nota ekspresi kanak kanak

18
Nota ekspresi kanak kanak Unit 1 : Teori Kreativiti dan Pemikiran Kreatif 1. Kreativiti dan pemikiran kreatif kanak-kanak adalah dalam aktiviti seni visual dan seni persembahan yang dikenalpasti melalui sikap, motivasi, kemampuan dan kemahiran. 2. Kreativiti kanak-kanak bermula dengan berimaginasi, mengeluarkan idea, menerokai dan membuat keputusan. 3. Menurut Kamus Dewan (2010) kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif dan kekreatifan. Manakala kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. 4. May (1975) : kreativiti sebagai proses membawa sesuatu yang baru ke dalamnya.

Upload: connie-rait

Post on 01-Jan-2016

44 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pendidikan awal kanak-kanak

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Ekspresi Kanak Kanak

Nota ekspresi kanak kanak

Unit 1 : Teori Kreativiti dan Pemikiran Kreatif

1. Kreativiti dan pemikiran kreatif kanak-kanak adalah dalam aktiviti seni visual dan seni

persembahan yang dikenalpasti melalui sikap, motivasi, kemampuan dan kemahiran.

2. Kreativiti kanak-kanak bermula dengan berimaginasi, mengeluarkan idea, menerokai dan

membuat keputusan.

3. Menurut Kamus Dewan (2010) kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif

dan kekreatifan. Manakala kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan mencipta,

menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

4. May (1975) : kreativiti sebagai proses membawa sesuatu yang baru ke dalamnya.

5. Torrance (1970) : Kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan.

6. Schirmacher (1998) : Perkembangan kreativiti kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu ;

a) menerusi aktiviti seni

b) aktiviti harian mengikut umur.

7. Aktiviti seni dan aktiviti harian yang kreatif kanak-kanak.

Page 2: Nota Ekspresi Kanak Kanak

2-3 tahun : menconteng, melukis, menyanyi dan bermain.

4-5 tahun : melukis, mewarna, menyanyi, menari dan permainan kata-kata.

6-7 tahun : drama, memasak dan aktiviti lain yang berinteraksi

8-9 tahun : bercerita, permainan dan pakaian beragam.

10-11 tahun : visualisasi, numerasi dan literasi

12-13 tahun : mendapat informasi, mengenali mesin dan penulisan kreatif

8. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kebolehan kanak-kanak untuk mencerna,

berimaginasi, menghasilkan idea dan mempelbagaikan idea.

9. Pemikiran kreatif dapat merangsang kanak-kanak untuk menghasilkan idea baru dalam aktiviti

seni. Membantu kanak-kanak berfikir, menghasilkan karya seni yang unik dan mencungkil bakat.

10. Empat ciri pemikiran kreatif :

a) imaginatif

b) keberanian

c) perkembangan idea

d) merekacipta

11. Teori-teori berkaitan kreativiti :

a) Teori dua belahan otak - Hemisfera otak mempengaruhi cara berfikir. Otak kanan merupakan

bahagian otak yang melihat sesuatu secara menyeluruh. Otak kanan lebih fokus kepada

imaginasi dan kreativiti seseorang kanak-kanak.Otak kiri fokus pada urutan, kemahiran

analisis dan pemikiran logik untuk aktiviti membuat eksperimen dan numerasi.

Page 3: Nota Ekspresi Kanak Kanak

b) Teori Six Thinking Hats (Edward de Bono) - Emosi sangat penting dalam proses berfikir.

Seseorang yang kreatif perlu pandai mengurus emosi. Enam warna menjadi pemikiran untuk

memakai topi ketika berdepan dengan situasi tertentu. Topi putih - mendapat informasi yang

meliputi fakta, figura dan maklumat. Topi merah - menghadapi situasi perasaan yang meliputi

luahan mood dan emosi. Topi hitam - semasa membuat penilaian negatif pada kesalahan dan

halangan. Topi kuning - semasa membuat penilaian positif. Topi hijau - semasa situasi yang

berkaitan dengan kreativiti. Topi biru - semasa situasi metakognitif yang berkaitan aspek

seseorang yang berfikir.

c) Teori Kreativiti Paul Torrence - 7 perkara dalam proses mencungkil kreativiti iaitu :

i) Penyoalan : Stimulasi minda kanak-kanak.

ii) Penemuan : Galakan dan rangsangan kepada kanak-kanak.

