nota panduan kerjakursus stpm

Upload: iwayusof

Post on 14-Jul-2015

218 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KERJA KURSUS 970 / 3 TAHUN 2003Disusun oleh: Azman b.Mohamad Hussain SMKAI Bagan Serai Perak

KERJAKURSUS SENI VISUALArahan Kerjakursus Calon STPM 2003 Seni Visual 970/31.0 Anda dikehendaki untuk menghasilkan BATIK iaitu:- Menghasilkan sebuah lukisan batik untuk satu pameran seni antarabangsa - Lukisan batik itu hendaklah bertemakan permainan tradisional yang menampilkan ciri-ciri dan identiti budaya tempatan

i.

2.0 Anda di kehendaki menyediakan portfolio bagi hasilkerja.2.1 Porfolio anda hendaklah mengandungi perkaraperkara berikut:- kajian 2 lapangan kajian:i - Kajian tentang seni batik ii- Kajian tentang permainan tradisional anda boleh mengambil sebarang sumber untuk menghasilkan karya anda dan tertumpu kepada tajuk-tajuk tersebut. Sumber boleh didapati daripada rujukan internet, buku-buku teks, sebaran-sebaran atau apa saja berkaitan dengan permainan tradisional/seni batik. sumber yang diperolehi memberi pengetahuan dan menjadi dasar kepada hasilkarya yang akan dihasilkan.

Kajian seni batik -alat, bahan serta teknik dalam membatik -proses membatik -jenis batik -kaedah tradisional/moden -hasil-hasil batik -gambarfoto -pelukis-pelukis batik dan hasilkarya ii. Kajian permainan Tradisional: (gasing,wau,congkak, batu seremban.sepak raga,sepak bulu ayam dll) -Jenis-jenis Permainan tradisional -Kajian satu jenis permainan -latarbelakang sejarah tradisi -rupabentuk permainan -ciri-ciri / identiti -gambarfoto iii. Eksperimentasi:-membuat percubaan terhadap alat, bahan dan teknik membatik -alat canting -saiz yg berbeza -canting yg. sesuai untuk kesan yang tertentu -aplikasi canting yg. tersumbat -sebab-sebab tersumbat -cara sesuai untuk mengendalikan canting -cara menggunakan canting untuk kesan-kesan garisan tertentu -aplikasi selain dari alat canting -campuran damar dan lilin -campuran yg. terbaik -tahap pemanasan yg. sesuai -teknik -cara membuat pelbagai jenis garisan -teknik mewarna -aplikasi terhadap pebagai jenis kain -kesan lunturan terhadap pelbagai jenis kain -kesan warna pada warna kain

Perhatian:-Semua dapatan yang telah dibuat hendaklah di dokumentasikan , di ambil foto atau didapatkan kesankesannya untuk dimasukkan ke dalam folio kelak Contoh:- kesan-kesan lunturan dari pelbagai jenis kain di potong empat segi untuk memperlihatkan % lunturan dan dilekatkan pada folio.

-Petak-petak motif rekaan sendiridibuat pada kain pemidang.

-Perbandingan kesan lunturan pada warna yang diaplikasi sebelum dan selepas dibasuh.

2.2

-Warna-warna pelbagai dicuba pada petak-petak

Setelah membuat kesimpulan dari kajian yang telah dibuat, anda hendaklah membuat beberapa lakaran awal. Lakaran awal yang dibuat hendaklah merujuk dari kajian yang telah dibuat. Lakaran ini merupakan titik tolak dalam menghasilkan karya anda. Lakaran ini boleh dibuat dgn. pensil atau sebarang media lain yang bersesuaian. Tujuan lakaran awal ialah untuk menghasilkan motif yang menjadi dasar (halbenda) yang akan ditonjolkan dalam karya anda kelak.

-Hasil percubaan warna pada permukaan kain sebenar.

-Contoh lakaran awal dari kajian pelbagai jenis wau.

-

lakaran perkembangan idea Berdasarkan lakaran awal itulah idea tadi dikembangkan dan diolah dengan menggunakan daya kreativiti sendiri. Proses ini melibatkan aplikasi elemen-elemen dan prinsip seni. Elemen utama yang digunakan termasuk garisan, warna, rupa, dan jalinan. Elemen lain seperti ruang dan warna diterjemahkan melalui elemen-elemen tadi.Prinsip prinsip utama yang digunakan adalah seperti harmoni, penegasan,imbangan, kesatuan, kontra,pergerakan dan kepelbagaian. Salah satu atau mana-mana gabungan digunakan dalam menterjemahkan halbenda (permainan tradisional) dalam karya lakaran anda. Lakaran yang banyak diperlukan iaitu sehingga mendapat satu lakaran yang muktahir.

