nota kursus didik hibur

36
MODUL KPKI BAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 1 1.0 Pengenalan Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti murid-murid. Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan apresiasi juga akan diberikan kepada Kesusasteraan Melayu untuk murid-murid sekolah menengah. 1.1 Latar Belakang Didik Hibur Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Malaysia bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012. Keputusan ini dibuat berasaskan pertimbangan objektif berdasarkan kajian empirikal dan saintifik, iaitu penemuan-penemuan atas dasar kajian yang khusus yang telah dilaksanakan. Dalam masa yang sama, Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia memberi sepenuh penumpuan dalam penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dengan memperkenalkan 12 langkah bagi maksud berkenaan selain transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah selaras dengan saranan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengumumkan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan. Penumpuan memperkasa penguasaan Bahasa Malaysia turut ditekankan. Oleh itu, Kerajaan akan mula melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah yang mana akan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa dalam kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan

Upload: aru-wan

Post on 26-Jul-2015

376 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

1

1.0 Pengenalan

Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid-murid

sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia. Tujuannya supaya sesi

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti murid-murid.

Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia dalam

kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan

apresiasi juga akan diberikan kepada Kesusasteraan Melayu untuk murid-murid sekolah

menengah.

1.1 Latar Belakang Didik Hibur

Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa

Malaysia bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa

PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam

Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis

Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.

Keputusan ini dibuat berasaskan pertimbangan objektif berdasarkan kajian empirikal

dan saintifik, iaitu penemuan-penemuan atas dasar kajian yang khusus yang telah

dilaksanakan. Dalam masa yang sama, Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia

memberi sepenuh penumpuan dalam penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar

dengan memperkenalkan 12 langkah bagi maksud berkenaan selain transformasi kurikulum

Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah selaras dengan saranan Y.A.B Timbalan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengumumkan strategi untuk

memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI)

di semua peringkat persekolahan.

Penumpuan memperkasa penguasaan Bahasa Malaysia turut ditekankan. Oleh itu,

Kerajaan akan mula melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah

dan menengah yang mana akan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran

berbahasa dalam kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan

Page 2: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

2

holistik merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta

penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.

Di sekolah rendah, kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur dan

apresiasi bahasa bagi merealisasikan hasrat transformasi berkenaan. Manakala

di peringkat sekolah menengah pula, transformasi kurikulum Bahasa Malaysia akan memberi

penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek Kesusasteraan Melayu. Kaedah

pengajaran akan lebih interaktif, iaitu berkonsepkan didik hibur supaya pengajarannya lebih

mudah dihayati dan difahami.

1.1.1 Apa Itu Didik Hibur ?

Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik

sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan

atau menggirangkan hati.

Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap

empat komponen sastera iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Oleh itu, keseronokan

murid secara total dalam mempelajari Bahasa Malaysia akan dapat direalisasikan secara

terancang dan bersistematik.

1.1.2 Ciri-Ciri Didik Hibur

( i ) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar,

kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

( ii ) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti

yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.

Justeru murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif

dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.

Page 3: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

3

( iii ) Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan

pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh

main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting,

arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk

menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

( iv ) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan

kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada

ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada

aktiviti Bahasa Malaysia.

( v ) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya

melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.

( vi ) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan

supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.

( vii ) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi

terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.

( viii ) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi

terkawal.

( ix ) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

1.1.3 Bagaimana Pelaksanaannya ?

Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran Bahasa Malaysia dengan

berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami lirik lagu, bahasa indah, bahasa badan

dan berpantun (dua kerat). Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai,

murni, dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001).

Page 4: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

4

Terdapat empat unsur penyerapan sedia ada dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu, iaitu:

( i ) Pelbagai bidang ilmu serta tema,

( ii ) Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia,

( iii ) Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan

kemahiran bernilai tambah.

Didik hibur termasuk dalam penyerapan jenis pertama iaitu pelbagai bidang ilmu serta

tema kerana iaitu penyerapan didik hibur menekankan empat bidang utama iaitu nyanyian,

bercerita, lakonan dan puisi. Dalam modul ini, penyerapan bermaksud proses menyerapkan

pelbagai aktiviti nyanyian, bercerita, lakonan dan berpantun dua kerat dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah dan menengah.

1.1.4 Objektif Didik Hibur

Terdapat tiga objektif pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Malaysia

di sekolah rendah dan menengah, iaitu:

( i ) Mengguna dan memahami lirik lagu secara didik hibur;

( ii ) Mengguna dan memahami bahasa yang indah dan bahasa badan dalam

lakonan dan bercerita; dan

( iii ) Mengguna dan memahami pantun dua kerat secara didik hibur.

1.1.5 Apa Itu Bahasa Badan ?

Bahasa badan juga dikenali bahasa gerak badan merupakan sebahagian daripada proses

komunikasi dan ia berperanan menunjukkan sebarang reaksi dalam perbualan sama ada positif

ataupun negetif. Ia boleh membabitkan apa jua anggota badan seperti mata, kening, bibir,

tangan ataupun lengan. Walaubagaimanapun pengguna perlu beringat ketika melakukan gerak

badan bagi mengelakkan reaksi tidak selesa ketika berbual. Dalam konteks didik hibur bahasa

badan merupakan ‘bahasa gerak badan’ yang digunakan untuk meningkatkan keberkesanan

penyampaian ketika menjalankan aktiviti lakonan, bercerita, nyanyian dan berpantun dua kerat.

Page 5: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

5

1.1.6 Faktor Kejayaan Pelaksanaan Didik Hibur

a. Guru

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah guru adalah segala-galanya

(Pullias & Young 1982), yang akan menjalankan pelbagai peranan dalam bilik darjah (Syed Lutfi

1994). Ini bermakna kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak

kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu:

( i ) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan

murid-murid.

( ii ) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.

( iii ) Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.

( iv ) Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.

( v ) Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.

( vi ) Guru boleh membuat pelbagai suara.

( vii ) Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.

( viii ) Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.

( ix ) Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak, dan

( x ) Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel.

b. Aktiviti

Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau

bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa merancang

aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:

Page 6: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

6

( i ) Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.

( ii ) Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya

yang sama.

( iii ) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa

pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel.

( iv ) Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama murid-murid

tanpa ada banyak masalah atau halangan.

( v ) Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid.

( vi ) Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid.

( vii ) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada

mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.

1.2 Nyanyian dalam Didik Hibur

Nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang disarankan dalam didik hibur yang melibatkan

perkembangan kreatif dan daya estetika. Aktiviti nyanyian yang dirancang dapat menyumbang

kepada proses perkembangan murid-murid secara menyeluruh, meliputi perkembangan intelek,

emosi, sosial dan fizikal. Dua kemahiran yang ditekankan adalah aktiviti menyebut seni kata

lagu dengan jelas, manakala kedua murid dapat memahami seni kata lagu melalui

persembahan nyanyian.

1.2.1 Aktiviti Nyanyian

a. Definisi Nyanyian

Kamus Dewan (2000) mentakrifkan nyanyian sebagai satu gubahan muzik yang

dilagukan dengan suara. Manakala Kamarudin Husin (1999), pula melihat aktiviti

menyanyi sebagai satu aktiviti yang berlaku dalam kehidupan sebenar dan boleh di

bawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik.

Page 7: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

7

b. Kebaikan Aktiviti Nyanyian

( i ) Menyumbang kepada kepelbagaian aktiviti bukan sahaja kepada proses

pembelajaran tetapi juga pengalaman baru murid-murid sewaktu mempelajari

bahasa. Ini mencetuskan perubahan dalam aktiviti yang lazim ketika sesi

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

( ii ) Menyanyi adalah sesuatu yang menghiburkan. Justeru murid-murid berpeluang

belajar dalam suasana yang menyeronokkan.

( iii ) Menyanyi dapat mempertingkatkan motivasi kerana ia merupakan aktiviti yang

tertumpu kepada penglibatan murid sepenuhnya.

