pembinaan instrumen pengukuran amanah...

21
4 th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017) Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017 312 PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN AMANAH DALAM MEMPENGARUHI KUALITI KERJA MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH: FASA I (PEMBINAAN KONSTRUK) Sahlawati Abu Bakar, Mariam Abd. Majid, Nurzatil Ismah Azizan Aza Shahnaz Azman, Mazlina Che Malik [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS ABSTRAK Pelbagai kesalahan yang melibatkan kes pecah amanah berleluasa dewasa ini. Cara yang terbaik bagi menyelesaikan permasalahan ini ialah merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah. Justeru itu matlamat kajian ini ialah mengenalpasti ciri-ciri amanah menurut al-Quran dan sunnah dan membina konstruk instrumen berdasarkan ciri-ciri tersebut. Metode yang digunakan ialah analisis kandungan. Hasil analisis ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis tiga pembolehubah tidak bersandar dan satu pembolehubah bersandar dikenalpasti. Item-item dalam borang soal selidik dibina berdasarkan pembolehubah-pembolehubah yang telah dikenalpasti. Kata kunci: instrumen, amanah, al-Quran, hadis, kualiti kerja.

Upload: phamkien

Post on 14-May-2018

219 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN AMANAH …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/sahlawati-312-332.pdfdalam borang soal selidik dibina berdasarkan pembolehubah-pembolehubah

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

312

PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN AMANAH DALAM

MEMPENGARUHI KUALITI KERJA MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH:

FASA I (PEMBINAAN KONSTRUK)

Sahlawati Abu Bakar, Mariam Abd. Majid, Nurzatil Ismah Azizan

Aza Shahnaz Azman, Mazlina Che Malik

[email protected], [email protected], [email protected],

[email protected], [email protected]

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS

ABSTRAK

Pelbagai kesalahan yang melibatkan kes pecah amanah berleluasa dewasa ini. Cara yang

terbaik bagi menyelesaikan permasalahan ini ialah merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Justeru itu matlamat kajian ini ialah mengenalpasti ciri-ciri amanah menurut al-Quran dan

sunnah dan membina konstruk instrumen berdasarkan ciri-ciri tersebut. Metode yang

digunakan ialah analisis kandungan. Hasil analisis ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis tiga

pembolehubah tidak bersandar dan satu pembolehubah bersandar dikenalpasti. Item-item

dalam borang soal selidik dibina berdasarkan pembolehubah-pembolehubah yang telah

dikenalpasti.

Kata kunci: instrumen, amanah, al-Quran, hadis, kualiti kerja.

Page 2: PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN AMANAH …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/sahlawati-312-332.pdfdalam borang soal selidik dibina berdasarkan pembolehubah-pembolehubah

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

313

1.0 PENDAHULUAN

Pecah amanah merupakan di antara kesalahan jenayah yang melibatkan para pegawai dalam

kakitangan kerajaan . Selain itu jenayah kolar putih juga mencatatkan rekod kerugian yang

dialami mangsa pada tahun 2015 meningkat hampir 100 peratus iaitu melibatkan lebih

RM2.43 bilion berbanding tahun 2014 yang merekodkan hanya RM1.24 bilion Pelbagai kes

penipuan adalah penyumbang utama peningkatan jenayah kolar putih tersebut.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk

Seri Mortadza Nazarene, JSJK menerima laporan rekod kerugian sebanyak

RM2,434,774,588.34 pada 2015 dan jumlah tersebut meningkat sebanyak 95.10 peratus

berbanding tahun lalu. Kes Pecah Amanah Jenayah merupakan kes kedua tertinggi dengan

catatan sebanyak 2,612 kes atau 13 peratus.

Kes pecah amanah dilihat sebagai satu kes jenayah yang berat terutamanya apabila

ianya dilakukan oleh pegawai kerajaan. Terdapat beberapa kes pecah amanah yang

melibatkan pegawai berunifom seperti pegawai polis dan imigresen. Laporan akhbar The

Malay Mail online (Nov 2015) menyatakan bahawa polis menahan tujuh individu termasuk

dua orang pegawai kanan polis kerana dipercayai terlibat dalam kes pecah amanah RM1.5

juta membabitkan kontrak mengubah suai dan membaik pulih ibu pejabat Polis Bukit Aman.

Oleh yang demikian satu penyelesaian bagi masalah ini akan dikemukakan melalui

penilaian sifat amanah dalam kalangan penjawat awam. Satu instrumen akan dibina bagi

mengukur sifat amanah dalam diri penjawat awam. Kertas ini akan membincangkan fasa

awal pembinaan instumen iaitu fasa penentuan konstruk.

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Henson (2009) beranggapan bahawa peribadi yang telus apabila seseorang itu melakukan

perkara yang betul walaupun tiada siapa yang menyedarinya. Berbanding Monga (2016) yang

berpendapat nilai moral tingkahlaku seseorang tersebut hanya boleh dinilai oleh pihak lain.

