kerja kursus titas ibn khaldun

24
PENGHARGAAN مس ب له ال ن م ح ر ل ا م ي ح ر ل ا ه ركات ب له و ال مه ح م ور ك ي ل ع لام س ل اAlhamdulillah, saya melafazkan syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya pada tempoh yang telah ditetapkan. Sekalung budi dan penghargaan saya hadiahkan kepada Encik M. Asrar bin Siron selaku pensyarah mata pelajaran Tamadun Islam saya yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan juga maklumat serta membantu dalam menyiapkan tugasan berkaitan dengan Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini. Kepada kedua suami dan anak-anak saya yang tidak jemu memberi sokongan serta dorongan baik dari segi moral mahupun material, sehinggalah saya berjaya menghasilkan tugasan yang telah diberikan ini. Buat rakan-rakan yang turut membantu dengan menyumbangkan idea- idea serta berkongsi maklumat dengan saya. Akhir kata, saya mengucapkan setinggi terima kasih dan juga penghargaan kepada semua pihak di atas kesudian untuk membantu dalam memberikan kerjasama serta menyumbang tenaga dan idea, baik secara langsung mahupun tidak langsung sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini.

Upload: suhada-sohot

Post on 22-Jun-2015

2.879 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja kursus titas ibn khaldun

PENGHARGAAN

الرحيم الرحمن الله بسم

السالم عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, saya melafazkan syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah

kurnia dan izin-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya pada tempoh

yang telah ditetapkan.

Sekalung budi dan penghargaan saya hadiahkan kepada Encik M. Asrar bin Siron selaku

pensyarah mata pelajaran Tamadun Islam saya yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan

juga maklumat serta membantu dalam menyiapkan tugasan berkaitan dengan Tamadun Islam

dan Tamadun Asia ini. Kepada kedua suami dan anak-anak saya yang tidak jemu memberi

sokongan serta dorongan baik dari segi moral mahupun material, sehinggalah saya berjaya

menghasilkan tugasan yang telah diberikan ini. Buat rakan-rakan yang turut membantu dengan

menyumbangkan idea-idea serta berkongsi maklumat dengan saya.

Akhir kata, saya mengucapkan setinggi terima kasih dan juga penghargaan kepada

semua pihak di atas kesudian untuk membantu dalam memberikan kerjasama serta

menyumbang tenaga dan idea, baik secara langsung mahupun tidak langsung sehingga saya

berjaya menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih

Page 2: Kerja kursus titas ibn khaldun

PRAKATA

Islam menggalakkan penganutnya berfikir dengan rasional dan kritikal, sebaliknya

menegah penganutnya mengikut sesuatu dengan membabi buta. Pemikiran rasional dan kritikal

tidak akan membenarkan individu dipengaruhi dan hanya mempercayai berita yang

disampaikan tanpa melalui penapisan dan pertimbangan yang sesuai.

Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun ataupun lebih dikenali sebagai Ibn Khaldun

merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1332 – 1395.

IbnKhaldun, ilmuan sains sosial , pakar sejarah Arab teragung,ahli sosiologi Islam tersohor di

sepanjang sejarah merasa terpanggil untuk mewujudkan kaedah baru bagi memahami, menilai

dan mendapatkan kebenaran sejarah. Ibn Khaldun telah membuat anjakan paradigma di dalam

metodologi yang diguna pakai oleh para sejarawan Islam yang terdahulu daripadanya di dalam

menghasilkan apa yang dipanggil sejarah.

Bagi menyampaikan falsafahnya lahirlah buku Al-Muqaddimah . Masyarakat Eropah

mengenalinya sebagai Prolegomena. Al-Muqaddimah Ibn Khaldun secara ringkas di panggil

’Philosophy of history’ menyentuh perihal penulisan sejarah. Ibn Khaldun tidak melihat sejarah

itu semata-mata sebagai susunan fakta-fakta yang diperturunkan dari keturunan yang lepas,

juga fakta-fakta yang ada unsur penambahan dan pemalsuan. Itu yang dilakukan oleh

sejarawan sebelumnya. Beliau menggalakkan sejarawan lebih kritikal dalam membaca dan

menilai teks-teks sejarah. Juga menekankan kepentingan berfikir dan mengambil kira pelbagai

faktor sebelum mengiakan sesuatu sejarah supaya sejarah itu tidak salah. Namun begitu Ibn

Khaldun tetap menyanjung tinggi usaha-usaha para sejarawan generasi terawal Islam yang

telah membuat sumbangan besar dalam pengumpulan fakta-fakta sejarah.

