ibnu khaldun dilahirkan di tunis

29
1.0 IBNU KAHLDUN Ibnu Khaldun dilahirkan di Tunis, Tunisia pada 1 Ramadhan 732 Hijrah bersamaan dengan 27 Mei 1332 Masihi. Nama sebenar Ibnu Khaldun ialah Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun Al- Hadrami. Selain dikenali dengan Ibnu khaldun beliau juga dikenali dengan Abu Zaid. Nama Abu Zaid diambil sempena nama putera sulungnya iaitu Zaid. Beliau juga digelar waliudin. Sultan Zahir Burquq pemerintah Mesir telah menanugerahkan gelaran Waliuddin kepada Ibnu Khaldun yang ketika itu menjadi hakim (kadi) di Mesir. Namun beliau lebih mahsyur dengan nama Ibnu khaldun. Nama Ibnu khaldun ini diambil sempena nama datuknya, Khalid bin Usman. Khalid bin Usman merupakan antara golongan pertama yang memasuki Andalusia(Sepanyol) bersama-sama golongan penakluk. Amalan kebiasaan orang-orang Andalusia dan Magribi ialah menambah

Upload: anurjoo825723

Post on 16-Nov-2015

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Ibnu Khaldun Dilahirkan Di Tunis

TRANSCRIPT

1.0 IBNU KAHLDUN

Ibnu Khaldun dilahirkan di Tunis, Tunisia pada 1 Ramadhan 732 Hijrah bersamaan dengan 27 Mei 1332 Masihi. Nama sebenar Ibnu Khaldun ialah Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun Al-Hadrami. Selain dikenali dengan Ibnu khaldun beliau juga dikenali dengan Abu Zaid. Nama Abu Zaid diambil sempena nama putera sulungnya iaitu Zaid. Beliau juga digelar waliudin. Sultan Zahir Burquq pemerintah Mesir telah menanugerahkan gelaran Waliuddin kepada Ibnu Khaldun yang ketika itu menjadi hakim (kadi) di Mesir. Namun beliau lebih mahsyur dengan nama Ibnu khaldun. Nama Ibnu khaldun ini diambil sempena nama datuknya, Khalid bin Usman. Khalid bin Usman merupakan antara golongan pertama yang memasuki Andalusia(Sepanyol) bersama-sama golongan penakluk. Amalan kebiasaan orang-orang Andalusia dan Magribi ialah menambah huruf waw dan nun dibelakang nama orang ternama sebagai tanda penghormatan. Contohnya, Khalid menjadi Khaldun. Keturunan Khalid bin Usman dikenali dengan nama Bani Kahldun dan individu-individu terkemuka yang lahir dari keluarga ini juga akan dikenali sebagai Ibnu Khaldun.

Ibnu Hazm didalam kitabnya Jumhuratu al-Ansabi al-`Arab mencatatkan bahawa keluarga Ibnu Khaldun berasal dari wilayah Hadramaut, Yaman. Nasab keturunan nenek moyang Ibnu Khaldun berasal daripada Wali bin Hujr, seorang sahabat nabi yang diutuskan bersama-sama Muawiyah bin Abi Sufiyan ke Yaman untuk mengajarkan Al-Quran. Kehidupan Bani Khaldun berpindah randah dan tidak menetap disesuatu kawasan selamanya. Nenek moyang Ibnu Khaldun pernah menetap di Hadaralmaut Yaman, Seville Sepanyol dan Tunis, Tunisa. Ibnu Khladun lahir dalam keluarga yang terkenal. Kedua-dua datuk ayah dan ibunya merupakan aktivis politik di Sevillie. Moyangnya, Abu Bakar bin Muhammad pernah menjawat menteri dalam negeri Tunisa dan seterusnya menjadi gabernor di Tunisia. Manakala datuknya Muhammad bin Abu Bakar pula merupakan menteri yang bertanggungjawab dalam megurusi Hijabah. Selain itu, Yahya Ibn Khaldun abang kepada Ibnu Khaldun merupakan seorang ilmuan yang telah menulis sejarah Dinasti Abdalwadid. Ibnu Khaldun telah menjawat banayk jawatan-jawatan penting dalam hidupnya. Beliau telah dilanting menjawat beberapa jawatan penting di Tunisia, Moroko, Bougie, Algeria dan juga Mesir. Ibnu Khladun wafat di kaherah Mesir pada 25 Ramdhan 808 Hijrah bersamaan dengan 19 Mac 1406 Masihi. Umurnya selama 76 tahun telah digunakan dengan sebaik-sebaiknya.

