borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya....

27
PSZ 19:16 (PIND. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KAJIAN PEMBANGUNAN KEMUDAHAN SUKAN GO-KART DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI, JOHOR BAHRU. SESI PENGAJIAN: 2005 / 2006 Saya ANDRIANI BINTI TAMBEH . (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah )* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________________ ___________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: KG BATU HAMPAR, 71300 REMBAU, PM DR. ABD. HAFIDZ BIN HJ OMAR NEGERI SEMBILAN. Nama Penyelia Tarikh: 28 APRIL 2006 Tarikh: 28 APRIL 2006 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Kertas Projek ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh kertas projek ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: trankiet

Post on 30-Mar-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

PSZ 19:16 (PIND. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: KAJIAN PEMBANGUNAN KEMUDAHAN SUKAN GO-KART DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI,

JOHOR BAHRU.

SESI PENGAJIAN: 2005 / 2006 Saya ANDRIANI BINTI TAMBEH .

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________ ___________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

KG BATU HAMPAR,

71300 REMBAU,

PM DR. ABD. HAFIDZ BIN HJ OMAR

NEGERI SEMBILAN. Nama Penyelia

Tarikh: 28 APRIL 2006 Tarikh: 28 APRIL 2006

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Kertas Projek ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh kertas projek ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”.

Tandatangan : ……………………………

Nama Penyelia : PM Dr Abd Hafidz Bin Hj. Omar

Tarikh : 28 April 2006

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

KAJIAN PEMBANGUNAN SUKAN GO-KART DI UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA SKUDAI, JOHOR BAHRU

ANDRIANI BINTI TAMBEH

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

ii

“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ……………………….

Nama Penulis : Andriani binti Tambeh

Tarikh : 28 April 2006

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

iii

DEDIKASI

Buat insan-insan yang membakar semangat ini

Jasa kalian amat berharga

Sesungguhnya jauh lagi perjalanan ini

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

iv

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan khas buat penyelia tesis, Prof. Madya Dr. Abd.

Hafidz Bin Hj. Omar di atas segala bimbingan dan dorongan yang disalurkan tanpa

penat dan jemu sepanjang sepanjang tempoh penyelidikan ini.

Tidak lupa juga kepada semua pensyarah Sains Sukan yang beriltizam dan

berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan.

Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian menyemarakkan

semangat ini.

Rakan-rakan sekalian, kerenahmu mematangkan perjalanan hidup ini. Sekian,

terima kasih.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

v

ABSTRAK

Sukan go-kart merupakan salah satu sukan bermotor yang popular dan sesuai

disertai oleh semua bangsa malah pelbagai peringkat umur. Kini, terdapat beberapa

buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia yang menawarkan go-kart sebagai

salah satu sukan rekreasi di institusi mereka. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh

manakah pengetahuan dan minat pelajar dalam sukan go-kart serta mengenalpasti

kemudahan-kemudahan yang diperlukan. Kajian dijalankan di Universiti Teknologi

Malaysia (UTM) Skudai, Johor Bahru dan seramai 20 orang pelajar fakulti pendidikan

universiti ini dipilih secara rawak sebagai sampel. Data diperolehi daripada soalselidik

dan temubual. Semua data dan skor yang berkaitan dengan kajian telah dibuat

penganalisaan. Perisian ‘Statistical Packages for Social Sciences’ versi 11.5 (SPSS

11.5) dan analisis statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data mentah yang

diperolehi. Hasil kajian menunjukkan pelajar kurang mendapat pendedahan dalam

sukan ini. Namun begitu, mereka berminat dan memberi respon reaksi yang positif

terhadap pembangunan kemudahan sukan go-kart.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

vi

ABSTRACT

Go-kart sports are one of the famous automotive sports. This sport is suitable to

be joined by all races and ages. Nowadays, there was Higher Education Institutions in

Malaysia offered go-kart as recreational sport in their institution. The purpose of this

study was to find student knowledge and interest in go-kart, also what facilities are

needed. This study was held at University Technology Malaysia (UTM) and twenty

students from faculty of education UTM had been selected as samples in this study.

