nota panduan kerjakursus stpm

21
KERJA KURSUS 970 / 3 TAHUN 2003 Disusun oleh:

Upload: iwayusof

Post on 05-Dec-2014

118 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

nota panduan

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Panduan Kerjakursus STPM

KERJA KURSUS 970 / 3TAHUN 2003

Disusun oleh:Azman b.Mohamad Hussain

SMKAI Bagan SeraiPerak

Page 2: Nota Panduan Kerjakursus STPM

Arahan Kerjakursus Calon STPM 2003Seni Visual 970/3

1.0 Anda dikehendaki untuk menghasilkan BATIK iaitu:- - Menghasilkan sebuah lukisan batik untuk satu pameran

seni antarabangsa- Lukisan batik itu hendaklah bertemakan permainan

tradisional yang menampilkan ciri-ciri dan identiti budaya tempatan

2.0 Anda di kehendaki menyediakan portfolio bagi hasilkerja.2.1 Porfolio anda hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:-- kajian

2 lapangan kajian:-i - Kajian tentang seni batikii- Kajian tentang permainan tradisional

anda boleh mengambil sebarang sumber untuk menghasilkan karya anda dan tertumpu kepada tajuk-tajuk tersebut. Sumber boleh didapati daripada rujukan internet, buku-buku teks, sebaran-sebaran atau apa saja berkaitan dengan permainan tradisional/seni batik.

sumber yang diperolehi memberi pengetahuan dan menjadi dasar kepada hasilkarya yang akan dihasilkan.

i. Kajian seni batik

-alat, bahan serta teknik dalam membatik-proses membatik-jenis batik -kaedah tradisional/moden-hasil-hasil batik-gambarfoto-pelukis-pelukis batik dan hasilkarya

ii. Kajian permainan Tradisional: (gasing,wau,congkak, batu seremban.sepak raga,sepak bulu ayam dll)

-Jenis-jenis Permainan tradisional-Kajian satu jenis permainan-latarbelakang sejarah tradisi-rupabentuk permainan-ciri-ciri / identiti-gambarfoto

iii. Eksperimentasi:- -membuat percubaan terhadap alat, bahan dan teknik membatik-alat canting

-saiz yg berbeza-canting yg. sesuai untuk kesan yang tertentu-aplikasi canting yg. tersumbat-sebab-sebab tersumbat-cara sesuai untuk mengendalikan canting-cara menggunakan canting untuk kesan-kesan

garisan tertentu-aplikasi selain dari alat canting

-campuran damar dan lilin-campuran yg. terbaik-tahap pemanasan yg. sesuai

-teknik-cara membuat pelbagai jenis garisan-teknik mewarna-aplikasi terhadap pebagai jenis kain-kesan lunturan terhadap pelbagai jenis kain-kesan warna pada warna kain

Perhatian:-

KERJAKURSUS SENI VISUAL

Page 3: Nota Panduan Kerjakursus STPM

-Semua dapatan yang telah dibuat hendaklah di dokumentasikan , di ambil foto atau didapatkan kesan-kesannya untuk dimasukkan ke dalam folio kelakContoh:- kesan-kesan lunturan dari pelbagai jenis kain di potong empat segi untuk memperlihatkan % lunturan dan dilekatkan pada folio.

-Petak-petak motif rekaan sendiri dibuat pada kain pemidang.

-Warna-warna pelbagai dicuba pada petak-petak

-Hasil percubaan warna pada permukaan kain sebenar.

-Perbandingan kesan lunturan pada warna yang diaplikasi sebelum dan selepas dibasuh.

2.2 Setelah membuat kesimpulan dari kajian yang telah dibuat, anda hendaklah membuat beberapa lakaran awal. Lakaran awal yang dibuat hendaklah merujuk dari kajian yang telah dibuat. Lakaran ini merupakan titik tolak dalam menghasilkan karya anda. Lakaran ini boleh dibuat dgn. pensil atau sebarang media lain yang bersesuaian. Tujuan lakaran awal ialah untuk menghasilkan motif yang menjadi dasar (halbenda) yang akan ditonjolkan dalam karya anda kelak.

