nota cerpen anak penggunting rambut

3
Cerpen: Anak Penggunting Rambut Cerita berkisar pada watak ‘aku’ yang mengelamun panjang teringat akan anaknya, Manisah (Manis) yang kini sudah pun dewasa. ‘Aku’ teringat akan gelagat Manis semasa kecil dahulu. Pekerjaan ‘aku’ sebagai penggunting rambut menjadikan ‘aku’ penggunting rambut Manis. Rambut Manis dipotong pendek seperti rambut anak lelaki. ‘Aku’ masih ingat semasa Manis baru memasuki tadika, Manis pernah menangis lantaran diejek hanya kerana dia anak penggunting rambut. Semuanya kerana dia masih kecil dan tidak memahami erti kehidupan. Ketika itu, ‘aku’ sentiasa mencuba meyakinkan Manis bahawa kerja sampingan sebagai penggunting rambut itu sumber rezeki tambahan mereka. ‘Aku’ pula selalu memotong rambut Manis pendek dan hal ini tidak disenangi oleh Manis. Namun, Manis mula menyukai rambutnya yang pendek setelah menang dalam acara membawa bakul kacang di atas kepala semasa sukan di tadikanya. ‘Aku’ terasa bahawa semakin hari Manis semakin selesa berambut pendek. ‘Aku’ teringat akan perwatakan Manis yang nakal semasa kecil. ‘Aku’ merasakan bahawa Manis telah memahami pekerjaan ‘aku’ sebagai penggunting rambut. Malah, Manis berbangga terhadap pekerjaan ‘aku’. Manis juga rajin membantu menyediakan kelengkapan untuk menggunting rambut. Dia turut membantu menyapu rambut yang bertaburan di tanah. Apabila berada di sekolah menengah, Manis turut mengekalkan rambut pendeknya. Setiap kali pulang bercuti dari asrama, pasti Manis akan meminta ‘aku’ memotong rambutnya mengikut gaya potongan yang terkini. Namun, ‘aku’ berasa sedih kerana sejak melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur, Manis jarang-jarang balik. ‘Aku’ amat merindui Manis. Sudah lapan bulan ‘aku’ tidak menggunting rambut Manis. Lamunan panjang ‘aku’ hari itu tiba-tiba terhenti apabila mendapat panggilan daripada kawan Manis. ‘Aku’ diberitahu bahawa Manis menghidap leukemia dan kini terlantar di hospital. Manis akhirnya menghembuskan nafas terakhir di ribaan ‘aku’. ‘Aku’ menyatakan bahawa dia tidak akan meneruskan pekerjaannya itu lagi kerana pasti dia akan terkenangkan Manis apabila menggunting rambut. Cerpen ini membawa tema kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya. Bapa, iaitu seorang penggunting rambut amat menyayangi anaknya, Manisah. 1. Pengorbanan seorang bapa demi membesarkan anak Selepas kematian isterinya, abah melakukan semua tugas di dapur dan menjaga anak- anaknya. 2. Ketabahan tukang gunting rambut dalam mencari rezeki Sewaktu tinggal di kampung, abah hidup susah. Walaupun dia mengambil upah bekerja di kebun kelapa, namun pendapatan yang diperoleh tidak seberapa. Oleh itu, abah mencari pendapatan sampingan dengan kerja menggunting rambut. 3. Kesedihan yang dialami apabila kehilangan orang yang disayangi Abah amat sedih apabila anak yang sangat disayanginya, Manis meninggal dunia akibat penyakit leukemia. 4. Rajin berusaha tangga kejayaan Selain bekerja sebagai peneroka FELDA, abah juga mengambil upah bekerja di kebun kelapa dan menggunting rambut. Penat lelah abah terbalas apabila Manisah berjaya menyambung pelajaran hingga universiti. Abah Berusia 65 tahun. Seorang bapa tunggal dan merupakan peneroka FELDA. Rajin bekerja untuk menyara keluarganya. Tabah menjalankan tugasnya sebagai tukang gunting. Memiliki bakat dan kepandaian menggunting rambut. Hidup menduda setelah kematian isteri. Manisah (Manis) Memiliki raut wajah yang comel dan selalu tersenyum. Berpendirian tegas dan sanggup menghadapi risiko. Berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam bidang pelajaran. Rajin membantu orang lain. Gemar berambut pendek. Masa SINOPSIS TEMA PERSOALAN WATAK LATAR

Upload: aku-insan-biasa

Post on 23-Dec-2015

143 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

KOMSAS Ting.2

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Cerpen Anak Penggunting Rambut

Cerpen: Anak Penggunting Rambut

Cerita berkisar pada watak ‘aku’ yang mengelamun panjang teringat akan anaknya, Manisah (Manis) yang kini sudah pun dewasa. ‘Aku’ teringat akan gelagat Manis semasa kecil dahulu. Pekerjaan ‘aku’ sebagai penggunting rambut menjadikan ‘aku’ penggunting rambut Manis. Rambut Manis dipotong pendek seperti rambut anak lelaki. ‘Aku’ masih ingat semasa Manis baru memasuki tadika, Manis pernah menangis lantaran diejek hanya kerana dia anak penggunting rambut. Semuanya kerana dia masih kecil dan tidak memahami erti kehidupan.