1.1 PENDIDIKAN IBNU KHALDUN

Sewaktu Ibnu Khaldun membesar, Tunisa merupakan tempat para ulamak dan ilmuan Andalusia berkumpul. Hal ini demikaian kerana, kekacauan dan pergolakan politik telah berlaku pada zaman itu sehingga mendesak para ilmuan untuk berhijrah meninggalkan Andalusia dan kebanyakan dari mereka telah berhijah ke Tunisa. Melihat kepada kelebihan ini, bapa Ibnu Khaldun telah menggalakkan anak-anaknya untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin dengan ilmuan dan ulama-ulama besar yang berada di Tunisa. Tambahan pula, keluarga Ibnu Khaldun sememangnya dikenali dengan kehebatan mereka dalam bidang keilmuan. bapa Ibnu Kaldun sendiri merupakan seorang ahli ilmu dan sastera. Beliau telah menjadi guru Bahasa Arab kepada Ibnu Khaldun. Beliau sanggat menekankan soal pendidikan terhadap anak-anaknya. Beliau sentiasa menggalakan anak-anaknya untuk menuntut ilmu dengan tokoh-tokoh ilmuan yang berada di Tunisa ketika itu.

Ibnu Khaldun telah membesar dalam keadaan yang sanggat cintakan ilmu. Beliau telah mempelajari Al-Quran semasa masih kecil dan menghafalnya ketika usia kanak-kanak lagi. Beliau telah menuntut berbagai ilmu agama seperti fiqah, tafsir, hadis, dan ilmu-ilmu berbentuk akli seperti ilmu logik, falsafah dan matematik daripada beberapa ulama yang terkenal. Antaranya ialah, Muhammad bin Saad bin Burral al-Anshari, Muhammad bin Bahr, Muhammad bin al-Arabi al-Hushari, Muhammad bin Sulaiman As-syaththi. Selain itu, beliau telah mempelajari ilmu fiqih Maliki daripada ulama terkenal, Abu Abdilah Muhammad bin Abdillah al-Jayyani al-Faqih Al-Maliki. Terdapat dua ulama besar yang telah banyak mempengaruhi pemikiran Ibnu Khaldun pertamanya ialah Muhammad bin Abdil Muhaimin Bin Abdi l-Muhaimin al- Hadlrami. Ibnu khaldun telah mempelajari hadis, biografi, dan ilmu-ilmu bahasa daripadanya. Keduanya ialah, Abu Abdillah Muhammad Bin Ibrahim Al-Abilli yang merupakan pakar dalam ilmu logik, matematik, metafizik, fizik, falak dan muzik. Semasa Ibnu Khaldun di Fez, belaiu telah mendapat pendidikan tinggi daripada beberapa orang guru seperti Ahmad bin Al-Qassar dan Lisanuddin bin Al-Khatib iaitu pengarang kitab Tarikh Gharnatah (Sejarah Granada). Antara kitab-kitab yang pernah dipelajari oleh Ibnu Khaldun ialah Al-lamiyah Fi l-Qiraat dan Ar-Raiyah Fi Rasmil-Mushaf, kedua-duanya merupakan karya Asy-Syathibi. At-Tashil Fi Ilmi l-Nahwi karangan Abdul Faraj Al-Asfahani, sebahagian besar kitab-kitab hadis terutamanya Sahih Muslim dan kitab Muwatta' karya Imam Malik.

1.2 PERIBADI IBNUN KAHLDUN

Ibnu khaldun merupakan seorang yang sangat berani. Beliau hidup didalam zaman yang sering berlaku pergolakan, pembunuhan pemimpin, penggulingan sultan, fitnah terhadap pemimpin dan ancaman dipenjarakan. Namun, Ibnu Khladun tidak sekali-kali takut dengan keadaan politik yang tidak stabil ini. Malah belaiu sendiri telah menjadi ahli politik pada zaman yang penuh dengan pergolakan. Ibnu khaldun sendiri pernah dipenjarakan selama dua tahun oleh Sultan Abu Anan. Berdasarkan pengalaman, pengamatan dan penghayatan beliau dalam dunia politik, beliau mampu menghasilkan tulisan-tulisan yang sangat bermanfaat untuk generasinya dan generasi masa hadapan.

Ibnu Khaldun adalah seorang yang tekun dalam menuntut ilmu. Walaupun beliau sibuk dengan tugas pentadbiran, namun tugas-tugas rasmi beliau tidak pernah menghalang belliau daripada menuntut ilmu. Semasa Ibnu Khaldun di Kota Fez, beliau telah dilantik oleh Sultan Abu Anan untuk menjawat jawatan setiausaha dan beberapa jawatan penting yang lain. Disebalik kesibukan hariannya, Ibnu Khladun sempat untuk berguru dengan ulama-ulama dan saterawan yang telah berhijrah dari Tunisa ke Fez akibat serangan wabak taun yang serius di Tunisia. Semasa di Fez ibnu khaldun telah berguru dengan Lisanuddin bin Al-khatib, pengarang kitab Tarikh Gharnatah (Sejarah Granada). Tambahan pula pada ketika itu, perpustakaan di Fez dikatakan perpustakaan Islam terlengkap pada masa itu. Keadaan di kota ini sangat membantu Ibnu Khaldun dalam menimba ilmu pengatahuan.

