nota penerangan ta 2019 - hasil.gov.my · b8 rugi perniagaan bawa hadapan kerugian perniagaan /...

16
NOTA PENERANGAN Ta 2019 Badan Amanah TAMBAHAN / PINDAAN Ruang Perkara Muka Surat B33 & B34 ‘Pengecualian berdasarkan peningkatan pendapatan bercukai perniagaan’ - digugurkan - A19 No. pengenalan bank 3 G1 Kerugian 9 G3 Maklumat cukai pegangan 10 J1 Elaun Jadual 7A 11

Upload: phamduong

Post on 30-Jul-2019

408 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

NOTA PENERANGAN

Ta 2019

Badan Amanah

TAMBAHAN / PINDAAN

Ruang Perkara Muka Surat

B33 & B34 ‘Pengecualian berdasarkan peningkatan

pendapatan bercukai perniagaan’ -

digugurkan

-

A19 No. pengenalan bank 3

G1 Kerugian 9

G3 Maklumat cukai pegangan 10

J1 Elaun Jadual 7A 11

- 1 -

Nota ini disediakan bagi membantu badan amanah melengkapkan Borang TA bagi Tahun Taksiran 2019. Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2019 adalah benar, betul dan lengkap.

Semua rekod, helaian kerja dan dokumen tidak perlu disertakan semasa pengemukaan Borang TA KECUALI bagi kes pembayaran balik yang mana helaian kerja berikut perlu dikemukakan:-

(i) Helaian Kerja HK-6 mengenai tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain); dan

(ii) Helaian Kerja HK-8 / HK-9 (jika berkenaan) berhubung dengan potongan cukai yang telah dibuat di negara asing.

Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun bermula dari akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.

Sila Isi semua ruang yang berkaitan dengan HURUF BESAR dan gunakan pen mata bulat berdakwat hitam. Biarkan kosong sekiranya ruangan yang disediakan adalah tidak berkenaan.

Bahagian C, CA dan D perlu diisi dengan nilai sen manakala amaun di bahagian lain hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja.

Contoh: Pendapatan Bercukai (ruang B32) RM 180,246.65 Cukai Kena Dibayar (ruang CA4) RM 65,927.98

MAKLUMAT ASAS

dan Isikan maklumat yang berkenaan sebagaimana didaftarkan.

KEDUDUKAN CUKAI

Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata, badan amanah dinasihatkan supaya mengisi Bahagian ini dengan betul berdasarkan pengiraan cukai yang telah dibuat sehingga Bahagian D di muka surat 8 Borang TA 2019. Isikan satu petak sahaja dengan menandakan ‘X’ dalam petak yang berkenaan.

BAHAGIAN A: MAKLUMAT BADAN AMANAH

Ruang Perkara Keterangan

A1 Mastautin di Malaysia

Isikan ‘1’ dalam petak yang disediakan sekiranya badan amanah bermastautin di Malaysia atau ‘2’ sekiranya bermastautin di luar Malaysia.

A2

Negara mastautin Masukkan kod Negara ‘MY’ jika ruang A1 = 1.

Sila rujuk kod negara di muka surat 13 nota penerangan ini atau senarai penuh di Lampiran E.

A3 Tempoh perakaunan

Tarikh mula dan tutup tempoh perakaunan badan amanah. Sila rujuk contoh-contoh di ruang A4.

A4 Tempoh asas Tempoh asas bagi tahun taksiran semasa. Jika badan amanah baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup tempoh asas yang betul di ruang A4.

Contoh 1: Badan amanah yang baru beroperasi

Akaun pertama: 1.5.2018 hingga 31.3.2019 (11 bulan) Akaun kedua: 1.4.2019 hingga 31.3.2020 (12 bulan)

Ruang A3 dan A4 perlu diisi seperti berikut:-

Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas

2019 01/05/2018 - 31/03/2019 01/05/2018 - 31/03/2019 (11 bulan) 2020 01/04/2019 - 31/03/2020 01/04/2019 - 31/03/2020 (12 bulan)

PENDAPATAN BERCUKAI

CUKAI KENA DIBAYAR CA4

B32

1 2

<>_>>_>>_>>?

, , , 1 8 0 2 4 6

->>_>>_>>_>?

, , , . 6 5 9 2 7 9 8

A1 hingga A15 Isikan maklumat yang berkenaan sahaja.

- 2 -

Contoh 2: Badan amanah yang baru beroperasi

Akaun pertama: 1.2.2018 hingga 30.4.2019 (15 bulan) Akaun kedua: 1.5.2019 hingga 30.4.2020 (12 bulan)

Isi ruang A3 dan A4 seperti berikut:-

Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas

2019 01/02/2018 - 30/04/2019 01/02/2018 - 30/04/2019 (15 bulan) 2020 01/05/2019 - 30/04/2020 01/05/2019 - 30/04/2020 (12 bulan)

Contoh 3: Pertukaran tempoh perakaunan

Akaun sedia ada: 1.3.2017 hingga 28.02.2018 (12 bulan) Akaun berikutnya: 1.3.2018 hingga 31.12.2018 (10 bulan) 1.1.2019 hingga 31.12.2019 (12 bulan)

Ruang A3 dan A4 perlu diisi seperti berikut:-

Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas

2018 01/03/2017 - 28/02/2018 01/03/2017 - 28/02/2018 (12 bulan) 2019 01/03/2018 - 31/12/2019 01/03/2018 - 31/12/2019 (22 bulan)

Contoh 4: Pertukaran tempoh perakaunan

Akaun sedia ada: 1.7.2017 hingga 30.6.2018 (12 bulan) Akaun berikutnya: 1.7.2018 hingga 31.5.2020 (23 bulan) 1.6.2020 hingga 31.5.2021 (12 bulan)