Data was collected from questionnaires and interviews. The data and score are

analyzed. The Statistical Packages for Social Sciences Version 11.5 (SPSS 11.5)

software and statistic descriptive analysis were used to analyze all the data. Although

this research showed that students gain less exposure in this sport, they were interested

and gave positive response to the go-kart facilities development.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Status Tesis

Pengesahan Penyelia

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual x

Senarai Rajah xii

Senarai Lampiran xiii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Pernyataan Masalah 7

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

viii

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Definisi Operasional 10

1.7 Kepentingan Kajian 11

1.8 Limitasi Kajian 12

1.9 Delimitasi Kajian 12

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Kajian-kajian Berkaitan 13

2.3 Kurikulum Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan (PJK) 21

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 23

3.2 Rekabentuk Kajian 24

3.3 Sampel Kajian 25

3.4 Lokasi Kajian 25

3.5 Instrumen Kajian 25

3.6 Kajian Rintis 26

3.7 Prosedur Kajian 26

3.8 Analisis Data 27

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

ix

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 28

4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden 29

4.3 Bahagian B : Pengetahuan Pelajar

Dalam Sukan Go-kart 34

4.4 Bahagian C : Minat Pelajar 40

4.5 Bahagian D : Reaksi Pelajar

Jika UTM Menawarkan Sukan Go-kart 44

4.6 Bahagian E : Kemudahan-kemudahan

Yang Diperlukan Pelajar 46

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 54

5.2 Perbincangan 55

5.3 Kesimpulan 65

5.4 Cadangan 66

5.5 Penutup 67

RUJUKAN 68

LAMPIRAN

Lampiran A – E 72 - 101

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Taburan kekerapan dan peratus bagi kursus 29

4.2 Taburan kekerapan dan peratusan jantina 30

4.3 Taburan kekerapan dan peratusan bagi bangsa 31

4.4 Taburan kekerapan dan peratus bagi umur 31

4.5 Taburan kekerapan dan peratus pelajar

bersukan dalam seminggu 32

4.6 Taburan kekerapan dan peratusan tempat bersukan

pelajar 33

4.7 Taburan kekerapan umur umur responden berbanding

tempat bersukan 33

4.8 Taburan kekerapan dan peratusan aspek yang

tidak menarik dalam go-kart 34

4.9 Taburan kekerapan dan peratus bagi jumlah anggaran

yang dibelanjakan responden untuk go-kart dalam

setahun 35

4.10 Taburan peratus jenis sukan go-kart yang diketahui

oleh responden 36

4.11 Taburan kekerapan dan peratus responden menyertai

go-kart 2005 37

4.12 Taburan peratus organisasi yang diwakili responden 37

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

xi

4.13 Taburan kekerapan dan peratus bilangan ahli

keluarga responden yang terlibat dalam go-kart 38

4.14 Taburan peratus sumber maklumat berkaitan go-kart 39

4.15 Taburan peratus hobi responden 40

4.16 Taburan peratus minat responden terhadap

sukan permotoran 41

4.17 Taburan peratus sukan permotoran yang digemari

oleh responden 41

4.18 Taburan peratus minat untuk mendalami sukan go-kart 42

4.19 Taburan peratus peranan yang diceburi oleh responden

dalam sukan go-kart 43

4.20 Taburan kekerapan dan peratusan kali terakhir

responden melibatkan diri dalam go-kart 44

4.21 Taburan peratus reaksi pelajar 44

4.22 Taburan peratus kemudahan-kemudahan

yang diperlukan oleh pelajar 46

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Taburan peratusan bagi kursus 48

4.2 Taburan peratusan bagi jantina 49

4.3 Taburan peratus sumber maklumat berkaitan go-kart 50

4.4 Taburan peratus sukan permotoran yang digemari

oleh responden 51

4.5 Peratus reaksi pelajar 52

4.5 Taburan peratus kemudahan-kemudahan yang 53

diperlukan pelajar

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik kajian 72

B Soalan temubual 79

C Output menggunakan perisian SPSS 11.5 81

D Kebolehpercayaan soal selidik 96

E Gambar-gambar berkaitan kajian 97

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menurut Coakley (1998), sukan ditakrifkan sebagai aktiviti yang dimainkan

secara koperatif atau kompetitif dalam bentuk permainan. Ahli sosiologi menyatakan

bahawa sukan adalah aktiviti berbentuk pertandingan atau persaingan yang melibatkan

keupayaan fizikal yang bertenaga atau penggunaan kemahiran fizikal yang agak

kompleks oleh individu yang penyertaannya dipengaruhi oleh motivasi iaitu kombinasi

keseronokan individu dan ganjaran luaran.

