nota disleksia

16
Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) • Mekanisme ujian saringan bagi murid tahun satu untuk mengenal pasti kebarangkalian murid mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia. • Diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan menerusi Jabatan Pendidikan Khas. • Pengoperasian ISD berlaku apabila menerima pencalonan daripada guru bahasa melayu dan juga ibu bapa. • Mensyaratkan lima kriteria murid yang perlu dinilai iaitu: - Telah melalui alam persekolahan dengan mendapat pengajaran yang sesuai dan memuaskan untuk tempoh tidak kurang daripada enam bulan - Menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran 3M. - Murid ketinggalan secara umum dua tahun di belakang rakan sebaya dalam kemahiran 3M. - Mempunyai pencapaian prestasi yang rendah dalam ujian bagi mata pelajaran akademik. - Telah menjalani langkah-langkah pemulihan melalui Program Pemulihan dalam kelas atau Pemulihan Kelas. • ISD terbahagi kepada tiga bahagian: A:Data asas murid seperti biodata, jantina, tahun persekolahan, keturunan, kedatangan ke sekolah, mengikuti program pemulihan khas (sedang atau tidak), pencapaian akademik, nama dan lokasi sekolah serta nama penilai. B:Berkonsepkan senarai semak (jawab secara ya atau tidak) mengandungi tiga elemen: i) kebolehan mengeja, membaca dan menulis (20 ciri) ii) keupayaan kognitif (20 ciri) iii) ciri spesifik disleksia (10 ciri) C:Pemarkahan yang akan diisi oleh penilai atau guru penyelaras. • Penilai disyaratkan guru bahasa Melayu yang pernah mengajar murid tahun satu sekurang-kurangnya enam bulan sebelum ujian ISD dijalankan. • Jika didapati memenuhi lebih lapan ciri bagi elemen satu dan dua manakala memenuhi lebih empat ciri dalam elemen ketiga, maka murid terbabit berkemungkinan menghadapi masalah disleksia.

Upload: aya-adam

Post on 18-Dec-2014

81 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Disleksia

Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)• Mekanisme ujian saringan bagi murid tahun satu untuk mengenal pasti kebarangkalian murid

mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia.

• Diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan menerusi Jabatan Pendidikan Khas.

• Pengoperasian ISD berlaku apabila menerima pencalonan daripada guru bahasa melayu dan

juga ibu bapa.

• Mensyaratkan lima kriteria murid yang perlu dinilai iaitu:

- Telah melalui alam persekolahan dengan mendapat pengajaran yang sesuai dan memuaskan

untuk tempoh tidak kurang daripada enam bulan

- Menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran 3M.

- Murid ketinggalan secara umum dua tahun di belakang rakan sebaya dalam kemahiran 3M.

- Mempunyai pencapaian prestasi yang rendah dalam ujian bagi mata pelajaran akademik.

- Telah menjalani langkah-langkah pemulihan melalui Program Pemulihan dalam kelas atau

Pemulihan Kelas.

• ISD terbahagi kepada tiga bahagian:

A:Data asas murid seperti biodata, jantina, tahun persekolahan, keturunan, kedatangan ke

sekolah, mengikuti program pemulihan khas (sedang atau tidak), pencapaian akademik, nama

dan lokasi sekolah serta nama penilai.

B:Berkonsepkan senarai semak (jawab secara ya atau tidak) mengandungi tiga elemen:

i) kebolehan mengeja, membaca dan menulis (20 ciri)

ii) keupayaan kognitif (20 ciri)

iii) ciri spesifik disleksia (10 ciri)

C:Pemarkahan yang akan diisi oleh penilai atau guru penyelaras.

• Penilai disyaratkan guru bahasa Melayu yang pernah mengajar murid tahun satu sekurang-

kurangnya enam bulan sebelum ujian ISD dijalankan.

• Jika didapati memenuhi lebih lapan ciri bagi elemen satu dan dua manakala memenuhi lebih

empat ciri dalam elemen ketiga, maka murid terbabit berkemungkinan menghadapi masalah

disleksia.

• Guru penyelaras akan menasihatkan ibu bapa supaya membawa anak-anak mereka bersama-

sama surat lampiran ISD ke hospital atau mana-mana klinik untuk membuat penilaian lanjut

merangkumi pemeriksaan ke atas pendengaran, penglihatan dan fizikal.

