nota bab 1

8
NOTA BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI 1. Pengertian Ekonomi Ekonomi - ialah ilmu yang mengkaji aktiviti manusia menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad Sumber -sumber terhad : Buruh, Usahawan, Tanah, Modal, (SE = BUTM) I. Buruh: - Tenaga fizikal atau mental yang disumbangkan oleh manusia. - Boleh berpindah dari satu tempat ke tempat lain. - Terdiri daripada tiga kumpulan iaitu, buruh mahir, buruh separuh mahir dan buruh tidak mahir - Ganjarannya ialah upah - Contohnya, doktor, guru, pembantu rumah, buruh binaan dan lain-lain. II. Usahawan : - Individu yang menggabungkan buruh,tanah dan modal untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan - Orang yang menanggung risiko yang tidak boleh diinsurankan. - Ganjarannya adalah untung. - Contohnya, pengusaha, peniaga, peruncit dan pemborong. III. Tanah : - Alam semula jadi yang dianugerahkan tuhan. - Penawarannya adalah terhad. - Merupakan bahan mentah yang diperlukan dalam proses pengeluaran. - Ganjarannya adalah sewa - Contohnya, bahan galian, hasil laut dan khazanah hutan. IV. Modal : - Wang dan lain lain sumber kekayaan yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan - Dapat mempercepatkan proses pengeluaran. - Terbahagi kepada dua kumpulan modal iaitu: a) modal fizikal yang terdiri daripada loji, jentera dan peralatan b) modal kerja yang terdiri daripada wang tunai, stok dan bahan mentah. - Ganjarannya adalah faedah. - Contohnya, Mesin, kilang dan jentera 2. Unit Ekonomi (UE = FIK) I. Firma - Suatu unit organisasi yang merancang cara bagaimana menggunakan input pengeluaran yang terhad untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. II. Isi Rumah

Upload: halimatun-saadiah

Post on 09-Apr-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA BAB 1

NOTA BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI 1. Pengertian Ekonomi

Ekonomi - ialah ilmu yang mengkaji aktiviti manusia menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhadSumber -sumber terhad : Buruh, Usahawan, Tanah, Modal, (SE = BUTM)I.   Buruh:- Tenaga fizikal atau mental yang disumbangkan oleh manusia.- Boleh berpindah dari satu tempat ke tempat lain.- Terdiri daripada tiga kumpulan iaitu, buruh mahir, buruh separuh mahir dan buruh tidak mahir- Ganjarannya ialah upah- Contohnya, doktor, guru, pembantu rumah, buruh binaan dan lain-lain.II. Usahawan :- Individu yang menggabungkan buruh,tanah dan modal untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan- Orang yang menanggung risiko yang tidak boleh diinsurankan.- Ganjarannya adalah untung.- Contohnya, pengusaha, peniaga, peruncit dan pemborong.III. Tanah :- Alam semula jadi yang dianugerahkan tuhan.- Penawarannya adalah terhad.- Merupakan bahan mentah yang diperlukan dalam proses pengeluaran.- Ganjarannya adalah sewa- Contohnya, bahan galian, hasil laut dan khazanah hutan.IV. Modal :- Wang dan lain lain sumber kekayaan yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan- Dapat mempercepatkan proses pengeluaran.- Terbahagi kepada dua kumpulan modal iaitu:   a) modal fizikal yang terdiri daripada loji, jentera dan peralatan   b) modal kerja yang terdiri daripada wang tunai, stok dan bahan mentah.- Ganjarannya adalah faedah.- Contohnya, Mesin, kilang dan jentera

2. Unit Ekonomi (UE = FIK)I. Firma- Suatu unit organisasi yang merancang cara bagaimana menggunakan input pengeluaran yang terhad untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.II. Isi Rumah- Unit penggunaan dalam ekonomi yang terdiri daripada seorang individu, sekumpulan individu, atau sebuah keluarga yang tinggal dalam sebuah rumah.III. Kerajaan- Unit pentadbiran negara yang merancang projek-projek infrastruktur dengan menggunakan sumber-sumber yang terhad untuk memaksimumkan kebajikan rakyat.

