nota pengajian islam

Upload: muhammad-syahmi

Post on 04-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Nota Pengajian Islam

    1/7

    /7/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM

    e:///C:/Users/Sir Bedivere/Desktop/NOTA PENGAJIAN ISLAM.htm

    Unable to connect to

    Internet

    Google Chrome can't displ

    webpage because your co

    isn't connected to the Inter

    You can try to diagnose th

    problem by taking the follo

    steps:

    Go to Start > Control Pa

    Network and Internet >

    Network and Sharing Ce

    Troubleshoot Problems

    NOTA PENGAJIAN ISLAMNOTA PENGAJIAN ISLAM

    SUNDAY, 4 NOVEMBER 2012

    PENGAJIAN ISLAM BAB 5 : SYAHADATAIN

    BAB 5 : SYAHADATAIN

    PENGERTIAN ISLAM

    - Dari segi bahasa ialah tunduk dan sejahtera.

    - Dari segi syara' ialah tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dengan mengikut syariatNya

    sepertimana yang diwahyukan kepada rasulNya agar disampaikan kepada orang lain.

    Pengertian Syahadah :

    - bererti ilmu, pengkhabaran, memberitahu dan bukti.

    - maksud 2 kalimah syahadah ialah penyaksian dan pengakuan bahawa tiada tuhan yang

    disembah melainkan Allah dan Muhammad itu adalah pesuruhNya.

    Kewajipan Terhadap Rasulullah SAW :

    1. Mencintai baginda melebihi daripada diri sendiri, anak, ahli keluarga, harta dan manusia

    yang lain.

    2. Memuliakan dan menghormatinya samada baginda masih hidup atau selepas

    kewafatannya.

    3. Tidak menyakiti Rasulullah dalam apa bentuk dan cara sekalipun.

    4. Berselawat keatas baginda dan ahli keluarganya.

    TAUHID RUBUBIYAH

    - Diambil daripada perkatan " Rabb" yang bermaksud Allah yang maha berkuasa atas segala

    sesuatu.

    Dalil Beriman Dengan Sifat Rububiyah Allah :- ialah dengan tidak mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu pun kerana Allah SWT yang

    memberikan hidayah dan pimpinan kepadanya.

    TAUHID ULUHIYYAH

    - Diambil daripada perkatan "illah" yang bermaksud hanya Allah sebagai tuhan yang layak

    disembah.

    Dalil Beriman Dengan Sifat Uluhiyyah Allah :

    Dalil Naqli

    1. Penyaksian daripada Allah, malaikat, dan orang-orang yang berilmu bahawa hanya Allah

    sahaja yang layak disembah.

    2. Kisah-kisah para nabi dan rasul terdahulu yang berdakwah kepada umatnya agar hanya

    2012 (5)

    November(5)

    PENGAJIAN ISLAM BAB 5 :SYAHADATAIN

    PENGAJIAN ISLAM BAB 4 : AKIDAH

    HUKUM JENAYAH ISLAM - TA'ZIR

    HUKUM JENAYAH ISLAM - HUDUD

    QISAS

    BLOG ARCHIVE

    ejat jatna

    View my complete profile

    ABOUT ME

    0ShareShare More Next Blog Create Blog Sign

    http://notapengajianislam.blogspot.com/2012_11_01_archive.htmlhttp://notapengajianislam.blogspot.com/2012_11_01_archive.htmlhttp://www.nuffnang.com.my/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/home#createhttp://www.blogger.com/next-blog?navBar=true&blogID=5133189479185547084https://plus.google.com/100360869284450054107https://plus.google.com/100360869284450054107http://notapengajianislam.blogspot.com/2012/11/qisas.htmlhttp://notapengajianislam.blogspot.com/2012/11/hukum-jenayah-islam-hudud.htmlhttp://notapengajianislam.blogspot.com/2012/11/hukum-jenayah-islam-tazir.htmlhttp://notapengajianislam.blogspot.com/2012/11/pengajian-islam-bab-4-akidah.htmlhttp://notapengajianislam.blogspot.com/2012/11/pengajian-islam-bab-5-syahadatain.htmlhttp://notapengajianislam.blogspot.com/2012_11_01_archive.htmlhttp://void%280%29/http://notapengajianislam.blogspot.com/search?updated-min=2012-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2013-01-01T00:00:00-08:00&max-results=5http://void%280%29/http://notapengajianislam.blogspot.com/2012/11/pengajian-islam-bab-5-syahadatain.htmlhttp://www.nuffnang.com.my/
  • 7/30/2019 Nota Pengajian Islam