iii) Pemerhatian : Menggunakan pancaindera.

iv) Percubaan : Eksperimen dan usaha untuk terbaik.

v) Penerokaan : Galakan untuk eksplorasi pelbagai bahan di sekeliling.

vi) Memanipulasi : Menggunakan bahan atau situasi di sekeliling.

vii) Aktiviti : Mencungkil aktiviti

(4PMA)

d) Teori Multiple Creative Talent (Calvin W Taylor) - Bukan semua individu mempunyai bakat

yang sama. Pengembangan bakat kanak-kanak berkait rapat dengan cara guru merangsang

pemikiran mereka. Taylor mengkategorikan kreativiti kepada lima sifat iaitu :

i) Kreativiti bersifat ekspresif (Bebas. Bimbingan untuk meluahkan idea mengikut

kemampuan kanak-kanak dalam menghasilkan karya.)

ii) Kreativiti bersifat penghasilan (Kecekapan. Bimbingan untuk penambahbaikan karya)

Page 4: Nota Ekspresi Kanak Kanak

iii) Kreativiti bersifat inovatif .(Modifikasi. Bimbingan kepada idea baru yang lebih

bermakna)

iv) Kreativiti bersifat inventif. ( Keupayaan mencipta melalui proses penerokaan. Guru beri

pujian dan galakan).

v) Kreativiti bersifat emergen (Bentuk kreativiti yang tinggi. Prinsip formal diterjemah

dalam bentuk abstrak. Cth. lukisan tanpa menitikberatkan bentuk asalnya)

e) Teori Lowenfeld Stages of Arististics Development (Lowenfeld) - Aktiviti seni yang

dilaksanakan secara berterusan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan

deria pencaindera secara menyeluruh sebagai proses pengamatan dan merekod. 8 kategori

kreatif Lowenfeld iaitu :

i) Cabaran - Menerima cabaran masalah dan dapat sesuaikan dengan situasi

ii) Kelancaran - Berimaginasi dan berfikiran terbuka untuk mengaitkan idea dengan hasil

kerja kreatif.

iii) Kelenturan - Sanggup menerima perubahan.

iv) Keaslian - Idea asli tanpa meniru sesiapa

v) Pemikiran bercapah - Mengembangkan idea

vi) Keinginan - Perasaan ingin tahu dan berupaya membuat analisis.

vii) Kompleks - Membuat sintesis

viii) Makna baru - Menghasil sesuatu produk atau idea yang kreatif dan inovatif.

* 4 komponen kreativiti Lowenfeld boleh diukur ialah ;

i) kelancaran - menterjemah idea secara spontan dan pantas.

ii) flesibel - mampu menyesuaikan diri dengan situasi yang berbeza.

iii) keaslian - Idea yang baru dan asli

iv) kepekaan - Daya kepekaan yang tinggi terhadap sesuatu keperluan.

Page 5: Nota Ekspresi Kanak Kanak

f) Teori Perkembangan Kreativiti Fisher (Fisher 1943) - Terdapat lima tahap pemikiran kreatif

iaitu :

i) Peringkat rangsangan - Guru mengemukakan soalan untuk merangsang pemikiran kreatif

kanak-kanak. Interaksi secara aktif kerana ingin tahu.

ii) Peringkat penerokaan - Guru membimbing mencari jawapan dan penyelesaian.

Berupaya mencari dan pemikiran ke hadapan.

iii) Peringkat perancangan - Proses perbincangan, pemerhatian, interaksi sebelum aktiviti

sebenar.

iv) Peringkat aktiviti - Pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merancang. Guru

membimbing semasa kanak-kanak melaksanakan aktiviti.

v) Kajian semula - Menilai keberkesanan aktiviti/tindakan. Membimbing untuk

penambahbaikan dan memberi pendapat.

(RPPAK)

Unit 2 : Pendekatan dan Teori Seni

1. Seni bermaksud sesuatu yang halus. Terbahagi kepada dua iaitu seni visual dan seni

persembahan.

