pengajian am 1- nota-bab 1

15
Bab 1 ( Konsep Kenegaraan ) 1.1 - Konsep Negara 1. Negara merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki sesebuah kawasan yang mempunyai had sempadan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan. 2. Secara umumnya, ciri-ciri sebuah negara ialah: o Sempadan atau wilayah yang tetap, jelas dan diiktiraf o penduduk yang tetap o kerajaan yang sah dan teratur sistem pentadbirannya o kedaulatan , iaitu mempunyai keupayaan untuk mengawal hal-ehwal dalam negara serta mempunyai kebebasan untuk mengadakan hubungan dengan negara-negara lain. 1.2 - Sistem Kerajaan - Definisi Kerajaan 1. Ditakrifkan sebagai badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara 2. Tiga komponen utama dalam kerajaan dan fungsinya : - Sistem Kerajaan 1. Kerajaan Kesatuaan o Gabungan beberapa buah negeri dengan pemusatan kuasa oleh Kerajaan Pusat.

Upload: noor-sidi-nordin

Post on 05-Jul-2015

4.987 views

Category:

Documents


159 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian Am 1- Nota-bab 1

Bab 1 ( Konsep Kenegaraan )

1.1 - Konsep Negara1. Negara merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki sesebuah kawasan

yang mempunyai had sempadan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan.2. Secara umumnya, ciri-ciri sebuah negara ialah:

o Sempadan atau wilayah yang tetap, jelas dan diiktirafo penduduk yang tetapo kerajaan yang sah dan teratur sistem pentadbirannyao kedaulatan , iaitu mempunyai keupayaan untuk mengawal hal-ehwal dalam

negara serta mempunyai kebebasan untuk mengadakan hubungan dengan negara-negara lain.

1.2 - Sistem Kerajaan

- Definisi Kerajaan1. Ditakrifkan sebagai badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan

fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara2. Tiga komponen utama dalam kerajaan dan fungsinya :

- Sistem Kerajaan1. Kerajaan Kesatuaan

o Gabungan beberapa buah negeri dengan pemusatan kuasa oleh Kerajaan Pusat.

Page 2: Pengajian Am 1- Nota-bab 1

o Kerajaan Pusat mempunyai kuasa untuk membatalkan undang-undang yang telah dilulusankan oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri atau pentadbiran tempatan mendapat arahan daripada Kerajaan Pusat. Maka, Kerajaan Pusat lebih berkuasa berbanding dengan kerajaan negeri dan tempatan.

o Contoh-contoh kerajaan kesatuan ialah Britian, Belgium, Itali, Denmark, Sweden, New Zealand, Norway, Perancis, Korea Selatan, Jepun, dan Kesatuan Soviet yang telah runtuh.

2. Kerajaan Konfederasio Kuasa kerajaan terletak dalam tangan kerajaan-kerajaan negeri.

o Kerajaan Pusat mempunyai kuasa yang terhad untuk mengawal pentadbiran

o Kerajaan Konfederasi tidak kuasa yang mencukupi untuk dianggap sebagai kerajaan yang stabil kerana kerajaan ini diwujudkan melalui perjanjian yang longgar

o Kerajaan Konfederasi tikdak lagi wujud pada hari ini.o Contoh-contoh kerajaan Konfederasi ialah Konfederasi Jerman Utara 1867-

1871 dan Perlembagaan Empayar Jerman 1871-1918.3. Kerajaan Persekutuan

o Kerajaan Persekutuan ialah gabungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan:

Page 3: Pengajian Am 1- Nota-bab 1

o Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangannya sendiri dalam perkara-perkara tertentu.

o Kerajaan Pusat lazimnya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hal-hal dalam negeri seperti agama, tanah, perhutanan dan perkara-perkara yang tidak memerlukan keseragaman

o Contoh-contoh Kerajaan Persekutuan ialah Amerika Syarikat, Brazil, Australia, India, Malaysia dan Kanada.

