nota bab

11
BAB 1 : PENGENALAN Dalam bab ini, anda akan mempelajari : a. Sejarah Bahasa Melayu : i. Asal usul bahasa Melayu ii. Perkembangan bahasa Melayu iii. Pengaruh bahasa asing b. Dasar dan Kedudukan bahasa Melayu i. Fungsi bahasa Melayu c. Bahasa dan Budaya i. Kata sapaan ii. Variasi bahasa 1.1 SEJARAH BAHASA MELAYU. a. Pada peringkat awal, konsep Melayu dikaitkan dengan kerajaan. Bukti tulisan orang Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi, iaitu terdapat sebuah kerajaan Mo-lo-yeu yang telah mengirimkan utusan ke negara Cina. b. Ada pendapat mengatakan kerajaan ini berpusat di Jambi, Sumatera dan nama kerajaan ini dikatakan berasal daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu. c. Catatan rahib Budhha, I’tsing menggunakan Mo-lo-yeu merujuk dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi. d. Perkataan mlayu, dalam bahasa Jawa kuno bermakna berlari atau mengembara. Bukti tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya diperoleh sejak tahun 683 Masihi, iaitu empat batu bersurat yang dijumpai di tempat-tempat berikut: i. Kedukan Bukit, Palembang – 683 Masihi ii. Talang Tuwo, Palembang – 684 Masihi iii. Kota Kapur, Pulau Bangka -686 Masihi iv. Karang Brahi, Meringin daerah Hulu Jambi – 692 Masihi e. Takrif Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai orang yang : i. bertutur dalam bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda ii. beragama Islam, dan iii. mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu. a. Penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia dari daerah Yunan di negara China. b. Golongan Austronesia ini mula berhijrah ke kawasan Asia Tenggara dalam dua kumpulan, iaitu : i. Kumpulan pertama pada Zaman Batu Baru, iaitu kira-kira 2500 Sebelum Masihi. Kumpulan ini dikenali sebagai Melayu-Proto. Keturunan daripada golongan ini merupakan orang Asli di Semenanjung Malaysia, kaum Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera. ii. Kumpulan kedua pula berhijrah pada Zaman Logam, iaitu kira-kira 1500 Sebelum Masihi dan digelar Melayu-Deutro. Mereka mendiami kawasan-kawasan pantai dan tanah-tanah lembah di Asia Tenggara. Bilangan golongan ini lebih banyak, lebih mahir dan bijak daripada Melayu-Proto. 1.1.1 Asal Usul Perkataan Melayu: Asal Usul Orang Melayu:

Upload: ninawariz

Post on 22-Jan-2018

252 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Bab

BAB 1 : PENGENALAN

Dalam bab ini, anda akan mempelajari : a. Sejarah Bahasa Melayu :

i. Asal usul bahasa Melayuii. Perkembangan bahasa Melayuiii. Pengaruh bahasa asingb. Dasar dan Kedudukan bahasa Melayui. Fungsi bahasa Melayuc. Bahasa dan Budayai. Kata sapaanii. Variasi bahasa

1.1 SEJARAH BAHASA MELAYU.

a. Pada peringkat awal, konsep Melayu dikaitkan dengan kerajaan. Bukti tulisan orang Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi, iaitu terdapat sebuah kerajaan Mo-lo-yeu yang telah mengirimkan utusan ke negara Cina.

b. Ada pendapat mengatakan kerajaan ini berpusat di Jambi, Sumatera dan nama kerajaan ini dikatakan berasal daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.

c. Catatan rahib Budhha, I’tsing menggunakan Mo-lo-yeu merujuk dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi.

d. Perkataan mlayu, dalam bahasa Jawa kuno bermakna berlari atau mengembara. Bukti tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya diperoleh sejak tahun 683 Masihi, iaitu empat batu bersurat yang dijumpai di tempat-tempat berikut:i. Kedukan Bukit, Palembang – 683 Masihiii. Talang Tuwo, Palembang – 684 Masihiiii. Kota Kapur, Pulau Bangka -686 Masihiiv. Karang Brahi, Meringin daerah Hulu Jambi – 692 Masihi

e. Takrif Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai orang yang :i. bertutur dalam bahasa Melayu sebagai bahasa ibundaii. beragama Islam, daniii. mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu.

a. Penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia dari daerah Yunan di negara China.

b. Golongan Austronesia ini mula berhijrah ke kawasan Asia Tenggara dalam dua kumpulan, iaitu :

i. Kumpulan pertama pada Zaman Batu Baru, iaitu kira-kira 2500 Sebelum Masihi. Kumpulan ini dikenali sebagai Melayu-Proto. Keturunan daripada golongan ini merupakan orang Asli di Semenanjung Malaysia, kaum Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.

ii. Kumpulan kedua pula berhijrah pada Zaman Logam, iaitu kira-kira 1500 Sebelum Masihi dan digelar Melayu-Deutro. Mereka mendiami kawasan-kawasan pantai dan tanah-tanah lembah di Asia Tenggara. Bilangan golongan ini lebih banyak, lebih mahir dan bijak daripada Melayu-Proto.

1.1.1 Asal Usul Perkataan Melayu:

Asal Usul Orang Melayu:

Page 2: Nota Bab

a. Faktor usia atau umur merupakan faktor utama digunakan oleh pengkaji untuk menentukan pembahagian sesuatu bahasa.

b. Tiga peringkat yang digunakan, iaitu: i. Filum : kelompok bahasa induk atau utama yang berusia 5000 tahun ke atas, ii. Rumpun : kelompok bahasa yang berusia antara 2500 – 5000 tahun, dan

iii. Keluarga : kelompok bahasa yang berusia kurang daripada 2500 tahun.c. Rajah 1.1 menunjukkan salasilah bahasa Melayu:

Rajah 1.1 Salasilah bahasa Melayu (Sumber: Nik Safiah Karim, 2004)

d. Filum Austris merupakan bahasa induk dan mempunyai tiga rumpun bahasa, iaitu Austroasia, Austronesia dan Tibet – Cina.

e. Rumpun bahasa Austronesia mempunyai empat keluarga bahasa iaitu Polinesia, Nusantara, Mikonesia dan Melanesia.

f. Keluarga bahasa Polinesia seperti bahasa Hawaii, Tonga dan Maori. Bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, New Caledonia dan Irian pula tergolong dalam keluarga bahasa Melanesia, manakala keluarga bahasa Mikronesia ialah bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina da Gilbert.

g. Keluarga bahasa Nusantara mempunyai paling banyak subkeluarga, iaitu antara 200 hingga 300 bahasa. Rajah 1.2 menunjukkan keluarga bahasa Nusantara.

2

Asal Usul Bahasa Melayu :

Page 3: Nota Bab

Rajah 1.2 Keluarga bahasa Nusantara (Sumber :Siti Hajar Abdul Aziz,2008)

a. Bahasa Melayu telah digunakan sejak lebih 1000 tahun yang lalu. Bukti paling awal menunjukkan kewujudan bahasa Melayu kuno adalah pada batu bersurat bertarikh 683 Masihi yang di jumpai di Sumatera Selatan.b. Bahasa Kebangsaan di Malaysia- bahasa Melayu atau bahasa Malaysia, Indonesia- bahasa Indonesia dan Brunei, manakala di Singapura pula menjadi salah satu bahasa rasmi.c. Bahasa Melayu juga dituturkan oleh penduduk berketurunan Melayu di selatan Thailand, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan sebahagian kecil masyarakat di Afrika Selatan.d. Bahasa Melayu juga diajarkan sebagai satu kursus di universiti-universiti di China, Belanda, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jerman, Australia, New Zealand dan beberapa buah tempat lain.e. Ahli-ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap, iaitu: i. bahasa Melayu kuno, ii. bahasa Melayu klasik dan iii. bahasa Melayu moden.