Ketika itu, ‘aku’ sentiasa mencuba meyakinkan Manis bahawa kerja sampingan sebagai penggunting rambut itu sumber rezeki tambahan mereka. ‘Aku’ pula selalu memotong rambut Manis pendek dan hal ini tidak disenangi oleh Manis. Namun, Manis mula menyukai rambutnya yang pendek setelah menang dalam acara membawa bakul kacang di atas kepala semasa sukan di tadikanya.

‘Aku’ terasa bahawa semakin hari Manis semakin selesa berambut pendek. ‘Aku’ teringat akan perwatakan Manis yang nakal semasa kecil. ‘Aku’ merasakan bahawa Manis telah memahami pekerjaan ‘aku’ sebagai penggunting rambut. Malah, Manis berbangga terhadap pekerjaan ‘aku’. Manis juga rajin membantu menyediakan kelengkapan untuk menggunting rambut. Dia turut membantu menyapu rambut yang bertaburan di tanah. Apabila berada di sekolah menengah, Manis turut mengekalkan rambut pendeknya. Setiap kali pulang bercuti dari asrama, pasti Manis akan meminta ‘aku’ memotong rambutnya mengikut gaya potongan yang terkini.

Namun, ‘aku’ berasa sedih kerana sejak melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur, Manis jarang-jarang balik. ‘Aku’ amat merindui Manis. Sudah lapan bulan ‘aku’ tidak menggunting rambut Manis. Lamunan panjang ‘aku’ hari itu tiba-tiba terhenti apabila mendapat panggilan daripada kawan Manis. ‘Aku’ diberitahu bahawa Manis menghidap leukemia dan kini terlantar di hospital.

Manis akhirnya menghembuskan nafas terakhir di ribaan ‘aku’. ‘Aku’ menyatakan bahawa dia tidak akan meneruskan pekerjaannya itu lagi kerana pasti dia akan terkenangkan Manis apabila menggunting rambut.

Cerpen ini membawa tema kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya. Bapa, iaitu seorang penggunting rambut amat menyayangi anaknya, Manisah.

1. Pengorbanan seorang bapa demi membesarkan anakSelepas kematian isterinya, abah melakukan semua tugas di dapur dan menjaga anak-anaknya.

2. Ketabahan tukang gunting rambut dalam mencari rezekiSewaktu tinggal di kampung, abah hidup susah. Walaupun dia mengambil upah bekerja di kebun kelapa, namun pendapatan yang diperoleh tidak seberapa. Oleh itu, abah mencari pendapatan sampingan dengan kerja menggunting rambut.

3. Kesedihan yang dialami apabila kehilangan orang yang disayangiAbah amat sedih apabila anak yang sangat disayanginya, Manis meninggal dunia akibat penyakit leukemia.

4. Rajin berusaha tangga kejayaanSelain bekerja sebagai peneroka FELDA, abah juga mengambil upah bekerja di kebun kelapa dan menggunting rambut. Penat lelah abah terbalas apabila Manisah berjaya menyambung pelajaran hingga universiti.

Abah Berusia 65 tahun. Seorang bapa tunggal dan merupakan

peneroka FELDA.

Rajin bekerja untuk menyara keluarganya. Tabah menjalankan tugasnya sebagai

tukang gunting. Memiliki bakat dan kepandaian

menggunting rambut. Hidup menduda setelah kematian isteri.

Manisah (Manis) Memiliki raut wajah yang comel dan selalu

tersenyum. Berpendirian tegas dan sanggup

menghadapi risiko. Berusaha dengan bersungguh-sungguh

dalam bidang pelajaran. Rajin membantu orang lain. Gemar berambut pendek.

Masa Petang – Abah menanam rambut Manis di

dalam satu lubang kecil selepas kematian Manis.

Subuh – waktu Manis meninggal dunia kerana penyakit leukemia.

Waktu siang – waktu abah bekerja di ladang, di kedai gunting rambut, dan Manis pergi ke sekolah.

