nota ctu art and design sem 3

15
Islam Dan Seni(A) 1.Pengertian seni dan seni islam Seni Seni-sesuatu yang indah kamus dewan - sesuatu yang tipis dan halus serta enak di dengar Seni juga bermaksud keindahan, kemurnian. Ia juga merupakan cipdaan yang luar biasa. Arab seni bermaksud “Al-Fan” Ulama Acheh iktiraf sebagai 1. i.Penjelmaan rasa keindahan umumnya 2. ii keharuan khususnya Secara Sederhana, kesenian ditakrifkan sebagai usaha mencipta bentuk yang menyenangkan ( Sidi Gazabal) Seni adalah ‘Art’ 1. i The Encyclopedia Americana menyatakan, ‘Art’ adalah kemahiran seni yang berkait rapat dengan kreativiti sesaorang (drama, sajak, muzik,tarian, dll) 2. ii Plato menyatakan, Seni adalah kemahiran dalam menghasilkan sesuatu karya. Kesenian Islam Cetusan penyataan suara jiwa manusia terhadap al- Khaliq. Kesenian islam yang indah mestilah ada nilai estetika islam iaitu akhlak ( Sidi Gazabal) Mampu meningkatkan kehalusan dan keindahan budi manusia antara manusia dan Allah –Khaliq ( Mohd Kamal Hassan) Nilai estetika dalam seni islam mesti bersepadu, ambilkira semua dimensi, peringkat dan manifistasi keindahan. Menyedarkan manusia akan fungsi serta tanggungjawabnya terhadap pencipta. Seni islam berkait rapat dengan unsure religus yang menjiwai bahan material yang berteraskan Al – Quraan. (Syed Hossein Nasr) Seni islam adalah adunan dari pengalaman, keyakinan, sudut pandangan,keilmuaan,pendidikan serta lain-lain ( Ahmad Kamal Abdullah ) Kesenian dalam islam mesti menyedarkan orang akan kekuatan diri. ( Sayyid Qutb) Bukan elemen agama sahaja tetapi hasil kerja yang melalui kemahiran bagi menyampaikan dakwah islam. 2. Prinsip-prinsip Kesenian Islam 1.Tauhid Perkara asas dalam kesenian islam (pengakuan terhadap keesaan pencipta) Seniman yang beriman melihat kewujudan itu terdiri daripada alam ghaib dan nyata Menjadi panduan dalam membezakan karya yang baik atau buruk Seniman yang berlandaskan ciri-ciri diatas melihat keindahan bukan sahaja dari inderawi malahan dari sudut tauhid, syariat dan akhlak Seniman sentiasa terdorong hasilkan karya yang membawa masyarakat kearah ketakwaan. Konsep seni yang dilakukan mestilah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah S.W.T Seniman yang hasilkan karya sedemikian adalah seniman yang menanggapi lebih dari satu bidang seni. 2.Akhlak Seniman mestilah mementingkan persoalan akhlak yang menyentuh aspek kemanusiaan dan moral untuk menentukan identity kesenian islam. Bentuk-bentuk kesenian islam yang undah mestilah mengandungi nilai estetika islam iaitu akhlak (Sidi Gazabal) Seniman islam hendaklah berperanan menyalurkan karya mereka menuju matlamat yang bermanafaat disamping tidak menjadi songsang Seniman perlu hasilkan karya yang mengandungi mesej yang mamou menarik masyarakat ke jalan yang benar. Karya yang dihasilkan perlulah dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap Allah S.W.T Dapat membentuk masyarakat yang positif.

Upload: fauzan-sarif

Post on 13-Jun-2015

3.552 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota CTU Art and Design SEM 3

Islam Dan Seni(A)

1.Pengertian seni dan seni islam

Seni

• Seni-sesuatu yang indah • kamus dewan - sesuatu yang tipis dan halus

serta enak di dengar • Seni juga bermaksud keindahan, kemurnian.

Ia juga merupakan cipdaan yang luar biasa. • Arab seni bermaksud “Al-Fan” Ulama Acheh

iktiraf sebagai 1. i.Penjelmaan rasa

keindahan umumnya 2. ii keharuan khususnya

• Secara Sederhana, kesenian ditakrifkan sebagai usaha mencipta bentuk yang menyenangkan ( Sidi Gazabal)

• Seni adalah ‘Art’ 1. i The Encyclopedia Americana

menyatakan, ‘Art’ adalah kemahiran seni yang berkait rapat dengan kreativiti sesaorang (drama, sajak, muzik,tarian, dll)

2. ii Plato menyatakan, Seni adalah kemahiran dalam menghasilkan sesuatu karya.

Kesenian Islam

• Cetusan penyataan suara jiwa manusia terhadap al-Khaliq.

• Kesenian islam yang indah mestilah ada nilai estetika islam iaitu akhlak ( Sidi Gazabal)

• Mampu meningkatkan kehalusan dan keindahan budi manusia antara manusia dan Allah –Khaliq ( Mohd Kamal Hassan)

• Nilai estetika dalam seni islam mesti bersepadu, ambilkira semua dimensi, peringkat dan manifistasi keindahan.