Page 3: Kerja kursus titas ibn khaldun

JAWAPAN :

Ada segelintir orang mengatakan bahawa kedudukan imam adalah tidak penting sama

sekali sama ada berdasarkan daya akal Kebiasaannya masyarakat berasa ragu-ragu terhadap

kesahihan maklumat sejarah. Mereka sering menokok tambah terhadap sesuatu maklumat

supaya lebih aneh dan menarik. Justeru itu, seseorang itu hendaklah memeriksa kesahihan

cerita dan mestilah percaya pada diri sendiri.

Sesungguhnya, seorang raja yang berkuasa adalah di bawahnya rakyat jelata yang

membantu dalam usahanya dan menjawat jawatan-jawatan penting. Mereka menjalankan

tugas-tugas dan memainkan peranan yang penting dalam pengurusan kenegaraan. Pada

situasi yang lain, raja yang bermegah-megah dengan dirinya langsung tidak mahu bergantung

kepada rakyatnya lalu menjauhkan diri daripada rakyat. Ini mengakibatkan seterunya ialah

orang yang menyokongnya. Apa yang berlaku raja itu akan mencari orang suruhan yang boleh

dipergunakannya bagi melayani kehendaknya.

Mereka ini akan ditatang melebihi saudaranya sendiri. Mereka sanggup berkorban demi

raja dan dijanjikan jawatan-jawatan tertinggi. Raja terus melupakan rakyat yang selama ini

menyokongnya. Tindakan raja ini dikatakan memilih bulu dan menjadikan pengikut baharunya

ini anak emas. Segala ganjaran, penghormatan dan kekayaan ditaburkan kepada mereka. Raja

melakukan ini semata-mata supaya pengikut baharunya adalah sahabatnya yang paling akrab

dan paling setia.

Natijahnya, perbuatan ini telah menghancurkan kerajaan. Hilangnya semangat kekitaan.

Rakyat merasa jijik dengan tindakan rajanya dan bermulalah permusuhan antara raja dan

rakyat jelata. Kisah itu berlaku semasa dinasti Umaiyah apabila raja meminta bantuan

peperangan dan pentadbiran daripada bangsa Arab seperti Amr ibn Sa’d ibn Abi Waqqas. Juga

Page 4: Kerja kursus titas ibn khaldun

dalam dinasti abbasiyah, pembantu raja diambil daripada bangsa Arab. Dengan demikian,

negara itu telah menjadi milik orang lain.

Kedudukan orang yang menjadi hamba sahaya adalah berbeza-beza di dalam sesuatu

negara. Hubungan darah dan kaum kerabat yang dekat itu saling membantu, sementara orang

luar dan asing tidak mengukuhkan hubungan. Apabila wujudnya hubungan kekerabatan, maka

perasaan kasih sayang dan saling tolong menolong terhasil. Kebenaran itu dapat dilihat

menerusi pengamatan terhadap manusia .

Perhubungan hamba yang terbentuk sebelum kepimpinan dan kedaulatan kuasa itu

dicapai mewujudkan suatu hubungan yang erat antara tuan dan hamba sahayanya. Sebaliknya,

hubungan hamba yang terbentuk setelah kedaulatan berkuasa dan kepimpinan politik telah

dicapai tidak mewujudkan keakraban. Akhirnya hamba sahaya baharu ini menjadi bangga diri

dan ingin melawan raja. Akibatnya raja akan mencari hamba sahaya yang baharu pula.

Kedaulatan dan kekuasaan diturunkan kepada putera-putera melalui perlantikan. Putera

yang masih kecil atau ahli keluarga lemah akan dipilih sebagai pengganti bapanya oleh orang

yang mempunyai muslihat atau para pembantunya. Dengan harapan penjaganya bertindak

mengawal putera ini kerana belum layak menjalankan pemerintahannya. Dialah yang

melaksanakan pengurusan pentadbiran. Sedangkan putera yang belum dewasa itu dimanjakan,

diberi kesenangan dan akan lupa kepada pemerintahan. Kedaulatan kuasa akan berpindah

kepada wazir. Itulah yang etrjadi kepada Bani Buwaihi dan orang-orang Turki. Apabila raja

sudah menyedari apa yang berlaku tindakan menghalang usaha-usaha wazir dilakukan.

Namun, jarang yang dapat mengubah kekuasaan wazir dan sekutunya.

Seseorang raja awalnya mendirikan kerajaan dengan perasaan kekitaan rakyatnya.