Manusia mula bersukan sejak kanak-kanak lagi. Menurut Defrantz (1999),

sukan juga boleh meletakkan seseorang itu ke tahap yang lebih tinggi. Ramai kanak-

kanak mengikuti perkembangan sukan tertentu dan atlit kegemaran mereka. Sukan

mempunyai potensi untuk membangunkan nilai-nilai murni untuk golongan muda.

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

2

Pada 1988, Kementerian Belia dan Sukan telah menggubal Dasar Sukan Negara,

yang bertujuan untuk menggalakkan perkembangan semua jenis sukan. Penggubalan

dasar ini memperlihatkan pengiktirafan kerajaan terhadap sukan setaraf dengan bidang-

bidang sosial lain. Dasar ini merangkumi dua bahagian sukan yang utama, iaitu “Sukan

Untuk Semua” dan “Sukan Prestasi Tinggi”. “Sukan Untuk Semua” dapat

meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan menjadikan mereka lebih produktif, manakala

“Sukan Prestasi Tinggi” dapat mencetuskan perasaan cinta dan bangga terhadap

Negara. Di Malaysia, sukan dipercayai mampu meningkatkan semangat bersatu padu

merentasi batasan umur, keturunan dan kepercayaan . “Sukan Prestasi Tinggi” memberi

peluang kepada mereka yang berpotensi untuk membuktikan keunggulan mereka di

pertandingan peringkat antarabangsa supaya meninggikan lagi maruah negara. Sukan

bermotor di Malaysia kini diminati oleh berbagai golongan. sukan ekstrim ini

termasuklah sukan go-kart. Semasa bersukan otot mengalami kontraksi yang kompleks

dalam keadaan statik dan dinamik melibatkan tekanan, kelajuan , daya tahan , dan

kordinasi (Mohd Salleh Aman, 2004).

"Sukan permotoran bukan hanya semata-mata satu perlumbaan, sejak bertahun-

tahun lamanya ia telah menjadi platform bagi pembangunan dan ujian teknologi baru.

Sungguh mengujakan melihat pemindahan dan kebijaksanaan yang didapati menerusi

sukan yang disesuaikan dengan kereta biasa yang membolehkan kita mencipta

kenderaan yang lebih baik, lebih selamat dan efisyen. Imej mengagumkan yang

digambarkan diseluruh dunia mengenai negara kita menerusi penganjuran acara bertaraf

dunia ini mencerminkan pencapaian Malaysia, dan ditambah pula dengan keindahan

alam semulajadi dan hospitalitinya yang mesra. (Abdullah Badwi, 2006).”

Sukan go-kart merupakan sukan permotoran berbentuk pertandingan atau

perlumbaan. Walau bagaimanapun mereka yang memang terlibat secara langsung dalam

sukan ini tidak teragak agak untuk membantu mereka yang baru menyertai sukan ini.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

3

Pertama sekali kita haruslah tahu jenis pertandingan yang dijalankan, alatan dan enjin

yang digunakan. Perlumbaan sukan go-kart merupakan sukan yang menyeronokkan,

menarik dan sukan aksi perlumbaan yang merangsangkan. Perlumbaan go-kart ini

merupakan perlumbaan yang selamat seperti sukan bercorak pertandingan dan

perlumbaan yang lain. Cuma kita terpaksa berhadapan dengan risiko. Pilihlah litar yang

sesuai dan selesa dan menekankan aspek keselamatan serta diiringi pembantu.

Kemahiran yang digunakan agak kompleks dan memerlukan masa latihan yang

lama untuk mencapai tahap yang terbaik. Peserta terpaksa membuat keputusan yang

drastik semasa perlumbaan. Kejayaan peserta dalam sukan ini bergantung kepada

persediaan fizikal yang mantap bersama pembentukan latihan yang spesifik. Selain

daripada kekuatan dan masa tindak balas, keseimbangan dan daya tahan adalah

kebolehan biomotor yang dominan yang amat diperlukan oleh atlit dalam sukan ini.

