nota pembolehubah - upsr

5
Pembolehubah 1 Malar : Yang sama, serupa, tetap atau tidak berubah. 2 Manipulasi (PM) : Yang diubah (oleh manusia) sebelum eksperimen dijalankan. 3 Bergerak balas (PB) : Yang berubah selepas eksperimen dijalankan (berubah sendiri). Tiga langkah mencari pembolehubah PM/PB dalam soalan: 1 Cari 2 maklumat yang berbeza. 2 Tentukan yang berubah ( sendiri dan yang diubah (oleh manusia). 3 Oleh itu yang diubah = PM dan yang berubah = PB. INFERENS Proses buat kesimpulan awal untuk menerangkan sesuatu peristiwa / kejadian / objek berdasarkan pemerhatian. KESIMPULAN AWAL INI MUNGKIN BETUL ATAU TIDAK Nyatakan pemerhatian diikuti dengan sebab mengapa terjadi sesuatu perkara atau fenomena yang diperhatikan (Pemerhatian + Sebab). Langkah-langkah semasa ingin menjawab soalan Inferens 1 Cari dua perkara yang tidak sama / berbeza. Contoh : A Hidup B Mati A Liang terbuka B Liang tertutup 2 Tentukan PM dan PB Contoh : Antara dua yang tak sama, yang mana merupakan hasil atau keputusan eksperimen. Ia adalah PB iaitu A) Hidup B) Mati Bila dah tahu PB maka yang tak sama satu lagi adalah PM iaitu A) liang terbuka B) liang tertutup Tuliskan di hujung dua yang tak sama PM dan PB. Contoh:

Upload: rsy

Post on 13-Apr-2017

349 views

Category:

Education


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Pembolehubah - UPSR

Pembolehubah

1 Malar : Yang sama, serupa, tetap atau tidak berubah.2 Manipulasi (PM) : Yang diubah (oleh manusia) sebelum eksperimen dijalankan.3 Bergerak balas (PB) : Yang berubah selepas eksperimen dijalankan (berubah sendiri).

Tiga langkah mencari pembolehubah PM/PB dalam soalan:

1 Cari 2 maklumat yang berbeza.2 Tentukan yang berubah ( sendiri dan yang diubah (oleh manusia).3 Oleh itu yang diubah = PM dan yang berubah = PB.

INFERENS

Proses buat kesimpulan awal untuk menerangkan sesuatu peristiwa / kejadian / objek berdasarkan pemerhatian. KESIMPULAN AWAL INI MUNGKIN BETUL ATAU TIDAK

Nyatakan pemerhatian diikuti dengan sebab mengapa terjadi sesuatu perkara atau fenomena yang diperhatikan (Pemerhatian + Sebab).

Langkah-langkah semasa ingin menjawab soalan Inferens

1 Cari dua perkara yang tidak sama / berbeza. Contoh : A Hidup B Mati

A Liang terbuka B Liang tertutup

2 Tentukan PM dan PB Contoh : Antara dua yang tak sama, yang mana merupakan hasil atau keputusan eksperimen. Ia adalah PB iaitu A) Hidup B) Mati Bila dah tahu PB maka yang tak sama satu lagi adalah PM iaitu A) liang terbuka B) liang tertutup

Tuliskan di hujung dua yang tak sama PM dan PB. Contoh: [ A hidup B mati ] PB [ A liang terbuka B liang tertutup ] PM

3 Bacalah soalan selepas tentukan PM dan PB. Contoh : A) Berikan inferens tentang biji benih B.

Jawapan: Inferens mesti mula dengan pemerhatian ........... (PB) .............. kerana ............... pemerhatian.

Untuk menjawab soalan inferens PM hendaklah dijadikan soalan.Kenapa bila PM, PB?

Contoh : Kenapa bila liang biji benih tertutup(PM), biji benih mati(PB)?Jawapan : Biji benih B mati kerana tidak mendapat udara/tidak boleh bernafas.

Page 2: Nota Pembolehubah - UPSR

Inferens: Pokok dalam pasu A mendapat baja yang cukup manakala pokok dalam pasu B tidak mendapat baja yang cukup.