Ibnu Khaldun merupakan seorang ahli pemikir yang melangkaui zaman. Beliau telah menghasilkan kitab agungnya iaitu Al-Ibar yang berkisar mengenai ilmu sosiologi. Kaedah-keadah pengkajiannya terhadap sejarah berbeza dengan keadah sedia ada kerana ahli sejrah sedia ada hanya mencatat sejarah sebagai fakta. Contohnya ahli sejrah sedia ada mencatatkan nama peristiwa dan tahun berlaku peristiwa tersebut. Namun berlainan dengan Ibnu Khladun, beliau bukan sekadar mencatatkan peristiwa malah beliau membincangkan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut. tulisan-tulisan kreatif Ibnu Khldun ini berdasarkan pengalaman dan pemikiran kreatifnya sehingga Berjaya menjadikan sejarah sebagai satu bidang ilmu yang unggul. Ini terbukti apabila buku-bukunya telah dikaji oleh masyarakat dunia.

Selain itu, Ibnu Khaldun mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dalam dirinya. Beliau telah mewarisi sifat ini daripada nenek moyangnya. Beliau telah menjawat banyak jawatan penting sepanjang usianya antaranya ialah setiausaha negara di istana Sultan Abu Ishaq Bin Abi Yahya dan Sultan Abu Annan, anggota Majlis Ilmiah. anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi Al-Hasan di Fez, duta Granada, Perdana Menteri (Hajib) Bougie dan Ketua Hakim (Qadhi Al-Dudhah) di Mesir. Ibnu Khldun menjawat jawatan penting dipelbagai negeri dan pelbagai kerajaan pemerintah. Hal ini disebabkan kerana kecekapannya dalam mentadbir serta keupayaannya untuk mengemukakan idea-idea bagi memajukan negara. Tambahan pula, Ibnu Khaldun mempunyai hubungan baik dengan pemimpin negeri-negeri tersebut sehingga beliau ditawarkan beberapa jawatan penting oleh kerajaan.

Ibnu Khaldun merupakan seorang yang pandai mengambil hati orang lain. Ketika Ibnu Khaldun menjadi setiausaha kepada Sultan Annan di Talmasan, belaiu cuba merancang untuk membebaskan pemimpin Bijaiyah yang telah dipenjarakan selepas kerajaanya digulingkan. Namun nasib tidak menyebelahi Ibnu Khladun. Sultan mengetahu perancangannya itu dan telah murka kepada Ibnu Khaldun. Beliau telah dipenjarakan oleh sultan selama dua tahun. Selama didalam penjara, beliau sentiasa berusaha untuk menghubungi sultan bagi meminta keampunan dari baginda sultan. Ketika inilah Ibnu Khaldun telah mengarang bait-bait syair yang telah menyentuh perasaan Sultan Annan sehingga baginda menjanjikan pembebasanya. Peristiwa ini menunjukkan Ibnu Khaldun sanggat pandai menggunakan syair untuk menarik belas kasihan sultan. Tambahan pula, masyarakat sememangnya terkenal dengan kebolehan bait-bait syair yang menyentuh hati.

Keperibadian lain Ibnu Khladun ialah beliau merupakan seorang yang pentingkan pengajian Al-Quran. Sebagai seorang yang hafiz al-quran, beliau begitu menyanjung tinggi akan kehebatan Al-Quran. Beliau telah mengatakan Ketahuilah bahawa pendidikan Al-Quran termasuk syiar agama yang diterima oleh umat Islam di seluruh dunia Islam dapat meresap ke dalam hati dan memperkuat iman dan pengajaran al-quran pun patut diutamakan sebelum mengembangkan ilmu-ilmu yang lain.

Sepanjang hidup Ibnu khaldun, beliau sentiasa difitnah oleh musuh politiknya dan dikianati oleh pemerintah yang zalim. Namun, beliau sentiasa bersabar dan bijak mengatur stategi untuk menyelamatkan dirinya daripada dipenjarakan dan dihukum bunuh. Sebagai contoh, ketika di Mesir Ibnu Khaldun telah diberi kepercayaan untuk mengetuai badan kehakiman oleh Sultan Zahir Barqa. Ibnu Khaldun cuba membawa reformasi terhadap badan kehakiman yang ketika itu sedang berhadapan dengan masalah amalan rasuah. Ibnu Khaldu telah membawa perubahan dalam bidang kehakiman ini dengan melakukan pembaharuan dalam undang-undang. Segala usaha murni Ibnu Khladun ini telah dicemari dengan fitnah oleh musuh-musuh politiknya sehinggakan sultan melucutkan jawatan ketua hakim daripada ibnu khaldun. Kemudian beliau telah mengasingkan diri dengan mengerjakan haji dan melawat masjid Al-Aqsar. Kemudian beliau pulang semula ke Mesir. Sultan ketika itu telah menyedari bahawa Ibnu Khaldun berada pada pihak yang benar dan telah menjadi mangsa fitnah. Baginda dengan berbesar hati telah memberikan semula jawatan ketua hakim kepada Ibnu Khaldun.