Isi ruang A3 dan A4 seperti berikut:-

Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas

2018 01/07/2017 - 30/06/2018 01/07/2017 - 30/06/2018 (12 bulan) 2019 01/07/2018 - 30/06/2019 (12 bulan) 2020 01/07/2019 - 31/05/2020 (11 bulan) 2021 01/06/2020 - 31/05/2021 01/06/2020 - 31/05/2021 (12 bulan)

Contoh 5: Pertukaran tempoh perakaunan

Akaun sedia ada: 1.1.2017 hingga 31.12.2017 (12 bulan) Akaun berikutnya: 1.1.2018 hingga 31.05.2018 ( 5 bulan) 1.6.2018 hingga 31.05.2019 (12 bulan)

Isi ruang A3 dan A4 seperti berikut:-

Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas

2018 01/01/2018 - 31/05/2018 01/01/2018 - 31/05/2018 ( 5 bulan) 2019 01/06/2018 - 31/05/2019 01/06/2018 - 31/05/2019 (12 bulan)

A5 No. majikan Nombor rujukan E majikan (jika berkenaan).

A6 Tarikh mula beroperasi

Tarikh badan amanah bermula operasi.

A7 Kelulusan pengecualian cukai

Isikan ‘1’ (‘Ya’) jika badan amanah telah mendapat kelulusan pengecualian cukai; atau ‘2’ (‘Tidak’) sekiranya permohonan untuk pengecualian cukai tidak / belum diluluskan atau badan amanah tidak membuat permohonan untuk pengecualian cukai.

A8 Penyimpanan rekod Ini merujuk kepada penyimpanan rekod yang mencukupi seperti dikehendaki dalam peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Tandakan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ sekiranya mematuhi atau ‘2’ jika tidak.

A9

No. kelulusan pengecualian cukai

Nombor kelulusan pengecualian cukai (jika ada).

01/07/2018 - 31/05/2019

- 3 -

A10 Layak menuntut cukai input daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Isikan ‘1’ (‘Ya’) sekiranya badan amanah berkenaan layak menuntut cukai input daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Isikan ‘2’ (‘Tidak’) jika badan amanah berkenaan tidak layak menuntut, tidak menuntut atau tidak berkenaan.

A11 No. pendaftaran Cukai Barang dan Perkhidmatan

Isikan nombor pendaftaran Cukai Barang dan Perkhidmatan seperti didaftarkan dengan JKDM.

A12 Layak menuntut insentif di bawah seksyen 127

Merujuk kepada insentif (contohnya pengecualian) di bawah peruntukan

perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) ACP 1967 yang layak dituntut

mengikut warta Kerajaan atau surat kelulusan Menteri.

(i) Tandakan ‘X’ dalam petak bagi jenis / jenis-jenis insentif yang:-

layak dinikmati dan tuntutan dibuat bagi tahun semasa; atau

layak dinikmati tetapi tuntutan tidak dapat dibuat bagi tahun semasa

atas sebab seperti kerugian perniagaan.

(ii) Tandakan ‘X’ dalam petak ‘Tidak berkenaan’ sekiranya:-

tidak layak menuntut insentif;

permohonan insentif tidak diluluskan oleh Menteri; atau

tidak berkenaan

Warta Kerajaan / surat kelulusan Menteri hendaklah disimpan untuk rujukan / semakan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sekiranya diperlukan kelak.

A13 Alamat surat-menyurat Badan Amanah

Alamat yang digunakan untuk berurusan dengan LHDNM.

A13A Alamat premis perniagaan

Alamat di mana perniagaan utama dijalankan.

A14 Alamat di mana rekod Badan Amanah disimpan

Isikan ‘1’ sekiranya rekod dan dokumen badan amanah disimpan di alamat surat-menyurat seperti di ruang A13; atau ‘2’ jika disimpan di alamat premis perniagaan seperti di ruang A13A. Isikan ‘3’ jika tidak disimpan di alamat seperti di ruang A13 dan A13A.

A15 Alamat Lain Nyatakan alamat di mana rekod badan amanah disimpan sekiranya ruang A14 = 3.

A16 Maklumat pemegang amanah

Isikan ruang A16a hingga A16e berkenaan maklumat pemegang amanah. Sekiranya badan amanah mempunyai lebih daripada 2 pemegang amanah, sila senaraikan mengikut format dari ruang A16a hingga A16e dan kemukakan bersama Borang TA.

A17

Nama bank

Nyatakan nama bank di mana Badan Amanah mempunyai akaun bank. Untuk tujuan pembayaran balik secara elektronik, sila pastikan maklumat bagi ruang A17 hingga A19 adalah betul.

A18 No. akaun bank Nombor akaun badan amanah di bank berkenaan seperti dinyatakan di ruang A17.

A19 No. pengenalan bank

Ini merujuk kepada nombor pengenalan yang diberikan oleh bank atau nombor yang digunakan oleh pemegang akaun [organisasi perniagaan yang tidak mempunyai nombor pendaftaran syarikat / perniagaan kerana tidak tertakluk kepada pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)]. Selain daripada nama pemegang akaun bank dan nombor akaun bank, nombor ini digunakan oleh bank sebagai tambahan kunci untuk semakan dan pengesahan bagi tujuan pembayaran balik kredit cukai melalui EFT.

- 4 -

BAHAGIAN B: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN PENDAPATAN BERCUKAI

JIKA A1 = 1, ISI BAHAGIAN B DAN C BAGI BADAN AMANAH YANG BERMASTAUTIN DI MALAYSIA.

B1 hingga B3 PENDAPATAN BERKANUN PERNIAGAAN

Keuntungan yang diperoleh dari menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian, profesion dan setiap pengilangan, duga niaga atau usaha bercorak perdagangan dikenakan cukai. Perolehan dan keuntungan termasuk terimaan kasar daripada penjualan barang-barang dan terimaan dari pemberian perkhidmatan. Sekiranya badan amanah mempunyai lebih daripada tiga (3) perniagaan, sila jumlahkan dan masukkan

pendapatan berkanun perniagaan 3 dan seterusnya dan masukkan ke ruang B3. Sila senaraikan mengikut

format B1 dan B2 bagi setiap perniagaan dan kemukakan lampiran bersama Borang TA. Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1 / Amaun L dari Helaian Kerja HK-1D.

