nota anatomi dan fisiologi

50
Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi Struktur Organisasi Tubuh Regulasi Homeostasis TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI Sinopsis Tajuk 1 dalam modul ini merangkumi konsep asas, struktur dan fungsi sistem organ manusia di samping regulasi homeostasis oleh sistem organ. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca Tajuk 1 modul ini, diharap anda dapat: 1. Mengenal pasti konsep asas sains anatomi dan fisiologi 2. Membincangkan struktur dan fungsi anatomi dan fisiologi 3. Membincangkan regulasi homeostasis oleh sistem organ Kerangka konsep tajuk 1 modul ini 1.0 Konsep Asas Anatomi dan Fisiologi Anatomi ialah kajian tentang struktur tubuh dan hubungan antara bahagian-bahagiannya. Perkataan ‘anatomi’ berasal daripada perkataan Greek ‘anatom’ yang bermakna “memotong”, maka anatomi boleh dianggap sebagai kajian dengan memotong (diseksi). Fisiologi pula 1

Upload: jeejanz-kaunsin

Post on 31-Dec-2015

343 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

nota anatomi dan fisiologi yang boleh membantu pelajar dalam subjek Pendidikan Jasmani.

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Anatomi Dan Fisiologi

Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

Struktur Organisasi Tubuh Regulasi Homeostasis

TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI

Sinopsis

Tajuk 1 dalam modul ini merangkumi konsep asas, struktur dan fungsi sistem organ

manusia di samping regulasi homeostasis oleh sistem organ.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca Tajuk 1 modul ini, diharap anda dapat:

1. Mengenal pasti konsep asas sains anatomi dan fisiologi

2. Membincangkan struktur dan fungsi anatomi dan fisiologi

3. Membincangkan regulasi homeostasis oleh sistem organ

Kerangka konsep tajuk 1 modul ini

1.0 Konsep Asas Anatomi dan Fisiologi

Anatomi ialah kajian tentang struktur tubuh dan hubungan antara bahagian-

bahagiannya. Perkataan ‘anatomi’ berasal daripada perkataan Greek ‘anatom’ yang

bermakna “memotong”, maka anatomi boleh dianggap sebagai kajian dengan memotong

(diseksi). Fisiologi pula adalah kajian yang berkaitan dengan fungsi pada keseluruhannya

serta struktur dan organ-organ yang terdapat dalam tubuh badan. Kajian ini berkait rapat

dengan pengetahuan tentang semua makhluk hidup yang terangkum dalam kajian biologi.

Bidang ini juga berkait rapat dengan kajian tindakan fizikal dan pergerakan yang berlaku

1

Page 2: Nota Anatomi Dan Fisiologi

dalam badan.

Terdapat beberapa jenis anatomi iaitu anatomi regional, anatomi fungsi dan anatomi

makroskopik. Anatomi regional ialah kedudukan geografi bahagian tubuh dan setiap region

atau daerah. Contohnya kaki, dada, kepala dan lain-lain anggota yang terdiri daripada

struktur atau susunan umum yang terdapat pada semua bahagian tubuh badan. Anatomi

fungsi pula adalah kajian tentang kedudukan dan hubungan antara satu bahagian tubuh

dengan yang lain. Ia juga menerangkan tentang kegunaan setiap struktur dan sistem

tisunya. Anatomi makroskopik adalah penglihatan struktur-struktur tertentu dengan hanya

menggunakan mata kasar.

1.1 Organisasi Struktur Tubuh

(a) Kepala dan leher

Kepala adalah bahagian yang paling utama pada tubuh badan. Permukaan

bahagian hadapan kepala dikenali sebagai muka. Manakala bahagian dalam

kepala pula terdapat kaviti mulut, kaviti nasal, kaviti orbital, kaviti telinga dan kaviti

kranium.

Leher pula terletak di antara kepala dan toraks. Leher terdiri daripada bahagian

atas esofagus, larinks, saraf-saraf kranial dan pembuluh darah. Selain daripada

itu, kelenjar tiroid, paratiroid dan nodus-nodus limfa.

(b) Badan

Badan terbahagi kepada bahagian toraks, bahagian abdomen dan pelvis. Toraks

terletak di antara leher dan abdomen. Toraks ialah bahagian atas trunkus.

Terdapat beberapa bahagian utama di toraks seperti jantung, paru-paru, vena

darah, trakea dan esofagus. Rangka dinding toraks terbentuk oleh kolum vertebra

di belakang, tulang-tulang rusuk di lateral dan tulang sternum di hadapan.

Abdomen merupakan bahagian inferior trunkus badan yang dipisahkan daripada

toraks oleh otot diafragma. Organ yang terletak di dalam abdomen terdiri daripada

trek gastrousus, hepar, pankreas, pundi hempedu, limpa dan ginjal.

Pelvis adalah bahagian paling bawah trunkus badan. Pelvis terletak di antara dua

tulang pinggul. Organ yang terletak di dalam kaviti pelvis terdiri daripada pundi

kencing, organ pembiakan internal dan juga bahagian bawah trek gastrousus.

(c) Anggota

Anggota tubuh badan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu anggota bahagian

atas dan anggota bahagian bawah.

2

Page 3: Nota Anatomi Dan Fisiologi

Untuk memahami badan manusia, kita mesti mengkaji organisasinya pada

pelbagai tahap yang berbeza dari submikroskopik hingga makroskopik. Pertalian antara

pelbagai tahap organisasi seperti dalam Rajah 1.2.

(a) Tahap Kimia

Unit bahan terkecil yang stabil ialah atom.

Gabungan atom menjadi molekul dengan bentuk yang kompleks.

Setiap bentuk khusus molekul menentukan fungsinya.

(b) Tahap Selular

Pelbagai molekul berinteraksi menjadi struktur yang lebih besar dan mempun-

yai fungsi khusus di dalam sel.

Sel merupakan unit hidup terkecil di badan.

Sel-sel ini menjadi organisasi tahap selular.

Rajah 1.1: Pandangan hadapan dan belakang tubuh manusia untuk menunjukkan bahagian-bahagiannya.

3

Page 4: Nota Anatomi Dan Fisiologi

(c) Tahap Tisu

Tisu terdiri daripada sel-sel yang serupa yang bekerja bersama-sama

melakukan fungsi tertentu.

Contoh, sel-sel otot jantung membentuk tisu otot kardiak.

(d) Tahap Organ

Organ terdiri daripada dua atau lebih tisu yang sama-sama bekerja melakukan

fungsi tertentu.

Contoh, jantung adalah organ dengan dindingnya terdiri daripada lapisan otot

kardiak dan lain-lain tisu.

(e) Tahap Sistem Organ

Organ-organ berinteraksi dalam sistem organ.

