nota perlembagaan persekutuan pt.1

17
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 2.0 Sejarah Perlembagaan Persekutuan Negeri-negeri Melayu Sejarah perkembangan Perlembagaan Persekutuan Malaysia berkait rapat dengan perluasan pengaruh British. Mengikut Perjanjian Pangkor 1874 , Sultan Perak bersetuju menerima seorang Residen British yang akan menasihati baginda dalam semua perkara kecuali yang menyentuh agama dan adat istiadat Melayu. Menjelang tahun 1895, Sistem Residen ini telah diasaskan dengan kukuhnya di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Melalui Perjanjian Persekutuan 1895 yang dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896, keempat-empat negeri di atas telah disatukan di bawah satu pemerintahan pusat dan mula dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States). Negeri-negeri Melayu Bersekutu bukan merupakan sebuah persekutuan tetapi sebuah kesatuan. Kuasa pentadbiran dipusatkan di tangan Residen-Jeneral di Kuala Lumpur. Tidak ada pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan-kerajaan Negeri. Sultan-sultan dikehendaki menurut nasihat Residen-Jeneral dalam semua hal mengenai pentadbiran kecuali yang menyentuh agama Islam. Pada tahun 1909, Kerajaan British menubuhkan Majlis Persekutuan yang telah mengurangkan lagi kuasa sultan-sultan dan Majlis-majlis Negeri. Segala dasar dan undang-undang penting diluluskan oleh Majlis Persekutuan yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British . Pemusatan kuasa pentadbiran di tangan Pesuruhjaya Tinggi British telah dibantah oleh sultan-sultan Melayu. Perkara pengagihan kuasa pusat merupakan isu politik yang terpenting dalam sejarah Negeri-negeri Melayu Bersekutu hingga tahun 1941. Pengagihan kuasa pusat dijalankan secara berperingkat- peringkat mulai tahun 1934. Dalam pada itu, Britain telah memperluaskan kuasanya ke atas Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu melalui Perjanjian Bangkok 1909 dengan Siam. Seorang Penasihat British dilantik bagi tiap-tiap negeri berkenaan. Johor pula menerima seorang Penasihat British pada tahun 1914. Kelima- 1

Upload: russlan-ssvs

Post on 14-Apr-2017

3.361 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

2.0 Sejarah Perlembagaan Persekutuan Negeri-negeri MelayuSejarah perkembangan Perlembagaan Persekutuan Malaysia berkait rapat dengan perluasan pengaruh British.

Mengikut Perjanjian Pangkor 1874, Sultan Perak bersetuju menerima seorang Residen British yang akan menasihati

baginda dalam semua perkara kecuali yang menyentuh agama dan adat istiadat Melayu. Menjelang tahun 1895, Sistem

Residen ini telah diasaskan dengan kukuhnya di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

Melalui Perjanjian Persekutuan 1895 yang dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896, keempat-empat negeri di atas

telah disatukan di bawah satu pemerintahan pusat dan mula dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States). Negeri-negeri Melayu Bersekutu bukan merupakan sebuah persekutuan tetapi sebuah kesatuan. Kuasa pentadbiran dipusatkan di tangan Residen-Jeneral di Kuala Lumpur. Tidak ada pembahagian kuasa

antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan-kerajaan Negeri. Sultan-sultan dikehendaki menurut nasihat Residen-Jeneral dalam semua hal mengenai pentadbiran kecuali yang menyentuh agama Islam.

Pada tahun 1909, Kerajaan British menubuhkan Majlis Persekutuan yang telah mengurangkan lagi kuasa

sultan-sultan dan Majlis-majlis Negeri. Segala dasar dan undang-undang penting diluluskan oleh Majlis Persekutuan

yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Pemusatan kuasa pentadbiran di tangan Pesuruhjaya Tinggi

British telah dibantah oleh sultan-sultan Melayu. Perkara pengagihan kuasa pusat merupakan isu politik yang terpenting

dalam sejarah Negeri-negeri Melayu Bersekutu hingga tahun 1941. Pengagihan kuasa pusat dijalankan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1934.

Dalam pada itu, Britain telah memperluaskan kuasanya ke atas Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu

melalui Perjanjian Bangkok 1909 dengan Siam. Seorang Penasihat British dilantik bagi tiap-tiap negeri berkenaan.

