mewarisi ketokohan pakmahmud - pnmmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1317/1/jwik... ·...

3
JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA Mewarisi Ketokohan PakMahmud Awang Balil Oleh Mokhtar A.K. K emana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi . ... ? Begitulah pengalaman hidup Ramli bin Mahmud yang mewarisi darah seni Awang Batil daripada ayahnya, Mahmud bin Wahid atau lebih terkenal dengan panggilan Pak Mud Awang Batil. Sebagai seorang penglipurlara, Ramli sudah mewarisi bakat sebagai tukang cerita daripada arwah ayahnya yang juga merupakan salah seorang tokoh penglipurlara terkenal di Perl is. Kecenderungannya menjadi tukang cerita timbul sejak kecil apabila beliau melihat arwah ayahnya sentiasa menghiburkan orang ramai dengan pelbagai cerita. Dan sejak itu, beliau sentiasa mengikuti ayahnya membuat persembahan untuk mempelajari selok-belok dan lenggok persembahan yang dipamerkan. Sejak usia tujuh tahun, Ramli dibawa oleh ayahnya mengikuti persembahan Awang Batil di kampung-kampung, persembahan di rumah-rumah kenduri, majlis-majlis keraian, majlis keramaian dan tidak kurang pula majlis- majlis yang dianjurkan oleh badan-badan kebajikan. Kebanyakan masyarakat menganggapkan bahawa kebolehan Ramli mengikut jejak ayahnya adalah didasarkan keturunan darah seni, tapi Ramli sendiri menafikannya. Tegas beliau bahawa kebolehan beli au dalam seni penglipurlara adalah melalui belajar, latihan serta menghayati setiap seni dan liku-liku pengalaman daripada ayahnya. Kebolehan dan pengalaman yang ada pada Ramli tidak datang seperti lampu ajaib atau lampu Aladdin. Ramli beroleh pengalaman ketika ayahnya berpindah ke Padang Siding, Perl is. Di Padang Sidinglah, ayahnya banyak melatih peminat-peminat Awang Batil. Pak Mahmud Awang Batil jadikan rumahnya sebagai pusat latihan seni, seperti Gendang Terinai dan Gendang Keling serta mempelajari meniup serunai. Ketika ayahnya sedang mengajar, Ramli turut bersama-sama dalam kumpulan itu. Dalam latihan itu, ternyata Ramli lebih menjiwai dan dapat menguasai segala permainan yang diajar oleh ayahnya kepada rakan-rakan ayahnya. Ramli mula bermain di hadapan orang ramai ketika diadakan majlis persembahan Puteri Lindungan Kedah Tua di rumah Pak Ismail Selampit di Kampung Nisam, Bintong, Perl is . Umur Ramli ketika itu baru menjangkau 12 tahun, dan ternyata boleh mempersembahkan tiupan serunai dengan baiknya kepada khalayak penonton. Ketika Ramli masih keci!, dia dan abangnya, Osman sering tidur di kiri dan kanan ayahnya. Dan boleh dikatakan setiap malam ayahnya bercerita. Bermula dari situlah Ramli yang mengikut jejak ayahnya sudah pandai dan boleh bercerita apa saja cerita yang ada pada ayahnya. Sungguhpun Ramli amat beminat dalam lapangan muzik, Ramli pandai pula membuat biola dan memainkannya tanpa mempelajarinya daripada sesiapapun . Kemahiran seni membuat biola dari kayu tui itu sudah bermula dari kecil lagi. PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERlIS Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Upload: others

Post on 26-Nov-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mewarisi Ketokohan PakMahmud - PNMmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1317/1/JWIK... · 2016. 3. 30. · memulakan cerita hikayat rakyat, Ramli terlebih dahulu meniup serunai

JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA

Mewarisi Ketokohan PakMahmud Awang Balil

Oleh Mokhtar A.K.

K emana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. ... ? Begitulah pengalaman hidup Ramli bin Mahmud yang mewarisi darah seni Awang Batil daripada ayahnya, Mahmud bin Wahid atau lebih terkenal

dengan panggilan Pak Mud Awang Batil. Sebagai seorang penglipurlara, Ramli sudah mewarisi bakat sebagai tukang cerita daripada arwah ayahnya yang juga merupakan salah seorang tokoh penglipurlara terkenal di Perl is. Kecenderungannya menjadi tukang cerita timbul sejak kecil apabila beliau melihat arwah ayahnya sentiasa menghiburkan orang ramai dengan pelbagai cerita. Dan sejak itu, beliau sentiasa mengikuti ayahnya membuat persembahan untuk mempelajari selok-belok dan lenggok persembahan yang dipamerkan.

Sejak usia tujuh tahun, Ramli dibawa oleh ayahnya mengikuti persembahan Awang Batil di kampung-kampung, persembahan di rumah-rumah kenduri, majlis-majlis keraian, majlis keramaian dan tidak kurang pula majlis­majlis yang dianjurkan oleh badan-badan kebajikan.