Rosazman Hussin (2014) menyenaraikan beberapa bentuk ketirisan amanah kes tatatertib

dalam pengurusan kewangan penjawat awam di Malaysia. Bentuk-bentuk ketirisan amanah

tersebut ialah kecuaian menandatangani pesanan kerajaan, membuat tuntutan perolehan

Page 3: PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN AMANAH …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/sahlawati-312-332.pdfdalam borang soal selidik dibina berdasarkan pembolehubah-pembolehubah

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

314

palsu, membuat perakuan palsu, bersubahat dalam urusan pemberian, projek salah laku tadbir

urus kontrak perolehan, membuat pengesahan dan perakuan palsu, kegagalan menguruskan

proses sebut harga, kegagalan mematuhi tatacara kewangan dan kegagalan menguruskan

proses tender.

Manakala bagi kajian yang dijalankan Zaharah, Abu Daud dan Nazri (2009)

menyatakan untuk memahami erti kerja yang beretika, sewajarnya terlebih dahulu

mengetahui jenis-jenis perbuatan yang tidak beretika sehingga boleh mendatangkan

keburukan kepada organisasi. Antara contoh yang dinyatakan oleh kajian tersebut adalah

seperti:

a) Terlibat dengan rasuah dan salah guna kewangan.

b) Pecah amanah.

c) Memanipulasi atau salah guna tenaga kerja dan lain-lain sumber untuk kepentingan

peribadi.

d) Bersikap tidak konsisten dan tidak telah (unpredictable).

e) Membantu dan menyokong amalan yang salah.

f) Merendahkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan dalaman dan luaran.

g) Terlalu mengawal dan menyekat kreativiti dan kebebasan pekerja.

h) Bersikap kedekut dalam membentuk dan melaksanakan tindakan berkaitan kebajikan

dan kualiti hidup pekerja.

i) Self-centered dan menggunakan kedudukan untuk kepentingan sendiri.

Pengkaji berpendapat kesemua contoh tingkahlaku tidak beretika yang dinyatakan

oleh kajian di atas, dapat dirangkumi sebagai tiada amanah dalam melaksanakan

tanggungjawab di tempat kerja. Bagi Syahruddin (2007), penyelewengan yang dilakukan oleh

penjawat awam seperti disampaikan media massa boleh mendatangkan kesan buruk kepada

kerajaan. Pelbagai kes penyalahgunaan kuasa, penipuan, pecah amanah dan kecuaian sering

dipaparkan dalam media massa yang menuntut tindakan segera daripada pelbagai pihak

(Sharifah, Asmak & Mohd Izani, 2009).

Berdasarkan perbincangan kes-kes pecah amanah yang melibatkan kakitangan awam

di atas, ia telah menunjukkan gejala tidak sihat ini semakin berleluasa. Penyelewengan

tersebutkan melibatkan jumlah wang yang besar termasuk aset-aset harta yang lain seperti

Page 4: PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN AMANAH …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/sahlawati-312-332.pdfdalam borang soal selidik dibina berdasarkan pembolehubah-pembolehubah

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

315

rumah dan kereta. Isu ini perlu dibendung dengan segera agar tidak menjadi semakin runcing

hingga menyebabkan terjejasnya kredibiliti kerajaan.

Secara umumnya, pengkaji mendapati telah banyak kajian-kajian lepas mengenai

sikap amanah terhadap kakitangan awam ketika menjalankan tugas. Namun begitu, kajian

mengenai peribadi amanah yang menghasilkan kepada kualiti kerja yang baik masih terbatas.

Selain itu, kajian mengenai instrumen mengukur nilai amanah bagi seseorang pekerja masih

belum dijumpai. Justeru, kajian ini akan menghasilkan satu instrument bagi menilai ketelusan

seseorang pekerja dalam institusi kerajaan.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen sebagai metodologi kajian. Dokumen

adalah salah satu komponen penting dalam pengumpulan data. Data yang tersedia dalam

dokumen seperti kitab-kitab tafsir dan syarah hadis memberi banyak input yang diperlukan.

Malah dokumen-dokumen seperti itu yang kaya dengan data akan dapat mengurangkan kerja

tanpa perlu menyediakan tugasan tambahan. Menurut Bernard (1988), tiada sebab untuk

mengumpul data baru jika terdapat maklumat daripada dokumen yang diperlukan untuk

menjawab soalan kajian. Untuk menganalisis data, penyelidik akan menggunakan kaedah

bertema. Kaedah analisis bertema adalah satu kaedah asas untuk menganalisis kajian

kualitatif (Braun & Clarke, 2006).