• Menyedarkan manusia akan fungsi serta tanggungjawabnya terhadap pencipta.

• Seni islam berkait rapat dengan unsure religus yang menjiwai bahan material yang berteraskan Al –Quraan. (Syed Hossein Nasr)

• Seni islam adalah adunan dari pengalaman, keyakinan, sudut pandangan,keilmuaan,pendidikan serta lain-lain ( Ahmad Kamal Abdullah )

• Kesenian dalam islam mesti menyedarkan orang akan kekuatan diri. ( Sayyid Qutb)

• Bukan elemen agama sahaja tetapi hasil kerja yang melalui kemahiran bagi menyampaikan dakwah islam.

2. Prinsip-prinsip Kesenian Islam

1.Tauhid • Perkara asas dalam kesenian islam (pengakuan

terhadap keesaan pencipta) • Seniman yang beriman melihat kewujudan itu terdiri

daripada alam ghaib dan nyata • Menjadi panduan dalam membezakan karya yang

baik atau buruk • Seniman yang berlandaskan ciri-ciri diatas melihat

keindahan bukan sahaja dari inderawi malahan dari sudut tauhid, syariat dan akhlak

• Seniman sentiasa terdorong hasilkan karya yang membawa masyarakat kearah ketakwaan.

• Konsep seni yang dilakukan mestilah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah S.W.T

• Seniman yang hasilkan karya sedemikian adalah seniman yang menanggapi lebih dari satu bidang seni.

2.Akhlak • Seniman mestilah mementingkan persoalan akhlak yang

menyentuh aspek kemanusiaan dan moral untuk menentukan identity kesenian islam.

• Bentuk-bentuk kesenian islam yang undah mestilah mengandungi nilai estetika islam iaitu akhlak (Sidi Gazabal)

• Seniman islam hendaklah berperanan menyalurkan karya mereka menuju matlamat yang bermanafaat disamping tidak menjadi songsang

• Seniman perlu hasilkan karya yang mengandungi mesej yang mamou menarik masyarakat ke jalan yang benar.

• Karya yang dihasilkan perlulah dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap Allah S.W.T

• Dapat membentuk masyarakat yang positif.

Page 2: Nota CTU Art and Design SEM 3

3.Syariah • Kesenian yang tidak membawa mudarat atau

kerosakkan diharuskan oleh Syariah • Seni yang mungkin boleh memudaratkan adalah

dimakruhkan • Kesenian yang pasti memudaratkan dan kerosakkan

adalah diharamkan

4.Kesenian Islam menghubungkan Manusia denganTuhan, Alam Sekitar dan sesame

Manusia. • Islam tidak hanya berbicara soal-soal keagamaan

tetapi juga kebudayaan • Seni adalah sebaghagian daripada kebudayaan

kerana Al-Quraan telah menceritakan dengan jelas melalui ciptaan Allah

• Dalam Al-Quraan meletakkan panduan karya dihasilkan “kerana Allah untuk manusia” bukanya “Seni untuk seni”

• Seniman islam bertanggungjawab mengangkat dan mengetengahkan segala persoalan

3.Sumber Seni islam

1)Al-Quran • Dalam Al-Quran banyak ayat-ayat memperkatakan

tentang keindahan • Al-Quran mengandungi nilai kesenian tinggi • Keindahan pada kefasihan bahasa • Keunikkan Al_Quran menunjukkan kemukjizatannya • Al-Quran menceritakan banyakl perkara tentang

kebesaran Allah melalui seni kiasan yang begitu menakjubkkan

• Susunan kata dan kalimat dapat dilihat dalam kontek;

1. Nada dan langgamnya mempunyai irama yang unik

2. Singkat dan padat dengan makna 3. Memuaskan para pemikir 4. Memuaskan akal dan jiwa 5. Keindahan dan ketepatan maknanya

• Keseimbangan redaksinya. 1. Keseimbangan antara jumlah kata dan

antonimnya 2. Keseimbangan jumlah bilangan kata dan

sinonimnya 3. Keseimbangan kata dan jumlah bilangan

kata yang menunjukkan akibatnya • Keindahan insyarat-insyarat nya

1. Kejadian manusia 2. Kejadian alam 3. Pemisah antara dua laut 4. Berkenaan awan 5. Berkenaan gunung 6. Pohon-pohon hijau 7. Kalender Syamsiyah dan Qamariah

2 ) Al-Sunnah A) Seni suara

• Pada zaman Rasulullah telah mencatatkan aspek seni suara dimana Bilal Bin Rabah telah melaungkan azan tanpa alat muzik dengan intonasi yang indah

• Ilmu tajwid berfungsi sebagai pengawal mutu bacaan Al-Quran

• Kaum Ansar menyambut Kaum muhajirin yang berhijrah dengan laungan “Tala’al Badrul’ Alaina dengan merdu sekali.