( iv ) Menyanyi memberi peluang kepada murid-murid untuk terlibat sepenuhnya

dalam aktiviti pembelajaran dan biasanya melibatkan seluruh bilik darjah.

( v ) Menyanyi dapat membantu murid-murid mengingat kembali bahasa yang

dipelajari dengan lebih baik berbanding aktiviti lain. Rentak, irama dan melodi

semuanya boleh menerapkan perkataan-perkataan yang dipelajari ke dalam otak

secara berkesan.

( vi ) Lagu juga membantu murid-murid menguasai perbendaharaan kata, sebutan,

intonasi, rima dan tekanan, struktur serta bentuk ayat.

( vii ) Nyanyian menyumbang kepada sesi pengajaran guru yang menarik.

( viii ) Nyanyian memberi pengukuhan yang baik dalam aspek kefahaman berbahasa.

c. Prinsip Nyanyian

( i ) Elak memilih lagu yang tidak mempunyai susunan kata yang betul dan salah dari

segi tatabahasa. Ia juga tidak seharusnya mengandungi bahasa pasar, kuno

Page 8: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

8

atau dialek negeri tertentu. Pilihlah senikata dari lagu-lagu yang mengandungi

bahasa yang standard (bahasa baku) dan diguna pakai sehari-harian.

( ii ) Pilihlah lagu yang mempunyai melodi yang senang dipelajari dan diingati.

Sebaik-baiknya murid sudah mampu melagukan melodinya sebelum

mempelajari lirik lagu tersebut.

( iii ) Lagu yang dipilih mempunyai kelajuan yang sederhana, iaitu tidak terlalu lambat

dan tidak terlalu cepat. Lagu yang melodinya biasa didengar serta mudah dan

senang diingat perlulah diberikan keutamaan.

( iv ) Pilih lagu yang mempunyai banyak pengulangan seperti pengulangan melodi,

perkataan dan sebagainya. Pengulangan memudahkan murid menguasai

bahasa yang hendak dipelajari. Ini kerana pembelajaran bukan sahaja berlaku

melalui penyampaian yang baik tetapi juga melalui pengulangan bahan

pembelajaran.

( v ) Sebaik-baiknya lagu yang dipilih itu hendaklah mengandungi cerita. Seperti kisah

seseorang yang menceritakan sesuatu perasaan, pandangan atau pendapat.

Contohnya lagu ‘Balik Kampung’ dan ‘Ayah dan Ibu’ nyanyian Sudirman Hj.

Arshad, ‘Perigi Biru’ nyanyian Dato’ M. Daud Kilau dan sebagainya.

( vi ) Bagi murid-murid yang berada ditahap rendah, lagu yang dipilih perlu

mengandungi perbendaharaan kata yang terhad. Elakkan juga memilih seni kata

lagu yang ada ayat yang pelbagai jenis kerana boleh menganggu pembelajaran

mereka.

d. Standard Kandungan Kurikulum

( 1 ) Menyebut dan memahami unsur dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui persembahan nyanyian

secara didik hibur.

1.2 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui

persembahan nyanyian secara didik hibur.

Page 9: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

9

e. Prosedur Menjalankan Aktiviti Nyanyian

( i ) Pra Persediaan

Pada tahap ini, guru harus bijak memilih dan menentukan jenis lagu yang sesuai

dengan murid serta sepadan dengan objektif pengajaran. Pertama, tentukan

tahap kesusahannya, panjang pendek bahan, kekerapan mengulang perkataan,

aspek bahasa yang hendak ditekankan, apakah tindakan susulan, bahan bantu

mengajar yang diperlukan dan sebagainya. Jika perlu, guru kena mengubah suai

atau menulis semula senikata lagu tersebut mengikut kesesuaian.

( ii ) Penyampaian

Guru boleh memilih untuk menggunakan kad imbasan perkataan dengan

meminta murid-murid mencari maksud atau membina ayat mudah daripada

perkataan berkenaan. Seterusnya, guru mengedarkan senikata lagu yang

hendak disampaikan dan meminta murid-murid membaca dan mengenal pasti

beberapa perkataan yang susah. Dalam masa yang sama, guru boleh

memainkan CD lagu berkenaan dan memperdengarkannya kepada murid-murid.

Buat latih nyanyian lagu tersebut mengikut baris ke baris, sehingga seluruh

perenggan itu diingat. Guru perlu memberi perhatian kepada sebutan murid-

murid. Pastikan setiap perkataan di dalam lagu tersebut, disebut dengan betul.

Setelah menyanyi beberapa kali, guru bolehlah mengajar pula aspek bahasa

yang hendak dipelajari. Terang dan latih mereka untuk menguasai bentuk ayat,

atau strukturnya. Gunakan gambar untuk menjelaskan maksud atau gunakan

bahasa badan untuk menggambarkan makna secara jelas dan tepat.

( iii ) Penutup

Guru menyanyikan lagu bersama-sama murid. Bagi tujuan pengukuhan, guru

boleh menguji murid-murid secara bertulis tentang aspek bahasa yang telah

diajar sebelumnya. Umpamanya murid-murid diminta menghasilkan sebuah

dialog ringkas atau cerita pendek menggunakan kreativiti sendiri berdasarkan

beberapa perkataan yang telah dikenal pasti dalam senikata lagu berkenaan.

Guru juga boleh meminta murid untuk melukiskan gambar dalam lagu di atas

sehelai kertas A4 menggunakan lakaran pensel yang tidak berwarna.

Page 10: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

10

f. Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti Nyanyian

( i ) Santai – Mendengar lagu dan membaca senikata lagu yang digemari.

( ii ) Lucu – Mengubahsuai seni kata lagu mengikut jalan tema sendiri.

( iii ) Seronok dan gembira – Banyak aktiviti nyanyian dan gerak badan.

( iv ) Semangat mencuba – Usaha murid untuk menghasilkan cerita ringkas daripada

tema atau perkataan dalam senikata lagu berkenaan.

( v ) Tidak takut – Guru turut menyanyi bersama-sama murid.

( vi ) Tidak stres – Murid berasa usaha mereka dihargai guru dan rakan-rakan.

g. Kaedah Mengajar Nyanyian Ciptaan Sendiri

Murid dengan bimbingan guru bersama-sama mencipta sebuah seni kata lagu ciptaan

sendiri berdasarkan cerita yang pernah dibaca di papan tulis. Bila selesai murid-murid

akan diperdengarkan melodi lagu yang lazim didengari dan murid menyanyikan seni

kata lagu tadi menggunakan melodi berkenaan.

( i ) Kaedah keseluruhan lagu.

Kaedah ini sesuai untuk mengajar lagu yang pendek dan sesuai untuk kelas

yang pandai. Caranya dengan memperdengarkan lagu secara keseluruhan

dengan muziknya iaitu tiga atau empat kali. Guru menyanyikan keseluruhan lagu

dengan iringan atau tanpa muzik. Selepas itu murid dibimbing untuk membaca

seni kata lagu dengan sebutan yang betul. Seterusnya mengikut guru menyanyi

keseluruhan lagu secara sebutan yang betul secara berulang-ulang.

( ii ) Kaedah baris demi baris.

Kaedah ini sesuai untuk kelas yang lemah. Caranya, guru akan

memperdengarkan lagu secara keseluruhan. Seterusnya murid mendengar dan

mengikut guru menyanyi secara baris demi baris dan kemudiannya keseluruhan

Page 11: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

11

lagu. Dalam masa yang sama murid juga akan diajar membaca seni kata lagu.

Jika murid mula menguasainya, guru akan membimbing murid menyanyi dengan

seni kata lagu sebaris-sebaris dan berulang-ulang. Guru meminta murid

menyanyi lagu secara keseluruhan bersama-sama sebelum meminta mereka

menyanyi sendiri dengan iringan atau tanpa iringan muzik.

h. Cadangan Aktiviti Lanjutan

( i ) Murid diperlihatkan seni kata lagu Wajah nyanyian Jaclyn Victor yang

dipancarkan menerusi LCD di hadapan bilik darjah. Guru membimbing murid-

murid menyebut seni kata dengan gaya, nada dan intonasi yang betul.