    2/7

    /7/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM

    e:///C:/Users/Sir Bedivere/Desktop/NOTA PENGAJIAN ISLAM.htm

    Posted by ejat jatna at 19:21 No comments:

    menyembah Allah.

    Dalil Akal

    1. Sifat rububiyah Allah yang tidak dapat diragukan menyebabkan seseorang manusia itu

    terdorong untuk menyembahnya.

    2. Sekiranya semua makhluk bergantung harap kepada Allah yang menciptanya dan

    mentakbir semua urusan hidupnya serta memberikan rezeki dan sebagainya, bagaimana

    pula makhluk lain yang dijadikan oleh Allah juga dipuja dan disembah?

    3. Sifat Allah yang sempurna dan maha berkuasa atas sesuatu, maha mendengar, dan maha

    melihat.

    TAUHID AL-ASMA' WA SIFAT

    - Bermaksud keimanan yang teguh dengan nama-nama Allah SWT dan sifat-sifatNya

    sebagaimana yang didatangkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah, tanpa mengubah, menafikan

    mempersoalkan atau menyamakan dengan yang lain.

    PEKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH

    1. Menolak hukum-hukum Allah.

    2. Syak atau ragu-ragu dengan kekuatan al-Quran yang boleh menyuci dan mendidik diri

    kearah kebaikan.

    3. Berperangai buruk terhadap Allah dan rasulNya.

    4. Tidak mencintai Allah dan rasul dengan sepenuhnya.

    5. Melantik musuh Allah sebagai pemimpin mereka.

    6. Menarik diri dari medan jihad.

    7. Beraklak buruk.

    +1 Recommend this on Google

    PENGAJIAN ISLAM BAB 4 : AKIDAH

    BAB 4 : AKIDAH

    PENGERTIAN

    Bahasa : daripada perkataan ' Aqdu ' bermaksud ikatan yang kuat, pegangan, keyakinan dan

    keazaman.

    Istilah : perkara yang wajib dibenarkan dalam hati dan diri berasa tenang denganNya sehingga

    tiada sedikitpun keraguan dan syak padanya. Dinamakan akidah kerana manusia terikat hati

    kapedaNya.

    Maksud Akidah Islamiah :

    iaitu iman yang teguh kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para rasul, hari kiamat, qadar baik

    dan buruk serta perkara-perkara yang qhaib.

    Tujuan Iman dan Akidah :

    Mengenal Allah, mengenal nama-nama Allah dan sifatnya yang mulia, tanda-tanda

    kewujudan keagungannya di alam semesta.

    Mengenal alam dan apa yang tersembunyi di sebalik atau alam yang tidak dapat

    dilihat. Seperti malaikat, jin dan roh.

    Mengenal kitab Allah yang di turunkan untuk membezakan yang benar dan salah, halal

    dan haram.

    Mengenal nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah yang memberi petunjuk,

    pembimbing manusia dan makhluk ke jalan yang benar.

    Mengenali hari kiamat dan pekara-perkara yang berkaitan.

    Mengenal qada dan qadar Allah.

    RUKUN IMAN

    Maksud iman ialah sesuatu pegangan dan keyakinan di dalam hati, dizahirkan dengan lisan,

    dibuktikan dengan amalan.

    1. Beriman Kepada Allah

    - iaitu kepercayaan dan keyakinan di dalam hati bahawa Allah sahaja yang layak disembah.