3. Masalah Ekonomi (ME = KPKL)

Unit-Unit Ekonomi

Kekurangan Pilihan Kos Lepas

Isi Rumah Pendapatan atau wang Memilih barang atau Barang kedua terbaik

Page 2: NOTA BAB 1

yang terhad(kehendak tidak terhad)Contoh : wang yang ada hanya cukup untk membeli kasut sukan atau buku rujukan

perkhidmatan yang dapat memaksimumkan kepuasanSamada membeli buku rujukan atau membeli kasut sukan

yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barang yang terbaikKos lepas bagi kasut sukan ialah buku rujukan

Firma Faktor pengeluaran yang terhad (Buruh,Tanah ,Modal)

Memilih Keluaran yang memaksimumkan keuntunganSamada memilih mengeluarkan tv atau radio

Output kedua terbaik yang terpaksa dilepaskanKos lepas bagi tv adalah radio

Kerajaan 

Sumber hasil kerajaan terhad 

Memilih projek pembangunan yang memaksimumkan kebajikan Samada memilih membina hospital atau sekolah

Projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskanKos lepas bagi hospital ialah sekolah

4. Jenis-Jenis Barang (JB = PAE)

I. Barang Percuma- Anugerah alam semulajadi(ciptaan Allah)- penawaran tidak terhad- tiada bayaran- tiada kos lepas- Contoh : matahari,udara,angina

II. Barang Awam- disediakan oleh kerajaan- penawaran terhad- tiada pengecualian untuk menggunakannya- ada kos lepas- Contoh : jalan raya,lampu isyarat,perkhidmatan polis

III. Barang Ekonomi- dikeluarkan oleh pihak swasta- penawaran terhad- ada bayaran- ada kos lepas- Contoh :kereta,perabot

Contoh Soalan1) Bezakan air mineral dengan air hujan2) Huraikan ciri -ciri barang awam3) Bezakan jalan raya dan lebuh raya

5. Masalah Asas Ekonomi (MAE = ABBU)Terdapat Empat Masalah Asas Ekonomi:I) Apa Yang Hendak Dikeluarkan

Page 3: NOTA BAB 1

-penentuan jenis barang yang akan dikeluarkan-mengikut mekanisme harga/permintaan dalam pasaranII) Berapa Yang Hendak Dikeluarkan-penentuan kuantiti barangan yang akan dikeluarkan-mengikut mekanisme harga /permintaan dalam pasaranIII) Bagaimana Hendak Dikeluarkan-penentuan cara pengeluaran barang-cara yang paling cekap, sama ada intensif buruh atau intensif modal-supaya mendapatkan untung maksimum dan meminumkan kosIV) Untuk Siapa Dikeluarkan- penentuan corak agihan barang-mengikut corak agihan pendapatan /kuasa beli pengguna

CONTOH SOALAN:

6. Sistem Ekonomi  (SE = KPCI)

Ciri-ciri Sistem EkonomiKapitalis Perancangan

PusatCampuran Islam

Pemilikan sumber

Sumber dimiliki oleh individu dan swasta

Sumber dimiliki oleh kerajaan

Sumber dimiliki oleh individu dan kerajaan

Sumber dimiliki oleh Allah s.w.t / tuhan

Pembuat keputusan

Keputusan ekonomi dibuat oleh pihak swasta

Keputusan ekonomi dibuat oleh pihak kerajaan

Keputusan ekonomi dibuat oleh pihak swasta dan kerajaan

Keputusan ekonomi dibuat oleh pihak swasta dan kerajaan Islam mengikut hukum syarak

Pilihan Individu bebas memilih barangan dan pekerjaan

Pilihan individu terhad kerana pilihan dibuat oleh kerajaan

Individu bebas memilih tetapi sesetengah barangan adalah dikawal oleh kerajaan

Individu bebas memilih barangan dan pekerjaan yang halal

Penentu harga

Harga ditentukan oleh mekanisme harga

Harga ditentukan oleh kerajaan

Harga ditentukan oleh mekanisme harga dan kerajaan

Harga ditentukan oleh mekanisme harga dan kerajaan yang berlandaskan prinsip Islam

Persaingan Firma bebas bersaing dan mempunyai daya usaha yang tinggi

Tiada persaingan untuk mendapatkan sumber

Berlaku persaiang antara pengeluar, kerajaan akan campur tangan jika persaingan tidak sihat.

