nota kurikulum

5
NOTA KURIKULUM 1. Latar Belakang Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan beberapa aspek berkaitan pendidikan prasekolah seperti berikut: a. Bahagian I Permulaan; Perkara 2 Tafsiran - “kurikulum prasekolah” ertinya garis panduan kurikulum yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 22 bagi kegunaan tadika; - “pendidikan prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dan empat hingga enam tahun; - “tadika” ertinya mana-mana tempat di mana pendidikan prasekolah disediakan untuk sepuluh orang murid atau lebih; b. Bahagian IV Sistem Pendidikan Kebangsaan Bab 1- Sistem Pendidikan Kebangsaan Perkara 15. Sistem Pendidikan Kebangsaan. - Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada: (a) pendidikan prasekolah; (b) pendidikan rendah; (c) pendidikan menengah; (d) pendidikan lepas menengah; dan (e) pendidikan tinggi, Perkara 18. Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah - Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum kebangsaan yang, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. - Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing… Bab 2 - Pendidikan Prasekolah Perkara 22. Kurikulum prasekolah - Program dan kegiatan tiap-tiap tadika hendaklah berasaskan garis panduan kurikulum untuk tadika yang diluluskan oleh Menteri. 1

Upload: anonymous-mbc9t4nh2x

Post on 21-Dec-2015

236 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

FDHNFTHJFTNHFG

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Kurikulum

NOTA KURIKULUM

1. Latar Belakang

Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan beberapa aspek berkaitan pendidikan prasekolah seperti berikut:

a. Bahagian I Permulaan;

Perkara 2 Tafsiran

- “kurikulum prasekolah” ertinya garis panduan kurikulum yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 22 bagi kegunaan tadika;

- “pendidikan prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dan empat hingga enam tahun;

- “tadika” ertinya mana-mana tempat di mana pendidikan prasekolah disediakan untuk sepuluh orang murid atau lebih;

b. Bahagian IV Sistem Pendidikan Kebangsaan

Bab 1- Sistem Pendidikan Kebangsaan

Perkara 15. Sistem Pendidikan Kebangsaan.

- Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada:(a) pendidikan prasekolah;(b) pendidikan rendah;(c) pendidikan menengah;(d) pendidikan lepas menengah; dan(e) pendidikan tinggi,

Perkara 18. Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah

- Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum kebangsaan yang, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

- Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing…

Bab 2 - Pendidikan Prasekolah

Perkara 22. Kurikulum prasekolah

- Program dan kegiatan tiap-tiap tadika hendaklah berasaskan garis panduan kurikulum untuk tadika yang diluluskan oleh Menteri.

Perkara 23. Bahasa pengantar di tadika

- Walau apa pun subseksyen 17(1), bahasa-bahasa selain daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.

1

Page 2: Nota Kurikulum

2. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2010

a. Matlamat

Memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

b. Fokus

i. Usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada murid.

ii. mengutamakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek.

iii. pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu.

iv. Membolehkan murid memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah.

c. Organisasi kurikulum

i. penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak

ii. Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut:

Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan Sains dan Teknologi Perkembangan Fizikal dan Estetika Perkembangan Keterampilan Diri

iii. Pengajaran dijalankan berdasarkan modul asas dan modul bertema. Modul asas diberi masa yang khas dalam jadual waktu prasekolah. Pada awal tahun modul asas mengambil masa lebih kurang 35% daripada waktu prasekolah, tetapi pada akhir tahun, peratus masa ini berkurangan apabila murid sudah menguasai kemahiran asas 4 M.Manakala modul bertema mengambil masa lebih kurang 35% masa pada awal tahun, tetapi pada akhir tahun, peratus masa perlu dinaikkan.

Modul Asas merangkumi:- Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris (SK & SJK)- Bahasa Cina/Bahasa Tamil (SJK)- Matematik- Pendidikan Islam/Pendidikan Moral- Aktiviti Luar (aktiviti fizikal untuk membina kecergasan)

Modul Bertema menyepadukan kesemua Tunjang dalam KSPK. Tema pembelajaran dilaksanakan mengikut keperluan murid, setempat dan semasa.

iv. Aktiviti rutin dapat menerapkan disiplin dalam kalangan kanak-kanak merangkumi pengurusan diri, perbualan pagi, refleksi sebelum balik, membaca doa dan

makan semasa rehat mengambil lebih kurang 30% daripada masa prasekolah Kandungan merangkumi kesemua Tunjang dalam KSPK

2

Untuk penguasaan literasi awal

Page 3: Nota Kurikulum

d. Peruntukan masa prasekolah ialah empat jam sehari. Penjadualan pendidikan prasekolah adalah seperti berikut:

a. Peruntukan waktu untuk prasekolah yang menggunakan Bahasa Malaysiasebagai bahasa pengantarnya:

Bil Modul Peruntukan masa seminggu(minit)

Aktiviti Rutin 1 Rutin pagi 502 Perbualan pagi 1003 Rehat 1504 Penamat/Refleksi 50