-Bentuk wau di tambah elemen jalinan bagi menampakkanrupabentuk jenis wau.

-Penambahan rupabentuk wau yang lain.

-Bentuk-bentuk mudah wau disusun dengan aplikasi elemen rupa dengan prinsip pergerakan dan juga aspek rekabentuk olahan tindanan rupa.

-Bentuk wau ditambah utnuk membezakan jenis wau.

-Rupabentuk ditekap dengan membuatgarisan-garisan bagi dijelaskan dengan pen marker.

-Bahagian belakang kertas surih diolah semula dengan prinsip hirut-piut agar rekabentuk tidak kelihatan kaku.

-Hasil olahan pada kertas surih -Dengan menggunakan kertas surih, rekabentuk ditekap.

-Hasil rekabentuk yang telah ditekap.

-Olahan yang telah ditekap pada kertas lukisan

-Lakaran diperkecilkan dan dibuat beberapa salinanfotostat (sekurang-kurangnya 10). Lakaran ini akan menjadi dasar untuk olahan seterusnya seperti olahan pada jalinan dan latarbelakang rekabentuk.

-Contoh penggunaan warna dari media colour pencil. Warna-warna tertentu akan dipilih dan dipadankan pada lakaran olahan idea.

-Contoh olahan warna.

-Contoh lakaran olahan idea dari lakaran dasar tadi.

-

-

lakaran akhir Hasil dari perkembangan idea yang dibuat , akhirnya anda akan mencapai satu lakaran muktamad atau pun lakaran akhir. Lakaran ini menjadi dasar utama pada hasilkerja anda yang belom di warnakan.

kajian warna Bertolak dari lakaran akhir ini anda akan mengolah lakaran tersebut dengan menggunakan warna. lakaran akhir tadi hendaklah di buat salinan-salinan fotostat yang banyak kerana berdasarkan lakaran yang sama, aplikasi yang berbeza-beza akan di buat Anda dikehendaki mencuba pelbagai olahan warna sehingga anda berpuashati dengan rupa visual karya yang bakal anda hasilkan nanti. anda hendaklah memastikan rupa visual tersebut bersesuaian dengan teknik yang akan anda gunakan.

-

-

pemilihan motif dan lakaran Setelah olahan yang pelbagai dibuat akhir sekali anda membuat pilihan yang terbaik dari olahanolahan yang dibuat. Inilah rupabentuk motif dan lakaran yang akan ditukar dalam bentuk seni batik iaitu hasilkerja yang akan dibuat.. rujukan dan sumber maklumat Anda hendaklah mencatatkan sumber rujukan bagi segala maklumat yang diperolehi didalam portfolio anda. Sumber-sumber yang dimaksudkan adalah berkaitan kajian yang dibuatContoh:-Rujukan Buku: Hassan Mohd Ghazali(2000).Teks Lengkap Pendidikan Seni Tingkatan 4 dan5, Petaling Jaya:Fajar Bakti -Rujukan Internet: 1.Laman Pendidikan Seni Visual: http://www.geocities.com/hasmoli/ 2.2 Hasilkarya Hasil karya hendaklah: Berbentuk skrol. -anda hendaklah memastikan saiz kain yang dibuat batik menepati kehendak ini iaitu dibahagian kedua-dua hujung kain yang siap akan dijahit untuk dimasukkan kayu skrol. Berukuran lebih kurang 60cm X 100cm -saiz yang telah ditetapkan ini hendaklah dipatuhi -anda hendaklah memastikan end-product anda mengikut saiz. Penekanan hendaklah diberikan kepada kreativiti dan nilai estetik dari segi ketepatan tema dan fungsi

i)

-mengikut kehendak soalan iaitu berkisar pada soalan permainan tradisional dan dapat mengenengahkan identiti dan budaya tempatan. Karya yang anda hasilkan dapat memberi satu visual yg tepat dan jelas apabila dipamirkan di pameran seni antarabangsa tersebut. kesesuaian media dan teknik -aplikasi pengetahuan dan eksperimentasi yang dibuat disesuaikan dengan rekabentuk yang anda hasilkan. aplikasi asas seni reka -anda dapat mengolah rekabentuk motif yang dihasilkan dengan aplikasi elemen dan prinsip seni. -anda membuat pilihan anda sendiri elemen dan prinsip yang dipilih agar dapat menyampaikan tema dan fungsi dengan berkesan. Keaslian -memaparkan satu rekabentuk hasil dari kreativiti sendiri. Ia mungkin merupakan satu cedukan tetapi anda sebagai pengkarya telah menggunakan cedukan untuk menghasilkan sesuatu yang baru . gaya peragaan -tepian kain dijahit dengan kemas dan dimasukkan batang skrol dengan kemas. Batang skrol mungkin mungkin mempunyai hiasan anda tersendiri. Kemasan -memberi satu kesan visual yang menarik, kemas, dan meyakinkan untuk dipamer.