Maka ketahanan negara itu terjamin. Orang yang dilantik hanya menjalankan tugas mengikut

arahan rajanya dan bukan untuk merampas kuasa. Sekiranya orang yang berkuasa itu terlalu

menonjolkan diri dengan hak keistimewaan raja maka rakyat akan tidak senang. Oleh sebab itu

dia merahsiakan muslihat sebenar dengan cara bertindak hanya sebagai wakil raja sahaja.

Page 5: Kerja kursus titas ibn khaldun

Begitu yang terjadi kepada dinasti Bani amir apabila keturunan Bani Amir dinafikan

haknya untuk menjadi khalifah setelah kuasa lain yang memerintah telah melantik

keturunannya.

Manusia tidak dapat hidup dan wujud kecuali melalui kesatuan sosial dan saling

membantu dengan tujuan mendapatkan makanan dan keperluan hidup. Sebab itulah mereka

saling berhubungan dan memenuhi keperluan-keperluannya. Namun apabila perasaan amarah

dan benci menguasai diri seseorang maka orang itu akan menghalang seseorang lain bagi

mendapatkan keperluan itu. Oleh itu mereka perlukan seseorang yang digelar raja bagi

meredakan kekacauan itu. Kedaulatan berkuasa merupakan suatu lembaga yang memerlukan

sokongan perasaan kekitaan.

Seseorang raja yang disayangi bukanlah berdasarkan paras rupa, berpengetahuan luas,

tulisan yang cantik ataupun otak yang pintar. Tetapi seseorang raja hendaklah mempunyai

hubungan yang baik dengan rakyat jelata. Ketuanan bermaksud seorang raja berkualiti yang

mempunyai pertalian hubungan dengan rakyatnya. Sekiranya ketuanan tidak memuaskan,

rakyat yang akan menerima padahnya dan menyebabkan kebinasaan mereka. Raja yang

mengamalkan kekerasan akan dibenci oleh rakyat dan mereka akan bermuafakat bagaimana

hendak menghancurkan kerajaan. Sekiranya raja bersikap lemah lembut maka mereka akan

menyayangi raja dengan sepenuh hati dan rela berkorban nyawa menentang musuhnya.

Raja yang berkuasa sepatutnya melindungi rakyatnya, berhati mulia dan

memperlihatkan sikap mengambil berat kesejahteraan rakyat. Sikap lemah lembut tidak

terdapat pada raja yang sentiasa berhati-hati dan sangat pintar. Kisah Ziyad ibn Abi Sufyan

menepati ciri ini iaitu beliau dipecat oleh Umar dari jabatannya di Iraq kerana memiliki otak yang

hebat. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri mensyaratkan bahawa seseorang raja itu tidak

seharusnya bersikap terlalu cerewet. Berasaskan sebab itulah maka orang yang terlalu pandai

dikatakan mempunyai sifat-sifat syaitan.

Page 6: Kerja kursus titas ibn khaldun

Maksud kedaulatan kuasa ialah suatu bentuk organisasi yang harus ada kepada

manusia. Apa yang diputuskan oleh seseorang raja biasanya menyimpang daripada yang

benar. Raja yang memaksa rakyat memenuhi keinginan dan kehendak hatinya tanpa mengira

kejayaan rakyat maka rakyat terdorong untuk membuat kekacauan dan berlakunya

pertumpahan darah. Maka itu sebuah kerajaan mestilah mengikut hukum politik yang telah

ditetapkan dan diterima oleh hamba rakyat.

Jika tidak sesebuah negara tidak dapat menegakkan kedaulatan pemerintahannya.

Namun begitu terdapat satu hukum yang dianugerahi oleh Allah s.w.t. melalui perantaranya

RasulNya. Hukum yang berteraskan agama itu akan berguna untuk kehidupan di dunia dan di

akhirat. Tujuan manusia itu dijadikan adalah untuk agama mereka yang membawa kepada

kebahagiaan hidup di akhirat kelak.

Hukum politik hanyalah memperhitungkan hal-hal keduniaan. Tugas untuk

kesejahteraan manusia digalas oleh wakil undang-undang syariah, para nabi dan kemudiannya

para khalifah. Khalifah memandu rakyat supaya bertingkah laku yang rasional ke arah

memajukan duniawi dan mengolah apa sahaja yang mendatangkan kesejahteraan. Oleh itu

khalifah pada sebenar-benarnya adalah pengganti Nabi Muhammad s.a.w. yang berperanan

seperti nabi untuk menyelamatkan agama dan melaksanakan tugas-tugas pemimpin dunia.