2.0 KARYA IBNU KHALDUN

Ibnu khaldun telah menghasilkan beberapa karya yang sangat bermutu dan diterima pakai sehingga hari ini. Karya-karya Ibnu khaldun telah dikaji dan diterjemah dalam pelbagai lidah bahasa.

Kitab Al-Ibar Wa Diwan Al-Mubtada Wal Khabar Fi Ayyamil Arab Wal Ajam Wal Barbar Wa Man Asarahum Min Zawi Al-Sultan Al-Akbar

Kitab ini terdiri dari muqaddimah dan tiga bab yang dibincangkan dalam tujuh jilid. Mukadimah dan bab satu kepada kitab ini dimuatkan didalam satu jilid yang dikenali sebagai Muqaddimah Ibnu Khaldun. Kitab ini dikarang oleh Ibnu Khaldun sekitar tahun 779 hijrah/ 1377 masihi semasa beliau tinggal di benteng Ibnu Salamah di Aljazair, Algeria. Ibnu khaldun mengambil masa selama lima bulan untuk menyiapkan kitab Muqaddimah. Kitab ini dikarang berdasarkan catatan-catatan Ibnu Khladun dan rujukan-rujukan di benteng Ibnu Salamah.

Melalui kitab ini, Ibnu Khaldun telah menanalisis mengenai gejala-gejala sosial yang berlaku. Kitab ini mengandungi pendahuluan dan enam bab yang membincangkan mengenai pelbagai aspek.

Pendahuluan kepada buku ini terkandung di dalam tujuh muka surat yang membicarakan mengenai kajian-kajian yang dilakukan oleh ilmuan-ilmuan sebelumnya. Ibnu Khaldun telah mencatat kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kajian ilmuan terdahulu. Antaranya ialah beliau menyatakan sejarawan-sejarawan telah menghasilkan karya-karya yang tidak asli iaitu dengan menciplak karya-karya sebelumya. Tambahan pula, mereka tidak cuba untuk menambahkan ilmu pengatahun.Sejarawan sesudah meraka itu adalah muqallid (pengikut tradisi) dan tidak mengenali sesuatu yang asli serta tumpul akal dan mereka tidak berusaha untuk mengatasi ketumpulan itu (Khaldun, 1379). Didalam pendahuluan kitab ini, pembaca akan dapat memahami sebab mengapa Ibnu Khaldun telah mengarang kitab ini. Ibnu Khaldun mengarang kitab ini hasil kesedaranya terhadap kaedah penulisan sejarah pada masa itu yang banyak mempunyai kelemahan. Melalui kitabnya ini, beliau cuba untuk menyingkap keadaan yang berlaku di pelbagai generasi. Beliau cuba untuk mengubah cara penilaian ahli sejarah terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku melalui kitab-kitab yang dikarangnya ini. Diakhir bahagian ini, Ibnu Khaldun telah merakamkan ucapan terima kasih beliau kepada Sultan Moroko Barat,Sultan Abdul Aziz bin Hassan Al-Mazini. Satu naskah buku ini telah diberikan kepada Sultan Tunisia, Abu Abbas.

Pada Bab Kedua dan Ketiga, buku ini pula ia membincangkan sebab-sebab yang membezakan faktor antara masyarakat primitif dengan masyarakat modern. Selain membincangkan bagaimana sistem pemerintahan dan urusan politik dalam masyarakat terutamanya masyarakat arab Badwi. Manakala bab empat pula berkisar perkembangan kota-kota dan perbezaanya dengan kota yang lain. Antara lainnya beliau mengaitkan perkembangan kota dan petempatan manusia dengan pengaruh geografi. Seterusnya bab lima memaparkan pandangan-pandanganya terhadap ekonomi individu, ekonomi masyarakat dan ekonomi negara. Akhir sekali bab enam menghuraikan pedagogi ilmu dan cara mempelajarinya.

Seterusnya bahagian kedua kitab Al-Ibar ditulis dalam empat jilid membahaskan mengenai sejarah kehidupan bangsa arab. Ibnu Khaldun telah membahaskan mengenai sejarah keturunan arab sejak mereka diciptakan sehingga zaman kehidupan Ibnu Khaldun. Selain itu, Ibnu Khladun turut membicarakan mengenai sejarah perkembangan Islam dan sejarah perkembangan masyarakat timur. Selain itu, bahagian kedua kitab ini juga membahaskan mengenai sejarah perkembangan masyarakat dan negara sezamannya. Antaranya ialah kaum Suryani, Parsi, Bani Israel, Qibti, Yunani, Romawi, Turki dan kaum Eropah.