3.0 Proses menghasilkan karya: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) menyediakan pemidang meregang kain pada pemidang dan dibuat sukatan melakar dengan pensil pada pemidang menyediakan lilin mencanting menyediakan warna batik aplikasi warna batik aplikasi pemati warna

ii)

ix) x) xi) xii)

membilas kain untuk membuang pemati warna merebus kain untuk membuang lilin membilas dan membersih kain menjahit dan membuat skrol.

-Kayu penyilang dipaku untuk memperkukuhkan pemidang.

-Kayu digergagi mengikut sukatan.

-Kayu pemidang yang telah siap -Tanggam dibuat untuk menyambung kayu.

-Kayu dipaku pada tanggam

-Kain hendaklah dibasuh terlebih dahulu untuk membuang kanji yang mungkin menjejaskan kesan lunturan warna batik.

-Alat canting dari pelbagai saiz dan-Kain yang diregangkan pada kayu pemidang kesan. Sebelum digunakan alat canting diperiksa agar tidak tersumbat. Iannya perlu direndam dalam campuran lilin dan damar.

-Lakaran rekabentuk dilukis dengan pensil pada kain pemidang.

-Campuran lilin dan damar dipanaskan.

-Lakaran pensil yang telah siappada kain pemidang.

-Kerja mencanting di peringkat awal.

-Peringkat mencanting seterusnya. -Peringkat permulaan mewarna pada bahagian latarbelakang rekabentuk

-Rekabentuk yang telah siap dicanting. -Proses mewarna seterusnya.

-Persediaan warna batik. Warna yang telah siap dicampur,hendaklah disediakan dalam bekas / berus yang berasingan. Straw digunakan untuk memindahkan warna pada bekas bancuhan yang bersesuaian.

-Bahagian rekabentuk diwarnakan seterusnya

-Rekabentuk yang telah siap diwarnakan -Pemati (sodium silikat) diaplikasikan pada permukaan rekabentuk dan berus lebar / skuji.

-Rekabentuk yang telah siap diwarnakan sepenuhnya. -Kain pemidang dikeluarkan daripada pemidang

-Sebelum kerja aplikasi sapuan pemati warna dilakukan, alaskan bahagian bawah pemidang dengan kertas suratkhabar

-Takungan air disediakan untuk tujuan merendam

-Kain yang telah dikeluarkan direndam dan dibilas dengan air untuk mengeluarkan lebihan warna dan pemati.

-Soda-ash dimasukkan ke dalam air yang mendidih dan dikacau.

-Kain dibilas dengan laluan air sehingga bersih.

-Kain yang telah dibersihkan direbus di dalam campuran air dan soda-ash. . Ini bertujuan untuk mengeluarkan lilin yang terdapat pada rekabentuk.

-Air dijerang di dalam periuk. -Kain direbus sehingga memperlihatkan lapisan lilin yang terapung pada permukaan air.

-Kain yang telah direbus, diangkat. -Kain dibilas dan dibasuh sehingga hilang kesan lilin dengan laluan air.

-Kain dimasukkan ke dalam takungan air.

-Kain dijemurkan.

-Bahagian rekabentuk dipotong. -Kain dibilas untuk mengeluarkan lilin.

-Kain diukur mengikut spesifikasi yang diberikan.

-Mengukur utnuk dijadikan skrol.

-Hasilkarya yang telah disiapkan. Satu skrol batik bermotifkan permainan tradisional yang menampilkan identiti budaya tempatan dengan ukuran 100cm X 60cm. -Bahagian tepi kain dijahit untuk kelihatan kemas.

nombor kad pengenalan, dan nombor bidang kerjakursus. ( disediakan oleh guru) 4.0 -Format Penulisan Kerjakursus: 1.1MAJLIS PEPERKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2003