Orang yang menjalankan tugas disebut khalifah manakala lembaga atau organisasi itu

disebut khilafah atau imamah. Imamah berasal daripada imam seperti imam solat iaitu

mengikuti dan menuruti segala tingkah laku dan perbuatannya. Ada pendapat mengatakan

penggunaan ’khalifah Allah’ tidak dibolehkan dan sebetulnya ialah ’khalifah Rasulullah. Menurut

Abu Bakar beliau menolak apabila dipanggil dengan nama khalifah Allah dan mengatakan

bahawa beliau khalifah Rasulullah.

Jawatan imam memang perlu diwujudkan kerana organisasi masyarakat tidak mungkin

dapat hidup sendiri-sendiri. Mereka memerlukan suatu organisasi iaitu imam. Pendapat ahli

falsafah yang mengatakan kenabian harus bagi umat manusia dibantah oleh penulis. Apatah

Page 7: Kerja kursus titas ibn khaldun

lagi pendapat kuasa untuk mengekang sesuatu yang berlaku hanya melalui syariat agama yang

datang daripada Allah s.w.t. Ini dibuktikan apabla bangsa-bangsa Majusi dan bangsa lainnya

yang sama tidak mempunyai kitab suci dan tidak pernah menerima dakwah agama.

Jadi, setiap orang perlu mengetahui bahawa ketidak adilan adalah diharamkan ke

atasnya berdasarkan hukum kata akalnyamahupun undang-undang syariah. Golongan

Muktazilah berpendapat sebegitu. Menurut mereka semua umat islam mentaati hukum Allah.

Maka tidak perlulah imam dan imamah. Sebenarnya mereka yang beranggapan demikian

kerana mereka berusaha membebaskan diri daripada cengkaman kuasa berdaulat. Ia

menganggap undang-undang syariah sangat mengecam dan menyusahkan. Mereka mahu

undang-undang syariah dihapuskan . Hakikatnya , undang-undang syariah tidak mengecam

kuasa berdaulat dan tidak pula melarang pelaksanaannya.

Syariah itu hanya mencela keburukan yang timbul daripadanya seperti kezaliman,

ketidak adilan dan menyukai keseronokan. Syariah mencela sesuatu yang buruk dan jahat

tetapi tidak pula mahu melihat sifat-sifat sebegitu terhapus ama sekali sebab keperluan itu

menghendaki kewujudannya. Ia hanya mahu ia digunakan sebaiknya. Nabi Daud dan Nabi

Sulaiman pernah mempunyai kedaulatan yang tidak pernah dimiliki oleh orang-orang lain.

Lembaga merupakan suatu tanggung jawab masyarakat yang memerlukan perasaan

kekitaan dan kekuasaan. Adalah menjadi kewajipan mereka untuk memastikan bahawa

imamah itu didirikan dan setiap orang harus patuh kepadanya sesuai dengan surah di dalam al-

Quran Surah An-nisa’ ayat 59. Dua imam menjalankan tugas yang sama pada masa yang sama

adalah sesuatu yang tidak munasabah.

Prasyarat untuk mendirikan Lembaga imamah itu ada empat syarat utama iaitu

pengetahuan, berhemah tinggi, berkesanggupan dan pancaindera dan anggota lain yang tiada

sebarang kecacatan kerana boleh mempengaruhi pertimbangan dan tindakan. Prasyarat yang

kelima ada sedikit perbezaan pendapat iaitu berketurunan Quraisy.

Page 8: Kerja kursus titas ibn khaldun

Kisah ini berlaku apabila permohonan daripada kaum Ansar supaya imam yang dilantik

daripada kaum Ansar telah ditentang oleh kaunm Quraisy. Tetapi lama kelamaan kekuasaan

kaum Quraisy menjadi lemah sebagai akibat daripada hidup mewah dan berlebih-lebihan.

Akhirnya bangsa Arab menakluki mereka. Para sarjana tetap berpendapat bahawa keturunan

Quraisy dijadikan prasyarat imamah. Menurut penulis, Nabi sendiri berketurunan Arab Quraisy.

Namun keturunan bukanlah tujuan syariat. Apa yang penting ialah perasaan kekitaan yang

dimiliki oleh para imam daripada keturunan Arab.

