nota pentaksiran

11
Pengenalan Dalam tugasan PRA 3111, saya dikehendaki menerangkan kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah. Dan bagaimana cara ini dapat membantu guru dalam mengukuhkan kefahaman tentang konsep, objektif dan prinsip-prinsip penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Dalam tugasan ini juga saya akan menerangkan maksud membuat penilaian secara berterusan dan teknik-teknik penaksiran dan penilaian dalam penilaian berterusan. Satu instrumen senarai semak lengkap juga akan dihasilkan dalam kerja kursus ini berdasarkan rujukan dan pemerhatian dokumen KSPK. Instrumen ini akan mempunyai maklumat sepuluh item kognitif, sepuluh item kognitif dan sepuluh item psikomotor. Tugasan ini adalah persediaan dan pendedahan kepada saya melaksanakan penilaian kepada murid prasekolah. Penilaian dan pentaksiran adalah satu perkara yang penting yang harus dibuat dalam pendidikan prasekolah. 2.0. Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak- kanak prasekolah. Penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah penting kerana membantu mengesan perkembangan seseorang murid itu dan mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Selain itu ia juga sebagai alat untuk mengesan kelebihan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. Ia juga dapat membantu guru dalam mengenal pasti keberkesanan seseuatu pengajaran. Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Pentaksiran dan penilaian juga penting bagi menyediakan program atau aktiviti yang selanjutnya yang sesuai diberikan kepada murid prasekolah. Aktiviti tersebut adalah sama ada aktiviti pemulihan untuk murid yang lemah, aktiviti pengukuhan untuk yang menguasai dan aktiviti pengayaan bagi mereka yang sudah mahir. Ketiga-tiga tahap ini mempunyai tahap kesukaran yang berbeza-beza mengikut tahap murid. Penilaian dan pentaksiran juga

Upload: mazaz26

Post on 13-Dec-2015

56 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

assigment

TRANSCRIPT

Page 1: Nota pentaksiran

  Pengenalan

Dalam tugasan PRA 3111, saya dikehendaki menerangkan kepentingan penaksiran dan

penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah. Dan bagaimana cara ini dapat membantu

guru dalam mengukuhkan kefahaman tentang konsep, objektif dan prinsip-prinsip penaksiran

dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Dalam tugasan ini juga saya akan menerangkan

maksud membuat penilaian secara berterusan dan teknik-teknik penaksiran dan penilaian

dalam penilaian berterusan.

Satu instrumen senarai semak lengkap juga akan dihasilkan dalam kerja kursus ini

berdasarkan rujukan dan pemerhatian dokumen KSPK. Instrumen ini akan mempunyai

maklumat sepuluh item kognitif, sepuluh item kognitif dan sepuluh item psikomotor.

Tugasan ini adalah persediaan dan pendedahan kepada saya melaksanakan penilaian kepada

murid prasekolah. Penilaian dan pentaksiran adalah satu perkara yang penting yang harus

dibuat dalam pendidikan prasekolah.

    2.0.               Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah.

Penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah penting kerana membantu

mengesan perkembangan seseorang murid itu dan mengenal pasti pelbagai potensi murid

secara menyeluruh.

Selain itu ia juga sebagai alat untuk mengesan kelebihan dan kelemahan murid dalam

pembelajaran dari semasa ke semasa. Ia juga dapat membantu guru dalam mengenal pasti

keberkesanan seseuatu pengajaran.  Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran dan

penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan

murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

Pentaksiran dan penilaian juga penting bagi menyediakan program atau aktiviti yang

selanjutnya yang sesuai diberikan kepada murid prasekolah. Aktiviti tersebut adalah sama ada

aktiviti pemulihan untuk murid yang lemah, aktiviti pengukuhan untuk yang menguasai dan

aktiviti pengayaan bagi mereka yang sudah mahir. Ketiga-tiga tahap ini mempunyai tahap

kesukaran yang berbeza-beza mengikut tahap murid. Penilaian dan pentaksiran juga

berperanan untuk menjadi asas membuat laporan kepada ibu bapa. Melalui pentaksiran dan

penilaian ini juga murid dapat menilai diri mereka sendiri. Dengan ini mereka akan berusaha

memajukan diri melalui aktiviti yang disediakan.

Page 2: Nota pentaksiran

3.0.               Idea-idea mengukuhkan kefahaman tentang konsep, objektif dan prinsip penaksiran dan

penilaian.

Secara umumnya penaksiran adalah proses membuat keputusan berdasarkan peraturan atau

piawaian manakala penilaian pula melibatkan pengumpulan

maklumat,merekodkan ,menganalisis dan melaporkan berdasarkan data yang

diperoleh . Penaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang

perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la

merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara

berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta

Pendidikan 1996 (Akta 550).