4.0 DAPATAN KAJIAN

Pembolehubah dikenalpasti melalui ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang menjelaskan

mengenai ciri-ciri amanah. Perkataan amanah disebut sebanyak enam kali dalam enam ayat

yang berbeza di dalam al-Quran. Ayat-ayat ini menyentuh mengenai konsep dan ciri-ciri

amanah:

Page 5: PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN AMANAH …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/sahlawati-312-332.pdfdalam borang soal selidik dibina berdasarkan pembolehubah-pembolehubah

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

316

i. Surah Al-Ahzab ayat 72

ii. Surah Al-Anfal : ayat 27

iii. Surah al-Ma’arij ayat 32

iv. Surah al-Mu’minun ayat 8

v. Surah al-Nisa’ ayat 58

vi. Surah al-Baqarah ayat 283

Manakala hadis-hadis berikut menyatakan mengenai sifat-sifat orang yang amanah serta ciri-

ciri amanah.

i. Sahih Muslim, Kitab Iman, No Hadis 206

ii. Ibnu Majah Kitab Fitnah No Hadis 4044

iii. Sunan Abi Daud, Sumpah Dan Nazar, No Hadis 2831

iv. Musnad Ahmad, No 7571

v. Sahih Bukhari, Kitab Wasiat, No 2573

vi. Ibnu Majah, Taharah Dan Sunnah, No 590

vii. Abu Daud, Jual Beli, No 3067

viii. Abu Daud, Kitab Sunnah (Dalil Iman Bertambah Dan Berkurang), No 4068

ix. Abi Daud, Adab (Menyampaikan Pembicaraan), No 4225

x. Abi Daud, Adab (Menyampaikan Pembicaraan), No 4226

xi. Sahih Muslim, Zakat, No 1699

xii. Sunan Abi Daud, Bab Adab, No 4337

Page 6: PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN AMANAH …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/sahlawati-312-332.pdfdalam borang soal selidik dibina berdasarkan pembolehubah-pembolehubah

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

317

5.0 PERBINCANGAN

Bahagian ini akan membincangkan mengenai pembolehubah serta item pengukuran dan indikator yang dikeluarkan daripada tafsiran ayat-ayat

amanah dan syarah hadis. Ianya dipaparkan dalam jadual berikut:

Variables Constructs and

Operationalized

Operation

Item Measurement Indicators Adapted

Sources

Level of

Measurement

Scale Data

Analysis

IV

IV I Takwa

Takwa:

Melaksanakan amalan

kebaikan dan

memastikan dirinya

tidak melakukan

perkara-perkara yang

dilarang bagi

mengelakkan diri

daripada terjerumus

kepada kemurkaan dan

hukuman azab Allah

SWT.

Sifat takwa kepada

Allah SWT berupaya

melindungi dan

membentengi diri

daripada kemungkaran

serta sentiasa

melakukan amalan

1. Taat:

Patuh kepada segala perintah

Allah kerana Allah adalah

Tuhan yang wajib disembah

1. Saya takut kepada Allah SWT

2. Saya meyakini kuasa Allah

3. Saya sentiasa memastikan diri

saya melakukan perintah Allah

SWT

4. Saya melakukan semua amalan

kerana Allah SWT

Al-Baqarah:283

Hadis

Ordinal

5 Skala

kepercayaan

1. Sangat tidak

benar mengenai

diri saya

2. Tidak benar

mengenai diri saya

3. Saya tidak pasti

mengenai diri saya

4. Benar mengenai

diri saya

5. Sangat benar

mengenai diri saya

2. Amar ma’ruf:

mengerjakan perkara yang

diwajibkan

1. Saya sedar perbuatan yang baik

akan mendapat balasan yang

baik dari Allah

2. Saya menegur rakan yang

meninggalkan solat

3. Saya mengajak rakan solat

Al-Quran

Al-hadis

Ordinal

5 Skala

kepercayaan

1. Sangat tidak

benar mengenai

diri saya

2. Tidak benar

Page 7: PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN AMANAH …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/sahlawati-312-332.pdfdalam borang soal selidik dibina berdasarkan pembolehubah-pembolehubah

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

318

soleh serta

menzahirkan budi

pekerti yang mulia

berjemaah

4. Saya sentiasa memastikan

makanan yang saya makan

adalah halal

5. Saya sentiasa menutup aurat

sebagaimana yang diwajibkan di

mana sahaja saya berada

6. Saya melakukan tugas yang

dimanahkan pada saya dengan

baik

7. Saya hanya melakukan tugas

rasmi pada waktu kerja

mengenai diri saya

3. Saya tidak pasti

mengenai diri saya

4. Benar mengenai

diri saya

5. Sangat benar

mengenai diri saya

3. Nahi munkar:

meninggalkan perkara yang

diharamkan:

1. Saya akan mendapat balasan

daripada Allah jika ingkar

terhadap perintahNya.