Nabi sebagai pembuat undang-undang syariat telah mengingatkan peri pentingnya

ketaatan dan menghindari perpecahan dan kehancuran demi persaudaraan, perpaduan dan

perlindungan. Maka itu, kaum-kaum lain tunduk patuh kepada kaum Quraisy kerana mereka

berwibawa memerintah.Khalifah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai wakil-Nya dan

dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan hal ehwal hamba-hambanya. Khalifah

bertanggung jawab menyuruh mereka melakukan amal makruf demi kebaikan diri sendiri dan

mencegah melakukan perbuatan munkar yang boleh merosakkan.

Mazhab syi’ah merupakan pengikut Ali dan putera-puteranya mengatakan imamah

bukan termasuk kepentingan umum. Tetapi mengatakan imamah merupakan salah satu rukun

agama dan tiang islam. Seorang nabi tidak boleh menurunkan pengurusan kepada umatnya

semata-mata. Menurut mereka teks dibahagikan kepada teks eksplisit seperti mereka

mengatakan wilayah hanya terpusat kepada Ali. Manakala teks implisit menurut mereka ialah

Nabi tidak pernah mendahulukan orang selain daripada Ali. Ini menunjukkan Ali lebih terkemuka

daripada yang lain seperti Abu Bakar. Setelah Ali wafat, mereka tidak menaruh perhatian

kepada Abu Bakar dan Umar walhal mereka juga dipilih sebagai imam oleh Nabi.

Kemudian, golongan Syi’ah berbeza-beza pendapat mengenai siapa yang harus

diangkat menjadi khalifah. Sebahagian mereka berpendapat bahawa jawatan khalifah diberi

kepada putera-putera Fatimah secara tetap satu demi satu secara giliran dan banyak pendapat

lagi. Penulis berpendapat bahawa ada antara mereka dari golongan fanatik. Mereka bebas

berfikir melampaui batas akal dan ketentuan keimanan seperti umat nasrani terhadap nabi Isa.

Page 9: Kerja kursus titas ibn khaldun

Ada berpendapat kesempurnaan Imam Ali tiada bandingnya. Ada juga mengatakan Ali

belum mati tetapi tidak menampakkan diri pada penglihatan orang. Namun. Syi’ah menolak

semua pendapat golongan fanatik tersebut.

Perasaan kekitaan adalah suatu yang harus ada di dalam masyarakat Islam seperti

yang telah dibincangkan sebelum ini. Nabi Muhammad s.a.w. mengecam adanya perasaan

kekitan dan mendesak supaya kita mengikisnya. Nabi Muhammad juga mencemuh kedaulatan

berkuasa dan orang yang menjadi wakilnya. Baginda menyeru perasaan bersaudara sesama

Islam dan menasihati supaya dijauhi perbalahan dan perpecahan. Manusia adalah keturunan

Adam dan Adam diciptakan daripada tanah.

Pendapat Nabi Muhammad s.a.w. itu merupakan saranan menuju akhirat. Baginda tidak

mahu mereka itu tersesat. Baginda mahu bidang kuasa yang ada itu digunakan untuk tujuan

yang betul. Baginda juga tidak mengecam perbuatan zalim kerana ciri-ciri itu diperlukan untuk

memperjuangkan kebenaran bagi mencapai kemenangan sesuatu jihad. Cuma, perbuatan

zalim yang didorong oleh hasutan syaitan amat dicela. Nabi Muhammad s.a.w. juga mencela

kuasa berdaulat yang digunakan untuk memperoleh kebesaran dengan cara yang sia-

sia.Sekiranya kuasa berdaulat itu digunakan dengan maksud yang tidak ikhlas terhadap

manusia demi Allah s.w.t. dan membuatkan mereka membantunya serta berjihad memerangi

musuh-musuhnya, maka kekerasan itu tidaklah dicela.

Ketika Rasulullah s.a.w. sedang nazak, baginda telah memberitahu Abu Bakar untuk

menggantikantempat sebagai imam solat. Masyarakat terus menerimanya sebagai khalifah dan

tidak dinyatakan tentang kedaulatan berkuasa. Abu Bakar menjalankan tugas dengan

memerangi orang-orang murtad sehinggalah kesemua orang Arab itu bersatu padu. Kemudian

dilantik pula Umar, Usman ibn Affan dan Ali. Semua khalifah itu menolak kuasa berdaulat.

Mereka sentiasa bersyukur di atas nikmatnya. Tiada suatu bangsapun yang lebih betah dengan

kehidupan yang lapar dan dahaga daripada bangsa Mudhar. Orang-orang Quraisy seperti

keadaan mereka dalam soal makanan dan tempat tinggal. Akhirnya, perasaan kekitaan orang-

orang Arab diperkukuhkan oleh ajaran Islam melalui kenabian Muhammad s.a.w.