Secara keseluruhannya penaksiran dan penilaian bertujuan untuk mengenalpasti

kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan

mereka. Hasil penaksiran dan penialain membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang

berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum

dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), penilaian adalah suatu proses yang melibatkan

beberapa langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai satu tujuan iaitu bagi

mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk membolehkan guru membuat

sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkah-langkah utama atau proses yang

dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepada tiga proses utama iaitu proses yang

pertama adalah merancang, proses kedua melaksanakan penaksiran dan proses yang ketiga

adalah merekod maklumat.

Dodge et. Al (1994), pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat

tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka yang

dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak.

Dalam proses pertama iaitu merancang, beberapa perkara penting haruslah diambil

kira agar penilaian dan penaksiran yang hendak dibuat berjalan dengan lancar dan sistematik.

Perkara-perkara berikut adalah yang pertamanya mengenal pasti murid

yang hendak dinilai, yang kedua menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, yang

ketiga menentukan instrumen yang hendak digunakan, dan yang seterusnya adalah

menentukan aspek yang hendak diperhatikan, menentukan tempoh masa pemerhatian dan

Page 3: Nota pentaksiran

yang terakhir menentukan waktu sesuatu penaksiran dan penilaian hendak dijalankan. Selain

itu, dalam proses merancang juga pembinaan instrumen perlu dititikberatkan. Instrumen yang

dibina seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti tujuan yang jelas, menepati apa yang hendak

dinilai, item yang boleh diukur dan perlu diingatkan bahawa setiap item hanya boleh mengukur

setiap satu kemahiran sahaja.

Dalam proses kedua iaitu proses melaksanakan penaksiran dan penilaian pula,

perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana penaksiran dan penilaian

dilaksanakan. Penaksiran dan penilaian dalam pendidikan prasekolah hanya dapat dilakukan

melalui pemerhatian. Pemerhatian merupakan proses pengamatan terhadap segala pelakuan

murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian dan

penaksiran, pemerhatian merupakan satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau

maklumat agar dapat merekodnya dengan tepat kelak.  Antara contoh-contoh rekod yang

boleh digunakan adalah Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan Rekod Berterusan.

Objektif

Penilaian dan pentaksiran mempunyai objektif mengesan perkembangan, kebolehan,

kemajuan dan pencapaian murid. Ia juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai,

merancang dan membina instrumen

penilaian. Ia juga sebagai satu alat untuk memberikan aktiviti yang sesuai pada tahap murid.

Menurut  Katz (1997) berpendapat penaksiran dan penilaian di prasekolah

betujuan untuk menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang

utama,

membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah pengajaran dan

pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran

dan

kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibubapa dan

menolong

kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan dirinya sendiri.

Antara objektif penaksiran dan penilaian yang penting adalah

untuk  mengesan perkembangan seseorang murid itu serta mengenal pasti

pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Selain itu ia digunakan untuk

mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari

masa ke

semasa. Guru juga dapat mengesan keberkesanan sesuatu pengajarannya

melalui

proses penaksiran dan penilaian. Selain itu, guru juga dapat menggunakan

penaksiran

Page 4: Nota pentaksiran

dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan

dan

pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan

peringkat

umur mereka.

Menurut Lihanna Borhan, dari tujuan penaksiran dan penilaian berdasarkan

garis

panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan dalam pendidikan prasekolah,

dapatlah

disimpulkan bahawa penggunaan penilaian berbentuk ujian atau peperiksaan

bertulis

bukanlah satu kaedah yang sesuai di tahap ini. Sebaliknya, guru prasekolah

seharusnya mengubah perhatian mereka ke arah penggunaan sistem penilaian

yang

lebih autentik.

Prinsip

James H. McMillan (2000) telah menyatakan terdapat tiga utama prinsip penaksiran dan

penilaian perkembangan kanak-kanak. Prinsip yang pertama adalah

maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian itu haruslah jelas, boleh dipercayai dan

boleh dicapai dengan telus. Prinsip yang kedua pula adalah penaksiran dan penilaian

seharusnya boleh dipercayai dan konsisten. Prinsip yang terakhir pula adalah penilaian

haruslah inklusif dan adil.

Surayah dan Haslinda (2009) pula menyatakan terdapatnya enam prinsip penaksiran

dan penilaian. Prinsip yang pertama adalah penaksiran dan penilaian seharusnya dijalankan

secara berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Hal ini adalah

selari dengan sifat perkembangan kanak-kanak itu sendiri iaitu perkembangan adalah satu

proses yang berterusan. Oleh itu, guru tidak seharusnya menjalankan proses penaksiran dan

penilaian hanya sekali atau dua sahaja. Ini adalah supaya maklumat tentang sesuatu

penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak itu jelas, boleh dipercayai dan telus

(James H. McMillan).