1.4.1.1 Bahasa Melayu Kuno: a. Sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat setempat dikenali sebagai bahasa Melayu purba. Menurut pengkaji bahasa,

3

Nusantara

Sumatera :(Acheh, Batak, Minangkabau, Lampung, Nias, Melayu)

Jawa :(Sunda, Jawa dan Madura)

Kalimantan :(Iban, Kenya Kayan, Melanau)

Bali-Sasak :(Bali, Sasak dan Sumbawa)

Sulawesi Selatan :(Makasar, Bugis, Seko)

Halmahera Selatan-Irian Jaya :(Halmahera Selatan, Nufur, Kowiai)

Filipina :(Tagalog, Lioko, Bikol dan Sulu)

1.1.4 Perkembangan bahasa Melayu:

Page 4: Nota Bab

pada ketika itu bahasa Melayu hanya wujud dalam bentuk lisan sahaja.b. Bahasa ini dikenali sebagai bahasa Melayu kuno setelah mendapat pengaruh India dan mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13, iaitu pada zaman kerajaan Sriwijaya. c. Bahasa ini menjadi bahasa pentadbiran dan lingua franca, iaitu bahasa yang digunakan sebagai bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara orang yang berlainan bahasa.d. Banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit kerana kebanyakan masyarakat tempatan ketika itu beragama Hindu kesan penyebaran agama tersebut oleh penyebar-penyebar agama Hindu dari India.f. Pengaruh ini boleh dilihat pada tulisan atau aksara Pallava , kata-kata dan rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan fonem-fonem Sanskrit yang terdapat dalam sistem bahasa Melayu kuno.g. Batu bersurat yang ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu kuno pada abad ke-7 dan tulisan pada batu bersurat tersebut ialah aksara Pallava, iaitu: i. Batu Bersurat Kedukan Bukit di Palembang (683 Masihi), ii. Batu Bersurat Talang Tuwo di Palembang (684 Masihi), iii. Batu Bersurat Kota Kapur di Bangka (686 Masihi), iv. Batu Bersurat Karang Brahi di Jambi (692 Masihi),h. Selain tulisan Pallava, bahasa Melayu kuno juga menggunakan tulisan Kawi dan tulisan Nagiri (digunakan pada Batu Bersurat Gandasuli, Jawa Tengah – 832 Masihi.) i. Imbuhan awalan dan akhiran dalam bahasa Sanskrit yang sama dalam bahasa Melayu moden. Contoh:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Modennimakan dimakanniparvuat diperbuatmarvanum berbangunmarvuat berbuatvinina bininyavuahna buahnyaniminumna diminumnya

1.4.1.2 Bahasa Melayu Klasika. Peralihan bahasa Melayu kuno kepada bahasa Melayu klasik dikaitkan dengan kedatangan

dan pengaruh agama Islam di Asia Tenggara pada abad ke-13.b. Bukti kewujudan bahasa Melayu klasik dilihat melalui peninggalan tiga buah batu bersurat,

iaitu:i. Batu Bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau- 1356 Masihi,ii. Batu Bersurat di Minye Tujuh, Acheh – 1380 Masihi,buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat, daniii. Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387 Masihi),ditulis dalam tulisan Jawi dan bukti tulisan Arab telah mula digunakan dalam bahasa Melayu pada zaman itu.

c. Ciri-ciri bahasa Melayu klasik: i. Ayatnya panjang dan berulang-ulang. ii. Bentuk ayat pasif dan songsang lazim digunakan. iii. Menggunakan bahasa istana.iv. Menggunakan kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk

asmara), sahaya (saya), masyghul (bersedih).v. Penggunaan kata pangkal ayat-sebermula, alkisah, hatta, adapun.vi. Banyak menggunakan partikel pun dan lah.vii. Menggunakan aksara Jawi, iaitu dipinjam daripada bahasa Arab.

4

Page 5: Nota Bab

viii. Menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti ilmu keagamaan, undang-undang, kesusaseraan, perubatan, falsafah dan tasawur.

1.4.1.3 Bahasa Melayu Moden:a. Usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa moden dilakukan melalui

perancangan bahasa, iaitu usaha-usaha yang dijalankan untk memupuk bahasa ke taraf lebih maju.

b. Perancangan dan perkembangan bahasa Melayu moden boleh dibahagikan kepada dua tahap:

i. Bahasa Melayu moden pramerdeka: - pada peringkat awal dilakukan secara persendirian oleh tokoh-tokoh tertentu seperti Abdullah bin Kadir Munsyi (Abdullah Munsyi), Mejar Dato’ Haji Mohd Said dan Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba).