Setiap kali menguncup, jantung mengepam darah ke saluran darah. Secara

bersama, jantung, darah dan saluran darah membentuk sistem kardiovaskular

Chemical levelAtoms combine to form molecules

1

2

3

4

Cellular levelCells are made up of molecules

Tissue levelTissues consist of similar types of cells

5 Organ system levelOrgan systems consist of different organs that work together closely

Organ levelOrgans are made up of different types of tissues

6 Organismal levelThe human organism is made up of many organ systems

Atoms

Molecules

Smooth muscle cell

Smooth muscle tissue

Connective tissue

Smooth muscle tissue

Epithelial tissue

Blood vessel (organ)

Heart

Blood vessels

Cardiovascular system

Levels of Structural Organization

Figure 1.1Rajah 1.2 : Struktur organisasi tubuh badan

4

Page 5: Nota Anatomi Dan Fisiologi

iaitu organisasi tahap sistem organ.

(f) Tahap organisasi

Semua sistem organ badan yang merupakan organisasi tahap tertinggi

manusia bekerjasama mengekalkan kehidupan dan kesihatan.

Organisasi pada setiap tahap menentukan ciri-ciri struktur dan fungsi pada tahap

yang lebih tinggi. Susunan atom dan molekul pada tahap kimia menghasilkan filamen

protein. Sebagai contoh, filamen protein pada tahap selular menjadi sel-sel otot kardiak.

Pada tahap tisu pula, sel-sel ini berkait menjadi tisu otot kardiak. Struktur tisu memastikan

penguncupan yang selaras dan menghasilkan denyutan. Anatomi dalaman organ jantung

membolehkan jantung bertindak seperti pam. Jantung yang menakung darah bersambung

dengan salur darah mengepam darah melalui atrium dan ventrikel dalam sistem

kardiovaskular.

Sesuatu yang menjejaskan sistem akan memberi kesan kepada komponen-

komponen sistem tersebut. Sebagai contoh, jika berlaku kemalangan dan kehilangan

darah yang banyak maka jantung tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Akibatnya

bukan sahaja sistem kardiovaskular terganggu malah sel-sel, tisu-tisu dan organ-organ

lain di seluruh akan badan turut terganggu kerana mengalami kekurangan oksigen yang

dibekalkan oleh darah.

1.2 Homeostasis

Homeostasis adalah satu tindakan yang dilakukan oleh organisma untuk

mengekalkan kestabilan persekitaran dalaman melalui pengawalan suhu badan,

peredaran oksigen dan kandungan mineral (potasium, sodium dan klorida) di dalam sel

badan. Homeostasis dicapai melalui satu mekanisme yang dikenali sebagai pengawalan

tindak balas negatif. Apabila keadaan tidak stabil dalam badan dikesan, maklumat ini

akan dihantar kepada regulator fisiologikal. Seterusnya, regulator fisiologikal akan

menyebabkan perubahan kepada fungsi badan bagi menentang atau mengatasi keadaan

tidak stabil tersebut.

Gangguan homeostasis berlaku apabila permintaan terhadap sistem tubuh badan

melebihi keupayaan sel tubuh badan untuk bertindak balas bagi mengekalkan keadaan

asal. Namun, sistem tubuh badan akan bertindak untuk mewujudkan keadaan yang stabil

(homeostasis). Rajah 1.3 menunjukkan proses gangguan homeostasis apabila kita

5

Page 6: Nota Anatomi Dan Fisiologi

bersenam, otot akan bekerja keras dan menyebabkan bahagian otot tertentu mengalami

kekurangan oksigen. Kesannya, ketegangan akan wujud dan mengakibatkan tindak balas

negatif berlaku, misalnya kadar denyutan nadi dan kadar pernafasan akan meningkat.

Perubahan ini akan menyebabkan oksigen dihantar ke bahagian otot yang memerlukan

oksigen dan seterusnya menghapuskan ketegangan yang wujud.

Rajah 1.3 : Mekanisma Kawalan Homeostasis dan Proses Gangguan Homeostasis

6

Page 7: Nota Anatomi Dan Fisiologi

Tajuk 2 PERINGKAT KIMIA, SELULAR DAN TISU ORGANISMA

Sinopsis

Tajuk 2 dalam modul ini merangkumi bahan kimia dan jenis tisu badan manusia.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca Tajuk 2 modul ini, diharap anda dapat:

1. Mengenalpasti bahan-bahan kimia utama

2. Menerangkan konsep keseimbangan

3. Struktur membran dan fungsi

4. Menjelaskan mekanisma pengeluaran penyimpanan dan penggunaan tenaga

5. Membincangkan jenis dan fungsi tisu utama

Kerangka konsep tajuk 2 modul ini

Peringkat Kimia, Selular dan Tisu Organisma

Bahan Kimia Jenis Tisu

7

Page 8: Nota Anatomi Dan Fisiologi

2.1 Bahan: Atom dan Molekul

2.1.1 Struktur Atom

o Atom merupakan unit bahan yang terkecil dan terdiri daripada proton, neutron

dan elektron.

o Unsur mengandungi atom-atom dengan jumlah proton yang sama banyak.

o Di dalam atom terdapat awan elektron yang mengelilingi nukleus.

2.1.2 Ikatan dan Sebatian kimia

o Ikatan ion terhasil daripada tarikan antara ion iaitu atom yang mendapat atau

kehilangan elektron.

o Kation adalah bercaj positif.

o Anion adalah bercaj negatif.

o Atom boleh bergabung menjadi molekul.

o Kombinasi atom daripada pelbagai unsur membentuk sebatian

o Setengah atom berkongsi elektron untuk membentuk molekul yang

bercantum berdasarkan ikatan kovalen.

o Ikatan hidrogen ialah daya tarikan antara atom hidrogen yang bercaj positif

dengan atom pada molekul lain yang bercaj negatif.

o Ikatan hidrogen boleh memberi kesan kepada bentuk dan kandungan

molekul.

2.1.3 Notasi Kimia

o Notasi kimia membolehkan kita menerangkan tindakbalas antara bahan yang

menjana satu atau lebih hasilan.

Rajah 2.1 : Atom dan Molekul

8

Page 9: Nota Anatomi Dan Fisiologi

2.1.4 Reaksi Kimia

o Metabolisma merujuk kepada semua tindakbalas kimia di dalam badan.

o Sel-sel memerangkap, menyimpan dan mengguna tenaga untuk

mengekalkan homeostasis dan menyokong fungsi yang diperlukan.

2.1.5 Konsep Asas Tenaga

o Kerja melibatkan pergerakan objek atau perubahan struktur fizikal,

o Tenaga ialah keupayaaan melakukan kerja.

o Dua jenis tenaga utama ialah tenaga kinetik dan tenaga keupayaan.

o Tenaga kinetik ialah tenaga pergerakan.

o Tenaga keupayaan ialah tenaga yang disimpan hasil daripada kedudukan

atau struktur objek.

o Pertukaran daripada tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik tidak seratus

peratus efisyen.

o Setiap pertukaran tenaga akan menghasilkan haba.

2.1.6 Jenis Tindakbalas

o Tindakbalas kimia boleh dikelasifikasikan sebagai dekomposisi, sintesis atau

pertukaran tindakbalas.

o Sel mendapat tenaga untuk melakukan fungsi melalui katabolisma iaitu

pemecahan molekul kompleks.

o Anabolisma merupakan sintesis molekul organik baru.