    - cara mengenal Allah iaitu melalui akal dengan memerhati ciptaan Allah, dan mengenal dan

    menghayati nama-nama Allah.

    - Mengenal Allah dengan nama-nama asmaul husna dan sifat-sifatNya.

    2. Beriman Kepada Malaikat

    - Malaikat berada di alam ghaib, suci daripada syahwat.

    http://notapengajianislam.blogspot.com/2012/11/pengajian-islam-bab-4-akidah.htmlhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=5133189479185547084&postID=6729371189377971616&target=facebookhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=5133189479185547084&postID=6729371189377971616&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=5133189479185547084&postID=6729371189377971616&target=bloghttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=5133189479185547084&postID=6729371189377971616&target=emailhttp://notapengajianislam.blogspot.com/2012/11/pengajian-islam-bab-5-syahadatain.html#comment-formhttp://notapengajianislam.blogspot.com/2012/11/pengajian-islam-bab-5-syahadatain.html
  • 7/30/2019 Nota Pengajian Islam

    3/7

    /7/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM

    e:///C:/Users/Sir Bedivere/Desktop/NOTA PENGAJIAN ISLAM.htm

    - Tidak seperti manusia, tidak makan dan minum, tidak tidur, tiada jantina.

    - Malaikat dijadikan daripada cahaya(nur).

    - Kedudukan manusia lebih mulia berbanding malaikat.

    - Dibuktikan di dalam al-Quran, Allah SWT bertanya beberapa soalan kepada malaikat dan Nabi

    Adam, Nabi Adam dapat jawab dan betul. Allah SW T memerintahkan para malaikat, jin dan

    syaitan sujud kepada nabi Adam.

    Perkejaan Para Malaikat :

    bertasbih dan tunduk kepada Allah.

    menanggung arash.

    memberi salam dan mendoakan ahli syurga.

    mengazab ahli neraka.

    menurunkan wahyu kepada nabi-nabi.

    mendoakan orang yang beriman.

    3. Beriman Kepada Kitab

    - kitab (al-Quran) tidak ada keraguan padanya dan petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.

    Kitab-kitab Yang Diturunkan :

    1. Taurat kapada Nabi Musa as.

    2. Injil kepada Nabi Isa as.

    3. Zabur kepada Nabi Daud as.

    4. Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW

    4. Beriman Kepada Rasul

    - Setiap muslim wajib beriman kepada semua rasul tanpa membezakan mereka.

    - Rasul berdakwah dan menyeru manusia untuk beriman kapada Allah serta menunjukkan

    manusia jalan kabenaran.

    - Tujuan diutuskan para rasul ialah untuk menyeru manusia agar melaksanakan ibadah kepada

    Allah dan menegakkan agama islam.

    - Sifat para rasul ialah benar, amanah, jujur, menyampaikan kebenaran dan cerdik.

    - Bersifat maksum ialah membuat perkara yang diwajibkan dan tidak melakukan perkara yang

    diharamkan.

    - Ulul Azmi ialah yang sabar dab cekal dalam penyampaian dakwah.

    Bagaimana Para Rasul Dipilih Dan Keadaannya :

    Seorang manusia yang dipilih oleh Allah.

    Allah mengurniakan kepadanya persediaan akal dan roh yang kuat bagi persediaan

    menerima wahyu.

    Rasul merupakan utusan istimewa daripada segi mental dan fizikal.

    Rasul merupakan seorang lelaki, bukan dari golongan malaikat.

    Rasul juga makan, berkahwin seperti mana manusia biasa.

    Mereka juga tidak mengetahui perkara ghaib melainkan dengan kehendaNya.

    Rasul Ulul Azmi ialah :

    Nabi Muhammad

    Nuh

    Ibrahim

    Musa

    Isa as

    5. Beriman Kepada Hari Akhirat

    - Hari akhirat ialah hari bermulanya hari kebangkitan dengan kehancuran alam ini dan matilahsemua yang hidup di dunia ini.