- Hasil karangan Abdullah Munsyi, Hikayat Abdullah (1949) dianggap sebagai permulaan era bahasa Melayu moden.

- Sumbangan Za’ba paling menonjol dalam aspek tatabahasa bahasa Melayu, iaitu buku beliau ialah Pelita Bahasa Melayu (1940 – 1949). Buku-buku beliau yang lain ialah Rahsia Ejaan Jawi(1934), Ilmu Mengarang Melayu (1941) dan Daftar Ejaan Melayu (1941). Turut memperjuangkan agar bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

- Usaha untuk memajukan bahasa Melayu juga dipikul oleh beberapa pertubuhan, bermula dengan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB) pada tahun 1888, Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) pada tahun 1934, Pejabat Karang Mengarang yang ditubuhkan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak pada tahun 1924 dan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) yang ditubuhkan pada 1950 di Singapura.

ii. Bahasa Melayu moden pascamardeka:- Dewan Bahasa dan Pustaka atau dikenali sebagai Balai Berita ditubuhkan pada tahun

1956, iaitu organisasi yang bertanggungjawab dalam perancangan bahasa. Pada tahun 1959, Ordinan DBP diluluskan oleh Parlimen dan DBP dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun. Matlamat DBP adalah :a. Memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan.b. Memajukan bakat kesusasteraan, terutama bahasa kebangsaan.c. Mencetak atau menerbit atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-

buku, risalah-risalah dan bentuk-bentuk persuratan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain.

d. Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

e. Menyusun dan menerbitkan sebuah kamus bahasa kebangsaan.- Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, menjadi bahasa

pengantar dalam sistem pendidikan di negara ini.

a. Peminjaman perkataan daripada bahasa asing berlaku dengan tujuan untuk memperkaya perbendaharaan kata (kosa kata) sesuatu bahasa.b. Bahasa Melayu juga banyak menerima pengaruh bahasa asing dalam kosa katanya.c. Hal ini berlaku akibat: i. tiada perkataan yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk menamakan sesuatu benda, tempat dan konsep yang baharu. Contoh : radio, televisyen. ii. kekerapan penggunaan perkataan asing yang lebih tinggi berbanding penggunaan kata yang terdapat dalam bahasa Melayu. Contoh: bajet berbanding belanjawan.

5

1.1.5 Pengaruh bahasa asing:

Page 6: Nota Bab

iii. mengelakkan masalah perkataan sama erti. Contoh : nikah dan kahwin. iv. untuk mengungkapkan sesuatu kata dengan lebih tepat. Contoh : hospital berbanding rumah sakit.d. Proses peminjaman bahasa asing berlaku kesan daripada : i. peperangan dan penjajahan politik. ii. perniagaan dan perdagangan. iii. penghijrahan. iv. pendidikan dan penyebaran agama. e. Jadual 1 menunjukkan antara contoh perkataan-perkataan daripada bahasa asing yang digunakan dalam bahasa Melayu sehingga hari ini.

Jadual 1 : Pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu

Bahasa Asing Contoh

Bahasa Sanskrit Agama, budi, gajah, singa, suami, isteri, muka, kepala, harta, harga, guru, sastera, dua, dahaga

Bahasa Arab Imam, sah, batal, soal, jawab, fikir, akal, hukum, hakim, kaum, umat, haiwan, kopiah, jubah, dunia

Bahasa Cina Bihun, cincau, kailan, laici, kue tiau, ceongsam, teko, angpau, beca

Bahasa Jawa Awet, ayu, enteng,keringat, tulen, pamer, perabot, gamelan.

Bahasa Tamil Canai, ceti, cukai, kuil, nilam

Bahasa Portugis Almari, meja, mentega, bendera, gereja, nanas, jendela.

Bahasa Belanda Balkoni, duit, kamar, korupsi, senapang

Bahasa Inggeris Agen, komputer, artikel, diploma, doktor, ekonomi, kabinet.