B4 hingga B6 PENDAPATAN BERKANUN PERKONGSIAN

Pembahagian keuntungan / kerugian yang diperoleh daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian, profesion dan setiap pengilangan, duga niaga atau usaha bercorak perdagangan dikenakan cukai. Sekiranya badan amanah mempunyai lebih daripada tiga (3) perkongsian, sila jumlahkan dan masukkan pendapatan berkanun perkongsian 3 dan seterusnya ke ruang B6. Sila senaraikan mengikut format B4 dan B5 bagi setiap perkongsian dan kemukakan lampiran bersama Borang TA. Amaun E / G dari Helaian Kerja HK-1B.

ELAUN MODAL

Tuntutan susut nilai atas aset-aset yang digunakan untuk tujuan perniagaan adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, ia dibenarkan sebagai elaun modal yang boleh ditolak daripada pendapatan larasan perniagaan / perkongsian. Kadar elaun bergantung kepada jenis aset.

Helaian Kerja HK-1.2 hingga HK-1.2A boleh dirujuk sebagai panduan untuk membuat pengiraan.

B8 RUGI PERNIAGAAN BAWA HADAPAN

Kerugian perniagaan / perkongsian dari tahun terdahulu yang belum ditolak dan dibawa ke tahun semasa untuk ditolak daripada agregat pendapatan berkanun perniagaan dan perkongsian.

Amaun B dari Helaian Kerja HK-1.3.

Jika amaun di ruang B8 melebihi amaun di ruang B7, isikan amaun seperti di ruang B7 dalam ruang ini.

B10 DIVIDEN

Pendapatan berkanun daripada dividen yang boleh dikenakan cukai.

B11 FAEDAH DAN DISKAUN

Faedah Faedah ialah wang yang dibayar bagi penggunaan wang atau pembahagian keuntungan kepada pemiutang yang dianggap diterima oleh peminjam atau penghutang dari penggunaan wang tersebut. Pendapatan daripada faedah hendaklah dimasukkan sebagai pendapatan kasar apabila diterima bagi tempoh asas di mana pendapatan itu pertama kali boleh diterima. Amaun E dari Helaian Kerja HK-5.

Diskaun Pendapatan ini berpunca daripada pelaburan seperti bil perbendaharaan, bil pertukaran dan nota janji.

B12 SEWA, ROYALTI

Sewa Penerimaan dari sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot dan lain-lain yang serupa. Amaun E dari Helaian Kerja HK-4B.

- 5 -

Royalti

‘Royalty’ includes any sum paid as consideration for, or derived from:

a) the use of, or the right to use in respect of, any copyrights, software, artistic or scientific works, patents, designs or models, plans, secret processes or formulae, trademarks or other like property or rights;

b) the use of, or the right to use, tapes for radio or television broadcasting, motion picture films, films or video tapes or other means of reproduction where such films or tapes have been or to be used or reproduced in Malaysia, or other like property or right;

c) the use of, or the right to use, know-how or information concerning technical, industrial, commercial or scientific knowledge, experience or skill;

d) the reception of, or the right to receive, visual images or sounds, or both, transmitted to the public by satellite, cable, fibre optic or similar technology;

e) the use of, or the right to use, visual images or sounds, or both, in connection with television broadcasting or radio broadcasting transmitted by satellite, cable, fibre optic or similar technology;

f) the use of, or the right to use, some or all of the part of the radio frequency spectrum specified in a relevant licence;

g) a total or partial forbearance in respect of:

(i) the use of, or the granting of the right to use, any such property or right as is mentioned in paragraph (a) or (b) or any such knowledge, experience or skill as is mentioned in paragraph (c);

(ii) the reception of, or the granting of the right to receive, any such visual images or sounds as are mentioned in paragraph (d);

(iii) the use of, or the granting of the right to use, any such visual images or sounds as are mentioned in paragraph (e); or

(iv) the use of, or the granting of the right to use, some or all such part of the spectrum specified in a spectrum licence as is mentioned in paragraph (f); or

h) the alienation of any property, know-how or information as mentioned in paragraph (a), (b) or (c).

Amaun H dari Helaian Kerja HK-5.

B13 ANUITI DAN BAYARAN BERKALA LAIN

Anuiti Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau pelaburan wang yang melayakkan waris atau pelabur menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh.

Bayaran Berkala Lain Bayaran yang dibuat berulang kali pada masa-masa tertentu.

B14 APA-APA PEROLEHAN ATAU KEUNTUNGAN LAIN

Pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas.

Sertakan Helaian Kerja HK-6 bersama Borang TA sekiranya badan amanah layak menuntut bayaran balik seperti di ruang C7 dan CA5 berhubung tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain).

B15 TAMBAHAN MENGIKUT PERUNTUKAN PERENGGAN 43(1)(c)

Perolehan-perolehan berikut dianggap pendapatan dan diambil kira di peringkat pendapatan agregat.

Perolehan berkaitan dengan perbelanjaan operasi mencarigali di bawah Jadual 4 ACP 1967.

Perolehan boleh diambil kira dalam pengiraan cukai jika tuntutan perbelanjaan telah dibuat.

Rujuk kepada perenggan 43(1)(c) dan perenggan 16 Jadual 4 ACP 1967 untuk membuat pengiraan pendapatan yang perlu diambil kira dalam menentukan pendapatan agregat.

Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan.

B18 RUGI PERNIAGAAN TAHUN SEMASA

Kerugian perniagaan / perkongsian tahun semasa boleh ditolak daripada pendapatan agregat tahun yang semasa.

