norhafizah ramli 817401

23
COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES UNIVERSITI UTARA MALAYSIA HUMAN RESOURCE DEVELOPMENT IN EDUCATION (SGDU 5063) TUGASAN INDIVIDU TAJUK : PENGURUSAN STRESS (STRES DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DIN EMPAT BUAH NEGERI DI MALAYSIA) NAMA : NORHAFIZAH BINTI RAMLI NO. MATRIK : 817401 NO. K/P : 861207095102

Upload: selena

Post on 15-Jul-2016

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ulasan jurnal human resourse

TRANSCRIPT

COLLEGE OF ARTS AND SCIENCESUNIVERSITI UTARA MALAYSIA

HUMAN RESOURCE DEVELOPMENT IN EDUCATION(SGDU 5063)

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK : PENGURUSAN STRESS

(STRES DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DIN EMPAT BUAH NEGERI DI MALAYSIA)

NAMA: NORHAFIZAH BINTI RAMLINO. MATRIK: 817401NO. K/P: 861207095102NAMA PENSYARAH: DR. ABD. LATIF BIN KASIMTAHUN: SEMESTER 1 (2014)

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka surat1.0 Pengenalan 1 - 22.0 Isi Kandungan2.1 Tajuk dan Penulis Jurnal 2 - 32.2 Populasi, Sampel dan Responden 32.3 Reka Bentuk Kajian 3 - 42.4 Dapatan Kajian 4 - 102.5 Cadangan Kajian Masa Depan 10 3.0 Kesimpulan 10 - 11Rujukan

1.0 PENGENALANPendidikan memainkan peranan yang besar dalam pembangunan sesebuah Negara. Pendidikan yang cemerlang bergantung kepada produktiviti yang tinggi dikalangan pendidik terutamanya guru kerana guru menyumbang kepada sebahagian besar daripada pekerjaan dalam bidang pendidikan. Masyarakat perlu sedar bahawa tugas guru pada masa kini bukanlah semata-mata berada di dalam bilik darjah untuk mengajar, membimbing dan mendidik sahaja. Tugas guru hari ini turut merangkumi tugas di luar bilik darjah dan juga di luar waktu persekolahan. Menurut (Lemaire, 2009) mendapati bahawa guru-guru terlalu dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti ko-kurikulum, menghadiri mesyuarat, mengendalikan program-program pelajar, mengurus karenah dan kebajikan pelajar serta tugas-tugas pengurusan yang lain. Pekerjaan sebagai guru sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran, merasai pelbagai pengalaman pahit manis, kegembiraan dan juga kekecewaan. Guru juga terpaksa berhadapan dengan nazir, pengetua dan pegawai pendidikan daerah yang selalu mengadakan lawatan dan menyelia dan memantau kerja guru. Perkara ini boleh menyebabkan guru rasa tertekan.Definisi stres atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan diri. Individu berkenaan mendapati sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar. Menurut (Schafer, 1992) tekanan bermaksud kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbalas kepada permintaan terhadap dirinya. (Smither,1994) mentakrifkan tekanan sebagai respon fisiologikal dan fisiologikal keatas permintaan terhadap seseorang. Stres juga merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan selalu menyerang masyarakat pada hari ini. Apabila seseorang itu berhadapan dengan stres, sudah tentu wujud ketidakpastian dalam pembuatan keputusan yang mana ia akan memberi kesan terhadap indivitu itu sendiri. Stres kerja yang tinggi dikalangan guru telah mengakibatkan permasalahan-permasalahan yang serius yang berkait dengan pelbagai seperti gangguan emosi, perubahan dalam tingkah laku dan yang menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Malah (Murdock dan Scott, 1993) mendapati bahawa stres di tempat kerja berlaku sebagai satu tindak balas terhadap kehendak persekitaran organisasi seseorang individu yang tidak selaras ataupun ketidakupayaannya untuk mengawalnya. Menurut Tan (1996) mendapati bahawa sepuluh faktor utama yang menyumbang kepada stres kerja guru. Faktor-faktor berkenaan adalah seperti terpaksa mengajar kelas yang besar, gaji yang kurang, sikap buruk pelajar terhadap kerja, kurang peluang untuk maju dalam kerjayanya, terpaksa mengendalikan pelajar yang buruk disiplinnya, terpaksa menggantikan tugas guru yang tidak hadir, banyak kerja perkeranian, kurang kerjasama daripada ibu bapa dan kekurangan masa kerana jadual waktu yang berat.