    - Kemudian dibangkitkan oleh Allah SWT di padang mahsyar dan diberikan kehidupan yang ke 2.

    -

    Penekanan al-Quran Tentang Beriman Kepada Hari Kiamat

    Ikatan keimanan kepada Allah

    Al-Quran banyak menyebut dan semua surah menyentuh tentangnya.

    Ayat-ayat yang menyentuh tentang hari kiamat meyebut menggunakan nama tertentu

    seperti hari kebangkitan, as sa'ah, akhirah, yaumul hisab dan seumpamanya.

    6. Beriman Kepada Qada' dan Qadar

    - Qadar ialah ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas setiap benda.

    - sebahagian daripada asas akidah.

    - Beriman dengan qadar Allah ini bukanlah bermakna manusia terpaksa berserah sahaja kepada

  • 7/30/2019 Nota Pengajian Islam

    4/7

    /7/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM

    e:///C:/Users/Sir Bedivere/Desktop/NOTA PENGAJIAN ISLAM.htm

    Posted by ejat jatna at 09:07 No comments:

    ketentuan Allah SWT sebaliknya mereka mesti berusa untuk mengubah keadaan yang tidak baik

    kepada yang lebih baik.

    HUBUNGAN DI ANTARA IMAN, ISLAM, DAN IHSAN

    IMAN

    - Ertinya kepercayaan atau tasdik. Para ulama' islam mendefinasikan sebagai lebih tegas dan

    lengkap.

    - Iman adalah hasil yang tercipta daripada paduan tiga perkara iaitu kepercayaan dengan hati,

    pengakuan lidah, dan amal dengan segala rukun dan perintahNya.

    ISLAM

    - bererti penyerahan dan kesejahteraan- Islam juga bererti tunduk kepada kekuasaanNya.

    IHSAN

    - bermaksud menyembah Allah SWT dalam keadaan seolah-olah kita sedang melihatNya dan

    meyakini bahawa sesungguhnya Dia sedang melihat dan memerhatikan perbuatan yang kita

    lakukan.

    PEMBAHAGIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN

    1. Muslim - kepada orang yang beragama islam.

    2. Mukmin - seorang yang mempunyai sifat-sifat keimanan

    3. Fasik - orang yang tidak mentaati ajaran islam selalu melakukan dosa.

    4. Munafik - orang yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keislamannya.

    5. Kafir- orang yang tidak beriman kepada Allah SWT.

    AKIDAH AHLI SUNHAH WAL JAMAAH

    - Sunnah dari segi bahasa ialah jalan dan jalan ini diambil daripada Muhammad SAW samada

    daripada segi zahir dan batin yang merangkumi perkataan, perbuatan, dan iktikadnya.

    -Jamaah ialah himpunan sesuatu yang banyak.

    Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah :

    1. Iktikad tanpa ragu bahawa Allah Yang Maha Esa.

    2. Beriktikad bahawa hanya nama-nama Allah Yang Maha Sempurna, Indah, dan Mulia.

    3. Mensabitkan Allah dengan segala sifat-sifatnya.

    4. Mengakui bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruh Allah.

    5. Iktikad bahawa al-Quran merupakan kalam Allah.

    +1 Recommend this on Google

    FRIDAY, 2 NOVEMBER 2012

    HUKUM JENAYAH ISLAM - TA'ZIR

    HUKUM JENAYAH ISLAM - TA'ZIR

    TA'ZIR

    Dari segi bahasa ialah menolak atau menghalang. Dari segi istilah ialah hukuman yang dikenakan

    ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan

    yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam al-Quran dan Hadis tetapi tidak cukupsyarat bagi mengenakan keseksaan itu.

    Kesalahan Yang Termasuk Di Bawah Kategori Ta'zir :

    1. Kesalahan hudud dan qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud dan

    qisas.

