modul gla nota panduan t5b2

21
BAB 2 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA GERAKAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA Nota panduan Gerakan Islah Dalam Meningkatkan Minda Bangsa Maksud Gerakan Islah ialah berusaha mendorong masyarakat Melayu membetulkan pandangan mereka terhadap Islam. Nama tokoh yang terlibat dengan Gerakan Islah ialah Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Sheikh al-Hadi, dan Dr. Burhnuddin al-Helmy. Nama gelaran yang diberikan kepada golongan ini ialah Kaum Muda. Nama akhbar/majalah yang telah menjadi saluran perjuangan Kaum Muda ialah al Iman, Pengasuh, Neracha dan Idaran Zaman. Idea-idea perjuangan Kaum Muda ialah menekankan aspek kemajuan dunia, gesaan untuk memajukan ekonomi/pendidikan/ sosial orang Melayu, menyuburkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Islam dan mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan memajukan orang Melayu. Nama golongan yang menentang Kaum Muda ialah Kaum Tua. Kaum Tua ialah terdiri daripada golongan alim ulama, mereka menguasai masyarakat dengan fahaman bahawa Islam adalah tentang akhirat sahaja. Mereka juga menekankan fardu ain sahaja. Perjuangan Kaum Muda dapat dijalankan dengan baik di negeri-negeri Selat. Cabaran yang dihadapi oleh Kaum Muda dalam perjuangan mereka ialah ditentang oleh Kaum Tua, Masyarakat sudah dipengaruhi oleh fahaman Kaum Tua, Undang-undang dikeluarkan oleh Negeri-negeri Melayu menghalang pengaruh kaum muda, kegiatan dakwah tidak dibenarkan kecuali mendapat keizinan sultan dan Dilarang membawa masuk buku-buku dan risalah kaum muda ke negeri- negeri Melayu . Kejayaan kaum Muda ialah menubuhkan beberapa madrasah. menjalankan sistem pendidikan Islam meliputi pendidikan dunia dan akhirat. Meliputi pendidikan fardu ain / Ilmu hisab / Bahasa Inggeris. Memberi peluang kepada pelajar perempuan mendapat pendidikan. 1 Apakah maksud Gerakan Islah? (1 Markah) Kod Fakta F1 Ingat Jangan Lupa 2 Senaraikan dua tokoh yang terlibat dalam gerakan Islah (2 markah) Kod Fakta F1 F2 1

Upload: leong-grape

Post on 27-Jan-2016

269 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Modul GLA Nota Panduan T5B2

TRANSCRIPT

BAB 2NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA

KEDUA

GERAKAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA Nota panduan

Gerakan Islah Dalam Meningkatkan Minda Bangsa Maksud Gerakan Islah ialah berusaha mendorong masyarakat Melayu membetulkan pandangan mereka terhadap Islam. Nama tokoh yang terlibat dengan Gerakan Islah ialah Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Sheikh al-Hadi, dan Dr. Burhnuddin al-Helmy. Nama gelaran yang diberikan kepada golongan ini ialah Kaum Muda. Nama akhbar/majalah yang telah menjadi saluran perjuangan Kaum Muda ialah al Iman, Pengasuh, Neracha dan Idaran Zaman. Idea-idea perjuangan Kaum Muda ialah menekankan aspek kemajuan dunia, gesaan untuk memajukan ekonomi/pendidikan/ sosial orang Melayu, menyuburkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Islam dan mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan memajukan orang Melayu. Nama golongan yang menentang Kaum Muda ialah Kaum Tua. Kaum Tua ialah terdiri daripada golongan alim ulama, mereka menguasai masyarakat dengan fahaman bahawa Islam adalah tentang akhirat sahaja. Mereka juga menekankan fardu ain sahaja. Perjuangan Kaum Muda dapat dijalankan dengan baik di negeri-negeri Selat. Cabaran yang dihadapi oleh Kaum Muda dalam perjuangan mereka ialah ditentang oleh Kaum Tua, Masyarakat sudah dipengaruhi oleh fahaman Kaum Tua, Undang-undang dikeluarkan oleh Negeri-negeri Melayu menghalang pengaruh kaum muda, kegiatan dakwah tidak dibenarkan kecuali mendapat keizinan sultan dan Dilarang membawa masuk buku-buku dan risalah kaum muda ke negeri- negeri Melayu. Kejayaan kaum Muda ialah menubuhkan beberapa madrasah. menjalankan sistem pendidikan Islam meliputi pendidikan dunia dan akhirat. Meliputi pendidikan fardu ain / Ilmu hisab / Bahasa Inggeris. Memberi peluang kepada pelajar perempuan mendapat pendidikan.