1.3 - Bentuk Negara1. Bentuk negara ditakrifkan sebagai pentadbiran dan perundangan di sesebuah

negara2. Terdapat beberapa bentuk negara. Antaranya:

- Kerajaan Monarki1. Raja/Sultan atau Ratu menjadi pemerintah dan berkuasa sepenuhnya.2. Jawatan ini dipegang seumur hidup dan warisan takhta berdasarkan keturunan3. Pentadbiran dijalankan oleh Raja atau Ratu dan lazimnya ahli keluarga atau kaum

kerabat memonopoli kuasa eksekutif.4. Contoh-contoh Kerajaan Monarki ialah Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan Brunei

Darussalam.

- Kerajaan Republik1. Ketuanya ialah Presiden yang lazimnya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.2. Kerajaan Republik tidak mempunyai raja dan Presiden bertindak sebagai ketua

eksekutif.3. Contoh-contoh Kerajaan Republik ialah Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, India,

Perancis, Portugal, dan Singapura.

- Kerajaan Demokrasi1. Kerajaan Demokrasi dibentuk berasaskan konsep " Kerajaan rakyat, oleh rakyat,

untuk rakyat ".2. Antara ciri Kerajaan Demokrasi ialah

o Rakyat mempunyai hak-hak asasi, persamaan, dan kebebasan.o Pilihan raya diadakan dari masa ke semasa.o Warganegara yang berusia 21 tahun ke atas berhak mengundi serta

berhak bertanding dalam pilihan raya.o Proses pengundian dijalankan secara sulit dan kemenangan majoriti

sesebuah parti politik akan membolehkan parti politik tersebut memerintaho rakyat memilih wakil-wakil dalam badan perundangan

3. Kerajaan Demokrasi juga mengamalkan doktrin pengasingan kuasa.4. Kerajaan Demokrasi terdiri daripada Demokrasi Berparlimen dan Demokrasi

Berparlimen.5. Kerajaan Demokrasi Berparlimen mempunyai Raja/Presiden sebagai ketua negara

yang mempunyai kuasa simbolik.6. Contoh Kerajaan Demokrasi Berparlimen ialah Malaysia, Thailand, Singapura,

Jepun, dan India7. Kerajaan Demokrasi Berpresiden pula mempunyai Presiden yang merupakan

ketua eksekutif negara .8. Contoh Kerajaan Demokrasi Berpresiden ialah Amerika Syarikat dan Filipina.

- Kerajaan Autokrasi1. Diterajui oleh individu atau golongan tertentu yang mempunyai kuasa mutlak

dalam pemerintahan.2. Kebebasan awam terhad dan rakyat dipaksa mematuhi kerajaan.

Page 4: Pengajian Am 1- Nota-bab 1

1.4 - Pengasingan Kuasa1. Doktrin pengasingan kuasa ini diperkenalkan oleh Montesquieu, seorang ahli

falsafah Perancis menerusi bukunya yang berjadual The Spirit of Laws2. Pembahagian kuasa kerajaan kepada tiga badan, iaitu:

o Badan perundangan seperti Parlimen dan Dewan Undangan Negerio Badan eksekutif seperti Kabinet dan Kementeriannyao Badan Kehakiman seperti Mahkamah-Mahkamah

3. Tujuannya adalah untuko Mengelakkan tumpuan Kuasa yang tidak terhad oleh mana-mana badan di

ataso Mengelakkan penyalahgunaan kuasa o Menjamin pentadbiran yang lebih cekapo Menjamin rakyat mendapat keadilan undang-undang

- Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia

" X " diwakil oleh kuasa relatif dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong di peringkat Persekutuan dan Sultan atau Yang Dipertua Negeri di peringkat Negeri

Bab 2 ( Perlembagaan )

2.1 - Takrif & Konsep Perlembagaan1. Perlembagaan merupakan kumpulan peraturan dan undang-undang yang

menjadi asas pembentukan sesebuah negara.2. Perlembagaan juga akan menggariskan dengan jelas ciri-ciri kerajaan dan hak-

hak asasi rakyatnya serta pembahagian kuasa permerintahan pelbagai pihak.3. Sekiranya Perlembagaan tidak dipatuhi, hal ini bermakna negara berkenaan

akan berada dalam keadaan huru-hara dan kerajaan gagal melaksanakan pemerintahannya.

4. Perlembagaan bertulis bermaksud undang-undang yang ditulis secara hitam putih manakala perlembagaan tidak bertulis bermasksud asas undang-undang sudah lama wujud dan sudah menjadi adat yang dipatuhi sejak turun temurun seperti perlembagaan bertulis di British.