B) Seni khat • Rasulullah ambil berat tentang

penggunaan huruf didalam penulisan ayat-ayat

c) Seni Muzik • islam tidak melarang muzik selagi ia

tidak melalaikan dari melakukan kewajipan agama

• Bersesuaian dengan nilai tauhid, akhlak dan syariah

• Pengunaan gendang pada zaman Rasulullah bukan untuk berhibur sahaja malahan untuk membangkitkan semangat perjuangan.

3) Ijtihad ulama • seni bukan sesuatu yang statik. Ulama-ulama dituntut

memberikan fatwa tentang kesenian ini agar tidak berlakunya sebarang kesalahan.

• Ianya berfungsi sebagai rujukkan dan panduan.

4) Alam semulajadi • -Alam semulajadi telah menjadi inspirasi kerana

kesempurnaan ciptaan Allah SWT • -Merakamkan hubungan alam semulajadi dengan sikap

positif

Page 3: Nota CTU Art and Design SEM 3

5) Budaya masyarakat setempat • -Budaya masyarakat setempat dapat menjadi

sumber ilham seniman dalam mencipta karya • -seni dan masyarakat merupakan hubungan yang

tak dapat dipisahkan kerana wujudnya hubungan antara manusia dan alam sekitar

• -karya-karya yang dihasilkan didorongi oleh budaya masyarakat setempat sekitarnya

• -budaya masyarakat setempat begitu besar peranannya menjadi sumber ilham hasil karya seni

• -dengan berlatar belakangkan budaya maka terciptalah bentuk-bentuk kesenian yang meriah dengan pelbagai rupa serta warna di dalam masyarakat islam sesuai dengan ajaranya yang bersifat alami

6) Pengaruh dari tamadun asing • -Islam bersifat terbuka untuk menerima sumber-

sumber ilmu yang bermanfaat termasuklah bidang seni

• -seni yang diadaptasi telah ditapis, disaring dan diambil yang terbaik, bersesuaian dan meninggalkan seni yang bertentangan dengan islam

4.Aspek-aspek Keindahan Di Dalam

Al-Quran

1)Keindahan penciptaan manusia • Manusia adalah makhluk yang terindah

dan sebaik-baik kejadian ciptaan Allah

2)Keindahan perhiasan • Antara tanda kecintaan Allah terhadap

manusia, Allah memberi pelbagai nikmat bagi memenuhi keperluan manusia diatas muka bumi ini

3)Keindahan langit dan bumi • Allah tidak menciptakan sesuatu tanpa

tujuan dan hanya sia-sia, manusia telah diciptakan lalu tempat tinggal telah diciptakan iaitu dunia, lalu dihiasi dunia dengan pelbagai ciptaan untuk memenuhi tuntutan keperluan hidup manusia

• Ternyata keindahan langit dan bumi bukan hanya dapat menenangkan mata memandang, tetapi ia juga dapat menundukkan hati manusia kepada Allah sebagai pencipta yang maha agung dan maha esa

• Keindahan lain turut diciptakan oleh Allah bagi memenuhi tuntutan keperluan hidup manusia seharian

4)Keindahan tumbuh-tumbuhan • Allah telah menurunkan hujan keatas bumi

yang kering supaya dapatlah tumbuh-tumbuhan hidup dan tumbuh segar maka terhiaslah bumi dengan segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik

5)Keindahan haiwan • Allah menciptakan haiwan dan apa sahaja

yang dia kehendaki kerana sesungguhnya Allah maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan binatang-binatang ternak itu, ia diciptakan untuk manusia, terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain

Page 4: Nota CTU Art and Design SEM 3

5.Ciri-ciri Kesenian Islam

1)Abstrak atau kemujaradan • Islam menolak peniruan gambaran atau

figura atau alam semula jadi secara tepat • Semua objek haruslah di ubah suai

sedikit • Penolakan terhadap unsure ini

bersesuaian dengan komsep ketuhanan • Contohnya, kartun , dimana imejnya

tidak dalam bentuk semula jadi • Tidak di anggap sebagai seni islam kerana

tidak menepati tuntutan syarak.

2)Struktur Modular • Seni islam banyak mempunyai modul

yang digabungkan. • Setiap entiti membawa satu ukuran

kemuncak • Islam mengambil berat tentang ketelitian

dalam segala perbuatan ke tahap ibadah

3)Gabungan berturutan & kombinasi berterusan

• Corak saujana bunyi, penglihatan dan pergerakan menunjukkan gabungan berturutan bagi modul asas dan bagi perulanganya

• Corak infiniti mempunyai banyak pusat tumpuan estetik, banyak corak pandangan akan wujud apabila terdapat gabungan berturutan bagi modul, entity atau motif yang lebih kecil.