Portfolio portfolio mengandungi dokumentasi bertulis tentang keseluruhan proses pengkaryaan yang meliputi pengolahan tema, makna, fungsi, keaslian dan kreativiti. Hasilkarya dibuat mengikut spesifikasi yang dikehendaki.. Penekanan hendaklah dibuat kepada aspek ketepatan tema dan fungsi, keserasian media dan teknik, aplkasi asas senireka, keaslian, gaya peragaan dan kemasan. isikandungan adalah seperti berikut:1.0 Tajuk: - Lukisan batik bertemakan permainan tradisional yang menampilkan ciri-ciri dan identiti budaya tempatan. 2.0 Kajian dan Sumber Maklumat 2.1 Kajian permainan tradisional 2.2 Kajian Seni Batik 2.3 penyesuaian media batik dalam berkarya 2.4 kajian teknik dan bahan 2.5 kaedah teori untuk menganalisis maklumat 2.5.1 analisa maklumat dari internet, bahanbahan rujukan teks 2.5.2 analisa dari karya-karya untuk mengenalpasti teknik / komposisi yang diaplikasikan 2.5.3 keperluan untuk menghasilkan batik 2.5.4 - membuat karya bandingan 2.6 kaedah praktikal perihal teknik dan bahan 2.6.1 membuat ujikaji alat, bahan dan teknik 2.6.2 keperluan untuk menghasilkan batik 2.6.3 membuat dan menguji maklumat analisis dan seterusnya membuat inovasi / alternatif 2.6.4 keperluan untuk membuat / komposisi

1.2 SENI VISUAL Kertas 3 (970/3) KERJA KURSUS (PORTFOLIO)

1.3 -

NAMA MATA PELAJARAN : SENI VISUAL KOD KERTAS : 970 / 3 NO.PUSAT : A 03 ANGKA GILIRAN : NO.KAD PENGENALAN : NO.BIDANG KERJA KURSUS: 7- BATIK

i. ii. iii.

iv. v. vi.

Muka surat depan hendaklah di taip seperti yang di atas. Saiz portfolio ialah 28cm X 38cm daripada jenis kertas cartridge (kertas lukIsan) Muka depan kulit portfolio perlu dicetak atau ditaip dengan menyatakan nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, nombor kad pengenalan dan nombor bidang kursus.(rujuk di atas). Portfolio perlu dijilId secara comb-binding. Jenis huruf untuk teks ialah Serif bersaiz 12 pt. Bagi hasil karya calon hendaklah melabelkan hasilkarya dengan jelas mengikut kesesuaian. Label hendaklah mengandungi butiran nama mata pelajaran, kod kertaqs, nombor pusat, angka giliran,

3.0 Perkembangan idea. 3.1 aspek terjemahan idea dari lakaran 3.2 - aplikasi unsur formalistic dalam penghasilan karya yang berteraskan identiti tradisional tempatan 3.3 olahan asas senireka dalam pengkaryaan 3.3.1 idea awal/sumber ilham dan maklumat 3.3.2 perkembangan idea / olahan lakaran 3.3.3 lakaran yang dipilih 3.3.4 olahan warna 4.0 Lakaran dan Visual Akhir 4.1 Lakaran berwarna yang dipilih dan yang akan ditukarkan dalam bentuk seni batik 4.2 penyesuaian lakaran dengan media batik 4.3 aspek perancangan membatik 5.0 Huraian Karya: 5.1 penjelasan aplikasi asas senireka dalam gubahan 5.2 pemilihan media / teknik 5.3 proses penghasilan: 5.3.1 menyediakan pemidang 5.3.2 meregang kain 5.3.3 melakar 5.3.4 penyediaan lilin 5.3.5 mencanting 5.3.6 penyediaan warna 5.3.7 aplikasi warna 5.3.8 aplikasi pemati 5.3.9 merebus kain 5.4.1. - membuat skrol 6.0 - Keputusan: 6.1 Komen tentang apa yang telah dihasikan

7.1.1 sejauhmana terjemahan menepati lakaran dari aspek warna, ketepatan, garisan, jalinan dan sebagainya. 7.1.2 sejauhmana hasilkarya dapat menyampaikan identiti tradisi tempatan 7.1.3 Jelaskan sebab / alasan 7.0 Rujukan / Bibliografi ( rujuk contoh ) 7.1 segala maklumat rujukan samada dari teks / internet hendaklah disenaraikan mengikut abjad. 8.0 Sisipan: 8.1 segala lampiran ( gambarfoto, salinan fotostat dsb.) 8.2 kesemua bahan sisipan hendaklah dilekatkan pada bahagian kedua folio anda dan hendaklah dicatatkan keperihalannya di bahagian bawah. Contoh Bibliografi:Rujukan Buku:

Hassan Mohd.Ghazali., Teks Lengkap Pendidikan Seni Tingkatan 4 dan 5, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 2000Rujukan Internet:-

1. Laman Pendidikan Seni Visual: http://www.geocities.com/hasmoli/PERINGATAN: 1. Setiap arahan yang dinyatakan hendaklah dipatuhi tanpa gagal 2. Portfolio hendaklah kelihatan kemas dan rapi 3. Portfolio diambilkira sebanyak 50% dari keseluruhan kerja kursus.

4. Pastikan anda menghantar portfolio untuk disemak oleh guru sebelum dicomb-binding 5. Portfoilio hendaklah dihantar mengikut masa yang ditetapkan.