Johor pula menerima seorang Penasihat British pada tahun 1914. Kelima-lima negeri ini yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu enggan menyertai Persekutuan oleh kerana bimbang akan kehilangan kuasa mereka

kepada Kerajaan British. Maka pentadbiran British sebelum Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu mengandungi tiga

unit, iaitu Negeri-negeri Selat ( Melaka, Pulau Pinang dan Singapura ), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Pada tahun 1946, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah kerajaan baru (kesatuan) iaitu Malayan Union yang bertujuan melicinkan dan menyeragamkan pentadbiran serta menyediakan penduduk Tanah Melayu ke arah

pemerintahan sendiri. Semua Negeri Melayu beserta Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah satu pemerintahan

pusat. Singapura tidak dimasukkan ke dalam kesatuan ini. Singapura kekal sebagai tanah jajahan. Malayan Union

mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu kerani ia memberi hak kerakyatan yang sama kepada orang bukan

Melayu melalui prinsip jus soli. Melalui prinsip ini, kewarganegaraan diberikan kepada semua orang asing yang

dilahirkan di Tanah Melayu atau Singapura. Orang Melayu juga menentang Malayan Union kerana pelaksanaannya

akan menghapuskan kedaulatan dan kuasa sultan-sultan. Malayan Union akan diperintah oleh seorang Gabenor British

dengan bantuan sebuah Majlis Mesyuarat Kerajaan dan sebuah Majlis Undangan. Sultan-sultan cuma menjadi raja

kehormat sahaja. Sultan hanya berkuasa dalam soal-soal agama Islam dan adat istiadat orang Melayu. Akibat

tentangan tersebut, Kerajaan British terpaksa memansuhkan Malayan Union dan menggantikannya dengan

Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah menubuhkan sebuah

kerajaan pusat yang kuat dan ahli-ahlinya adalah sama seperti yang diperuntukkan dalam Malayan Union. Ia telah juga

1

Page 2: NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1

menggembalikan kuasa sultan-sultan, memperketatkan syarat-syarat kewarganegaraan serta mengembalikan hak

istimewa orang Melayu.

Pada tahun 1948 juga, perlembagaan-perlembagaan bertulis telah diperkenalkan di semua negeri Melayu,

Pulau Pinang dan Melaka, kecuali Johor dan Terengganu yang telah pun mempunyai perlembagaan bertulis. Di

Terengganu, perlembagaan bertulisnya digelar Undang-undang Tubuh Negeri. Perlembagaan Johor digubal pada tahun

1895 manakala Perlembagaan Terengganu pada tahun 1911. Perjanjian Negeri telah dimeteri antara tiap-tiap sultan

dengan Kerajaan British di mana sultan-sultan telah bersetuju untuk memerintah mengikut Perlembagaan Negeri dan

juga mematuhi peruntukan Perjanjian Negeri dan Perjanjian Persekutuan 1948.

Mukadimah Perjanjian Persekutuan telah menyatakan hasrat Kerajaan British dan Sultan-sultan untuk

bekerjasama ke arah pencapaian pemerintahan sendiri bagi Tanah Melayu. Selaras dengan ini, pilihanraya umum yang pertama telah dijalankan di seluruh Persekutuan Tanah Melayu pada 27 Julai 1955. Dalam pilihanraya tersebut,

Parti Perikatan ( UMNO-MCA-MIC ) berjaya memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan dan Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri.

Kemenangan Parti Perikatan telah memberikannya mandat untuk memulakan rundingan dengan Kerajaan

British mengenai kemerdekaan Tanah Melayu. Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai satu

rombongan ke London untuk merundingkan perkara-perkara berkaitan dengan kemerdekaan. Kerajaan British bersetuju

mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Persidangan di London juga mempersetujui tentang pembentukan sebuah suruhanjaya untuk menggubal perlembagaan baru bagi Tanah Melayu yang berdaulat dan merdeka. Suruhanjaya tersebut yang bernama Suruhanjaya Reid dan diketuai oleh Lord Reid telah

mengemukakan satu rang Perlembagaan pada bulan Februari 1957. Ia dikaji semula oleh sebuah Jawatankuasa Kerja,

yang antara lain terdiri daripada empat orang wakil raja-raja dan empat orang wakil Kerajaan Perikatan. Rang

Perlembagaan yang dipinda itu telah diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957.