Manakala bahagian terakhir kitab ini membicarakan mengenai, sejarah kehidupan kaum Barbar dan sejarah kehidupan masyarakat pesisir barat. Ibnu Khaldun telah menerangkan perihal raja-raja yang mempunyai rumah-rumah di pesisir barat. Kitab ini diakhiri dengan jilid tujuh yang membicarakan mengenai bibilorafi Ibnu Khaldun. Jilid tujuh dilengkapi dengan catatan sejarah kehidupan Ibnu Khladun yang berjudul Tarif Ibnu Khladun Mualliful Kitaab, wa Rihatuhu Gharban wa Syarqan yang bermaksud Bibiliografi Ibnu Khaldun Sang Penulis Buku, Serta Riwayat Perjalannya ke Daerah Timur dan Barat.

Karya-karya lain yang bernilai sangat tinggi diantaranya, Lubab al-Muhassal fi Ushul ad-Diin yang merupakan sebuah kitab tentang permasalahan dan pendapat-pendapat teologi. Ia adalah ringkasan dari kitab Muhassal Afkaar al-Mutaqaddimiin wa al-Mutaakh-khiriin karya Imam Fakhruddin ar-Razi. Selain itu, Ibnu Khladun juga telah mengarang sebuah buku Matematik. Bagaimanapun,buku matematik ini sudah tidak wujud lagi.

Pengaruh pemikiran Ibnu Khladun dalam bidang sejarah, falsafah sejarah,sosiologi, sains politik dan pendidikan amat besar sehinggakan buku-bukunya telah diterjemah dalam banyak bahasa timur dan barat antaranya ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Urdu, Bahasa Jerman, Bahasa Turki dan juga Bahasa Melayu. Kitab muqddimah dikenali dalam bahasa inggeris dengan nama Prolegomenon dan juga An Arab Philosophy of History. Kitab kitab yang telah diterjemah kedalam bahasa lain sentiasa dikaji dan diperbaharui

3.0 SUMBANGAN IBNU KHALDUN 3.1 Pengasas Ilmu Sosiologi

Dunia telah mengiktiraf Ibnu Khladun sebagai bapa sosiologi kerana dia telah melakukan revolusi terhadap pengkajian sejarah yang sedia ada. Dalam kajian sejarah beliau, telah memperluaskan bidang pengkajian sejarah dengan menfokuskan sesuatu peristiwa sejarah kepada dua ketogori asas. Ketogori pertama ialah akal. Manakala ketogori kedua pula ialah undang-undang sosial dan fizikal keadaan setempat. Selain itu, dalam kajian sejarah beliau, Ibnu Khaldun telah menekankan kepada empat perkara dalam menganalisis sesuatu peristiwa sejarah. Pertama sekali beliau mengaitkan peristiwa-peristiwa antara satu sama lain melalui sebab dan akibat. Keduanya ialah beliau membuat analogi antara masa lalu dan masa sekarang. Seterusnya Ibnu Khaldun mengambil kira kesan terhadap persekitaran. Perkara kempat pula ialah beliau mengambil kira kesan keadaan yang diwarisi dan ekonomi.

Seluruh dunia berterima kasih kepada Ibnu Khladun kerana jasa beliau dalam memperkenalkan skop kajian baru dalam sejarah. Beliau merupakan orang yang pertama menganalisis sesuatu peristiwa dengan menekankan sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku Beliau merupakan insan yang pertama yang mengkaji sejarah dari skop sebab dan akibat. Ibnu Khaldun juga mengaitkan perubahan sistem sosial antara masyarakat dengan faktor persekitaran seperti iklim, tanah, makanan, sumber galian, kemampuan berfikir, jiwa dan emosi mereka. Ahli-ahli sosiologi dunia kini menggunakan kaedah yang ditinggalkan oleh Ibnu Kaldun dalam mengkaji sesuatu peristiwa sejarah. Hal ini demikian kerana, kaedah yang dibawa Ibnu Khaldn ini lebih teliti dan tepat berbanding dengan keadah lama yang hanya merekod sejarah tanpa memahami sebab-sebab sebenar yang menyebabkan sesuatu peristiwa berlaku.