Contoh: Kerugian perniagaan pada tahun 2019 boleh ditolak daripada pendapatan agregat bagi tahun 2019.

Pindahkan amaun E dari Helaian Kerja HK-1.3 ke ruang ini. Amaun B18 adalah terhad kepada amaun B17. Jika amaun B18 melebihi B17, masukkan amaun B17 ke ruang ini.

- 6 -

B20 PERBELANJAAN MENCARIGALI – JADUAL 4 DAN PERENGGAN 44(1)(b) ACP 1967

Perbelanjaan yang ditanggung dalam mencari atau mendapat akses kepada simpanan galian dalam suatu kawasan yang layak atau dalam menguji simpanan tersebut, boleh dituntut sebagai potongan. Amaun ini terhad kepada amaun di B19. Masukkan baki yang tidak boleh diserap (jika ada) ke ruang J3.

B22 ANUITI KENA BAYAR / BAYARAN BERKALA

Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau surat ikatan amanah yang melayakkan waris atau benefisiari menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh.

B24 hingga B29 DERMA / HADIAH / SUMBANGAN / ZAKAT

Hadiah wang kepada Kerajaan / Kerajaan Negeri / pihak berkuasa tempatan [Subseksyen 44(6) ACP 1967].

Hadiah wang kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan Hadiah wang kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri. [Subseksyen 44(6) dan proviso, ACP 1967].

Terhad kepada 7% daripada B17

Hadiah wang bagi aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan

[Subseksyen 44(11B) ACP 1967 dan proviso, ACP 1967]

Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat bagi projek berkepentingan negara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan

[Subseksyen 44(11C) ACP 1967 dan proviso, ACP 1967]

Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan

Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan atau Kerajaan Negeri berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Jabatan Muzium Malaysia atau Arkib Negara. [Subseksyen 44(6A) ACP 1967]

Hadiah wang untuk kemudahan perpustakaan atau kepada perpustakaan Hadiah wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam serta perpustakaan sekolah dan institusi pendidikan tinggi dengan syarat, tuntutan bagi perbelanjaan yang sama tidak dibuat di bawah perenggan 34(6)(g) ACP 1967 dalam mengira pendapatan larasan perniagaan. [Subseksyen 44(8) ACP 1967].

Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri

Hadiah lukisan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai seni lukis negeri. [Subseksyen 44(11) ACP 1967].

Zakat perniagaan

Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di B17. [Subseksyen 44(11A) ACP 1967].

B31 PEMBAHAGIAN KEPADA BENEFISIARI YANG BERMASTAUTIN

Pembahagian yang ditetapkan bagi setiap benefisiari mengikut syarat-syarat wasiat atau surat ikatan amanah. Walau bagaimanapun, tolakan hanya dibenarkan sekiranya benefisiari berkenaan bermastautin di Malaysia dalam tempoh asas.

BAHAGIAN C: CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK

C1 CARA PENGIRAAN CUKAI

Contoh:

PENDAPATAN BERCUKAI di ruang B32: RM 65,500

Cukai atas RM 65,500 pada kadar 24% = RM 15,720.00

Masukkan jumlah cukai di ruang C1 Borang TA.

C2 TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN-LAIN)

Sila buat pengiraan di Helaian Kerja HK-6 untuk tolakan cukai seksyen 110 ke atas pendapatan lain yang berkenaan. Tolakan cukai Seksyen 110 (lain-lain) TIDAK termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di bawah Seksyen 107A ACP 1967.

Sertakan dokumen berkenaan bersama Helaian Kerja HK-6 sekiranya badan amanah layak menuntut pembayaran balik. Amaun B dari Helaian Kerja HK-6.

- 7 -

C3 PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 132

Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang telah memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali (PPPDK) dengan Malaysia.

Rujuk Lampiran F untuk senarai negara-negara yang telah memeterai PPPDK dengan Malaysia.

Senaraikan pendapatan, cukai yang dipotong di negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 132 di Helaian Kerja HK-8. Pindahkan amaun B dari Helaian Kerja HK-8 ke ruang ini.

Simpan dokumen asal mengenai pendapatan dan cukai yang dikenakan di negara asal dengan teratur untuk tujuan semakan.

Rujuk kepada peruntukan Jadual 7 ACP 1967 untuk membuat pengiraan kredit.

C4 PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 133

Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang TIDAK memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali (PPPDK) dengan Malaysia

Senaraikan pendapatan, cukai yang dipotong di negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 133 di Helaian Kerja HK-9. Pindahkan amaun B dari Helaian Kerja HK-9 ke ruang ini.

Simpan dokumen asal berkenaan pendapatan dan cukai yang dikenakan di negara asal dengan teratur untuk tujuan semakan.

Rujuk kepada peruntukan Jadual 7 ACP 1967 untuk membuat pengiraan kredit.

BAHAGIAN BA: PENDAPATAN BERKANUN DAN JUMLAH PENDAPATAN

JIKA A1 = 2, ISI BAHAGIAN BA DAN CA BAGI BADAN AMANAH YANG TIDAK BERMASTAUTIN DI MALAYSIA.

BA1 hingga BA30 Sila rujuk penerangan untuk Bahagian B (kecuali faedah dan royalti) dari muka surat 4 hingga 6 Nota Penerangan ini.

Bagi badan amanah yang tidak bermastautin di Malaysia, pendapatan faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A dan pendapatan lain yang berkenaan adalah dikenakan cukai atas jumlah kasarnya pada kadar selain daripada 24%.

BA31 hingga BA31d Pendapatan kasar yang tertakluk kepada kadar cukai lain

Bahagian ini merangkumi pendapatan seperti faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A dan pendapatan lain yang tertakluk kepada kadar cukai selain daripada 24%. Jenis pendapatan ini dikenakan cukai atas jumlah kasarnya pada kadar yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK - Sila rujuk Lampiran F) atau ACP 1967, jika tiada PPPDK.

