panduan pendaftaran pelajar baharu kuis subjek bahasa arab dan/ atau ... borang & dokumen nota...

19
1 | Halaman PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KUIS Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. PELAJAR BAHARU KUIS YANG DIRAIKAN, 1. Tahniah dan terima kasih kerana memilih Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) untuk memulakan langkah bagi mencapai cita-cita anda. Kehadiran anda sebagai siswa dan siswi KUIS sangat dialu-alukan. 2. Sila baca, fahami dan patuhi panduan ini sebelum hadir mendaftar di KUIS mengikut tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan seperti dalam Surat Tawaran Kemasukan. 3. PERINGATAN! Sila cetak dan lengkapkan semua Borang Pendaftaran Pelajar Baharu dan Borang permohonan. A. YURAN PENDAFTARAN Semua pelajar baharu KUIS dikehendaki menjelaskan yuran pendaftaran sebelum hari pendaftaran di KUIS. Yuran pendaftaran hanya perlu dijelaskan sekali sahaja dan tidak akan berulang pada semester berikutnya. BIL. JENIS PEMBAYARAN JUMLAH YURAN PENDAFTARAN (PELAJAR TEMPATAN) YURAN PENDAFTARAN RM 1,000.00 B. KAEDAH BAYARAN YURAN PENDAFTARAN 1. BAYARAN DI KAUNTER BANK ISLAM Pembayaran boleh dibuat di KAUNTER mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) menggunakan Slip Pembayaran Bil / Bill Payment Slip. SILA PASTIKAN NOMBOR AKAUN BANK ISLAM KUIS : 1202 9010 0517 64 digunakan untuk bayaran melalui kaunter BIMB sahaja. Bayaran perlu dibuat 5 hari sebelum tarikh pendaftaran bagi melancarkan perjalanan pada hari pendaftaran.

Upload: vuque

Post on 09-Mar-2018

347 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KUIS subjek Bahasa Arab dan/ atau ... BORANG & DOKUMEN NOTA ... seperti Sijil SPM/ Sijil O-Level/ Sijil STPM/ Sijil STAM/ Transkrip Asasi

1 | H a l a m a n

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KUIS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

PELAJAR BAHARU KUIS YANG DIRAIKAN,

1. Tahniah dan terima kasih kerana memilih Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) untuk

memulakan langkah bagi mencapai cita-cita anda. Kehadiran anda sebagai siswa dan siswi KUIS sangat

dialu-alukan.

2. Sila baca, fahami dan patuhi panduan ini sebelum hadir mendaftar di KUIS mengikut tarikh, masa dan

tempat yang ditetapkan seperti dalam Surat Tawaran Kemasukan.

3. PERINGATAN! Sila cetak dan lengkapkan semua Borang Pendaftaran Pelajar Baharu dan Borang

permohonan.

A. YURAN PENDAFTARAN

Semua pelajar baharu KUIS dikehendaki menjelaskan yuran pendaftaran sebelum hari pendaftaran

di KUIS. Yuran pendaftaran hanya perlu dijelaskan sekali sahaja dan tidak akan berulang pada

semester berikutnya.

BIL. JENIS PEMBAYARAN JUMLAH YURAN PENDAFTARAN (PELAJAR TEMPATAN)

YURAN PENDAFTARAN RM 1,000.00

B. KAEDAH BAYARAN YURAN PENDAFTARAN

1. BAYARAN DI KAUNTER BANK ISLAM

Pembayaran boleh dibuat di KAUNTER mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

menggunakan Slip Pembayaran Bil / Bill Payment Slip.

SILA PASTIKAN NOMBOR AKAUN BANK ISLAM KUIS : 1202 9010 0517 64 digunakan untuk

bayaran melalui kaunter BIMB sahaja. Bayaran perlu dibuat 5 hari sebelum tarikh pendaftaran

bagi melancarkan perjalanan pada hari pendaftaran.