Jumlah 350Modul Asas 5 Bahasa Malaysia 906 Bahasa Inggeris 907 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral 1208 Aktiviti luar 809 Matematik 40

Jumlah 420Modul Bertema 10 Modul bertema 430

Jumlah 430Jumlah minit seminggu 1200

b. Peruntukan waktu untuk prasekolah yang tidak menggunakan Bahasa Malaysiasebagai bahasa pengantar (Bahasa Cina/Bahasa Tamil)

Bil ModulPeruntukan masaseminggu (minit

Aktiviti Rutin 1 Rutin pagi 502 Perbualan pagi 1003 Rehat 1504 Refleksi/Refleksi 50

Jumlah 350Modul Asas 4 Bahasa Malaysia 905 Bahasa Inggeris 906 Bahasa Cina/Bahasa Tamil 907 Aktivitiluar 808 Matematik 40

Jumlah 390Modul Bertema 9 Modul bertema 460

Jumlah 460Jumlah minit seminggu 1200

e. Pengajaran dan pembelajaran di prasekolah menggunakan bahan sokongan yang disediakan oleh guru dan dibekalkan oleh KPM mengikut kesesuaian. Buku teks tidak disediakan.

f. Pentaksiran Prasekolaha. Satu proses yang sistematik untuk memperoleh maklumat perkembangan murid bagi

membantu guru membuat penilaian.b. Bertujuan untuk mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur,

mengenalpasti kecerdasan dan potensi bagi mengukuhkan pembelajaran, mengenal pasti kelebihan dan kekurangan, menjalankan tindakan susulan yang sesuai dan memberi maklumbalas tentang perkembangan murid

3

Page 4: Nota Kurikulum

c. Dilaksanakan ke atas komponen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang terkandung dalam KSPK yang merangkumi semua Tunjang.

d. Dilaksanakan dalam suasana tidak formal, secara berterusan, beretika dan hak asasi murid dipatuhi.

e. Menggunakan instrumen pentaksiran yang disediakan. f. Tiada ujian bertulisg. Pentaksiran tahap penguasaan murid terhadap pengetahuan, kemahiran dan nilai diukur

melalui Standard Prestasi. Standard Prestasi yang digunakan semasa proses mentaksir adalah seperti berikut:

Skor (Tahap) Simbol Kriteria

Telah Menguasai TMTahu dan boleh buat sendiri (sebahagian besar pengetahuan, kemahiran atau nilai dalam konstruk yang dikenal pasti ) dengan baik.

Sedang Maju SMTahu dan boleh buat beberapa besar pengetahuan, kemahiran atau nilai dalam konstruk yang dikenal pasti dengan bimbingan.

Belum Menguasai BMTahu beberapa perkara asas (yang minimum) berkaitan dengan konstruk tetapi tidak boleh buat (sentiasa memerlukan bimbingan)

h. Pada akhir setiap semester, ibubapa/penjaga akan diberi pelaporan perkembangan dan kemajuan murid seperti berikut:

Rekod Perkembangan dan Kemajuan Murid (Semester Pertama)Tunjang RumusanSains dan Teknologi Boleh mengelas mengikut bentuk,warna dan saiz. Sudah dapat menambah

dua himpunan objek dan menyatakan hasil tambah. Boleh bekerjasama dalam aktiviti kumpulan.

Komunikasi Boleh bercerita mengenai diri dan keluarga. Boleh berinteraksi dengan mesra dan bersopan dengan rakan sebaya. Sudah boleh mengenal dan membunyikan huruf abjad serta membaca perkataan mudah. Dapat menulis huruf dan perkataan serta mewarna gambar mengikut cara dan arah yang betul.

PerkembanganFizikal dan Estetika

Sudah dapat menguasai kemahiran koordinasi mata-tangan. Boleh mengemas dan menyimpan alatan yang telah digunakan dengan bantuan. Dapat membezakan objek/situasi yang selamat/merbahaya.

Kemanusiaan Sudah boleh menyatakan tentang diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan. Boleh bergaul mesra dengan rakan-rakan dan faham tentang pentingnya sikap tolong-menolong dalam kehidupan harian.

Ketrampilan Diri Boleh berkongsi peralatan sama ada alat permainan atau alat tulis. Boleh menunjukkan emosi gembira, marah, tetapi masih belum dapat menunjukkan sikap positif apabila hasil kerjanya dikatakan tidak cantik.

Kerohanian, Sikap dan Nilai

Telah menguasai cara mengambil wuduk. Mengetahui dan dapat menyebut nama Rasullullah s.a.w dan ahli keluarganya. Boleh mengecam dan menyebut huruf-huruf hijaiyyah mengikut urutan.

Ulasan Guru Ulasan Ibubapa/Penjaga

............................................ .........................................

Tandatangan Guru Tanda tangan Ibu bapa /Penjaga

............................................ .........................................

4

Page 5: Nota Kurikulum

5