2. Saya akan memerangi perkara

yang tidak baik yang berlaku di

depan mata saya

3. Saya menjauhkan diri daripada

perkara yang memberikan kesan

negatif kepada diri saya

4. Saya menjauhkan diri daripada

orang yang tidak beretika

5. Saya akan memastikan individu

yang melakukan perkara tidak

beretika mendapat hukuman

Al-Quran

Al-hadis

Ordinal

5 Skala

kepercayaan

1. Sangat tidak

benar mengenai

diri saya

2. Tidak benar

mengenai diri saya

3. Saya tidak pasti

mengenai diri saya

4. Benar mengenai

diri saya

5. Sangat benar

mengenai diri saya

Page 8: PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN AMANAH …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/sahlawati-312-332.pdfdalam borang soal selidik dibina berdasarkan pembolehubah-pembolehubah

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

319

yang sewajarnya

6. Saya melaksanakan amanah

yang diberikan kepada saya

IV2

Ibadah

Ibadah:

Proses menzahirkan

keimanan kepada

Allah dalam bentuk

perbuatan.

1. Solat:

Ibadah wajib 5 kali sehari

semalam. Ibadah ini adalah

indikator utama dalam

menentukan ketaatan kepada

Allah. Melalui solat manusia

mampu mencegah diri

daripada kejahatan dan

kemunkaran.

1. Saya menunaikan solat fardhu

lima waktu setiap hari

2. Saya menunaikan solat di awal

waktu

3. Saya yakin dengan

melaksanakan solat, sesorang itu

akan mendapat kebahagiaan di

dunia dan akhirat

4. Saya rasa berdosa kerana tidak

menunaikan solat

5. Saya menunaikan solat lima

waktu di mana sahaja saya

berada

6. Saya menunaikan solat lima

waktu walau sibuk dengan

tugasan rasmi saya

7. Saya dapat menguruskan masa

melalui solat.

8. Saya melaksanakan solat jika

mempunyai masa

9. Saya qadha’(ganti) solat yang

ditinggalkan

10. Saya yakin solat menghalang

saya daripada melakukan

Al-Quran

Al-hadis

Ordinal

5 Skala

kepercayaan

1. Sangat tidak

benar mengenai

diri saya

2. Tidak benar

mengenai diri saya

3. Saya tidak pasti

mengenai diri saya

4. Benar mengenai

diri saya

5. Sangat benar

mengenai diri saya

Page 9: PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN AMANAH …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/sahlawati-312-332.pdfdalam borang soal selidik dibina berdasarkan pembolehubah-pembolehubah

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

320

perkara maksiat

11. Saya yakin solat mampu

meningkatkan integriti terhadap

tugas yang diamanahkan

2. Puasa:

Ibadah wajib pada bulan

Ramadhan. Ibadah ini

mampu menjadikan manusia

menahan diri dari melakukan

dosa kepada Allah.

1. Saya tidak pernah ‘ponteng’

puasa Ramadhan tanpa keuzuran

2. Saya berpuasa penuh di bulan

Ramadhan

3. Saya qadha’(ganti) puasa yang

ditinggalkan

4. Saya yakin puasa menghalang

saya daripada melakukan dosa

5. Saya berpuasa kerana pada bulan

Ramadhan semua umat Islam

berpuasa

Al-Quran

Al-hadis

Ordinal

5 Skala

kepercayaan

1. Sangat tidak

benar mengenai

diri saya

2. Tidak benar

mengenai diri saya

3. Saya tidak pasti

mengenai diri saya

4. Benar mengenai

diri saya

5. Sangat benar

mengenai diri saya

IV3

Akhlak

Akhlak:

Sesuatu sifat (baik

atau buruk) yang

tertanam kuat dalam

diri yang darinya

terlahir perbuatan-

perbuatan dengan

mudah tanpa perlu

berfikir dan

memerhati.

1. Adil:

Meletakkan sesuatu pada

tempatnya menepati hak

seseorang atau sesuatu, tidak

menyebelahi mana-mana

pihak dan tidak berat sebelah.

Ia bermakna tidak pecah

amanah dalam melaksanakan

tanggungjawab yang

diamanahkan serta

1. Saya memaklumkan kepada

pelanggan sekiranya

perkhidmatan yang ditawarkan

mempunyai kecacatan atau

kurang berkualiti

2. Saya akan mengenakan tindakan

undang-undang yang sewajarnya

mengikut apa yg telah ditetapkan

kepada orang awam yang

Al-Quran

Al-hadis

Ordinal

5 Skala

kepercayaan

1. Sangat tidak

benar mengenai

diri saya

2. Tidak benar

mengenai diri saya

3. Saya tidak pasti

mengenai diri saya

4. Benar mengenai

Page 10: PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN AMANAH …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/sahlawati-312-332.pdfdalam borang soal selidik dibina berdasarkan pembolehubah-pembolehubah

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

321

melaksanakan tanggungjawab

sesuai dengan kehendak

bidang tugas yang telah

ditetapkan.

disabitkan kesalahan

3. Saya mematuhi undang-undang

dalam kerja saya

4. Saya menerima bidang kerja

yang diberikan relevan dengan

skop kerja saya

5. Pembahagian kerja yang

diberikan adalah adil dalam

kalangan pekerja

diri saya

5. Sangat benar

mengenai diri saya

2. Menepati janji:

Pernyataan atau kesediaan

untuk berbuat atau memberi

sesuatu. Melaksanakan

amanah yang diberikan

dengan sebaiknya tanpa ada

penyelewengan.