Page 2: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KUIS subjek Bahasa Arab dan/ atau ... BORANG & DOKUMEN NOTA ... seperti Sijil SPM/ Sijil O-Level/ Sijil STPM/ Sijil STAM/ Transkrip Asasi

2 | H a l a m a n

Contoh Slip Pembayaran Slip

Pelajar perlu menggunakan Slip Pembayaran Bil / Bill Payment Slip dan melengkapkannya seperti

berikut:

1. Nama : *Sila Letakkan Nama Pelajar*

2. No. Akaun KUIS : 1202 9010 0517 64

3. No Tel : No Telefon Bimbit Pelajar

4. Wang Tunai Ringgit : RM1,000

5. Bayar Kepada : KUIS

6. Jenis Pembayaran : Yuran Pendaftaran

7. No. Kad Pengenalan : *Sila Letakkan No Kad Pengenalan Pelajar*

2. TUNAI/KIRIMAN WANG/WANG POS MALAYSIA ATAU CEK/ DERAF BANK

Pembayaran secara tunai adalah tidak digalakkan atas faktor keselamatan. Walaubagaimanapun,

pembayaran dengan kaedah Tunai/Kiriman Wang/Wang Pos Malaysia Atau Cek/ Deraf Bank

boleh dibuat dan dibawa pada hari pendaftaran. Pembayaran hendaklah dibuat atas nama KUIS.

Sila simpan bukti pembayaran yuran pendaftaran dan hendaklah dibawa bersama pada hari

pendaftaran untuk diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Hasil & Kewangan Pelajar (BPHKP)

bagi tujuan rujukan dan proses pengeluaran resit rasmi KUIS. Untuk maklumat lanjut berkaitan

yuran pendaftaran, sila hubungi pihak BPHKP, Pejabat Bendahari ditalian 03-8911 7000

sambungan 3332, 3399 atau 1214 atau emel kepada [email protected].

Page 3: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KUIS subjek Bahasa Arab dan/ atau ... BORANG & DOKUMEN NOTA ... seperti Sijil SPM/ Sijil O-Level/ Sijil STPM/ Sijil STAM/ Transkrip Asasi

3 | H a l a m a n

C. SARINGAN PENEMPATAN BAHASA ARAB DAN INGGERIS

1. Objektif Saringan Penempatan Bahasa Arab dan Inggeris diadakan ialah seperti berikut:

Pengecualian subjek Bahasa Arab dan/ atau Inggeris Semester Satu (bagi pelajar yang mencapai

tahap cemerlang dalam saringan).

Penempatan pelajar di dalam kelas bahasa mengikut keputusan saringan bahasa yang diduduki.

Memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas bahasa dan

mematuhi piawaian (standard) yang ditetapkan oleh fakulti/ pusat.

2. Pelajar baharu yang terlibat dengan Saringan Penempatan Bahasa Arab ialah seperti berikut:

Semua pelajar program diploma.

Semua pelajar program ijazah sarjana muda KECUALI pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab

Sebagai Bahasa Kedua (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab (Terjemahan) (Kepujian).

3. Pelajar baharu yang terlibat dengan Saringan Penempatan Bahasa Inggeris ialah seperti berikut:

Semua pelajar program diploma kecuali pelajar Diploma Pengajian Bahasa Inggeris dan Diploma

Perguruan (TESL).

Semua pelajar program ijazah sarjana muda KECUALI bekas pelajar diploma KUIS dan pelajar yang

mendapat Malaysian University English Test (MUET) Band 3 ke atas.

4. Bayaran untuk menduduki Saringan Penempatan Bahasa Arab ialah RM 10.00 dan Saringan Penempatan

Bahasa Inggeris juga sebanyak RM 10.00 secara TUNAI. Sila pastikan resit rasmi KUIS diserahkan oleh

petugas Kaunter Saringan Penempatan Bahasa Arab/ Inggeris sebagai bukti bayaran telah dibuat.

D. DOKUMEN DAN BORANG PENDAFTARAN

1. Pelajar baharu KUIS dinasihatkan untuk mengambil maklum secara serius mengenai senarai dokumen

dan borang pendaftaran yang perlu disediakan sebelum hadir mendaftarkan diri mengikut tarikh dan

masa ditetapkan. Sila rujuk Senarai Semak ‘A’ dan Senarai Semak ‘B’ untuk maklumat lanjut.

Terdapat juga dokumen yang perlu disediakan sendiri oleh pelajar.

Semua pelajar baharu dinasihatkan untuk menyediakan/ mengisi/ melengkapkan sepenuhnya

dokumen dan borang yang disenaraikan dalam Senarai Semak ‘A’ dan Senarai Semak ‘B’ serta

membawanya semasa mendaftarkan diri sebagai pelajar KUIS.