Prinsip yang kedua adalah penaksiran dan penilaian haruslah mempunyai

perancangan, strategi dan instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan

penilaian dan hasil pembelajaran. Prinsip ini adalah menepati langkah melaksanakan

penaksiran dan penilaian yang iaitu langkah yang pertama adalah proses merancang, langkah

kedua melaksanakan penaksiran dan langkah yang ketiga adalah merekod maklumat ke dalam

Page 5: Nota pentaksiran

instrumen penaksiran dan penilaian yang bersesuaian dengan aspek perkembangan yang

ingin dikaji. Sebagai contoh, Rekod Berterusan dapat digunakan untuk merekod

perkembangan fizikal kanak-kanak. Senarai Semak pula merupakan instrumen yang terbaik

digunakan kerana ianya mudah dan praktikal untuk dikendalikan di samping banyak

kemahiran-kemahiran lain yang boleh dimasukkan secara serentak.

Prinsip penaksiran dan penilaian yang ketiga adalah ia perlulah mempunyai kriteria-

kriteria penilaian perkembangan yang sesuai dengan objektif pembelajaran.

Prinsip yang seterusnya adalah ianya harus memberikan manfaat dan bermakna dalam

pengalaman harian kanak-kanak. seterusnya, penaksiran dan penilaian juga hendaklah

dilaksanakan secara tidak formal, iaitu semasa kanka-kanak mengalami proses pembelajaran.

Ini adalah untuk mendapatkan hasil yang autentik dan tidak hanya seperti sebuah lakonan.

Jadi penilaian ini dilakukan secara telus.  Prinsip yang terakhir pula adalah proses penaksiran

dan penilaian perlu dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokumentasi untuk membuktikan

kesasihannya.

Bagaimana saya dapat mengukuhkan kefahaman tentang penilaian dan penaksiran?

         Melalui pembacaan. Pembacaan bahan rujukan seperti buku terbitan PTS banyak

mengeluarkan buku-buku Pendidikan Awal Kanak-kanak. Buku terbitan luar Negara juga

sangat banyak didapati serta mempunyai isi yang padat dan berguna. Saya berusaha

membaca banyak jurnal dan laman web dalam laman sesawang melalui internet. Sebagai

contoh laman web yang baik adalah www.scribd yang banyak menghimpunkan bahan-bahan

daripada pelbagai Negara.

         Perbincangan dengan Guru Prasekolah amat penting bagi memberi peluang kepada saya

mendalami ilmu penaksiran dan penilaian. Daripada konsep, objektif dan prinsip ini, saya akan

bertanya dan berbincang pelbagai soalan mengenai penilaian. Saya juga akan berbincang

tentang keberkesanan penilaian berterusan terhadap kanak-kanak prasekolah. Saya juga

berbincang dengan rakan-rakan untuk mencambahkan lagi pemikiran.

         Melalui praktikal atau amali. Setelah melakukan pembacaan dan perbincangan dengan

pelbagai pihak terutama sekali Guru Prasekolah dan Pensyarah, saya melakukan

amali(tugasan). Saya lebih memahami konsep,objektif dan prinsip kerana banyak masalah

yang timbul hasil proses penilaian ini. Implikasi serta cara penyelesaian masalah dapat

dilakukan melalui proses amali.

         Melalui sesi kuliah saya juga dapat banyak input daripada pensyarah. Ilmu pengetahuan yang

diberikan pasti tepat dan sukar diperolehi daripada orang lain.

         Melalui pemerhatian saya juga dapat berfikir secara mendalam. Melalui tingkahlaku kanak-

kanak saya dapat menilai kelemahan dan kekuatan pengajaran yang dilakukan. Sebagai

contoh,saya perlu memberikan pengajaran yang mengikut tahap murid supaya semua murid

dapat merasai pembelajaran yang berkesan.

Page 6: Nota pentaksiran

4.0.       Konsep penilaian berterusan.

Penilaian berterusan berlaku sepanjang masa dan tidak menunggu akhir proses untuk menilai.

Konsep membuat penilaian berterusan ialah penilaian yang dilakukan sepanjang masa tidak

kira masa tertentu. Ia bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu

peringkat ke peringkat. Ianya dilakukan pada setiap masa iaitu tidak kira pada masa murid

menjalankan pembelajaran, bermain, berbual dan apa sahaja aktiviti murid akan dinilai.

Penilaian bukanlah dilakukan pada masa tertentu seperti di akhir bulan atau semester.

Sebaliknya penilaian berlaku sepanjang masa. Guru juga hendaklah membuat diagnostik bagi

mengesan perkembangan murid dari semsa ke semasa. Penilaian berterusan juga penilaian

yang dibuat untuk memberi peluang kepada guru memperbaiki kelemahan serta-merta supaya

kelemahan tidak terkumpul banyak. Di prasekolah,penilaian dijalankan secara berterusan dan

tidak formal bagi memudahkan guru mengambil tindakan susulan.