Tajuk/Lirik Lagu: Wajah

Penyanyi: Jaclyn Victor

Berbumbungkan angkasa kelabu

Lantainya bumi retak seribu

Setiap langkah perjalananmu beronak berliku

Betapa berat mata memandang

Berat lagi menggalas bebannya

Belum sempat menitis ke pipi tangisan kering sendiri

Berkali tersungkur pandanganmu kabur

Namun azam meneruskan hidup tak pernah luntur

Engkaulah perwira di medan derita

Merentasi ranjau kehidupan dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa

Pada wajah tiada rahsia

Menunggu malang berganti tuah ... Usah kau berputus asa

( ii ) Seterusnya murid-murid diperdengarkan CD lagu berkenaan dan mereka

menyanyikannya bersama-sama dengan iringan lagu berkenaan.

( iii ) Murid diminta menceritakan semula menggunakan perkataan sendiri tentang isi

atau kandungan lagu yang telah dipelajari.

( iv ) Seterusnya guru meminta murid menggambarkan idea dalam lagu itu dalam

bentuk lukisan atau lakaran pada papan tulis di hadapan bilik darjah.

Page 12: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

12

( v ) Guru juga boleh meminta murid untuk mencipta dialog pendek daripadanya isi

atau kandungan lagu tadi dan melakonkannya menggunakan perkataan sendiri

tetapi terkawal.

( vi ) Akhir sekali murid-murid diperdengarkan sekali lagi lagu berkenaan dan dalam

masa yang sama, mereka diminta melengkapkan seni kata lagu hingga selesai.

( vii ) Di akhir sesi guru dan murid boleh mengadakan sesi perbincangan, membuat

komen, ulasan atau sebagainya terhadap aktiviti yang dijalankan sebelum ini.

1.3 Bercerita dalam Didik Hibur

Bercerita adalah aktiviti yang menarik dan sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Malaysia kerana sifat kanak-kanak yang suka mendengar cerita. Cara ini bukanlah

sesuatu yang baru, malah ia kerap digunakan oleh ibu bapa sewaktu menyampaikan sesuatu

pengajaran kepada anak-anak mereka. Bercerita amat memikat dan bersifat menghiburkan

menyebabkan murid-murid cepat menumpukan perhatian jika sesuatu pengajaran itu dapat

disampaikan dalam keadaan yang menyeronokkan.

1.3.1 Aktiviti Bercerita

a. Definisi Bercerita

Kamus Dewan Bahasa (2000) mentakrifkan bercerita sebagai mengisahkan sesuatu

cerita, bercakap atau berbual. Manakala Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan bercerita

sebagai salah satu aktiviti lisan yang penting dan memerlukan beberapa kebolehan

tertentu. Bagi guru yang ingin bercerita, perlu memilih dan menggunakan perkataan

yang sesuai, berkebolehan melahirkan sesuatu gaya, suara, mimik muka dan intonasi

yang boleh memikat perhatian pendengar. Guru juga harus membina ayat yang betul,

penggunaannya tepat, mudah dan menarik. Pendek kata, semua unsur yang terdapat

dalam bahasa lisan terutama dalam percakapan yang natural, perlu diwujudkan semasa

bercerita.

Page 13: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

13

b. Kebaikan Aktiviti Bercerita

( i ) Dapat menyuburkan daya imaginasi murid-murid. Usaha ini akan menjadikan

murid-murid lebih imaginatif dan kreatif. Semasa guru menjalankan aktiviti

bercerita umpamanya, secara imaginasi murid-murid boleh memasuki alam

cerita tersebut dan menggambarkan seolah-olah mereka terlibat dalam cerita itu.

Contohnya, kanak-kanak boleh menjadi angkasawan, gergasi, makhluk halus,

haiwan dan sebagainya.

( ii ) Menyemai rasa empati dalam kalangan murid-murid. Dalam cerita sering berlaku

peristiwa yang melibatkan emosi manusia seperti watak utama menemui

kejayaan, gembira dan menderita. Keadaan ini amat sesuai untuk murid-murid

dan dalam masa yang sama boleh mengubah suasana dengan membawa

mereka untuk menghayati tema dan isi cerita sepenuhnya.

( iii ) Menyuburkan akal dan kecerdasan otak. Semasa cerita disampaikan oleh guru,

murid lazimnya akan menunjukkan rasa minat, hairan, geram dan perasaan ingin

tahu. Murid-murid digalakkan bertanya atau menyoal, dibenarkan memberi

komen atau pandangan terhadap peristiwa, sifat serta perilaku watak-watak

dalam cerita tersebut. Aktiviti-aktiviti seperti ini membantu mengasah akal dan

mempertingkatkan kecerdasan otak murid.

( iv ) Menggalakkan perkembangan bahasa. Ketika bercerita mereka akan menambah

perbendaharaan kata dan memperlihatkan pelbagai ragam gaya dan bentuk

bahasa kepada murid-murid.

( v ) Bercerita merupakan asas untuk pendidikan agama. Ada sebahagian cerita

mengandungi unsur-unsur agama yang mempunyai pelajaran dan unsur

pendidikan yang berharga seperti moral dan akhlak, tingkah laku dan sikap yang

baik untuk disampaikan kepada murid-murid.

( vi ) Asas kepada panduan hidup. Cerita yang disampaikan dengan cara yang

menarik dan memikat hati biasanya akan lebih berfaedah kerana sedikit

sebanyak ia dapat membentuk jiwa murid secara sihat. Cerita Si Tenggang

umpamanya, mempunyai beberapa falsafah yang tinggi di sebalik cerita itu.

Kisah-kisah yang dipaparkan di dalamnya memberi kesedaran yang amat

Page 14: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

14

mendalam. Implikasi cerita itu begitu berpengaruh dan sentiasa kekal dalam

ingatan murid. Pengajaran yang diperoleh daripada cerita itu juga boleh dijadikan

panduan hidup mereka.

c. Prinsip Aktiviti Bercerita

( i ) Cerita yang hendak digunakan perlu mempunyai tema yang sesuai. Ini

bermakna, cerita itu tidak boleh mengabaikan objektif mendidik dan mengasuh.

Ceritanya mesti mengandungi isi yang sesuai dengan murid-murid, terutama dari

segi kematangan berbahasa, umur, latar belakang, minat, kecerdasan otak dan

pengalaman mereka.

( ii ) Menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap murid. Ini bermaksud bahasa

perlu mengandungi perkataan atau rangkai kata yang tepat, sesuai dan

berkesan. Pengucapan cerita itu harus dilakukan dengan jelas, ringkas dan tidak

mengelirukan. Perkataan dan rangkai kata yang mengandungi beberapa

pengertian harus juga dielakkan.

( iii ) Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik. Jalan ceritanya tersusun dan ada

kesudahan cerita. Semasa menyampaikan cerita tersebut, guru perlu

menggunakan pelbagai gaya yang pelbagai dan menarik seperti gaya isyarat,

pergerakan, pertanyaan, menggunakan cakap ajuk, melakonkan peristiwa-

peristiwa tertentu dan sebagainya.

( iv ) Penglibatan murid hendaklah menyeluruh dan maksimum. Guru harus bijak dan

pandai mengaitkan jalan cerita dengan intelek, emosi dan kadangkala fizikal

murid-murid semasa sesi bercerita. Semua aktiviti ini boleh diikuti dengan

pelbagai gerak kerja lanjutan yang dirasakan sesuai.

d. Standard Kandungan Kurikulum

( 1 ) Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan

kreatif semasa bercerita secara didik hibur.

Page 15: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

15

1.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul dan jelas tentang sesuatu

perkara melalui penceritaan secara didik hibur.