Kenalpasti 2 pembolehubah/ Maklumat

Rajah menunjukkan ujikaji yang telah dijalankan ke atas 3 gelung dawai yang berbeza. Suhu gelung dawai selepas 10 minitLitar disambung adalah seperti yang tercatat.Pembolehubah dimanipulasi : Bilangan gelung dawaiPembolehubah bergerak balas : Suhu gelung dawai

Tujuan Eksperimen

Kata kunci : Untuk menyiasat hubungan antara (PM) dengan (PB)Contoh : Untuk menyiasat hubungan antara bilangan gelung dawai dengan suhu gelung dawai.

Hipotesis / Hubungan

Menghubungkan 2 pembolehubah

Caranya :1 Keluarkan 2 maklumat.2 Lihat pola perubahan samada bertambah atau berkurang.3 Hubungkan dengan perkataan semakin … semakin atau jika … makaContoh:Semakin bertambah ( PM) semakin bertambah (PB).Semakin bertambah (PM) semakin berkurang (PB).Jika bertambah (PM) maka berkurang (PB) dan sebaliknya.Semakin bertambah gelung dawai semakin bertambah suhu gelung dawai.

Ramalan

Ramalkan masa untuk garam melarut bagi suhu air 55°c.

Membuat Pemerhatian

Page 3: Nota Pembolehubah - UPSR

Gunakan 5 Deria :Apa yang dilihat? Apa yang dihidu?Apa yang disentuh? Apa yang dirasa?Apa yang didengar?

Contoh:Buat pemerhatian pada rajah ini.

Tumbuhan A lebih kecil berbanding B.Tumbuhan B lebih banyak berbanding tumbuhan A. Tumbuhan B lebih subur berbanding A.

Membuat inferens

Penerangan tentang sesuatu objek atau peristiwa berdasarkan pemerhatian.Penerangan itu mungkin betul atau tidak tetapi mestilah logik atau munasabah.Sebab, mengapa, alasan.

Klu jawapan:

1 Jawab pemerhatian dahulu baru dinyatakan sebab atau alasan.2 Tumbuhan A lebih kecil berbanding tumbuhan B kerana tumbuhan A tidak cukup air berbanding B cukup.

Pembolehubah Dimalarkan

Bahagian atau benda atau perkara yang sama, tidak berubah atau dikawal.Biasanya boleh didapati di dalam soalan.Nyatakan dalam 2 patah perkataan atau lebih.Kadang kala terdapat lebih daripada satu pembolehubah dimalarkan.

Contoh:

Sekumpulan pelajar menjalankan penyiasatan tentang masa yang diambil untuk melarutkan berat gula yang berlainan. Mereka menggunakan isi padu air yang sama iaitu 500 ml air. Jadual menunjukkan keputusan penyiasatan.Nyatakan pembolehubah yang perlu dimalarkan dalam penyiasatan di atas.

JAWAPAN : Isipadu air 500 ml

Contoh :

Mentafsir Data

Biasanya kita mentafsir data berdasarkan kepada hasil keputusan

Page 4: Nota Pembolehubah - UPSR

eksperimen yang telahpun dicatatkan.Membuat pernyataan tentang maksud / tujuan / tajuk penyiasatan.

Teknik : Mulakan menjawab dengan ayat: Untuk mengkaji hubungan antara (Umha)- Untuk mengkaji kesan/menyiasat hubungan antara ………. (PM) ke atas/terhadap ………. (PB).

Rumusan

Ada kaitan dengan membuat kesimpulan tetapi penerangannya lebih ringkas dan menggunakan data yang dicatat.Klu jawapan:

Lihat pada PB dahulu diikuti PM.Nyatakan jawapan pada PM sahaja.Lihat hasil yang paling banyak dihasilkan.

Isi padu air (ml) 40 50 60 70 80 90 100

Masa untuk air mendidih ( minit) 14 16 18 20 22 24 26

1 Nyatakan dua pembolehubah / dua maklumat. Isi padu air dan masa untuk air mendidih.

2 Apakah hubungan antara dua pembolehubah ? Apabila isi padu bertambah maka masa untuk air mendidih juga bertambah.

3 Corak perubahan masa untuk air mendidih Semakin meningkat.

4 Ramalkan masa air mendidih jika 120 ml air digunakan. 30 minit

5 Apakah tujuan eksperimen dijalankan? Untuk menyiasat hubungan di antara isi padu air dengan masa untuk air mendidih.

6 Apakah kesimpulan / rumusan yang boleh dibuat? Semakin bertambah isi padu air semakin bertambah masa untuk air mendidih.

7 Berikan satu cadangan supaya air di atas cepat mendidih. Kurangkan isi padu air / kuatkan nyalaan api.