-Contoh lakaran awal dari kajian pelbagai jenis wau.

- lakaran perkembangan idea

Page 4: Nota Panduan Kerjakursus STPM

Berdasarkan lakaran awal itulah idea tadi dikembangkan dan diolah dengan menggunakan daya kreativiti sendiri. Proses ini melibatkan aplikasi elemen-elemen dan prinsip seni. Elemen utama yang digunakan termasuk garisan, warna, rupa, dan jalinan. Elemen lain seperti ruang dan warna diterjemahkan melalui elemen-elemen tadi.Prinsip –prinsip utama yang digunakan adalah seperti harmoni, penegasan,imbangan, kesatuan, kontra,pergerakan dan kepelbagaian. Salah satu atau mana-mana gabungan digunakan dalam menterjemahkan halbenda (permainan tradisional) dalam karya lakaran anda. Lakaran yang banyak diperlukan iaitu sehingga mendapat satu lakaran yang muktahir.

-Bentuk-bentuk mudah wau disusun dengan aplikasi elemen rupa dengan prinsip pergerakan dan juga aspek rekabentuk olahan tindanan “rupa”.

-Bentuk wau di tambah elemen jalinan bagi menampakkan rupabentuk jenis wau.

-Penambahan rupabentuk wau yang lain.

-Bentuk wau ditambah utnuk membezakan jenis wau.

Page 5: Nota Panduan Kerjakursus STPM

-Rupabentuk ditekap dengan membuat garisan-garisan bagi dijelaskan dengan pen “marker”.

-Dengan menggunakan kertas surih, rekabentuk ditekap.

-Hasil rekabentuk yang telah ditekap.

-Bahagian belakang kertas surih diolah semula dengan prinsip “hirut-piut” agar rekabentuk tidak kelihatan kaku.

-Hasil olahan pada kertas surih

-Olahan yang telah ditekap pada kertas lukisan

Page 6: Nota Panduan Kerjakursus STPM

-Lakaran diperkecilkan dan dibuat beberapa salinan fotostat (sekurang-kurangnya 10). Lakaran ini akan menjadi dasar untuk olahan seterusnya seperti olahan pada jalinan dan latarbelakang rekabentuk.

-Contoh lakaran olahan idea dari lakaran dasar tadi.

- lakaran akhir

Hasil dari perkembangan idea yang dibuat , akhirnya anda akan mencapai satu lakaran muktamad atau pun lakaran akhir.

Lakaran ini menjadi dasar utama pada hasilkerja anda yang belom di warnakan.

-Contoh penggunaan warna dari media “colour pencil”. Warna-warna tertentu akan dipilih dan dipadankan pada lakaran olahan idea.

-Contoh olahan warna.

- kajian warna Bertolak dari lakaran akhir ini anda akan mengolah

lakaran tersebut dengan menggunakan warna. lakaran akhir tadi hendaklah di buat salinan-salinan

fotostat yang banyak kerana berdasarkan lakaran yang sama, aplikasi yang berbeza-beza akan di buat

Anda dikehendaki mencuba pelbagai olahan warna sehingga anda berpuashati dengan rupa visual karya yang bakal anda hasilkan nanti.

anda hendaklah memastikan rupa visual tersebut bersesuaian dengan teknik yang akan anda gunakan.

- pemilihan motif dan lakaran Setelah olahan yang pelbagai dibuat akhir sekali anda

membuat pilihan yang terbaik dari olahan-olahan yang dibuat.

Page 7: Nota Panduan Kerjakursus STPM

Inilah rupabentuk motif dan lakaran yang akan ditukar dalam bentuk seni batik iaitu hasilkerja yang akan dibuat..