Pada 1956, Art Ingels seorang pencipta kereta lumba dari Kurtis Craft ,

Carlifornia Amerika Syarikat telah mencipta sebuah kart yang pertama. Kart ini dibina

dengan ‘chasis’ yang ringkas iaitu dengan tiub besi yang disambungkan dengan satu set

tayar mampat dan hanya menggunakan rantai basikal . Kemudian pada 1957 beberapa

individu mula menjalankan aktiviti go-kart mereka di tempat letak kereta Rose Bowl di

Pasedena, Carlifornia (Day, 1961).

Sukan go-kart bernaung di bawah ‘International Kart Federation’ yang

ditubuhkan pada 21 November 1957. Badan ini bertujuan untuk menganjurkan

pertandingan yang adil, menyediakan undang-undang go-kart dalam pelbagai jenis

pertandingan dan menyediakan program pertandingan . Kemajuan sukan go-kart di luar

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

4

negara tidak dapat disangkal lagi. Kini terdapat itar go-kart berlesen di Las Vegas yang

menawarkan kemudahan sukan go-kart yang berkualiti dan mengikut piawaiannya.

FIA Institute for Motor Sport Safety bertempat di Peranchis merupakan satu

badan yang menjalankan berbagai kajian dalam sukan permotoran khusus dalam aspek

keselamatan. Objektif badan ini ialah membuat kajian prosedur keselamatan dan

teknologi seperti ;

i) Peralatan pemandu

ii) Bentuk kenderaan

iii) Bentuk sirkit atau litar dan perlindungan penonton

iv) Bantuan kecemasan dan kemudahan perubatan

v) Kawalan pertandingan

Selain itu badan ini juga menyediakan latihan pengendalian pertandingan, sirkit,

prosedur keselamatan, latihan dan penggunaan peralatan. Perlindungan kepada peserta,

pegawai dan semua yang terlibat dalam pertandingan sukan permotoran. Kajian sentiasa

dijalankan dan diutamakan untuk keselamatan bersama.

Sukan go-kart bukanlah satu perkara baru dalam arena sukan di negara kita.

Sukan ini tidak lagi terpinggir malah semakin hari pelbagai perubahan dilakukan bagi

meninggikan lagi mutu penciptaannya di samping memenuhi saingan perlumbaan go-

kart yang semakin mencabar. Sukan ekstrim go-kart ini mula mendapat perhatian

daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pertengahan tahun 2001.

Sebelum itu terdapat juga pertandingan-pertandingan kecil diadakan, tetapi tidak secara

meluas

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

5

Salah satu syarikat yang tertua mengendalikan sukan go-kart ini ialah City

Karting Enterprise di Seksyen 13 Shah Alam. Syarikat ini banyak menganjurkan

pertandingan, perkhidmatan, kursus dan membekalkan alatan sukan go-kart. Menurut

City Karting sukan go-kart memerlukan disiplin yang tinggi, dedikasi serta pengetahuan

teknikal di samping dapat memupuk nilai positif di kalangan remaja. Sukan ini juga

dipercayai mendapat sokongan daripada syarikat dan badan tertentu dalam aspek

penajaan dan pengiklanan. Permas Go-kart Club Sdn. Bhd. bertempat di Permas Jaya

pula memainkan peranan dalam pembangunan sukan go-kart di Johor Bahru. Berbagai

kemudahan disediakan bagi kepuasan dan keselesaan pelanggan semasa bersukan.

Antaranya ialah kemudahan restoran untuk pelanggan menghilangkan dahaga.

Pada November 2001, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

(KUiTTHO) telah menganjurkan pertandingan “Rakan Muda Go-kart Inter IPT 2001”

dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Sukan itu diadakan di Fast

Track Speedzone Elite, Subang Jaya, Selangor. Program ini dijangka dapat mendidik

mahasiswa dalam sistem pengurusan sukan yang lebih efektif dalam mengkomersilkan

sukan go-kart di negara ini di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Selain itu, Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) juga telah menubuhkan

kelab go-kart mereka sendiri yang beroperasi di City Karting Enterprise, Shah Alam.

Begitu juga dengan Universiti Utara Malaysia(UUM) yang sedang membangunkan litar

go-kart mereka sendiri dan telah siap sepenuhnya. Sukan go-kart ditawarkan sebagai

salah satu pilihan dalam ko-kurikulum mereka. Universiti Malaya (UM) pula

mempunyai kelab motor yang kini giat mengadakan aktiviti untuk manfaat pelajarnya.

