nota bm topik4 oumh1103

13
PENGENALAN Sepanjang kursus ini, anda perlu membaca pelbagai jenis sumber maklumat seperti modul kursus, nota edaran dan nota daripada tutor anda serta memperoleh pelbagai bahan rujukan dalam format bercetak dan elektronik daripada Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi. Cara terbaik untuk mengurus semua sumber maklumat yang telah anda perolehi daripada pelbagai sumber adalah dengan meringkaskannya dalam bentuk nota. Dalam konteks pembelajaran di OUM, anda akan mendapati bahawa menulis dan menyalin nota adalah sebahagian daripada proses pembelajaran, sama ada daripada modul, tutorial, buku, jurnal atau Internet. Anda mesti melakukannya; namun demikian, ini tidak bermakna menulis dan menyalin nota adalah proses mengambil setiap perkataan yang diucapkan oleh tutor tulis kembali setiap perkataan yang dijumpai di dalam buku, jurnal dan laman sesawang. Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan antara anotasi, menggariskan nota, nota ruang, peta minda dan nota rumusan; 2. Membangunkan kemahiran menulis nota daripada bahan bercetak; dan 3. Mengaplikasikan cadangan menyalin nota untuk menyediakan nota yang baik berdasarkan perbincangan bilik darjah. HASIL PEMBELAJARAN T T o o p p i i k k 4 4 Kemahiran Menulis dan Menyalin Nota

Upload: azmanawan9

Post on 02-Jul-2015

238 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

Nota bm topik4 oumh1103

TRANSCRIPT

Page 1: Nota bm topik4 oumh1103

� PENGENALAN

Sepanjang kursus ini, anda perlu membaca pelbagai jenis sumber maklumat seperti modul kursus, nota edaran dan nota daripada tutor anda serta memperoleh pelbagai bahan rujukan dalam format bercetak dan elektronik daripada Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi. Cara terbaik untuk mengurus semua sumber maklumat yang telah anda perolehi daripada pelbagai sumber adalah dengan meringkaskannya dalam bentuk nota. Dalam konteks pembelajaran di OUM, anda akan mendapati bahawa menulis dan menyalin nota adalah sebahagian daripada proses pembelajaran, sama ada daripada modul, tutorial, buku, jurnal atau Internet. Anda mesti melakukannya; namun demikian, ini tidak bermakna menulis dan menyalin nota adalah proses mengambil setiap perkataan yang diucapkan oleh tutor tulis kembali setiap perkataan yang dijumpai di dalam buku, jurnal dan laman sesawang.

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Membezakan antara anotasi, menggariskan nota, nota ruang, peta minda dan nota rumusan;

2. Membangunkan kemahiran menulis nota daripada bahan bercetak; dan

3. Mengaplikasikan cadangan menyalin nota untuk menyediakan nota yang baik berdasarkan perbincangan bilik darjah.

HASIL PEMBELAJARAN

TTooppiikk

44 � Kemahiran

Menulis dan Menyalin Nota

Page 2: Nota bm topik4 oumh1103

� TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA

100

Apa yang perlu dicatat, berapa banyak yang perlu dicatat dan bagaimana terperincinya sesuatu catatan nota akan menentukan masa yang diambil untuk menyiapkannya. Dengan mempelajari dan menguasai kemahiran asas dalam penyediaan nota, maka anda akan berupaya untukmenghasilkan nota yang baik dalam masa yang lebih singkat apabila anda mengaplikasikan kemahiran tersebut terhadap pembelajaran anda. Jika anda mampu mengambil dan menyediakan nota yang baik, anda akan menjimatkan masa dari segi berikut: (i) Tidak perlu mencari teks asal; atau

(ii) Tidak perlu melihat pelbagai nota tetapi hanya mengambil maklumat spesifik yang diperlukan sahaja.

Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan kepada pelbagai teknik menulis dan menyalin nota.