1.2 Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas

tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa bahan dengan

kreatif melalui penceritaan secara didik hibur.

e. Prosedur Menjalankan Aktiviti Bercerita

( i ) Permulaan cerita

( a ) Bahagian ini menumpukan kepada keupayaan murid yang mengambil bahagian

untuk menarik minat rakan-rakan lain dan kekal hingga ke akhir cerita. Boleh

dilaksanakan melalui penggunaan isyarat, mimik muka, gambar, penglibatan

murid, media di samping bijak memainkan kata-kata, dan ini mampu

menyediakan satu situasi bercerita yang sesuai. Permulaan cerita lebih menarik

jika mereka berjaya membawa imaginasi murid-murid lain ke zaman berlakunya

cerita dan peristiwa yang disampaikan itu. Dalam masa yang sama, guru

berperanan membimbing murid supaya membaca dialog dengan gaya, nada dan

intonasi yang betul.

( b ) Guru harus menunjukkan kecenderungan untuk membina perhubungan yang

baik dengan murid-murid. Kemesraan guru dan murid perlu dibina terlebih

dahulu sebelum aktiviti bercerita bermula. Keadaan ini boleh menarik perhatian

murid di samping dapat menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti

bercerita yang hendak disampaikan.

( ii ) Pembentukan cerita

( a ) Bahasa yang digunakan mestilah mudah dan sesuai dengan tahap murid-murid.

Ini penting agar maksud cerita dapat difahami sepenuhnya oleh murid-murid.

Penggunaan cakap ajuk pada bahagian tertentu cerita mampu menambahkan

kesan yang boleh menjadikan pendengar memberi perhatian lebih kepada cerita.

Perkataan dan rangkai kata yang kabur perlu dielakkan manakala istilah baru

perlu disokong menggunakan gambar, ilustrasi atau sebagainya.

Page 16: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

16

( b ) Kelancaran pertuturan amat penting untuk memberikan kesan penceritaan di

samping membolehkan terhasilnya satu perkembangan cerita yang licin dan

berkesan. Murid yang terlibat sebagai pelakon atau pendengar pula tidak

menghadapi sebarang masalah untuk memahami cerita berkenaan.

( c ) Kepelbagaian suara penting dan boleh dilihat dari segi tekanan tinggi-rendah,

nada, intonasi, kelantangan, panjang-pendek, besar dan kecil dan sebagainya.

Keadaan suara yang sedemikian hendaklah diwujudkan di tempat yang sesuai

dengan peristiwa-peristiwa dalam cerita itu. Umpamanya situasi menyeramkan

pada waktu tengah malam, suara pencerita tadi akan bertukar menjadi garau,

kasar, seram dan ditambah dengan sedikit hilaian. Jika suara ini benar-benar

berkesan, lazimnya murid-murid akan menutup telinga dan mata sebagai refleksi

di luar kawalan mereka.

( d ) Gerak-geri dan mimik muka juga dapat membantu guru atau murid yang sedang

bercerita untuk menyampaikan maksud dan kandungan cerita dengan jelas dan

bermakna. Situasi ini akan melahirkan satu suasana bercerita yang menarik dan

menghiburkan.

( e ) Penggunaan bahan rangsangan yang sesuai seperti penggunaan media boleh

menarik minat murid-murid terhadap keseluruhan cerita berkenaan. Jika perlu

gunakan pelbagai bahan rangsangan supaya mereka tidak cepat jemu dan

bosan.

( f ) Cerita haruslah mengikut urutan, di mana jalan cerita yang perlu didahulukan

akan disampaikan di awal cerita dan begitulah sebaliknya. Ini perlu supaya

hubungan cerita dengan cerita, lebih konsisten dan menyakinkan pendengar.

( g ) Semasa menjalankan aktiviti bercerita seorang guru perlu peka kepada tema

yang hendak disampaikan. Kefahaman terhadap tema membantu murid

mengenal pasti plot cerita, watak-wataknya dan moral cerita dengan tepat dan

berkesan.

Page 17: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

17

( h ) Penglibat murid perlu menyeluruh dan maksimum iaitu sama ada secara kognitif,

psikomotor atau secara lisan dengan memberikan pandangan atau cadangan

penambahbaikkan kepada rakan-rakan yang mengambil bahagian dalam aktiviti

bercerita ini.

( iii ) Penutup Cerita

( a ) Cerita yang disampaikan perlu ada kesudahannya. Dalam bahagian ini, semua

masalah dan kerumitan watak dapat diselesai.

( b ) Perkara yang paling penting ialah kesudahan cerita itu dapat memenuhi objektif

yang ingin dicapai guru.

f. Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti Bercerita

( i ) Santai – Murid dapat mendengar pelbagai tajuk cerita yang mereka digemari.

( ii ) Kelakar dan lucu – Apabila murid dibenar untuk menggunakan gaya sendiri yang

kreatif semasa menyampaikan cerita supaya berkesan, maka adegan lucu sudah

pastinya akan terjadi.

( iii ) Seronok dan gembira – Penggunaan mimik muka, suara dan bahasa badan.

( iv ) Semangat mencuba – Usaha murid untuk memgambil bahagian di hadapan

rakan-rakan sebagai pencerita berdasarkan tajuk cerita yang digemari.

( v ) Tidak takutkan guru – Guru turut bercerita bersama-sama murid dengan

mempelbagaikan suara, mimik muka dan gerak badan supaya penyampaian

cerita lebih berkesan.

( vi ) Kurang stres – Murid rasa sumbangan dan peranan mereka sebagai pencerita

atau pendengar cerita dihargai.

Page 18: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

18

g. Cadangan Aktiviti Lanjutan

( i ) Aktiviti Menyanyikan Cerita – Isi dan fakta yang diperoleh menerusi cerita,

digubah menjadi senikata lagu seterusnya dinyanyikan bersama melodi yang

digemari. Teknik ini akan jadi lebih menarik jika diiringi muzik ‘minus one’ lagu

berkenaan. Contoh cerita ‘Sang Kancil dengan Sang Buaya’ yang dinyanyi

menggunakan lagu ‘Aci-Aci Buka Pintu’ nyanyian P. Ramlee.

( ii ) Aktiviti Lakonan Cerita – Murid yang dipilih diminta melakonkan semula watak

berdasarkan jalan cerita menggunakan perkataan sendiri mengikut pemahaman

dan penghayatan mereka. Guru membimbing murid supaya membaca dialog

lakonan dengan gaya, nada dan intonasi yang betul.

( iii ) Aktiviti Ceritadra – Aktiviti ini bermaksud mengubah suai petikan cerita kepada

bentuk drama. Aktiviti ini memerlukan murid mendalami dan menghalusi isi cerita

dan seterusnya mengubahnya kepada skrip drama. Dalam aktiviti ini, murid-

murid perlu mengkaji dengan teliti aspek perwatakan, latar tempat dan masa,

persoalan dan tema yang terdapat dalam cerita tersebut.

( iv ) Aktiviti Kerusi Panas – Dalam aktiviti ini, seorang murid akan diminta menghayati

dan mendalamkan watak dalam sesebuah cerita, kemudian murid ini akan

ditempatkan di kerusi di hadapan rakan-rakan. Seterusnya, murid-murid lain

bertanyakan soalan-soalan yang ada kaitan dengan watak yang dipegang oleh

murid yang sedang duduk di kerusi panas berkenaan. Jawapan murid perlu

menjurus kepada cerita atau peristiwa dalam cerita berkenaan.

( v ) Aktiviti Improvisasi – merupakan lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan

kecil, yang skripnya diolah daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam cerita

berkenaan. Tujuannya menceritakan peristiwa yang berlaku dari permulaan

cerpen, konflik, dan peleraian dalam cerita berkenaan.

( vi ) Aktiviti Pemaduan Seni – bermaksud aktiviti yang menggunakan beberapa unsur

seni untuk menghidupkan cerita yang disampaikan. Untuk tujuan ini, beberapa

unsur seni dipilih dan digunakan secara serentak pada masa yang sama.