2.2 - Ciri-Ciri Perlembagaan Persekutuan Malaysia ( PPM )

Page 5: Pengajian Am 1- Nota-bab 1

1. PPM merupakan Perlembagaan bertulis.2. Perlembagaan merupakan sumber segala perundangan lain yang wujud dalam

negara.3. Perlembagaan mengandungi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan satu

sistem kerajaan yang teratur.4. PPM boleh dipinda dari masa ke masa demi memenuhi perubahan semasa.5. PPM memperakui semua undang-undang yang digubal di Persekutuan sebelum

hari merdeka dan ada di sabah dan sarawak sebelum hari Malaysia yang tidak bercanggah dengannya.

p.s PPM stands for Perlembagaan Persekutuan Malaysia

2.3 - Konsep Ketertinggian Perlembagaan

2.4 - Ciri-ciri Kerajaan Malaysia yang digariskan dalam Perlembagaan Malaysia

Page 6: Pengajian Am 1- Nota-bab 1

Bab 1: Konsep Kenegaraan

Beza antara pembahagian kuasa dengan pengasingan kuasa

1. Pembahagian kuasa – contoh di Malaysia kuasa dibahagikan antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri & kerajaan tempatan

2. Pengasingan kuasa – kuasa diasingkan kepada tiga bidang kuasa iaitu kuasa kehakiman, kuasa eksekutif & kuasa perundangan demi elak pertindihan kuasa & penyalahgunaan kuasa.

Ciri-ciri sistem birokrasi:

1. Terdapat pembahagian kerja / pengkhususan kerja2. Ada hierarki / lapisan kuasa bertingkat-tingkat3. Mempunyai prosedur yg membebankan orang ramai4. Penyelenggaran fail / dokumen yang banyak

Bab 3: Perlembagaan Malaysia

Kewarganegaraan (Nota-nota penting!)

1. Kuatkuasa undang-undanga. Sebelum hari Malaysia (16 September) & selepas hari Malaysiab. Lahir di persekutuan sebelum merdeka & sebelum Oktober 1962

Page 7: Pengajian Am 1- Nota-bab 1

2. Pendaftaran

A) Isteri bukan warganegara tetapi ingin jadi sebagai warganegara. Manakala suami adalah warganegara Malaysia.Syarat bagi isteri yang ingin jadi warganegara Malaysia:

Telah menetap 2 tahun di Malaysia sebelum memohon jadi warganegara Berkelakuan baik & berniat untuk bermastautin tetap Perkahwinan didaftarkan dalam persekutuan

B) Anak bukan warganegara tapi ingin jadi warganegara

Terdapat tiga kategori:Kategori 1:

Berumur kurang 21 tahun & salah sorang sama ada ibu / bapa adalah warganegara Malaysia

Berumur 18 tahun & lebih (lahir di persekutuan sebelum merdeka)

Kategori 2:

Telah bermastautin 5-7 tahun sebelum memohon Berniat bermastautin tetap, baik & berpengetahuan asas Bahasa Melayu Berumur 18 tahun & lebih (bermastautin di Sabah & Sarawak)

Kategori 3:

Telah mastautin 7-10 tahun sebelum memohon Berniat bermastautin tetap, baik & berpengetahuan asas Bahasa Melayu

3. Masukan atau naturalisasi

Berumur lebih 21 tahun. Bukan warganegara & ingin jadi warganegara

Mastautin sekurang-kurangnya 10-12 tahun Berniat bermastautin tetap, baik & berpengetahuan asas Bahasa Melayu

4. Percantuman wilayah

Wilayah baru yang masuk ke Malaysia selepas hari Malaysia Rakyat wilayah itu akan jadi warganegara Malaysia

Bab 4: Sistem Pentadbiran Malaysia

Page 8: Pengajian Am 1- Nota-bab 1

A) SPR

jalankan pilihanraya bg parlimen & DUN sedia & semak daftar pemilih /pengundi

B) Suruhanjaya Perkhidmatan ada 5 iaitu:

1. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)2. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)3. Suruhanjaya perkhidmatan Kehakiman & undang-undang4. Suruhanjaya Pasukan Polis5. Majlis Angkatan Tentera

( Tugas – urusan hal ehwal pentadbiran awam seperti perlantikan, pengesahan jawatan, naik pangkat & tindakan tatatertib kakitangan awam)

C) SUHAKAM – pupuk kesedaran & pendidikan hak asasi manusia.