Berlakunya persaingan yang sihat

Page 4: NOTA BAB 1

Motif Matlamat firma untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum dan kos pengeluaran yang minimum

Matlamat kerajaan untuk memaksimum kebajikan rakyat

Matlamat firma untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum dan kerajaan untuk memaksimum kebajikan rakyat

Keuntungan yang berpatutan (bukan riba) dan kebajikan masyarakat dipentingkan

Contoh negara

Diamalkan oleh Amerika Syarikat, Britian, Hong Kong

Diamalkan oleh Cuba, Korea Utara, Russia

Diamalkan oleh Malaysia, Jepun, Singapura

Diamalkan oleh Iran, Arab Saudi, Pakistan

7. Sebab Kerajaan Campur Tangan (KCT = KAPSEM)

I.                   Untuk mencapai Kestabilan ekonomiII.                Untuk mengeluarkan barang AwamIII.             Untuk agihan Pendapatan yang lebih setaraIV.             Untuk mengurangkan kesan Sampingan negativeV.                Untuk mencapai pembangunan Ekonomi yang mantap dan seimbangVI.             Untuk mengawal Monopoli

8. Cara Kerajaan Campur Tangan (CCT = BACSU)

I.                   Pengeluaran Barang Awam secara langsungII.                Mengenakan CukaiIII.             Memberi SubsidiIV.             Menguatkuasakan Undang-undang dan peraturan

 9. Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi Oleh Sistem Ekonomi 

Masalah asas ekonomi

Sistem EkonomiKapitalis Perancangan

PusatCampuran Islam

Apa yang hendak dikeluarkan

Barang dan perkhidmatan yang diminta oleh pengguna

Barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui badan perancangan pusatnya

Barang swasta dikeluarkan oleh pihak swasta manakala barang awam dikeluarkan oleh kerajaan

Barangan halal yang diminta oleh pengguna

Berapa yang hendak dikeluarkan

Ditentukan oleh mekanisme harga

Ditentukan oleh badan perancangan pusat

Ditentukan oleh mekanisme harga dan kerajaan

Ditentukan oleh mekanisme harga dan kerajaan dengan

Page 5: NOTA BAB 1

berlandaskan prinsip Islam

Bagaimana hendak dikeluarkan

Berdasarkan kepada kos pengeluaran yang minimum dan boleh mendatangkan keuntungan yang maksimum

Kaedah yang dapat meningkatkan kebajikan masyarakat

Kaedah yang mendatangkan keuntungan yang maksimum (pihak swasta) dan kaedah yang dapat meningkatkan kebajikan masyarakat (kerajaan)

Kaedah yang mendatangkan keuntungan yang maksimum (pihak swasta) dan kaedah yang dapat meningkatkan kebajikan masyarakat (kerajaan)

Untuk siapa dikeluarkan

Mengikut agihan pendapatan. Golongan yang kaya akan mendapat lebih banyak barangan berbanding golongan miskin. Agihan pendapatan adalah tidak setara

Barang diagihkan secara sama rata kepada semua rakyat

Barangan swasta dibahagikan mengikut agihan pendapatan manakala barangan awam untuk semua golongan terutama orang miskin

Semua golongan baik yang kaya atau yang miskin dapat memiliki barangan keperluan asas kerana kepentingan masyarakat dan keadilan sosial diutamakan

10. Kebaikan dan Kelemahan Sistem Ekonomi Kapitalis dan Perancangan Pusat

Sistem Ekonomi

Kelebihan Kelemahan

Sistem Ekonomi Kapitalis

a) Pilihan barangan yang banyakb) Daya usaha individu yang tinggic) Ekonomi berkembang majud) Kecekapan dalam penggunaan sumber

a) Agihan pendapatan yang tidak seimbangb) Tiada pengeluaran barangan awamc) Wujudnya kuasa monopolid) Berlakunya ketidakstabilan ekonomie) Berlaku persaingan yang tidak sihat antara pengeluarf) Kebajikan masyarakat diabaikang) Berlakunya kesan luaran yang negatifh) Sumber diagihkan dengan cara

Page 6: NOTA BAB 1

yang salahSistem Ekonomi Perancangan Pusat

a) Agihan pendapatan lebih setarab) Kebajikan masyakat diutamakanc) Barangan awam dapat disediakand) Pembaziran sumber daripada persaingan yang tidak sihat dapat dikurangkan

a) Pilihan individu terhadap barangan terhadb) Sistem pentadbiran yang birokratikc) Daya usaha individu yang rendahd) Ketidakcekapan dalam agihan sumber