2. Berikut ialah senarai dokumen dan borang pendaftaran yang khusus untuk kegunaan semasa proses

pendaftaran utama:

BIL. BORANG & DOKUMEN NOTA/ PENERANGAN

Page 4: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KUIS subjek Bahasa Arab dan/ atau ... BORANG & DOKUMEN NOTA ... seperti Sijil SPM/ Sijil O-Level/ Sijil STPM/ Sijil STAM/ Transkrip Asasi

4 | H a l a m a n

a. SENARAI SEMAK ‘A’ PROSES PENDAFTARAN UTAMA

Sila lakukan semakan dan pastikan semua perkara

disediakan dengan rapi berdasarkan senarai semak ini.

b. BORANG BPK 01 Pengesahan Salinan Dokumen/ Sijil

c. BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN

Sila pastikan gambar dilekatkan dan perakuan

ditandatangan.

d. SATU (1) SALINAN SURAT TAWARAN Surat Tawaran tidak akan diulang cetak oleh KUIS. Sila

cetak dalam jumlah yang mencukupi untuk simpanan

(Contoh: 10 salinan) bagi kegunaan pemohonan

pinjaman PTPTN dan sebagainya.

e. SIJIL AKADEMIK ASAL DAN SATU (1)

SALINAN YANG DISAHKAN

Salinan fotokopi sijil-sijil perlu disahkan oleh pegawai

berkelayakan*.

f. SIJIL MALAYSIAN UNIVERSITY

ENGLISH TEST (MUET) DAN SATU (1)

SALINAN YANG DISAHKAN (JIKA ADA)

Salinan sijil MUET perlu disahkan oleh pegawai

berkelayakan*.

g. KAD PENGENALAN ASAL DAN SATU

(1) SALINAN YANG DISAHKAN

Salinan fotokopi depan dan belakang Kad Pengenalan

perlu disahkan oleh pegawai berkelayakan*.

h. SLIP PEMBAYARAN YURAN

PENDAFTARAN (JIKA ADA)

Slip atau resit rasmi BIMB/ Kiriman Wang/ Bank Draf

i. BORANG PENDAFTARAN

PENGINAPAN

Borang tempahan kediaman pelajar di Mahallah atau

Qaryah

Nota : * Pegawai berkelayakan - Pengetua Sekolah/ Ketua Kampung/ Pegawai Gred 41 dan ke atas.

3. Berikut pula ialah senarai dokumen dan borang pendaftaran yang khusus untuk kegunaan semasa proses

melengkapkan pendaftaran:

BIL. BORANG & DOKUMEN NOTA/ PENERANGAN

a. SENARAI SEMAK ‘B’ PROSES MELENGKAPKAN PENDAFTARAN

Sila lakukan semakan dan pastikan semua perkara

disediakan dengan rapi berdasarkan senarai semak ini.

b. BORANG BPK 02 Pengesahan Status Kesihatan

c. BORANG KUIS P03

Laporan Kesihatan Pelajar dan Laporan X-ray.

(PERHATIAN: Filem X-ray tidak perlu dibawa ke Hari

Pendaftaran Pelajar Baharu KUIS).

d. BORANG KUIS P01 Borang Penerimaan Tawaran Kemasukan

e. BORANG KUIS P04 Borang Maklumat Pelajar

f. BORANG KUIS P05 Surat Akuan Ibu bapa/ Penjaga/ Suami/ Isteri

g. BORANG KUIS P06 Pengakuan Pelajar

h. BORANG PERMOHONAN KAD

PELAJAR

Dokumen untuk menyediakan kad matrik pelajar KUIS.

4. Selain daripada perkara (2) dan (3) di atas, pelajar amat digalakkan untuk menyediakan borang/

dokumen berikut demi kelancaran proses pendaftaran:

Page 5: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KUIS subjek Bahasa Arab dan/ atau ... BORANG & DOKUMEN NOTA ... seperti Sijil SPM/ Sijil O-Level/ Sijil STPM/ Sijil STAM/ Transkrip Asasi

5 | H a l a m a n

BIL. BORANG & DOKUMEN NOTA/ PENERANGAN

a. GAMBAR 4 KEPING Saiz pasport sahaja

b. AKAUN SIMPANAN BANK ISLAM

MALAYSIA BERHAD (BIMB)

Sila buka akaun simpanan BIMB (jika belum mempunyai

akaun) bagi kegunaan pemohonan PTPTN dan

sebagainya.

E. PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

1. Pelajar baharu KUIS dinasihatkan hadir awal pada hari pendaftaran mengikut tarikh dan masa yang telah

ditetapkan dalam Surat Tawaran.

2. Hanya tiga (3) pusat tanggungjawab (PTJ) dengan jumlah kaunter yang mencukupi akan bertugas

mengendalikan proses pendaftaran utama iaitu seperti berikut:

BIL. PUSAT

TANGGUNGJAWAB

FUNGSI PADA HARI

PENDAFTARAN

DOKUMEN/ BORANG YANG

DIRUJUK

a. Bahagian Pemasaran dan

Komunikasi (BPK)

Menyemak dan mengesahkan

kelayakan akademik pelajar baharu

berdasarkan dokumen/ sijil

Akademik* ASAL yang dibawa.

Borang BPK 01

Borang Permohonan

Kemasukan

Surat Tawaran dan salinan

Sijil-sijil Akademik ASAL

dan Salinan yang disahkan

Sijil MUET dan Salinan (jika

ada)

Kad Pengenalan dan

Salinan yang disahkan

b. Bahagian Pengurusan

Hasil dan Kewangan

Pelajar (BPHKP)

Menerima bayaran Yuran

Pendaftaran dan mengeluarkan

resit rasmi KUIS.

Surat Tawaran Mengikuti

Pengajian di KUIS

Slip bayaran Yuran

Pendaftaran (jika ada)

Page 6: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KUIS subjek Bahasa Arab dan/ atau ... BORANG & DOKUMEN NOTA ... seperti Sijil SPM/ Sijil O-Level/ Sijil STPM/ Sijil STAM/ Transkrip Asasi

6 | H a l a m a n

c. Bahagian Kediaman dan

Penempatan Mahasiswa

(BKPM)

Memproses permohonan dan

penempatan pelajar baharu ke

asrama KUIS. Kunci bilik asrama

akan diserahkan kepada pelajar

baharu.

Borang Pendaftaran

Penginapan

Gambar 1 keping

3. Sila pastikan semua sijil, slip dan/ atau transkrip ASAL yang berkaitan pencapaian akademik (contohnya

seperti Sijil SPM/ Sijil O-Level/ Sijil STPM/ Sijil STAM/ Transkrip Asasi/ Sijil & Transkrip Diploma/ Sijil &

Transkrip Sarjana Muda/ Sijil & Transkrip Sarjana/ lain-lain kelayakan akademik jika ada) dibawa bersama

pada hari pendaftaran bagi tujuan semakan dan pengesahan kelayakan kemasukan oleh Pegawai KUIS.

PERINGATAN PENTING!

ANDA TIDAK AKAN DIBENARKAN MENDAFTAR JIKA GAGAL MENGEMUKAKAN

SIJIL, SLIP DAN/ ATAU TRANSKRIP ASAL KELAYAKAN AKADEMIK YANG

BERKAITAN

4. Proses melengkapkan pendaftaran pelajar baharu pula akan dilaksanakan pada hari berikutnya, selepas

proses pendaftaran utama selesai. Terdapat empat (4) pusat tanggungjawab (PTJ) yang terlibat iaitu

seperti berikut:

BIL. PUSAT TANGGUNGJAWAB FUNGSI PADA HARI

PENDAFTARAN

DOKUMEN/ BORANG YANG

DIRUJUK

a. Bahagian Pemasaran dan

Komunikasi dan Pensyarah/

Pegawai Kejururawatan

Menyemak laporan

pemeriksaan kesihatan

Borang BPK 02

Borang KUIS P03

b. Bahagian Pengurusan Hasil

dan Kewangan Pelajar

(BPHKP)

Menerima bayaran yuran

Saringan Penempatan Bahasa

Arab/ Inggeris dan

mengeluarkan resit rasmi KUIS

Sijil Malaysian University

English Test (MUET) (jika

ada).

c. Seksyen Perkhidmatan,

Bahagian Pengurusan Insan

(BMI)

Proses mengambil gambar

pelajar baharu untuk

penyediaan Kad Pelajar KUIS.