Sebagai contohnya, pengajaran watak dalam cerita boleh dibuat dengan

melakonkan aksi watak tersebut, dalam masa yang sama murid lain akan

Page 19: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

19

melukis gambaran watak manakala sekumpulan murid lain akan menyanyikan

lagu tentang watak berkenaan.

1.4 Lakonan dalam Didik Hibur

Di sekolah, berlakon merupakan salah satu aktiviti yang sangat digemari oleh murid-

murid kerana dijalankan dalam situasi bermain dan santai. Mereka akan tertarik dan

teruja untuk berlakon jika guru merakam lakonan tersebut dalam bentuk CD atau VCD

dan kemudian dipersembahkan semula di hadapan rakan-rakan mereka. Untuk aktiviti

lakonan, murid-murid biasanya diberi peranan untuk berdialog secara bebas, melahirkan

pandangan, beraksi sesama sendiri, berhibur dengan gelagat rakan sebaya,

melaksanakan aktiviti bersama dan sebagainya. Walaupun aktiviti berlakon ini berjalan

secara tidak formal tetapi ia pasti membantu meningkatkan kemahiran murid-murid

untuk berbahasa dengan baik.

1.4.1 Aktiviti Lakonan

a. Definisi Lakonan

Lakonan merupakan aktiviti, atau pergerakan tubuh badan atau segala bentuk perlakuan

yang meliputi segala kegiatan hidup manusia. Ia dilakukan oleh watak-watak tertentu

sebagai mencerminkan keadaan sebenar, atau meniru cara dan bentuk kegiatan-

kegiatan yang berlaku dalam hidup masyarakat. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan

lakonan sebagai perihal memainkan sesuatu drama, sandiwara dan sebagainya.

b. Kebaikan Aktiviti Lakonan

( i ) Membolehkan murid-murid bertutur dengan gaya, suara, intonasi, nada dan

sebutan yang betul.

( ii ) Murid-murid dapat menggunakan bahasa dalam situasi dan konteks tertentu

dengan cara yang betul.

Page 20: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

20

( iii ) Melatih murid-murid bertutur menggunakan bahasa yang kemas dan teratur.

( iv ) Melatih mereka berinteraksi atau berhubung dengan orang lain untuk

menyatakan perasaan, kehendak, pengalaman dan buah fikiran.

( v ) Melatih murid menjadi pendengar yang baik dan mampu memahami apa yang

didengarinya itu dengan tepat.

( vi ) Menyuburkan semangat kekitaan, bertanggungjawab dan boleh bekerjasama

dalam satu kumpulan.

( vii ) Mendorong pembentukan pemikiran murid yang aktif, kreatif dan kritis.

( viii ) Mengikis perasaan rendah diri, malu dan pelbagai sifat negatif lain kepada sifat

positif seperti yakin, tegas dan sebagainya.

( ix ) Melatih murid memahami pelbagai aspek kehidupan menerusi lakonan sebelum

mereka menghadapi keadaan sebenar.

c. Prinsip-prinsip Berlakon

Untuk memastikan aktiviti ini berjalan lancar, berkesan dan memenuhi tujuan

pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah memiliki beberapa prinsip tertentu ketika

mengendalikan aktiviti berlakon, seperti berikut:

( i ) Aktiviti lakonan hendaklah menepati objektif pengajaran, iaitu untuk

mempertingkat kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam kalangan murid.

( ii ) Berlakon memerlukan tema yang sesuai dengan pengalaman dan kebolehan

mental murid serta boleh dijalankan dalam situasi yang sebenar.

( iii ) Dialog dalam lakonan haruslah menggunakan bahasa yang sesuai, iaitu mudah,

jelas, ringkas, dan senang difahami oleh pelbagai peringkat murid.

Page 21: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

21

( iv ) Aktiviti ini hendaklah dijalankan dalam bilik darjah. Lakonan yang memerlukan

peralatan yang sukar dibawa ke bilik darjah perlulah dielakkan.

( v ) Semua murid dibenarkan berlakon secara bebas. Guru hanya boleh

membetulkan kesalahan murid selepas persembahan lakonan tersebut supaya

tidak menganggu perjalanan lakonan atau membunuh minat serta semangat

berlakon dalam kalangan mereka.

( vi ) Murid-murid digalakkan melibatkan diri sepenuhnya semasa aktiviti lakonan itu

supaya kemahiran intelek, emosi dan fizikal berkembang secara seimbang.

d. Standard Kandungan Kurikulum

( i ) Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan

kreatif melalui lakonan secara didik hibur.

1.1 Mengujarkan (mengucapkan) dialog dengan sebutan dan intonasi yang

betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui lakonan secara didik

hibur.

1.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas

tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan

kreatif melalui lakonan secara didik hibur.

e. Jenis Lakonan

Aktiviti lakonan dapat melatih murid-murid untuk bertutur dengan baik. Ada beberapa

jenis lakonan yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah, iaitu:

( i ) Lakonan Berdasarkan Permainan

Lakonan jenis ini biasanya dijalankan tanpa perancangan.Murid diminta untuk

melakukan suatu permainan yang pernah mereka buat sebelumnya seperti

bermain bola sepak, layang-layang, guli, badminton dan sebagainya. Murid yang

telah dipilih secara rawak, kemudian diminta keluar ke hadapan dan guru

Page 22: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

22

meminta mereka untuk melakonkan permainan tersebut mengikut gaya dan

kreativiti sendiri. Manakala murid lain akan memerhatikan pergerakan yang

sedang dilakonkan dan meneka apakah jenis permainan tersebut. Contoh lain

ialah permainan ‘pukul berapa datuk harimau’, ‘ayam dan musang’, dan

sebagainya.

( ii ) Lakonan Spontan

Merupakan lakonan yang tidak dirancang dan dijalankan tanpa skrip. Murid-

murid diberi peluang berlakon menggunakan ayat sendiri secara semerta iaitu

lahir daripada fikiran mereka sendiri. Biasanya melibatkan dua orang pelakon

atau lebih. Sebelum berlakon, peranan masing-masing diperjelaskan dan guru

perlu memberikan gambaran suasana dan peristiwa yang hendak dilakonkan itu

sebelum murid melakonkannya secara bebas. Contohnya adegan berjumpa

doktor di klinik, melaporkan kehilangan barang di balai polis, hakim menjatuhkan

hukuman kepada pesalah dan sebagainya.

( iii ) Lakonan Bisu

Lakonan jenis ini hanya menggunakan pergerakan anggota badan tanpa dialog.

Berpandukan gerak-geri pelakonnya, murid-murid lain diminta meneka apakah

yang dibuat oleh pelakon berkenaan. Sebaik-baiknya guru menjelaskan terlebih

dahulu situasi yang perlu dilakonkan seperti jenis pekerjaan di rumah,

permainan, situasi atau gelagat haiwan kesayangan. Seterusnya mereka diminta

menceritakan kembali gerak-geri yang dilihat menggunakan perkataan dan ayat

sendiri. Contohnya perbuatan membelah kayu api, menyapu sampah, menjemur

padi, berlain layang-layang, mandi di sungai, menjual ubat, kuda berlari dan

sebagainya.

( iv ) Lakonan Berkait

Sesuai dijalankan kepada murid-murid tahap satu atau rendah. Guru menyebut

beberapa perkataan atau perbuatan, dalam masa yang sama guru akan

melakonkan perkataan tersebut. Misalnya apabila guru menyebut perkataan

duduk, dia akan duduk di atas kerusi. Berbagai-bagai aksi lain boleh dilakukan

seperti menyebut perkataan ‘saya tidur’, ‘saya sedang bersikat rambut’, ‘saya

Page 23: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

23

berjalan’ dan sebagainya. Situasi ini boleh ditukar ganti dengan meminta murid

pula yang menyebut dan melakonkannya atau guru menyebut perkataan, dan

pelakonnya adalah murid-murid secara beramai-ramai dalam bilik darjah. Melalui

aktiviti ini, murid dapat melihat perkaitan antara percakapan dengan lakonan

yang dijalankan.