Penubuhan MalaysiaPada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman mengemukakan idea penubuhan Malaysia yang akan terdiri daripada Tanah

Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Cadangan ini disokong oleh Kerajaan British memandangkan ia

menyekat perkembangan pengaruh komunis di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo serta dapat melindungi

pelaburan British di kawasan-kawasan berkenaan.

Laporan Suruhanjaya Cobbold yang diterbitkan pada 1 Ogos 1962 mengesahkan bahawa kira-kira 66%

rakyat Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia. Kerajaan Singapura pula telah mengadakan satu

referendum pada 1 September 1962. Lebih 70% pengundi menyokong penyertaan Singapura ke dalam Malaysia.

Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 1963 tanpa penyertaan Brunei. Singapura kemudiannya

menarik diri dari Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Draf Perlembagaan Persekutuan mula beroperasi sebagai dokumen undang-undang pada 13 Ogos 1957 melalui sebuah

mekanisme yang terdiri daripada :

a. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang diluluskan oleh

Parlimen British di London.

b. Ordinan Perlembagaan Persekutuan 1957 yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan di Kuala Lumpur.

2

Page 3: NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1

c. pelbagai enakmen diluluskan, Majlis Perundangan Negeri memberikan kuasa undang-undang kepada draf

perlembagaan yang dikemukakan oleh Kertas Putih.

PERLEMBAGAAN

Takrif dan Konsep Perlembagaan

2.1 Takrif Perlembagaan

□ Perlembagaan merupakan sebuah dokumen atau dokumen-dokumen yang mengandungi undang- undang tertinggi untuk mewujudkan suatu sistem kerajaan yang teratur dan moden.

□ Kumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan pemerintah

□ R.N.Gilchrist :- “Kumpulan peraturan-peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis, yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara berbagai-bagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum yang menentukan bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan”.

***Ia mengandungi peruntukan-peruntukan umum mengenai corak pemerintahan negara, hak-hak asasi rakyat, kewarganegaraan, agama, bahasa, pilihanraya dan perkara-perkara lain. ( undang-undang yang selaras dengan kehendak rakyat dan keadaan semasa ).

1. Profesor A.V.Dicey menyatakan perlembagaan menentukan pengagihan kuasa sesebuah negara atau masyarakat politiknya.

2. Di Malaysia, perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan bagi pemerintahan Negara.

3. Perlembagaan berfungsi memastikan wujudnya keamanan antara ahli masyarakat berpandukan peraturan2 yang menjadi panduan kepada semua ahli masyarakat.

Konsep Perlembagaan

Di Malaysia, perlembagaan merupakan undang2 tertinggi : □ bidang perundangan : ▫ Parlimen hanya membuat & menggubal undang2 mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan oleh

perlembagaan. □ bidang kehakiman : ▫ mahkamah diberi kuasa mengisytihar undang2 sebagai tidak sah sekiranya undang2 yang dibuat oleh

Parlimen itu berada di luar bidang kuasanya. ▫ kuasa kehakiman tertakluk kepada kehendak2 perlembagaan□ Yang di-Pertuan Agong hanya melaksanakan tugas2 yang diperuntukkan oleh perlembagaan.□ Perdana Menteri dan Jemaah Menterinya melaksanakan tugas mengikut peruntukan perlembagaan.

Oleh sebab tiada kuasa yang boleh menandingi kuasa Perlembagaan Persekutuan, maka Perlembagaan Persekutuan disifatkan sebagai Perlembagaan tertinggi di Malaysia.