CARA MENYEDIAKAN NOTA

Terdapat banyak cara nota dapat disediakan, namun tidak ada satupun daripadanya merupakan teknik yang terbaik. Setiap teknik adalah bergantung kepada pilihan peribadi seseorang dan kesesuaian situasi serta tujuan membuat nota. Sebagai contoh, menulis nota daripada modul atau sumber cetakan lain adalah berbeza daripada menulis nota di tutorial atau perbincangan kumpulan. Ia mungkin lebih mudah menulis nota daripada modul kerana ia bersifat pasif berbanding dengan perbincangan yang bersifat langsung atau dinamik. Ini kerana maklumat yang diterima melalui perbincangan adalah spontan dan tidak teratur. Terdapat cara yang berbeza untuk menghasilkan sesuatu nota. Nota boleh dihasilkan dengan cara berikut: (a) Anotasi;

(b) Nota bergaris;

(c) Nota lajur;

(d) Peta minda; dan

(e) Rumusan.

4.1

Page 3: Nota bm topik4 oumh1103

TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA �

101

4.1.1 Anotasi

Cara ini adalah sesuai untuk modul bercetak, buku teks, artikel atau sumber-sumber lain. Anda boleh menghasilkan nota dengan menulis di garisan tepi, menggariskan fakta, mengetengahkan perkara utama dan menggunakan tanda soal atau pangkah untuk menunjukkan sama ada anda bersetuju atau tidak dengan perkara-perkara yang terdapat dalam teks, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1. Kaedah ini akan membantu anda bukan sahaja mengingati perkara utama tetapi juga membolehkan anda ingat tanpa perlu membaca teks sekali lagi. Jika anda tidak suka menulis dalam buku, anda mungkin mahu menggunakan kertas jalur untuk menandakan muka surat dengan nota yang bertulis pada jalur. Ujian anotasi yang baik adalah apabila anda merujuk semula buku tersebut; anda harus memahami nota tanpa membaca halaman, topik atau perenggan sekali lagi.

Rajah 4.1: Contoh anotasi

4.1.2 Nota Bergaris

Teknik ini hanya menggunakan kata kunci dan frasa. Nota biasanya disusun secara berurutan mengikut nombor atau tajuk, subtajuk dan jarak. Rajah 4.2 menunjukkan panduan format nota bergaris.

Page 4: Nota bm topik4 oumh1103

� TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA

102

Rajah 4.2: Contoh membuat nota bergaris

4.1.3 Nota Lajur

Format membuat nota lajur seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.3 adalah lebih sesuai untuk kursus matematik dan sains.

Rajah 4.3: Contoh nota lajur

4.1.4 Peta Minda

Peta minda tidak mengikuti urutan linear. Topik utama membentuk nukleus manakala cabang-cabangnya ialah idea-idea dan konsep utama. Peta minda menunjukkan hubungan antara idea dan konsep, dengan garisan berfungsi sebagai pautan. Rajah 4.4 menunjukkan contoh peta minda.

Page 5: Nota bm topik4 oumh1103

TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA �

103

Rajah 4.4: Contoh peta minda

4.1.5 Nota Rumusan

Anda boleh memilih untuk merumuskan maklumat teks apabila menghasilkan nota. Rumusan adalah nota yang padat dengan maklumat, ditulis dalam bentuk perenggan, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.5. Jika anda memutuskan untuk merumuskan maklumat teks, anda perlu memecahkan topik kepada bahagian yang lebih kecil. Kadangkala, anda boleh memilih kaedah membuat nota ini apabila anda tidak boleh menyusun organisasi topik dan subtopik.

Rajah 4.5: Contoh rumusan

Page 6: Nota bm topik4 oumh1103

� TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA

104

MENGHASILKAN NOTA DARIPADA BAHAN BERCETAK

Berikut adalah cadangan dalam menulis nota dari modul anda atau sumber-sumber lain. (Ingatlah bahawa anda boleh mengaplikasikan kaedah anotasi, nota bergaris, nota lajur, peta minda dan rumusan untuk menghasilkan nota yang berkesan). (a) Fahami objektif supaya nota lebih tertumpu kepada apa yang penting

dalam topik.

(b) Baca keseluruhan topik dan kemudian rumuskan dalam beberapa ayat dengan menggunakan perkataan anda sendiri. Jangan menulis nota semasa membaca topik kerana anda akan cenderung untuk menulis terlalu banyak. Gunakan teknik-teknik menyediakan nota yang telah dicadangkan.

(c) Tinggalkan ruang di antara nota bagi membolehkan penambahan atau perubahan kemudian.

(d) Baca semula topik dan perbaiki nota, sediakan lebih banyak butiran.