    2. Kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.

    3. Perbuatan yang mengganggu ketenteraman awam seperti berjudi, rasuah, mengedar dadah.

    Hukuman Bagi Kesalahan Ta'zir :

    Hukuman diserahkan kepada budi bicara hakim supaya hukuman tersebut memberi pengajaran

    agar penjenayah serik untuk melakukan semula kesalahan.

    Antara hukuman kepada pesalah :

    http://notapengajianislam.blogspot.com/2012/11/hukum-jenayah-islam-tazir.htmlhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=5133189479185547084&postID=8209751378670103728&target=facebookhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=5133189479185547084&postID=8209751378670103728&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=5133189479185547084&postID=8209751378670103728&target=bloghttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=5133189479185547084&postID=8209751378670103728&target=emailhttp://notapengajianislam.blogspot.com/2012/11/pengajian-islam-bab-4-akidah.html#comment-formhttp://notapengajianislam.blogspot.com/2012/11/pengajian-islam-bab-4-akidah.html
  • 7/30/2019 Nota Pengajian Islam

    5/7

    /7/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM

    e:///C:/Users/Sir Bedivere/Desktop/NOTA PENGAJIAN ISLAM.htm

    Posted by ejat jatna at 08:35 No comments:

    1. Nasihat - menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil agar tidak mengulanginya.

    2. Teguran - teguran rasmi oleh hakim agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha

    memperbaiki dirinya.

    3. Ancaman - mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya.

    4. Pemulauan - dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersepit ia berterusan.

    5. Pengistiharan Umum - membuat pengistiharan kepada umum terhadap kesalahan

    penjenayah.

    6. Denda dan merampas harta - mengenakan denda dalam bentuk wang atau merampas

    hartanya.

    7. Penjara - penjara dalam tempoh tertentu mengikut realiti semasa.

    8. Sebat - sebat penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu.

    9. Buang daerah - supaya pesalah berasa tertekan.

    10. Bunuh - dibenarkan oleh syara' bagi menjaga keselamatan awam.

    +1 Recommend this on Google

    HUKUM JENAYAH ISLAM - HUDUD

    HUKUM JENAYAH ISLAM

    Pengertian Jenayah

    Perlakuan jenayah adalah perbuatan terkutuk dan pasti akan dirasakan akibatnya terhadap individu

    dan masyarakat.

    Pengertian Jenayah Menurut Fuqaha'

    Jenayah menurut fuqaha' ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang

    untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan

    sengaja.

    Hukum Jenayah Islam terbahagi kepada 3 :

    Hukum Hudud

    Hukum Qisas

    Hukum Ta'zir

    HUDUD

    Hudud dari segi bahasa ialah menahan atau mencegah. Dari segi istilah hudud ialah keseksaan

    yang telah ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan al-Sunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak

    Allah S.W.T. Kadar hukumannya adalah mandatori dan tidak boleh dikurang atau ditambah.

    Jenis-Jenis Jenayah Hudud Dan Hukumannya

    1. Zina

    Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dan perempuan. Hukumannya ialah

    direjam sampai mati jika telah berkahwin dan sebat 100 kali jika belum pernah berkahwin.

    Syarat -syarat had zina:

    cukup umur

    waras

    kemahuan sendiri bukan di paksa

    bukan khunsa

    persetubuhan bukan syubhah(meragukan)

    terbenan hasyafah (kepala zakar) ke dalam faraj

    2. Qazaf (menuduh berzina)

    Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik. Hukumannya ialah 80 kali

    sebatan. Orang yang menuduh metilah membawa 4 orang saksi untuk mengukuhkan dakwaannya.