2.1.7 Tindakbalas Kebalikan

o Tindakbalas kebalikan terdiri daripada tindakbalas serentak sintesis dan

dekomposisi.

o Pada tahap equilibrium, kadar tindakbalas sintesis dan dekomposisi adalah

seimbang.

2.1.8 Enzim dan Tindakbalas Kimia

o Tenaga aktivasi ialah jumlah tenaga yang diperlukan untuk memulakan satu

tindakbalas.

o Enzim mengawal kebanyakan tindakbalas kimia badan tanpa mengalami pe-

rubahan kekal.

9

Page 10: Nota Anatomi Dan Fisiologi

2.1.9 Sebatian Inorganik

o Metabolik nutrient dikelasifikasikan sebagai sebatian organik atau inorganik.

2.1.10 Karbon Dioksida dan Oksigen

o Sel badan yang hidup mengambil oksigen dan menghasilkan karbon diok-

sida.

2.1.11 Air dan kandungannya

o Air merupakan komponen inorganik terpenting badan.

o Air merupakan solvent yang amat baik, kapasiti haba yang tinggi dan terlibat

di dalam tindakbalas metabolik badan.

o Banyak sebatian inorganik mengalami ionisasi atau larut di dalam air untuk

membentuk ion.

2.1.12 Asid dan Alkali Inorganik

o Asid melepaskan ion hidrogen ke dalam cecair.

o Alkali mengeluarkan ion hidrogen daripada cecair.

o pH cecair menunjukkan konsentrasi ion hidrogen yang ada.

o Cecair dikelasifikasikan sebagai neutral jika ph ialah 7.

o Cecair dikelasifikasikan sebagai berasid jika ph kurang daripada 7.

o Cecair dikelasifikasikan sebagai alkali jika ph lebih daripada 7.

o Buffer mengekalkan pH pada had normal iaitu antara 7.35 hingga 7.45 di

dalam cecair.

2.1.13 Garam

o Garam adalah sebatian ionik di mana cationnya bukan H+ dan anion OH-.

o Garam adalah elektrolit, sebatian yang larut di dalam air dan konduksi arus

elektrik.

2.1.14 Sebatian Organik

o Sebatian organik mengandungi karbon dan hidrogen serta selalunya

mengandungi oksigen.

o Molekul organik yang besar dan kompleks termasuklah karbohidrat, lipid,

protein dan asid nukleik.

2.1.15 Karbohidrat

10

Page 11: Nota Anatomi Dan Fisiologi

o Karbohidrat merupakan sumber tenaga yang paling penting dalam proses

metabolik.

o Tiga jenis utama karbohidrat ialah monosakarida, disakarida dan

polisakarida.

2.1.16 Lipids

o Lipid merupakan molekul yang tidak larut air seperti lemak, minyak dan lilin.

o Empat kelas utama lipid ialah asid lemak, lemak, steroid dan fosfolipid.

o Trigliserid merupakan tiga molekul asid lemak bercantum dengan molekul

gliserol.

o Cholesterol adalah hormon steroid dan merupakan komponen membran sel.

o Fosfolipid merupakan komponen membran sel yang paling banyak.

2.1.17 Protein

o Protein melakukan pelbagai fungsi badan

o Jenis protein yang penting ialah protein structural, protein penguncupan, pro-

tein pengangkutan, enzim, hormon dan antibody.

o Protein adalah rantaian asid amino yang diikat dengan ikatan peptide.

o Bentuk protein menentukan fungsinya.

o Setiap protein bekerja dengan baik pada kombinasi optimal suhu dan pH.

2.1.18 Asid Nukleik

o Asid nukleik menyimpan dan memproses maklumat pada tahap molekular.

o Dua jenis asid nukleik iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) dan asis ribonukleik

(RNA)

o Asis nukleik adalah rantaian nukleotida.

o Setiap nukleotida mengandungi gula, kumpulan fosfat dan bes nitrogenous.

2.1.19 Sebatian Tenaga Tinggi

o Sel menyimpan tenaga di dalam bentuk sebatian tenaga tinggi.

o Sebatian tenaga tinggi yang paling penting ialah ATP (adenosine trifosfat).

o Apabila terdapat tenaga, sel membuat ATP dengan menambah fosfat kepada

kumpulan ADP.

o Apabila tenaga diperlukan, ATP dipecahkan kepada ADP dan fosfat

2.2 Tisu-tisu Tubuh

11

Page 12: Nota Anatomi Dan Fisiologi

Apakah yang dimaksudkan dengan tisu tubuh? Pernahkah anda dengar? Tisu

adalah sekumpulan sel yang telah bersatu untuk menjalankan tugas-tugas tertentu.

Terdapat empat jenis tisu utama tubuh manusia (Rajah 2.2).

Rajah 2.2: Empat Jenis Tisu Utama pada tubuh manusia

2.2.1 Tisu Epitelium

Terdapat tiga jenis tisu epitelium:

o Epitelium Turus

Epitelium turus terdiri daripada satu lapisan sel sahaja dan berbentuk bulat.

Tisu ini membentuk kilang-kilang bendalir seperti kilang tiroid, kilang air liur

dan kilang mamari (susu). Tisu ini juga terdapat di bahagian lapisan dalam

perut, usus dan sesetengah lapisan saluran pernafasan.

Fungsi tisu ini ialah untuk menghasilkan bendalir seperti lendir, bendalir perut,

bendalir usus dan lain-lain. Selain itu, tisu ini juga berfungsi untuk menyerap

zat-zat makanan di dalam saluran penghadaman.

o Epitelium Turus Bersilia

Epiteliun turus bersilis menyerupai epitelium turus, hanya dibezakan dengan

bulu-bulu halus di hujung permukaan sel-sel yang dikenali sebagai silia.

Epitelium turus bersilia boleh didapati di bahagian-bahagian seperti saluran

pernafasan (berfungsi sebagai lapisan) dan rongga hidung.

Silia akan sentiasa bergerak seperti pokok lalang yang ditiup angin.

Pergerakkan ini akan menahan debu, kuman dan sebarang bendasing

daripada memasuki salur darah. Silia juga akan menyapu debu yang telah

masuk keluar ke arah farinks.

Tisu ini juga boleh didapati di lapisan dalam saluran fallopian dan di salur

lengkar sperma. Fungsi tisu ini di saluran fallopian adalah untuk membantu

12

Page 13: Nota Anatomi Dan Fisiologi

pergerakan ovum dari ovari ke rahim, manakala di salur lengkar sperma pula

membantu pergerakan sperma dari tempat penghasilannya iaitu buah zakar

ke arah zakar.

o Epitelium Leper

Terdapat dua jenis epitelium leper:

- Epitelium Leper Biasa

Terdiri daripada satu lapisan sahaja dan dibentuk dari sel-sel leper dan

nipis seperti sisik ikan. Tisu ini membentuk struktur lapisan salur darah,

salur limfatika, selaput paru-paru, selaput selom dan selaput jantung.

Selain itu, gelembung tenggorok di dalam paru-paru juga dibentuk

daripada tisu ini.