5)Perulangan • Kombinasi campuran kesenian islam

menggunakan perulangan motif, modul structural dan juga menggunakan kombinasi berturutan yang kelihatan berterusan secara adinfinitum

• Hasil kesan ditingkat dan diperkukuhkan dengan mengawal pengasingan unit-unit bahagian yang menghalang sbarang modul dalam reka bentuk itu daripada diutamakan atau berbanding dengan yang lain-lain

• ciri perulangan seni islam ini adalah gambaran tentang kehidupan muslim yang dituntut melaksanakan sesuatu perkara secara berulangan agar ia sebati di dalam jiwa pelakuya serta dapat menghayati apa yang dilakukanya itu dengan lebih mendalam

6)Dinamisme • suatu corak yang mesti melalui lingkungan masa , ia

tidak dapat difahami secara sepintas lalu atau dalam satu jangka masa yang pendek atau dengan satu sudut pandangan sahaja

• ia memerlukan penglihatan, pemerhatian serta pemikiran yang berangkai untuk dapat memahaminya

• ia sama dengan islam sebagai agama yang syumul, islam tidak dapat ditafsirkan pada bahagian-bahagian tertentu sahaja sehingga ia terpisah dari sebahagaian aktiviti kehidupan

7)Intrikasi/kerumitan • unsur ini menekanka keupayaan sesuatu corak

atau hasil seni untuk menarik perhatian dan tumpuan secara tidak langsung terhadap sesuatu strukturyang ditayangkan

• cirri-ciri yang dibuat secara halus dan teliti ini mengambarkan bahawa islam adalah agama yang mengambil berat dari perkara-perkara besar sehingga sekecil-kecilnya

4)Padat • karya seni islam mempunyai bentuk yang padat

dengan pelbagai corak sehingga tidak kelihatan ruang-ruang atau bahagian-bahagian tertentu yang kosong mahupun cacat

• bagi seniman islam ciri-ciri ini penting kerana ia menggambarkan bahawa tidak ada sedikit ruangpun dalam kehidupan muslim, apa yang dilakukan kecuali untuk beribadah kepada Allah semata-mata

8)Beranyam • ciri-ciri yang mempunyai rupa bentuk permukaanya

kelihatan naik turun dan berombak adalah seperti menunjukan bahawa islam menitik berat sifat-sifat seperti sabar dan tawaduk yang perlu dimiliki setiap muslim, ia kerana kehidupan ini seperti roda ada naik dan turun

• semua cirri-ciri diatas saling berkaitan diantara satu sama lain, ia dapat dilihat dalam setiap hasil karya kesenian islamy ang didasari konsep tauhid

Page 5: Nota CTU Art and Design SEM 3

6.Fungsi Kesenian Islam

• bagi seorang muslim, seni berfungsi untuk mengingatkanya akan kebesaran Allah, semakin halus jiwa seseorang melihat serta menilai sesuatu yang indah, semakin dalam keyakinanya terhadap kebesaran Allah

• seni islam dapat memahami doktrin islam yang dilontarkan oleh pendidikan agama secara formal.pendidikan islam melalui pendidikan agama secara formal kebanyakkanya lebih bersifat teoritis, disebabkan supaya pemahaman serta penghayatan islam benar-benar dapat dijiwai, maka seni dapat memainkan peranan sebagai pengukuh kepada teori

• oleh kerana manusia mempunyai perasaan mencintai sesuatu yang indah atau cantik maka ia patut dikembangkan mengikut acuan islam melalui pendidikan yang betul agar tujuan pembangunan manusia tercapai

• kesenian islam merupakan lambang sejauh mana umat islam hidup bertamadun, semakin tinggi nilai seni yang dihasilkan oleh umat islam maka semakin tinggi tamadun yang dicapainya.

Page 6: Nota CTU Art and Design SEM 3

Al-Quran:

• (Al-Kahfi,18:7) sesungguhnya kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi ini sebagai perhiasan baginya. Kerana kami hendak menguji mereka, siapa diantara mereka yang lebih baik amalannya.

• (Al-Hijr,15:16) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit bintang-bintang (yang berbagai bentuk & keadaan serta kami hiasinya langit itu bagi orang-orang yang mahu melihatnya.

Al-Hadis: • Sesungguhnya Allah maha Indah. Dia suka akan

keindahan (Ahmad Ibn Hambal 1978m/1399h) Keterangan:

• Islam tak hanya berkata tentang keagamaan, tapi juga berkata tentang kebudayaan.

• Al-Quran menyediakan asas-asas umum sebagai tapak bagi kelahiran seni islam.

Falsafah Seni Islam(B)

SUMBER SENI ISLAM

CIRI2 KESENIAN ISLAM

1.Al-Quran dan Al-Sunnah 1.Abstraksi atau kemujaradan

2.Sumber sampingan : Alam persekitaran dan budaya

setempat masyarakat.

• Karya seni bergantung pada kemampuan imaginasi, pengetahuan, pendidikan dan tenaga seniman sendiri.

• Contoh: *Pelukis menceritakan tentang alam dengan segala permasalahan menerusi catannya. *sasterawan menggambarkan baik buruk keadaan sosialnya menerusi puisi, novel & sebagainya.

2.struktur modular

• Karya2 seni islam mengandungi banyak bahagian atau modul yang digabungkan untuk menghasilkan rekaan yang lebih besar.

• Ciri2 ini secara tak langsung menggambarkan Islam adalah cara hidup bagaimana manusia menjalankannya diatas muka bumi ini.