    Syarat-syarat saksi yang hendak dikemukakan :

    islam,baligh,berakal, dan merdeka

    bersifat amanah

    saksi hendaklah 4 orang yang adil

    saksi-saksi hendaklah melihat sendiri perbuatan berzina itu

    Pengecualian Pelaksanaan Qazaf :

    http://notapengajianislam.blogspot.com/2012/11/hukum-jenayah-islam-hudud.htmlhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=5133189479185547084&postID=2530112858439669995&target=facebookhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=5133189479185547084&postID=2530112858439669995&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=5133189479185547084&postID=2530112858439669995&target=bloghttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=5133189479185547084&postID=2530112858439669995&target=emailhttp://notapengajianislam.blogspot.com/2012/11/hukum-jenayah-islam-tazir.html#comment-formhttp://notapengajianislam.blogspot.com/2012/11/hukum-jenayah-islam-tazir.html
  • 7/30/2019 Nota Pengajian Islam

    6/7

    /7/12 NOTA PENGAJIAN ISLAM

    e:///C:/Users/Sir Bedivere/Desktop/NOTA PENGAJIAN ISLAM.htm

    Posted by ejat jatna at 06:49 No comments:

    1. Mengemukakan 4 orang saksi mengesahkan dakwaannya benar

    2. Dengan cara bersumpah Li'an bagi membenarkan tuduhannya

    3. Mendapat kemaafan daripada pihak yang tertuduh

    3. Minum Arak

    Minuman yang memabukkan yang diproses sama ada dari buah tamar, anggur, gandum, nira,

    tapai beras dan sebagainya. Menghilangkan kewarasan akal. Hukumannya 40 kali sebatan.

    4. Mencuri

    Mengambil harta orang lain secara senyap atau bersembunyi. Hukumannya adalah potong tangan

    setelah sabit kesalahan.

    Jenis Hukuman :

    Hukuman hudud (potong tangan)

    Hukuman takzir

    Syarat-syarat Pelaksanaan Hukuman Potong Tangan :

    baligh

    sempurna akal

    bukan kerana terlalu miskin atau dihimpit kelaparan

    melakukan denga kehendak sendiri bukan dipaksa

    harta atau barangan yang dicuri adalah bernilai 1/4 dinar = RM 209.00

    5. Merompak

    Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan, dan ancaman.

    Hukuman :

    1. sekiranya membunuh hendaklah dibunuh

    2. sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kaki secara bersilang

    3. sekiranya hanya mengganggu ketenteraman awam hendaklah di ta'zir seperti dipenjara dan

    lain-lain

    6. Murtat

    Keluar dari agama islam samaada dengan perkataan atau perbuatan. Hukumannya ialah bunuh

    (setelah diberi tempoh untuk bertaubat selama 3 hari 3 malam)

    7. Memberontak

    Kegiatan menentang atau cubaan merampas kuasa terhadap pemerintah yang sah. Pemberontak

    yang memulakan dahulu bukannya pemerintah. Pemerintah hendaklah menyeru mereka supaya

    terus taat kepada Negara Islam. Jika mereka enggan, maka pemerintah akan memerangi,

    menyalahkan dan membunuh mereka. Harta mereka akan ditahan oleh pemerintah sehingga

    terhapus pemberontakan.

    +1 Recommend this on Google

    QISAS

    HUKUM JENAYAH ISLAM - QISAS

    Qisas dari segi bahasa bermaksud memotong. Dari sudut syara' ialah hukuman balas bagi

    kesalahan membunuh dibalas dengan bunuh. Pesalah yang membunuh akan dibunuh sebagai

    hukuman balas.

    Kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah :

    1. Membunuh dengan sengaja.

    2. Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja seperti mata,

    hidung dan lain-lain.

    3. Melukakan orang lain dengan sengaja.

    Hukuman Terhadap Kesalahan Qisas

    http://notapengajianislam.blogspot.com/2012/11/qisas.htmlhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=5133189479185547084&postID=261806583290510532&target=facebookhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=5133189479185547084&postID=261806583290510532&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=5133189479185547084&postID=261806583290510532&target=bloghttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=5133189479185547084&postID=261806583290510532&target=emailhttp://notapengajianislam.blogspot.com/2012/11/hukum-jenayah-islam-hudud.html#comment-formhttp://notapengajianislam.blogspot.com/2012/11/hukum-jenayah-islam-hudud.html
  • 7/30/2019 Nota Pengajian Islam

    7/7