1 Apakah maksud Gerakan Islah? (1 Markah) Kod Fakta

F1

Ingat Jangan Lupa

2 Senaraikan dua tokoh yang terlibat dalam gerakan Islah (2 markah) Kod Fakta

F1F2F3

Ingat Jangan Lupa

3 Apakah nama gelaran yang diberikan kepada golongan Gerakan Islah (1 markah)

1

Kod Fakta

F1 Ingat Jangan Lupa

4 Nama akhbar/majalah yang telah menjadi saluran perjuangan Kaum Muda (2 markah)

Kod Fakta

F1F2F3F4

Ingat Jangan Lupa

5 Senaraikan dua idea perjuangan Kaum Muda (2 markah) Kod Fakta

F1F2F3F4

Ingat Jangan Lupa

6 Namakan golongan yang menentang Kaum Muda (1 markah) Kod Fakta

F1 Ingat Jangan Lupa

7 Siapakah Kaum Tua? (2 markah) Kod Fakta

F1F2F3

Ingat Jangan Lupa

2

8 Di manakah perjuangan Kaum Muda dapat dijalankan dengan baik? ( markah)

Kod Fakta

F1 Ingat Jangan Lupa

9 Apakah cabaran yang dihadapi oleh Kaum Muda dalam perjuangan mereka (2 markah)

Kod Fakta

F1F2F3F4F5

Ingat Jangan Lupa

10 Senaraikan tiga kejayaan Perjuangan Kaum Muda (3 markah) Kod Fakta

F1F2F3F4

Ingat Jangan Lupa

Tulis Semula Kata Panduan

3

Akhbar, Majalah Dan Novel Penggerak Kesedaran Kebangsaan

Akhbar dan isu yang dibangkitkan

Penulis akhbar terkenal tahun 1920-an dan 1930-an ialah Zainal Abidin Ahmad (Zaaba), Dato’ Onn Jaafar, dan Abdul Rahim Kajai. Nama akhbar tahun 1920-an dan 1930 ialah Warta Malaya, Utusan Melayu , Warta Negara, Lembaga Malaya, Majlis dan Fajar Sarawak. Isu-isu Sosial dan Pendidikan dalam akhbar tahun 1920-an dan 1930-an ialah Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu, Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan, Menggalakkan tabungan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak, Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu, contohnya pertukangan / kerja tangan, mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu, meminta taraf sekolah Melayu diperbaiki dan diberi nilai ekonomi, Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap negetif, contohnya memilih kerja/ tidak mahu berusaha, Menyeru orang Melayu tidak meninggalkan pendidikan Islam dan mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu.

Isu-isu ekonomi dalam akhbar 1920-an dan 1930-an ialah menggalakkan penubuhan syarikat kerjasama, meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang, menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu, melarang orang Melayu menjual tanah, menyeru orang Melayu berjimat cermat dan meminta British mengadakan kampung khas di Kuala Lumpur. Isu-isu politik dalam akhbar 1920-an dan 1930-an ialah mengkritik British kerana mengurangkan kuasa raja Melayu, mengkritik pembesar dan Raja-raja Melayu kerana tidak memimpin dengan baik untuk kebajikan orang Melayu, menolak pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan. Menyeru orang Melayu bersatu dalam satu pertubuhan kebangsaan. Menentang tuntutan orang dagang dalam politik tempatan. Menuntut diadakan Malay Administration Service (M.A.S) untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.

1 Senaraikan dua nama penulis akhbar terkenal tahun 1920-an dan 1930-an (2 markah)

Kod Fakta

F1F2F3

Ingat Jangan Lupa

2 Senaraikan dua akhbar terkenal tahun 1920-an dan 1930-an (2 markah) Kod Fakta

F1F2F3F4

Ingat Jangan Lupa

3 Nyatakan isu-isu sosial dan Pendidikan dalam akhbar tahun 1920-an dan

4

1930-anDi Tanah Melayu (6 markah)

Bina Esei dua atau tiga perenggan

Ingat jangan lupa

4 Nyatakan isu-isu ekonomi dalam akhbar tahun 1920-an dan 1930-an Di Tanah Melayu (4 markah)

Kod Fakta

F1F2F3F4F5

Ingat Jangan Lupa

5 Nyatakan isu-isu politik dalam akhbar tahun 1920-an dan 1930-an Di Tanah Melayu (4 markah)

Kod Fakta

F1F2F3

5

F4F5

Ingat Jangan Lupa

Majalah dan isu yang dibangkitkan

Nama majalah tahun 1920-an dan 1930-an ialah Majalah Guru dihasilkan oleh Muhamad Dato’ Muda Linggi dan Yusuf Ahmad serta Mohd Sidin Rashid. Majalah Pengasuh oleh Dato’ Nik Mohamad. Majalah Bulan Melayu oleh Zainon Sulaiman. Isu- isu yang dikemukakan oleh majalah Guru ialah pendidikan anak-anak Melayu, menyeru perpaduan orang Melayu, meniup semangat cinta akan negara, menentang penjajah, memperbaiki taraf hidup orang Melayu, memajukan bahasa dan sastera Melayu. menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebgai pemimpin bahasa.