( v ) Lakonan Berskrip

Dijalankan dalam dua bentuk, iaitu lakonan tidak bersengaja dan lakonan

bersengaja. Lakonan tidak bersengaja merupakan lakonan tidak formal,

dilakukan selepas murid-murid mendengar sesuatu cerita atau kejadian. Tidak

memerlukan persediaan yang rapi dan guru berperanan memberikan nasihat dan

cadangan sahaja manakala murid bebas berlakon menggunakan perkataan

sendiri. Manakala lakonan jenis bersengaja pula memerlukan perancangan teliti

di mana murid-murid diberi skrip lakonan berdasarkan cerita-cerita yang dipilih

oleh guru. Terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan guru sebelum

menjalankan aktivitii lakonan jenis bersengaja ini.

( a ) Jelaskan kepada murid peranan sebagai pelakon dengan menceritakan

peristiwa yang hendak dilakonkan atau memberikan skrip untuk diteliti.

( b ) Seterusnya, pemilihan pelakon dijalankan oleh guru. Semasa pemilihan

dijalankan, pastikan peluang berlakon diberikan kepada semua murid dan

tidak hanya tertumpu kepada murid pandai dan cergas sahaja.

( c ) Setelah guru menjelaskan peranan setiap pelakon, murid-murid yang

terpilih bolehlah melakonkannya secara bebas sebagaimana dikehendaki

oleh jalan cerita berkenaan.

( d ) Ulasan dan komen boleh diberikan guru selepas selesai aktiviti lakonan

supaya sesi lakonan murid tidak terjejas. Sama ada untuk memberi

peluang lakonan sekali lagi atau membuka peluang kepada murid lain.

( e ) Sebaik-baiknya guru berikan motivasi atau rangsangan dan elakkan

mengkritik atau menyalahkan murid-murid sehingga membunuh minat

dan keinginannya untuk terus berlakon.

Page 24: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

24

( f ) Guru boleh menyediakan beberapa peralatan sokongan seperti topeng

dan pakaian yang sesuai supaya lakonan murid lebih realistik dan

berkesan.

( vi ) Lakonan Boneka

Guru memperlihatkan beberapa contoh boneka (puppet) dan melakonkannya.

Pelbagai versi dialog boleh dibina berdasarkan boneka berkenaan dan lakonan

jenis ini amat sesuai untuk menyampaikan pelajaran kepada murid-murid yang

pemalu. Semasa boneka berkenaan dilakonkan, murid-murid diminta mendengar

dengan teliti dan mengenalpasti isi penting dan kesalahan bahasa. Bagi murid-

murid sekolah menengah, mereka digalakkan membina skrip mudah dan

kemudiannya melakonkan sendiri menggunakan boneka berkenaan.

( vii ) Lakonan Nyanyian

Lakonan jenis ini memerlukan lagu sebagai bahan rangsangan dan sesuai

dilaksanakan di semua peringkat sama ada rendah atau menengah. Sebelum

aktiviti jenis ini dijalankan, guru perlu menjelaskan apakah peranan dan suasana

yang perlu dilakukan oleh pelakon. Justeru, pelakon hanya perlu menggerakkan

anggota badan dan mimik muka tanpa berkata-kata kerana sepanjang tempoh

lakonan tersebut diiringi lagu yang diperdengarkan kepada mereka. Contohnya

lagu ‘Ayah dan Ibu’ nyanyian Sudirman Arshad, ‘Bukan Kerana Nama’ nyanyian

Ramli Sarip, ‘Jangan Tinggal Daku’ nyanyian P. Ramlee dan sebagainya.

( viii ) Lakonan Puisi

Lakonan puisi dijalankan oleh murid berdasarkan pembacaan puisi. Sebelum

aktiviti ini dijalankan, guru akan memilih puisi-puisi yang sesuai dengan tahap

murid. Penggunaan sajak dan pantun sesuai untuk murid-murid sekolah rendah,

manakala gurindam, seloka, syair dan nazam sesuai untuk murid-murid sekolah

menengah. Contohnya, guru memasang pita rakaman yang mengandungi ‘Sajak

Ke Makam Bonda’, ‘Syair Burung Pungguk’, ‘Seloka Pak Kaduk’ dan ‘Gurindam

Dua Belas’. Berdasarkan senikata puisi tersebut, murid-murid dikehendaki

melakonkan satu pergerakan mengikut baris-baris seperti yang terdapat dalam

puisi berkenaan semasa puisi berkenaan sedang diperdengarkan.

Page 25: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

25

( ix ) Lakonan Cerita

Guru boleh mendapatkan bahan berkenaan menerusi buku cerita yang terdapat

di perpustakaan atau bilik darjah di sekolah. Caranya mudah kerana beberapa

orang murid yang dipilih akan membaca buku berkenaan sehingga tamat,

kemudiannya melakonkan semula peristiwa yang telah dibaca di hadapan rakan-

rakan. Guru boleh memperluas pengetahuan murid-murid dengan menggunakan

buku-buku cerita yang mempunyai tema yang pelbagai seperti fiksyen Sains,

Kesihatan, Agama, Sivik dan sebagainya.

( x ) Lakonan Kaku

Lakonan jenis ini menyerupai ‘pantomime’ iaitu melibatkan seorang pembaca

skrip dan pelakon. Pembaca skrip boleh terdiri daripada murid-murid yang telah

dikenalpasti oleh guru. Bezanya hanyalah pada pergerakan pelakonnya sahaja

yang bersifat statik atau setempat.

f. Prosedur Menjalankan Aktiviti Lakonan

( i ) Sesi Pernyataan (Permulaan)

Pada peringkat ini, guru akan memberi penerangan tentang prosedur lakonan

yang akan dilaksanakan. Guru dan murid membincangkan secara ringkas isi dan

jalan cerita, peranan watak dan cara melakonkannya. Selepas itu, guru akan

memilih murid-murid untuk diberikan peranan tertentu. Mereka kemudiannya

diminta melakonkannya di hadapan rakan-rakan.

( ii ) Sesi Berlakon

Pada peringkat ini murid-murid telah mengetahui tugas dan peranan masing-

masing. Biarkan mereka melakonkan cerita berkenaan menggunakan bahasa

sendiri dan guru hanya memerhati serta mengenalpasti sebarang kesalahan dan

kelebihan yang berlaku. Komen secara membina boleh dibuat selepas sesi

lakonan berkenaan tamat.

Page 26: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

26

( iii ) Sesi Perbincangan

Sesi ini diadakan selepas murid-murid selesai berlakon. Dalam sesi ini guru akan

menyatakan beberapa kesalahan yang telah dilakukan. Perbincangan boleh

dijalankan antara guru dengan murid, atau murid dengan murid. Perbincangan

tidak hanya berfokus kepada kelemahan sahaja tetapi juga kekuatan

persembahan berkenaan.

g. Elemen Didik Hibur Dalam Lakonan

a. Santai – Murid berpeluang mendengar pelbagai tema cerita yang digemari

seperti ‘Seniman Bujang Lapok’ karya Tan Sri P. Ramlee dan sebagainya.

b. Kelakar – Murid berlakon menggunakan dialog sendiri.

c. Seronok dan gembira – Banyak aktiviti lakonan dan gerak badan.

d. Semangat mencuba – Murid berpeluang memegang watak yang digemari.

e. Tidak takut – Guru turut berlakon bersama-sama murid.

f. Tidak stres – Murid sukarela untuk berlakon.

h. Cadangan Aktiviti Lakonan

( i ) Murid membuat lakonan ringkas iaitu meniru gaya pelakon terkenal.

( ii ) Contohnya murid melakonkan semula bab dalam filem lakonan Seniman Agung

Tan Sri P. Ramlee.

( iii ) Sebelum sesi lakonan ini dijalankan, guru terlebih dahulu menayangkan sedutan

cerita ‘Seniman Bujang Lapok’ menerusi komputer dan LCD.

( iii ) Semua murid diminta mendengar dengan teliti dialog yang digunakan.

