org.my/
  • 8/14/2019 Nota PTK Isu-Isu Semasa Dalam Bidang Perubatan dan Kesihatan

    8/10

    2 Kiwanis Down Syndrome Foundationhttp://www.kdsf.org.my/

    Lot 13940, JlnJenjarum, OffSS23/1, TamanSEA, 47400Petaling Jaya

    Tel: 03-7803 0179Faks: 03-7806 4862Emel: [email protected]

    3 Malaysia Energy Healing Portal -Meditation, Reiki stress reductionhttp://www.meditation.com.my/

    19, Jalan Mesui,Off JalanNagasari, KualaLumpur

    Tel:03-2143 2966Emel:[email protected]

    4 Malaysian AIDS Council - MAC -Umbrella body of 32 NGOs workingon AIDS education care & supporthttp://www.mac.org.my/

    No. 12, TheBoulevard ShopOfficeJalan 13/48A,off Jalan Sentul51000 KualaLumpur,

    MALAYSIA

    Tel: 03-4045 1033Faks: 03-4043 9723Emel:[email protected]

    5 Malaysian Association for thePrevention of Tuberculosis - MAPTBTB

    http://www.maptb.org.my/

    2 Lorong SyedPutra Kiri, 50460Kuala Lumpur

    Tel: 03-2274 3070Faks: 03-2274 4156Email:[email protected]

    6Malaysian Diabetes Association -

    http://diabetes.org.my

    PersatuanDiabetis Malaysia2, Lorong 11/4E,46200 PetalingJaya

    Tel: 03-7957 4062Faks: 03-7960 4514Emel:[email protected]

    7 Malaysian Liver Foundation - MLFYayasan Hepar Malaysia

    http://www.liver.org.my/

    10-2, Jln 25/70ADesa Sri

    Hartamas50480 KualaLumpurMalaysia

    Tel: 03-2300 3455Faks: 03-2300 3452

    Emel:[email protected]

    8 Malaysian Menopause Societyhttp://www.menopause.org.my/

    Wisma Goshen(Ground & 1stFloor)60 & 62, JalanSS 22/21Damansara Jaya47400 PetalingJaya

    Selangor

    Tel : 03-7726 2828ext 19 (Ms. Hee)Faks : 03-7728 9986Emel: [email protected]

    9 Malaysia Mental Health Associationhttp://www.mentalhealth.org.my/

    8 Jalan 4/33, OffJalan Othman,46000 PetalingJaya

    Tel: 03-7782 5499Faks: 03-7783 5432Emel: [email protected]

    10 Malaysian Association for the Blind Kompleks MAB, Tel: 03-2272 2677

    8 | P a g e

    http://www.kdsf.org.my/mailto:[email protected]://www.meditation.com.my/mailto:[email protected]://www.mac.org.my/http://www.mac.org.my/mailto:[email protected]://www.maptb.org.my/http://www.maptb.org.my/mailto:[email protected]://www.diabetes.org.my/mailto:[email protected]:[email protected]://www.liver.org.my/mailto:[email protected]:[email protected]://www.menopause.org.my/mailto:[email protected]://www.mentalhealth.org.my/mailto:[email protected]://www.kdsf.org.my/http://www.kdsf.org.my/http://www.kdsf.org.my/mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]://www.meditation.com.my/http://www.meditation.com.my/http://www.meditation.com.my/http://www.meditation.com.my/http://www.meditation.com.my/http://www.meditation.com.my/mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]://www.mac.org.my/http://www.mac.org.my/http://www.mac.org.my/mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]://www.maptb.org.my/http://www.maptb.org.my/http://www.maptb.org.my/mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]://www.diabetes.org.my/http://www.diabetes.org.my/http://www.diabetes.org.my/mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]://www.liver.org.my/http://www.liver.org.my/http://www.liver.org.my/http://www.liver.org.my/http://www.liver.org.my/http://www.liver.org.my/mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]://www.menopause.org.my/http://www.menopause.org.my/http://www.menopause.org.my/mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]://www.mentalhealth.org.my/http://www.mentalhealth.org.my/http://www.mentalhealth.org.my/mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 8/14/2019 Nota PTK Isu-Isu Semasa Dalam Bidang Perubatan dan Kesihatan

    9/10

    (MAB)http://www.mab.org.my/

    Jalan Tebing, OffJalan TunSambanthan 4,Brickfields, 50470Kuala Lumpur

    Faks: 03-2272 2676Emel:[email protected]

    11 Malaysian Federation of the Deaf

    MFD - Persekutuan Orang PekakMalaysiahttp://www.mfd.org.my/

    No. 6-13A,

    Menara KLH,Bandar PuchongJaya,47100 Puchong.

    Tel : 03-8070 9308 / 8930

    Faks : 03-8076 1090Email: [email protected]

    12 Malaysian Psychology Centerhttp://www.malaysianpsychology.com/

    25-1, Jalan Desa,Taman Desa,58100 KualaLumpur

    Tel: 03-7982 4424Faks: 03-7980 3841Emel:[email protected]

    13 National Cancer Society of Malaysia -Persatuan Kebangsaan KanserMalaysiahttp://www.cancer.org.my/

    66 Jalan RajaMuda Abdul Aziz,50300 KualaLumpur

    Tel: 03-2698 7300Faks: 03-2698 4300Emel:[email protected]

    14 National Diabetes Institute(Nadi Diabetes Malaysia) -Institut Diabetes Negarahttp://www.nadidiabetes.com.my/

    No1, JalanSS3/50, 47300Petaling Jaya,Selangor DarulEhsan.