Isu-isu yang dibangkitkan oleh Majalah Pengasuh menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu, memperluaskan ilmu dalam semua bidang, memberi penafsiran kepada persoalan orang Islam, menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk dan membincang soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah. Isu-isu yang dikemukakan oleh Majalah Bulan Melayu ialah menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu, menggalakkkan wanita mendapatkan pendidikan, mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai Islam dan budaya Timur dan menggalakkan wanita menjadi obor memajukan bangsa.

1 Senaraikan dua nama majalah tahun 1920-an dan 1930-an di Tanah Melayu(2 markah)

Kod Fakta

F1F2F3

Ingat Jangan Lupa

2 Nyatakan isu- isu yang dikemukakan oleh majalah Guru (3 markah)Kod Fakta

F1F2F3F4F5

Ingat Jangan Lupa

6

3 Nyatakan isu- isu yang dikemukakan oleh majalah Pengasuh (3 markah)Kod Fakta

F1F2F3F4F5

Ingat Jangan Lupa

4 Nyatakan isu- isu yang dikemukakan oleh majalah Bulan Melayu (3 markah)

Kod Fakta

F1F2F3F4

Ingat Jangan Lupa

Novel dan tema semangat kebangsaan yang dibangkitkan

Novel Melayu tahun 1930-an ialah Keris Melaka (Ahmad Bakhtiar), Anak Mat Lela Gila (Ishak Haji Muhammad), Putera Gunung Tahan (Ishak Haji Muhammad), dan Melor Kuala Lumpur (Harun Aminurrashid). Tema semangat kebangsaan dalam novel Keris Melaka ialah semangat perjuangan menentang penjajah oleh anak muda tempatan, menghargai sumbangan tokoh masa lampau iaitu kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah dan menjadikan sejarah sebagai inspirasi dan pendoman untuk mendorong semangat perjuangan bangsa .

Tema semangat kebangsaan dalam novel Anak Mat Lela Gila ialah semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan, menghargai warisan bangsa sendiri, mencintai tanah air dan menolak kesenangan demi maruah bangsa. Tema semangat kebangsaan dalam novel Putera Gunung Tahan ialah semangat pemuda tempatan dalam menjaga maruah bangsa, mencintai tanah air, berasa bangga dengan kebolehan sendiri dan seorang gadis tempatan menolak cinta pegawai penjajah kerana tidak mahu menjatuhkan maruah bangsa. Tema semangat kebangsaan dalam novel Melor Kuala Lumpur ialah kebebasan wanita dalam hala tuju kehidupan, wanita mementingkan pendidikan moden untuk kebaikan diri dan membuang pandangan negatif yang boleh menghalang kemajuan bangsa.

7

Punca media cetak pada tahun 1920-an dan 1930-an tidak tersebar luas di Tanah Melayu ialah baru diperkenalkan di Tanah Melayu, masih ramai penduduk yang buta......... , tidak ramai yang mendapat pendidikan peringkat tinggi, masalah jalan...................., kuasa membeli di kalangan orang Melayu yang........, pasaran .......... dan kekurangan teknologi menghasilkan media cetak.

1 Senaraikan dua nama Novel tahun 1930-an di Tanah Melayu (2 markah)Kod Fakta

F1F2F3F4

Ingat Jangan Lupa

2 Nyatakan tema semangat kebangsaan dalam novel Keris Melaka (2 markah)

Kod Fakta

F1F2

F3 Ingat Jangan Lupa

3 Nyatakan tema semangat kebangsaan dalam novel Anak Mat Lela Gila (2 markah)

Kod Fakta

F1F2F3F4

Ingat Jangan Lupa

8

4 Nyatakan tema semangat kebangsaan dalam novel Putera Gunung Tahan (2 markah)

Kod Fakta

F1F2F3F4

Ingat Jangan Lupa

5 Nyatakan tema semangat kebangsaan dalam novel Melor Kuala Lumpur (2 markah)

Kod Fakta

F1F2F3

Ingat Jangan Lupa

6 Mengapakah media cetak pada tahun 1920-an dan 1930-an tidak tersebar luas di Tanah Melayu (3 markah)

Kod Fakta

F1F2F3F4F5

Ingat Jangan Lupa

9

Perjuangan Nasionalisme Oleh Persatuan-persatuan Melayu

Kesatuan Melayu Singapura (KMS)