2.0 ISI KANDUNGAN2.1 TAJUK DAN PENULISTajuk jurnal yang dipilih ialah stress dalam kalangan guru sekolah menengah di empat buah negeri di Malaysia yang ditulis dan dikaji oleh Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli dan Mazeni Ismail. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap dan faktor-faktor yang menyebabkan stres dikalangan guru-guru sekolah menengah di empat buah negeri di Malaysia. Objektif kajian ini secara terperinci adalah untuk mengenalpasti tahap stres guru berdasarkan beberapa aspek. Antaranya ialah aspek lebihan kerja, persekitaran, hubungan interpersonal, depersonalisasi dan kejayaan diri. Disamping itu, kajian ini turut mengenalpasti perbezaan stres dalam kalangan guru lelaki dan guru perempuan berdasarkan semua aspek tersebut dan mengenalpasti sama ada terdapat hubungan stres dikalangan aspek tersebut dengan umur, bilangan anak dan pengalaman mengajar.

2.2 POPULASI, SAMPEL DAN RESPONDENPopulasi kajian ini adalah dalam kalangan guru-guru di beberapa buah sekolah menengah di empat buah negeri iaitu Johor,Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Sampel kajian pula terdiri daripada 400 orang guru yang dipilih daripada empat buah negeri tersebut dan menggunakan kaedah persampelan kelompok atas kelompok. Seramai 76 orang guru di Melaka (lima sekolah), 114 orang guru di Johor (lima sekolah), 93 orang guru di Negeri Sembilan (lima sekolah ) dan 117 orang guru di Selangor (lima sekolah) telah dipilih secara rawak untuk menjadi responden kajian.

2.3 REKA BENTUK KAJIANReka bentuk kajian ini adalah diskriptif. Penyelidikan diskiptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku Azizi et al. (2007). Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap stres dalam kalangan guru-guru di empat buah negeri di Malaysia. Data diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang telah diedarkan kepada responden yang dipilih. Instrumen kajian tersebut terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, B, dan C. Soalan bahagian A meminta calon mengisi maklumat peribadi dan ciri-ciri demografi responden seperti jantina, umur, pengalaman mengajar, taraf perkahwinan dan taraf pendidikan. Bahagian B mengandungi 28 item soalan yang mengukur tahap stress, instrument daripada subskala tekanan oleh (Gmelch, 1982), item-item ini telah diadaptasi daripada instrument Administrative Stress Index (ASI). Manakala bahagian C pula mengandungi 22 item soalan yang mengukur tahap stress berdasarkan General Health Questionaire (GHQ) daripada (Goldberg, 1972). Data yang diperolehi akan dianalisis berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian yang dibuat. Bagi menentukan tahap stres dikalangan guru, min skor akan digunakan. Analisis kekerapan dan peratus pula digunakan untuk melihat taburan latar belakang responden seperti jantina, umur, keturunan, taraf perkahwinan, tahap pendidikan guru dan pengalaman mengajar di sekolah berkenaan. Satu kajian awal telah dilakukan ke atas 20 orang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Riki, Skudai, Johor. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah mereka yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan responden kajian sebenar. Borang soal selidik yang telah dijawab oleh mereka telah dianalisis untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahan soal selidik tersebut. Nilai Alfa Cronbach yang diperolehi bagi kesemua item soal selidik tersebut ialah 0.8326.

2.4 DAPATAN KAJIANTerdapat enam aspek telah dikaji iaitu lebihan kerja, hubungan interpersonal, persekitaran kerja, ketandusan emosi, depersonalisasi dan kejayaan diri. Kajian ini turut melihat hubungan antara perbezaan tahap stress guru lelaki dan guru perempuan dan hubungan stres dikalangan guru dengan umur, bilangan anak dan pengalaman mengajar dengan semua aspek tersebut seterusnya menjawab objektif kajian. Tahap Stress dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah dari Aspek Lebihan KerjaDapatan kajian mendapati guru menyatakan bahawa mereka terpaksa melakukan tugas yang bertentangan dengan kehendaknya mencatatkan skor min yang tertinggi iaitu 3.84. Hasil kajian juga menyatakan pihak pentadbir hendaklah sentiasa memberikan dorongan dan menunjukkan keyakinan bahawa guru-guru mampu melakukannya walaupun guru tersebut tidak pernah mengajar sesuatu subjek yang perlu diajar olehnya pada masa sekarang. Jika terdapat sebarang kekurangan, pihak pentadbir juga perlu lebih bijak dalam menanganinya dan sentiasa memberikan motivasi kepada guru-guru seterusnya menghargai setiap tugas yang telah dilakukan oleh guru. Di samping itu, pihak pentadbir juga perlu lebih telus dan peka dalam menangani setiap masalah kakitangan sokongan dan menyediakan kemudahan lain. Menurut (Raja Maria Diana Raja Ali, 2011) beban tugas merujuk kepada tugas-tugas yang perlu dibuat oleh guru seperti membuat persediaan mengajar, menyemak latihan pelajar, tanggungjawab terhadap pelajar, kerja-kerja pentadbiran seperti mengisi borang dan lain-lain tanggungjawab yang mesti dipikul oleh seseorang guru sepanjang dia berkerja. Secara keseluruhan, dapatan menunjukkan tahap stres dari aspek lebihan kerja adalah sederhana. Tahap Stres dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah dari Aspek Hubungan Interpersonal