3.Gabungan bertuturan/kombinasi

berterusan

• Islam menolak gambaran atau peniruan figura atau alam semula jadi secara tepat.

• Termaktub dalam Al-Quran iaitu ‘tamathil’ atau patung2 tidak boleh dalam islam.

• Ada juga ayat yang mengatakan patung2 tak termasuk dalam syirik kerana tidak melibatkan penyembahan.

• Sebaliknya menjelaskan bagaimana Allah telah menganugerahkan bakat kepada makhluknya untuk berkarya.

• Patung yg berunsur penyembahan adalah syirik,tapi yang ada nilai sejarah, sastera, perubatan, pendidikan, penghayatan nilai2 Islam adalah harus.

Page 7: Nota CTU Art and Design SEM 3

• Interaksi secara perulangan • Supaya sebati dengan jiwa

3.perulangan

4.dimanisme

• Satu corak yang mesti melalui lingkungan masa

• Takkan dapat difahami secara sepintas lalu atau dalam masa yang pendek atau dengan satu sudut pandangan yang tinggi.

5.interaksi/kerumitan

• Menekankan keupayaan sesuatu corak atau hasil seni untuk menarik perhatian penonton dan tumpuan secara tak langsung terhadap sesuatu struktur yang dipersembahkan.

6.Padat

• Seni islam mempunyai bentuk yang padat sehingga tiada ruang kosong.

• Ciri ini digambarkan bahawa tiada sedikit ruangpun dalam kehidupan muslim, apa yang dilakukan kecuali untuk beribadah kepada Allah semata-mata.

7.Beranyam

• Islam menitik beratkan sifat2 seperti sabar dan tawadu’.

Pandangan Sarjana Islam&Barat

terhadap seni

• Ingatkan manusia akan kebesaran Allah • Membantu kearah memahami dokrin Islam yang dilontarkan oleh

pendidikan agama secara formal. • Kecintaan terhadap perkara-perkara yang indah adalah merupakan

naluri manusia. • Kesenian islam merupakan salah satu lambang sejauh mana umat

islam hidup bertamadun. 1. Karya seni adalah dokumentasi pengalaman dan

pengamatan seorang seniman terhadap budaya, masyarakat dan persekitarannya.

2. Lakaran ringkas diatas tembok di gua Altamira, Sepanyol/Lascaux, di Perancis (15,000-10,000 s.m) subjek binatang buruan (sapi,kuda dan sebagainya) memberi petunjuk tentang bagaimana dan jenis apa makanan serta binatang yang diburu untuk penuhi keperluan hidup.

3. Kehebatan islam dalam bidang astronomi dilihat dalam kitab Suwar-Al Kawatib Al-Thabita oleh Abdul al Rahman al Sufi (1009) melukis konstelasi bintang dicakerawala dengan guna figura manusia wanita.

4. Setinggi mana bintang , bila dikaji dapat manfaat, sama seperti mengkaji tubuh manusia untuk melihat aliran darah agar dapat dikesan sumber penyakit, cara ia merebak dan kaedan mengubatinya. (Zakaria Ali 1996-9)

1.Menurut Islam

2.Menurut sarjana Barat

• ‘seni untuk seni’ yang dirintis oleh Albert Guerard (1963,41-42) adalah aliran yang lebih menekankan keindahan semata2.

1. Baginya tiada yang kekal kecuali keindahan yang bebas daripada sebarang tujuan.

2. Seniman barat hasilkan karya sekadar untuk kepuasan estetik penikmat seni dan tidak lebih dari itu.

• Menentang agama dan menganggap manusia berfikir tentang kesedihan, kegelisahan dan perasaan dosa.

• Mengharamkan pengikutnya berbuat demikian: 1. Seni untuk dapatkan wang 2. Seni untuk dapatkan penghormatan dan kemegahan 3. Seni sebagai maklumat 4. Seni sebagai moraliti seniman 5. Seni sebagai moral dan ‘poetic justice’ (berpendapat seni mesti

bebas dari segala bentuk ikatan, ciri2. 6. Seni untuk propaganda.

Page 8: Nota CTU Art and Design SEM 3

Konsep dan falsafah seni islam

1.Kesenian

• Fitrah manusia suka yang indah2. • Seni itu indah • Seni adalah sesuatu yang tipis dan halus, enak

didengar, comel dan lembut, karya (sajak, lukisan, muzik, dan lain2)

• Dalam arab seni disebut “Al-Fan” bermaksud penjelmaan rasa keindahan umumnya, rasa keharuan khususnya kesejahteraan hidup.

2.Kesenian Islam

• Kesenian yang melambangkan peribadatan kepada Allah yang dihasilkan oleh umat Islam dari semua keturunan di dalam lingkungan negara Islam.

Page 9: Nota CTU Art and Design SEM 3

Pencapaian Seni Dan Kreativiti Islam(C)

Pengenalan

• Risalah Islam mula menular pada abad ke-7 masihi hingga ke kurun 14 masihi.