Jenis Perlembagaan

1. Secara umum, sesebuah perlembagaan boleh dibahagikan mengikut :-a. sama ada ia bertulis atau tidak b. sama ada ia dapat dipinda dengan mudah atau tidak

c. sistem kerajaan yang diamalkan2.Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia mula mengambil model Parlimen jenis Westminster daripada

Perlembagaan British.3. Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada :

i. perlembagaan bertulis

3

Page 4: NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1

ii. perlembagaan tidak bertulis

Bertulis( Didokumen dan dibukukan )

Tidak Bertulis

□ Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan □ Parlimen boleh membuat, menggubal atau meminda apa jua jenis undang-undang tanpa sekatan

□ Kuasa paling tinggi diperuntuk kepada perlembagaan (dokumen tertinggi tempat merujuk)

□ Kuasa paling tinggi diperuntukkan kepada Parlimen

□ Undang-undang yang dibuat, digubal dan dipinda tertakluk mengikut kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan

□ Berdasarkan tradisi, amalan, sikap serta pengalaman politik/terdapat dalam akta yang digubal oleh badan perundangan /berdasarkan keputusan mahkamah

□ Boleh dipinda oleh Parlimen :- Mudah: dua pertiga daripada persetujuan

Parlimen- Tidak mudah: melibatkan referendum rakyat

terlebih dahulu.□Contoh negara : Malaysia □ Contoh negara : United Kingdom

2.2 Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan bertulis Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957 ( dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu ) Diperkenalkan sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada Hari Malaysia 16hb

September 1963 Digubal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning (British), Sir

William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim A. Hamid (Pakistan) Digubal berdasarkan 131 memorandum yang diserahkan oleh parti politik dan pertubuhan

Tanah Melayu Merupakan sebuah dokumen yang merupakan sumber segala perundangan lain yang wujud

dalam negara Mengandungi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan satu sistem kerajaan yang teratur Dikanunkan tetapi boleh dipinda Memperakukan semua undang-undang yang wujud di Sabah dan Sarawak sebelum Hari

Malaysia

Ketertinggian Perlembagaan

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia Parlimen atau badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa masing-masing

daripada perlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara juga menjalankan kuasa mengikut Perlembagaan. Sebarang undang-undang yang bercanggahan dengan Perlembagaan akan terbatal setakat mana

yang bercanggah

Justeru itu, tiada terdapat sebarang institusi di Malaysia melainkan Perlembagaan Persekutuan yang mempunyai kuasa tertinggi. Inilah yang diertikan dengan konsep ketinggian Perlembagaan

2.3 Kandungan Perlembagaan Persekutuan(dibahagikan kepada 15 Bahagian dan 183 Perkara)

Bahagian Perkara Kandungan

1 1-4 Negeri, agama, undang-undang Persekutuan dan lain-lain

4

Page 5: NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1

2 5-13 Kebebasan hak asasi

3 14-31 Kewarganegaraan, perolehan, penamatan, tambahan

4 32-69 Persekutuan: Ketua Negara, Majlis Raja-Raja, Badan Perundangan

5 70-72 Negeri-negeri

6 73-95 Hubungan Persekutuan dengan Negeri

7 96-112 Peruntukan Kewangan

8 113-120 Pilihan raya

9 121-131 Kehakiman

10 132-148 Perkhidmatan Awam

11 149-151 Kuasa khas menentang subversif kerana darurat

12 152-160 Am dan pelbagai, bahasa kebangsaan

13 161-180 Sabah dan Sarawak, peruntukan sementara dan peralihan

14 181-181 Pengecualian bagi raja

15 182-183 Mahkamah Khas Raja-Raja, tindakan terhadap raja

B. Perlembagaan Negeri Setiap negeri dalam Persekutuan Malaysia mpyi hak, kuasa dan tjwb tersendiri mengikut perlembagaannya.

Segala hak dan kuasa tersebut dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Tidak boleh bercanggah dan bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Perkara 71(4)Perlembagaan Persekutuan, semua Perlembagaan Negeri wajib mengandungi

‘Peruntukan Perlu’ yang disenaraikan dalam Jadual Kelapan.

Bil. Kandungan Keterangan

1 Pemerintahan Kedudukan, perlantikan dan kuasa Raja/Yang di-Pertuan Agong/Menteri

Besar/Ketua Menteri

Menteri Besar mesti seorang Islam.

Fungsi dan kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri [Exco] /Dewan

Undangan Negeri.

2 Pentadbiran Awam Setiap negeri mempunyai autonomi dlm pentadbiran awam / pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri. ( kec. N.Sembilan, Perlis,

Melaka dan P.Pinang )

KN tidak boleh, tanpa persetujuan KP, menambah perjawatan negeri @

gaji & emolument yg ada, sekiranya tindakan berkenaan akan menambah

tanggungan KP dlm hal pencen, ganjaran & elaun-elaun lain.