Hasil kajian mendapati guru merasakan dirinya tersisih daripada rakan sekerja dan tidak menghormati tindakan dan perasaan serta pendapat daripada rakan sekerja menunjukkan min tertinggi iaitu 4.01. Dapatan juga menunjukkan guru perlu sentiasa bermotivasi diri dan sentiasa berfikiran positif. Budaya tolong-menolong dan bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugas perlu diamalkan diantara ahli dalam sekolah supaya setiap kerja yang dibuat dapat disempurnakan dengan baik. Sikap menghormati perasaan dan pendapat rakan sekerja perlu diterapkan dalam diri masing-masing di samping mempertingkatkan kelemahan yang ada pada diri. Menurut (Faridah dan Lilia, 2002), kemahiran interpersonal adalah kebolehan untuk berinteraksi dengan orang lain, memahami mereka dan memberi motivasi dan dalam sesebuah sekolah guru perlu berinteraksi sosial dengan pelajar dan rakan sekerja. Hal ini secara tidak langsung akan membantu guru untuk berkomunikasi dan mempuyai hubungan yang baik antara guru dan warga sekolah. Secara keseluruhan bagi aspek hubungan interpersonal ia menunjukkan tahap stres adalah sederhana. Tahap Stress dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah dari Aspek Persekitaran Kerja

Dapatan kajian mendapati suasana pejabat atau bilik guru bising berbanding tahap biasa mencatatkan min yang tertinggi iaitu 3.39. Suasana dalam bilik guru dan persekitaran sekolah memainkan peranan penting kerana ia akan mempengaruhi emosi seseorang guru. Kajian membuktikan bahawa guru besar adalah faktor terpenting dalam menentukan suasana bekerja dan memberi dorongan kepada kakitangannya (Yap, 1994). Menurut Atan Long pula (1984),keadaan kepimpinan di sekolah selalunya menentukan suasana dan persekitaran keseluruhan sekolah. Secara keseluruhan, bagi aspek persekitaran ia menunjukkan tahap stres adalah sederhana.

Tahap Stress dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah dari Aspek Ketandusan Emosi

Hasil kajian mendapati guru keletihan akibat kerja dan guru merasa kurang bertenaga mencatat min tertinggi iaitu 4.30. Dapatan juga mendapati kaedah berpusatkan kepada guru semata-mata perlu dihindarkan, seterusnya akan meringankan bebanan kerja yang terpaksa ditanggung oleh guru. Peranan pihak pentadbir juga sangat penting dimana, mereka perlu menyediakan pelbagai alat bantu mengajar, modul-modul dan juga bahan rujukan di pusat sumber bagi keperluan guru. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan(NUTP) mengingatkan guru-guru di seluruh negara supaya tidak bertindak untuk melepaskan perasaan penat dan banyak tugas serta melayan kerenah pelajar sebaliknya guru perlu bijak mengawal emosi mereka agar emosi negetif tidak terbawa-bawa semasa proses pengajaran di dalam kelas. Secara keseluruhan min bagi aspek ketandusan emosi ialah 3.78. Ini menunjukkan tahap stress adalah sederhana. Tahap Stres dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah dari Aspek Depersonalisasi

Dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar akan menyalahkan guru kerana beberapa masalah mereka dan guru khuatir tugas tersebut menjadikan guru lebih keras hati mencatatkan min yang sama tinggi iaitu 2.69. Depersonalisasi ini adalah merujuk kepada keadaan emosi seseorang guru seperti cara melayan pelajar dan bagaimana seseorang guru itu mengatasi masalah pelajarnya. Guru perlu memastikan emosinya stabil kerana emosi boleh membuatkan seseorang itu tidak dapat mengawal keadaan. Kadangkala emosi yang tidak stabil boleh menyebabkan guru mengambil tindakan yang salah sekiranya pelajar itu membuat sesuatu kesalahan. Hasil analisis keseluruhan bagi faktor depersonalisasi tahap stres adalah sederhana. Tahap Stres dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah dari Aspek Kejayaan DiriDapatan kajian mendapati guru merasa gembira setelah bertungkus lumus mengajar pelajar menunjukkan min yang tertinggi 5.25. Menurut Rohani Arbaa, Hazri Jamil dan Nordin Abd Razak (2010) menunjukkan bahawa wujudnya hubungan positif yang sederhana antara ciri kualiti guru dengan komitmen pelajar. Guru akan berasa gembira setelah berusaha sebaik mungkin untuk mengajar dan mendidik pelajar dan mendapati pelajar berjaya dalam pelajaran dan menjadi contoh yang terbaik kepada pelajar lain. Hasil kajian mendapati tahap stres dari aspek kejayaan diri adalah sederhana.Oleh kerana dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap stres guru dari aspek lebihan kerja, hubungan interpersonal, persekitaran kerja, ketandusan emosi, depersonalisasi dan kejayaan diri adalah berada pada tahap sederhana, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh mengambil beberapa langkah bagi mencegah dan mengurangkan tahap stres dalam kalangan guru seperti menganjurkan bengkel, seminar serta kursus-kursus yang berkaitan dengan masalah stres. KPM juga perlu membuat pemantauan ke sekolah-sekolah untuk mendapatkan maklumat daripada pengetua bagi memilih kursus yang akan dijalankan kepada guru. Hubungan Antara Perbezaan Tahap Stres Guru Lelaki Dan Guru Perempuan Dari Aspek Lebihan Kerja, Persekitaran, Hubungan Interpersonal, Ketandusan Emosi, Depersonalisasi Dan Kejayaan Diri

Di samping itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa hanya terdapat perbezaan yang signifikan di antara aspek lebihan kerja dengan perbezaan stres antara guru lelaki dan perempuan di sekolah menengah berbanding dengan aspek ketandusan emosi, depersonalisasi, kejayaan diri, hubungan interpersonal dan persekitaran. Menurut (Klassen dan Chiu, 2010) beliau mendapati guru perempuan lebih stres berbanding guru lelaki bagi faktor bebanan kerja dan kerenah pelajar. Manakala dapatan oleh Wan Mohamad Nasir (2002) membuktikan bahawa guru lelaki didapati mempunyai tahap stres yang lebih tinggi berbanding guru perempuan. Chaplain(1995) pula menunjukkan bahawa guru perempuan lebih stres jika dibandingkan dengan guru lelaki. Justeru, guru lelaki atau perempuan akan mengalami stres tetapi bergantung kepada keadaan tertentu. Hubungan Stres dikalangan Guru Dengan Umur, Bilangan Anak Dan Pengalaman Mengajar Dari Aspek Lebihan Kerja, Persekitaran, Hubungan Interpersonal, Ketandusan Emosi, Depersonalisasi Dan Kejayaan Diri

Kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor stres dari aspek lebihan kerja dan kejayaan diri dalam umur di kalangan guru-guru sekolah menengah pada tahap yang sangat lemah. Gelman (2008) menyatakan bahawa umur berkolerasi secara negatif terhadap tahap stres. Dapatan Gelman turut disokong oleh Lau (2002) yang menyatakan bahawa, guru yang agak berumur kurang mengalami burn out berbanding guru yang muda. Menurut Black (2003), stres sememangnya sering dialami oleh guru-guru, terutamanya, guru yang lebih muda. Beliau menyatakan guru-guru ini berasa takut dan stres kerana terpaksa berdepan dengan pelbagai tugasan yang harus diselesaikan.Selain itu, kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor stres dengan bilangan anak. Ia menunjukkan bahawa kesemua aspek yang dikaji tidak mempengaruhi stres dikalangan guru sekolah menengah. Dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara faktor stres dari aspek kejayaan diri dengan pengalaman mengajar dalam kalangan guru-guru di sekolah menengan pada tahap yang lemah. Dapatan Paulse (2005) melaporkan bahawa, guru dalam kumpulan pengalaman mengajar antara 0 hingga 5 tahun adalah yang paling stres berbanding guru berpengalaman mengajar melebihi 20 tahun. Guru-guru yang lebih berpengalaman jarang menghadapi masalah yang menyebabkan stres ekoran daripada pengalaman luas dalam berhadapan dengan pelbagai situasi di sekolah.2.5 CADANGAN KAJIAN MASA DEPANBerdasarkan kajian, penulis memberikan beberapa lagi cadangan kajian perlu dibuat bagi memanjangkan hasil dapatan bagi membantu pelbagai pihak dalam menangani stres di kalangan guru. Terdapat beberapa idea yang boleh dijadikan panduan kepada kajian masa depan. Antaranya ialah faktor masalah disiplin, birokrasi pihak pengurusan pentadbiran sekolah, faktor minat guru dalam profesion pendidikan dan jenis personaliti, hubungan sosial atau kekeluargaan. Bagi menghasilkan tindak balas kajian yang lebih tekal, penulis juga mencadangkan supaya kajian ini perlu dibuat dengan lebih kerap kerana terdapat beberapa peringkat waktu sepanjang sesi persekolahan yang dikenalpasti di mana lebihan kerja guru akan memuncak. Maka, perbandingan boleh dibuat berkaitan dengan punca stres dengan masa keadaan lebihan kerja guru sama ada pada awal sesi persekolahan, pertengan sesi persekolahan ataupun pada akhir sesi persekolahan. Akhir sekali penulis mencadangkan supaya kajian dibuat dengan tidak mengambil kira faktor bangsa guru-guru. Tujuannya adalah untuk melihat perbezaan stres di antara bangsa guru-guru di beberapa buah negeri