Pengasas Kesatuan Melayu Singapura ialah Mohammad Eunos bin Abdulllah, Tengku Kadir dan Embok Suloh. Latar belakang pendidikan pengasas KMS ialah berpendidikan Inggeris. Tujuan penubuhan KMS ialah Menjaga kepentingan sosio-ekonomi penduduk Melayu Singapura. kejayaan KMS ialah kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian British, memperolehi sebuah kawasan penempatan khas bagi orang Melayu Singapura dan mendorong penubuhan cawangannya di negeri Melaka, Pulau Pinang tahun 1930-an.

1 Siapakah pengasas Kesatuan Melayu Singapura? (1 markah)Kod Fakta

F1F2F3

Ingat Jangan Lupa

2 Nyatakan latarbelakang pendidikan pengasas Kesatuan Melayu Singapura (1 markah)

Kod Fakta

F1 Ingat Jangan Lupa

3 Apakah tujuan penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (1 markah)Kod Fakta

F1 Ingat Jangan Lupa

4 Senaraikan kejayaan Kesatuan Melayu Singapura? (1 markah)Kod Fakta

F1F2F3

Ingat Jangan Lupa

10

Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) Pengasas PASPAM ialah Cerdik pandai Pulau Pinang iaitu S.M Zainal Abidin B.A. Matlamat PASPAM ialah menggalakkkan ahlinya berkenal-kenalan, bertukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa. Supaya menggalakkan perpaduan di kalangan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Ciri-ciri PASPAM ialah Organisasai PASPAM lebih kemas, mempunyai perlembagaan sendiri, mendapat sambutan hangat, tidak bersifat parti politik dan merupakan asas kepada kesedaran perpaduan Melayu.

1 Siapakah pengasas PASPAM? (1 markah)Kod Fakta

F1 Ingat Jangan Lupa

2 Nyatakan matlamat PASPAM (2 markah)Kod Fakta

F1F2F3

Ingat Jangan Lupa

3 Nyatakan Ciri-ciri PASPAM (3 markah)Kod Fakta

F1F2F3F4F5

Ingat Jangan Lupa

Kegiatan Persatuan di Sarawak dan Sabah

11

Nama Persatuan Melayu di Sarawak ialah Persatuan Melayu Miri, Persatuan Melayu Sarawak dan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak. Matlamat penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak ialah mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, menjaga budaya Melayu, menjaga maruah bangsa dan menegakkan ajaran agama Islam.

Kepentingan persatuan Melayu dan badan sosial Melayu terhadap orang Melayu ialah kesedaran untuk bersatu, membela kepentingan orang Melayu dalam semua bidang, membincangkan tentang soal kebangsaan pada peringkat SemenanjungTanah Melayu dan kesepakatan orang Melayu di seluruh semenanjung dalam satu gerakan nasionalisme dan mengatasi semangat kenegerian.

1 Senaraikan persatuan Melayu di Sarawak (2 markah)Kod Fakta

F1F2F3

Ingat Jangan Lupa

2 Nyatakan Matlamat penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (2 markah)

Kod Fakta

F1F2F3F4

Ingat Jangan Lupa

Soalan KBKK Kepentingan Persatuan Melayu ialah Kesedaran untuk bersatu, membela kepentingan orang Melayu dalam semua bidang, membincangkan tentang soal kebangsaan pada peringkat Semenanjung Tanah Melayu, 0rang Melayu bersatu dalam satu gerakan nasionalisme, mengatasi semangat kenegerian. (lain-lain yang munasabah)

1 Nyatakan kepentingan persatuan Melayu dan badan sosial Melayu terhadap orang Melayu (2 markah)

Kod Fakta

F1F2F3F4

12

Ingat Jangan Lupa

Kesatuan Melayu Muda (KMM) Pemimpin Kesatuan Melayu Muda ialah Ibrahim Hj. Yaakob. Beliau wartawan akhbar Majlis di Kuala Lumpur. Matlamat utama KMM ialah Menggalakkan perpaduan pemuda Melayu seluruh Tanah Melayu, Meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu, Tujuan penubuhan lebih bersifat politik, Ingin menubuhkan Melayu Raya atau Indonesia Raya.. Langkah-langkah yang diambil oleh KMM untuk menghalau British dari Tanah Melayu Bekerjasama dengan Jepun, menjadikan KMM salah sebuah badan propaganda Jepun, membeli warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-British, Mengililingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan, Cawangan KMM ditubuhkan untuk meluaskan propaganda menentang British, Maahad II Ihya Assyariff di Gunung Semanggol, Perak menjadi penyokong KMM, Peranannya menyediakan anggota tentera dikenali tentera semut untuk menentang British. Tindakbalas British terhadap pemimpin dan pengikut KMM ialah Ibrahim Haji Yaakob dan Ishak Haji Muhammad dan 150 penyokong telah ditangkap. Mereka dipenjarakan di Changi Singapura.

