nota pengeluaran
DESCRIPTION
perdaganganTRANSCRIPT
TEORI PENGELUARAN DAN TEORI KOS PENGELUARAN
Nota Tambahan Bab 4 Firma Sebagai PengeluarPengeluaran
PENGELUARAN
Istilah Penting Dalam Pengeluaran
Pengeluaran merupakan proses transformasi faktor-faktor pengeluaran kepada barang siap, menghasilkan output atau keluaran. Dengan kata lain, pengeluaran boleh juga dimaksudkan sebagai satu proses menukar input (faktor-faktor pengeluaran) kepada output (barangan atau perkhidmatan) menggunakan satu tingkat teknologi tertentu. Jika terdapat peningkatan dalam teknologi, maka kadar output yang dapat dikeluarkan akan meningkat pada kadar yang lebih tinggi.
Fungsi Pengeluaran menunjukkan hubungan di antara kombinasi input yang digunakan dan kadar output yang dapat dihasilkan.
Q = f (input)
Di mana, Q adalah output, dan f (input) termasuklah buruh, modal, tanah dan usahawan.
Firma sebuah organisasi atau satu unit pengeluaran yang merancang bagaimana faktor pengeluaran yang terhad digunakan bagi menghasilkan barang dan perkhidmatan. Setiap firma mempunyai objektif yang sama iaitu memaksimumkan keuntungan.
Industri merupakan gabungan semua firma yang terdapat dalam satu-satu pasaran yang mengeluarkan output yang sama.
Pasaran tempat berlakunya pertukaran barang dan perkhidmatan melalui proses pembelian dan penjualan antara pembeli dan penjual.
Input sumber / bahan-bahan untuk menghasilkan keluaran. Terbahagi kepada 2 iaitu:
i. input berubah
boleh ditambah dan dikurang
jumlah output atau keluaran bergantung kepada input berubah
semakin banyak keluaran dihasilkan maka semakin banyak penggunaan input berubah
ii. input tetap
tidak boleh ditambah dan dikurangkan dalam jangka masa pendek
keluaran atau output tidak bergantung kepada input tetap
walaupun keluaran atau output belum diperolehi, input tetap masih diperlukan
Jangkamasa tempoh waktu pengeluaran sesuatu keluaran dihasilkan. Terbahagi kepada 2 yang popular
i. jangkamasa pendek
terdapat sekurang-kurangnya satu input tetap dan satu input berubah
jumlah output boleh ditambah dan dikurang dengan menambah atau mengurangkan input berubah sahaja
ii. jangkamasa panjang
semua input yang digunakan di dalam pengeluaran boleh berubah
Konsep Keluaran / Output
Jumlah Keluaran (Total Product TP) jumlah keluaran maksimum yang dapat dikeluarkan dengan menggunakan semua input yang ada. Penambahan input berubah akan meningkatkan keluaran dengan kadar yang cepat, kemudian meningkat dengan kadar yang berkurangan sehingga mencapai tahap maksimum. Selepas mencapai tahap maksimum, penambahan input berubah hanya akan menyebabkan jumlah keluaran berkurangan.
Keluaran Marginal (Marginal Product MP) tambahan kepada jumlah keluaran apabila seunit input berubah ditambah / digunakan. Secara formula, MP = (TP / ( input berubah. Penambahan input berubah akan menyebabkan MP meningkat sehingga mencapai maksimum apabila penambahan seunit input berubah menyebabkan TP bertambah tetapi dengan kadar yang kecil MP menurun dan seterusnya negatif selepas bersilang dengan paksi input berubah.
Keluaran Purata (Average Product AP) keluaran yang dihasilkan daripada setiap unit input berubah yang digunakan dalam proses pengeluaran. Penambahan input berubah menyebabkan AP meningkat sehingga mencapai maksimum apabila ia bersilang dengan MP. Selepas maksimum, penambahan input berubah menyebabkan AP menurun.
Hubungan Antara TP dan MP
Apabila MP meningkat, TP bertambah pada kadar yang cepat.
Apabila MP menurun, TP masih bertambah tetapi pada kadar yang semakin berkurangan.
TP maksimum apabila MP = 0.
Hubungan Antara MP dan AP
Semasa MP > AP, AP sedang meningkat.
Apabila MP < AP, AP sedang menurun.
AP mencapai maksimum apabila MP = AP
*How TP, MP and AP Related (Sila tukarkan berdasar kefahaman anda)
When MP > 0 then TP is increasing
When MP < 0 then TP is decreasing
When MP is at max then TP is at inflection point
When MP = 0 then TP is at max
If MP > AP then AP increasing
If MP < AP then AP decreasingFungsi Pengeluaran Jangkamasa Pendek
Andaian:
Sekurang-kurangnya satu input adalah input tetap
Cuma terdapat dua faktor pengeluaran sahaja iaitu modal (K)-input tetap dan buruh (L)-input berubah
Kos tetap (fixed cost-FC) iaitu sewa tanah seluas 10 ekar ialah RM5,000.00
Peternak hanya dapat menambah bilangan lembu yang diternak dengan meningkatkan bilangan buruh
Q = Jumlah Keluaran = TP = f (K,L)
Hukum Pulangan Berkurangan
Hukum ini menyatakan bahawa apabila penggunaan input berubah ditambah terus menerus, akan menyebabkan pertambahan output/keluaran akan meningkat pada mulanya tetapi pada suatu tingkat tertentu ia bertambah pada kadar yang semakin berkurangan dan akhirnya menjadi negatif. Ia berlaku selepas MP mencapai maksimum dan mula menurun sehinggalah negatif.
Hukum ini hanya berlaku dalam tempoh jangkamasa pendek sahaja kerana dalam jangkamasa pendek terdapat input berubah dan input tetap.
Tahap-tahap Pengeluaran
Tahap-tahap pengeluaran ini berkait rapat dengan kombinasi input yang optimum dalam proses pengeluaran.
Tahap I
Bermula dari titik origin (asalan) sehingga AP maksimum
MP pada mulanya meningkat lebih cepat daripada AP tetapi kemudian menurun sehingga AP dan MP bersilang
Tahap di mana pengeluaran tidak cekap
Pengeluar yang rasional tidak akan berhenti mengeluarkan output di tahap ini kerana penambahan input berubah akan meningkatkan outputnya
Tahap ini berakhir apabila AP maksimum iaitu di mana AP = MP
Tahap II
Bermula titik persilangan MP=AP sehingga MP = 0
Pada tahap ini nilai AP > MP, keluk AP di atas MP
Pada tahap ini kedua-dua AP dan MP sedang menurun, TP tidak menurun tetapi meningkat dengan kadar yang berkurangan
Di tahap ini, gabungan antara input berubah dan input tetap adalah yang paling cekap
Tahap ini adalah tahap yang paling rasional dan cekap bagi mengeluarkan output
Berakhir apabila MP = 0
Tahap III
Tahap pengeluaran yang tidak cekap kerana penambahan penggunaan input berubah hanya akan menyebabkan TP berkurangan
Pengeluar yang rasional tidak akan mengeluarkan barangan di tahap ini kerana berlaku pembaziran penggunaan buruh
Bermula ketika MP = 0 iaitu pada tahap TP maksimum
PAGE