Selain itu, Ibnu Khaldun telah meninggalkan teori yang amat berguna dalm mengkaji sesebuah usia kerajaan. Beliau membuat teori bahawa purata usia sesebuah negara bertahan dalam tiga generasi dan usia satu generasi bertahan selama 40 tahun. Ini bermakna purata usia sebuah negara 120 tahun. Usia tiga generasi pula, dibahagikan kepada empat tahap. Pertamanya ialah primitive, keduanya ialah pemilikan, ketiga beradab dan kemakmuran. Tahap keempat pula ialah kelemahan dan kerosakan. Teori ini telah digunakan oleh ahli-ahli sejarawan dunia untuk menilai jatuh bangusnya sesebuah kerajaan,

Selain itu, ideanya yang menarik dalam kitab Al-Muqaddimah mendorong para pengkaji dan pemikir untuk mengiktiraf beliau sebagai tokoh sarjana dan sejarawan yang mengatasi sejarawan sebelumnya seperti Al-Tabari dan Al-Masudi. Manakala, Dr. Bryan S. Turner, pakar sosiologi di Universiti of Aberdeen, Scotland dalam artikelnya The Islamic Review & Arabic Affairs telah mengulas tentang karya-karya Ibnu Khaldun. Beliau menyatakan, Tulisan-tulisan sosial dan sejarah dari Ibn Khaldun hanya satu-satunya dari tradisi intelektual yang diterima dan diakui di dunia Barat, terutama ahli-ahli sosiologi dalam bahasa Inggeris. Salah satu tulisan yang sangat menonjol dan popular adalah Muqaddimah (pendahuluan) yang merupakan buku terpenting tentang ilmu sosial dan masih terus dikaji hingga saat ini. Beliau juga mengangap Ibnu Khladun sebagai orang yang pertama yang mencuba menerangkan dengan lengkap evolusi dan kemajuan sesuatu masyarakat melalui sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku dan juga pengaruh persekitaran. Selain itu, Jamil Ahmad seorang ilmuan Pakistan melalui bukunya Seratus Muslimin Terkemuka menyatakan cendikiwan-cendikawan barat terhutang budi pada rakyat Tunisia yang cendikiwan ini kerana bimbingannya dalam bidang sosiologi.

4.0 Sumbangan Dalam Ekonomi

Ibnu Khaldun merupakan seorang tokoh ekonomi Islam yang unggul mendahului tokoh-tokoh ekonomi barat seperti Adam Smith (1723-1790) dan David Ricardo (1772-1823). Beliau telah membahagikan sector ekonomi kepada tiga bahagian iaitu, sektor pengeluran, pertukaran dan khidmat awam. Dalam tulisanya beliau amat menitik beratkan soal ekonomi. Ini adalah kerana, menurut pandangan Ibnu Khladun, ekonomi yang baik dan makmur dapat memberi memberi kesenangan hidup kepada rakyat disamping dasar-dasar pemerintah yang baik. Keadaan ini akan melahirkan para perniaga yang baik dan berjaya. Beliau juga memberi panduan dalam bidang pencukaian. Pendapat-pendapat beliau dalam bidang percukaian telah mempengaruhi presiden Amerika Syarikat, Presiden Reagan untuk menggunakan pandangan percukaian Ibnu Khladundidalam pemerintahnya. Presiden Reagan dengan terang-terangan telah memuji pandangan Ibnu Khladun dalam bidang percukaian. Selain itu, Ibn Khaldun sempat memajukan beberapa perkara penting dalam bidang ekonomi dan teori kewangan. Beliau telah membuktikan bahawa dalam beberapa keadaan masyarakat, pendapatan kerajaan yang lumayan tidak akan menjejaskan ekonomi secara menyeluruh sedangkan dalam keadaan yang lain pula, sebuah kerajaan yang kurang makmur mengalami kemerosotan ekonomi disebabkan perbelanjaan kerajaan.

5.0 Sumbangan Dalam Penulisan

Ibnu Khaldun telah membawa satu penulisan yang baru dan diikuti oleh penulis-penulis buku kini. Ibnu Khladun melalui kitab agung nya Al-Ibar telah menuliskan autografi dirinya pada jilid tujuh dan jilid terakhir daripada kitabnya itu. Beliau telah menceritakan sejarah hidupnya secara terperinci dan setiap peristiwa dalam hidupnya dicatat oleh Ibnu Khaldun. Antara yang ditulis oleh Ibnu Khladun ialah sejarah pendidikannya, jawatan-jawatannya dan peristiwa-peristiwa penting dalam hidupnya. Penulis-penulis buku telah meniru cara Ibnu Khladun ini. Cuba kita lihat pada buku-buku di pasaran. Di bahagian luar buku-buku pasti aka nada autografi si pengarang buku itu. Inilah antara perubahan yang dibawa oleh ibnu kahldun, si pemikir agung.