• Meninggalkan kesan yang cukup hebat & mendalam pada sejarah tamadun Insane.

• Berbagai hasil seni & reka cipta ditemui oleh para ulama silam

Penerangan

• Sejarah awal seni islam bermula di Syria iaitu zaman pemerintahan Khalifah Umayyah pada 661-750 ms & kemudian diteruskan oleh Abbassiyah.

• Disebabkan oleh kedudukan Syria

yang kaya dengan budaya warisan dari Mediteranean & Byzantin

• Keadaan itu menyediakan suatu

latar belakang yang sesuai utk pembangunan seni & budaya.

• Perubahan yang berlaku ketika pemerintahan kerajaan Umayyah menggalakkkan penyerapan budaya dari bahagian timur mediteranian.

• Ia juga memberi kesempatan kepada dunia Islam untuk membentuk budaya tersediri.

5.1 Seni Khat

1) Pengenalan

• Ia merupakan seni terawal yang diperkembangkan.

• Faktor utamanya adalah peranan Al-Quran yang menjadi ajaran utama dalam Islam.

• Ianya berkembang dengan usaha untuk menyalin ayat-ayat Al-Quran.

• Antara orang yang bertanggungjawab mencipta skima bacaan Al-Quran ialah:

* Abu Al-Aswad Du’Ali * Nasr b ‘Asim * Khalil b Ahmad Al-Farahidi

2) Asal Usul/ Sejarah

• Tulisan arab adalah dari Aramaic iaitu suku kaum Arab Badwi yg tinggal di Sinai.

• Bandar utama mereka adalah Petra & Busra, empayar mereka berakhir pada tahun 105 ms

• Pada zaman Umayyah & Abbasiyah, khat kufi digunakan untuk menulis Al-Quran & khat naskh pula diperkenalkan kemudiannya.

• Dipercayai mushaf Al-Quran yang terawal dijumpai pd abad ke-8 di Masjid Besar San’a.

Page 10: Nota CTU Art and Design SEM 3

1

5.2 Seni Bina

1)Pengenalan • Antara pencapaian besar dlm

kreativiti & seni islam ialah seni bina.

• Sebagai contoh, ialah seperti keindahan Istana Taj Mahal di India, Masjid Cordova & Istana Al-Hamra’ di Sepanyol

• Al-Hamra’ misalnya, merupakan sebuah kota kerajaan yg dikelilingi tembok & menara yg indah.

• Bahagian dlm nya dihiasi dgn ukiran-ukiran berbentuk geometri yg bermotif bunga-bungaan & ukiran arab berbentuk khat kufi & khat naskh.

• Ia melambangkan bertapa majunya umat islam zaman dahulu & sewajarnya kita generasi skrg mereka sebagai role model kita.

2) Penerangan • Pada peringakat awal,

perkembangan seni bina masjid didapati begitu simple. Begitu juga reka bentuk rumah & istana.

• Manakala di zaman awal islam, kebanyakkan masjid tidak mempunyai kubah seperti Masjid Madinah.

• Tradisi bangunan berkubah telah menjadi keutamaan & menjadi cirri penting dlm penbinaan masjid setelah islam bertapak hampir seluruh asia barat.

• Kubah pertama yg dibuat ialah kubah gereja iaitu Qubbah Al-Sakhrah di Jerusalem yg dipanggil Masjid Umar. (688-692).

• Ini merupakan pengaruh agama kristian yg dibawa oleh orang-orang Bizantin.

• Pada pertengahan abad ke-8 barulah seni bina masjid-masjid islam menampakkan identity nya tersendiri & tidak mengikuti seni bina Graeco-Roman.

3)

• Namun, warisan budaya ini tidak wujud di dunia islam di asia tenggara.

• Seni bina di asia berasaskan pyramid kerana mempunyai warisan budaya yang berbeza.

• Bermulanya dari Laos ke Vietnam hingga ke Jawa. disamping seni bina awal masjid di asia kerana merupakan perlanjutan pengaruh tradisi eni bina Brahma & Buddha.

• Setelah itu barulah ianya diubahsuai mengikut cirri-ciri ajaran islam yang universal.

Page 11: Nota CTU Art and Design SEM 3

2

5.3 Seni Muzik

1

• muzik adalah 1 aspek yg dihasilkan daripada kreativiti seni dalam bentuk bunyi-bunyian.

• Ia wujud dlm alam ini dalam bentuk terpisah.

• Sebagai contoh: *desiran angin

*deburan ombak * bunyi tepukan

*pokok-pokok yg ditiup angin * suara-suara binatang

2

• Ianya kemudian digubah dlm 1 bentuk yg dikenali sebagai muzik.

• Maka ia bermakna muzik adalah hasil dari gubahan bunyi-bunyian yg melahirkan irama yg indah dlm rentak yg pelbagai.

3

• Terdapat juga beberapa nas daripada hadis Rasulullah s.a.w yg menyentuh tentang muzik & menjadikan hujah keharusannya dlm Islam.

• Terdapat juga beberapa

peristiwa dimana baginda s.a.w membenarkan muzik.