(e) Gunakan perkataan anda sendiri dan jangan salin daripada teks. Ini akan membantu anda memahami bahan itu dengan lebih baik.

(f) Jika anda menyalin perkataan demi perkataan, ayat atau frasa daripada topik, jangan lupa untuk meletakkannya dengan tanda koma terbalik untuk menunjukkan bahawa nota itu telah dipetik daripada topik. Jangan lupa juga menulis sumber asal daripada mana nota diambil (Pengarang, tajuk dan tahun penerbitan, nombor halaman).

(g) Baca nota anda untuk memastikan anda memahaminya. Jika nota tidak masuk akal ketika anda membacanya, sudah tentu nota itu tidak akan berguna pada masa hadapan.

4.2

Bandingkan gaya anda membuat nota dengan cadangan yang dikemukakan di sini. Adakah terdapat apa-apa perbezaan? Tuliskan perbezaan dan kongsikan dengan rakan kursus anda.

AKTIVITI 4.1

Page 7: Nota bm topik4 oumh1103

TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA �

105

MENYALIN NOTA SEMASA TUTORIAL

Menyalin nota dalam kelas tutorial merupakan satu aktiviti yang biasa dilalui oleh pelajar. Aktiviti ini seperti menyalin nota daripada buku yang dilihat lebih mudah. Dalam kelas toturial, anda tidak boleh mengawal aliran ucapan, tidak boleh berharap pengajar akan mengulangi tutorial dan tidak boleh meminta pengajar anda menyusun isi pelajaran atau menyederhanakan kelajuan ujaran beliau. Keadaan ini akan mempengaruhi penghasilan catatan, nota anda yang lebih berkesan dalam kelas tutorial. Berikut ialah beberapa cadangan tentang bagaimana anda boleh mempersiapkan diri anda untuk tutorial.

4.3.1 Melengkapkan Diri untuk Tutorial

Tiada kemahiran yang akan berkesan jika anda tidak bersedia untuk kelas tutorial. Katakan anda membuat keputusan melancong ke luar negara, adakah anda tidak mahu membaca tentang tempat-tempat yang anda akan lawati? Begitu juga, anda perlu melakukan pembacaan anda sebelum memasuki kelas anda kerana ia membantu dalam cara berikut: (a) Ia mengaktifkan pengetahuan lebih dahulu;

(b) Ia membina skema mental; dan

(c) Ia membolehkan anda melakukan rujuk silang. Ini akan membawa kepada pemahaman yang lebih baik terhadap bahan yang sedang anda baca dan akhirnya mendatangkan minat di dalam kelas. Membaca secara kritis dengan menggunakan pengalaman dan pendapat anda sendiri akan membantu anda untuk membangunkan pengetahuan latar belakang. Dengan itu, anda akan dapat menguasai kandungan kursus yang dibincangkan dalam tutorial serta meningkatkan pemahaman anda. Pada asasnya, sebagai persediaan awal, anda perlu membaca terlebih dahulu. Anda telah belajar bagaimana mengoptimumkan pembacaan anda dalam Topik 3 tetapi membaca modul sahaja tidak mencukupi. Anda perlu mendapatkan lebih banyak bahan sokongan atau sumber-sumber untuk menyokong pengetahuan anda tentang kandungan kursus. Bahagian ini menekankan bahawa membaca awal adalah penting dalam bersiap sedia untuk kelas dan begitu juga membuat nota. Nota akan mengukuhkan pemahaman anda tentang apa yang telah anda baca. Oleh itu, gunakan kemahiran yang berkesan ini untuk mempersiapkan diri untuk kelas tutorial.

4.3

Page 8: Nota bm topik4 oumh1103

� TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA

106

Adalah penting untuk anda membaca keseluruhan topik terlebih dahulu, supaya apa sahaja yang dibincangkan di dalam kelas atau dituturkan oleh pengajar menjadi perkara biasa kepada anda. Walaupun anda tidak memahami keseluruhan pelajaran yang sedang diperkatakan, sekurang-kurangnya anda akan memahami idea-idea asas. Dengan membiasakan diri terhadap isu-isu yang dibangkitkan semasa tutorial, akan menyebabkan proses mengambil nota menjadi lebih mudah.