2.Teori Seni Klasik (Plato, Aristotle dan Socrates) :

i) Menekankan kesejagatan (nilai rentas budaya tanpa mengira ras, ruang dan waktu serta nilai

dalam masyarakat), keabadian (konsep kehidupan dari segi fizikal, nilai, sikap dan

kerohanian) dan kebenaran ( kemanusiaan dan kerohanian yang berkaitan dengan keadilan,

tatasusila dan kebijaksanaan)

Page 6: Nota Ekspresi Kanak Kanak

ii) Plato : Teori peniruan. Seni berasaskan idea yang berciri idealistik/ menekankan isi. Kecantikan

hanya sementara.

iii) Aristotle : Menolak teori Plato kerana kecantikan ialah sifat fizikal manusia. Menekankan

bentuk dan waktu.

iv) Socrates : Penciptaan seni berkonsep keseluruhan dan kesatuan disamping mempunyai ciri-ciri

kesempurnaan dan keseimbangan, kecantikan dan kesempurnaan.

3. Teori Kosmologi : Berkaitan dengan alam semesta yang melibatkan fenomena dalam ruang dan

masa meliputi alam nyata dan alam tidak nyata serta kedudukan manusia dalam ruang tersebut.

Contohnya : Ukiran patung oleh orang asli kaum Jah Hut melambangkan kepercayaan animisme.

4. Teori Seni Kontemporari (Teori Erwin Panofsky dan Teory Susanne K. Langer): Membentuk

identiti, stail dan teknik tersendiri.

i) Teori Erwin Panofsky - membincangkan tentang objek dan makna melalui pernyataan

ikonografi (persoalan tentang objek dan makna). 3 objek makna dalam karya seni :

Objek yang natural (primari) - meliputi manusia, binatang, tumbuhan dan persekitaran. Makna daripada peristiwa dan ekspresi perasaan.

Objek yang biasa (sukender) - menggambarkan arca(objek) yang menunjukkan peristiwa dan makna. Contoh gadis pegang buah peach (kejujuran)

Makna intrinsik (isi) - makna menentukan sikap, pendirian dan falsafah.

ii) Teori Susanne K. Langer :Menolak teori peniruan Plato. Karya seni merupakan perasaan

pengkarya yang hanya sebagai ilusi. Bentuk menjadi tumpuan utama dalam falsafah seni.

Terdapat 7 konsep dalam karya seni iaitu bentuk, abstrak, ekspresi, perasaan, lambang, ilusi

dan imej.(BAEPLII)

Page 7: Nota Ekspresi Kanak Kanak

5. Pendekatan dan teori pembelajaran dalam pendidikan seni kanak-kanak meliputi pendekatan

konstruktivis, teori sosial-interaksi Piaget dan teori Gestalt yang boleh diaplikasi dalam pdp.

6. Pendekatan konstruktivis membimbing kanak-kanak belajar berdasarkan pengalaman mereka.

Bruner telah menggariskan tiga prinsip iaitu :

i) Pengajaran berdasarkan kesediaan dan pengalaman serta mengikut konteks kesanggupan kanak

-kanak untuk belajar.

ii) Mengorganisasi pengajaran mengikut struktur atau urutan dengan mudah.

iii) Pengajaran perlu melangkau maklumat guru yang dirangka untuk memudah cara penghasilan

ilmu.

7. Pendekatan konstruktivis boleh diaplikasikan dengan menggunakan empat cara iaitu:

i) Menekankan kelainan dengan melatih kanak-kanak membezakan maklumat yang diterima.

ii) Menyusun maklumat supaya lebih mudah diterima oleh kanak-kanak.

iii) Menyampaikan maklumat secara berkesan.

iv) Memberi pujian ketika berjaya dan galakan ketika gagal kepada kanak-kanak.

8. Teori Sosial-Interaksi Piaget : Berkaitan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak.

i) Pengetahuan kanak-kanak tidak mencukupi. Justeru, interaksi sosial bersama rakan dan

guru dapat menambah pengetahuan.

ii) Dua proses yang digunakan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran ialah

proses asimilasi dan proses akomodasi (yang menggalakkan perkembangan kognitif)

iii) Peringkat kognitif terbahagi kepada empat peringkat iaitu

a) deria pergerakan (0-2 tahun) : interaksi melalui pancaindera.

b) praolahan ( 2-6 tahun) : imaginasi untuk meningkatkan daya ciptaan. Mula menguasai

Page 8: Nota Ekspresi Kanak Kanak

nama untuk setiap objek.

c) pengolahan konkrit (7-11 tahun) : kemahiran bahasa dan komunikasi tinggi. Memahami

konsep lain seperti angka, pengklasifikasian serta mampu melihat sesuatu perkara daripada

pelbagai perspektif.

d) pengolahan formal (12 tahun ke atas) : perkembangan fizikal lebih daripada perkembangan

mental. Mula memahami konsep abstrak dan membentuk identiti diri. Namun kekurangan

pengalaman menghadkan pengetahuan dan kebolehan mereka.