3 Agama Islam Agama negeri utk neg. beraja ialah agama Islam. Raja merupakan ketua

agama negeri, YDPA menjadi ketua agama bagi neg. tiada beraja.

BM sebagai bhs rasmi negeri.

4 Pindaan Perlembagaan Sebarang pindaan am memerlukan sokongan 2/3 ahli dewan & persetujuan

Raja/YDPA

5

Page 6: NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1

*Perkara2 lain boleh dipinda

oleh DUN dgn sokongan

majoriti 2/3 ahli @ sokongan

majoriti 2/3 ahli @ sokongan 2/3

ahli dan persetujuan Ketua

Negeri.

Perkara-perkara yg tidak boleh dipinda oleh DUN :- a. warisan takta kerajaan.

b. Kedudukan para pembesar yg memerintah.

c. Para pembesar adat Melayu.

d. pelantikan, pemecatan & penurunan taktha sultan & warisnya.

e. pelantikan pembesar yg memerintah & ahli-ahli majlis penasihat

tentang agama @ adat.

f. Pangkat, gelaran kehormat @ pelucutan pangkat, bintang kebesaran

6

Page 7: NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1

2.4 Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia

Hak Asasi ( Bahagian 2 – Perkara 5 hingga Perkara 13 )

Bil. Perkara Huraian

5 Kebebasan diri a. Kebebasan diri seseorg tidak boleh dilucutkan kecuali

menurut undang2.

b. Seseorg yg ditangkap mesti diberitahu sbb2 dia

ditangkap & dibawa ke hadapan seorang majistret dlm

tempoh 24 jam jika dia tidak dilepaskan sblm tempoh

itu.

c. Seseorg yg ditangkap @ dituduh melakukan sesuatu

kesalahan berhak mendapat bantuan peguam utk

membela dirinya.

d. Seseorg tidak boleh diambil nyawanya kecuali menurut

undang2.

6 Larangan pengabdian & kerja

paksa

a. Tiada seseorang pun boleh dijadikan hamba abdi.

b. Semua jenis kerja paksa adalah dilarang kecuali

perkhidmatan kerahan.

c. Kerja yg dilakukan oleh banduan2 di penjara tidak

dianggap sbg kerja paksa.

7 Perlindungan daripada

undang2 jenayah yang

berkuatkuasa kebelakangan &

pembicaraan berulang

a. Seseorg tidak boleh dihukum kerana melakukan sesuatu

perkara yg tidak melanggar undang2 semasa ia berlaku.

b. Seseorg yg telah dibebaskan @ disabitkan sesuatu

kesalahan tidak boleh dibicarakan semula di atas

kesalahan yg sama kecuali jika perbicaraan semula

diperintah oleh mahkamah yg lebih tinggi drpd

mahkamah yg membebaskannya @ menyabitkannya. Pd

masa yg sama pembebasan @ penyabitan mahkamah yg

lebih rendah itu mesti dibatalkan.

8 Layanan yg sama rata a. Semua warganegara M’sia diberi layanan yg sama rata

di sisi und2 & berhak mendapat perlindungan und2 yg

sama.

b. Semua warganegara M’sia tidak boleh dibezakan

mengikut kaum, keturunan, agama, adat @ tempat

lahirnya dalam mana2 und2 @ perlantikan bagi jawatan

7

Page 8: NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1

@ pekerjaan di bwh sesuatu pihak berkuasa awam @

dlm pentadb mana2 und2 tentang pemerolehan,

pemegangan @ perlepasan harta @ tentang apa2

perniagaan @ pekerjaannya kecuali jika dinyatakan oleh

perlembagaan seperti dalam Perkara 153 mengenai hak2

istimewa org Melayu & kaum b’putera yg lain di Sabah

& S’wak.

c. Warganegara M’sia yang tinggal di semua negeri di

M’sia adalah sama rata & diberi layanan yang sama oleh

kerajaan.