Borang Permohonan Kad

Pelajar

Gambar 1 keping

d. Seksyen Rekod, Bahagian

Pengurusan Akademik (BPA)

Mengumpulkan semua

dokumen dan borang

pendaftaran pelajar baharu

seperti yang terdapat dalam

Senarai Semak ‘A’ dan

Senarai Semak ‘B’. Semua

Borang BPK 01 bersama:

- Borang Permohonan

Kemasukan

- Surat Tawaran

- Salinan Sijil-sijil

Akademik yang telah

Page 7: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KUIS subjek Bahasa Arab dan/ atau ... BORANG & DOKUMEN NOTA ... seperti Sijil SPM/ Sijil O-Level/ Sijil STPM/ Sijil STAM/ Transkrip Asasi

7 | H a l a m a n

BIL. PUSAT TANGGUNGJAWAB FUNGSI PADA HARI

PENDAFTARAN

DOKUMEN/ BORANG YANG

DIRUJUK

pelajar baharu dikehendaki

menyerahkan dokumen

pendaftaran yang LENGKAP

untuk simpanan Seksyen

Rekod BPA.

disahkan

- Salinan Kad Pengenalan

yang telah disahkan

Borang KUIS P01

Borang BPK 02 bersama

Borang KUIS P03

Borang KUIS P04

Borang KUIS P05

Borang KUIS P06

Gambar 1 keping

F. KOD ETIKA PAKAIAN KETIKA MENDAFTAR

1. Semasa datang mendaftar, semua pelajar baharu hendaklah memakai pakaian formal yang kemas,

bersih, menutup aurat dan sopan.

2. Pakaian perlulah melambangkan keperibadian dan imej sebagai bakal siswa/ siswi Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor (KUIS).

3. Berikut ialah contoh cara/ gaya berpakaian yang menepati garis panduan etika berpakaian ketika

menghadiri sesi pendaftaran pelajar baharu KUIS.

4. Pelajar baharu siswa hendaklah memakai baju kemeja, berseluar ‘slack’dan berkasut ketika menghadiri

sesi pendaftaran. DILARANG bertindik atau memakai subang, gelang atau rantai dan sebagainya.

Page 8: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KUIS subjek Bahasa Arab dan/ atau ... BORANG & DOKUMEN NOTA ... seperti Sijil SPM/ Sijil O-Level/ Sijil STPM/ Sijil STAM/ Transkrip Asasi

8 | H a l a m a n

5. Pelajar baharu siswi hendaklah memakai baju kurung atau jubah dan bertudung serta memakai kasut

bertutup dan berstoking ketika menghadiri sesi pendaftaran. DILARANG memakai pakaian yang

mendedahkan aurat wanita seperti:

t-shirt tidak berlengan

tudung, baju atau kain yang singkat/ kecil dan jarang

apa sahaja pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan.

PERINGATAN PENTING!

ANDA TIDAK AKAN DIBENARKAN MENDAFTAR JIKA TIDAK MEMATUHI KOD

ETIKA PAKAIAN SEPERTI YANG DITETAPKAN OLEH KUIS

6. Semua pelajar dinasihatkan agar sentiasa peka dengan segala peraturan dan undang-undang yang

ditetapkan oleh KUIS dan dikuatkuasakan dari semasa ke semasa khususnya melalui:

Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPM) dan

Bahagian Kediaman dan Penempatan Pelajar (BKPM).

7. Sila rujuk Lampiran I – Etika Pemakaian Mahasiswa dan Mahasiswi Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor untuk mendapatkan gambaran lengkap mengenai kod etika pakaian yang ditetapkan oleh KUIS.

G. KEMUDAHAN PENGINAPAN

1. Kemudahan penginapan yang disediakan dalam kampus KUIS mampu menempatkan seramai 9,034 orang pelajar. Terdapat dua kategori bangunan penginapan yang disediakan iaitu:

10 blok Kolej Kediaman B.O.T. (10-11 tingkat) yang lebih dikenali sebagai bangunan Parcel. 5 blok dikhususkan untuk penempatan siswa dan 5 blok lagi dikhaskan untuk penempatan siswi.

5 blok Kolej Kediaman KUIS (5 tingkat tanpa lif) yang lebih dikenali sebagai bangunan Qaryah.

2. Berikut ialah maklumat ringkas mengenai jenis kediaman, kemudahan asas dan harga per hari untuk kemudahan penginapan yang disediakan oleh KUIS.