Universiti Malaysia Sabah (UMS) pula dalam kajian untuk membina litar go-kart 2km

di kampusnya.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

6

Kini, Kolej Perdana UTM telah menubuhkan kelab go-kart mereka sendiri yang

aktif menjalankan aktiviti untuk mahasiswanya. Kelab ini juga mempunyai 2 buah go-

kart untuk pelajarnya.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kejayaan di dalam sesuatu kojohanan antarabangsa adalah merupakan hasil dari

usaha dan persediaan yang dibuat selama bertahun tahun. Dalam setengah-setengah

keadaan, ia memerlukan usaha yang gigih, pengorbanan dan latihan yang intensif yang

bermula diperingkat umur yang muda atau lebih awal daripada itu untuk sukan-sukan

tertentu. Fakta membuktikan bahawa prestasi tinggi yang dicapai oleh ahli-ahli sukan

ialah mereka yang memulakannya dari peringkat umur yang muda.

Kerajaan berhasrat untuk membangunkan dan memajukan pencapaian mutu

sukan kita untuk menonjol di peringkat antarabangsa. Sesungguhnya, terlalu banyak

program yang dijalankan dan dirangka dengan baik oleh kerajaan dengan kerjasama

agensi swasta. Namun begitu, sambutan yang dingin serta kurang memberangsangkan

di kalangan masyarakat menyebabkan negara kita ketandusan atlit – atlit yang

berpotensi, dan mampu untuk diketengahkan diperingkat antarabangsa.

Selain daripada itu juga, masyarakat kita tidak mengetahui bahawa melalui

kegiatan sukan ini, kita dapat menerapkan nilai-nilai murni dan juga memupuk

semangat setiakawan yang berpotensi untuk membentuk sebuah negara yang

mengamalkan integrasi nasional antara kaum serta semangat patriotik di kalangan muda

mudi.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

7

Kini, sukan permotoran telah mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.

Formula One amat diminati oleh semua golongan. Maka secara tidak langsung mereka

yang berminat bolehlah berjinak jinak dengan go-kart sebagai landasan sukan

permotoran ini.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan salah sebuah universiti di

Malaysia yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Sukan. Oleh

yang demikian memandangkan go-kart merupakan sejenis sukan ekstrim yang di gemari

oleh golongan muda. Pelajar adalah dialu-alukan untuk mencuba bidang sukan yang

baru ini dalam senarai sukan pilihan mereka. Maka dengan adanya pembangunan

kemudahan sukan go-kart di universiti ini, maka sukan bermotor ini dapat

diperkembangkan.

1.3 Penyataan Masalah

Semasa bermula sukan go-kart ini di Carlifornia, mereka menghadapi masalah

di mana sukan ini hendak dimainkan . Kemudahan ini amat penting kerana di sinilah

pemain akan menjalani latihan dan mengenali sukan go-kart.

Di Malaysia, kesedaran untuk mempertingkatkan tahap pencapaian atlit sudah

lama di perkatakan dan telah banyak program dijalankan dan dirangka bagi mencapai

objektifnya. Namun peratusan yang mencapai tahap yang diingini adalah rendah.

Mungkin strategi yang digunakan tidak tepat atau pun kemudahan yang disediakan

tidak mencukupi dan tidak mengikut spesifikasi yang sebenar.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

8

Pelbagai usaha yang dijalankan oleh KBS dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah

Malaysia harus diteruskan dan bersama mengembeling tenaga dan juga penubuhan

pusat-pusat permotoran yang menjurus kepada bidang permotoran ini terutamanya go-

kart oleh pihak swasta harus dipandang serius.

Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat sejauh

mana keberkesanan program sukan permotoran yang diterapkan dari akar umbi

memberi pulangannya. Seterusnya semoga dengan adanya kemudahan sukan yang

mencukupi ini pelajar akan lebih membudayakan sukan itu sendiri.

1.4 Objektif Kajian

Fokus utama kajian ini adalah untuk :

1.4.1 Mengenalpasti sejauhmanakah pengetahuan pelajar mengenai sukan bermotor

khasnya go-kart di negara ini iaitu garis panduan tentang pemanduan dan

pengendalian go-kart mengikut piawaiannya.