Page 10: Kerja kursus titas ibn khaldun

Mereka berjaya merampas kedaulatan berkuasa bangsa Parsi dan Roman dan

mengumpul kekayaan daripada barang-barang rampasan perang. Harta yang diperoleh

daripada pihak musuh adalah harta yang dihalalkan. Namun begitu Umar tetap masih terus

hidup dengan kesederhanaan dan masih menampal bajunya yang sehelai itu dengan kulit.

Begitu juga dengan Ali tidak mengingini emas dan perak dan rela menyerahkannya kepada

orang lain. Akhirnya sikap hidup di padang pasir orang-orang Arab dan kehendak hidup mereka

yang sederhana perlahan-lahan berakhir. Kedaulatan berkuasa pun terhasil membentuk

kekuasaan dan kekitaan.

Ali dan Muawiyah sering bertelagah akibat perasaan kekitaan. Tetapi mereka bertelagah

dari segi ijtihad tentang letaknya kebenaran itu. Muawiyah telah mendapatkan kedaulatan

untuk dirinya dan rakyatnya. Muawiyah melantik Yazid sebagai penggantinya kerana dia tidak

mahu Bani Umaiyah menentangnya sekiranya dia memilih orang lain. Timbul pula Marwan ibn

Hakam seorang raja yang tidak sukakan penindasan. Mereka mengerahkan tenaga sesuai

dengan tujuan kebenaran kecuali apabila terpaksa. Kemudian muncul pula Bani Umaiyah yang

terakhir. Mereka menggunakan kedaulatan untuk tujuan duniawi. Rakyat mengecam tindakan

mereka dan Bani Umaiyah menerima tampuk pemerintahan Bani Abbas.

Pun begitu ketika kuasa berada ditangan anak cucu mereka, mereka telah

mengutamakan kuasa dan kemewahan sebagai hak mereka. Mereka hanyut dalam

kemewahan duniawi. Akibatnya orang-orang Arab dengan izin Allah telah hilang kekuasaannya.

Sudah jelas bagaimana khalifah berubah menjadi pemerintahan berdasarkan kedaulatan.

Namun demikian, ciri-ciri yang merupakan watak khas khalifah tetap ada dan taat mengikuti

jalan kebenaran. Bentuk pemerintahan berubah menjadi kedaulatan murni.

Di sini, jelaslah bahawa pada mulanya khalifah terwujud tanpa perasaan kekitaan. Lalu

ciri khalifah menjadi bersimpang-siur dan bercampur baur. Akhirnya perasaan kekitaan sudah

berpisah dari ’soledariti’ khalifah. Kedaulatan menjadi tegak dengan sendirinya.

Page 11: Kerja kursus titas ibn khaldun

Baiah atau janji setia merupakan kontrak dan perjanjian untuk taat. Apabila rakyat

menyatakan janji setia kepada ketuanya dan mengikat kontrak, mereka berjabat tangan untuk

mengukuhkan janji itu.Hal ini seperti jual beli. Sebab itu janji setia disebut baiah. Janji setia

yang umum berlaku pada masa sekarang. Ini adalah kebiasaan orang-orang Parsi di dalam

menyambut raja-raja dengan mencium bumi, tangan, kaki atau hujung kelima-lima baju raja-raja

itu. Amalan ini menggantikan amalan berjabat tangan kerana berjabat tangan dengan setiap

orang bererti tindakan merendahkan diri dari seseorang raja dan menjadikan raja tidak

berharga. Namun berjabat tangan masih diamalkan oleh raja-raja yang ingin menunjukkan

kerendahan hati.

Khalifah ialah wali dan pemegang amanah. Apabila khalifah mati maka seseorang perlu

dilantik untuk memikul tanggungjawab sepertimana tanggung jawab khalifah . Perlantikan

seorang pengganti adalah dianggap sebagai sebahagian daripada syariat agama melalui ijmak

umat. Dengan demikian Abu Bakar telah melantik Umar diikuti pula oleh Usman. Semua kaum

muslimin membuat perjanjian taat setia kepada pengganti yang baru.