- rujukan dan sumber maklumat Anda hendaklah mencatatkan sumber rujukan

bagi segala maklumat yang diperolehi didalam portfolio anda. Sumber-sumber yang dimaksudkan adalah berkaitan kajian yang dibuat-Contoh:--Rujukan Buku:Hassan Mohd Ghazali(2000).Teks Lengkap

Pendidikan Seni Tingkatan 4 dan5, Petaling

Jaya:Fajar Bakti-Rujukan Internet:1.Laman Pendidikan Seni Visual: http://www.geocities.com/hasmoli/

2.2 Hasilkaryai) Hasil karya hendaklah:-

Berbentuk skrol.-anda hendaklah memastikan saiz kain yang dibuat batik menepati kehendak ini iaitu dibahagian kedua-dua hujung kain yang siap akan dijahit untuk dimasukkan kayu skrol.

Berukuran lebih kurang 60cm X 100cm-saiz yang telah ditetapkan ini hendaklah dipatuhi-anda hendaklah memastikan “end-product” anda mengikut saiz.

ii) Penekanan hendaklah diberikan kepada kreativiti dan nilai estetik dari segi ketepatan tema dan fungsi

-mengikut kehendak soalan iaitu berkisar pada soalan ”permainan tradisional” dan dapat mengenengahkan identiti dan budaya tempatan.Karya yang anda hasilkan dapat memberi satu visual yg tepat dan jelas apabila dipamirkan di pameran seni antarabangsa tersebut.

kesesuaian media dan teknik-aplikasi pengetahuan dan eksperimentasi yang dibuat disesuaikan dengan rekabentuk yang anda hasilkan.

aplikasi asas seni reka-anda dapat mengolah rekabentuk motif yang dihasilkan dengan aplikasi elemen dan prinsip seni.-anda membuat pilihan anda sendiri elemen dan prinsip yang dipilih agar dapat menyampaikan tema dan fungsi dengan berkesan.

Keaslian-memaparkan satu rekabentuk hasil dari kreativiti sendiri. Ia mungkin merupakan satu “cedukan” tetapi anda sebagai pengkarya telah menggunakan cedukan untuk menghasilkan sesuatu yang baru .

gaya peragaan-tepian kain dijahit dengan kemas dan dimasukkan batang skrol dengan kemas. Batang skrol mungkin mungkin mempunyai hiasan anda tersendiri.

Kemasan-memberi satu kesan visual yang menarik, kemas, dan meyakinkan untuk dipamer.

3.0 Proses menghasilkan karya:

i) menyediakan pemidangii) meregang kain pada pemidang dan dibuat sukataniii) melakar dengan pensil pada pemidangiv) menyediakan lilinv) mencantingvi) menyediakan warna batikvii) aplikasi warna batikviii) aplikasi pemati warnaix) membilas kain untuk membuang pemati warnax) merebus kain untuk membuang lilinxi) membilas dan membersih kainxii) menjahit dan membuat skrol.

Page 8: Nota Panduan Kerjakursus STPM

-Kayu digergagi mengikut sukatan.

-Tanggam dibuat untuk menyambung kayu.

-Kayu dipaku pada tanggam

-Kayu penyilang dipaku untuk memperkukuhkan pemidang.

-Kayu pemidang yang telah siap

-Kain hendaklah dibasuh terlebih dahulu untuk membuang kanji yang mungkin menjejaskan kesan lunturan warna batik.

-Kain yang diregangkan pada kayu pemidang

Page 9: Nota Panduan Kerjakursus STPM

-Lakaran rekabentuk dilukis dengan pensil pada kain pemidang.

-Lakaran pensil yang telah siap pada kain pemidang.

-Alat canting dari pelbagai saiz dan kesan. Sebelum digunakan alat canting diperiksa agar tidak tersumbat. Iannya perlu direndam dalam campuran lilin dan damar.

-Campuran lilin dan damar dipanaskan.

-Kerja mencanting di peringkat awal.

-Peringkat mencanting seterusnya.

Page 10: Nota Panduan Kerjakursus STPM

-Rekabentuk yang telah siap dicanting.

-Persediaan warna batik. Warna yang telah siap dicampur,hendaklah disediakan dalam bekas / berus yang berasingan. “Straw” digunakan untuk memindahkan warna pada bekas bancuhan yang bersesuaian.