1. Saya sentiasa berkata benar

2. Saya sentiasa menepati janji bila

berurusan dengan orang

sekeliling saya

3. Saya faham kesan negatif akibat

daripada tidak menepati janji

Al-Quran

Al-hadis

Ordinal

5 Skala

kepercayaan

1. Sangat tidak

benar mengenai

diri saya

2. Tidak benar

mengenai diri saya

3. Saya tidak pasti

mengenai diri saya

4. Benar mengenai

diri saya

5. Sangat benar

mengenai diri saya

3. Jujur:

Ikhlas dalam melaksanakan

pekerjaan dan jujur tanpa

penyelewengan yang tidak

sewajarnya.

1. Saya tidak mengharapkan

sebarang balasan apabila

membantu seseorang

2. Saya akan segera membantu

orang yang dalam kesusahan

Al-Quran

Al-hadis

Ordinal

5 Skala

kepercayaan

1. Sangat tidak

benar mengenai

diri saya

Page 11: PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN AMANAH …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/sahlawati-312-332.pdfdalam borang soal selidik dibina berdasarkan pembolehubah-pembolehubah

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

322

3. Saya tidak akan mengambil

barang orang tanpa meminta

kebenaran terlebih dahulu.

4. Saya akan melaporkan pada

pihak atasan perkara yang tidak

beretika di tempat kerja saya

5. Saya melakukan kerja tanpa

sebarang penyelewengan.

2. Tidak benar

mengenai diri saya

3. Saya tidak pasti

mengenai diri saya

4. Benar mengenai

diri saya

5. Sangat benar

mengenai diri saya

4. Kerahsiaan:

Menyimpan maklumat atau

apa sahaja yang berkaitan jika

ia perlu dirahsiakan dan tidak

dibenarkan disebarkan

terutama hal-hal sulit.

1. Saya tidak akan menyebarkan

maklumat sulit yang

dibincangkan dalam mesyuarat

rasmi.

2. Saya merahsiakan urusan rasmi

kerja.

3. Saya hanya menyebarkan

maklumat rasmi yang

dibenarkan sahaja kepada orang

lain.

4. Saya bertanggungjawab menjaga

kerahsiaan jabatan

Al-Quran

Al-hadis

Ordinal

5 Skala

kepercayaan

1. Sangat tidak

benar mengenai

diri saya

2. Tidak benar

mengenai diri saya

3. Saya tidak pasti

mengenai diri saya

4. Benar mengenai

diri saya

5. Sangat benar

mengenai diri saya

5. Malu:

malu untuk melakukan

sesuatu yang tidak patuh

1. Saya malu melakukan

penyelewengan dalam kerja

saya.

Al-Quran

Al-hadis

Ordinal

5 Skala

kepercayaan

1. Sangat tidak

Page 12: PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN AMANAH …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/sahlawati-312-332.pdfdalam borang soal selidik dibina berdasarkan pembolehubah-pembolehubah

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

323

syariat seperti pecah amanah,

penyelewengan

2. Saya tidak malu

mempertahankan perkara yang

betul. dalam urusan kerja saya.

3. Saya malu menerima imbuhan

tambahan daripada pihak

berkepentingan atas kerja rasmi.

4. Saya malu melanggar etika kerja

yang ditetapkan oleh majikan.

5. Saya malu melakukan kesalahan

kerja walaupun tidak diketahui

oleh orang lain

benar mengenai

diri saya

2. Tidak benar

mengenai diri saya

3. Saya tidak pasti

mengenai diri saya

4. Benar mengenai

diri saya

5. Sangat benar

mengenai diri saya

6. Simpati:

perasaan belas kasihan,

timbang rasa terhadap

seseorang atau sesuatu.

Dalam kajian ini bermakna

belas kasihan kepada

seseorang dengan tidak

memberikan sesuatu yang

bukan haknya.

1. Saya dapat mengawal perasaan

marah dalam menghadapi situasi

konflik.

2. Saya mudah membantu rakan

sekerja.