9. Teori Gestalt : Tumpuan kepada kognitif untuk mengenal pasti otak individu bertindak pada

persepsi yang diterima melalui deria penglihatan. Persepsi pengalaman diambil secara menyeluruh

bukannya sebahagian. Enam hukum dalam teori gestalt ialah :

i) Pragnanz : Apabila individu berhadapan dengan pengalaman baru, persepsi menjadi tidak

teratur.

ii) Persamaan : Mengkategorikan rangsangan yang mempunyai persamaan.

iii) Keintiman : Rangsangan yang mempunyai hubungkait diletakkan dalam kategori yang sama.

iv) Lengkap : Meletakkan rangsangan yang lengkap dalam kategori yang sama.

v) Kesinambungan positif : Sifat rangsangan yang kekal dan tidak berubah.

vi) Ciri-ciri bahagian : Menilai objek secara menyeluruh.

(PPKLKC)

Teori Gestalt adalah rapat dengan pandangan konstruktivis dan diaplikasikan dalam kaedah

penyelesaian masalah dalam pdp. Teori Gestalt bukan melihat produk karya seni tetapi

menekankan proses penghasilan produk karya seni.

Unit 3 : Tokoh-tokoh Seni dan Kreativiti Kanak-kanak

Page 9: Nota Ekspresi Kanak Kanak

1. Paul Torrance dikenali sebagai bapa kreativiti. Menggunakan Torrance Test of Creative

Thinking untuk menguji tahap kreativiti kanak-kanak bagi menggantikan Ujian IQ (Intelligent

Quotes) yang dikatakan tidak sempurna.

2. Calvin W. Taylor penerima anugerah American Psycology Association Richardson Creativity

pada tahun 1970. Bakat kanak-kanak tidak sama. Oleh itu, 9 bidang dikenalpasti untuk

membentuk kanak-kanak yang kreatif dan inovatif iaitu i) pemikiran kreatif dan bernas untuk

mendapat idea, ii) mengimplementasikan idea, iii) kemahiran merancang, iv) kemahiran meramal,

v) membuat keputusan, vi) kemahiran berkomunikasi, vii) kemahiran sosial viii) peluang yang

menyerlah, ix) pencapaian akademik yang baik.

Guru perlu mengesan dengan mencari kaedah alternatif untuk membangunkan kreativiti kanak-

kanak dan memberi impak positif

3.Victor Lowenfeld berpendapat naluri dan keingingan merupakan faktor utama bagi mereka

berfikir dan menyelesaikan masalah secara kreatif. Kanak-kanak akan mengalami dan menyedari

masalah, menyampaikan idea dan proses imaginasi dan kreativiti. Pelbagai halangan dihadapi iaitu

psikologi dan persekitaran serta budaya yang memerlukan peranan guru untuk membimbing murid

-murid.

4. June King McFee berpendapat seni untuk kanak-kanak perlu berbentuk komunikasi. McFee

menekankan seni seharusnya mengambil kira konteks budaya serta elemen orentasi komuniti.

Perlu ada pengalaman estetika dalam semua objek di persekitaran yang dipengaruhi konteks

budaya untuk berkomunikasi dan menyampaikan mesej kepada masyarakat.

Page 10: Nota Ekspresi Kanak Kanak

5. Carl Rogers mengatakan kreativiti merupakan satu proses yang wujud apabila seseoran itu

bertindak ke atas sesuatu. Beliau memperkenal teori terapi iaitu :

i) keterbukaan kepada pengalaman

ii) cuba menikmati kehidupan yang dialami

iii) menghargai diri sendiri

iv) mengamalkan kebebasan

v) menjadi individu yang kreatif , sihat, bebas, bertanggungjawab serta dapat berfungsi

sepenuhnya dalam kehidupan.

Tindakan seseorang yang bebas dan bertanggungjawab mencetuskan keunikan dan kekuatan

kepada individu seperti penggunaan bahan seni secara kreatif dan memberi sumgangan kepada

masyarakat.