-Peringkat permulaan mewarna pada bahagian latarbelakang rekabentuk

-Proses mewarna seterusnya.

-Bahagian rekabentuk diwarnakan seterusnya

-Rekabentuk yang telah siap diwarnakan

Page 11: Nota Panduan Kerjakursus STPM

-Rekabentuk yang telah siap diwarnakan sepenuhnya.

-Sebelum kerja aplikasi sapuan “pemati” warna dilakukan, alaskan bahagian bawah pemidang dengan kertas suratkhabar

-Pemati (sodium silikat) diaplikasikan pada permukaan rekabentuk dan berus lebar / skuji.

-Kain pemidang dikeluarkan daripada pemidang

-Takungan air disediakan untuk tujuan merendam

Page 12: Nota Panduan Kerjakursus STPM

-Kain yang telah dikeluarkan direndam dan dibilas dengan air untuk mengeluarkan lebihan warna dan “pemati”.

-Kain dibilas dengan laluan air sehingga bersih.

-Air dijerang di dalam periuk.

-“Soda-ash” dimasukkan ke dalam air yang mendidih dan dikacau.

-Kain yang telah dibersihkan direbus di dalam campuran air dan “soda-ash”. . Ini bertujuan untuk mengeluarkan lilin yang terdapat pada rekabentuk.

-Kain direbus sehingga memperlihatkan lapisan lilin yang terapung pada permukaan air.

Page 13: Nota Panduan Kerjakursus STPM

-Kain yang telah direbus, diangkat.

-Kain dimasukkan ke dalam takungan air.

-Kain dibilas untuk mengeluarkan lilin.

-Kain dibilas dan dibasuh sehingga hilang kesan lilin dengan laluan air.

-Kain dijemurkan.

-Bahagian rekabentuk dipotong.

Page 14: Nota Panduan Kerjakursus STPM

-Kain diukur mengikut spesifikasi yang diberikan.

-Mengukur utnuk dijadikan skrol.

-Bahagian tepi kain dijahit untuk kelihatan kemas.

-Hasilkarya yang telah disiapkan. Satu skrol batik bermotifkan permainan tradisional yang menampilkan identiti budaya tempatan dengan ukuran 100cm X 60cm.

4.0 -Format Penulisan Kerjakursus:

Page 15: Nota Panduan Kerjakursus STPM

i. Muka surat depan hendaklah di taip seperti yang di atas.

ii. Saiz portfolio ialah 28cm X 38cm daripada jenis kertas cartridge (kertas lukIsan)

iii. Muka depan kulit portfolio perlu dicetak atau ditaip dengan menyatakan nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, nombor kad pengenalan dan nombor bidang kursus.(rujuk di atas).

iv. Portfolio perlu dijilId secara “comb-binding”.v. Jenis huruf untuk teks ialah Serif bersaiz 12 pt.vi. Bagi hasil karya calon hendaklah melabelkan

hasilkarya dengan jelas mengikut kesesuaian. Label hendaklah mengandungi butiran nama mata pelajaran, kod kertaqs, nombor pusat, angka giliran, nombor kad pengenalan, dan nombor bidang kerjakursus.( disediakan oleh guru)

1.1- Portfolioportfolio mengandungi dokumentasi bertulis tentang keseluruhan proses pengkaryaan yang meliputi pengolahan tema, makna, fungsi, keaslian dan kreativiti.

1.2 - Hasilkarya dibuat mengikut spesifikasi yang dikehendaki.. Penekanan hendaklah dibuat kepada aspek ketepatan tema dan fungsi, keserasian media dan teknik, aplkasi asas senireka, keaslian, gaya peragaan dan kemasan.

1.3 - isikandungan adalah seperti berikut:-

1.0 – Tajuk:- Lukisan batik bertemakan permainan tradisional yang menampilkan ciri-ciri dan identiti budaya tempatan.