Kebanyakan masyarakat menganggapkan bahawa kebolehan Ramli mengikut jejak ayahnya adalah didasarkan keturunan darah seni, tapi Ramli sendiri menafikannya. Tegas beliau bahawa kebolehan bel iau dalam seni penglipurlara adalah melalui belajar, latihan serta menghayati setiap seni dan liku-liku pengalaman daripada ayahnya. Kebolehan dan pengalaman yang ada pada Ramli tidak datang seperti lampu ajaib atau lampu Aladdin.

Ramli beroleh pengalaman ketika ayahnya berpindah ke Padang Siding, Perl is. Di Padang Sidinglah, ayahnya banyak melatih peminat-peminat Awang Batil. Pak Mahmud Awang Batil jadikan rumahnya sebagai pusat latihan seni, seperti Gendang Terinai dan Gendang Keling serta mempelajari meniup serunai. Ketika ayahnya sedang mengajar, Ramli turut bersama-sama dalam kumpulan itu. Dalam latihan itu, ternyata Ramli lebih menjiwai dan dapat menguasai segala permainan yang diajar oleh ayahnya kepada rakan-rakan ayahnya.

Ramli mula bermain di hadapan orang ramai ketika diadakan majlis persembahan Puteri Lindungan Kedah Tua di rumah Pak Ismail Selampit di Kampung Nisam, Bintong, Perl is. Umur Ramli ketika itu baru menjangkau 12 tahun, dan ternyata boleh mempersembahkan tiupan serunai dengan baiknya kepada khalayak penonton.

Ketika Ramli masih keci!, dia dan abangnya, Osman sering tidur di kiri dan kanan ayahnya. Dan boleh dikatakan setiap malam ayahnya bercerita. Bermula dari situlah Ramli yang mengikut jejak ayahnya sudah pandai dan boleh bercerita apa saja cerita yang ada pada ayahnya. Sungguhpun Ramli amat beminat dalam lapangan muzik, Ramli pandai pula membuat biola dan memainkannya tanpa mempelajarinya daripada sesiapapun. Kemahiran seni membuat biola dari kayu tui itu sudah bermula dari kecil lagi.

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERlIS

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 2: Mewarisi Ketokohan PakMahmud - PNMmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1317/1/JWIK... · 2016. 3. 30. · memulakan cerita hikayat rakyat, Ramli terlebih dahulu meniup serunai

JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA NEGERI PERLIS

Ramli yang mencapai umur 52 tahun kini sibuk menglsl program yang telah disusun oleh Majlis Kebudayaan Dan Kesenian Negeri, Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWA), Badan-badan Kesenian, majlis­majlis perayaan dalam dan luar negeri.

... Ramli pandai pula membuat biola dan memainkannya tanpa

mempelajarinya daripada sesiapapun ...

Ramli yang sudah berkeluarga, kini mempunyai empat orang anak, Abd. Rahim bertugas sebagai Posmen, Nor Murni bertugas sebagai Pegawai Pentadbir di Hospital Besar Kangar, Ahmad Jailani bertugas di Kilang Simen, Perlis dan Zul Husni masih bersekolah dalam Darjah IV. Manakala isterinya Puan Narishah bt. Abd. Rahman seorang suri rumah. Ramli pula sebelum berkecimpung sepenuh masa sebagai penglipurlara, pernah bertugas di kilang simen ketika umur 20 tahun, kemudian berhenti dan kerja memotong getah di samping mengerjakan sawah. Beliau juga seorang tukang dan mahir dengan kerja-kerja buat biola. Kayu pilihan untuk menghasilkan biola ialah daripada kayu tui.

Ketika umur beliau 12 tahun, Ramli sering mengikuti ayahnya ke RTM Pulau Pinang untuk rakaman. Biasanya Puan Siti Hawa Zain yang sering menjemput Pak Mahmud Awang Batil untuk membuat rakaman . Cerita yang digemari ialah Anak Lang Pak Lang dan Ramli ditugaskan untuk pukul gendang.

Sebelum Ramli memulakan persembahannya atau memulakan cerita hikayat rakyat, Ramli terlebih dahulu meniup serunai dengan tujuan memanggil lebih ramai penonton. Tiupan serunai menjadi lebih indah kerana diiringi bunyi alunan paluan rebana. Lantas Ramli atau Awang Batil memulakan dengan pembukaan cerita :

Hei! Riuh rendah gegak gempita,

Inilah hamba nak mula cerita,

Hang tengok kat aku,

Aku tengok kat hang,

Hang kuit aku, aku kuit kat hang,

Hang gelak kat aku, aku gelak kat hang,

Hang jeling kat aku, aku jeling kat hang,

Hang kejip mata, aku kenyut misai,

Hei beginilah mula ceritanya . ..