- Epitelium Leper Berlapisan

Tisu ini berlapisan antara satu sama lain. Lapisan atasnya berbentuk

leper manakala lapisan bawahnya pula berbentuk bulat. Terdapat

sebanyak 12 lapisan atau lebih. Fungsi tisu ini adalah sebagai

perlindungan yang terdapat pada lapisan kulit luar (epidermis), selaput

lapisan di mulut, farinks, kerongkong, faraj dan sesetengah bahagian

salur kencing.

Fungsi utama tisu epitelium:

o Perlindungan – membentuk kulit luar, lapisan dalam mulut, farinks, faraj,

pundi kencing, selaput paru-paru dan selaput selom.

o Penghasilan bendalir – lapisan dalam perut dan usus.

o Penyerapan – lapisan dalam usus.

o Pergerakan – lapisan salur udara.

2.2.2 Tisu Otot

Terdapat tiga jenis tisu otot:

13

Page 14: Nota Anatomi Dan Fisiologi

ah

o Tisu otot terkawal (Rajah 2.4)

- Terlekat pada semua rangka tulang di mana pergerakannya boleh

dikawal dengan kuasa otak (kemahuan).

- Ia terbina daripada sel-sel otot (fiber otot) yang berbentuk silinder.

- Terkawal melalui sistem saraf dan penguncupan berubah

o Tisu otot luar kawal (Rajah 2.5)

- Dikenali juga sebagai otot tanpa jalur atau otot licin.

Rajah 2.4 : Tisu Otot Terkawal

Rajah 2.3 : Jenis Tisu Otot

14

Page 15: Nota Anatomi Dan Fisiologi

- Luar kawalan - sistem saraf, ada perentak dan penguncupan otot

perlahan

- Terdapat di dalam organ seperti perut, usus, salur darah, pundi kencing,

rahim dan lain-lain.

- Gerakannya tidak dapat dikawal oleh kemahuan (gerakan pantulan).

- Berbentuk bujur telur dan tidak panjang seperti tisu otot terkawal.

- Dalam setiap sel terdapat satu nukleus yang terletak di tengah-tengah

sel.

o Tisu Otot Jantung/Kardiak (Rajah 2.6)

- Terdiri daripada jenis otot luar kawal.

- Terdapat hanya di jantung sahaja.

- Mempunyai fiber yang bercabang dan sarkoplasmanya menunjukkan

jalur-jalur yang tidak begitu nyata.

- Mempunyai kuasa penguncupan berirama, berlaku secara automatik,

tanpa pengaliran utusan sarafnya.

Rajah 2.5: Tisu otot luar kawal

Rajah 2.6: Tisu otot jantung

15

Page 16: Nota Anatomi Dan Fisiologi

Ciri-ciri tisu otot

o Penguncupan – berlaku apabila tisu otot menjadi tebal dan pendek.

o Berelastik – tisu otot berupaya diregangkan dan kembali ke saiz asalnya.

o Lesu – tisu otot menjadi lesu setelah melakukan penguncupan beberapa kali,

dan perlu berehat seketika sehingga bekalan oksigen dan glukos yang baru

dibawa oleh aliran darah kepadanya. Kemudian tisu otot boleh menguncup

semula.

o Kesegaran otot – tisu otot akan sentiasa berada dalam keadaan separuh

kuncup dalam keadaan rehat. Ini membolehkannya menguncup dengan

segera tanpa membuang masa.

2.2.3 Tisu Saraf

Tisu saraf terbentuk oleh neuron. Neuron terdiri daripada badan sel dan fiber

(gentian) terbahagi kepada dua iaitu dendrit dan akson. Pada otak dan saraf

tunjang, sel saraf berbentuk jirim kelabu, manakala fiber saraf pula berbentuk

jirim putih. Sel saraf tidak boleh membiak dan diperbaiki seperti sel tubuh

yang lain. Walau bagaimanapun, jika rosak atau separuh musnah, sel

tersebut masih boleh dipulihkan. Sel neuroglia adalah jenis tisu saraf yang

berfungsi sebagai tisu pengikat kepada sistem saraf dan melindungi sel-sel

neuron daripada serangan bakteria.

Fungsi utama neuron

o Gerak balas terhadap rangsangan (penggalak); dan

o Pengaliran rangsang saraf melalui fiber-fiber neuron kepada struktur-struktur

lain.

16

Page 17: Nota Anatomi Dan Fisiologi

2.2.4 Tisu pengikat

Tisu pengikat atau tisu pengantara merupakan tisu yang paling banyak

berbanding tisu-tisu lain pada badan. Tugas tisu ini adalah sebagai

penyangga dan mengikat struktur-struktur dalam tubuh. Tisu pengikat terdiri

daripada pelbagai tisu, antaranya:

o Tisu berfiber (Rajah 2.8)

- Fiber elastik boleh diregangkan dan boleh didapati pada dinding salur

darah terutamanya pada salur nadi, cabang tenggorok dan gelembung

tenggorok.

- Fiber tak elastik yang terdapat pada tendon, ligamen, dura mater yang

melitupi otak, fascia otot dan penutup berfiber yang meliputi pelbagai

organ.

o Tisu areolar

- Terdiri daripada fiber elastik dan fiber tak elastik. Terdapat banyak ruang

halus pada tisu ini. Tisu ini terdapat pada seluruh tubuh badan

Rajah 2.7 : Tisu saraf

Rajah 2.8: Tisu berfiber

17

Page 18: Nota Anatomi Dan Fisiologi

terutamanya di bawah kulit tubuh, di sekeliling salur darah dan urat saraf

dan juga pada semua selaput lendir (mukosa).

o Tisu adipos (Rajah 2.9)

- Hampir serupa dengan tisu areolar cuma tisu ini dipenuhi oleh sel-sel

lemak. Tisu adipos ini terletak di bawah kulit tubuh, mengelilingi jantung

dan buah pinggang. Fungsi tisu ini adalah sebagai penyangga,

perlindungan, penebatan dan juga sebagai stor penyimpanan bahan

makanan kepada tubuh.

o Tisu limfatik

- Terdiri daripada tisu fiber dan tisu areolar. Di dalam tisu ini terdapat

berjuta-juta sel limfatik. Fungsi utamanya adalah untuk menghasilkan sel

limfatik, sel plasma darah dan monosit (sejenis sel darah putih). Tisu ini

juga memainkan peranan penting dalam serangan bakteria dalam tubuh.

Organ tubuh seperti kura, tonsil, kilang limfatik dan tompok Peyer pada

usus kecil dibentuk oleh tisu limfatik.

o Tisu rawan

Tisu ini sangat liat dan kuat. Hampir kesemua tulang berasal dari rawan dan

kemudian diganti oleh tisu tulang. Terdapat tiga jenis tisu rawan iaitu:

- Rawan-fiber yang membentuk piring rawan yang terletak antara satu

tulang ruas belakang dengan yang lain. Selain itu, ia juga membentuk

rawan separuh bulat di sendi lutut dan sendi tulang simfisisis pubis.

- Rawan elastik membentuk rawan pinna (cuping telinga) dan di tudung

tenggorok.