4.3.2 Mendengar Semasa Tutorial

Sekarang, memandangkan anda telah bersedia dengan pengetahuan asas topik, matlamat utama anda adalah untuk mendapatkan mesej yang dimaksudkan oleh pengajar di dalam bilik darjah sebenar. Walau bagaimanapun, mesej tidak sentiasa jelas. Oleh itu, adalah penting untuk anda mendengar dengan teliti dan mengambil nota. Kebanyakan pelajar merasakan kerana mereka boleh mendengar, bermakna mereka mendengar apa yang diajar oleh pengajar. Pendengaran dan mendengar adalah dua perkara yang berbeza. Membiarkan aliran perkataan ke dalam telinga bukanlah mendengar. Mendengar merupakan aktiviti berfikir dan kaedah yang paling biasa digunakan dalam pembelajaran. Kemahiran mendengar anda boleh diperbaiki dengan arahan dan amalan. Dalam bahagian berikutnya, kita akan berkongsi pelbagai strategi yang anda boleh gunakan untuk menjadi pendengar yang lebih berkesan dalam tutorial bersemuka:

Berdasarkan gaya pembacaan anda, bagaimana anda mengambil nota daripada modul anda sebelum menghadiri kelas tutorial? Jelaskan.

AKTIVITI 4.2

Pada pendapat anda, bagaimanakah kemahiran mendengar membantu dalam proses mengambil nota?

AKTIVITI 4.3

Page 9: Nota bm topik4 oumh1103

TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA �

107

(a) Mengelakkan gangguan yang mungkin mengganggu tumpuan anda seperti duduk di sebelah rakan sekursus yang suka berbual atau mempunyai personaliti yang mengalihkan perhatian secara berterusan. Elakkan juga duduk berhampiran pintu atau tingkap di mana terdapat banyak gangguan bunyi atau pergerakan.

(b) Mendengar mesej yang disampaikan dan memberi perhatian pada setiap bahagian yang menjadi penekanan yang diberikan oleh pengajar dalam sesuatu topik. Anda mesti tahu apa maklumat yang telah disampaikan di dalam kelas.

(c) Sentiasa mengaitkan idea-idea untuk perbincangan tutorial sebelumnya, modul anda, sumber lain yang menyokong dan pengalaman anda yang terdahulu.

(d) Mengenal pasti perkara-perkara penting yang ditekankan oleh tutor sewaktu menyampaikan kuliahnya. Jika pengajar menggunakan ilustrasi dan memberi tumpuan lebih pada isu-isu tertentu, ini boleh menjadi „petunjuk‰ untuk diberi perhatian. Petunjuk boleh berada dalam bentuk suara atau visual.

(e) Mengambil nota, oleh kerana mungkin sesetengah maklumat tiada di dalam modul anda dan anda perlu merekodkan maklumat ini untuk rujukan masa depan. Nota juga boleh bertindak sebagai satu bentuk alternatif ingatan kerana mustahil anda mampu untuk mengingati semua yang anda telah dengar dengan tepat. Simpan nota kerana ia akan membantu anda dalam persediaan untuk penilaian anda.

(f) Kenal pasti bahan-bahan yang perlu diberi perhatian. Cuba bezakan perkara yang anda perlu tulis dan perkara yang anda boleh abaikan. Jangan menyalin semua yang diperkatakan oleh pengajar anda.

(g) Tulis tarikh/masa tutorial/nama pengajar/subjek yang dibincangkan. Ini penting apabila anda ingin menyemak di kemudian hari dan perlu merujuk kepada urutan tutorial atau subjek yang diperkatakan.

(h) Kenal pasti isu-isu penting, kata kunci dan frasa utama sekiranya anda tidak dapat mengambil nota secara sistematik. Tuliskannya dengan segera. Anda boleh mengguna mana-mana daripada lima cara membuat nota iaitu anotasi, menggariskan nota, nota lajur, peta minda dan rumusan.

Page 10: Nota bm topik4 oumh1103

� TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA

108

(i) Wujudkan ruang semasa mengambil nota. Terdapat beberapa format yang boleh digunakan dalam pengambilan nota seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1 hingga Rajah 4.5.