9 Kebebasan bergerak a. Semua warganegara M’sia adlh bebas bergerak &

menetap di mana2 neg di M’sia.

b. Setiap warganegara tidak boleh dibuang neg @ dihalang

memasuki Persekutuan kecuali di atas sbb2 keselamatan

Persekutuan, ketenteraman awam @ kesihatan awam.

10 Kebebasan bercakap,

berhimpun & menubuhkan

persatuan

a. Setiap warganegara mpyi kebebasan berckap, memberi

pendapat, berhimpun secara aman & menubuhkan

persatuan.

b. Walaupun begitu, Parlimen blh mengadakan sekatan jika

ia mengancam ketenteraman awam, keselamatan negara,

keharmonian kaun & kepentingan moral.

11 Kebebasan agama a. Setiap warganegara yg berumur 18 thn ke atas blh

memilik & menganuti agamanya sendiri.

b. Namun demikian, seseorg warganegara tidak blh

merendah-rendahkan @ menghina agama2 lain yg

dianuti oleh warganegara yg lain.

12 Hak utk mendapat pendidikan a. Bayaran persekolahan adalah sama bagi semua

warganegara.

b. Warganegara tidak blh dibezakan mengikut kaum @

tempat lahir semasa menyediakan kemudahan2

persekolahan kecuali perkara2 yg dinyatakan dalam

Perkara 153.

13 Hak terhadap harta a. Setiap warganegara mpyi kebebasan utk memiliki harta.

b. Harta seseorg tidak boleh dilucutkan kecuali menurut

8

Page 9: NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1

undang2.

c. Sekiranya k’jaan m’ambil harta seseorg demi

kepentingan awam, maka k’jaan mesti m’berikan

pampasan yg munasabah kpd org yg t’libat.

2.5 Kewarganegaraan ( Bahagian 3, Perkara 14 – 22 )

Boleh diperolehi melalui 4 cara ;

a. Kuatkuasa undang-undang

b. Pendaftaran ( Permohonan )

c. Naturalisasi ( Masukan )

d. Percantuman wilayah.

a. Kuatkuasa Undang-undang

(i). Dilahirkan sebelum Hari Malaysia (16 September 1963) & merupakan seorg waganegara

Persekutuan mengikut p’utk2 dlm Bahagian 1, Jadual Kedua.

Senarai syarat kelayakan kewarganegaraan sebelum Hari Malaysia

Situasi Syarat Kelayakan

Warganegara Persekutuan

1957

Memperolehi kewarganegaraan secara pendaftaran @

naturalisasi

Lahir ant. 31 Ogos 1957 –

Okt 1962

Ibu bapa warganegara / pemastautin tetap

Lahir di P’sekutuan slps

Sept 1962

Bapa warganegara / pemastautin tetap tidak m’jadi

w’negara mana2 negara lain.

Kelahirannya didaftar dgn pejabat konsul P’sekutuan

(ii). Dilahirkan selepas Hari M’sia dan memenuhi mana2 syarat dlm Bah.2, Jadual Kedua.

Senarai syarat kelayakan kewarganegaraan selepas Hari Malaysia

Situasi Syarat Kelayakan

Lahir di Malaysia Ibu @ ayahnya seorg w’negara @ pemastautin tetap

Lahir di luar Malaysia Bapanya seorg w’negara @ b’khidmat dgn k’jaan.

Dlm tempoh setahun slps kelahirannya, perlu didaftar di

pejabat konsul P’sekutuan.

9

Page 10: NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1

b. PendaftaranSeseorg boleh didaftarkan sbg w/negara jika ia :

i. Isteri atau anak warganegara .Isteri seorg w/negara boleh memohon utk didaftarkan sbg w/negara jika :-

suaminya seorg w/negara pd awal bulan Oktober 1962.

dia telah bermastatutin di P’sekutuan selama dua thn sblm tarikh p’mohonan.

dia berhasrat utk menetap di P’sekutuan.

perkahwinannya didaftarkan di bwh undang2 bertulis P’sekutuan.

ii. Anak seorang w/negara yg b’umur kurang drpd 21 thn blh didaftarkan sbg w/negara.

iii. Org yang b’umur di bwh 21 thn : Seseorg yg b’umur kurang drpd 21 thn blh didaftarkan sbg w/negara oleh K.P’sekutuan di bwh Perkara