Seorang imam itu tidak sewajarnya dicurigai meskipun dia telah melantik ayah atau

puteranya sendiri sebagai penggantinya. Hal itu berlaku kepada Muawiyah apabila melantik

puteranya, Yazid. Setelah Muawiyah , khalifah lain seperti Abdal-Malik dan Sulaiman daripada

Bani Umaiyah bertindak serupa juga. Apabila kuasa berdaulat bangsa-bangsa Arab telah

musnah, orang yang tidak diterima oleh kelompok telah dicalonkan menjadi pengganti akan

ditolak dan masyarakat akan berpecah belah. Pertikaian antara khalifah dan kuasa berdaulat

harus diambil kira sebagai perkara yang ada hubungannya dengan masalah peneraju agama .

Walau bagaimanapun Islam menyatakan bakal peneraju takhta kerajaan adalah suatu yang

datangnya daripada Allah s.w.t. dengan melantik sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

Perlantikan calon pengganti haruslah dilakukan dengan niat yang bersih.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w. melantik Abu bakar untuk mewakilinya melaksanakan

solat, para sahabat menyetujuinya. Abu Bakar juga menguasai urusan dunia. Hal ini

membuktikan bahawa perlantikan waris tidak pernah terjadi. Persoalan penggantian juga tidak

penting seperti apa yang berlaku hari ini. Syiar Islam telah dapat memenangi hati manusia dan

Page 12: Kerja kursus titas ibn khaldun

menyebabkab timbulnya kesanggupan untuk gugur kerana kesucian agamanya sekiranya ia

diganggu gugat. Ini kerana mereka sering diingatkan tentang malaikat, syurga dan kebesaran

Allah s.w.t. dalam hubungannnya dengan setiap kejadian.

Manusia pada umumnya memiliki sifat patuh dan taat daripada perasaan kekitaan. Sifat-

sifat yang telah disebutkan itu berubah sedikit demi sedikit. Persoalan mengenai khalifah dan

kuasa berdaulat serta calon penggantinya dianggap masyarakat umum sebagai persoalan yang

amat penting.

Kuasa yang berdaulat bagi Islam adalah dipertanggungjawabkan kepada khalifah tetapi

bagi negara bukan Islam adalah tegak dengan sendirinya. Khalifah bertanggungjawab

menguruskan fungsi keagamaan seperti mengerjakan solat, jabatan kehakiman, jabatan mufti,

berjihad dan penyeliaan dagangan. Fungsi keagamaan pertama ialah mengerjakan solat.

Mengimamkan solaat adalah fungsi yang paling utama dipertanggungjawabkan kepada

khalifah. Itu adalah suatu tugas murni dan berada pada martabat yang tinggi untuk menjadi

imam kepada jemaah. Namun ketika peribadimkuasa berdaulat, raja telah memilih orang

sebagai mewakilinya untuk mengimamkan solat. Raja hanya menjadi imam solat pada waktu

tertentu seperti Solat Jumaat dan Solat Hari Raya. Dengan sengaja raja menunjuk-nunjuk dan

menonjolkan dirinya. Khalifah Bani Abbas dan Ubaydiyyin banyak melakukan seperti ini.

Berhubung dengan jabatan mufti, khalifah haruslah menguji para ulama dan guru dan

menyerahkan tanggungjawab itu kepada orang yang layak . Orang yang tidak berkebolehan

menerajui jabatan mufti akan menyebabkan masyarakat Islam sesat. Para guru pula

bertanggungjawab mengajar dan menyebarkan pengetahuan agama serta mengadakan kelas

di masjid-masjid.

Jabatan kehakiman merupakan salah satu daripada jawatan yang diselia khalifah. Ia

adalah lembaga yang menyelesaikan perselisihan dan pertikaian. Ia mengikut garis panduan

undang-undang syariah sebagaimana ditetapkan oleh Al-Quran dan sunnah. Pada mmasa

permulaan Islam khalifah ssendiri yang mengendalikan jabatan kehakiman. Namun, khalifah

Page 13: Kerja kursus titas ibn khaldun

Umar telah melantik seseorang untuk menjalankan fungsi ini. Tetapi Umar menulis kandungan

hukum-hukum yang menjadi dasarnya. Isi kandungannya seperti berikut: fahami keterangan,

semua yang hadir adalah setara sahaja, pendakwa mesti mengemukakan bukti dan pengakuan

sumpah daripada pihak tertuduh. Utamakan keadilan dan gunakan akal untuk kes-kes yang

membingungkan yang tiada dalam Al-Quran dan sunnah. Beri tempoh untuk menyediakan bukti

supaya penyelesaian dapat dilakukan sebaik mungkin. Setiap orang boleh menjadi saksi,

hindari kejengkelan terhadap pendakwa. Mereka memberi tanggungjawan jabatan kehakiman

kepada orang lain kerana terlalu sibuk denagan peperangan.