6.0 Ulasan Pandangan Ibnun Kahldun

Membaca Legasi Pemikiran Ibn Khaldun dalam Dunia Pendidikan membuatkan penulis benar-benar terpegun. Sesungguhnya Ibn Khaldun adalah perintis dalam bidang pendidikan di mana beliau banyak mengemukakan idea-idea besar tentang bagaimana sikap yang sepatutnya ada dalam proses pendidikan. Kita dapat Lihat saranan beliau tentang aspek berfikir. 6.1 Relevensinya di Malaysia.Kini, Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) telah diterapkan di dalam kurikulum sekolah di Malaysia. Ini menunjukkan, kemahiran berfikir ini telah lama disarankan oleh Ibn Khaldun lebih dari 600 tahun yang dulu. Betapa hebatnya pemikiran beliau di mana beliau dapat memberi idea yang segar dan masih relevan walaupun kini kita telah memasuki abad 21. Selain itu saranan beliau bahawa pembelajaran perlu bermula dari yang mudah kepada yang sukar adalah relevan dengan salah satu kaedah pedagogi pengajaran dan pembelajaran .Selain itu, saranan beliau iaitu amalan menghafal ilmu semata-mata tanpa kefahaman boleh menghilangkan kreativiti dan mengakibatkan kejumua dan fikiran adalah benar. Kini, kebanyakkan soalan-soalan peperiksaan tidak hanya berkenaan hafalan fakta semata-mata, tetapi terdapat juga soalan-soalan berbentuk aplikasi. Penulis sebagai seorang guru dapat menilai bahawa soalan aplikasi hanya dapat dijawab oleh pelajar-pelajar yang benar-benar mahu berfikir. Seterusnya berkenaan saranan beliau berkenaan pelajar perlu dilayan secara berhikmah juga adalah benar dan guru harus menunjukkan akhlak yang terpuji. Pelajar tidak boleh dilayan dengan kekerasan dan hukuman sepanjang masa. Hukuman adalah perlu tetapi ia juga perlu diseimbangkan. Kini, wujudnya jawatan kaunselor sepenuh masa sedikit sebanyak dapat meredakan ketegangan antara pelajar dan guru. Kemungkinan sikap dan akhlak guru sendiri yang negatif telah memberi kesan kepada pelajar. Sikap seperti mengajar sambil lewa dan tidak ikhlas serta tidak menepati masa sedikit sebanyak menjadi ikutan kepada pelajar dan hilang rasa hormat pelajar kepada guru-guru.

Kaedah dan teknik mengajar anak-anak juga tidak boleh dipandang ringan. Teknik pengajaran yang tidak betul akan menyebabkan anak-anak merasakan sesuatu yang diajar itu sukar dan membosankan. Saranan ini dapat dipraktikkan oleh guru-guru dalam sentiasa mencari formula yang berkesan dalam penyampaian pengajaran. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah pelajar ponteng, tidur di dalam kelas, mengganggu pelajar lain dan sebagainya. Selain itu, pendidikan akhlak juga amat penting untuk dititikberatkan di dalam jiwa anak-anak. Anak-anak kecil tidak seharusnya didedahkan dengan perlakuan seperti menyanyi dan menari di khalayak ramai, berpakaian mendedahkan dan sebagainya kerana kelak akan hilang sifat malu di dalam diri mereka apabila dewasa. Walau bagaimanapun, anak-anak tidak wajar dihalang untuk diberi pendidikan sosial seperti berkawan, bertukar-tukar pendapat, menyertai pertandingan, bersukan dan lain-lain. Ini kerana pendidikan sosial dapat memberi bimbingan kepada anak-anak kelak dalam proses pembesaran dan seterusnya mencari pekerjaan apabila tiba masanya.

Seterusnya Ibn Khaldun memberi penekanan kepada pendidikan psikologi. Tidak dinafikan anak-anak pasti akan ada melakukan kesalahan. Ketegasan adalah perlu tetapi haruslah dengan penuh kasih sayang. Hukuman perlu menjadi pilihan yang terakhir. Berbeza dengan kebanyakkan ibubapa kini, hukuman dan leteran yang panjang menjadi pilihan pertama. Apabila anak-anak itu memberontak dengan cara lari dari rumah dan sebagainya, barulah kita mahu menggunakan pendekatan psikologi dengan memujuk dan mengajak untuk berbincang.

Menyentuh tentang teori kemasyarakatan dan kenegaraan, Malaysia masih mencari satu formula yang kukuh bagi membentuk sebuah masyarakat yang menekankan semangat perpaduan dan integrasi. Terkini, kerajaan telah memperkenalkan konsep 1 Malaysia. Ibn Khaldun memberi tumpuan kepada konsep Asabiyah. Konsep Asabiyah mungkin boleh digunakan sebagai cetusan idea untuk merapatkan hubungan etnik di Malaysia. Menurut Ibn Khaldun, kelanjutan dan kemakmuran sesuatu masyarakat adalah amat bergantung kepada semangat Asabiyah. Kemewahan dalam masyarakat moden menyebabkan kehilangan nilai murni dalam kehidupan. Masyarakat moden menuju ke arah cara hidup yang hanya mementingkan diri dan tidak mementingkan perhubungan dalam perpaduan. Sebab itulah dapat kita lihat, semakin mewah sesuatu kawasan perumahan itu, semakin sunyi persekitarannya. Masing-masing membuat hal sendiri di dalam rumah agama masing-masing hingga jiran sebelah rumah pun kadangkala tidak dikenali. Apa yang paling baik ialah kesederhanaan dalam kehidupan dan berpegang kepada ajaran agama.