( iv ) Sebelum mereka melakonkan bab yang dipilih, murid-murid dikehendaki

menghasilkan terlebih dahulu skrip mudah menggunakan perkataan sendiri.

Guru memilih beberapa skrip yang baik dan meminta beberapa orang murid

untuk melakonkannya di hadapan rakan-rakan.

Page 27: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

27

( v ) Murid-murid lain diminta dengar dengan teliti dialog yang digunakan dan dalam

masa yang sama kenalpasti kesalahan bahasa yang ada.

( vi ) Lakonan tersebut boleh dirakam menggunakan CD atau VCD dan ditayang atau

diperdengarkan semula kepada murid-murid lain.

( vii ) Sesi perbincangan dijalankan dengan murid-murid yang tidak mengambil

bahagian akan membuat komen, ulasan atau sebagainya tentang lakonan yang

telah dijalankan. Komen bukan sahaja dari sudut negartif tetapi juga yang positif.

1.5 Pantun dalam Didik Hibur

Pantun merupakan salah suatu bentuk tradisi lisan yang masih wujud sehingga kini.

Fungsinya terdapat dalam hampir kesemua aspek kehidupan manusia seperti kegiatan

berunsur ucapan, seni, budaya dan pendidikan, menyebabkan pantun terus digemari.

Kesemua pantun yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu tradisional memperlihatkan

pemikiran masyarakat yang menghasilkannya. Pantun juga menggambarkan latar hidup,

dan penghayatan seni masyarakat Melayu dalam zamannya.

Aktiviti Pantun

a. Definisi Pantun

Menurut Kamus Dewan, (2000) pantun merupakan sejenis puisi lama yang terdiri

daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap yang mempunyai pembayang dan

maksud. Manakala Hashim Awang (1984) pula mentakrifkan pantun sebagai sejenis

puisi lama yang mengandungi empat baris ayat atau kalimat pada tiap-tiap rangkap.

Tiap-tiap baris kalimat itu terdiri daripada lapan, sembilan, sepuluh atau sebelas suku

kata. Pada hujung tiap-tiap baris mestilah ada persamaan bunyi atau rima. Bunyi akhir

baris pertama mestilah sama dengan baris ketiga dan baris kedua bersamaan dengan

baris keempat. Jadi rima pantun itu dikatakan berbentuk abab.

Page 28: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

28

b. Kebaikan Aktiviti Berpantun

( i ) Melatih murid supaya peka kepada keindahan, kehalusan dan kesenian bahasa

yang ada dalam pantun dua kerat. Kesedaran ini penting supaya murid-murid

menghargainya sebagai sebahagian karya seni yang amat bernilai dalam

kehidupan.

( ii ) Melatih murid memahami dan mentafsir bahasa yang mengandungi pelbagai

makna dalam pantun dua kerat. Cara ini boleh membantu murid-murid untuk

mempertingkatkan perbendaharaan kata di samping membantu memperkukuh

kemahiran berbahasa mereka.

( iii ) Membolehkan murid-murid mengesan maksud, menyusun dan menyenaraikan

idea, masej dan pengajaran yang terdapat dalam pantun dua kerat dengan

cekap dan pantas. Ini membantu menambah kecekapan kefahaman mereka.

( iv ) Memberi peluang murid-murid untuk menikmati pantun dan memahami

maksudnya secara keseluruhan. Kegiatan ini mendorong mereka memupuk daya

kreativiti dengan menghasilkan karya seni.

( v ) Melatih murid-murid untuk menghasilkan pantun dua kerat ciptaan sendiri yang

semakin dilupakan masyarakat.

( vi ) Mendedahkan murid-murid dengan pengalaman baru iaitu bidang kemanusiaan.

( vii ) Membolehkan murid-murid belajar bahasa lisan dalam suasana yang

menyeronokan kerana terdapatnya unsur-unsur santai dan berhibur.

( viii ) Menyuburkan minat murid-murid dan dalam masa yang sama dapat

menghidupkan imaginasi murid-murid semasa membaca pantun dua kerat.

Page 29: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

29

c. Prinsip-prinsip Berpantun

Untuk melaksanakan aktiviti secara berkesan, guru perlu berpegang kepada beberapa

prinsip berikut:

( i ) Aktiviti berpantun hendaklah dirancang supaya menepati objektif pengajaran,

iaitu untuk mempertingkat kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam kalangan

murid.

( ii ) Pantun digunakan perlulah menggunakan bahasa yang sesuai dari segi

kebolehan berbahasa murid-murid, perkembangan emosi, intelektual dan minat.

( iii ) Pantun yang dipilih juga perlu sesuai dengan peringkat dan mengikut kebolehan,

mental, bakat dan minat murid.

( iv ) Pilihlah hanya pantun yang mudah dan senang untuk difahami. Puisi yang terlalu

panjang dan kabur perlu dielakkan.

( v ) Pantun yang dipilih mestilah terdiri daripada pantun yang bermakna kepada

murid-murid. Ia bermanafaat dan dapat menyumbang kepada proses

pembentukan peribadi mulia murid-murid. Pantun yang mempunyai struktur dan

persoalan yang menarik haruslah digalakkan penggunaanya.

( vi ) Pantun dua kerat yang baik adalah pantun yang menggunakan unsur-unsur alam

semula jadi sebagai pembayangnya.

( vii ) Pantun tersebut perlu mengandungi olahan bahasa yang baik supaya menolong

mempertingkatkan kemahiran berbahasa murid-murid. Penggunaan pantun dua

kerat yang tidak beretika perlu dihindarkan.

( viii ) Pantun yang dipilih harus mudah dibayangkan oleh murid-murid dan jika boleh

dapatkan pantun-pantun yang ada dipersekitaran mereka terlebih dahulu.

( ix ) Bimbingan guru perlu semasa murid-murid menjalankan aktiviti mencipta pantun

dua kerat. Tujuannya supaya murid-murid tidak terlalu gairah menggunakan

pelbagai ungkapan yang kurang sesuai walaupun penggunaannya agak jenaka,

tetapi akhirnya merosakan bahasa itu sendiri.

Page 30: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

30

d. Standard Kandungan Kurikulum

( 1 ) Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa

yang indah secara didik hibur.

1.1 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul secara didik

hibur.

1.2 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul serta

memahami maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa yang

indah secara didik hibur.

e. Jenis Pantun Dua Kerat

( i ) Pantun Kasih Sayang

Lain dulang lain kakinya, Lain orang lain hatinya. Lain hulu lain parang, Lain dulu lain sekarang.

Dahulu parang sekarang besi, Dahulu sayang sekarang benci. Daripada cempedak biarlah nangka, Daripada tiada baiklah ada.

Tak tumbuh tak melata, Tak sungguh orang tak kata.

Buah beluluk buah kepayang, Dimakan mabuk dibuang sayang.

Anak dara pergi ke kedai Rindu di hati rasa nak longlai

( iii ) Pantun Kiasan

Banyak udang banyak garam, Banyak orang banyak ragam.

Page 31: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

31

Sebab pulut santan binasa, Sebab mulut badan binasa.

Sudah garahu cendana pula, Sudah tahu bertanya pula.

Pinggan tak retak nasi tak dingin, Orang tak hendak kami tak ingin.

Paku dulang paku serpih, Mengata orang dia yang lebih.

Secupak nasi setahil berangan, Tersepak kaki terkehel tangan.

Umbut mayang letak di batu, Rambut mengerbang banyak kutu.

Cekur dang gamit, Mintak cekur beri kunyit.

Ikan tokak makan meranggung, Sedap tekak badan menanggung,

Murai gila jadi tekukur, Ajaib hairan hati tafakur.

Ratib-ratib buluh nipah, Sudah ratip hendak upah.

Kalau tak cengal giam, Kalau tak kenal diam. Duduk inding enggang tap, Senduk di dinding, panggang di atap.

Taptibau puyuh padang, Hilang pisau berganti parang.