BIL. JENIS KEDIAMAN

BANGUNAN PENERANGAN RINGKAS

KEMUDAHAN ASAS HARGA SEHARI (RM)

a. Apartment AA Parcel 3 bilik. Kapasiti 2 orang setiap bilik.

Pantri, ruang tamu, utiliti, tandas (dalam

apartment)

11.00

Page 9: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KUIS subjek Bahasa Arab dan/ atau ... BORANG & DOKUMEN NOTA ... seperti Sijil SPM/ Sijil O-Level/ Sijil STPM/ Sijil STAM/ Transkrip Asasi

9 | H a l a m a n

b. Apartment AB Parcel 3 bilik. Kapasiti 3 orang setiap bilik.

Pantri, ruang tamu, utiliti, tandas (dalam

apartment)

9.00

c. Apartment BA Parcel 3 bilik. Kapasiti 3 orang setiap bilik.

Pantri, ruang tamu, utiliti, tandas (dalam

apartment)

7.50

d. Apartment BB Parcel 3 bilik. Kapasiti 4 orang setiap bilik.

Pantri, ruang tamu, utiliti, tandas (dalam

apartment)

7.00

e. Dormitori C Parcel Kapasiti 2 orang setiap dorm.

Utiliti & tandas di luar

dorm

6.50

f. Dormitori D Parcel Kapasiti 4 orang setiap dorm.

Utiliti & tandas di luar

dorm

5.50

g. Dormitori Q Qaryah Kapasiti 8 orang setiap dorm.

Utiliti & tandas di luar

dorm

5.50

3. Pelajar baharu program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda akan ditempatkan di kediaman jenis Apartment/ Dormitori di Kolej Kediaman B.O.T. Manakala pelajar baharu program Asasi ditempatkan di kediaman jenis Dormitori Q di Kolej Kediaman KUIS, tertakluk kepada kekosongan.

4. Kawalan Keselamatan adalah 24 jam oleh Pengawal Keselamatan di Kolej Kediaman. Manakala 15 orang Felo Kolej Kediaman dilantik bagi urusan ta’dib dan tarbiyah warga kolej kediaman.

5. Antara beberapa kemudahan pelajar yang disediakan oleh KUIS ialah .

Kawasan kolej kediaman Siswa: Surau, Ruang Tamu, Bilik Aktiviti, Perkhidmatan Dobi, Mesin Vending Air Sejuk & Panas, Mesin Vending Air Mineral/ R.O.

Kawasan kolej kediaman Siswi: Surau, Ruang Tamu, Bilik Aktiviti, Stor, Perkhidmatan Dobi, Mesin Vending Air Sejuk & Panas, Mesin Vending Air Mineral/ R.O, Kedai Runcit.

Pusat Kemudahan Pelajar: Perkhidmatan Kafetaria, Kedai Jahit, Kedai Makanan Kesihatan, Kedai Perkhidmatan Lesen Memandu, Kedai Gambar, Kedai Aksesori Komputer.

Sekitar kawasan kampus: Masjid Al-Azhar, Wifi Hotspot, Koperasi, Kedai Fotokopi, Kiosk Makanan, 5 kafetaria, makmal siber, Kedai Buku Ibnu Khaldun, Pusat Mel, Mesin ATM BIMB.

6. Semua pelajar asasi, diploma dan sarjana muda sepenuh masa WAJIB menginap di asrama yang

disediakan oleh pihak KUIS (selagi terdapat kekosongan). Sebarang rayuan untuk tinggal di luar kawasan KUIS perlu diajukan kepada Pengetua Bahagian Kediaman dan Penempatan Mahasiswa (BKPM).

7. Sila rujuk Lampiran II - Susun Atur Asrama Pelajar untuk mendapatkan gambaran mengenai susun atur dalam asrama penginapan yang disediakan oleh KUIS.

Page 10: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KUIS subjek Bahasa Arab dan/ atau ... BORANG & DOKUMEN NOTA ... seperti Sijil SPM/ Sijil O-Level/ Sijil STPM/ Sijil STAM/ Transkrip Asasi

10 | H a l a m a n

H. SESI TA’ARUF (SUAI KENAL) PELAJAR BAHARU

1. Semua pelajar baharu WAJIB mengikuti Sesi Ta’aruf (Suai Kenal) yang bermula pada tarikh pendaftaran.

Sesi ini akan membolehkan pelajar menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di kampus KUIS.