Torrance : Torrence Test of Creative Thinking

Taylor : Kreatif dan Inovatif

Lowenfeld : Naluri dan keinginan

McFee : Konteks budaya dan komuniti

Rogers : Teori Terapi

Unit 4 :Estetika dan Kanak-kanak

1. Estetika kanak-kanak melibatkan sifat kemanusiaan melatih kanak-kanak mencintai dan

menghargai kecantikan di bumi ini.

2. Estetika bersifat subjektif yang mempunyai makna yang pelbagai dalam lukisan, kraf mudah,

muzik, pergerakan kreatif, tarian, drama dan lain-lain lagi.

Page 11: Nota Ekspresi Kanak Kanak

3. Estetika kanak-kanak meliputi tiga jenis iaitu:

i) Estetika sikap : spontan, kekaguman, kegembiraan kanak-kanak dan perasaan ingin tahu

dalam jiwa kanak-kanak.

ii) Estetika pengalaman : penglibatan aktif dalam seni visual dan persembahan memberi

pengalaman mendengar, eksplorasi visual dan manipulasi bahan kepada kanak-kanak.

iii) Estetika respon : menyatakan pandangan dan luahan perasaan pada karya seni. Respon

fisiologi melalui ketawa, takut manakala respon mental melalui keputusan dan pandangan.

4. Estetika adalah cabang ilmu falsafah yang menekankan penggunaan pancaindera dalam

mengapresiasi karya seni seperti melihat, mendengar, sentuhan, merasa dan menghidu.

5. Tindak balas spontan karya seni yang mempengaruhi tindak balas estetika ialah kualiti karya seni

dan maksud karya seni.

6. Pandangan golongan relativisme menyatakan kecantikan adalah subjektif dan terletak pada

persepsi seseorang untuk menilainya.

7. Golongan objektivisme berpandangan kecantikan wujud dalam sesuatu karya seni dan bukannya

terletak pada persepsi seseorang.

8. Lima strategi untuk membimbing kanak-kanak mengapresiasi nilai estetika karya seni ialah :

i) Membuat perancangan

ii) Menunjukkan contoh hasil seni

iii) Berwaspada semasa merancang aktiviti seni kreatif

Page 12: Nota Ekspresi Kanak Kanak

iv) Membimbing kanak-kanak membuat pemilihan bahan secara kreatif

v) Idea baru untuk membimbing kanak-kanak menimba pengalaman estetika

Unit 5 : Imaginasi Kanak-kanak

1. Imaginasi kanak-kanak merupakan khayalan yang tinggi, sukar diduga dan kadang kala di luar

jangkaan kita.

2. Imaginasi Kreatif merupakan imaginasi yang hebat yang dapat diketengahkan dan difahami. Kita

perlu berfikiran positif dan membantu kanak-kanak merealisasikan imaginasi mereka.

3. Pemikiran Simbolik merujuk pada imaginasi kanak-kanak sama ada dilakukan bagi

menunjukkan dunia sebenar atau dunia khayalan. Kanak-kanak dipupuk untuk

mempertingkatkan pemikiran imaginatif supaya dapat menyelesaikan masalah secara kreatif

dan positif. Boleh dirangsang melalui modeling atau peniruan dan amalan pedagogi yang sihat

seperti sosiodrama, nyanyian dan ekspresi seni. Kanak-kanak boleh menokok tambah plot cerita

dunia sebenar dengan dunia khayalan. Walau bagaimanapun tingkahlaku mereka harus dipantau.

4. Lima aspek penting yang terdapat dalam Pemikiran Simbolik iaitu :

i) Kreativiti

ii) Kemahiran berfikir

iii) Perwakilan realiti

iv) Penyelesaian masalah

v) Bermain

Page 13: Nota Ekspresi Kanak Kanak

5. Kitaran PBM (Pembelajaran Berasaskan Masalah) -

i) Pengetahuan Kumpulan

ii) Mengenal pasti masalah

iii) Menjana Idea

iv) Menjana isu pembelajaran

v) Menyediakan pelan tindakan

vi) Mencari dan mengumpul bahan

vii) Mensintesis dan mengaplikasi

viii) Membuat rekfleksi dan membuat maklum balas

6. Carta FILA (Facts, Ideas, Learning Issues dan Action Plan )

7. Branford dan Stein (1984) memperkenalkan kaedah penyelesaian masalah kepada 5 langkah :

i) mengenal pasti masalah

ii) mendefinisikan masalah

iii) mencari jalan penyelesaian

iv) mengambil tindakan

v) menilai tindakan