Sekiranya pendapatan tersebut melayakkan badan amanah menuntut bayaran balik seperti di ruang CA5 berhubung tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain), Helaian Kerja HK-6 perlu dikemukakan bersama Borang TA.

BA31a Faedah

Isikan jumlah pendapatan kasar faedah yang dikenakan cukai.

BA31b Royalti

Masukkan jumlah pendapatan kasar royalti yang dikenakan cukai.

BA31c Pendapatan Kelas Khas Di Bawah Seksyen 4A

Pendapatan kelas khas terdiri daripada amaun yang diterima sebagai:

balasan bagi perkhidmatan yang diberi berkaitan dengan penggunaan harta atau hak-hak yang dipunyai oleh, atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, mesin-mesin atau alat-alat lain yang dibeli daripada seseorang bukan pemastautin;

balasan bagi nasihat, bantuan atau perkhidmatan yang diberikan berkaitan dengan pengurusan atau pentadbiran bagi mana-mana duga niaga, usaha, projek atau skim yang bercorak saintifik, perindustrian atau komersial; atau

sewa atau bayaran lain yang dibuat di bawah mana-mana perjanjian atau peraturan bagi penggunaan mana-mana harta alih.

Rujukan: Ketetapan Umum No. 11/2018 dan Akta Kewangan 2018 (Akta 812)

- 8 -

BA31d Pendapatan Lain

Pendapatan lain yang tidak dinyatakan di atas.

Masukkan jumlah kasar pendapatan lain yang dikenakan cukai pada kadar selain daripada 24%.

BAHAGIAN CA: CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK

CA1 hingga CA1e PENGIRAAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

Contoh: Badan amanah bermastautin di Singapura Kadar Cukai Cukai Yang Dikenakan

Jumlah di ruang BA30: RM 105,500 24% RM 25,320.00

Pendapatan kasar faedah di ruang BA31a: RM 80,300 15% RM 12,045.00

Pendapatan kasar royalti di ruang BA31b: RM 250,000 10% RM 25,000.00

Darab amaun pendapatan bercukai dari ruang BA30 dengan kadar cukai 24% dan masukkan hasil pengiraannya di ruang CA1a Borang TA seperti berikut:-

Pengiraan Cukai Kadar (%) Cukai Yang Dikenakan

CUKAI ATAS KADAR 24% (BA30 x 24%) 24%

Pendapatan Kasar yang tertakluk kepada kadar cukai lain

Amaun pendapatan bercukai dari ruang BA31a hingga ruang BA31d yang tertakluk kepada kadar cukai selain daripada 24%, dimasukkan ke ruang CA1b hingga ruang CA1e (yang mana berkenaan) mengikut kadar cukai seperti ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK - Sila rujuk Lampiran F) atau ACP 1967, jika tiada PPPDK. Pengiraan Cukai Kadar (%) Cukai Yang Dikenakan

Pendapatan kasar tertakluk kepada kadar cukai lain

10%

15%

CA3 TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN-LAIN)

Sila buat pengiraan di Helaian Kerja HK-6 untuk tolakan cukai seksyen 110 ke atas lain-lain pendapatan seperti faedah, royalti, pendapatan seksyen 4A dan pendapatan lain yang berkenaan. Tolakan cukai Seksyen 110 (lain-lain) TIDAK termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di bawah Seksyen 107A ACP 1967. Sertakan dokumen berkenaan bersama Helaian Kerja HK-6 sekiranya badan amanah layak menuntut pembayaran balik seperti di ruang CA5. Amaun B dari Helaian Kerja HK-6.

BAHAGIAN D: KEDUDUKAN CUKAI

Cukai kena dibayar adalah dari ruang C6 bagi badan amanah yang BERMASTAUTIN di Malaysia atau ruang CA4 jika TIDAK BERMASTAUTIN. Masukkan amaun bayaran ansuran yang telah dibuat bagi pendapatan tahun semasa ke ruang D2. Jika masih ada baki cukai yang kena dibayar seperti di ruang D3, bayaran boleh dibuat melalui:-

(a) Bank yang dilantik – Maklumat boleh diperoleh di http://www.hasil.gov.my.

Kaunter CIMB Bank Berhad (CIMB), Public Bank Berhad (PBB), Malayan Banking Berhad (Maybank), Affin Bank Berhad (ABB), RHB Bank Berhad (RHB), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat dengan menggunakan slip bayaran yang disediakan oleh pihak bank.

perbankan internet CIMB, PBB, Maybank, Hong Leong Bank, Citibank, RHB, Alliance Bank Malaysia Berhad, BSN dan perbankan telefon Maybank.

Auto Teller Machine (ATM) CIMB, PBB & Maybank dan Mesin Deposit Tunai Maybank.

(b) ByrHASiL di Portal Rasmi LHDNM, https://byrhasil.hasil.gov.my.

Bayaran melalui FPX (Financial Process Exchange) di https://byrhasil.hasil.gov.my/fpx.php.

Bayaran melalui kad kredit Visa, Mastercard & American Express di https://byrhasil.hasil.gov.my/creditcard/.

CA1a ->>_>>_>>_>?

, , , . 2 5 3 2 0 0 0

CA1b

CA1c

->>_>>_>>_>?

, , , . 2 5 0 0 0 0 0

->>_>>_>>_>?

, , , . 1 2 0 4 5 0 0

<>_>>_>>_>>?

, , , 2 5 0 0 0 0

<>_>>_>>_>>?

, , , 8 0 3 0 0

- 9 -

(c) Kaunter bayaran LHDNM di Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Cawangan Kota Kinabalu dan Cawangan Kuching atau pos.

Cek, kiriman wang dan draf bank hendaklah dipalang dan dibayar kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.

Gunakan Slip Pengiriman Bayaran (CP207) yang boleh diperoleh di http://www.hasil.gov.my.

