nota keluarga t5_1

7
Pengurusan Keluarga Maksud Keluarga Sekumpulan manusia yang tinggal bersama di bawah satu bumbung dan mempunyai hubungan melalui perkahwinan , pertalian darah atau keluarga angkat Ahli keluarga termasuk ibu, bapa ,penjaga ,anak-anak dan saudara mara yang tinggal di tempat kediaman yang sama berkongsi sumber , dan memberi kasih sayang serta sokongan demi memenuhi keperluan dan mencapai matlamat Struktur Keluarga Struktur Keluarga Keterangan Hubungan Keluarga Nukleur Keluarga yang mengandungi kedua-dua ibu bapa dan seorang anak atau lebih sama ada anak kandung atau anak angkat yang tinggal di bawah bumbung yang sama Petunjuk O = Perempuan O = Lelaki = Perkahwinan l = Keturunan - Perhubungan rapat terhad antara mereka sahaja - Kurang berinteraksi dengan ahli keluarga yang lain - Banyak berinteraksi dengan ahli keluarga sendiri Terdiri daripada - Perhubungan tidak

Upload: razeliza

Post on 24-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

nota spm ert

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Keluarga T5_1

Pengurusan Keluarga

Maksud KeluargaSekumpulan manusia yang tinggal bersama di bawah satu bumbung dan mempunyai hubungan melalui perkahwinan , pertalian darah atau keluarga angkat

Ahli keluarga termasuk ibu, bapa ,penjaga ,anak-anak dan saudara mara yang tinggal di tempat kediaman yang sama berkongsi sumber , dan memberi kasih sayang serta sokongan demi memenuhi keperluan dan mencapai matlamat

Struktur Keluarga

Struktur Keluarga Keterangan Hubungan

Keluarga Nukleur Keluarga yang mengandungi kedua-dua ibu bapa dan seorang anak atau lebih sama ada anak kandung atau anak angkat yang tinggal di bawah bumbung yang sama

Petunjuk O = Perempuan O = Lelaki = Perkahwinan l = Keturunan

- Perhubungan rapat terhad antara mereka sahaja- Kurang berinteraksi dengan ahli keluarga yang lain- Banyak berinteraksi dengan ahli keluarga sendiri

Keluarga LuasTerdiri daripada keluarga nukleus dan saudara mara daripada kedua-dua ibu bapa seperti datuk , nenek, bapa saudara, emak saudara , sepupu, serta saudara mara yang lain yang tinggal di bawah bumbung yang sama

- Perhubungan tidak terhad- Perhubungan mesra dengan semua ahli keluarga daripada pelbagai generasi- Interaksi yang rapat antara datuk, nenek dan semua ahli keluarga- Saudara mara memainkan peranan penting dalam hidup ahli keluarga- Datuk dan nenek orang yang paling dihormati.

Page 2: Nota Keluarga T5_1

Keluarga induk tunggalTerdiri daripada ibu atau bapa ( satu induk sahaja ) dan anak-anak disebabkan oleh kematian atau perceraian atau perpisahan

- Tidak terhad antara ahli-Perhubungan antara ibu atau bapa sahaja dengan anak-anak- Induk yang tinggal akan memainkan dua peranan

Keluarga berpoligamiTerdiri daripada seorang bapa dan dua hingga empat orang ibu dan anak

Interaksi tertumpu pada ibu masing-masing

Page 3: Nota Keluarga T5_1

Keperluan Asas Hidup Berkeluarga

Keperluan Hidup Keterangan

Keperluan Primer( Keperluan Fisiologi )

- Keperluan asas yang mesti dipenuhi supaya manusia boleh terus hidup

- Contoh ; makanan , minuman, pakaian , tempat kediaman oksigen, rehat dan tidur

Keperluan Sekunder- Keperluan psikologi iaitu keperluan rohani , mental-emosi

dan sosial- Keperluan psikologi termasuk keperluan keselamatan,

keperluan sosial ,keperluan penghargaan diri dan keperluan kesempurnaan diri

- Keperluan keselamatan – hidup aman damai, bebas daripada ancaman dan mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

- Keperluan sosial – Interaksi yang sihat, memberi dan menerima kasih sayang, hormat-menghormati