4

• Namun banyak perkara yg masih belum jelas mengenai muzik dlm Islam.

• Oleh itu banyak faktor lain perlu diambil kira sebagaimana yg dinyatakan dlm asas utama seni dan kreativiti dlm Islam.

5.4 Lain-lain

1 • Selain dari apa yg

tersebut td, banyak lagi kreativiti yg dihasilkan org islam antaranya:

1. Seni halus 2. Seni lukis 3. Seni ukir 4. Seramik

2 • Sebagai contoh, bidang seni

ukir merupakan 1 pertukangan tangan yg menjadi 1 tradisi dalam masyarakat islam, amnya melayu sejak turun temurun lagi.

3

• Hasilnya, ia akan menampakkan nilai seni & kreativiti itu tetap subur dlm masyarakat Islam bahkan merupakan sebahagian daripada keperluan dlm menuju kemajuan umat & Negara.

Etika dalam berkarya

1) Keserasian Dengan Akidah 2) Ikhlas Dalam Pengkaryaan

3) Tidak Melalaikan 4) Mengagungkan Allah Dan Ciptaan-Nya

5) Memperkasakan Syiar Islam Dan Patriotisma

Page 12: Nota CTU Art and Design SEM 3

3

6.1 Keserasian Dengan Akidah

1 - bentuk karya yg dihasilkan tidak boleh sekali-kali menjejaskan akidah umat islam & juga karyawan itu sendiri. - semua aktiviti seni mestilah mengelakkan diri daripada perkara syirik, khurafat & tahyul.

2 - Seniman/seniman islam adalah mereka yg bersyahadah. - Sewajarnya mereka menunaikan syahadahnya dgn cara memanifestasikan segala tindakan dlm mentauhidkan allah s.w.t..

3 - mengukuhkan lagi perjalanan para karyawan & seniman daripada elemen-elemen yg boleh merosakkan hati & pemikirannya. - tidak lebih daripada proses peniruan terhadap alam ini. - memahami, mempelajari & menghayati keindahan ciptaan allah s.w.t

6.2 Ikhlas Dalam Pengkaryaan

2 • Dgn keikhlasan yg lahir dari hati

yg bersih akan menghasilkan suatu ciptaan seni yg indah.

• Semua ini akhirnya akan

melahirkan erti & makna pada hasil karya & membawa mesej agama dgn petunjuk & hidayah Ilahi.

3

- Maka, seni adalah hanya untuk seni semata-mata & tidak harus berlaku

perkara negative dikalangan pencinta seni Islam.

1

• Allah s.w.t menegaskan dlm Al-Quran bahawa Dialah yg menjadikan kita & apa yg kita lakukan.

3

• -Dengan cara ini, ia dapat mengawal keperibadian para seniman & karyawan Islam daripada sifat-sifat negatif.

Page 13: Nota CTU Art and Design SEM 3

4

6.3 Memperkasakan Syiar Islam & Patriotisme

1 - Kreativiti seni juga penting dlm usaha menyebarkan syiar Islam. - Ini terbukti dimana banyak sumbangan kpd tamadun dunia dari hasil kreativiti seni. Sebagai contoh, seni ukir kayu & batik didalam kesenian melayu.

2 - Salah 1 aspek penting dlm etika pengkaryaan ialah mengabil kira pembinaan syiar Islam & semangat patriotisme.

3 - Aspek yg lain-lain pula didapati pada penggunaan muzik & peralatan muzik.

Page 14: Nota CTU Art and Design SEM 3

5

Konsep Keindahan dan Kreativiti Islam(D)

Contoh ayat al-quran dan hadith berkaitan keindahan

• BErmaksud : Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang (Surah al-Saffat 37:6)

• Bermaksud : Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ad di bumi sebagai perhiasan bagiNya, agar Kami menguji mereka siapakah diantara mereka yang terbaik perbuatannya. (Surah al-Kahfi 18:7)

Hadith • Bermaksud : Sesungguhnya Allah itu

indah dan Dia suka pada keindahan.

Konsep keindahan • Keindahan dalam Islam ialah keindahan luaran dan dalaman

yang berpusat pada kebenaran dan keindahan Ilahi.

• Imam al-Ghazali menegaskan keindahan terbahagi kepada dua iaitu keindahan lahir yang bersifat inderawi dan keindahan batin.

• Ismail al-Faruqi pula menggunakan istilah transenden,beliau menegaskan keindahan Islam dapat dilihat pada ajaran Islam yang berteras kepada kalimah syahadah,al-Quran dan alam.

• Hamdan Hassan keindahan itu bersifat transenden,kerana ia adalah manifestasi dari kewujudan Allah S.W.T.

• Keindahan Islam dapt dilihat pada sifat Allah S.W.T. yg menciptakan segalanya,al-Quran yang mengadungi ajaran Islam,alam dan manusia.

• Oleh kerana keindahan itu subjektif, maka keindahan akan membawa kepada ketenangan,kesabaran dan juga pengajaran.