2. Jawatankuasa taaruf yang terdiri daripada anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pelajar-pelajar

senior akan membimbing pelajar baharu mengenai selok belok kehidupan sebagai siswa dan siswi KUIS.

3. Pakaian semasa Sesi Ta’aruf adalah pakaian formal atau pakaian-pakaian yang akan dimaklumkan dari

semasa ke semasa.

4. Semua pelajar baharu KUIS dinasihatkan untuk menjaga keselamatan diri dan barangan peribadi dengan

sebaiknya sepanjang Sesi Ta’aruf dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang

tidak diingini.

5. Bagi memastikan semua pelajar baharu dapat mengikuti Sesi Ta’aruf tanpa sebarang gangguan, ibu/

bapa/ penjaga TIDAK DIGALAKKAN untuk berjumpa atau melawat anak semasa sesi ini sedang berjalan,

kecuali atas urusan kecemasan.

6. Sebarang urusan peribadi seperti menguruskan ujian memandu, percutian keluarga dan/ atau

menyelesaikan urusan pemeriksaan kesihatan hendaklah dilakukan sebelum atau selepas Sesi Ta’aruf

dilaksanakan.

I. BARANG KEPERLUAN PERIBADI (Cadangan sebagai panduan pelajar baharu/ ibu bapa)

1. KUIS hanya menyediakan keperluan asas di asrama kediaman pelajar. Sehubungan itu, semua calon

pelajar dicadangkan untuk membawa sendiri barangan keperluan peribadi masing-masing.

2. Jadual seterusnya menyenaraikan cadangan barangan keperluan yang boleh dibawa bersama pada hari

pendaftaran oleh pelajar baharu KUIS. Barangan keperluan yang tersenarai juga boleh dibeli dari

beberapa kedai runcit/ serbaneka yang terdapat dipersekitaran Bandar Seri Putra, Bangi (jika tidak

sempat disediakan lebih awal).

3. Barangan tersebut adalah seperti berikut:

BIL. KATEGORI

KEPERLUAN

SENARAI CADANGAN

a. Ibadah Al-Quran (naskhah yang mempunyai terjemahan)

Al-Mathurat

Pakaian sesuai untuk beribadah.

b. Menghadiri kuliah Baju, seluar dan kasut yang bersesuaian (Rujuk perkara F. Kod Etika

Pakaian)

Page 11: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KUIS subjek Bahasa Arab dan/ atau ... BORANG & DOKUMEN NOTA ... seperti Sijil SPM/ Sijil O-Level/ Sijil STPM/ Sijil STAM/ Transkrip Asasi

11 | H a l a m a n

c. Sukan dan Rekreasi/

Ko-kurikulum

Baju dan Seluar Sukan/ rekreasi

Kasut sukan

d. Kebersihan Diri Penyangkut baju (Hanger)/ pengepit baju

Tuala besar/ kecil

Gayung/ baldi

Sabun/ berus membasuh baju (jika tidak menggunakan khidmat

dobi)

Sabun mandi/ berus gigi/ ubat gigi/ shampu

Pencuci muka dan Deodorant

e. Asrama/ Kediaman

Pelajar

Bantal/ sarung bantal

Cadar saiz katil ‘single’/ Selimut

Selipar / Padlock (untuk kunci locker)

4. Senarai cadangan ini bukanlah muktamat. Ibu bapa, penjaga, penaja dan/ atau pelajar baharu boleh

mempertimbangkannya mengikut kesesuaian dan keperluan.

J. KEMUDAHAN TAJAAN & BIASISWA

Pilihan samada untuk memohon biasiswa, dermasiswa, bantuan kewangan, pinjaman dan/ atau

mengeluarkan simpanan sendiri adalah terletak di atas budi bicara pelajar dan juga ibu bapa/

penjaga.

Seksyen Penajaan dan Kebajikan, Bahagian Pembangunan Mahasiswa akan membantu menyelaras

permohonan biasiswa Tajaan Khas KUIS (TKK) serta pinjaman PTPTN oleh pelajar peringkat diploma

dan ijazah sarjana muda KUIS. Bagi sumber pembiayaan pengajian yang lain, pelajar/ ibu bapa/

penjaga dicadangkan untuk mengambil inisiatif sendiri untuk memohon terus kepada pihak yang

berkaitan.