(sumber: http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?

y=2003&dt=1111&pub=DuniaPendidikan&sec=Berita&pg=be_02.htm)

Page 2: Nota Disleksia

kepentingan pentaksiran dan penilaian disleksiaTOPIK 3

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK DISLEKSIA

KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

1. Pengenalpastian masalah

- Dapat mengesan pelajar sama ada dapat menguasai kemahiran dalam bacaan dan 

mengira.

- Guru dapat mengesan punca kelemahan pelajar dan kekuatan pelajar.

- Dapat mengesan pelajar yang berisiko tinggi sama ada perlu diberi rawatan 

segera.

2. Penempatan 

- Tahap pencapaian pelajar untuk penempatan seperti kelas khas, pemulihan.

- Penempatan yang sesuai penting untuk mereka supaya dapat membantu mereka 

mendapat perkhidmatan khusus.

3. Pemilihan strategi pemulihan

- Strategi P&P yang berkesan seperti menggunakan BBM yang menarik supaya 

mereka senang menguasai kemahiran.

- Persediaan RPI sebelum pengajaran dijalankan dan tetapkan objektif 

pembelajaran.

- Menggunakan strategi seperti melukis gambar, mendengar muzik untuk belajar 

bahasa.

- Apabila mereka telah diajar sesuatu, perkara tersebut harus sentiasa 

berulang-ulang supaya mereka senang ingat kemahiran.

POSTED BY  TWINKLE ST@RS   AT  6 :35 PM  

Masalah disleksia dan kaedah mengatasiDisleksia

Masalah Bahasa

- Kesukaran dalam menamakan perkataan, salah sebut perkataan, mencampur adukkan

perkataan, sukar menyebut perkataan berirama dan literasi, berkecenderungan menggunakan

Page 3: Nota Disleksia

banyak perkataan untuk menerangkan sesuatu, pertuturan yang teragak-agak dan perlu

mendengar sesuatu perkataan lebih kerap sebelum menggunakn dengan tepat dan konsisten

(Ott 1997).

Masalah Matematik

- Lemah dalam penyelesaian masalah Matematik.

- Kekeliruan terhadap tanda & simbol & suka menterbalikkan nombor yang sama.

- Contohnya seperti berikut;

3 – 5 - 8 9 - 6

Kaedah Mengatasi Masalah Disleksia

1) Pendekatan multi sensori

- Sebut, dengar, lihat, rasa, sentuh, seperti menulis atas pasir, membina bentuk huruf.

2) Pendekatan kerap mengulang

- Melalui cara yang berbeza-beza untuk mengukuhkan fahaman dan ingatan.

- Contohnya : mengajar perkataan “bola” dan mengulang perkataan ini.

a) Ini bola.

b) Ini bola saya.

c) Bola ini bulat.

3) Pendekatan mengeja dengan melakar / melukis gambar

- Perkataan-perkataan yang dipilih selalunya terdiri daripada perkataan yang mudah untuk

dilukis atau dilakar olehnya. Daripada lakaran gambar-gambar dia tafsirkan kepada huruf-huruf

awal.

- Huruf-huruf tersebut dicantumkan, maka terbinalah perkataan yang ingin dieja.

- Contoh cara ini digunakan:

Perkataan yang perlu dieja ialah “matahari”.

Bunyi huruf [m]….....dia memilih mata

[a]……. api 

[t] ……. Tangga

[a]……..api

[h] …….hujan

[a]……..api

[r]………rambutan

[i]……….ikan

Murid ini akan melukis gambar-gambar berdasarkan bunyi huruf-huruf dalam perkataan yang

Page 4: Nota Disleksia

perlu dieja; mata, api, tangga, api, hujan, api, rambutan, ikan. 

[m] [a] [t] [a] [h] [a] [r] [i] 

Dicantumkan huruf-huruf awal bagi gambar-gambar yang dilukis, maka terbinalah

perkataannya, m a t a h a r i.

POSTED BY  TWINKLE ST@RS   AT  2 :05 PM  

Dispraksia• Berasal dari kata “Dys” yang maksudnya tidak mudah atau sukar dan “praxis” yang bermaksud

bertindak, melakukan. 