(j) Gunakan singkatan anda sendiri berdasarkan keperluan anda dan tahap keselesaan untuk pengambilan nota yang cepat dan pendek. Anda boleh cuba menghapuskan vokal (contohnya „boleh„ � blh � buang vokal o dan e). Berikut adalah beberapa contoh singkatan dan simbol (sila rujuk kepada Rajah 4.6 dan 4.7):

Rajah 4.6: Singkatan

Rajah 4.7: Simbol Anda perlu memahirkan diri dengan kemahiran menulis nota sambil mendengar apa yang disampaikan oleh tutor dan rakan sekelas. Selain daripada itu, terdapat cabaran-cabaran lain seperti pengajar membosankan, slaid tidak jelas, projektor LCD rosak dan sebagainya. Ini adalah beberapa halangan untuk mengambil nota berkesan.

Bagaimanakah seseorang mengambil nota dalam persekitaran yang mengganggu pendengaran dan penglihatan? Bincang dengan rakan kursus anda.

AKTIVITI 4.4

Page 11: Nota bm topik4 oumh1103

TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA �

109

4.3.3 Menyemak Selepas Tutorial

� Kaji nota anda dengan seberapa segera yang mungkin selepas tutorial. Perkara ini penting kerana ingatan anda masih segar terhadap apa yang disampaikan oleh tutor. Elakkan bertangguh untuk mengkaji kerana, semakin kurang anda ingat.

� Tulis semula jika perlu dan isi jurang tersebut dengan menggunakan nota orang lain atau dengan membaca bahan di perpustakaan.

� Sahkan nota anda dengan membaca teks atau rujukan lain yang disyorkan, atau bandingkan dengan nota rakan-rakan sekelas untuk memastikan fakta dan rajah adalah tepat.

� Tambahkan nota anda dengan bacaan lanjut untuk menambah nilai pembelajaran anda.

� Baca dan baca semula nota anda sebelum peperiksaan menjelang supaya anda akan biasa dengan nota tersebut.

� Gunakan nota untuk menjawab kertas tahun lepas. Ini akan menjadi satu ujian kebolehpercayaan nota tersebut.

� Simpan nota dengan selamat dan dalam sistem yang mudah untuk anda ambil dan gunakan nota tersebut.

Nyatakan masalah yang anda hadapi semasa mengambil nota dalam tutorial terakhir anda.

AKTIVITI 4.5

Page 12: Nota bm topik4 oumh1103

� TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA

110

1. Senaraikan lima kaedah membuat nota. 2. Terangkan tiga sebab anda perlu membaca sebelum menghadiri

tutorial. 3. Baca petikan di bawah dan buat nota sendiri dalam format berikut:

(a) Menggariskan; dan

(b) Peta minda.

Dunia pendidikan tradisional memperlihatkan bahawa hubungan guru dan pelajar adalah satu hubungan yang berbentuk autokrasi. Pembelajaran dalam bilik darjah didominasi oleh guru sehingga ke tahap mengurangkan peranan murid dan seterusnya murid menjadi rendah diri. Ia bukan satu kebetulan bahawa hubungan ini dipanggil hubungan tuan-murid. Dalam usaha untuk mencapai peluang dan ruang yang sama antara guru dan pelajar dalam mendominasi bilik darjah, sikap dan amalan autokrasi ini perlu mengalami satu perubahan. Peluang yang sama dalam pembelajaran bermakna murid perlu dipertimbangkan sebagai individu, masing-masing dengan kebolehan sendiri dan potensi pembelajaran, bekerja dalam ruang yang berbeza dan dalam cara yang berbeza. Ini mengambil kira perbezaan dalam gaya dan pendekatan pembelajaran murid. Pelbagai projek penyelidikan telah dijalankan tentang pembelajaran yang memberi gambaran tentang bagaimana murid belajar, terutamanya bagaimana mereka belajar: (i) Sebagai individu;

(ii) Pelbagai taraf; dan

(iii) Mengikut gaya dan corak yang berbeza.

AKTIVITI 4.6

Page 13: Nota bm topik4 oumh1103

TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA �

111

� Mengambil dan membuat nota adalah penting untuk pembelajaran anda kerana

ia membantu anda menyusun dan menyatukan maklumat dan menjadikan ia relevan bagi modul anda, tutorial dan perbincangan dalam talian anda.

� Nota yang baik akan membantu anda menjimatkan masa dan usaha (dan

mengelakkan pembaziran) khususnya semasa menulis tugasan atau menghadapi peperiksaan.

Anotasi

Nota bergaris

Nota lajur

Pembelajaran

Peta minda

Tutorial