nota 4

5
PETA KONSEP LOMPAT JAUH Pengenalan Prins ip- Prins ip Sejar ah Lompa t Gaya/Teknik Lompat Jauh -Gaya layar -Gaya Gantung -Gaya Kayuh Otot- otot yang Terli Fasa-Fasa Lompat Jauh Acara Layar -Penujuan/Lari landas -Lonjakan (Take Off) -Layangan -Pendaratan

Upload: will-leu

Post on 28-Sep-2015

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Olahraga

TRANSCRIPT

PETA KONSEP LOMPAT JAUH

Pengenalan

Sejarah Lompat JauhOtot-otot yang Terlibat

Prinsip-Prinsip Lompat Jauh

Fasa-Fasa Lompat Jauh Acara Layar-Penujuan/Lari landas-Lonjakan (Take Off)-Layangan-PendaratanGaya/Teknik Lompat Jauh-Gaya layar-Gaya Gantung-Gaya Kayuh

PENGENALAN LOMPAT JAUHLompat jauh adalah sejenis acara olahraga dimana seseorang atlet mencuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat yang dituju. Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik. Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang.Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston. Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik padaYunani Purba. Seseorang atlet akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Antara yang paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM mencatatkanlompatan sejauh 7 m 5 cm.

PRINSIP-PRINSIP LOMPAT JAUH mencapai jarak lompatan yang maksimum berupaya berlari dengan pantas, melompat dengan kuat, mempunyai kelenturan badan dan daya koordinasi baik larian dan lonjakan bergerak mengikut satu lingkungan parabola, mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat membuat persedian untuk mendarat dengan selamat dan berkesan.

GAYA/TEKNIK LOMPAT JAUHTerdapat tiga jenis gaya lompatan dalam lompat jauh iaitu :- Gaya layar Gaya gantung Gaya tendang

GAYA LAYAR

GAYA GANTUNG

GAYA TENDANG KAYUH

OTOT YANG TERLIBATAntara bahagian-bahagian otot yang terlibat adalah seperti:a. Gasteroidb. Hamstring group & rektus femorisc. Quadreceps & rektus abdominis

LOMPAT JAUH GAYA LAYARTeknik ini sesuai untuk pelompat jauh yang baru menceburi acara ini kerana lompatan mudah dilakukan. Gaya ini memerlukan seseorang pelompat itu mengimbangi badannya dalam keadaan melunjur semasa dalam fasa layangan.

FASA-FASA LOMPAT JAUH ACARA LAYAR1. Fasa Penujuan (Lari menuju ke papan lompat)i. Pelompat akan berlari dengan kepantasan yang optimum dan terkawal.ii. Bilangan langkah mestilah membolehkan pelompat mencapai kepantasan maksimum bagi menghasilkan lonjakan yang berkesan.iii. Apabila menghampiri papan lonjak, pelompat haruslah merendahkan sedikit bahagian badan untuk mendapatkan tolakan yang berkesan daripada kaki yang dibengkokkan.

2. Fasa Lonjakan (Take off)i. Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak dengan tepat.ii. Hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan.iii. Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu lonjakan yang tinggi.iv. Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendaklah dihayun dengan kencang ke hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi.v. Kedua-dua belah tangan dihayun kehadapan dan ke atas untuk membantu mencapai lonjakan yang tinggi.

3. Fasa Layangani. Mencangkung dan melompat kehadapan serta tangan didepa ke atas.ii. Gunakan kekuatan kedua-dua kaki.iii. Melompat sambil melentikkan badan ke belakang.iv. Kedua-dua tangan didepakan ke udara/belakang.

4. Fasa pendaratan.i. Pelompat mesti memberi perhatian kepada imbangan badan dan pencapaian jarak.ii. Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan tangan dihayun ke atas.iii. Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke hadapan.