• Menurut penelitian secara perubatan, dispraksia adalah gangguan atau ketidakmatangan anak

dalam mengorganisasikan gerakan. 

• Ini berlaku kerana otak kurang berupaya memproses informasi sehingga arahan-arahan tidak

secara penuh atau benar ditransmisikan.

• Hal ini menyebabkan timbulnya kesukaran dalam berfikir, merancang dan melakukan tugas-

tugas motorik atau sensori. 

• Dengan kata lain, dysprexia umumnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar kerana ia

melibatkan ketidakjajaran antara arahan dari otak dan pergerakan tangan atau kaki pada masa

yang sama. 

Ciri-ciri disprasia

• Persepsi – sukar untuk menilai ketinggian dan jarak. Mengkoordinasikan bahagian badan

yang berlainan. 

• Literaliti – masalah pergerakan dari sisi kanan ke sisi kiri. 

• Kerja tangan – motor tangan Tulisan tangan – susah menulis. 

• Bahasa – sukar menyebut perkataan dan gagap 

• Konsentrasi – ambil masa yang lama.

• Ingatan – jangka pendek dan jangka panjang 

• Organisasi dan pemikiran – kelam kabut, tidak peka, lewat, sukar mengatur kerja. 

• Respon kepada stimulasi luar – terlebih atau terkurang sensitif kepada bunyi, sentuhan,

cahaya dan deria rasa.

POSTED BY  TWINKLE ST@RS   AT  10 :03 PM  

Page 5: Nota Disleksia

Disleksia - Kementerian kesan disleksia mulai 2004

11/11/2003 9:32 a.m.

Oleh: RAJMAH HASAN SHIRAT

KEMENTERIAN Pendidikan menerusi Jabatan Pendidikan Khas

akan memperkenalkan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)

iaitu mekanisme ujian saringan bagi mengenal pasti kebarangkalian

murid mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia mulai

tahun depan.

Buat permulaan, projek rintis ISD akan dilaksanakan di 29 buah

sekolah di seluruh negara (kecuali Wilayah Persekutuan Labuan) sebelum sebarang arahan

dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan untuk diguna pakai di semua sekolah rendah.

Menurut Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Pendidikan Khas, Dr.

Haniz Ibrahim, ISD digunakan untuk menyaring murid tahun satu yang berkemungkinan

menghadapi masalah pembelajaran spesifik disleksia sahaja.

"Bagaimanapun, untuk melabel atau mengesahkan murid terbabit sebagai murid pendidikan

khas disleksia hanya boleh dibuat oleh pakar perubatan," katanya ketika ditemui Utusan

Malaysia di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan

Pendidikan Khas, Mad Kassim Abd. Malik.

Takrifan disleksia mengikut Kementerian Pendidikan adalah murid-murid disleksi yang

mempunyai kecerdasan mental yang sama atau melebihi murid normal tetapi mempunyai

kesukaran yang amat sangat dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis.

ISD dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan dengan konsensus komuniti melibatkan

pensyarah-pensyarah universiti dan maktab perguruan ilmu khas, doktor dan guru-guru

berpengalaman dalam disleksia, bermula pada tahun 2001.

Menurut Dr. Haniz, ISD terbahagi kepada tiga bahagian, antara lain mengandungi 50 ciri yang

sepatutnya ada pada murid yang berkemungkinan menghadapi masalah pembelajaran

spesifik disleksia.

Bahagian A, katanya, mengandungi data asas murid seperti biodata, jantina, tahun

persekolahan, keturunan, kedatangan ke sekolah, mengikuti program pemulihan khas

(sedang atau tidak), pencapaian akademik, nama dan lokasi sekolah serta nama penilai.

DR. HANIZ IBRAHIM

Page 6: Nota Disleksia

"Penilai disyaratkan guru bahasa Melayu yang pernah mengajar murid tahun satu sekurang-

kurangnya enam bulan sebelum ujian ISD dijalankan ke atas murid yang berkemungkinan

menghadapi masalah pembelajaran spesifik disleksia," jelasnya.

Sementara itu kata beliau, Bahagian B yang berkonsepkan senarai semak (jawab secara ya

atau tidak) mengandungi tiga elemen yang antara lain menguji murid menerusi kebolehan

mengeja, membaca dan menulis (3M).