15A jika difikirkan perlu.

iv. Org yg dilahirkan di P’sekutuan sebelum Hari Merdeka .Sesorg yg b’umur 18 thn ke atas & dilahirkan di P’sekutuan sebelum Hari Merdeka blh didaftarkan sbg jika ia :-

telah b’mastautin di P’sekutuan 7 tahun sblm tarikh p’mohonan bagi jumlah tempoh yg tidak kurang drpd 5 tahun.

berniat utk menetap di P’sekutuan.

berkelakuan baik.

mpyi pengetahuan asas dalam Bahasa Melayu.

v. Org yg b’mastautin di Sabah & S’wak .Seseorg yg b’umur 18 tahun ke atas & b’mastautin di Sabah @ S’wak pd Hari M’sia boleh didaftarkan sbg

w/negara sebelum bulan September 1971 jika ia :-

telah b’mastautin di Sabah @ S’wak sblm hari M’sia & b’mastautin di P’sekutuan slps Hari M’sia yakni 10 tahun sblm tarikh p’mohonan bagi jumlah tempoh yg tidak kurang drpd 7 tahun.

berniat utk menetap di P’sekutuan.

b’kelakuan baik.

mpyi pengetahuan dlm Bhs Melayu @ Bhs Inggeris kecuali jika ia b’umur 45 thn ke atas & memohon

sblm bulan September 1965.

c. Naturalisasi ( Masukan ) i. Seseorg bukan w/negara yg b’umur 21 thn ke atas blh memohon utk mendapatkan sijil k’’wargenegaraan jika ia

telah bermastautin di P’sekutuan bagi tempoh yg tertentu. ( 10 drpd 12 thn ).

berniat utk menetap di P’sekutuan.

berkelakuan baik.

mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Melayu.

ii. Syarat-syarat :-

mengangkat sumpah taat setia kpd YDPA & menjadi seorg yg jujur.

mengangkat sumpah melucutkan kesetiaan kpd negara2 lain, selain P’sekutuan.

mereka blh menikmati hak2 k/warganeraan pd tarikh yg didaftarnya sbg w/negara.

d. Percantuman Wilayah

11

Page 11: NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1

Jika sesuatu wilayah baru menyertai P’sekutuan, Parlimen boleh menentukan org2 yg akan diterima menjadi

w/negara melalui perkaitan mereka dgn wilayah itu. ( Perkara 2 )Contoh :

a. Penduduk Singapurab. Penduduk United Kingdom dan tanah jajahan serta pemastautin tetap Sabah dan Sarawak.c. Penduduk Sabah.d. Penduduk Sarawak.

Penamatan Kewarganegaraan Kewarganegaraan boleh ditamatkan melalui :-

a. Penolakan ( secara suka rela )

Seseorg w/negara boleh menolak kew/negaraannya jika ia :

i. berumur 21 thn ke atas.

ii. berakal waras.

iii. merupakan w/negara sebuah negara lain.

b. Pelucutan Sesorg yg m’perolehi kew/negaraannya secara pendaftaran @ masukan blh dilucutkan kew/negaraannya jika ia:

i. tidak suka @ tidak setia kpd P’sekutuan. ( Per.25 )ii. membantu @ b’komplot dgn musuh P’sekutuan semasa peperangan.

iii. dihukum penjara tidak kurang drpd 12 bulan @ di denda tidak kurang drpd RM5,000 dlm masa 5 thn setelah

ia didaftarkan m’jadi w/negara & ia tidak diampuni bagi kesalahannya.

iv. memberi maklumat palsu semasa memohon k/warganegaraan. ( Per.25 )v. tinggal diluar P’sekutuan selama 5 thn tanpa mendaftarkan diri di Pejabat Konsul utk mengekalkan

kew/negaraannya.

vi. menggunakan hak yg hanya boleh dinikmati oleh rakyat negara asing. ( Per.24 )

Prosedur Perlucutan Kewarganegaraan Notis bertulis dengan alasan diberi kepada orang berkenaan.

Org berkenaan merujuk kesnya kepada satu jawatankuasa siasatan.

Kerajaan membuat keputusan berdasarkan laporan jawatankuasa berkenaan.

12