- Keperluan penghargaan diri – mendapat penghargaan diri, diterima dan disanjung

- Keperluan kesempurnaan diri – mencapai kejayaan , memperkembangkan potensi diri

Faktor Yang Mempengaruhi Peranan Ahli Keluarga

Faktor KeteranganUmur - ibu bapa mencari nafkah dan mengurus sumber

- Anak remaja memerlukan asuhan dan kasih sayang serta membantu dalam pengurusan keluarga - bayi dan kanak-kanak memerlukan asuhan dan bimbingan

Gender - Anak lelaki diberi tugas yang lebih berat seperti mengangkat, merumput - Anak perempuan tugas yang rengan seperti I memasak, mengasuh adik

Kedudukan ahli keluarga - Anak sulung diberikan tugas dan tanggungjawab yang lebih berbanding anak bongsu- Ahli keluarga yang dewasa menjadi pakar rujuk dan berperanan dalam merancang dan melaksanakan tugas-tugas harian .

Status ekonomi keluarga - setiap ahli berperanan mengikut status ekonomiSosiobudaya - Peranan mengikut norma komuniti dan amalan kebudayaan

masing-masing.

Page 4: Nota Keluarga T5_1

Kitaran hidup keluarga

Peringkat Kitaran Hidup

Keterangan Masalah keluarga

Peringkat permulaan - Bermula daripada perkahwinan sehingga mendapat anak pertama- Penyesuaian antara suami dan isteri- Menjalinkan hubungan dengan saudara mara bagi kedua-dua belah pihak- Merancang keperluan rumah tangga- merancang zuriat

- Perselisihan faham antara suami isteri dari aspek keperluan, nilai dan matlamat- Perselisihan faham antara suami isteri dengan ahli keluarga yang lain- Kekurangan sumber kewangan- Belum bersedia untuk mendapat anak

Peringkat perkembangan

- Bermula dari lahirnya anak pertama dan ahli keluarga terus bertambah sehingga mereka meninggalkan rumah kerana menyambung pelajaran, bekerja atau berkahwin- Pasangan menyesuaikan peranan sebagai ibu bapa- mengasuh, membimbing , mendidik, dan memenuhi keperluan anak- memberikan kasih sayang , galakan, dan sokongan bagi perkembangan anak- menguruskan kewangan bagi memenuhi keperluan anak- berkongsi tanggungjawab dalam pengagihan kerja

Masalah penjagaan anak- pengurusan masa yang

kurang cekap- anak diabaikan- penderaan kanak-

kanak- kurang bimbingan dan

ajaran agamaMasalah sosial peringkat remaja

- Gangsterisme- Vandalisme- Melepak- Merokok- Ketagihan dadah

Masalah Kewangan- Kekurangan sumber

kewanganKonflik peranan

Peringkat pengecilan - Anak telah dewasa dan membentuk keluarga sendiri- Ibu bapa tinggal sendirian atau bersama anak- Tanggungjawab dan peranan berkurangan- Banyak masa lapang

- Terasa sunyi- diabaikan oleh anak- masalah kesihatan dan perbelanjaan lebih untuk kesihatan

Page 5: Nota Keluarga T5_1

Pengurusan Sumber Keluarga

MaksudSuatu proses perancangan , penggunaan dan penilaian aktiviti menggunakan bahan atau

punca yang ada pada diri dan persekitaran untuk mencapai matlamat keluarga

Jenis Sumber

Jenis SumberSumber Manusia Contoh Sumber Bukan

ManusiaContoh

Masa jam, hari Kemudahan masyarakat perpustakaanPengetahuan kepakaran, maklumat Wang gaji

bonus Tenaga Harta benda rumah kereta

Kemahiran membaiki alat Infrastruktur bekalan elektrik, sistem jalan raya

Sikap positif, negatifMinat membaca , mereka

ciptaKebolehan berfikir, menulis

Faktor yang mempengaruhi pengurusan sumber

1. Taraf pendidikan keluarga2. Sosioekonomi keluarga3. Saiz, komposisi dan kitaran hidup keluarga, 4. Lokasi tempat kediaman5. Sikap dan amalan pengurusan