"Elemen pertama mengandungi 20 ciri yang mengukur sejauhmana tahap penguasaan literasi

murid merangkumi kebolehan mengeja, membaca dan menulis manakala elemen kedua

mengandungi 20 ciri untuk mengukur keupayaan kognitif mereka (lihat sejauhmana murid ini

mempunyai kognitif yang sama atau searas dengan murid normal).

"Elemen ketiga mengandungi 10 ciri utama yang mengambil kira daripada keseluruhan ciri

spesifik disleksi yang selalu ada pada murid disleksia," katanya dan memberitahu bahawa ISD

dikendalikan dalam bahasa Melayu.

Tambah Dr. Haniz, bahagian terakhir iaitu pemarkahan yang akan diisi oleh penilai atau guru

penyelaras setelah selesai menjalankan ISD ke atas murid.

"Prosedur penilaian dijalankan berdasarkan kepada pengetahuan peribadi guru terhadap

murid yang hendak dinilai," katanya.

Menurutnya, ISD mensyaratkan lima kriteria murid perlu dinilai iaitu telah melalui alam

persekolahan dengan mendapat pengajaran yang sesuai dan memuaskan untuk tempoh tidak

kurang daripada enam bulan, menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran 3M dan

murid ketinggalan secara umum dua tahun di belakang rakan sebaya dalam kemahiran 3M.

Lain-lain syarat ialah murid mempunyai pencapaian prestasi yang rendah dalam ujian bagi

mata pelajaran akademik dan murid telah menjalani langkah-langkah pemulihan melalui

Program Pemulihan dalam kelas atau Pemulihan Kelas.

Dr. Haniz memberitahu, ISD meletakkan `cut-off point' sebanyak 40 peratus bagi menyaring

murid berkemungkinan menghadapi masalah pembelajaran spesifik disleksia.

"Jika didapati memenuhi lebih lapan ciri bagi elemen satu dan dua manakala memenuhi lebih

empat ciri dalam elemen ketiga, maka murid terbabit berkemungkinan menghadapi masalah

disleksia," jelasnya.

Menurut beliau, guru penyelaras terlebih dahulu akan membuat siasatan lanjut untuk

memastikan masalah literasi yang dihadapi tidak berpunca daripada masalah pengajaran dan

pembelajaran (P&P) yang diterima oleh murid serta bukan juga berpunca daripada masalah

sosial.

Page 7: Nota Disleksia

"Setelah guru penyelaras berpuas hati maka mereka akan menasihatkan ibu bapa supaya

membawa anak-anak mereka bersama-sama surat lampiran ISD ke hospital atau mana-mana

klinik untuk membuat penilaian lanjut.

"Penilaian lanjut oleh pakar perubatan ini merangkumi pemeriksaan ke atas pendengaran,

penglihatan dan fizikal terhadap murid terbabit," jelasnya.

Setelah pemeriksaan dilakukan, katanya, pakar perubatan akan membuat dua cadangan iaitu

mengesahkan murid berkenaan sebagai murid pendidikan khas disleksia atau merujuk murid

itu kepada pakar yang lebih berkelayakan untuk pemeriksaan intensif.

Bagi menangani masalah pembelajaran disleksia, Kementerian Pendidikan katanya

bercadang melaksanakan projek rintis disleksia di 29 buah sekolah terpilih.

"Pelaksanaan program rintis disleksia dicadangkan dua kaedah iaitu secara inklusif iaitu

memerlukan satu bilik intervensi khas disleksia diwujudkan atau secara kelas khas iaitu murid

disleksia diajar secara berasingan seperti murid-murid bermasalah pembelajaran," katanya.

Secara inklusif katanya, sebahagian besar waktu belajar murid disleksia adalah di kelas-kelas

biasa tetapi mereka akan dikeluarkan daripada kelas biasa untuk diberikan intervensi khas

bagi mengatasi kesukaran literasi yang dihadapi.

"Kelas intervensi ini dicadangkan bilangan murid satu sesi pengajaran tidak melebihi lapan

orang," ujarnya.

Jika kaedah kedua menjadi pilihan katanya, Kementerian Pendidikan akan mewujudkan kelas

pendidikan khas percantuman disleksia di sekolah-sekolah biasa atau mewujudkan program

disleksia di sekolah-sekolah pendidikan khas.