    Tel : 03-7876 1676 / 77Faks: 03-7876 1679Emel: [email protected]

    15 National Kidney Foundation ofMalaysia (NKF)http://www.nkf.org.my/

    70, Jalan 14/29,46100 PetalingJaya,Selangor DarulEhsan. Malaysia

    Tel: 03-7954 9048 / 9049Faks: 03-7957 7328Emel:[email protected]

    16 nutriWEB Malaysia -

    Nutrition Society of Malaysiahttp://www.nutriweb.org.my/

    Division of

    Human Nutrition,Institute forMedicalResearch, 50588Kuala Lumpur,Malaysia

    Tel: 03-4402384

    Faks: 03-2943575Emel:[email protected]

    17 Persatuan SLE Malaysia - SystematicLupus Erythematosushttp://www.lupusmalaysia.org

    Persatuan SLEMalaysiaTingkat. 3,Bangunan SultanSalahudin AbdulAziz Shah16, Jalan Utara,

    46200 PetalingJayaSelangor DarulEhsan, Malaysia

    Tel: 03-7957 7672Faks: 03-7957 0407Emel:[email protected]

    18MAKNA : Majlis Kanser Nasionalhttp://www.makna.org.my

    BG 03A & 05,Ground Floor,Megan Ambassy,225,Jalan

    Tel: 03-4256 9178Faks: 03-4256 9203Emel:[email protected]

    9 | P a g e

    http://www.mab.org.my/mailto:[email protected]:[email protected]://www.mfd.org.my/http://www.mfd.org.my/mailto:[email protected]://www.malaysianpsychology.com/mailto:[email protected]:[email protected]://www.cancer.org.my/mailto:[email protected]?subject=Website%20Enquiryhttp://www.nadidiabetes.com.my/mailto:[email protected]://www.nkf.org.my/mailto:[email protected]://www.nutriweb.org.my/http://www.nutriweb.org.my/mailto:[email protected]:[email protected]://www.makna.org.my/mailto:[email protected]:[email protected]://www.mab.org.my/http://www.mab.org.my/http://www.mab.org.my/mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]://www.mfd.org.my/http://www.mfd.org.my/http://www.mfd.org.my/mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]://www.malaysianpsychology.com/http://www.malaysianpsychology.com/http://www.malaysianpsychology.com/mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]://www.cancer.org.my/http://www.cancer.org.my/http://www.cancer.org.my/mailto:[email protected]?subject=Website%20Enquirymailto:[email protected]?subject=Website%20Enquirymailto:[email protected]?subject=Website%20Enquiryhttp://www.nadidiabetes.com.my/http://www.nadidiabetes.com.my/http://www.nadidiabetes.com.my/mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]://www.nkf.org.my/http://www.nkf.org.my/http://www.nkf.org.my/mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]://www.nutriweb.org.my/http://www.nutriweb.org.my/http://www.nutriweb.org.my/mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]://www.makna.org.my/http://www.makna.org.my/http://www.makna.org.my/mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 8/14/2019 Nota PTK Isu-Isu Semasa Dalam Bidang Perubatan dan Kesihatan

    10/10

    Ampang,50450 KualaLumpur.

    19Persatuan Penggalak PenyusuanSusu Ibu Malaysia(PPPIM)

    http://www.susuanibu-pk.gov.my/index.html

    7A, Jalan KolamAir, Kg. KlangGate Baru

    53100 KualaLumpur.

    Tel : 03-4107 3678Faks : 03-4107 2862E-mel: [email protected]

    20 Pengasih Malaysiahttp://pengasih.net/

    3201 JalanSyers, OffLanggak Tunku,Bukit Tunku,50480 KualaLumpur.

    Tel : 03-6201 3179 / 0287Faks: 03-6201 3013Emel:[email protected]

    21 Yayasan MedicAlert Malaysia(The MedicAlert FoundationMalaysia)http://www.ummc.edu.my/

    c/o UniversityMalaya MedicalCentre59100 KualaLumpur, Malaysia

    Tel: 03-7960 1355Faks: 03-7960 1355Hotline: 03-79575111

    22 Persatuan Bulan Sabit MerahMalaysiahttp://www.redcrescent.org.my/

    NationalHeadquarters,No 32 JalanNipah off JalanAmpang,55100 KualaLumpur,Malaysia

    Tel: 03-42578122 ext.130/131/105/118Faks: 03-4253 3191Emel:[email protected]

    23 Persatuan Juruteknik PerubatanKecemasan dan Trauma Selangordan W.Persekutuan Kuala Lumpur

    (Paramedik-EMT)

    No.2,Jalan 10 A,Pekedai LuarBandar, Lembah

    Jaya Selatan,68000 Ampang,Selangor DarulEhsan

    Tel/Faks : 03- 4280 1796Emel:[email protected]

    10 | P a g e

    http://www.susuanibu-pk.gov.my/index.htmlhttp://www.susuanibu-pk.gov.my/index.htmlmailto:[email protected]://pengasih.net/mailto:[email protected]://www.ummc.edu.my/http://www.redcrescent.org.my/mailto:[email protected]:[email protected]://www.susuanibu-pk.gov.my/index.htmlhttp://www.susuanibu-pk.gov.my/index.htmlmailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]://pengasih.net/http://pengasih.net/http://pengasih.net/mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]://www.ummc.edu.my/http://www.ummc.edu.my/http://www.ummc.edu.my/http://www.redcrescent.org.my/http://www.redcrescent.org.my/http://www.redcrescent.org.my/mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]