3. Saya simpati dengan rakan yang

dalam kesusahan

4. Saya membantu rakan sekerja

tanpa mengharap balasan

Al-Quran

Al-hadis

Ordinal

5 Skala

kepercayaan

1. Sangat tidak

benar mengenai

diri saya

2. Tidak benar

mengenai diri saya

3. Saya tidak pasti

mengenai diri saya

4. Benar mengenai

diri saya

5. Sangat benar

mengenai diri saya

7. Kasih sayang:

Belas kasihan terhadap rakan

sejawat dengan memberi

1. Saya menegur rakan sekerja

yang melakukan kesalahan

dengan cara berhikmah

Al-Quran

Al-hadis

Ordinal

5 Skala

kepercayaan

1. Sangat tidak

Page 13: PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN AMANAH …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/sahlawati-312-332.pdfdalam borang soal selidik dibina berdasarkan pembolehubah-pembolehubah

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

324

haknya dengan betul. Tidak

menzalimi dengan menyuruh

hal-hal yang menyalahi

agama

2. Saya menegur rakan sekerja

terhadap kesalahan yang

dilakukan kerana kasih

terhadapnya

3. Saya bertolak ansur

menyelesaikan konflik dalam

kerja

4. Saya tidak berdendam kepada

rakan yang melakukan kesalahan

terhadap saya

5. Saya sayang kepada rakan

sekerja saya

6. Saya menziarahi rakan sekerja

yang ditimpa kesusahan

benar mengenai

diri saya

2. Tidak benar

mengenai diri saya

3. Saya tidak pasti

mengenai diri saya

4. Benar mengenai

diri saya

5. Sangat benar

mengenai diri saya

8. Ilmu:

Pengetahuan dalam hal

berkaitan dunia, akhirat, zahir

dan batin. Ilmu dalam kajian

ini ialah mengetahui perkara

yang salah dan yang benar.

Ilmu tersebut dizahirkan

dengan amalan.

1. Saya tahu Al-Quran dan Hadis

sebagai sumber ilmu.

2. Saya tahu membezakan yang

mana benar dan salah.

3. Saya berusaha untuk mendalami

hukum-hakam Islam dengan

lebih baik

4. Saya tahu kewajipan menjaga

amanah yang diberikan kepada

saya

5. Saya mengikuti majlis ilmu

untuk menambah ilmu.

Al-Quran

Al-hadis

Ordinal

5 Skala

kepercayaan

1. Sangat tidak

benar mengenai

diri saya

2. Tidak benar

mengenai diri saya

3. Saya tidak pasti

mengenai diri saya

4. Benar mengenai

diri saya

5. Sangat benar

mengenai diri saya

Page 14: PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN AMANAH …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/sahlawati-312-332.pdfdalam borang soal selidik dibina berdasarkan pembolehubah-pembolehubah

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

325

DV:

Kualiti Kerja

Bebas

daripada

kecacatan.

Bebas

daripada

kesilapan

yang

menyebabkan

ulangan kerja,

atau daripada

kegagalan

output hasilan,

ketidakpuasan

hati

pelanggan,

aduan

pelanggan dan

lain-lain

1. Pasaran Buruh

1. Keselamatan

Pekerja

Jaminan bahawa seseorang

individu akan diambil

bekerja, menerima gaji yang

setimpal atau pekerjaannya

tidak mempunyai risiko untuk

menjadi penganggur

1. Saya rasa terjamin dengan

pekerjaan ini.

2. Saya akan bekerja dengan

bersungguh-sungguh untuk

menjamin pekerjaan

3. Saya akan memenuhi keperluan

SOP kerja yang ditetapkan

Planning for

Quality, 2nd

edition (1990),

Juran Institute

Beham et al.,

2006: 20

Ordinal

5 Skala

kepercayaan

1. Sangat tidak

benar mengenai

diri saya

2. Tidak benar

mengenai diri saya

3. Saya tidak pasti

mengenai diri saya

4. Benar mengenai

diri saya

5. Sangat benar

mengenai diri saya

2. Ganjaran

Pekerjaan

1. Gaji dan faedah

Gaji - bayaran yang diterima

untuk tenaga kerja atau

perkhidmatan mengikut

kontrak pekerjaan yang telah

ditetapkan (jam, setiap hari,

atau piecework)

Faedah

Tambahan manfaat/faedah

bagi pekerjaan, tambahan

1. Gaji yang saya perolehi sangat

memuaskan.

2. Majikan saya prihatin terhadap

kebajikan saya.

3. Kenaikan pangkat dilakukan

dengan adil.

4. Gaji yang ditawarkan kompetatif

5. Gaji yang saya terima setimpal

dengan prestasi kerja saya.

6. Gaji yang saya terima lebih

rendah berbanding rakan yang

mempunyai kelayakan yang

Ordinal

5 Skala

kepercayaan

1. Sangat tidak

benar mengenai

diri saya

2. Tidak benar

mengenai diri saya

3. Saya tidak pasti

mengenai diri saya

4. Benar mengenai

diri saya

5. Sangat benar

Page 15: PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN AMANAH …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/sahlawati-312-332.pdfdalam borang soal selidik dibina berdasarkan pembolehubah-pembolehubah

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

326

dari gaji pokok (pencen,

percutian berbayar,elaun

kereta,elaun rumah insuran

perubatan) yang diberikan

oleh majikan yang

mempunyai nilai kewangan

tetapi tidak menjejaskan

kadar gaji asas

sama di sektor lain.

mengenai diri saya

2. Ganjaran kerja

intrinsik

Ganjaran intrinsik pula ialah

ganjaran yang bukan

berbentuk kewangan iaitu

seperti penghargaan,

kebebasan menggunakan idea

dalam melaksanankan tugas,

penghormatan dan sanjungan.