- Rawan hialin yang licin dan berkilat seperti kaca meliputi hujung tulang

sendi. Selain itu, ia juga membentuk dinding rawan salur nafas dan rawan

rusuk.

Rajah 2.9: Tisu adipos

18

Page 19: Nota Anatomi Dan Fisiologi

o Tisu tulang

- Merupakan tisu perantara yang paling kuat dalam tubuh manusia. Tisu

tulang terbina daripada bahan organik dan bahan bukan organik.

o Tisu darah

- Terdiri daripada sel darah dan plasma yang mengandungi bahan terlarut.

Sel darah menyumbang 45% daripada isi padu darah, manakala plasma

pula menyumbangkan 55%.

TAJUK 3 SISTEM RANGKA

Sinopsis

Tajuk 3 modul ini merangkumi konsep asas, struktur dan fungsi sistem rangka manusia.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca Tajuk 3 modul ini, diharap anda dapat:

1. Mengenalpasti nama tulang

2. Menerangkan struktur tulang

3. Menjelaskan mekanisma perkembangan dan pertumbuhan tulang

4. Membincangkan jenis dan fungsi tulang

5. Menerangkan jenis dan fungsi artikulasi

Kerangka konsep Tajuk 3 modul ini

19

Page 20: Nota Anatomi Dan Fisiologi

3.0 Sistem Rangka Manusia

Sistem rangka manusia terbina daripada 206 tulang dan terbahagi kepada 2

bahagian utama iaitu:-

o Rangka Axial (Axial Skeleton)

o Rangka Apendikular (Appendicular skeleton)

Sistem rangka manusia adalah terdiri dari 2 jenis tisu perantara yang khusus iaitu:-

o Tisu tulang.

o Tisu rawan.

Sistem rangka menduduki sebanyak 20% daripada komposisi sisi badan manusia.

Dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut bentuk masing-masing.

Membenarkan manusia bergerak dan menyokong serta melindungai organ-organ

tubuh manusia.

3.1 Rangka Axial

o Rangka axial terdiri daripada empat bahagian yang utama, iaitu

3.1.1. Tengkorak (Skull)

o Terletak di bahagian atas kolumn vertebra.

o Terdiri dari 28 tulang, iaitu 8 tulang kranium, 13 tulang facial (muka), 6 tulang

telinga dan tulang Hyoid.

o 8 tulang kranium bersambung antara satu sama lain oleh sendi yang tidak

bergerak yang digelar sebagai suture. 8 tulang kranium ialah:-

- 1 tulang frontal

- 2 tulang parietal

- 2 tulang temporal

- 1 tulang oksiput

- 1 tulang sfenoid

- 1 tulang etmoid

Sistem Rangka Manusia

Rangka Axial Rangka Apendikular

Struktur Tulang

Pertumbuhan dan

Perkembangan Tulang

Fungsi Tulang Artikulasi

20

Page 21: Nota Anatomi Dan Fisiologi

Rajah 3.1 : Tulang Kranium

o Facial bones (tulang muka) terdiri daripada 13 tulang yang tidak tentu bentuk:

- Maxilla : 1 (originated as 2)

- Zygomatic : 2

- Nasal : 2

- Palatine : 2

- Inferior nasal concha : 2

- Lacrimal : 2

- Mandible : 1

- Vomer : 1

Rajah 3.2 : Tulang Facial

21

Page 22: Nota Anatomi Dan Fisiologi

o Tulang telinga terletak di tengah kaviti auditori di tulang temporal.

o Tulang telinga terdiri daripada 6 tulang kecil

- 2 malleus

- 2 incus

- 2 stapes

o Tulang Hyoid berbentuk ’U’ yang terletak di atas larynx dan di bawah mandible

(di septum yang memisahkan kedua-dua kaviti nasal) dan bukan tulang

sebenar dalam tengkorak.

o Tulang yang tergantung bersendirian iaitu tidak berartikulasi dengan mana-

mana tulang yang lain.

o Berfungsi membentuk dasar untuk lidah dan tempat lekatan untuk sesetengah

otot menelan.

3.1.2 Tulang Vertebra (Vertebral Column)

o Tulang vertebra terdiri daripada 33 tulang yang terbahagi kepada:

24 tulang yang boleh bergerak iaitu terdiri dari:

- 7 tulang cervical

- 12 tulang thoracic

- 5 tulang lumbar

9 tulang yang tidak boleh bergerak iaitu:

- 5 tulang sacrum.

- 4 tulang coccyx.

22

Page 23: Nota Anatomi Dan Fisiologi

Rajah 3.3 : Tulang Veterbra

3.1.3 Tulang Rusuk

Rajah 3.4 : Rangka Toraksik

23

Page 24: Nota Anatomi Dan Fisiologi

o Rangka Toraksik (Thoracic cage) dibentuk daripada:

- Thoracic vertebra dorsally

- Sternum dan costal cartilages anteriorly.

- Ribs laterally

o Tulang rusuk berbentuk ‘C’ membina dinding lateral rangka toraksik dan

berartikulasi dengan vertebra toraksik di belakang.

o Tulang rusuk dibahagi kepada 2 bahagian iaitu:

Tulang rusuk benar (True ribs)

- Terdiri daripada tulang rusuk yang pertama hingga ke-7 yang terlekat

pada tulang sternum melalui rangka toraksik.

Tulang rusuk tidak benar (False ribs)

- Tulang rusuk ke-8 hingga ke-10 bercantum dengan sternum melalui

hyline cartilage secara tidak langsung.

- Pasangan tulang rusuk ke-11 dan ke-12 dikenali sebagai tulang rusuk

terapung (floating ribs) kerana tidak terlekat kepada sternum.

3.1.4 Sternum

o Dikenali sebagai ‘breastbone’ (tulang dada) yang terdiri dari tulang jenis leper

yang terletak di tengah anterior dinding dada.

o Tulang sternum berbentuk seolah-olah seperti pisau pendek yang terdiri

daripada 3 bahagian iaitu: Manubrium, Body, Xiphoid.

24

Page 25: Nota Anatomi Dan Fisiologi

Rajah 3.5 : Sternum

3.2 Rangka Apendikular

Rangka apendikular terdiri daripada tulang-tulang:

3.2.1 Lengkungan bahu (shoulder girdle) dan anggota atas (upper limbs)

o Lengkungan bahu terdiri daripada tulang:

- clavicle

- scapula

o Anggota atas terdiri daripada tulang:

- humerus

- radius

- ulna

- carpals

- metacarpals

- phalanges

Rajah 3.6 : Lengkungan Bahu

Rajah 3.7 : Anggota Atas

25

Page 26: Nota Anatomi Dan Fisiologi

3.2.2 Lengkungan pelvik (pelvic girdle) dan anggota bawah (lower limbs)

o Lengkungan pelvik terdiri daripada tulang

- 2 innominate bone : setiap satu terdiri daripada 3 tulang yang

bercantum bersama iaitu: Ilium, Ischium, Pubis, 1 sacrum,1 coccyx.

o Anggota bawah terdiri daripada tulang:

- Femur

- tibia

- fibula

- patella

- tarsals

- metatarsals

- phalanges

- humerus

- radius

Rajah 3.8 : Lengkungan Pelvis

26

Page 27: Nota Anatomi Dan Fisiologi

3.3 Struktur Tulang

Tulang adalah salah satu tisu perantara yang sangat keras.