1.2 Dasar dan Kedudukan Bahasa Melayua. Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah memperuntukkan bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan.“ Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh parlimen.”

b. Peruntukkan ini mengangkat status bahasa Melayu sebagai bahasa yang memperlihatkan identiti nasonal dan lambang bagi sesuatu negara bangsa.

c. Namun begitu, bahasa-bahasa kaum lain tidak dilarang atau ditahan daripada digunakan (iaitu bagi hal-hal yang bukan hal rasmi) atau daripada mengajar atau belajar bahasa-bahasa tersebut.

d. Selain itu bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi seperti termaktub dalam :- Perlembagaan Persekutuan, perkara 152 Fasal 1(a) dan Fasal 3- Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 Seksyen 2 dan Seksyen 6.

1.2.1 Fungsi Bahasa Melayu

61.2.1.1 Bahasa Kebangsaan:

Page 7: Nota Bab

a. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang dapat memperlihatkan identiti nasional dan lambang bagi sesebuah negara bangsa.b. Digunakan untuk tujuan politik dan komunikasi rasmi serta mempunyai kaitan rapat dengan sejarah bangsa dan negara itu sendiri.c. Setiap negara yang merdeka harus mempunyai bahasa kebangsaan sendiri yang dapat melambangkan identiti bangsa dan negara itu, iaitu tanda pengenalan negara di peringkat antarabangsa. Bahasa Menunjukkan Bangsa.d. Dengan adanya satu bahasa yang diterima rakyat, negara tersebut akan dikenali, malah ada kalanya kekuatan dan kemasyhuran sesebuah negara terletak pada keistimewaan dan penggunaan bahasa kebangsaannya.

a. Bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi seperti urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan, urusan perdagangan dan perusahaan, kehakiman, upacara rasmi dan antarabangsa.b. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bermaksud bahasa yang digunakan untuk tujuan urusan seharian da urusan rasmi negara. Oleh itu, sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu digunakan sebagai: i. bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu menjalankan tugas-tugas rasmi negara. ii. media dalam segala urusan surat-menyurat di dalam dan antara jabatan. iii. penulisan dokumen dan rekod kerajaan. Contohnya, minit mesyuarat, buku rancangan pembangunan Malaysia (Rancangan Malaysia) dan teks ucapan belanjawan. iv. media untuk menulis semula undang-undang dan peraturan negara.

v. penulisan semua jenis borang urusan rasmi kerajaan.

a. Bahasa penghantar untuk menyampaikan ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi.b. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan moden dalam bidang sains dan teknologi.c. Sebagai bahasa ilmu juga, bahasa Melayu perlu mempunyai ciri keintelektualan dan kesempurnaan korpus bahasa.d. Keintelektualan bahasa Melayu dapat dilihat dari segi kosa kata dan sistem tatabahasanya.e. Jika dahulu kosa kata bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh perkataan daripada bahasa Sanskrit dan bahasa Arab, hari ini perkataan bahasa Inggeris sering digunakan terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan moden.f. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar dalam sistem pendidikan negara dari peringkat sekolah rendah sehingga peringkat pengajian tinggi.

a. Bahasa Melayu bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur-penutur daripada berbagai-bagai kaum dan berupaya untuk menyatupadukan kaum-kaum ini sebagai bangsa Malaysia.b. Bahasa Melayu berperanan untuk membolehkan masyarakat majmuk di negara ini berinteraksi menggunakan satu bahasa yang sama .Ini akan dapat mengeratkan hubungan, melahirkan sikap toleransi, mengetahui dan memahami budaya serta kepercayaan pelbagai kaum serta mewujudkan persefahaman dan akhirnya melahirkan suasana aman da harmoni.

1.3 Bahasa dan Budaya

7

1.2.1.2 Bahasa Rasmi:

1.2.1.3 Bahasa Ilmu:

1.2.1.4 Bahasa Perpaduan:

Page 8: Nota Bab

1.3.1 Kesantunan Berbahasaa. Definisi – kesopanan dan kehalusan bahasa yang digunakan oleh seseorang ketika berkomunikasi secara lisan ataupun tulisan.b. Tujuan sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada orang yang disapa, pemeliharaan maruah dan mewujudka suasana keharmonian dalam hubungan.c. Sistem panggilan merupakan satu unsur utama dalam kesantunan berbahasa, iaitu aturan dan pemilihan sesuatu kata sapaan yang bersopan.