Ia terdiri daripada dorongan

dan minat individu bagi

melakukan sesuatu aktiviti

tanpa mengharap ataupun

meminta ganjaran

1. Saya dapat menggunakan

kemahiran dan kebolehan saya

dalam pekerjaan.

2. Saya berpeluang

mempertingkatkan keupayaan

diri.

3. Saya diberi kebebasan untuk

menggunakan idea dalam

melaksanakan tugas yang

diberikan.

4. Saya dipuji apabila melakukan

kerja dengan baik.

5. Saya mendapat kepuasan diri

apabila melakukan kerja dengan

baik.

6. Majikan menghargai kerja saya.

Zaini Jamaludin,

Muhammad

Zhafir Zawawi,

2014

Kalleberg and

Vaisey, 2005;

Huang and

Vliert, 2002

Ordinal

5 Skala

kepercayaan

1. Sangat tidak

benar mengenai

diri saya

2. Tidak benar

mengenai diri saya

3. Saya tidak pasti

mengenai diri saya

4. Benar mengenai

diri saya

5. Sangat benar

mengenai diri saya

3. Pekerjaan itu

sendiri

1. Skil

kecekapan untuk

1. Saya dapat melakukan

kepelbagaian kerja dalam

tugasan yang diberikan.

Green, 2006

Ordinal

5 Skala

kepercayaan

1. Sangat tidak

Page 16: PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN AMANAH …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/sahlawati-312-332.pdfdalam borang soal selidik dibina berdasarkan pembolehubah-pembolehubah

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

327

melaksanakan tugas-tugas

tertentu dengan baik

pengukuran bagi skil boleh

dilihat melalui kelayakan,

tempoh pendidikan,

pengalaman pekerjaan dll

2. Saya menguruskan waktu kerja

dengan efektif.

3. Saya berupaya untuk

menyelesaikan tugasan yang

diberikan dalam masa yang

ditentukan.

4. Saya menyuarakan pendapat

dengan jelas dan yakin.

5. Saya berupaya mengekalkan

prestasi kerja walaupun dalam

tekanan.

benar mengenai

diri saya

2. Tidak benar

mengenai diri saya

3. Saya tidak pasti

mengenai diri saya

4. Benar mengenai

diri saya

5. Sangat benar

mengenai diri saya

2. Intensiti kerja

Beban kerja yang dilakukan

tekanan masa, beban kerja,

tarikh akhir yang ketat,

bekerja lebih keras, dan masa

yang panjang dan unsocial

working hours.

is found to have harmful

implications for the family-

life balance

1. Saya mempunyai banyak

bebanan kerja yang perlu

dilaksanakan dengan sempurna

dalam satu masa.

2. Saya bertindak pantas untuk

menyelesaikan kerja saya.

3. Orang yang bekerja dengan saya

mengambil kesempatan ke atas

saya.

(Olsen and Dahl

2009).

Ordinal

5 Skala

kepercayaan

1. Sangat tidak

benar mengenai

diri saya

2. Tidak benar

mengenai diri saya

3. Saya tidak pasti

mengenai diri saya

4. Benar mengenai

diri saya

5. Sangat benar

mengenai diri saya

3. Kuasa dan kawalan

kerja

1. Saya boleh membuat keputusan

berkenaan kerja saya.

2. Saya mampu menyelesaikan

(Green, 2006).

Ordinal

5 Skala

kepercayaan

1. Sangat tidak

Page 17: PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN AMANAH …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/sahlawati-312-332.pdfdalam borang soal selidik dibina berdasarkan pembolehubah-pembolehubah

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

328

Kemampuan pekerja untuk

membuat keputusan mengenai

prestasi tugas, pekerja mesti

berupaya untuk

menyelesaikan masalah,

membuat pertimbangan, dan

mengambil tanggungjawab,

semua yang memerlukan

pengetahuan dan keupayaan

masalah dalam kerja saya.

3. Saya bertanggungjawab di atas

kerja yang ditetapkan.

benar mengenai

diri saya

2. Tidak benar

mengenai diri saya

3. Saya tidak pasti

mengenai diri saya

4. Benar mengenai

diri saya

5. Sangat benar

mengenai diri saya

Page 18: PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN AMANAH …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/sahlawati-312-332.pdfdalam borang soal selidik dibina berdasarkan pembolehubah-pembolehubah

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

329

Berdasarkan jadual di atas tiga pembolehubah tidak bersandar (IV) dikeluarkan daripada

ayat-ayat al-quran dan hadis iaitu takwa, ibadah dan akhlak. Daripada tiga IV itu dikeluarkan

pula item-item pengukuran. Bagi IV takwa item pengukuran yang dikeluarkan ialah taat,

amar ma’ruf dan nahi munkar. Bagi IV ibadah item pengukuran yang dikeluarkan ialah solat

dan puasa. Bagi IV akhlak item pengukuran yang dikeluarkan ialah adil, menepati janji, jujur,

kerahsiaan, malu, simpati, kasih sayang dan ilmu.