- Matriksnya terdiri dari pepejal dan padat dengan bahan inorganik.

- Tulang mengandungi bahan berikut ;-

o Air : 25 %

o Bahan Organik : 25 %

o Garam Inorganik : 50%

calcium phosphate, sodium, magnesium dan garam inorganik penting untuk tulang.

Tulang struktur yang hidup, bervaskular dan sentiasa berubah yang terdiri daripada 2

jenis tisu iaitu :-

- Tulang padat (compact bone)

o Tulang yang keras dan padat yang mempunyai Sistem Harversion.

o Membentuk lapisan superficial semua tulang.

o membentuk batang (shaft) / diaphysis tulang.

- Tulang kanselus (cancellous bone / spongybone.)

o Kelihatan seperti sponge.

o Mengandungi red bone marrow.

o Membentuk epiphysis (hujung tulang) tulang panjang.

3.3.1 Jenis-jenis tulang

Klasifikasinya mengikut fungsi mekanikal tubuh badan:

Rajah 3.9 : Anggota Bawah

27

Page 28: Nota Anatomi Dan Fisiologi

Tulang panjang – mengangkat / pergerakan badan.

o Berbentuk longitudinal dan saiznya berbeza tetapi mempunyai ciri-ciri:

- Terdiri dari satu diaphysis (batang tulang) dan dua epiphysis (hujung

tulang).

- Di Diaphysis (tulang padat) terdapat satu salur dinamakan medullari

kanal yang mengandungi som-som kuning tulang (bahan lemak).

- Epiphysis pula adalah terdiri dari satu lapisan nipis tulang padat di luar

dan didalamnya pula terdiri dari tulang cancellous yang mengandungi

som-som merah tulang (red bone marrow) – menghasilkan sel darah

merah, sel darah putih dan platelet.

- Diaphysis dan epiphysis dipisahkan oleh satu rawan yang dinamakan

rawan epiphyseal.

o Contoh: Tulang Humerus, Radius, Ulna – lengan; Tulang Femur, Tibia,

Fibula – kaki; Metacarpals dan phlanges – jari tangan; Metatarsals dan

phalanges – jari kaki.

Tulang pendek – sebagai penyambung antara tulang.

o Terdiri daripada tulang cancellous dan ditutupi oleh tulang padat.

Berbentuk leper dan tebal. Tidak mempunyai diaphysis tetapi

mengandungi sum-sum tulang.

o Contoh : Tulang Tarsals – pergelangan kaki; Tulang Carpals –

pergelangan tangan

Tulang leper – melindungi organ.

o Berbentuk nipis, leper dan kadang-kadang melengkung.

o Terdiri daripada 2 lapisan tulang padat dan antara kedua-duanya terdapat

satu lapisan tulang cancellous. Mengandungi sum-sum tulang.

o Contah: Sternum, scapula, ribs, cranium dan ilium.

Tulang tidak tentu bentuk – menyokong dan melindungi organ.

o Terdiri dari satu lapisan tulang padat di luar dan tulang cancellous di

dalam. Bentuknya irregular / berbeza-beza.

o Contoh : Tulang facial (muka); Tulang Vertebral

Tulang sesamoid – melindungi tendon.

o Tulang istimewa yang pendek, leper dan bujur.Terdapat di sendi-sendi

khas tertanam di antara tendon.

o Contoh : Tulang Patella (Tempurung lutut); Tulang symphisis Pubis

3.3.2 Struktur Makroskopik Tulang

28

Page 29: Nota Anatomi Dan Fisiologi

Struktur makroskopik tulang terdiri daripada :-

o Diaphysis

o Epiphysis

o Metaphysis

o Hyaline / rawan artikular

o Periosteum

o Endosteum

Diaphysis

o Batang (shaft) tulang panjang dan berbentuk selinder yang terdiri

daripada lapisan tulang padat (luar) dan tulang cancellous (dalam)

o Di pertengahan dalam terdapat medullary canal yang mengandungi

yellow bone marrow iaitu terdiri daripada bahan lemak.

o Di diaphysis tulang juga terdapat satu liang salur darah (nutrient

foramen) iaitu ia membenarkan bekalan darah masuk ke bahagian

dalam tulang.

Rajah 3.10 : Struktur Tulang Panjang

Epiphysis

o Berasal dari perkataan Greek ’to grow upon’.

o Terdapat di kedua-dua hujung tulang panjang.

29

Page 30: Nota Anatomi Dan Fisiologi

o Bahagian ini bertemu dan berartikulasi dengan tulang yang lain.

o Terdiri daripada tulang cancellous yang diselaputi tulang padat yang nipis.

o Di dalam tulang cancellous terdapat sum-sum tulang merah yang

menghasilkan sel darah merah, sel darah putih dan platelet.

Metaphysis

o Terletak di antara epiphysis dan diaphysis.

Hyaline / rawan artikular

o Melapisi permukaan epiphysis di hujung tulang.

o Bertindak sebagai kusyen iaitu mengurangkan geseran antara kedua-dua

hujung tulang apabila sendi bergerak (memelihara tulang daripada terhentak).

Medullary canal

o Ruang di tengah-tengah tulang.

o Mengandungi sum-sum tulang yang membina sel darah merah, sel darah

putih, platelet dan sum-sum kuning.

Periosteum

o Satu selaput berfiber kuat yang meliputi semua permukaan tulang kecuali di

hujung tulang yang ditutupi dengan rawan hyalin di permukaan berartikulasi.

o Kaya dengan salur darah yang membekalkan nutrient kepada tulang.

o Tempat perlekatan tendon pada otot.

o Berfungsi sebagai tempat perlekatan ligamen dan tendon; Memberi

perlindungan kepada tulang; Membekalkan nutrient melalui salur darah yang

terdapat didalamnya; Di bahagian dalam periosteum terdapat banyak sel-sel

pembina tulang di gelar osteoblas yang membantu dalam pembentukan dan

pembina tisu tulang yang rosak.

Endosteum

o Membran yang melapisi bahagian medullary canal.

3.3.3 Struktur Mikroskopik Tulang

Terdiri daripada 2 jenis tisu tulang iaitu:

o Tulang padat

o Tulang cancellous

30

Page 31: Nota Anatomi Dan Fisiologi

Rajah 3.11 : Struktur mikroskopik tulang padat

Tulang Padat

o Dibina daripada unit-unit yang dikenali sebagai Sistem Haversian. Sistem

Haversian atau Osteon terdiri dari sekumpulan matriks tulang berbentuk

tiub / selinder dan berongga manakala Haversian canals adalah satu

salur halus yang terletak dibahagian tengah Haversian system.

o Sistem Haversian terdiri daripada:-

- Haversian canals

- Terdapat salur darah, lymphs dan saraf.