1.4.2 Meransang minat pelajar ke arah sukan permotoran

1.4.3 Melihat reaksi pelajar jika wujudnya kemudahan sukan go-kart di IPT mereka.

1.4.4 Menyertai pertandingan sukan go-kart yang diadakan di peringkat IPT dan dapat

menaikkan nama universiti

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

9

1.4.5 Menyerapkan nilai kewarganegaraan sosial, mental, fizikal yang kukuh serta

bertanggungjawab terhadap pemeliharaan dan meninggikan imej negara melalui

prestasi sukan dengan budaya bersukan.

1.4.6 Mengenalpasti kemudahan-kemudahan yang diperlukan pelajar untuk sukan ini.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian yang dijalankan bertujuan mendapatkan respon atau dapatan berkaitan

minat pelajar ke arah sukan permotoran dan kemudahan yang diperlukan. Berpandukan

kajian ini, terdapat persoalan kajian yang berkaitan :

1.5.1 Sejauh manakah pengetahuan pelajar mengenai sukan go-kart?

1.5.2 Adakah wujudnya kemudahan ini mempengaruhi minat pelajar terhadap sukan

go-kart?

1.5.3 Apakah reaksi pelajar jika UTM menawarkan sukan go-kart sebagai sukan

pilihan di universiti?

1.5.4 Apakah kemudahan-kemudahan lain yang diperlukan oleh pelajar dalam sukan

go-kart?

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

10

1.6 Definisi Operasional

1.6.1 Kemudahan

Peralatan , sesuatu yang membantu , kemudahan sukan seperti trek larian, kolam

renang.

1.6.2 Go-kart

Kereta lumba yang kecil dan rendah dengan rangka yang terbuka

1.6.3 Sukan Prestasi Tinggi

Terdiri daripada sukan amatur dan sukan professional. Sukan amatur ialah sukan

yang membimbing individu ke arah kejayaan dan kecemerlangan. Menjadi “juara’

adalah pencapaian yang dinginkan. Peserta mempunyai seorang ketua atau pengurus

yang mengutamakan kecemerlangan dalam pencapaian. Sukan amatur mendapat

sokongan daripada kerajaan dan memperolehi sumber kewangan melalui agensi sukan

kerajaan atau persatuan sukan. Sukan professional adalah sukan komersil yang

memberikan penekanan kepada unsur hiburan dan menyediakan ganjaran kewangan

kepada peserta yang tinggi kemahirannya. Para peserta ditaja oleh syarikat atau badan

korporat dan sukan merupakan pekerjaan mereka. Penonton merupakan faktor penting

kerana pendapatan daripada jualan tiket amat mempengaruhi turun naik perniagaan

sukan ini.

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

11

1.6.4 Pembangunan

Perihal membina, membentuk , memajukan sesuatu untuk mencapai kemajuan,

perkembangan dan sebagainya.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini di harapkan dapat memberi faedah kepada semua pihak yang

berkaitan :

1.7.1 Dapat memberi maklumat kepada pelajar tentang isu, perkembangan sukan go-

kart serta aspek keselamatan yang harus dipatuhi.

1.7.2 Menaikkan nama universiti jika pelajar menyertai dan memenangi pertandingan

go-kart.

1.7.3 Mengasah dan mencari bakat baru yang dipercayai dengan komitmen yang

tinggi pasti pelajar dapat meningkatkan semangat daya saing mereka.

1.7.4 Menggalakkan dan menarik minat setiap golongan supaya menggunakan

kemudahan sukan yang dicadangkan.

1.7.5 Tempat bersukan sebagai pusat interaksi pelajar dan juga kakitangan UTM di

samping membentuk semangat sukan.

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · berdedikasi menyampaikan ilmu yang berguna buat saya. Terima kasih saya ucapkan. Teristimewa buat suami dan keluarga , pengorbanan kalian

12

1.8 Limitasi Kajian

Terdapat kekangan yang timbul dan mempengaruhi kajian:

1.8.1 Subjek tidak semestinya mereka yang aktif dalam bidang sukan.

1.9 Delimitasi Kajian

Kajian ini tidak terbatas kepada perkara-perkara berikut :

1.9.1 Penglibatan subjek dalam aktiviti harian mereka