Bayaran melalui pos hendaklah dihantar secara berasingan daripada borang nyata. Bayaran TUNAI tidak boleh dibuat melalui pos.

(d) Pos Malaysia Berhad - Kaunter dan Pos Online.

PERINGATAN

Selepas selesai pengiraan cukai dari Bahagian B atau BA hingga Bahagian D, badan amanah diingatkan supaya mengisi bahagian ‘Kedudukan Cukai’ di muka surat 1 Borang TA 2019 dengan menandakan ‘X’ dalam satu petak yang berkenaan sahaja.

BAHAGIAN E: PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM DILAPORKAN

Pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum dilaporkan. Gunakan lampiran berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.

BAHAGIAN F: PELUPUSAN ASET DI BAWAH AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976

F1

Melupuskan aset di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

Merujuk kepada aset yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

Sekiranya ada melupuskan aset, isikan ‘1’ untuk ‘Ya’ dan isi juga ruang F2.

Isi ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.

F2 Melaporkan pelupusan tersebut kepada LHDNM

Isikan ‘1’ (‘Ya’) jika telah melaporkan pelupusan berkenaan kepada LHDNM atau ‘2’ (‘Tidak’) jika belum.

Sekiranya belum dilaporkan, sila hubungi cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan badan amanah berkenaan (pelupus).

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my.

BAHAGIAN G: MAKLUMAT PENDAPATAN PERNIAGAAN

G1 KERUGIAN

Ruang ini disediakan untuk melaporkan amaun kerugian tahun taksiran semasa dan tahun taksiran

kebelakangan:

Kerugian Tahun Taksiran Semasa

Kerugian tahun taksiran semasa perniagaan dan perkongsian yang diserap dalam tahun taksiran semasa

serta baki kerugian yang dihantar hadapan untuk tolakan dalam tahun taksiran akan datang.

Kerugian Tahun Taksiran Kebelakangan *

Kerugian diabaikan / diserap sehingga tahun taksiran sebelum tahun taksiran semasa; dan

Kerugian diabaikan / diserap dalam tahun taksiran semasa serta baki kerugian yang dihantar hadapan

untuk diabaikan / ditolak dalam tahun taksiran berikutnya.

* Nota:

Mulai Tahun Taksiran 2019, kerugian yang tidak dapat diserap hanya dibenarkan untuk dibawa ke hadapan

untuk diserap bagi tempoh maksimum sehingga tujuh (7) tahun taksiran berturut-turut [Subseksyen 44(5F)].

Peruntukan khas yang berhubungan dengan seksyen 43 dan 44

Peruntukan khas ini membenarkan kerugian yang masih belum diserap sepenuhnya dalam Tahun Taksiran 2018, dibenarkan dibawa ke hadapan untuk diserap sehingga maksimum tujuh (7) tahun taksiran berturut-turut bermula Tahun Taksiran 2019.

Gunakan helaian kerja HK-1.3 untuk membuat pengiraan dan pelarasan kerugian.

- 10 -

G2 ELAUN MODAL

G2a hingga G2f Elaun modal yang dituntut dalam pengiraan pendapatan berkanun perniagaan dan perkongsian.

Elaun Diserap

Elaun modal yang diserap dalam tahun semasa.

Amaun K5 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun K4 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun N5 dari Helaian Kerja HK-1D.

Baki Hantar Hadapan

Amaun K6 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun K5 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun N6 dari Helaian Kerja HK-1D.

G3 MAKLUMAT CUKAI PEGANGAN

Isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ sekiranya badan amanah membuat bayaran kepada bukan pemastautin

dalam tempoh asas yang tertakluk kepada cukai pegangan di bawah seksyen 107A, 109, 109A, 109B, dan 109F.

Isikan ‘2’ dalam petak untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.

Jenis-jenis cukai pegangan adalah seperti berikut:

Cukai pegangan di bawah seksyen 107A

Bahagian perkhidmatan kontrak yang dibayar kepada kontraktor bukan pemastautin.

Kadar cukai pegangan:

10% atas jumlah kasar [Perenggan 107A(1)(a) ACP 1967]

Tambah

3% atas jumlah kasar [Perenggan 107A(1)(b) ACP 1967]

(Peraturan dan prosedur membuat bayaran kepada Unit / Cawangan Pungutan LHDNM hendaklah dipatuhi).

Cukai pegangan di bawah seksyen 109

Faedah atau royalti yang dibayar kepada bukan pemastautin.

Kadar cukai seperti yang ditetapkan dalam Bahagian II, Jadual 1 ACP 1967

Faedah – 15% atas jumlah kasar.

Royalti – 10% atas jumlah kasar.

kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Rujuk Lampiran F).

Cukai pegangan di bawah seksyen 109A

Bayaran kepada penghibur awam untuk perkhidmatan yang dilaksanakan di Malaysia.

Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian II Jadual 1 ACP 1967 iaitu 15% atas jumlah kasar.

Cukai pegangan di bawah seksyen 109B

Bayaran jenis kelas khas di bawah seksyen 4A ACP 1967 yang dibayar kepada bukan pemastautin.

Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian V Jadual 1 ACP 1967 iaitu 10% atas jumlah kasar kecuali jika

terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Rujuk Lampiran F).

Cukai pegangan di bawah seksyen 109F

Bayaran yang dibuat kepada bukan pemastautin.

Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian XIII Jadual 1 ACP 1967 iaitu 10% atas jumlah kasar

perolehan atau keuntungan di bawah perenggan 4(f) yang diperoleh dari Malaysia.

BAHAGIAN H: PERBELANJAAN KHAS, POTONGAN SELANJUTNYA DAN POTONGAN DUA KALI

H1 hingga H5 Gunakan kod tuntutan yang disediakan di muka surat 14 dan 15 nota penerangan ini.