Rajah 1.3 : Kesantunan berbahasa dalam penggunaan kata ganti nama

a. Berdasarkan rajah 1.3, kata sapaan yang bersopan bagi: i. ganti nama diri pertama : saya (tunggal) , kami dan kita (jamak). ii. ganti nama diri kedua : encik/cik, tuan/puan, rujukan hormat (Yang Amat Berhormat, Yang Berbahagia) dan gelaran ( Tun, Tan Sri, Profesor, Dr.) iii. ganti nama diri ketiga : beliau (tunggal), rujukan hormat (Yang Amat Berhormat, Yang Berbahagia) dan gelaran ( Tun, Tan Sri, Profesor, Dr.)

1.3.1.2.1 Gelaran Warisan atau Keturunana. Gelaran ini akan diwarisi daripada satu generasi ke generasi yang berikut.b. Gelaran warisan diraja – Raja, Tengku, Tunku dan Ungku.c. Gelaran warisan pembesar –Megat, Meor, Nik, Pegiran dan Dayang.d. Gelaran keturunan Nabi – Syed, Sheikh dan Sharifahe. Gelaran warisan luar – Raden (Jawa), Daeng (Bugis)

1.3.1.2.2 Gelaran anugerah atau kurniaana. Gelaran ini diberi oleh kerajaan atau atas pencapaian akademik seseorang.b. Gelaran anugerah kerajaan : i. Persekutuan : Tun, Tan Sri dan Datuk Jika penerima lelaki, isteri secara automatik akan menerima gelaran, Tun – Toh Puan, Tan Sri – Puan Sri dan Datuk – Datin. ii Kerajaan Negeri : Dato’, Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Patinggi.

c. Gelaran akademik atau ikhtisas, iaitu gelaran yang diberi kepada seseorang kerana hasil pencapaian tertinggi dalam bidang akademik. Doktor (Dr.) : lulusan dan pakar bidang perubatan ;mencapai peringkat Doktor Falsafah (Ph.D.)

1.3.1.2.3 Gelaran kekeluargaan a. Boleh dibahagikan kepada: i Keluarga terdekat (sedarah), iaitu contoh kata sapaan

8

1.3.1.1 Kata Ganti Nama Diri :

1.3.1.2 Jenis-jenis gelaran :

Page 9: Nota Bab

Datuk : Datuk, Atuk, Tuk Nenek: Nenek, Opah,Wan, Tok Wan Ayah : Ayah, Bapa, Abah, Pak Emak : Ibu, Emak, Mak, Bu, Umi, Bonda Antara anak-anak (adik-beradik):

anak pertama: Along (Long)anak kedua : Angah (Ngah)anak ketiga : Alang (Lang)

anak keempat: Andak (Ndak) anak kelima : Acik (Cik) anak keenam : Ateh (Teh) anak bongsu : Busu (Su) Adik-beradik yang lebih muda akan memanggil adik-beradik lebih tua dengan menambah kata abang(bang) / kakak (kak) sebelum gelaran

ii. Keluarga jauh ( adik beradik bapa dan ibu )- menggunakan gelaran yang digunakan antara anak-anak (adik beradik) dalam keluarga sedarah tetapi ditambah pak atau mak sebelum gelaran. Contoh : Pak Long, Pak Lang, Mak Ngah dan Mak Su.

1.3.1.2.4 Gelaran pergaulan biasaa. Menggunakan kata sapaan gelaran kekeluargaan kepada seseorang yang tidak ada hubungan saudara. Contoh: Tok Ali, Pak Rahim, Mak Minah, bang Mat dan kak Lijah.b. Penggunaan kata sapaan ini bergantung kepada tiga faktor, iaitu: i. Usia : orang yang disapa sama baya dengan datuk, nenek, ayah, ibu , abang atau kakak sendiri. ii. Keakraban : hubungan yang telah lama terjalin. iii. Latar komunikasi : komunikasi tidak formal.

1.3.1.2.5 Gelaran pergaulan formala. Kata gelaran ini digunakan kerana ada sekatan dalam pergaulan, iaitu: i Pangkat/Status : Tuan, Puan ii Belum kenal rapat : Encik, Cik, Saudara, Saudari

a. Rajah 1.4 menunjukkan rujukan hormat mengikut gelaran. Rujukan hormat akan mendahului 9

1.3.1.3 Rujukan Hormat :

Page 10: Nota Bab

dalam aturan sapaan.b. Contoh : Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamed, Yang Berbahagia Profesor Dr. Radin Ali bin Samad

Gelaran Gelaran Rujukan HormatRujukan Hormat

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri

Menteri Besar / Ketua Menteri /Menteri Besar / Ketua Menteri /Menteri / Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri Menteri / Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri

Yang Dipertua Dewan Negara / Dewan RakyatYang Dipertua Dewan Negara / Dewan Rakyat

Ketua Hakim NegaraKetua Hakim Negara

HakimHakim

Ketua Polis Negara / Ketua Turus Tentera Ketua Polis Negara / Ketua Turus Tentera

Tun / Toh Puan Tun / Toh Puan

Tan Sri/Puan Sri/ Datuk/Dato’/Datin/Datuk Seri / Datuk Tan Sri/Puan Sri/ Datuk/Dato’/Datin/Datuk Seri / Datuk Paduka Paduka

Pengetua / Guru Besar / Naib Canselor/Profesor Pengetua / Guru Besar / Naib Canselor/Profesor

Yang Amat Berhormat Yang Amat Berhormat

Yang Berhormat Yang Berhormat

Yang Berhormat @ Tuan Yang Dipertua Dewan NegaraYang Berhormat @ Tuan Yang Dipertua Dewan Negara

Yang Amat Arif Yang Amat Arif

Yang Arif Yang Arif

Yang Berbahagia Yang Berbahagia

Yang Amat Berbahagia Yang Amat Berbahagia

Yang Berbahagia Yang Berbahagia

Yang BerbahagiaYang Berbahagia

Rajah 1.4 Rujukan hormat mengikut gelaran

1.3.2 Variasi Bahasaa. Variasi bahasa bermaksud bentuk bahasa yang berbeza bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu. Sebutan, kosa kata dan tatabahasa akan mempengaruhi kepelbagaian bahasa ini.b. Contoh, penggunaan kata ‘meninggal dunia’ dan ‘mati’ mengikut situasi tertentu dan kedua- dua perkataan ini membawa maksud yang sama.c. Komponen variasi bahasa: i. Bahasa formal : digunakan dalam situasi rasmi, bahasa yang mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dan tiada kesalahan. Wujud dalam bentuk lisan dan tulisan. Bahasa baku dan bahasa diraja atau bahasa istana tergolong sebagai bahasa formal. Contoh: Saya akan menghadiri mesyuarat yang akan diadakan pada petang ini. Baginda sultan telah menyatakan pekenan baginda untuk menghadiri majlis itu.

ii. Bahasa tak formal : variasi bahasa yang sewaktu penggunaan tidak mempunyai peraturan khusus. Contoh: bahasa basahan – Kan I dah kata, you tak percaya. Ni dah kena tipu, baru you nak kesal. bahasa dialek – Hang ni tak nak caya cakap aku. Ni dan kena tipu, baru hang nak menyesal. bahasa pasar – Belakang mari, dia mahu pukul sama saya. Ada patut ka ? bahasa kasar – Membuta siang malam. Pemalas nak mampus. bahasa slanga – Tangkap siut lagu tu wa cakap lu brader. Lentok habis.

Rujukan:

Adenan Ayob. (2009). Bahasa Kebangsaan. Shah Alam : Oxford Fajar.Nik Safiah Karim & Norliza Jamaluddin. (2004). Bahasa Melayu STPM Kertas 1 & 2.

10

Page 11: Nota Bab

Shah Alam : Fajar Bakti.Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Siri pendidikan guru Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar.

11