"Di bawah kaedah ini, murid disleksia akan mengikuti program intervensi sepenuh masa

sehingga masalah literasi yang dihadapi dapat diatasi, bagaimanapun, program khas ini

dirasakan amat sesuai bagi mereka yang menghadapi masalah disleksia berat," katanya.

Sementara itu Dr. Haniz memberitahu, Maktab Perguruan Ilmu Khas telah mengadakan

kursus dalam perkhidmatan 14 minggu dalam bidang disleksia dan sehingga tahun ini

terdapat empat kohot guru terlatih dalam bidang berkenaan yang dihasilkan oleh maktab

berkenaan.

Antara kesukaran dalam penguasaan kemahiran 3M yang kerap berlaku di kalangan murid

berkemungkinan menghadapi masalah disleksia:

- Keliru di antara huruf-huruf `b' dan `d', `u' dan `n' serta `m' dan `w', ataupun nombor-nombor

seperti `6' dan `9'.

Page 8: Nota Disleksia

- Fenomena `mirror prints' iaitu teks bacaan kelihatan terbalik sebagaimana dilihat apabila

teks tersebut dibaca melalui cermin.

- Murid mengambil masa lama untuk menghabiskan pembacaan, ada kala pembacaan

tersekat-sekat disebabkan mereka tercicir ayat atau melangkau baris perkataan sehingga

pada akhirnya menjejaskan pemahaman mereka.

Antara selebriti dan tokoh terkemuka dunia yang dikatakan mempunyai masalah disleksia

seperti mana yang dilaporkan dalam Time Magazine bertarikh 8 September 2003 ialah

Thomas Edison, Tom Cruise, Whoopi Goldberg dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee

Kuan Yew.

DAFTAR MASUK

Nama Pengguna :

 

Kata Laluan :

> Daftar Keahlian

> Lupa Kata Laluan

> Soalan Lazim (FAQ)      [ Hotline : 03 - 2241 3055 ]

I K L A N @ T U T O R

USIK-USIK

Login

Page 9: Nota Disleksia

CARIAN

Portal Pendidikan Utusan 2001-2009 © Hak Cipta TerpeliharaUTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

Disleksia 

KONSEP MURID DISLEKSIA

 Murid-murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran mengeja, membaca dan menulis.

CIRI-CIRI DISLEKSIA 

1. Kreatif dalam reka bentuk benda-benda maujud

2. Murid mempunyai banyak idea (full of ideas)

3. Murid keliru membezakan bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata

4. Kekeliruan di antara kiri dan kanan, atas dan bawah

5. Pemahaman yang terhad dalam kamunikasi bertulis

6. Murid menulis abjad-abjad dan perkataan secara terbalik

7. Menunjukkan kekeliruan dalam urutan nombor

8. Kekeliruan dengan simbol-simbol (+,-,x,÷)

9. Tumpuan mudah beralih

10. Kelihatan seperti berkhayal dan tidak mendengar

11. Menggunakan taktik mengelak untuk melakukan sesuatu kerja

12. Tiada ekspresi semasa membaca

13. Murid sukat membaca ayat panjang. Murid berasa was-was atau teragak-agak kerana kurang yakin, sama ada yang dibaca itu salah atau betul

14. Rasa penat yang keterlaluan kerana terpaksa member tumpuan dan daya usaha yang tinggi

15. Murid ketinggalan dalam kebolehan membaca berbanding rakan sebaya. Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid semasa membaca;

        i) Tidak menghiraukan tanda bacaan

Page 10: Nota Disleksia

       ii) Mengugurkan perkataan

      iii) Menggantikan perkataan

      iv) Menambah perkataan pada bacaannya

       v) Melangkau baris. Tertinggal baris kedua semasa membaca

16. Murid mengalami kesukaran dalam membaca perkataan yang mempunyai vokal berganding/ diftong dan digraph/ konsonan berganding

17. Hasil kerja tidak kemas;

       i) Tulisan dan bentuk tidak seragam

       ii) Tidak mengikut garisan

 18. Murid sukar menyalin maklumat;

       i) Yang ditulis oleh guru di papan hitam

       ii) Yang diperdengar atau disebut oleh guru

19. Tulisan murid sukar dibaca. Bentuk huruf abjad yang ditulis dengan tidak jelas bentuknya, campuran huruf besar dan kecil, tidak menunjukkan jarak antara satu perkataan dengan perkataan yang lain dan alignment yang betul.