Tugas hakim yang dipertanggungjawabkan juga adalah untuk menyeia kesalahan-

kesalahan yang berhubung dengan kecuaian melaksanakan tanggungjawab. Calang-calang

orang boleh bersedia menjalankan tugas ini kerana kes seperti ini merupakan paduan dua

elemen iaitu bidang kuasa pemerintahan dan kebijaksanaan perundangan.

Dalam dinasti Abbasiyyah dan dinasti Umaiyah pengawasan terhadap jenayah serta

hukumannya ditanggungjawabkan kepada ketua polis. Kepolisan mempunyai hubungan yang

erat dengan hukuman agama. Bidangnya adalah lebih luas daripada jabatan kehakiman. Ia juga

mengenakan hukum yang tidak ditetapkan oleh hukum agama serta mengenakan langkah-

langkah mencegah terhadap orang yang belum melakukan perbuatan jenayah.

(2908 patah perkataan )

Page 14: Kerja kursus titas ibn khaldun

PENUTUP

Buku Muqaddimah , iaitu pendahuluan kepada bukunya yang kedua, al-’Ibar wa Diwan

al-Mubtada’wa al-Khabar fi Ayyam al-’Arab wa al-’Ajam wa al- Barbar, merupakan satu-satunya

karya agung dalam bidang persejarahan.

Buku tersebut dianggap sebagai percubaan awal oleh ahli sejarah untuk memahami

pola perubahan yang berlaku kepada organisasi politik dan sosial manusia. Buku tersebut juga

menjadi suatu bahan kajian yang menarik kerana pendekatannya yang rasional, kaedah serta

perbahasan yang analitikal dan terperinci.

Melalui ringkasan yang telah dibina didapati, yang pertama, seseorang raja itu berusaha

untuk mendapatkan bantuan daripada orang yang dinaungi dan sekutu-sekutunya untuk

menentangi mereka daripada kalangannya dan yang mengongsi perasaan kekitaan. Kemudian,

buku ini menerangkan tentang keadaan orang-orang yang dilindungi dan hamba sahaya di

dalam negara itu. Seterusnya kisah pengasingan terhadap, dan penguasaan ke atas, raja boleh

terjadi di dalam dinasti.

Ibn Khaldun berpendapat, walaupun faktor alam sekitar seperti udara, cuaca dan

pemakanan memberikan impak kepada kehidupan dan tamadun manusia, tetapi faktor sosiologi

dan pendidikan memberikan kesan yang lebih besar kepada perubahan sejarah manusia.

Mereka yang merampas kuasa daripada raja tidak berkongsi gelaran khusus yang wujud

bersama dengan kedaulatan berkuasa. Buku ini juga menerangkan peribadi sebenar dan

Page 15: Kerja kursus titas ibn khaldun

pelbagai macam kedaulatan kuasa. Kekerasan yang berlebihan akan memudaratkan

kedaulatan berkuasa dan boleh menyebabkan kehancuran. Selain itu. Al-Muqaddimah

menyatakan erti khalifah dan imamah serta perbezaan pendapat umat Islam tentang hukum

serta syarat-syarat berhubung dengan kekhilafahan.

Pendapat Mazhab syi’ah tentang imamah juga ada diterangkan. Kemudian, buku ini

menerangkan tentang peralihan peranan daripada kekhalifahan kepada kuasa berdaulat. Apa

itu janji setia? Dalam buku ini diterangkan segala-galanya janji setia atau baiat. Siapa yang

layak dilantik menjadi pengganti juga ada dijelaskan. Akhirnya, pada akhir kajian saya

mengenai tajuk fungsi keagamaan yang dipertanggungjawabkan kepada khalifah.

Page 16: Kerja kursus titas ibn khaldun

ISI KANDUNGAN

Penghargaan i

Prakata ii

Jawapan esei 1 – 11

Penutup 12 – 13

Rujukan 14

Page 17: Kerja kursus titas ibn khaldun

RUJUKAN

1. Dewan Bahasa dan pustaka (2002). Mukadimah Ibn khaldun, Kuala Lumpur:Dewan

Bahasa dan Pustaka .

2. Mahayudin Hj. Yahaya (2010). Teks STPM Tamadun Islam, Shah alam : Oxford Fajar

sdn. Bhd.

Page 18: Kerja kursus titas ibn khaldun

3. http://islamichistory-arts-culture.blogspot.com/2010/07/ibnu-khaldun