- 11 -

BAHAGIAN J: TUNTUTAN INSENTIF

J1 ELAUN JADUAL 7A

Insentif ini berkenaan dengan projek menjalankan perniagaan penternakan ayam dan itik yang menukar daripada sistem reban terbuka kepada sistem reban tertutup; atau membesarkan sistem reban tertutup sedia ada yang diluluskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (perenggan 1C dan subperenggan 8(d) Jadual 7A ACP 1967).

Peruntukan khas

Peruntukan khas ini membenarkan EPS yang tidak dapat diserap dalam Tahun Taksiran 2018 dibawa ke hadapan sehingga tempoh maksimum tujuh (7) tahun taksiran berturut-turut dan tempoh berkenaan bermula Tahun Taksiran 2019 walaupun tempoh kelayakan telah tamat.

Rujuk kepada perenggan 3 Jadual 7A dan Helaian Kerja HK-1B berkenaan tuntutan dan pelarasan baki elaun tersebut sekiranya belum diserap sepenuhnya.

Simpan pengiraan berkaitan tuntutan dan pelarasan baki elaun tersebut untuk semakan.

J2 ELAUN PENINGKATAN EKSPORT PERKHIDMATAN

Rujuk kepada perkara 2, 3 dan 6 Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 9) 2002 [P.U. (A) 57/2002] dan Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (Pindaan) 2006 [P.U. (A) 275/2006] untuk menentukan kelayakan; serta Helaian Kerja HK-1B / HK-1D (yang mana berkenaan) untuk membuat pengiraan.

Amaun diserap Elaun yang diserap dalam tahun semasa. Amaun J4 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun M7 dari Helaian Kerja HK-1D.

Baki hantar hadapan Baki elaun yang belum diserap (baki hantar hadapan). Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun M8 dari Helaian Kerja HK-1D.

J3 PERBELANJAAN JADUAL 4

Baki perbelanjaan yang tidak dapat diserap sepenuhnya dalam tahun semasa (baki hantar hadapan) hendaklah dimasukkan ke ruang ini.

BAHAGIAN K: MAKLUMAT KEWANGAN BADAN AMANAH (PERNIAGAAN UTAMA)

K1 Kod perniagaan

Isikan kod perniagaan (Rujuk Lampiran G) bagi perniagaan utama sahaja. Jika mempunyai lebih daripada satu perniagaan utama, isikan kod perniagaan untuk perniagaan yang mempunyai perolehan terbesar.

K1A Jenis aktiviti perniagaan

Nyatakan jenis aktiviti perniagaan berkenaan dalam petak yang disediakan.

K2 Jualan atau perolehan

Jumlah pendapatan kasar perniagaan utama, K1 termasuk pendapatan terakru daripada jualan, fi dan terimaan lain.

K3 Stok awal

Stok awal barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.

K4 Belian dan kos pengeluaran

Jumlah belian kasar tolak diskaun, pulangan keluar dan rebat berkaitan dengan perniagaan utama, K1.

Kos pengeluaran daripada Akaun Pengilangan.

K5 Stok akhir

Stok akhir barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.

- 12 -

K6 Kos jualan

Jumlah ( K3 campur K4 tolak K5 ). Isikan ‘0’ jika tiada.

K7 Untung / Rugi kasar

K2 tolak K6. Tandakan ‘X’ jika nilai negatif (rugi).

K8 Perniagaan lain

Jumlah pendapatan kasar perniagaan daripada punca selain daripada K1.

K9 Dividen

Pendapatan kasar daripada punca berkenaan. K10 Faedah dan diskaun

K11 Sewa, royalti dan premium

K12 Pendapatan lain

Jumlah pendapatan kasar daripada semua punca bukan perniagaan yang tidak disenaraikan di atas.

K14

ke

K21

Perbelanjaan Amaun seperti dalam Akaun Untung Rugi.

K14 : Faedah Pinjaman Jumlah semua perbelanjaan faedah kecuali faedah sewa beli dan faedah pajakan.

K20A :

Cukai input yang tidak boleh dituntut daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Ini merujuk kepada amaun cukai input yang telah ditentusahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas pengauditan sebagai tidak layak dituntut daripadanya. Amaun cukai input yang telah ditentusahkan sebagai tidak layak dituntut ini boleh dibenarkan sebagai perbelanjaan dibawah ACP 1967. Masukkan amaun / bahagian amaun cukai input tersebut yang berkaitan dengan perbelanjaan bagi tahun taksiran semasa.

Subseksyen 91(6) ACP 1967 K23 Untung / Rugi bersih

Amaun seperti dalam Akaun Untung Rugi. Tandakan ‘X’ jika nilai negatif (rugi).

K24 Perbelanjaan yang tidak dibenarkan

Amaun F1 dari Helaian Kerja HK-1 atau HK-1D.

K25 ke K28

Aset Tetap

Nilai buku bersih seperti dalam Kunci Kira-Kira.

K30 Pelaburan

Kos pelaburan dan simpanan tetap

K31 ke K36

Aset Semasa

Jumlah seperti dalam Kunci Kira-Kira

K39 ke K41

Liabiliti

Jumlah seperti dalam Kunci Kira-Kira

K43 ke K48

Modal dan Dana

Jumlah seperti dalam Kunci Kira-Kira

BAHAGIAN L: MAKLUMAT PENDAPATAN YANG DIKECUALIKAN

Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya badan amanah mempunyai punca pendapatan yang dikecualikan cukai pendapatan dalam tahun semasa.

- 13 -

BAHAGIAN M: MAKLUMAT PEMBAHAGIAN HAK KEPADA BENEFISIARI

M1 ke M6

Isikan maklumat bagi setiap benefisiari yang menerima pendapatan daripada badan amanah. Sekiranya badan amanah mempunyai lebih daripada enam (6) benefisiari, sila senaraikan mengikut format M1 hingga M6 dan kemukakan bersama Borang TA.