( iv ) Pantun Nasihat

Pagi petang siang malam, Hati terang senang faham. Satu dua tiga empat, Siapa cepat dia dapat.

Page 32: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

32

Lima,enam,tujuh dan lapan, Kuat bersenam sihatkan badan.

Tinggi rendah panjang lebar, Pergi sekolah mesti belajar.

( v ) Pantun Jenaka

Kapal belayar dalam semak, Perut lapar semua enak.

Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati.

Siakap senohong gelama ikan duri, Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Kayu lurus tengah ladang, Kerbau kurus banyak tulang. Sici,loro,telu,papat, Melayu lari Jawa dapat.

Pokok tinggi buruk akar, Matahari tinggi perut pun lapar.

Guni kapur kirim pak mertua, Nyanyi di dapur kahwin orang tua.

Pat-pat nya, Siapa cepat dia punya.

Kura-kura dalam perahu, Pura-pura tidak tahu.

Tuku takal pengancing pintu, Budak nakal memang begitu. Ayam bulat makan padi beras, Bangun lambat dapat laki malas. Tua-tua keladi, Makin tua makin menjadi.

Hujung bendul dalam semak, Kerbau mandul banyak lemak.

Page 33: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

33

( vi ) Pantun Budi

Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa.

Kalau padi taruh sama beras, Kalau tak mati boleh balas.

Ada beras taruh dalam peti, Ada hajat taruh dalam hati.

Ada ubi ada batas, Ada budi boleh dibalas.

Terima kasih daun keladi, Kalau boleh mahu lagi.

( vii ) Pantuan Kepahlawanan

Kembang jarak kembang jagung, Berani bawak berani tanggung.

( viii ) Pantun Alam

Kayu bongkok di balik tiang, Ayam berkokok alamat nak siang.

Keli masuk ruan keluar, Matahari masuk bulan keluar.

( ix ) Pantuan Perniagaan

Berniaga buluh kasap, Untung habis modal lesap.

f. Prosedur Menjalankan Aktiviti Pantun Dua Kerat

( i ) Sesi Permulaan

Pada peringkat ini, guru menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan pantun

dua kerat berserta contoh pantun yang lazim digunakan dalam masyarakat

Melayu. Guru boleh membincangkan secara ringkas tujuan dan firasat disebalik

penggunaan secara meluas pantuan jenis ini dalam masyarakat. Selepas itu,

murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan tertentu. Mereka

Page 34: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

34

kemudiannya diminta mencari seberapa banyak pantun dua kerat dalam buku

rujukan atau menerusi internet mengikut tema yang telah ditetapkan.

( ii ) Sesi Main Peranan

Pada peringkat ini murid-murid diajar cara melafazkan pantun dua kerat dengan

gaya dan intonasi yang betul, dengan bimbingan guru dan pita rakaman. Biarkan

mereka cuba melafazkan pantun berkenaan beberapa kali mengikut gaya dan

bahasa badan masing-masing, dan dalam masa yang sama mencari maksud

pantun menggunakan perkataan sendiri. Guru hanya memerhati serta mengenal

pasti sebarang bentuk kesalahan atau kelebihan yang ada. Komen secara

membina boleh dibuat selepas sesi lakonan berkenaan tamat.

( iii ) Sesi Perbincangan

Sesi ini diadakan selepas murid-murid selesai menjalankan aktiviti melafazkan

pantun. Dalam sesi ini guru akan menyatakan beberapa kesalahan yang telah

dilakukan. Perbincangan boleh dijalankan antara guru dengan murid, atau murid

dengan murid. Perbincangan tidak hanya berfokus kepada kelemahan sahaja

tetapi juga kekuatan persembahan berkenaan.

g. Elemen Didik Hibur dalam Berpantun

a. Santai – Murid berpeluang mendengar pelbagai jenis dan tema pantun dua

kerat yang sering digunakan dalam masyarakat Melayu.

b. Kelakar – Murid membuat pelbagai aktiviti menggunakan perkataan dan

kreativiti sendiri.

c. Seronok dan gembira – Banyak menggunakan aktiviti seni dan gerak badan

semasa berpantun.

d. Semangat mencuba – Murid berpeluang mengambil bahagian beberapa kali

mengikut jenis aktiviti yang digemari.

e. Tidak takut dan kurang stres – Guru turut mengambil bahagian dengan

berpantun bersama-sama di hadapan murid-murid.

f. Motivasi – Pujian guru dan rakan-rakan menyebabkan usaha mereka

dihargai.

Page 35: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

35

h. Cadangan Aktiviti Lanjutan

( i ) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan tertentu. Guru perlu pastikan

kumpulan tersebut tidak hanya dianggotai oleh murid-murid yang pandai sahaja.

Sebaik-baiknya mempunyai pelbagai kecerdasan dan latar belakang.

( ii ) Ketua kumpulan datang ke hadapan dan mencabut satu sampul surat yang

mengandungi pantun dua kerat dengan pelbagai tema yang disediakan guru.

( iii ) Seterusnya guru memilih lima orang murid bagi setiap kumpulan dan meminta

mereka membuat beberapa aktiviti yang ditetapkan guru berdasarkan makna

pantun dua kerat yang diterima, seperti berlakon kaku, menyanyi, bercerita,

melukis dan bersajak.

( iv ) Semua murid diminta mendengar dengan teliti dialog dan gerak badan yang

digunakan oleh rakan-rakan tadi.

( v ) Akhir sekali guru boleh mengadakan sesi perbincangan, membuat komen,

ulasan atau sebagainya terhadap aktiviti yang telah dijalankan.

Penutup

Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dalam siri

pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas sebagai

komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan ini yang

diadaptasikan menerusi pendekatan ‘Fun Learning’ yang digunakan secara meluas dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun pendekatan didik hibur

merupakan satu pendekatan yang baik dan berkesan yang diperkenalkan kepada murid-murid

sebagai kaedah alternatif menguasai pembelajaran Bahasa Malaysia secara santai dan

berhibur setelah kerajaan memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran

Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia bermula 2012. Tujuan didik

hibur supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti

murid-murid.

Page 36: Nota Kursus Didik Hibur

MODUL KPKI BAHASA

MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]

36

RUJUKAN

Abdul Ghalib Yunus. (2001), Penggunaan drama dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Dewan Bahasa September: 14-20.

Azizul Rahman Abd. Rahman. (2009), Didik Hibur Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa Malaysia. Dewan Siswa (Bonus) 10: 2-3. Kamaruddin Hj. Husin. (1999), Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003), Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003), Sukatan Pelajaran KBSM, Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kurik Kundi Merah Saga – Kumpulan Pantun Lisan Melayu (Edisi Kedua) (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Jonit Mohd Johari. (1993), Penggunaan puisi dalam pengajaran bahasa. Jurnal Dewan Bahasa 10: 914-920.

Nadzeri Isa. (2009), Pengajaran Kesusasteraan Melayu dan Kemahiran Berbahasa. Kuala Lumpur : Open University Malaysia.

Noresah Baharom et al. (Ed.). (2000).Kamus Dewan (edisi ke-3). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pullias, E.V. & Young, J.D. (1982). Guru adalah segala-segalanya. (Terjemahan). Kuala Lumpur

: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Lutfi Syed Hamzah. (1994). Peranan guru dalam meningkatkan mutu pendidikan bagi

mencapai matlamat wawasan. Dlm. Yaakub Isa (pnyt.). Guru yang efektif.

Pahang: Jawatankuasa Perayaan Hari Guru Negeri Pahang.

PANEL PENULIS MODUL

1. Dr. Khairuddin b. Mohamad ( IPG Kampus Raja Melewar, Seremban)

2. Dr. Hjh. Maridah bt. Alias ( IPG Kampus Raja Melewar, Seremban)

3. Hjh. Rafiah bt. Daud (IPG Kampus Raja Melewar, Seremban)

4. En. Thahir b. Nuruddin (IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, K. Lumpur)

5. Pn. Juhana bt. Baba (IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, K. Lumpur)