D) Suruhanjaya Sementara iaitu Suruhanjaya KhasContoh :

1. Suruhanjaya Diraja2. Suruhanjaya khas penambahbaikan jalan3. Suruhanjaya kaji sesuatu kes sama ada kes kematian ahli parlimen, kes

penyelewengan, kes salah guna kuasa, kes mala petaka dsb.(wujud hanya sementara, selepas kes yg disiasat selesai dan suruhanjaya dibubarkan).

Page 9: Pengajian Am 1- Nota-bab 1

MRR (Majlis Raja-Raja):

1. Jawatan pengerusi Majlis Raja-Raja (MRR) dipegang oleh 9 orang raja secara bergilir- gilir (tidak semestinya dipengerusikan oleh Yang Di-Pertuan Agong).

2. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja merupakan setiausaha MRR yang bertanggungjawab untuk menyampaikan keputusan bertulis tentang keputusan pemilihan YDA kepada Parlimen.

3. MRR berhak melantik timbalan YDA.

4. Persetujuan MRR & sokongan 2/3 ahli parlimen diperlukan bagi menentukan:

Kedudukan bahasa kebangsaan Hak-hak istimewa orang melayu & bumiputera Sabah & Sarawak Pengubahan sempadan negeri

Tiga kementerian yang mengakaun sendiri:

1. Kementerian Pelajaran2. Kementerian Pertahanan3. Kementerian Kesihatan

*Kementerian yang tidak mengakaun sendiri, akan diakaun oleh Jabatan Akauntan Negara, akaun itu kemudian diaudit Ketua Audit Negara

MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri)

1. Ketua Menteri / Menteri Besar mempengerusikan MMKN & menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh raja / sultan.

2. Menyerupai Kabinet di peringkat persekutuan (Sabah dikenali sebagai Kabinet & di Sarawak dikenali sebagai Majlis Tertinggi).

3. Ketua Menteri mengetuai MMKN bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah & Sarawak.

4. Ahli MMKN dilantik oleh Sultan / Yang Dipertuan Negeri atas nasihat Menteri Besar.

5. Ahli MMKN memegang jawatan selama diperkenan oleh sultan / Yang Dipertuan Negeri.

Page 10: Pengajian Am 1- Nota-bab 1

6. Bidang kuasa MMKN:

Meluluskan pertukaran hak milik tanah Mengeluarkan lesen pemaju perumahan Menggubal undang-undang kecil tentang tanah negeri untuk kegunaan premis

perniagaan Menguruskan tanah rizab melayu & harta karun yang ditemui Membuat dasar-dasar negeri & terlibat dlm penggubalan undang-undang dalam

senarai negeri & senarai bersama

7. Terdiri dari tiga orang ex-officio (ahli majlis tertinggi):

S/U Kerajaan Negeri Pegawai Kewangan Negeri Penasihat Undang-undang Negeri

Bab 4 Sistem Pentadbiran Malaysia

Page 11: Pengajian Am 1- Nota-bab 1

Beza antara SU Parlimen, Ketua SU Negara dan SU Kerajaan Negeri

SETIAUSAHA PARLIMEN

Pelantikan :

SU Parlimen dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri(PM). Dipilih daripada kalangan mana-mana ahli Majlis Parlimen sama ada ahli Dewan

Rakyat atau ahli Dewan Negara. Perlu angkat sumpah simpan rahsia di hadapan Perdana Menteri. Boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dan boleh dipecat oleh YDPA melalui

tribunal.

Peranan :

Membantu Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan menteri dalam menunaikan tugas dan fungsi mereka agar berjalan lancar.

Contoh: Jika PM sibuk dengan tugas negara, SU Parlimen boleh mewakili PM dalam memberi jawapan semasa persidangan bagi hal yang kecil kepada menteri yang bertanya.

Memberi nasihat kepada Yang Dipertua Dewan dalam hal berkaitan dewan ketika bersidang

Bertanggungjawab menguruskan perjalanan persidangan parlimen. Tugas lain :

a. Menghantar notis panggilan untuk memulakan persidangan parlimen.b. Menerima dan mengumpul usul @ cadangan @ pertanyaan lisan secara bertulis daripada ahli Parlimen.c. Mengeluarkan penyata rasmi (hansard) laporan persidangan.

Page 12: Pengajian Am 1- Nota-bab 1

***Hansard – Merupakan rekod rasmi yang mengandungi catatan rakaman secara tepat dan sepenuhnya perbahasan yang berlaku dalam sidang parlimen.

KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KSU)

Pelantikan :

KSU dilantik oleh YDPA atas nasihat PM.

Peranan :

a. Merupakan Setiausaha Kabinet.b. Pegawai Perkhidmatan Awam tertinggi di Malaysia.c. Pegawai pentadbir utama di Jabatan Perdana Menteri ( merancang dan mengawal pelaksanaan program & dasar).d. Penasihat utama PM.e. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri ( memastikan dasar-dasar kerajaan di setiap peringkat berjalan lancar).f. Pengerusi Mesyuarat Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI (SKN)

Pelantikan :

- SKN dilantik oleh sultan/ YDN atas nasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Peranan :

a. Ketua pentadbir utama negeri.b. Ketua perkhidmatan awam negeri.c. Penasihat Menteri Besar/ Ketua Menteri dan Penasihat utama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).d. Pengerusi jawatankuasa peringkat negeri untuk penyelarasan antara negeri.e. Ahli jawatankuasa perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

Nota Pengajian Am 900/1 (Kertas 1): Bahagian Dasar Negara – Nota Cikgu Manisah Ahmad

Bab 1: Dasar Dalam Negara (Dasar Ekonomi)

1. DEB (Dasar Ekonomi Baru)

Page 13: Pengajian Am 1- Nota-bab 1

Menekankan pembasmian kemiskinan & kesamaan dlm pembangunan ekonomi tanpa mengira kaum

Menyusun semula masyarakat

2. DPN (Dasar Pembangunan Nasional)

Menekankan pembangunan seimbang Mewujudkan masyarakat yg lebih bersatu padu

3. DWN (Dasar Wawasan Negara)

Menjadikan negara maju tanpa abai pembangunan masyarakat Mengukuhkan daya tahan ekonomi

Bab 2: Dasar Luar Malaysia (Malaysia dan Negara Serantau)

ASEAN + 3 (PENTING!)

Merupakan pertemuan antara ketua negara ASEAN dengan Perdana Menteri Jepun, Presiden Korea Selatan & Presiden China

Merupakan perjanjian berkaitan ekonomi & perdagangan sahaja ASEAN + 3 dilaksanakan secara tidak rasmi dan wujud kerana kegagalan EAEC

(Majlis Perundingan Ekonomi Asia Timur) yang dibantah oleh Amerika Syarikat (takut mungkin menjejaskan kepentingan ekonomi negara-negara Asia Pasifik)

Misi Nasional: Lima Teras Misi Nasional

1. Meningkatkan Ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi

Tingkatkan produktiviti, daya saing & nilai ditambah dalam pertanian, pembuatan & perkhidmatan

Jana sumber kekayaan baru dalam sektor berintensif ICT & bioteknologi

2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan & inovasi negara serta pupuk minda kelas pertama

Jadikan Islam Hadhari sebagai rangka kerja pembanguan sejagat Tingkatkan prestasi sekolah rendah sebagai sekolah pilihan rakyat

3. Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi.

Membasmi kemiskinan tegar Mengatasi jurang dalam kumpulan etnik dengan menambah pendapatan individu

Page 14: Pengajian Am 1- Nota-bab 1

4. Meningkatkan tahap & kemampanan kualiti hidup

Memastikan perlindungan alam sekitar & penggunaan sumber asli yang cekap Menyediakan kemudahan pengangkutan awam elak kesesakan lalu lintas &

penggunaan bahan api

5. Mengukuhkan keupayaan institusi & pelaksanaan

Tingkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan awam Tangani kegiatan rasuah dalam sektor awam & swasta.