Tempat Kampung Batu 25, Bagan Datoh – kampung

asal abah sebelum berpindah ke tanah rancangan FELDA.

Tanah rancangan FELDA – tempat abah merantau untuk mencari penghidupan yang lebih baik.

Tadika – Manis dan kumpulannya mengambil bahagian dalam acara membawa bakul kacang di atas kepala dan memenangi acara tersebut.

Asrama – Manis tinggal di asrama semasa bersekolah menengah.

Hospital – tempat Manis dirawat kerana penyakit leukemia.

Masyarakat Masyarakat yang mementingkan sikap

berdikari untuk kelangsungan hidup.Contoh: Ayah yang berdikari mendidik anak-anaknya setelah kematian isterinya.

SINOPSIS

TEMA

PERSOALAN

WATAK

LATAR

Page 2: Nota Cerpen Anak Penggunting Rambut

Masyarakat peneroka FELDA yang dapat mengusahakan kerja sampingan.Contoh: Ayah menjadi peneroka dan meninggalkan kampung halamannya.

Masyarakat yang menerima takdir Tuhan dengan tabahContoh: Ayah dan abang menerima takdir kematian Manisah dengan redha.

1. PeribahasaContoh: titik peluh

2. PersonifikasiContoh: rasa rindu yang selalu mengganggu emosiku

3. SimileContoh: Kami kumpulkan hingga kelihatan rambut itu seperti busut hitam.4. HiperbolaContoh: Wajahnya pucat tidak berdarah

5. SinkopeContoh: Kau degil tetapi cepat menangis. Abah hanya mahu merindumu, Manis.

Plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi kerana banyak peristiwa yang disampaikan dengan menggunakan teknik imbas kembali.

1. Permulaan – ‘Aku’ mengelamun dan teringat akan anak manjanya, Manis. Manis digambarkan sebagai anak yang berambut pendek. Anaknya itu amat comel dan selalu tersenyum. Namun begitu, sejak kecil Manis selalu sakit kepala sehingga kadang-kadang Manis pitam. Oleh itu, ‘aku’ menggunting rambut Manis sehingga pendek.

2. Perkembangan – ‘Aku’ teringat peristiwa semasa pertama kali Manis pergi ke tadika. Manis sedih dan menangis setelah diejek kerana berbapakan seorang penggunting rambut. Namun begitu, Manis mula menyukai rambutnya yang pendek apabila dia berjaya memberikan

kemenangan kepada pasukannya dalam acara membawa bakul kacang di atas kepala. Manis berbangga dengan kerjaya ayahnya, sebagai tukang gunting walaupun diketawakan oleh kawan-kawannya. Manis mempunyai prinsip untuk mempertahankan rambut pendeknya walaupun sudah bersekolah menengah dan ditegur oleh warden asramanya. Setelah melanjutkan pelajarannya di universiti, Manis tidak pulang ke kampungnya dan hanya sekadar menelefon ayahnya sahaja.

3. Klimaks – Lamunan panjang ‘aku’ terhenti apabila mendapat panggilan telefon daripada rakan Manis. Manis disahkan menghidap penyakit leukemia oleh doktor. Dia hanya boleh hidup selama beberapa bulan sahaja. Penyakit leukemia Manis bertambah parah. Manis akhirnya meninggal dunia

4. Peleraian - ‘Aku’ yang berasa sedih sudah tidak mahu menggunting rambut lagi. Tambahan pula, ‘aku’ sudah terlalu tua.

1. BertanggungjawabAbah membesarkan keempat-empat orang anaknya setelah isterinya meninggal dunia.

2.Kasih sayangAbah amat sayang akan anak-anaknya dan berusaha membesarkan mereka dengan baik.

3. KerajinanAbah melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah menggunting rambut untuk mencari pendapatan tambahan. Manis juga rajin menolong ayahnya membersihkan tempat menggunting rambut.

4. KetabahanManis tabah menghadapi penyakitnya malah tidak memberitahu bapanya tentang penyakitnya itu kerana tidak mahu membuat bapanya risau.

1. Kita hendaklah berusaha untuk meningkatkan taraf hidup.

Abah melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara anak-anaknya.

2. Kita mestilah menyayangi dan berusaha membalas jasa kedua-dua ibu dan bapa.Manis membantu abah menyediakan alat kelengkapan menggunting rambut, menyapu rambut dan menemani abah menanam rambut di belakang rumah.

3. Kita perlulah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya.Abah menjalankan tanggungjawab sebagai bapa untuk membesarkan anak-anaknya dan memberikan pendidikan sehingga Manis dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.

GAYA BAHASA

NILAI

PENGAJARAN

PLOT