Selain IV terdapat satu pembolehubah bersandar(DV) dikeluarkan iaitu kualiti kerja. Bagi

DV ini item pengukuran yang dikeluarkan ialah pasaran buruh, ganjaran dan pekerjaan.

Page 19: PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN AMANAH …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/sahlawati-312-332.pdfdalam borang soal selidik dibina berdasarkan pembolehubah-pembolehubah

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

330

Taat

Amar Ma’ruf

Nahi Munkar

Solat

Puasa

Adil

Menepati Janji

Jujur

Kerahsiaan

Malu

Simpati

Kasih Sayang

Ilmu

Pasaran Buruh

Ganjaran

Pekerjaan

Rajah 1: Kerangka Konseptual

Takwa

Ibadah

Akhlak

Kualiti Kerja

Page 20: PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN AMANAH …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/sahlawati-312-332.pdfdalam borang soal selidik dibina berdasarkan pembolehubah-pembolehubah

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

331

6.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya kesemua IV dan DV serta item-item pengukuran yang dikeluarkan

adalah berdasarkan tema-tema yang diambil hasil penelitian tafsiran ayat-ayat al-Quran dan

syarah hadis-hadis. Selanjutnya kajian rintis akan dijalankan bagi mengenalpasti kesahan dan

keboleh percayaan item.

Page 21: PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN AMANAH …rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2017/05/sahlawati-312-332.pdfdalam borang soal selidik dibina berdasarkan pembolehubah-pembolehubah

4th

International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017)

Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017

332

RUJUKAN

Braun, V. dan Clarke, V. 2006. Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research

in Psychology, 3 (2). pp 77-101.

Zainudin Awang. (2013). Research Methodology And Data Analysis. KL UiTM Press.

Sharifah Hayaati al-Qudsy. (2008). Budaya Kerja Cemerlang Menurut Perspektif Islam:

Amalan Perkhidmatan Awam Malaysia. Jurnal PengajianMelayu, (14).

Fadillah Mansor. (2006). Kualiti Kerja dalam Organisasi: Tinjauan dari Perspektif

Pengurusan Islam. Dalam Ab. Mumin Ab. Ghani & Fadillah Mansor, Dimensi

Pengurusan Islam (m/s: 51-52). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Syahruddin Hj. Awg. Ahmad. (2007). Idea ?Keterbukaan? Di Era Pemerintahan Perdana

Menteri Malaysia Kelima: Analisis Struktur, Prosedural Dan Substantial Etika

Media Massa. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 9 (1), 47-64.

Zaharah Hassan, Abu Daud Silong & Nazri Muslim. (2009). Kepimpinan Beretika dan

Kecemerlangan Organisasi dalam Perkhidmatan Awam. MALIM, 10, 39-52.

Henson, D. (2009). The Role of Integrity in a GXP Environment. Spring, 13 (2), 79-86.

Monga, M. (2016). Integrity and its antecedent: a unified conceptual framework of integrity.

The Journal of Developing Areas, 50 (5), 415-421.

Kramer, R., & Cook, K. (Eds.). (2004). Trust and Distrust In Organizations: Dilemmas and

Approaches. Russell Sage Foundation. Diambil dari

http://www.jstor.org/stable/10.7758/9781610443388.

Eikeland, T. B. (2015). Emergent trust and work life relationships: How to approach the

relational moment of trust. Nordic Journal of Working Life Studies, 5(3), 59-77.

Al-Jazairi, Abu Bakar Jabir. 2000. Aysar al-Tafasir. Madinah: Maktabah al-‘Ulum wa al-

Hikam.

Al-Khalidi, Salah 'Abd al-Fattah. 1997. Al-Tafsir al-Maudhu’i:Bayna al-Nazhariyah wa al-

Tatbiq. ‘Amman: Dar al-Nafais.

Al-Qardawi, Yusuf. 1993. Malamih al-Mujtama’ al-Muslim. Kaherah: Maktabah Wahbah.

Al-Qurtubi, Abdullah ibn Ahmad. 1993. Al-Jami’ li ahkam al-Quran. Beirut: Dar al-Kitab al-

Alamiyah.

Al-Razi. 1995. Tafsir al-Razi. Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Tabari, Abi Ja'far Muhammad ibn Jarir. 1987. Jami’ al-Bayan fi tafsir al-Quran. Beirut:

Dar al-Ma’rifah. Ibn Faris, Ahmad. 1994. Mu’jam Maqayis fi al-Lughah. Beirut: Dar al-Fikr.

Ibn Kathir, Ismail ibn Umar. 1993. Tafsir al-Quran al-‘Azim. Beirut: Dar al-Ma’rifah.