3.0 KESIMPULANHasil kajian mendapati tahap stres di kalangan guru sekolah-sekolah menengah berada pada tahap sederhana yang mana ia dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu ketandusan emosi, depersonalisasi, kejayaan diri, persekitaran dan lebihan kerja selari dengan kajian yang di buat oleh (Maheran, 2005) yang telah menunjukkan bahawa tahap stres yang dialami oleh guru-guru di empat buah sekolah menengah di dalam daerah Tangkak, Johor Darul Takzim berada pada tahap sederhana. Berdasarkan kajian soal selidik sangat sesuai digunakan sebagai instrument untuk mengenalpasti tahap stress dalam kalangan guru. Penyelidik juga boleh memperbanyakkan lagi bilangan responden ke beberapa buah negeri supaya hasil kajian yang diperolehi lebih pelbagai. Masalah stres memberi banyak kesan negetif dan secara tidak langsung ia mempengaruhi perasaan dan emosi guru. Kajian ini merupakan satu kajian yang sangat penting dan diharapkan dapat membantu guru-guru dalam menangani masalah ini. Memandangkan peningkatan kualiti dan kecemerlangan pendidikan amat bergantung kepada guru-guru, maka, sewajarnya pihak-pihak seperti sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia perlu peka dengan permasalahan stres yang dihadapi oleh guru-guru.

RUJUKAN

Atan Long. (1984). Pendidik dan Pendidikan. Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti.Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan. (2007). Mengguasai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Chaplain, R. P. (1995). Stress and Job Satisfaction: A Study of English Primary School. Educational Psychology, 15, 473-489.

Chye, T. H. (1996). Tekanan kerja di kalangan guru SJKC dalam Daerah Gombak. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

Faridah Serajul Haq & Lilia Halim (2002). Development Of Interpersonal Skill Among Trainee Teachers. Volume 1. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Gmelch, W.H. (1984). Beyond Stress to Management. New York: WileyGoldberg, R. (1972). Source of stress for class teacher. National Education, 64, 206-213.Hoon, Y. T. & James, F. (1994). Guru Besar & Pentadbiran Sekolah: Jurnal KPM JilidXXIX : 12 18.

Klassen, R. M., & Chiu, M. M. (2010). Effects on teachers' self-efficacy and job satisfaction: Teacher gender, years of experience, and job stress. Journal of Educational Psychology, 102, 741-756.

Lemaire, J. (2009). Addressing teacher workload. Education, pp. 6. Maheran Ahmad Johari (2005). Stres Dan Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Daerah Tangkak, Negeri Johor Darul Takzim. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana.

Paulse, J. (2005). Sources of occupational stress for teachers, with specific reference to the inclusive education model in the Western Cape. Dissertations. University of the Western Cape.

Raja Maria Diana Raja Ali. (2011). Faktor-Faktor Yang Mendorong Tekanan Kerja ( Stres ) Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Di Daerah Pasir Puteh (Kertas ProjekPenyelidikan) Open University Malaysia.

Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Nordin Abdul Razak. (2010). Hubungan Guru-Pelajar dan Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar: adakah Guru Berkualiti Menghasilkan Perbezaan Pembelajaran antara Jantina?. Jurnal Pendidikan. 35(2): 61-69.Schafer, C. A. (1992). Demographic overview of teacher workload issues and stress survey, Spring 2001. BCTF Research Support.

Smither, R. D. (1994). The Psychology Of Work And Human Performance (2nd ed.). NewYork : Harper Collins College Publishers.

Wan Mohamad Nasir. (2002). Faktor-faktor Stres Pekerjaan Pensyarah Politeknik. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia.