nota pengajian am

Upload: cg-sue

Post on 08-Jan-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

note

TRANSCRIPT

nota

pengajian am]Disediakan oleh : Nur Hidayah (6A2)Guru Subjek : Cikgu Saptuah

Isi kandungan

Laras SasteraIndustri Kecil Dan Sederhana ........................................................................ m/s

Laras SainsBahan Kimia Dalam Makanan ...................................................................... m/s]

LarasSasteraIndustri Kecil Dan Sederhana

Definisi

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di Malaysia terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan.

Kepentingan atau Sumbangan IKS

memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara. Kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat iaitu pada purata 8.4% setahun dalam tempoh masa 1989-1994 ternyata tidak akan tercapai tanpa sumbangan dan sokongan besar IKS. pertumbuhan sektor pembuatan yang amat memberansangkan sejak 1980-an telah meletakkan IKS sebagai industri penggerak utama dalam mempelbagaikan aktiviti di sektor ini. menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian. dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi negara selepas 2020.

IKS juga menyediakan sebanyak 44.2% peluang pekerjaan dari jumlah tenaga kerja dalam sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. sumbangan dalam meningkatkan jumlah simpanan negara dan menjimatkan tukaran wang asing mewujudkan distribusi pendapatan yang lebih baik membantu dalam melahir dan meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja terlibat baik di peringkat pekerja mahupun pada peringkat pengurusan dan membantu dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi asing.Masalah- masalah yang dihadapi oleh Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Pemilik IKS selalunya tidak mempunyai latar belakang perakaunan yang baik. kebanyakannya tidak mempunyai sistem perakaunan yang teratur dan berserabut. Pemilik IKS juga tidak memahami keperluan adanya akaun dalam sesebuah entiti yang berdaftar dengan Suruhanjaya SyarikatMalaysia. pemilik tertakhluk dengan akta- akta di dalam Akta Syarikat 1965 dan Akta Cukai Pendapatan 1967. pekerja-pekerja didalam IKS yang ditugaskan untuk menyenggara lejer, jurnal dan buku perakaunan tidak terlatih di dalam bidang perakaunan. Ini menyulitkan pemilik IKS apabila pemeriksaan audit dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dan juga juruaudit luar.

Langkah-Langkah MengatasiMasalah IKS

Menggalakkan pemilik IKS untuk berdaftar kepadaSuruhanjaya Syarikat Malysia. Memberi kursus kepada pemilik baru dan lama untuk merancang sistem perakaunandengan baik. Pemilik digalakkan untuk merujuk kepada akta- akta di dalam Akta Syarikat 1965 dan Akta Cukai Pendapatan 1967. Melatih pekerja-pekerja dalam IKS untuk ditugaskan untuk menyenggara lejer, jurnal dan buku perakaunan dalam bidang perakaunan.

LarasSains

Bahan Kimia Dalam Makanan

Definisi Unsur atau elemen yang boleh menyebabkan ketagihan. Kebanyakkannya adalah makanan kegemaran kita itu mengandungi bahan perisa tambahan yang membuat kita ketagihan. Unsur atau elemen tersebut berbahaya kerana boleh membuatkan nafsu makan kita tidak terkawal sepertibiasa seterusnya tidak dapat mengawal kenaikan badan.

Jenis-Jenis Dan Kesan Bahan Kimia Dalam Makanan Yang Boleh Merosakkan Kesihatan Manusia

Sodium NitritBahan kimia (sodium nitrit) berfungsi untuk mengawet, memberi warna dan memberi rasa pada makanan olahan terutamanya daging dan ikan salai. Ia bukan hanya boleh membuatkan seseorang itu ketagihan tetapi juga boleh meningkatkan risiko kanser. Jadi, sebaik-baiknya kurangi pengambilan daging olahan. (daging yang diproses, dicampur dan sebagainya)

BHA dan BHTButylated hydroxyanisole (BHA) dan Butylated hydroxyanise (BHA) dan Butylated hydrozyttoluene (BHT) adalah antisidan untuk mencegah makanan yang diletakkan di dalam kemasan daripada berbau tengik dan berminyak. Bahan kimia ini sering didapati pada makanan seperti bijirin , gula-gula getah, kerepek, kentang, dan minyak sayur.

Propyl GallatePropyl Gallate juga merupakan diantara bahan pengawet yang dimasukkan didalam makanan yang dibungkus didalam kemasan. Fungsinya sama seperti BHA dan BHT, dan ia sering digunakan bersama-sama. Bahan-bahan ini banyak pada produk seperti daging olahan, gula-gula getah dan sebagainya.

Monosodium Glutamate. Monosodium Glutamate (MSG) ini begitu sinonim sekali dalam masakan. Sering digunakan sebagai penyedap masakan, MSG mengandungi zat tambahan yang boleh membuatkan kita ketagihan terhadap makanan yang ditambahkan perisa ini. Pada sesetengah orang pula, (terpulang kepada individu, tak semua) ia boleh menimbulkan gejala alahan seperti sakit kepala dan mual. Untuk itu, kurangkanlah penggunaan MSG dalam masakan anda. Anda boleh gunakan bahan-bahan segar didalam hidangan makanan yang lazat tanpa menggunakan MSG.

Bahan Pengawet Ganggu Fungsi Jantung Garam dan bahan kimia pengawet yang digunakan didalam daging olahan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung sehingga 50 peratus dan juga mengalakkan perkembangan diabetis. Pengkaji, dari Amerika Syarikat mengatakan, garam dan bahan kimia pengawet didalam daging olahan akan menganggu kesihatan jika produk tersebut diambil banyak. Didalam kajian yang dilakukan oleh para pengkaji di Amerika Syarikat mendapati, daging merah yang segar tidak tidak meningkatkan risiko penyakit. Didalam kajian yang lain pula, pengkaji dari hardvard School of Public Health menganalisis kebiasaan mengambil daging. Hasilnya, bukan daging yang tidak sihat tetapi kandungan garam dan bahan kimia pengawet digunakan didalamnya boleh meningkatkan tekanan darah dan seterusnya mendorong meningkatkan risiko gangguan sakit jantung

Kesimpulan

Makanlah makanan yang berkhasiat dan kurangkan pengambilanbahan kimia di dalam makanan supaya kita boleh selesa untuk melakukan rutin sepanjang hari. Jagalah kesihatan melalui makanan. Sihat sebelum sakit.

Sekian,TerimaKasih..

Fullcopyright,noeebengkeng.Nur Hidayah Binti Ariff