Perubahan sosial dari kehidupan besederhana kepada kehidupan mewah juga telah menyebabkan masyarakat begitu menghargai masa. Sebagai contoh, penyediaan makanan di dalam majlis kenduri-kendara telah diganti dengan sistem catering. Cara tradisi bergotong-royong antara ahli komuniti telah terhapus, bukan sahaja mengurangkan peluang berinteraksi bahkan boleh merosakkan hubungan perpaduan. Restoran-restoran makanan segera yang giat berkembang kini juga ekoran dari kehidupan manusia yang mengejar masa. Akibatnya, jiwa anak-anak kian keras kerana sering benar makan makanan yang tidak seimbang dan bukan dari air tangan ibu yang diiringi dengan kasih saying.

Pemikiran Ibn Khaldun berhubung dengan ekonomi mampu menjadi penggerak dan pencetus idea pembangunan masyarakat terkini. Pemikiran beliau dilihat tidak bertentangan dengan nilai-nilai kehidupan yang sedang masyarakat lalui kini. Analisis beliau mengenai perubahan masyarakat dan ekonomi masih relevan hingga kini. Membaca pemikiran beliau tentang ekonomi membuatkan penulis berasa kagum dengan idea-idea segar, logik dan masih relevan untuk digunakan hingga sekarang. Melihat kepada teori beliau dalam bidang ekonomi, membuatkan kita terlupa bahawa teori-teori ini telah diketengahkan lebih dari 600 tahun dahulu. Beliau juga mengingatkan kita untuk hidup dalam kesederhanaan di mana kemewahan akan menyebabkan kita lupa diri, seterusnya boleh menjatuhkan sesuatu tamadun. Dalam bidang ekonomi, Ibn Khaldun telah meletakkan tiga bidang utama iaitu pertanian, kemahiran dan perdagangan. Kita seharusnya mengambil pandangan Ibn Khaldun ini di mana negara kita sememangnya kaya dengan sumber alam. Disebabkan terlalu terikut-ikut dengan arus barat, kita telah memberi fokus kepada bidang perindustrian. Situasi ini lebih banyak mendatangkan kerugian berbanding keuntungan. Dalam bidang industri, modal yang banyak diperlukan. Modal yang berjutaan ringgit ini dilaburkan oleh pelabur-pelabur luar. Mereka ini kebanyakkannya tidak ikhlas di mana selepas satu tahap tertentu iaitu apabila keuntungan telah diperoleh, mereka akan pergi tanpa meninggalkan apa-apa keuntungan untuk negara kita. Begitu juga dengan isu tenaga buruh. Pengambilan pekerja asing bagi memenuhi permintaan sumber tenaga manusia dalam bidang industri telah menimbulkan banyak kesan sampingan yang lebih banyak negatif berbanding positif. Ibn Khaldun juga ada menyatakan secara sinis tentang budaya menindas orang lain dan mendapatkan perlindungan politik dengan tujuan untuk menjaga kedudukan dan kekayaan. Ketidak adilan pemerintah juga dihuraikan oleh beliau sebagai satu bentuk penindasan ke atas rakyat.

Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada zaman pertengahan telah menasihatkan ibu bapa dan golongan pendidik.Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar, pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan latihan.

7.0 KesimpulanKetokohan Ibnu Khaldun sebagai seorang pemikir Islam yang mendahului zaman jelas terbukti , apabila kebanyakan daripada teori,buah pemikiran,pandangan atau pun cadangan bersifat pandang jauh dan masih tetap relevan untuk diaplikasi bagi kandungan pada zaman moden ini .Seterusnya diharapkan agar pemakaian paradigma yang telah dirintis oleh Ibnu Khaldun ini , suatu hari nanti bakal melahirkan tokoh-tokoh sarjana yang unggul pada masa akan datang.

Rujukan

1. Halaqah.net2. Milandows.blogspot.com3. www.rcribd.com4. ms.wikipedia.org5. TAMADUN MELAYU (Jilid Satu)Ismali Hussein (Fajar Bakti sdn.bhd).A.Aziz Deraman 6. Tamadun Dunia(Fajar Bakti sdn.bhd)bahasa Dan Pustaka Sivachanralingam Sundara Raja.Ayadurai Letchumanan 7. Tamadun Islam .Mahayudin Hj.Yahya (Siri Sejarah fajar Bakti)

LAMPIRAN

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, kerja kursus ini dapat disiapkan tepat pada masanya.Dalam menyiapkan kerja kursus ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak.

Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Puan pensyarah di atas bimbingan dan teguran yang sangat berharga semasa membuat kerja kursus ini .

Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan unit Bahasa Tamil Sem 1 yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha semasa dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.

Sekian, terima kasih.