- Salur darah dan lymphs membekalkan nutrients kepada sel tulang

(osteoblasts) manakala saraf memberi rangsangan

- Lamellae.

- Dikelilingi oleh lingkaran lapisan tulang yang digelar lamellae.

- Ia terdiri daripada fiber kolagen yang kuat.

- Ia berbentuk selinder dan memberi kekuatan kepada tulang untuk

menampung tekanan ke atas tulang panjang.

- Lacunae

- Terdapat di ruang kecil antara lamellae.

- Di dalamnya terdapat sel tulang matang (osteocytes), interstitial fluids

dan lymph.

- Bersambung antara satu sama lain melalui saluran halus yang digelar

sebagai canaliculi.

- Canaliculi.

31

Page 32: Nota Anatomi Dan Fisiologi

- Adalah salur halus di antara setiap lacunae dan Haversian canal.

- Bendalir limfa membawa nutrient dan oksigen masuk ke sel tulang

dan lacunae melalui canal tersebut.

- Bahan kumuhan juga disingkir keluar melalui canal ini.

- Interstitial lamella

- Adalah lapisan tulang yang memenuhi ruang di antara satu unit sistem

Haversian dengan unit yang lain.

- Volkmann’s canal

- Terdapat dalam canal tengah Haversian.

- Menghubungkan satu canal havers dengan canal havers yang lain.

- Menyambungkan salur darah dan salur saraf ke periosteum dan

medullary cavity.

Rajah 3.12 : Struktur mikroskopik tulang cancellous

Tulang cancellous

o Dikenali juga sebagai tulang spongiosa yang berongga dan seperti gabus.

o Ruang–ruang rongga ini diasingkan oleh kepingan tulang yang

dinamakan trabeculae. Di dalamnya dipenuhi dengan sum-sum tulang

merah yang menghasilkan sel darah merah, sel darah putih dan platelet.

o Sel-sel darah dibina dan dibesarkan dalam sum-sum tulang. Apabila

matang, sel darah akan masuk ke dalam edaran saluran darah.

o Trabeculae adalah jaluran tisu tulang nipis yang tersusun seperti serat

(wire mesh). Susunan ini memberi kekuatan yang paling padat kepada

32

Page 33: Nota Anatomi Dan Fisiologi

tulang dan merupakan bahagian tulang yang boleh menahan tekanan

maksimum. Ruang trabeculae ini dipenuhi dengan sum-sum merah.

3.3.4 Struktur Mikroskopik Tulang Cartilage

Tisu cartilage ialah tisu pengikat yang terdiri daripada sel, bahan berfiber dan

collegen untuk memberi sokongan dan membantu dalam pergerakan.

Sel cartilage juga dikenali sebagai kondrosit (tulang cartilage) yang tertanam

dalam kaviti kecil di matriks yang dinamakan Lakuna.

Tisu cartilage tidak mempunyai salur darah, dengan ini, oksigen, nutrien dan

bahan kumuh meresap melalui matriks ke sistem pengaliran darah.

Jenis-jenis cartilage

o Hyaline cartilage yang terdapat di kebanyakan cartilage.

o Fibro cartilage yang terdiri daripada fiber dan collegen yang mempunyai

regangan yang kuat.

o Elastic cartilage yang elastik dan lebih kukuh.

3.4 Pertumbuhan dan Perkembangan Tulang

Pembentukan tulang berlaku melalui satu proses yang dinamakan sebagai

Ossification atau osteogenesis (Osteo - tulang dan genesis – bermula).

Osteogensis bermaksud pembentukan tulang bermula. Pembinaan tulang berasas

kepada rawan atau membran khas.

Semua tulang panjang terbentuk dari cartilage. Sesetengah tulang leper dibentuk

daripada membran khas. Tulang sesamoid pula terbina dari tendon.

Pembetukkan tulang lengkap apabila individu berumur 25 tahun.

3.4.1 Jenis–jenis sel tulang

Sel–sel tulang yang terlibat dalam osteogenesis:-

Osteogenik

o Sel tulang yang kecil dalam bentuk pintalan yang boleh berubah bentuk.

o Terdapat banyak di periosteum dan endosteum.

Osteoblast

o Sel yang menghasilkan collagen, sejenis protein yang membentuk unsur

utama tisu perantara berserat putih seperti pada tendon.

o Terdapat pada periosteum dan terlibat dalam penyerapan tisu tulang

untuk mengekalkan bentuk tulang semasa pertumbuhan.

o Menghasilkan callus semasa penyembuhan tulang yang patah. (callus,

suatu jisim adalah tisu perantara dan sel-sel pembentuk tulang yang

33

Page 34: Nota Anatomi Dan Fisiologi

terbentuk di sekitar hujung-hujung tulang berikutan suatu kepatahan,

lama–lama berkembang dan mencantumkan tulang yang patah).

Osteocytes

o Berasal daripada osteoblast yang terbendung dalam matriks dikenali

sebagai osteocytes yang merupakan sel utama tulang matang.

o Memainkan peranan penting dalam keseimbangan dengan membantu

pergerakan kalsium antara tulang dan darah.

Osteoclast

o Remodelling, terlibat dalam penyerapan tisu tulang untuk mengekalkan

bentuk tulang semasa pertumbuhan dan mengeluarkan atau

menyingkirkan callus berlebihan semasa penyembuhan tulang patah.

Bone lining cell

o Terdapat pada permukaan tulang–tulang pada rangka orang dewasa.

o Sel ini menjadi leper pada permukaan tulang dan berfungsi sebagai sel

osteogenik.

3.4.2 Pembentukan Tulang

Terdapat 2 peringkat dalam ossification:

o Inter membranous ossification adalah pembentukan tisu tulang apabila

embryonic connective tissue ditukar ke tulang. Contoh: cranial dan facial

bone.

o Endochondral ossification adalah tisu tulang terbentuk dari hyaline

cartilage. Contoh: long bone

Proses pembentukan tulang dibahagikan kepada 2 peringkat:

o Primary Ossification

- Proses pembentukan tulang bermula semasa fetus 8 minggu.

- Berlaku di tengah rawan tisu pada peringkat primer ossifikasi.

- Cartilage tissue ini akan merosot dan diserap keluar dan digantikan

dengan osteoblast (pembentukan sel tulang)

- Pembentukan tulang oleh osteoblast bermula di tengah rawan.

- Osteoblast ini akan mula membina tisu tulang dengan garam mineral

terutama kalsium phosphate (fosfat).

- Primary ossification berlaku berterusan kearah atas dan bawah

sehingga diaphysis tulang panjang dibentuk.

34

Page 35: Nota Anatomi Dan Fisiologi

o Secondary ossification

- Bermula selepas bayi dilahirkan.

- Berlaku pada hujung tulang rawan (epiphysis).

- Berlaku dari tengah ke arah atas, bawah dan sisi sehinggalah

keseluruhan epiphysis terbentuk.

- Cartilage membrane pada diaphysis digantikan oleh periosteum.

- Saiznya bertambah apabila osteoblast yang terdapat di bawah

periosteum itu membina tisu tulang yang baru. Hyaline cartilage di

bahagian hujung epiphysis dikekalkan.