20. Murid sukar mengeja perkataan mudah. Murid sering mengeja perkataan yang tidak ada langsung kaitan makna dengan perkataan asal

21. Murid kerap melakukan kesalahan menyusun abjad dalam perkataan

       i) Menyusun abjad dalam perkataan

       ii) Menggabung suku kata secara terbalik

PROSEDUR KEMASUKAN MURID KE PROGRAM DISLEKSIA

Instrument Senarai Semak Disleksia (ISD) akan digunakan untuk mengenalpasti kebarangkalian Disleksia seseorang murid. ISD akan digunakan sekiranya : 

Seseorang murid itu mengikuti Programn Pemulihan Khas Tahun Satu (Semester 2) atau Tahun 2 ( Semester 1) tetapi murid tersebut masih mengalami kesukaran dalam membaca, mengeja dan menulis; atau

Ibu bapa / penjaga sendiri mencalonkan anaknya (Tahun 1 atau Tahun 2) dimasukkan ke Program Masalah Pembelajaran Disleksia

Jika keputusan ISD menandakan murid berkenaan mengalami kebarangkalian Disleksia, Pentadbir sekoalh akan mencadangkan kepada Ibu bapa / Penjaga supaya anaknya dibawa ke Pengamal Perubatan Kerajaan untuk pemeriksaan selanjutnya.

Murid yang telah disahkan oleh pakar (Pengamal Perubatan Kerajaan) mengalami Masalah Pembelajaran Spesifik Disleksia akan ditempatkan ke Program Disleksia.

SENARAI SEKOLAH PROGRAM DISLEKSIA

Page 11: Nota Disleksia

i) SK Temiang

ii) SK Kota

iii) SK Serting (F)

iv) SK Tunku Besar Tampin

Beberapa Definisi DisleksiaEmail ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Perkataan Disleksia berasal daripada gabungan 2 perkataan Greek/Yunani iaitu dys yang bermaksud kesukaran/kesusahan dan lexis yang bermaksud bahasa atau pertuturan. Jadi apabila ia digabungkan, ia membawa maksud kesukaran atau kesusahan dalam bahasa. Secara literalnya, dyslexia bermaksud kesukaran dalam bahasa. 

In 1887, the word “dyslexia” was coined by Berlin, a German doctor, from 2 Greek words : Dys ( difficulty ) and Lexia ( the use of words ).

Page 12: Nota Disleksia

Beberapa definisi disleksia.

Definisi PertamaBahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia

Murid-murid disleksia ialah murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis.

Definisi kedua

World Federation of Neurology pada tahun 1986. 

a disorder manifested by difficulty in learning to read despite conventional instruction, adequate intelligence and sociocultural opportunity. 

Disleksia ialah satu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka. (terjemahan)

Definisi ketiga

National Institute of Neurological Disorders and Stroke

Dyslexia is a brain-based type of learning disability that specifically impairs a person's ability to read. These individuals typically read at levels significantly lower than expected despite having normal intelligence. Although the disorder varies from person to person, common characteristics among people with dyslexia are difficulty with spelling, phonological processing (the manipulation of sounds), and/or rapid visual-verbal responding. In adults, dyslexia usually occurs after a brain injury or in the context of dementia. It can also be inherited in some families and so on, and recent studies have identified a number of genes that may predispose an individual to developing dyslexia.

Definisi keempat   Persatuan Disleksia Malaysia

Dyslexia is a reading difficulty in a child or adult who otherwise has good intelligence, strong motivation and adequate schooling……Dyslexia reflects a problem within the language system in the brain” (Shaywitz, 2003)

Definisi kelima

Page 13: Nota Disleksia

A.D.A.M. Medical Encyclopedia.

Developmental reading disorder, also called dyslexia, is a reading disability that occurs when the brain does not properly recognize and process certain symbols. 

SUMBER Persatuan Disleksia Malaysia

Pubmed Online Jurnal

What's It Like Being Dyslexic (Video)

Buku Pengantar Pendidikan Khas 

Buku Apa Itu Disleksia

Page 14: Nota Disleksia