Ini adalah antara pendapat dua tokoh mengenai penilaian berterusan:

 

Page 7: Nota pentaksiran

 

5.0.               Teknik penaksiran dan penilaian secara berterusan.

     Semua maklumat dalam proses 9i8m.Terdapat beberapa teknik merekod maklumat yang

diperoleh secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian

murid iaitu dengan menggunakan Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan juga

Rekod Berterusan.

Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti

perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item

yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau

dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan sesuatu tingkah

laku itu berlaku. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian. Antara

perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak

adalah yang pertamanya ia perlu disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat. Tingkah

laku yang diperhatikan hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas. Senarai semak juga

digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi. Hanya kemahiran penting

dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat

memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah

dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat dan kekal.

Terdapat beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan Senarai Semak

iaitu penggunaannya mudah dan praktikal. Selain itu, orang yang tidak mahir dan menilai juga

dapat menggunakannya dengan mudah. Ianya dapat digunakan di hadapan kanak-kanak

ataupun semasa ketiadaannya dengan membuat “flashback”. Selain itu, dengan menggunakan

Page 8: Nota pentaksiran

Senarai Semak guru dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada satu

masa. Penggunaan Senarai Semak adalah penting dalam merancang kurikulum untuk kanak-

kanak.

Kelemahan penggunaan Senarai  adalah ianya mengandungi kurang informasi dan deskripsi

berkenaan kualiti dan masa semasa merekodkan tingkah laku atau kemahiran yang

dipamerkan kanak-kanak. Pemerhatian menggunakan instrumen Senarai Semak juga hanya

melihat pada tingkah laku tertentu sahaja dan bukan kesemuanya. Oleh itu, ada kalanya guru

akan terlepas pandang daripada melihat dan memehatikan tingkah laku yang lebih signifikan.

Selain itu juga, data atau maklumat yang direkodkan hanyalah pada tingkah laku yang

dipamerkan oleh kanak-kanak sahaja.

Rekod Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan

pencapaian sesuatu tingkah laku murid. Guru menilai kemahiran atau amalan murid

berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred.

Tahap pencapaian dapat ditentukan untuk sesuatu kemahiran dengan penggunaan

Skala Kadar. Penggunaan instrumen ini adalah spesifik untuk semua tunjang.

Rekod Anekdot satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah

laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod Anekdot

ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu

peristiwa itu berlaku.

Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membuat rekod anekdot

ialah membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku, mengenal pasti peristiwa itu

penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan

kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu peristiwa berlaku dan menulis apa yang

dilihat secara objektif.

Dalam Rekod Anekdot,maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa

yang menggambarkantentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan

kemahiran menyelesaikan masalah murid. Rekod Berterusan pula merupakan catatan dalam

bentuk cerita atau naratif yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa

berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat

sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh

tiga hingga lapan minit dan ianya juga boleh berlangsung dalam tempoh lebih lama iaitu

sekitar dua puluh lima minit sehingga tiga puluh minit.

Page 9: Nota pentaksiran

Prosedur –prosedur untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah pertamanya guru

perlu memfokus kepada murid yang ingin diperhatikan. Seterusnya, item yang akan

difokuskan semasa pemerhatian perlu dipastikan. Langkah ketiga adalah dengan merekodkan

apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci. Rekod yang dicatat hendaklah tepat dan

padat. Prosedur terakhir perlu diambil perhatian adalah mencatatkan dengan jelas setiap

perlakuan mengikut urutan.

Antara kelebihan menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat memberi

gambaran sebenar dan terperinci mengenai situasi sebenar dalam tempoh yang ditetapkan

(Surayah dan Haslinda, 2009). Yang keduanya, Rekod Berterusan yang turut dikenali sebagai

Running Record dapat memperlihatkan pelbagai aspek

perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam satu rekod. Selain itu juga, kebaikan

menggunakan Rekod Berterusan adalah instrumen ini dapat digunakan dalam apa jua situasi

dan tujuan. Rekod Berterusan ini juga membolehkan guru membuat tindakan serta-merta

kepada murid tanpa menunggu akhir proses tertentu seperti peperiksaan. Kelemahan

menggunakan Rekod Berterusan ini pula antaranya adalah ia dapat menyebabkan kanak-

kanak sedar mereka sedang diperhatikan. Selain itu juga,penggunaan Rekod Berterusan

adalah memenatkan kerana seseorang guru itu perlu memberi lebih tumpuan pada proses

perekodan. Agak sukar dilakukan untuk semua murid secara spesifik untuk 25 orang murid.

Selain itu guru haruslah teliti dan peka dengan perubahan dan perkembangan murid

agar rekod berterusan dapat dilakukan dengan berkesan.

6.0.               Instrumen senarai semak lengkap dari aspek item kognitif, afektif dan psikomotor.