2.0 – Kajian dan Sumber Maklumat2.1 – Kajian permainan tradisional2.2 – Kajian Seni Batik2.3 – penyesuaian media batik dalam berkarya2.4 – kajian teknik dan bahan2.5 – kaedah teori untuk menganalisis maklumat

2.5.1 – analisa maklumat dari internet, bahan-bahan rujukan teks

2.5.2 – analisa dari karya-karya untuk mengenalpasti teknik / komposisi yang diaplikasikan

2.5.3 – keperluan untuk menghasilkan batik2.5.4 - membuat karya bandingan

2.6 – kaedah praktikal perihal teknik dan bahan2.6.1 – membuat ujikaji alat, bahan dan teknik2.6.2 – keperluan untuk menghasilkan batik2.6.3 – membuat dan menguji maklumat

analisis dan seterusnya membuat inovasi / alternatif

2.6.4 – keperluan untuk membuat / komposisi

3.0 – Perkembangan idea.

MAJLIS PEPERKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2003

SENI VISUAL

Kertas 3 (970/3)

KERJA KURSUS (PORTFOLIO)

NAMA MATA PELAJARAN : SENI VISUALKOD KERTAS : 970 / 3NO.PUSAT : A 03ANGKA GILIRAN :NO.KAD PENGENALAN : NO.BIDANG KERJA KURSUS: 7- BATIK

Page 16: Nota Panduan Kerjakursus STPM

3.1 – aspek terjemahan idea dari lakaran3.2 - aplikasi unsur formalistic dalam penghasilan

karya yang berteraskan identiti tradisional tempatan

3.3 olahan asas senireka dalam pengkaryaan3.3.1 – idea awal/sumber ilham dan

maklumat3.3.2 – perkembangan idea / olahan

lakaran3.3.3 –lakaran yang dipilih3.3.4 olahan warna

4.0 – Lakaran dan Visual Akhir4.1 – Lakaran berwarna yang dipilih dan yang

akan ditukarkan dalam bentuk seni batik4.2 – penyesuaian lakaran dengan media batik4.3 – aspek perancangan membatik

5.0 – Huraian Karya:5.1 – penjelasan aplikasi asas senireka dalam

gubahan5.2 – pemilihan media / teknik5.3 – proses penghasilan:

5.3.1 – menyediakan pemidang5.3.2 – meregang kain5.3.3 – melakar5.3.4 – penyediaan lilin5.3.5 – mencanting5.3.6 – penyediaan warna5.3.7 – aplikasi warna5.3.8 – aplikasi pemati5.3.9 – merebus kain5.4.1. - membuat skrol

6.0 - Keputusan:6.1 – Komen tentang apa yang telah dihasikan

7.1.1 – sejauhmana terjemahan menepati lakaran dari aspek warna, ketepatan, garisan, jalinan dan sebagainya.7.1.2 – sejauhmana hasilkarya dapat menyampaikan identiti tradisi tempatan

7.1.3 – Jelaskan sebab / alasan

7.0 – Rujukan / Bibliografi( rujuk contoh )7.1 – segala maklumat rujukan samada dari teks / internet

hendaklah disenaraikan mengikut abjad.8.0 – Sisipan:

8.1 – segala lampiran ( gambarfoto, salinan fotostat dsb.)8.2 – kesemua bahan sisipan hendaklah dilekatkan pada

bahagian kedua folio anda dan hendaklah dicatatkan keperihalannya di bahagian bawah.

Contoh Bibliografi:-

Rujukan Buku:

Hassan Mohd.Ghazali., Teks Lengkap Pendidikan Seni Tingkatan 4 dan 5, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 2000

Rujukan Internet:-

1. Laman Pendidikan Seni Visual: http://www.geocities.com/hasmoli/

PERINGATAN:

1. Setiap arahan yang dinyatakan hendaklah dipatuhi tanpa gagal

2. Portfolio hendaklah kelihatan kemas dan rapi3. Portfolio diambilkira sebanyak 50% dari keseluruhan

kerja kursus.4. Pastikan anda menghantar portfolio untuk disemak

oleh guru sebelum di”comb-binding”5. Portfoilio hendaklah dihantar mengikut masa yang

ditetapkan.