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS

Dialog yang berunsur jenaka ini akan diucapkan oleh Awang Batil, selepas meniup serunai untuk mencanangkan kepada khalayak penonton supaya menyaksikan persembahan cerita dongeng mahu pun kisah fantasi.

Antara cerita-cerita alam fantasi atau cerita jenaka yang pernah diketengahkan ialah Raja Dewa Lok, Raja Bersiung, Raja Berdarah Putih, Anak Lang Pak Lang, Cerita Angan-angan, Jabat Jabit, Abu Nawas, Awang Ada Duit Semua Jadi dan banyak lagi cerita yang berunsur jenaka.

Ramli menceritakan proses mempelajari penglipurlara dan menghafal cerita rakyat tidak terlalu sukar kerana setiap kali atau setiap malam sebelum melelapkan mata, ayahnya akan bercerita. Dengan adanya persembahan Awang Batil ini dapatlah memperkembangkan dan memperkasakan budaya dan sastera rakyat kepada generasi baru. Apa yang khalayak minat dan terhibur ialah disamping memukul batil dan gesekan biola sebagai muzik latar, Awang Batil juga akan menyarungkan topeng yang terdiri dari pelbagai bentuk wajah mengikut tema cerita.

Ramli akui bahawa arwah ayahnya tidak begitu lancar atau berkebolehan menyanyi lagu-Iagu asli ketika mempersembahkan cerita -cerita rakyat. Contohnya dalam cerita Awang Ada Duit Semua Jadi, arwah ayahnya hanya menggambarkan Awang hanya rasa gembira dan seronok disamping menyanyi lagu-Iagu yang menggambarkan kesed ihan seperti Embun Menitik, Makan Sirih, Sayang Musalmah dan sebagainya.

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 3: Mewarisi Ketokohan PakMahmud - PNMmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1317/1/JWIK... · 2016. 3. 30. · memulakan cerita hikayat rakyat, Ramli terlebih dahulu meniup serunai

JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA NEGERI

Sejak berkecimpung sebagai tukang cerita meWarlSl arwah ayahnya Pak Mahmud Awang Batil dalam tahun 1997, Ramli telah beberapa kali menghadiri kursus motivasi anjuran Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia. Antara kursus yang pernah Ramli hadiri ialah Manifestasi Muzik Tradisional dan Etnik dari 18 hingga 23 Oktober 2002 di Kuantan, Pahang, Bengkel Karya dan Pemantapan Puisi Tradisi dari 6 hingga 9 September 2002 di Hotel Seri Malaysia, Taiping, Kursus Kefahaman Islam kepada Penggiat Seni Negeri Perlis dari 13 hingga 14 April 2006 di Putra Brasmana Hotel Kuala Perlis dan beberapa kursus di Kuala Lumpur.

Ramli pernah membuat persembahan di Thailand, Singapura dan rombongan kebudayaan ke Switzerland. Ramli Mahmud menerima Sijil Penghargaan daripada Perpustakaan Negara Malaysia kerana menjayakan Sidang Kemuncak Kongres Bercerita Kebangsaan sempena Bulan Membaca Kebangsaan 2004 yang dirasmikan oleh Y.B Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia.

Mengenangkan jasa Ramli dalam bidang kesenian dan kebudayaan Awang Batil, maka pada 17 Mei 2006, Ramli telah dianugerahkan pingat P JK sempena Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perl is.

Ramli Mahmud amat bimbang akan kepupusan penglipurlara Awang Batil sekiranya pihak berwajib tidak melakukan sesuatu. Namun demikian, Ramli Mahmud sedang mencari dan masih menunggu kemunculan bakat baru yang boleh meneruskan perjuangannya sebagai penglipurlara atau lebih dikenali sebagai Awang Batil.

Untuk mengatasi kepupusan Awang Batil, Ramli kini sibuk memberi kursus intensif kepada murid-murid sekolah menengah di Perl is, serta orang-orang perseorangan dan berkumpulan. Selain bidang khusus Awang Batil, Ramli memberi kursus meniup serunai, mengetuk batil, menggesek biola dan cara bermain gendang. Ramai pelajar universiti dan individu datang ke rumah untuk membuat penyelidikan dan tidak kurang pula untuk mempelajari Awang Batil .

... Ketika umur beliau 12 tahun, Ramli sering mengikuti ayahnya

ke RTM Pulau Pi nang untuk rakaman ...

Ramli Mahmud ketika ditemui di rumahnya di Chuping, Perlis menjelaskan bahawa beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak DIGI Telecommunication Sdn. Bhd. dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWA) serta Radio Malaysia Pulau Pinang dan RTM Perlis kerana mengekal dan memelihara Awang Batil dengan cara mencari bakat dan mencungkil pelapis penglipurlara.

Jelas Ramli Mahmud bahawa program pencarian Awang Batil yang dikendalikan oleh DIGI menerima sambutan yang menggalakkan. Seramai empat orang bakat baru yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah, masih menjalani latihan untuk memantapkan diri sebagai penglipurlara.

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis