nota sej t2 bab 8

30
BAB 8 KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN UNTUK MENGANGKAT MARTABAT BANGSA Pengenalan 1. Semangat Kebangsaan dibangkitkan oleh golongan intelektual melalui akhbar dan majalah, penulisan kreatif. 2. Perjuangan menjadi lebih berkesan apabila pertubuhan ditubuhkan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa. 8.1 Maksud Semangat Kebangsaan 1. Semangat kebangsaan / nasionalisme ialah perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air. 2. Semangat ini mendorong melahirkan keazaman untuk berjuang menebus maruah bangsa serta membentuk masa depan bangsa dan negara. 1

Upload: leyu-zi-yeu

Post on 07-Nov-2015

81 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Nota ringkas untuk Sejarah Tingkatan 2 Bab 8

TRANSCRIPT

BAB 8 KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN UNTUK MENGANGKAT MARTABAT BANGSA

Pengenalan1. Semangat Kebangsaan dibangkitkan oleh golongan intelektual melalui akhbar dan majalah, penulisan kreatif.2. Perjuangan menjadi lebih berkesan apabila pertubuhan ditubuhkan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa.

8.1 Maksud Semangat Kebangsaan1. Semangat kebangsaan / nasionalisme ialah perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air.2. Semangat ini mendorong melahirkan keazaman untuk berjuang menebus maruah bangsa serta membentuk masa depan bangsa dan negara.3. Semangat kebangsaan telah menyebabkan kita berjuang membebaskan negara daripada penjajahan British untuk membentuk negara yang merdeka dan berdaulat.

8.2 Perkembangan Negara Luar Memberi Inspirasi Perjuangan

1. Pada awal kurun ke-20, berlaku kesedaran kebangsaan di a. Turki Gerakan Pan-Islam Turki Turki Uthmaniyah ialah sebuah empayar Islam yang besar. Empayar ini telah dipecahbelahkan dan dikuasai oleh kuasa-kuasa Barat. Berlaku gerakan kebangkitan Islam di Timur Tengah iaitu Gerakan Pan-Islam. Gerakan ini menyatukan seluruh umat Islam dan menentang penjajahan Barat. Gerakan ini mempengaruhi dan menyatukan umat Islam di Timur Tengah, India dan Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu untuk menentang penjajahan kuasa asing.

b. Mesir Gerakan Pemulihan Islam Mesir Penjajahan British di Mesir (1882) telah mencetuskan Gerakan Islah yang dipelopori oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Gerakan ini disebarkan ke Tanah Melayu oleh pelajar yang menuntut di Mesir. Gerakan Islah atau gerakan pemulihan Islam ialah gerakan yang menyeru orang Islam kembali berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan hadis untuk mencapai kemajuan. Gerakan ini juga menyeru umat Islam bersatu menentang penjajahan Barat di negara Islam.

c. Jepun Perang Rusia- Jepun Jepun berjaya mengalahkan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun pada 1905. Kemenangan ini ialah sejarah moden pertama di mana sebuah negara Asia dapat menewaskan kuasa Eropah. Kejayaan ini menyemarakkan semangat negara-negara Asia menentang penjajahan Barat.

d. China Gerakan Kesedaran Kebangsaan China Dr. Sun Yat Sen memimpin Revolusi China berjaya menumbangkan kerajaan Manchu dan menubuhkan sebuah republik China pada 1911. Kejayaan ini membangkitkan kesedaran rakyat Tanah Melayu untuk menentang British.

e. Filipina Gerakan Kesedaran Kebangsaan Filipina Jose Rizal memimpin rakyat Filipina menentang penjajahan Sepanyol. Beliau menubuhkan Liga Filipina untuk memajukan orang Filipina serta menuntut penjajah Sepanyol memberikan layanan yang adil kepada rakyat.

f. India Gerakan Kesedaran Kebangsaan India Mahatma Ghandi memimpin Kongres Kebangsaan India untuk membebaskan India daripada penjajahan British.

g. Indonesia Gerakan Kesedaran Kebangsaan Indonesia Soekarna memimpin Parti Nasional Indonesia membebaskan Indonesia daripada penjajahan Belanda.

2. Perkembangan ini memberi inspirasi kepada penduduk Tanah Melayu untuk menentang penjajahan British.3. Peristiwa-peristiwa ini dapat diikuti oleh penduduk Tanah Melayu melalui kemajuan sistem perhubungan dan percetakan terutamanya surat khabar.

8.3 Gerakan Islah Mencetuskan Kesedaran Kebangsaan

1. Semangat kebangsaan dibagkitkan oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah khususnya di Mesir.2. Pelajar yang belajar di Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.3. Mereka memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu dan digelar Kaum Muda.

4. Tokoh penting Kaum Muda ialah Syeikh Muhammad Tahir bin Jamaluddin dilahirkan di Sumatera mendapat pendidikan di Makkah dan di Universiti al-Azhar, Mesir menerbitkan majalah Al-Imam menjadi Mufti Negeri Perak

Haji Abbas bin Muhammad Taha dilahirkan di Singapura mendapat pendidikan di Makkah menjadi kadi di Tanjung Pagar, Singapura menerbitkan akhbar Neracha

Syed Syeikh Ahmad al-Hadi dilahirkan di Melaka mendapatkan pendidikan di Terengganu dan di Pulau Penyengat, Riau sering berkunjung ke Makkah dan Mesir mendalami idea perjuangan Syeikh Muhammad Abduh menerbitkan akhbar Al-Ikhwan dan Saudara

5. Idea pembaharuan Kaum Muda disebarkan melalui majalah Al-Imam.6. Al Imam memberi kesan besar dalam perkembangan pemikiran orang Melayu terutamanya kesedaran mereka akan kepentingan pendidikan dan ekonomi.7. Al-Imam dihentikan pada 1908, tetapi semangat mereka diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha, Al-Ikhwan, Pengasuh dan Saudara.8. Al-Imam di terbitkan di Singapura pada 1906. Al-Imam membawa maksud pemimpin bertujuan: Menyeru orang Melayu berpegang kepada al-Quran dan hadis. Menekankan kepentingan ilmu pengetahuan untuk mencapai kemajuan. Menitikberatkan pengetahun sejarah kerana banyak iktibar yang boleh dipelajari. Menasihati ibu bapa memberi pendidikan sempurna kepada anak-anak. Menggesa kaum wanita diberi peluang mendapatkan pendidikan. Mengetepikan adat resam dan kepercayaan karut yang boleh menghalang kemajuan.

9. Kaum Muda menubuhkan beberapa buah madrasah untuk menyebarkan idea mereka dengan lebih berkesan. Contohnya Madrasah al-Masyhur al- Islamiah di Pulau Pinang, Madrasah al-Diniah Kampung Lalang di Padang Rengas, Madarasah Il-Ihya Assyariff, Gunung Semanggol di Perak.

10. Kaum Tua terdiri daripada golongan ulama dan pegawai agama yang tidak menerima idea Islah. Gologan ini berpegang kuat kepada adat dan agama Islam.11. Bagi menentang idea Kaum Muda, Kaum Tua menerbitkan akhbar Suara Benar dan Lidah Benar. 12. Pertelingkahan antara dua golongan ini hanya melibatkan perkara kecil dan bukannya perkara pokok dalam agama Islam.

8.4 Intelektual Mematangkan Perjuangan1. Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) disifatkan sebagai The Cradle of Malay Nationalism oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.2. Golongan intektual berpendidikan Melayu merupakan lepasan MPSI.3. Mereka terdiri daripada guru-guru Melayu yang memainkan peranan sebagai pemimpin masyarakat.4. Mereka berganding bahu dengan golongan cerdik pandai agama bagi memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan.5. Usaha ini menimbulkan kesedaran untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British.6. Tokoh nasionalis ini termasuk:a. Harun Aminurrashid guru bersemangat kebangsaan dan penulis aktif mempelopori penulisan puisi bertemakan semangat kebangsaan.b. Adbul Hadi Hasan pensyarah MPSI yang sentiasa menanam semangat kebangsaan kepada pelajarnyac. Ibrahim Haji Yaacob7. Golongan intektual berpendidikan Inggeris menggunakan peluang yang ada dalam sistem pentadbiran dan perundangan untuk menuntut hak orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan dan pentadbiran.8. Mereka menubuhkan persatuan dan menggunakan bidang penulisan untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu.9. Tokoh- tokoh ini termasuk:a. Raja Chulan mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Persekutuan menggesa British meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan menambahkan peluang mereka dalam perkhidmatan kerajaan.b. Mohammad Eunos Abdullah mendapat pendidikan di Raffles Institution, Singapura. orang Melayu pertama yang dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat. ketua pengarang akhbar Utusan Melayu dan Lembaga Melayu menubuhkan Kesatuan Melayu Singapurac. Dato Onn Jaafar mendapat pendidikan Inggeris di England dan di Kolej Melayu Kuala Kangsar pengarang akhbar Warta Malaya, Lembaga Melayu, Warta Ahad Ahlii Tidak Rasmi dalam Majlis Mesyuarat Negeri Johor

8.5 Perjuangan Nasionalisme Melalui Mata Pena1. Akhbar dan majalah merupakan media yang rapat dengan rakyat dan sesuai dijadikan saluran untuk melaahirkan kesedaran kebangsaan.2. Idea perjuangan kebangsaan dapat disalurkan untuk bacaan semua lapisan masyarakat.3. Peranan akhbar dalam membangkitkan semangat kebangsaan termasuklah: mengkritik dasar British yang tidak menguntungkan orang Melayu. menyeru orang Melayu bersatu dan menghapuskan semangat kenegerian. menuntut kedudukan yang lebih baik dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan pendidikan.

8.5.1 Peranan akhbar dan majalah Melayu1. Selain soal agama, akhbar Melayu mula menyuarakan isu berkaitan sosial, politik dan ekonomi orang Melayu.2. Melalui seruan akbar-akhbar ini, orang Melayu menubuhkan persatuan untuk merintis pergerakan yang lebih tersusun.3. Antara akhbar dan majalah bahasa Melayu ialah Lembaga Melayu, Pengasuh, Majalah Guru, Al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya, Fajar Sarawak, Majlis, Utusan Melayu. 8.5.2 Antara akhbar yang berpengaruh sebelum Perang Dunia Kedua1. Abdul Rahim Kajai merupakan nasionalis bidang kewartawanan. digelar Bapa Kewartawanan Melayu Ketua Pengarang akhbaryang berpengaruh seperti Warta Malaya, Majlis, Utusan Melayu2. Akhbar Warta Malaya diterbit di Singapura pengarang pertamanya ialah Dato Onn Jaafar menyiarkan persoalan sosioekonomi orang Melayu mendesak British memberi lebih banyak jawatan penting dalam perkhidmatan kerajaan kepada orang Melayu.3. Akhbar Majlis diterbit di Kuala Lumpur pengarang pertamanya ialah Abdul Rahim Kajai berani mendedahkan kelemahan dasar British yang mengancam kedudukan orang Melayu4. Akhbar Utusan Melayu diterbitkan di Singapura pengarang pertamanya ialah Abdul Rahim Kajai menggesa orang Melayu meningkatkan taraf ekonomi menubuhkan persatuan bagi memperjuangkan nasib bangsa dan tanah air

8.5.3 Kegiatan persuratkhabaran di kalangan orang Cina dan orang India1. Masyarakat Cina menerbitkan akhbar Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News.2. Lat Pau ialah akbar harian pertama di kalangan masyarakat Cina yang diterbitkan pada 1881.3. Masyarakat India menerbitkan Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasu.4. Akhbar Cina dan India banyak melaporkan berita tantang kegiatan sosial dan ekonomi orang Cina dan India di Tanah Melayu serta menyiarkan peristiwa yang berlaku di China dan India.5. Terdapat akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang diterbitkan oleh masyarakat Jawi Peranakan (Jawi Peranakan, Sekola Melayu, Taman Pengetahuan, Tanjung Penagri) dan Cina Peranakan (Surat Khabar Peranakan, Bintang Timor, Khabar Uchapan Baru, Bintang Pranakan).6. Akhbar-akhbar masyarakat peranakan memberi tumpuan kepada berita hal-ehwal masyarkat mereka serta menyiarkan berita ringkas dalam dan luar negeri.

7. Jawi Peranakan ialah masyarakat kacukan India-Melayu. Masyarakat ini terbentuk apabila saudagar India berkahwin dengan wanita Melayu Tempatan.8. Cina Peranakan juga dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Masyarkat ini terbentuk hasil perkahwinan perantau Cina dengan penduduk bumiputera di Kepulauan Melayu.9. Akhbar Bintang Timor merupakan satu-satunya akhbar bahasa Melayu yang berani melaporkan berita pemberontakan Dato Bahaman di Pahang.10. Akhbar Sekola Melayu dijadikan bahan rujukan di sekolah Melayu dan banyak menanam semangat suka belajar di kalangan pelajar.11. Akhbar Bintang Pranakan membicarakan hal ehwal masyarakat Cina Peranakan yang menunjukkan taat setia kepada British sebagai pemerintah Tanah Melayu.

8.5.4 Kesedaran kebangsaan melalui penulisan kreatif1. Semangat kebangsaan dibangkitkan melalui karya kreatif seperti puisi, novel dan cerpen.2. Golongan guru, penulis dan wartawan menjadikan karya kreatif ini sebagai saluran menyuarakan perjuangan orang Melayu.3. Sebelum Perang Dunia Kedua, banyak puisi yang bertemakan semangat kebangsaan dihasilkan dan disiarkan dalam akhbar dan majalah.4. Puisi-puisi ini bertujuan menyuburkan perasaan cinta akan bangsa dan negara, menyeru merebut peluang ekonomi dan mempertahankan maruah bangsa.5. Puisi yang membawa tema semangat kebangsaan sebelum Perang Dunia Kedua:

PengarangPuisi

Harun Aminurrashid Tenaga Kaumku Rayuan Bangsa Mu Mempertahankan Hak Kita Perwira Melayu

Abdul Samad Ahmad Serunai Pujangga Kapal Tiada Nakhoda Hari Kejatuhan Kita

Muhammad Yusuf Harun Dunia yang Fana Di Lautan Seberang

Omar Mustaffa Bangkitlah

Melati Pahang Seruan Kebangsaan

Mahmud Ahmadi Sedarlah

Muhammad Yasin Maamor Di Tengah Segara

6. Abdul Samad Ahmad, antara penulis yang aktif menghasilkan puisi bertemakan semangat kebangsaan. 7. Melalui penulisan novel dan cerpen, kesedaran kebangsaan dapat disampaikan dengan lebih berkesan.8. Karya-karya sastera yang bertemakan semangat perjuangan, nasib bangsa dan semangat cinta akan tanah air menimbulkan kesedaran di kalangan orang Melayu.9. Penulis cerpen yang terkenal ialah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad dan Shamsuddin Salleh.10. Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako merupakan wartawan yang giat menghasilkan novel dan cerpen untuk membela nasib bangsa dan mengkritik dasar British.11. Abdul Kadir Adabi merupakan perintis kegiatan penulisan novel di Kelantan.12. Novel dan cerpen sebelum Perang Dunia Kedua:

PengarangNovel

Syed Sheikh al-HadiHikayat Faridah Hanum

Ahmad Rashid TaluIakah Salmah?

Harun AminurrashidMelor Kuala Lumpur

Ishak Haji Muhammad Putera Gunung Tahan Anak Mat Lela Gila

Abdullah SidekMari Kita Berjuang

Abdul Kadir AdabiMelati Kota Bharu

PengarangCerpen

Abdul Rahim KajaiCerita Awang Putat

Ishak Haji MuhammadRumah Besar Tiang Sebatang

Shamsuddin Salleh Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang Siasat Yang Tiada Diminta

13. Melalui bidang penulisan, kesedaran timbul di kalangan orang Melayu tentang arah kemajuan diri, bangsa dan negara.

8.6 Kesepakatan Menjamin Keutuhan Perjuangan1. Pertubuhan pada peringkat awal adalah bersifat kenegerian serta memperjuangkan kepentingan ekonomi dan sosial.2. Pertubuhan tesebut menjadi pendorong kepada kemunculan pertubuhan yang bersifat kebangsaan.3. Kesepakatan dalam pertubuhan ini telah memperkukuh kesedaran semangat kebangsaan di negara kita.8.6.1 Kemunculan Pertubuhan Melayu1. Peranan golongan wartawan dan akhbar telah menimbulkan kesedaran politik di kalangan orang Melayu.2. Kesedaran ini mendorong orang Melayu menubuhkan pertubuhan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan mereka.3. Kesatuan Melayu Singapura (KMS) menjadi perangsang kepada pemimpin di negeri-negeri Melayu untuk menubuhkan persatuan memperjuangkan kepentingan orang Melayu di negeri masing-masing.

Kesatuan Melayu Singapura (KMS) diasaskan oleh Mohammad Eunos Abdullah pada tahun 1926. Kesatuan ini dianggotai oleh golongan bangsawan, kakitangan kerajaan, wartawan dan peniaga. Tujuannya ialah: Menggalakkan ahlinya memainkan peranan yang lebih besar dalam politik dan pentadbiran. Memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang pendidikan. Menjadi wakil orang Melayu untuk berurusan dengan kerajaan British bagi hal yang berkaitan dengan hak dan kepentingan orang Melayu.

1926 Kesatuan Melayu Singapura

1937 Persatuan Melayu Perak Persatuan Melayu Melaka Persatuan Pulau Pinang

1938 Persatuan Melayu Pahang Persatuan Melayu Selangor Persatuan Melayu Negeri Sembilan

1939 Persatuan Melayu Kelantan Persatuan Melayu Sarawak Persatuan Melayu Johor

4. Persatuan persatuan ditubuhkan untuk meningkatkan kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu.5. Persatuan- persatuan ini dianggotai oleh cerdik pandai Melayu yang berpendidikan Inggeris dan berkhidmat dengan kerajaan British.6. Perjuangan mereka bersifat sederhana.7. Mereka menunjukkan kesetiaan yang kuat kepada raja-raja Melayu dan bekerjasama dengan British.8. Mereka mendesak supaya lebih banyak peluang diberikan kepada orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan.9. Pada 1939, Kesatuan Melayu Singapura bersama-sama dengan Persatuan Melayu Selangor menganjurkan Kongres Melayu Se-Tanah Melayu yang pertama di Kuala Lumpur.10. Kongres ini bertujuan mewujudkan perpaduan kebangsaan di kalangan orang Melayu.

11. Kongres ini berjaya mengumpulkan wakil daripada semua persatuan Melayu untuk berbincang bagi memajukan bangsa Melayu.12. Kongres Melayu yang kedua diadakan di Singapura pada 1940, dan berjaya menarik lebih banyak penyertaan persatuan Melayu termasuk dari Sarawak dan Brunei.13. Kongres ini menyarankan agar semua persatuan Melayu bekerja keras bagi memajukan orang Melayu di negeri masing-masing.14. Kongres Melayu ketiga tidak dapat diadakan kerana Jepun telah menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941.15. Antara pengasas Persatuan Melayu Sarawak pada 1939 ialah Rashidi bin Muslim, Haji Abdul Rahman, Nor Haji Hassan dan Johari Anang. Datu Patinggi Abang Haji Abdillah merupakan Presiden Persatuan Melayu Sarawak.

Persatuan Melayu Selangor dipimpin oleh Tengku Ismail bin Tengku Mohd. Yassin. Antara perkara yang diperjuangkan ialah: Mendesak lebih ramai pegawai Melayu ditempatkan dalam kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Keanggotaan Askar Melayu ditambah. Menubuhkan angkatan tentera laud an udara Tanah Melayu.

8.6.2 Persaudaraan Sahabat Pena1. Pada 1934, Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) ditubuhkan.2. PASPAM dikendalikan oleh akhbar Saudara yang menyediakan ruangan untuk ahli-ahlinya menulis dan mengemukakan pendapat.3. Cogan kata mereka ialah Hidup Bahasa Hidup Bangsa.4. PASPAM menggalakkan ahli-ahlinya dari Tanag Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah bertukar-tukar pendapat bagi meningkatkan semangat dan kesedaran kebangsaan.5. PASPAM sering menganjurkan persidangan di peringkat kebangsaan.6. Pada November 1934, Sahabat Pena mengadakan persidangan peringkat kebangsaan yang pertama di Taiping, Perak.7. Persidangan itu amat bermakna dalam gerakan kesedaran kebangsaan kerana berjaya menghimpunkan ahlinya dari seluruh Tanah Melayu.8. Semangat kenegerian telah dapat dipecahkan dan konsep kebangsaan MElayu mula terbentuk.9. Persidangan di peringkat kebangsaan seterusnya diadakan di Pulau Pinang, Singapura, Ipoh, dan Seremban.

8.6.3 Kesatuan Melayu Muda1. Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada 1938 di Kuala Lumpur.2. KMM merupakan pertubuhan Melayu bersifat politik yang pertama di Tanah Melayu.3. KMM dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob.4. KMM bertujuan menanamkan semangat perpaduan dan kesedaran di kalangan orang Melayu untuk mempertahankan hak mereka.5. KMM berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British.6. KMM bercita-cita menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia untuk mewujudkan Melayu Raya.7. Kebanyakan anggota KMM terdiri daripada guru lepasan MPSI.8. Perjuangan KMM radikal kerana mengamalkan dasar tidak bekerjasama dan menyuarakan penentangan secara terbuka terhadap British.9. KMM mengadakan pakatan sulit dengan Jepun untuk menentang British.10. Akhbar Warta Malaya digunakan untuk membangkitkan perasaan anti-British dan memperjuangkan cita-cita perjuangan KMM.11. Ibrahim Haji Yaakob, pengasas KMM, dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 1911. 12. Beliau pernah menjadi pengarang akhbar Majlis dan Warta Malaya. 13. Beliau menubuhkan KMM keranan berpendapat persatuan berasaskan kenegerian tidak menguntungkan orang Melayu.14. Antara pemimpin KMM ialah Mutapha Hussain, Ahmad Boestamam dan sebagainya.15. British bimbang dengan pergerakan KMM.16. Ibrahim Haji Yaakob bersama-sama dengan kira-kira 150 anggotanya ditangkap dan dipenjarakan di Singapura pada 1941.17. Mereka dibebaskan semasa pendudukan Jepun.18. Walau bagaimanapun, KMM diharamkan oleh Jepun pada 1942.

8.6.4 Pertubuhan orang Cina dan India1. Sebelum Perang Dunia Kedua, orang Cina dan orang India lebih menumpukan perhatian kepada keadaan di negara asal mereka.2. Pada awal kurun ke-20, terdapat beberpa pertubuhan orang Cina di Tanah Melayu seperti Hsing Chong Hui dan Chu Ho Tang. 3. Pertubuhan ini menumpukan perhatian kepada China.4. Terdapat juga orang Cina yang memberi perhatian kepada politik tempatan.5. Golongan ini terdiri daripada orang Cina yang dilahirkan di Negeri-Negeri Selat atau Cina Peranakan yang menjadi warganegara British.6. Pada 1900, orang Cina Peranakan yang berpendidikan Inggeris seperti Tan Jia Kim, Lim Boon Keng, Song Oh Siang, dan Seah Liang Seah telah menubuhkan Persatuan Orang Cina Peranakan British untuk melindungi kepentingan orang Cina Peranakan di NNS.7. Persatuan ini menggalakkan orang Cina Peranakan memperoleh pendidikan tinggi dan teknikal.8. Mereka menunjukkan taat setia kepada British.9. Antara tokoh daripada golongan ini yang memainkan peranan penting dalam politik Tanah Melayu ialah Tan Cheng Lock.10. Tan Jia Kim ialah Presiden pertama Persatuan Orang Cina Peranakan British.11. Lim Boon Keng adalah antara pengasas Persatuan Orang Cina Peranakan British.12. Tan Cheng Lock dilahirkan di Melaka.13. Beliau mendapat pendidikan Inggeris di Sekolah Tinggi Melaka dan di Raffles Institution, Singapura.14. Beliau dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1923 hingga tahun 1934.15. Orang India terpengaruh dengan gerakan kebangsaan di India.16. Mereka menubuhkan persatuan bagi melindungi kepentingan orang India di Tanah Melayu.17. Pada awal kurun ke-20, golongan cerdik pandai yang berpendidikan Inggeris telah menubuhkan persatuan India di bandar-bandar utama seperti di Taiping, Kuala Lumpur, Klang, Melaka, Seremban dan Pulau Pinang.18. Penubuhan persatuan ini menjadi perintis kepada pembentukan pertubuhan politik yang menyatukan orang India di Tanah Melayu.19. Pada 1936, Persatuan India Pusat Tanah Melayu telah ditubuhkan di bawah pimpinan A.M. Soosay.20. Persatuan ini adalah gabungan 12 buah persatuan India dan 4 dewan perniagaan India yang bertujuan memperjuangkan hak dan kepentingan orang India di Tanah Melayu.21. Pandit Jawaharlal Nehru, Pemimpin Parti Kongres India memberi ucapan kepada orang India di Kuala Kangsar semasa lawatan beliau ke Tanah Melayu pada 1937.22. Ini membuktikan semangat kebangsaan orang India di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua berorientasikan negara asal mereka.

Kesimpulan1. Gerakan kesedaran kebangsaan timbul akibat dasar penjajahan British yang menyebabkan penduduk tempatan ketinggalan dalam bidang politik, ekonomi dan pendidikan.2. Gerakan kesedaran kebangsaan dipelopori oleh golongan intelektual.

12