- Dalam masa yang sama, osteoclast akan mengubah sesetengah

daripada tulang yang dibina lalu membentuk medullary canal.

- Pada penghujung diaphysis dipisahkan oleh epiphyseal plate.

- Proses pemanjangan tulang berlaku sehingga seseorang meningkat

umur 18 hingga 25 tahun.

- Kemudian tertinggal hanya satu garisan halus yang digelar sebagai

epiphyseal line .

Rajah 3.13 : Proses Pembentukan Tulang

35

Page 36: Nota Anatomi Dan Fisiologi

3.5 Fungsi Tulang

o Menentukan bentuk badan iaitu membentuk rangka tubuh manusia kerana

bentuk bergantung kepada susunan dan saiz rangka.

o Memberi sokongan kepada tisu–tisu lembut dan organ tubuh.

o Memberi perlindungan kepada organ-organ tubuh. Contohnya: Kraniam

melindungi otak, tulang rusuk melindungi paru-paru, vertebra melindungi saraf

tunjang, tulang pelvik melindungi organ pembiakan dan bladder.

o Memberi perlekatan untuk otot dan tendon, dengan ini membenarkan pergerakan

anggota badan dengan bantuan sendi dan otot.

o Tulang adalah tempat untuk pembinaan sel-sel darah (haemopoiesis). Sum–sum

tulang merah menghasilkan sel darah merah, putih dan platelet.

o Tulang adalah ‘depo’/stor (tempat penyimpanan mineral) iaitu tapak untuk

penyimpanan kalsium dan fosfourus yang penting untuk kontraksi otot dan aktiviti

saraf.

o Tulang membentuk kaviti supaya badan tidak terlalu berat untuk bergerak.

3.6 Artikulasi

Sendi adalah tempat berartikulasi / pertemuan antara hujung dua atau lebih tulang.

Fungsi artikulasi adalah untuk mengikatkan tulang ke tulang dan membenarkan

pergerakan.

Klasifikasi artikulasi dibuat mengikut struktur binaan dan pergerakannya:

3.6.1. Sendi Fibrous (Fixed joint) / Sendi tidak bergerak (sinartrosis).

o Sendi jenis ini terdiri daripada tisu berfiber yang tersusun rapat dan kuat

dengan sedikit matriks sahaja di dalamnya dan tidak boleh digerakkan.

o Contohnya: suture di tengkorak, gigi dalam soket maxilla dan mandible.

36

Page 37: Nota Anatomi Dan Fisiologi

3.6.2. Sendi Rawan (Cartilaginous joint) / sendi pergerakan terhad (amfiartrosis).

o Sendi ini terdiri daripada rawan berfiber putih (tidak elastik) antara hujung

tulang yang membenarkan sedikit pergerakan.

o Terdapat kapsul tisu fibrous yang menetapkan kedudukan tulang dan rawan.

o Contoh sendi ini ialah tulang vertebra dan simfisis pubis.

3.6.3. Sendi Sinovial (Synovial joint) / sendi pergerakan bebas(diartrosis).

o Membran sinovial merembeskan cecair sinovial yang berfungsi bagi

melicinkan pergerakan dan membolehkan gerakan dengan bebas.

o Contohnya sendi lutut, sendi bahu, sendi pinggul dan sebagainya.

o Semua sendi sinovial mempunyai ciri-ciri yang hampir sama, iaitu:

- hyalin cartilage / rawan hialin

- capsular ligament / ligament kapsul

- intracapsular structures

- membrane sinovial

- extracapsular structures

Rajah 3.14 : Sendi Fibrous

Rajah 3.15 : Sendi Rawan

37

Page 38: Nota Anatomi Dan Fisiologi

- otot dan pergerakan

- saraf dan salur darah

3.6.3.1 Pergerakan sendi sinovial dibahagi kepada 3 jenis, iaitu:

- Gerakan sudut di mana saiz sudut berubah di sendi. Contohnya :

Fleksi (flexion), Extensi (extension), Abduksi (abduction), Aduksi

(adduction).

Rajah 3.16: Sendi Sinovial

38

Page 39: Nota Anatomi Dan Fisiologi

- Gerakan sirkular merupakan gabungan fleksi, ekstensi, abduksi,

aduksi dan garakan berputar. Contohnya: Putaran (rotation),

Sirkumdaksi (circumduction), Supinasi (supination) dan Pronasi

(pronation).

Rajah 3.17 : Contoh Gerakan Sudut

39

Page 40: Nota Anatomi Dan Fisiologi

- Gerakan khas termasuk Inversi (inversion), Eversi (eversion),

Protraksi (protraction), Retraksi (retraction), Elevasi (elevation),

Dipresi (depression), Dorsifleksi (dorsiflexion) dan Plantarfleksi

(plantarflexion).

3.6.3.2 Jenis-jenis sendi sinovial termasuk:

Sendi bola dan soket (ball and socket joint)

- Terdapat satu kepala yang bulat berartikulasi dengan satu kaviti

yang berbentuk cawan dan bebas dalam pergerakan.

- Membolehkan pergerakan fleksi, ekstensi, abduksi, aduksi,

sirkuduksi pada sendi bahu dan sendi pinggul.

Sendi Engsel (hinge joint)

Rajah 3.18 : Contoh Gerakan Sikular

Rajah 3.19 : Contoh Gerakan khas

40

Page 41: Nota Anatomi Dan Fisiologi

- Membenarkan pergerakan di sekeliling satu aksis dan dalam satu

arah sahaja.

- Pergerakan fleksi (bengkokkan) dan ekstensi (luruskan) pada

sendi siku.

Sendi Gelongsor (gliding joint)

- Sendi yang membenarkan pergerakan gelongsor yang terhad oleh

permukaan artikulasi yang rata. Contohnya sendi sternoklavikular,

sendi akromioklavikular, sendi antara tulang carpal dan antara

tulang tarsal.

Sendi Pangsi/Pivot (pivot joint)

- Membenarkan pergerakan putaran sahaja di atas satu paksi.

Contohnya sendi radius dan ulna di siku, radius memutar tetapi

ulna tidak bergerak (proximal dan distal radioulnar joint) dan sendi

antara atlas dan odontoid process di axis semasa pergerakan

mengangguk kepala.

Sendi Kondiloid (condyloid joint /ellipsoidal joint)

- Membenarkan pergerakan fleksi, ekstensi, abduksi dan

sirkumduksi. Contohnya sendi pergelangan tangan antara radius

dan tulang carpal, metacarpophalangeal joint dan

metatarsophlangeal joint.

Sendi Pelana (saddle joint)

- Membenarkan pergerakan yang melibatkan satu tulang yang

berbentuk cembung (convex) dan satu lagi cekung (concave).

- Contoh: carpal-metacarpal articulation di ibu jari.

_________________________________________________________________________

TUGASAN TERARAH

Merujuk kepada Buku Latihan Essentials of human anatomy and physiology (Marieb, E.N., 2006).

41

Page 42: Nota Anatomi Dan Fisiologi

42