• Sarjana barat pula berpandangan bahawa keindahan muncul dari sesuatu yang bukan manusiawi,yang sukar untuk dijelaskan

• Keindahan pada sarjana yunani ialah sesuatu filosofi dan berada di luar diri manusia.

Keimanan • Kindahan dalam Islam bermula dengan beriman

kepada Allah S.W.T sebagai Yang Maha Indah.

• Keindahan iman dalam Islam dapat dilihat pada keesaan Allah sebagai Tuhan Yang Esa ditegaskan dalam firman Allah pada surah al-Ikhlas.

• Selain itu,keindahan beriman dalam Islam juga dapat dilihat pada kesucian mengenali Allah S.W.T.

Al-quran al karim • Merupakan sumber iman dan ajaran Islam

• Keindahan dalaman al-Quran iaitu ajaran yang terkandung di dalamnya yang meliputi pelbagai aspek.

• KEindahan luaran terletak pada kefasihah bahasa,balaghah,irama bahasa dan seni khat.

• Keindahan al-Quran ini telah Berjaya menarik perhatian orang ramai pada masa penurunannya untuk menerima kebenaran Islam.

Asas Keindahan

Page 15: Nota CTU Art and Design SEM 3

6

Akhlak • Akhlak ialah etik atau etika

atau moral.

• Keindahan akhlak dalam Islam terletak pada akhlak yang mulia khususnya yang terhimpun pada diri Rasulullah S.A.W yang meliputi keindahan lahiri dan maknawi.

• Akhlak adlah perhiasan diri manusia khususnya umat Islam.Akhlak yang dimaksudkan ialah akhlak yang terpuji.Dengan adanya akhlak mahmudah ini manusia akan dipandang indah.

KEBERSIHAN • Kebersihan dalam Islam

melibatkan 2 aspek ,iaitu kebersihan jiwa dan kebersihan luaran.

• Kbersihan dalaman : Sesunguhnys mendapat kemenangan orang yang bersih jiwanya dan rugilah orang yang mengotorinya.

• Kebersihan luaran pula terletak pada kewajipan amalan berwudu’,mandi wajib dan sunat,makan dan minuman halal.

• Kebersiahan ini semua melahirkan keindahan dalam masyarakat Islam.

PERHIASAN • Perhiasan berkait rapat dengan

kebersihan yang melahirkan keindahan.

• Islam mengakui perhiasan dalam Islam,tetapi Islam juga menyedari perhiasan yang berlebihan dan tanpa batasan kerana ia boleh mambawa kerosakan.

• Tempat wanita berhias adalah di rumah yang bermaksud di hadapan keluarganya yang muhrim.

• Kreativiti bermaksud kemampuan mencipta,mengembang dan menghasilkan sesuatu untuk kegunaan dan tatapan masyarakat

• Menurut Ainon dan Abdullah ,pemikiran kreatif lebih merupakan satu kaedah untuk berurusan dengan reality atau mengubah reality yang ada menjadi reality baru.

• Al-Quran menjadi sumber Islam banyak menegaskan tentang penggunaan akal sebagai factor utama latihan minda.

• Dalam menjelaskan kebebasan akal berfikir,al-Quran turut menegaskan bahawa kemampuan akal terbatas

• Islam bukan menafikan pemikiran kreatif tetapi untuk menyatakan tentang pentingnya akhlak dan adab dalam berfikir supaya ia tidak melewati batas syarak.

• Menurut abdul Latif dan rosmawati,pemikiran logic atau ilmu logic merupakan satu kaedah untuk mencari bukti,berhujjah serta membuat kesimpulan berdasarkan logic akal dan pemikiran yang benar

• Pemikiran logic banyak menggunakan pendekatan analisa dan member keputusan yang bergantung kepada maklumat yang didapapti sama ada banyak atau sedikit,ini melahirkan pemikiran yang sempit,berbeza dangan pemikiran kreatif.Ia bebas berfikir menggunakan maklumat yang banyak.

Konsep Kreativiti Islam

Etika Kreativiti Islam • Etika kreativiti adalah satu perbahasan untuk menunjukan bahawa menghasilkan pemikiran dan daya kreativiti , umat Islam

harus menjaga batas2 syarak untuk memastikan hasil kreativitinya tetap atas landasan Islam dan sesuai untuk dikatakan hasil kreativiti umat Islam.

Mengagongkan allah S.W.T • Perkara asas yang menjadi etika atau akhlak dalam berkreatif ialah mengagongkan kebersaran Allah S.W.T.

• Orang yang Berjaya melahirkan kreativitti adalah orang yang mendapt ilham,ulama’ Islam menegaskan ilham merupakan satu anugerah dari Allah S.W.T

• Oleh itu,untuk menjamin berterusan anugerah kreativiti,umat Islam harus mengagongkan Allah S.W.T dalam pengertian yang sebenar,iaitu melibatkan keyakinan kepada ketuhanan Allah S.W.T.

Ikhlas • Ikhlas bermaksud melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T.

• Ikhlas akan melahirkan golongan kreatif yang menghasilkan sesuatu kerana kekreatifan mereka.