Butiran Hak: Nyatakan bahagian hak setiap benefisiari dalam peratusan (%) mengikut pembahagian oleh pemegang amanah seperti dibenarkan / ditetapkan dalam wasiat atau surat ikatan badan amanah. NOTA:

Helaian Kerja HK-12

– Helaian kerja ini boleh digunakan untuk tujuan penyimpanan rekod oleh badan amanah.

Helaian Kerja HK-12A

– Badan amanah boleh gunakan helaian kerja ini untuk menyedia dan menyerah kepada setiap benefisiari bagi membolehkan mereka melapor pendapatan dan mengemukakan Borang Nyata masing-masing kepada LHDNM dalam tempoh yang ditetapkan.

– Gunakan helaian kerja yang berasingan untuk setiap benefisiari.

AKUAN PEMEGANG AMANAH

Pengakuan ini hendaklah dibuat oleh pemegang amanah atau pegawai yang diberi kuasa oleh syarikat amanah yang telah dilantik sebagai pemegang amanah. Borang nyata yang tidak ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses. Surat Pemberitahuan Borang Nyata Tidak Lengkap akan dikeluarkan kepada tuan sebagai makluman. Penggunaan cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengemukakan semula borang nyata tersebut kepada LHDNM.

MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI

Nombor kelulusan ejen cukai adalah nombor kelulusan yang diberikan kepada ejen cukai yang diluluskan di bawah subseksyen 153(3) ACP 1967.

Bahagian ini perlu diisi dan ditandatangani oleh ejen / wakil cukai yang menyediakan borang nyata berkenaan.

KOD NEGARA

Berikut adalah kod bagi sebahagian daripada negara-negara yang dikenal pasti. Tuan boleh merujuk kepada Lampiran E untuk senarai yang lengkap.

Negara Kod Negara Kod Negara Kod

Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH

Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA

Brunei BN Japan JP Singapore SG

Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA

Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK

China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW

Denmark DK Malaysia MY Thailand TH

Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB

India IN New Zealand NZ United States US

Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN

Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of

- 14 -

KOD TUNTUTAN

PERBELANJAAN KHAS / TUNTUTAN LAIN

Kod Tuntutan

101 Perbelanjaan untuk pekerja kurang upaya, atau belanja pengubahsuaian / penambahbaikan premis perniagaan bagi kemudahan pekerja kurang upaya

102 Terjemahan atau penerbitan buku yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

103 Perbelanjaan perpustakaan (maksimum RM100,000)

104 Perbelanjaan kebajikan

105 Perbelanjaan pusat penjagaan kanak-kanak untuk pekerja sendiri

106 Penubuhan kumpulan kesenian yang diluluskan

107 Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian, kebudayaan atau warisan tempatan serta negara-negara asing:

terhad kepada RM300,000 bagi penajaan kesenian, kebudayaan atau warisan negara asing

terhad kepada RM700,000 bagi keseluruhan perbelanjaan

110 Perbelanjaan penyelidikan saintifik

114 Perbelanjaan yang berhubung dengan teknologi maklumat

116 Sumbangan bagi membiayai pengubatan atau rawatan penyakit serius

117 Latihan amali kepada individu bukan pekerja

121 Potongan bagi hadiah komputer peribadi baru dan / atau fi langganan jalur lebar bulanan kepada pekerja (Tahun Taksiran 2008 hingga 2010)

122 Kos membangunkan laman jaring

133 Perbelanjaan yang dilakukan bagi pembangunan dan pematuhan kursus baru oleh Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

137 Potongan bagi pelaburan dalam syarikat berstatus Bionexus

140 Potongan bagi perbelanjaan sebelum memulakan perniagaan yang berhubungan dengan pengambilan pekerja

141 Potongan bagi manfaat dan pemberian daripada majikan kepada pekerja

144 Perbelanjaan pendaftaran cap dagangan dan paten (Tahun Taksiran 2010 hingga 2014)

146 Potongan bagi sumbangan kepada Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Kumpulan Wang PPS)

148 Potongan bagi perbelanjaan fi francais

154 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan faedah dan kos sampingan dalam memperoleh pinjaman bagi projek terbengkalai

157 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan yuran kesetiausahaan dan yuran pemfailan cukai

POTONGAN SELANJUTNYA

Kod Tuntutan

201 Premium insurans bagi pengimportan kargo yang diinsuranskan dengan syarikat insurans yang diperbadankan di Malaysia [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 220/2012]

202 Penggajian bagi pekerja hilang upaya

204 Premium insurans bagi pengeksportan kargo yang diinsuranskan dengan syarikat insurans yang diperbadankan di Malaysia [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 219/2012]

205 Bayaran pengangkutan bagi eksport keluaran berasaskan rotan dan kayu (tidak termasuk kayu gergaji dan veneer) [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 218/2012]

208 Premium insurans bagi kredit eksport

212 Bayaran pengangkutan dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia

216 Potongan bagi promosi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (Tahun Taksiran 2008 hingga 2015)

- 15 -

217 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan saraan pekerja

218 Potongan bagi kos latihan kepada pekerja (Tahun Taksiran 2009 hingga 2012)

219 Potongan premium bagi insurans kredit eksport berasaskan konsep takaful

221 Potongan bagi penyediaan taman asuhan kanak-kanak

224 Potongan bagi kos yang berhubungan dengan latihan untuk pekerja bagi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (Tahun Taksiran 2014 dan 2015)

POTONGAN DUA KALI

Kod Tuntutan

301 Perbelanjaan hasil untuk penyelidikan yang diluluskan

302 Sumbangan wang tunai kepada institut penyelidikan yang diluluskan atau bayaran bagi penggunaan perkhidmatan institut atau syarikat penyelidikan yang diluluskan, syarikat penyelidikan dan kemajuan atau syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak

306 Perbelanjaan untuk menggalakkan eksport perkhidmatan profesional

317 Potongan bagi sumbangan tunai kepada Dana Bantuan Pelajar Miskin 1Malaysia (Tahun Taksiran 2012 hingga 2017)