Bil. Jenis

Pembiayaan

Sumber/ Contoh

1. Dermasiswa/

Biasiswa

Lembaga Zakat Selangor (anak Selangor dalam kategori asnaf,

fakir, miskin), Lembaga Zakat Selangor (Zakat-MAIS Mesir dan MAIS-Muallaf), JAKIM, Pusat Zakat Sabah, Majlis Agama Islam

Wilayah Persekutuan, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

(khas untuk pelajar OKU), Kumpulan Media Karangkraf, Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor, Tabung Pendidikan

Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat, Yayasan Sime Darby, Yayasan Peneraju, Tabung Haji, Tajaan Khas KUIS (Pelajar Asasi),

Biasiswa Utusan Karya (Pelajar M.A dan PhD).

2. Bantuan Kewangan Bantuan Sara Diri Kerajaan Negeri Selangor

Page 12: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KUIS subjek Bahasa Arab dan/ atau ... BORANG & DOKUMEN NOTA ... seperti Sijil SPM/ Sijil O-Level/ Sijil STPM/ Sijil STAM/ Transkrip Asasi

12 | H a l a m a n

3. Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis

Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Sabah, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka, Jabatan Perkhidmatan Negeri Sabah,

Permodalan Nasional Berhad, pinjaman pendidikan ditawarkan oleh bank-bank komersil.

4. Simpanan/ Pembiayaan Sendiri

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ibu bapa/ Penjaga, Wang Simpanan Peribadi

K. PERTANYAAN BERKAITAN PENDAFTARAN

1. Sila hubungi Seksyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar, Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS

melalui saluran berikut untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan, penawaran dan

pendaftaran.

No. Telefon : 03-8911 7000 no. sambungan : 2240/ 2239/ 1220/ 1205

No. Faksimili : 03-8926 8462

No. Whatsapp : 019-226 6937/ 019-389 6937

E-mel : [email protected]

SELAMAT MAJU JAYA.

Page 13: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KUIS subjek Bahasa Arab dan/ atau ... BORANG & DOKUMEN NOTA ... seperti Sijil SPM/ Sijil O-Level/ Sijil STPM/ Sijil STAM/ Transkrip Asasi

13 | H a l a m a n

LAMPIRAN I

ETIKA PEMAKAIAN MAHASISWA DAN MAHASISWI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

Page 14: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KUIS subjek Bahasa Arab dan/ atau ... BORANG & DOKUMEN NOTA ... seperti Sijil SPM/ Sijil O-Level/ Sijil STPM/ Sijil STAM/ Transkrip Asasi

14 | H a l a m a n

Page 15: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KUIS subjek Bahasa Arab dan/ atau ... BORANG & DOKUMEN NOTA ... seperti Sijil SPM/ Sijil O-Level/ Sijil STPM/ Sijil STAM/ Transkrip Asasi

15 | H a l a m a n

Page 16: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KUIS subjek Bahasa Arab dan/ atau ... BORANG & DOKUMEN NOTA ... seperti Sijil SPM/ Sijil O-Level/ Sijil STPM/ Sijil STAM/ Transkrip Asasi

16 | H a l a m a n

Page 17: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KUIS subjek Bahasa Arab dan/ atau ... BORANG & DOKUMEN NOTA ... seperti Sijil SPM/ Sijil O-Level/ Sijil STPM/ Sijil STAM/ Transkrip Asasi

17 | H a l a m a n

LAMPIRAN II

SUSUN ATUR ASRAMA PELAJAR

DORMITORI C

(2 ORANG SEBILIK)

DORMITORI D

(4 ORANG SEBILIK)

DORMITORI Q

(8 ORANG SEBILIK)

Page 18: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KUIS subjek Bahasa Arab dan/ atau ... BORANG & DOKUMEN NOTA ... seperti Sijil SPM/ Sijil O-Level/ Sijil STPM/ Sijil STAM/ Transkrip Asasi

18 | H a l a m a n

APARTMENT AA (2 ORANG SEBILIK)

APARTMENT AB (3 ORANG SEBILIK)

Page 19: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KUIS subjek Bahasa Arab dan/ atau ... BORANG & DOKUMEN NOTA ... seperti Sijil SPM/ Sijil O-Level/ Sijil STPM/ Sijil STAM/ Transkrip Asasi

19 | H a l a m a n

APARTMENT BA (3 ORANG SEBILIK)

APARTMENT BB (4 ORANG SEBILIK)