1 Siapakah pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) (2 markah)Kod Fakta

F1F2

Ingat Jangan Lupa

2 Senaraikan tiga matlamat utama KMM (2 markah)Kod Fakta

F1F2F3F4

Ingat Jangan Lupa

13

3 Nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh KMM untuk menghalau British dari Tanah Melayu (3 markah)

Kod Fakta

F1F2F3F4F5F6F7

Ingat Jangan Lupa

4 Apakah tindakbalas British terhadap pemimpin dan pengikut KMM (1 markah)

Kod Fakta

F1F2

Ingat Jangan Lupa

Kongres Melayu yang telah diadakan pada tahun 1939 dan 1940 merupakankemuncak kesedaran kebangsaan orang Melayu menjelang Perang Dunia Kedua kerana Membincangkan kemunduran orang Melayu dalam ekonomi dan pendidikan. Mendedahkan layanan pilih kasih British terhadap orang Melayu. Mewujudkan perpaduan orang Melayu untuk mengatasi permasalahan sosial / ekonomi / politik yang amat lemah. Mengatasi masalah kenegerian di kalangan orang Melayu untuk menentang British dan Menunjukkan perpaduan orang Melayu dalam gerakan menentang British

5 Mengapakah Kongres Melayu yang telah diadakan pada tahun 1939 dan 1940 merupakankemuncak kesedaran kebangsaan orang Melayu menjelang Perang Dunia Kedua (3 markah)

Kod Fakta

14

F1F2F3F4F5

Ingat Jangan Lupa

Gerakan Nasionalisme Semasa Pendudukan Jepun

Dasar pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu ialah menjalankan dasar pemerintahan ketenteraan dan menyekat kebebasan bersuara penduduk Tanah Melayu. Memberi kebebasan kepada pertubuhan yang menyokong Jepun dan bergerak di bawah pengawasan Jepun. Mengharamkan semua akhbar yang diterbitkan sebelumnya dan menukar nama akhbar tempatan kepada nama Jepun (contohnya Malai Shimbun untuk Utusan Melayu). Semua sekolah menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa Pengantar dan Nilai budaya budaya Jepun diperkenalkan di sekolah.

1 Jelaskan dasar pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu (5 markah) Bina Esei dua atau tiga perenggan

Ingat jangan lupa

2 Terangkan pertubuhan bawah tanah menentang Jepun di Tanah Melayu (6 markah)

15

Fakta HuraianPenentangan Parti Komunis Malaya (PKM)

PKM telah menubuhkan Malayan People’s Anti-japanese Army(MPAJA) untuk menentang Jepun. MPAJA disokong oleh British dengan memberi bantuan senjata. Menjalankan perang gerila terhadap Jepun. PKM juga telah menubuhkan Pasukan Bintang Tiga Ahlinya terdiri kaum Melayu, Cina dan India

Penentangan Force 136 Keanggotaannya terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu yang bekerjasama dengan British. Bergerak aktif secara gerila di hutan Kedah, Johor dan Pahang. Ahlinya terdiri kaum Melayu, Cina dan India

Penentangan Pasukan Wataniah Pahang

Pasukan sukarela menentang JepunAhlinya terdiri daripada guru / pegawai tadbir kerajaan / orang kampung yang sedar tentang penindasan Jepun

Bina Esei tiga perenggan

Ingat Jangan Lupa

Maksudkan Melayu Raya atau Indonesia Raya ialah slogan atau cita-cita politik sebahagian kecil orang Melayu. Mereka mahu menghidupkan semula kegemilangan empayar Melayu seperti empayar Melaka dan Srivijaya. Menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi sebuah negara. Idea 16egara besar dimulakan di Maktab Perguruan Sultan Idris

3 Apakah dimaksudkan dengan Melayu raya atau Indonesia Raya (2 markah)

Kod Fakta

F1F2F3

16

F4 Ingat Jangan Lupa

Abdullah MamatGC SejarahSMK Seri NilamKuala Terengganu

17